Anda di halaman 1dari 334

Pengurus Projek

Wan Mohd Rashidi Bin Wan Ab Rashid


Penulis
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof
Editor Bahasa & Syariah
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof
Idea dan Konsep
Wan Mohd Rashidi Bin Wan Ab Rashid
Pruf Bahasa
Simi Suhaina Binti Ismail
Pereka Grafik
Mohd Noor Arriffin Bin Sudin
Fotografi
Manjafoto & Mohd Hasanuddin
Illustrasi
Faizal Rahmat
Norsalim Bin Mohamed Dawam
Mohd Nur Faezin
Abdul Rahman Putra
Shafiq Omar

Cetakan Pertama 2017


Cetakan Kedua 2020
© Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis dari penerbit buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hasanuddin Yusof
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA : MEMBONGKAR KEAGUNGANNYA
BERDASARKAN CATATAN PORTUGIS / HASANUDDIN YUSOF ;
Fotografi: Manjafoto & Mohd Hasanuddin ; Editor Bahasa & Syariah:
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof ; Ilustrasi: Abdul Rahman Putra, Syed Nahar,
Shafiq Omar.
ISBN 978-967-16795-2-4
1. Melaka (Malaysia)--History--15th century.
2 Melaka (Malaysia)--Kings and rulers--History.
3.Melaka (Malaysia)--Social life and customs.
I. Abdul Rahman Putra.
II. Shafiq Omar.
III. Manjafoto.
IV. Judul.
959.5118

Diterbitkan oleh:

PENERBIT ALAMI SDN BHD


No. 2301, Tingkat 1, Jalan SJ 10/1,
Taman Seremban Jaya,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 019 -729 0135
KANDUNGAN
KATA PENGANTAR PENERBIT vii

KATA PENGANTAR PENULIS viii

PENDAHULUAN 1

TEKNOLOGI ALAM MELAYU SEBELUM MELAKA 3


Tamadun Di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Melaka 5
Sriwijaya : Kerajaan Berteknologi Tinggi dan Berasalnya
Kesultanan Melayu Melaka 19

KEAGUNGAN KESULTANAN MELAKA 27


Kota Yang Besar, Padat Dan Sibuk 27
Kota Yang Dihuni Pedagang-Pedagang Kaya 33
Pelabuhan Yang Terkaya Di Dunia 35
Pelabuhan Antarabangsa 42
Harta Kekayaan Melaka 47

MELAKA : MASYARAKAT YANG INTELEK 54


Penduduk Yang Bertamadun 54
Penggalakan Budaya Ilmu 57
Sistem Pentadbiran Yang Teratur 58
Kepintaran Dalam Muzik 65
Permainan Catur Adalah Permainan Rakyat 66
Kepintaran Ilmu Matematik 72
Kepintaran Dalam Seni Kraftangan 74
iii

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI BINAAN 77
Keagungan Binaan Istana Melaka 77
Teknologi Binaan Batu Dan Marmar 80
Rumah Bergerak (Mudah Alih) 88
Bangunan Kalis Api 89
Teknologi Binaan Bawah Tanah 89
Pembinaan Menara 94

INFRASTRUKTUR KOTA MELAKA 105


Kota Yang Terancang 105
Rangkaian Dan Jaringan Jalan Darat 106
Pembinaan Jambatan 112
Pelabuhan Yang Sistematik Dan Berkemudahan 116

TEKNOLOGI PERTANIAN DAN PENGAIRAN 122

TEKNOLOGI SENJATA API 137


Meriam 137
Meriam Kecil (Lela dan Rentaka) 144
Senapang 150
Periuk Api 153
Perahu Berapi 156

TEKNOLOGI PELAYARAN 159


Pembinaan Kapal Laut Yang Berkualiti 159
Kemahiran Ilmu Pelayaran 170
Padoman : Kompas Kuno Melayu 181

PETA DUNIA DARI MELAKA 192


iv
TEKNOLOGI PENGANGKUTAN DARAT 196
Kereta Bergajah 196

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI PERUBATAN DAN BAHAN KIMIA 206
Melaka Sebagai Pusat Perdagangan Ubat-Ubatan 206
Kemahiran Dalam Ilmu Perubatan 207
Kemudahan Hospital Di Kota Melaka 211
Kemahiran Menggunakan Bahan Kimia Dan Racun 212
Kemahiran Teknik Penyulingan 213

TEKNOLOGI PERLOMBONGAN DAN GALIAN 218


Minyak Tanah 218
Emas Dan Perak 219
Bijih Timah 220

TEKNOLOGI TEMPAAN LOGAM 223


Senjata 223
Matawang 228
Peralatan Harian 228

TEKNOLOGI KETENTERAAN 232


Angkatan Tentera Melaka Lengkap Bersenjata 232
Pertahanan Yang Kukuh 233
Strategi Perang Yang Bijaksana 238
Pasukan-Pasukan Angkatan Tentera Melaka 246

KEKUATAN ANGKATAN TENTERA MELAKA 256


Angkatan Tentera Melaka Digeruni Musuh 256
Kekuatan Fizikal Yang Terserlah 262
Keberanian Yang Tinggi 262
Tentera Yang Mahir Berperang Di Laut 264
Tentera Yang Mahir Menggunakan Senjata 266
Bantuan Tentera Islam Dari Luar 267
v

ULAMA PENGGERAK UTAMA JIHAD DI MELAKA 271

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TENTERA PORTUGIS HAMPIR TEWAS 284

PUNCA KEKALAHAN TENTERA MELAKA 290


Kelemahan Sultan 290
Pengkhianatan Dari Dalam 291
Maklumat Sulit Pertahanan Melaka Dibocorkan 295

PENGHAPUSAN ISLAM DI MELAKA 300


Sentimen Perang Salib 300
Pengusiran Umat Islam Dari Melaka 301
Penghapusan Kesan-Kesan Islam 306

BIOGRAFI PENCATAT-PENCATAT PORTUGIS 312


Tome Pires 312
Duarte Barbosa 313
Gaspar Correia 315
Joao De Barros 316
Fernao Lopes De Castanheda 317
Damiao De Goes 318
Godinho De Eredia 319

BIBLIOGRAFI 321

vi

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


KATA PENGANTAR PENERBIT
D alam kehidupan seharian yang semakin mencabar pada hari ini,
rujukan kepada sejarah sangat penting agar kita dapat merancang
masa depan dengan lebih baik. Berdasarkan prinsip ini, setiap kajian
berkaitan sejarah tamadun Islam sememangnya wajar diterbitkan. Oleh
yang demikian, Penerbit Alami Sdn. Bhd. berbesar hati mengambil
tanggungjawab untuk menerbitkan kajian-kajian dan karya-karya yang
berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam.

Segala kesyukuran dirafakkan kepada Allah  kerana pada kali ini,


Penerbit Alami Sdn. Bhd. telah berjaya menerbitkan sebuah karya
berkaitan sejarah ketamadunan Islam. Apa yang lebih membanggakan
ianya berkaitan dengan sejarah tanah air kita sendiri.

Ramai di kalangan masyarakat kita masih tidak menyedari tentang


keagungan peradaban Kesultanan Melayu Melaka. Maka menjadi
tanggungjawab kepada pihak kami untuk menerbitkan buku Teknologi
Kesultanan Melaka ini. Selaku penerbit, Penerbit Alami Sdn. Bhd.
berharap agar semua golongan terutama golongan pencinta sejarah
Islam memiliki naskhah karya yang sangat bermanfaat ini. Insya Allah
pada masa akan datang, Penerbit Alami Sdn. Bhd. akan berusaha untuk
menerbit lebih banyak lagi karya-karya berkaitan sejarah ketamadunan
Islam.

vii

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


KATA PENGANTAR PENULIS
S aya bersyukur kepada Allah di atas bantuan dan petunjukNya
dapat saya menyiapkan naskhah yang serba kerdil ini. Buku
Teknologi Kesultanan Melaka ini ditulis atas rasa tanggungjawab
untuk menyebarkan maklumat sebenar tentang keagungan peradaban
Kesultanan Melayu Melaka, sebuah kerajaan Islam yang ulung
di Nusantara. Dalam membongkar teknologi-teknologi serta peradaban
yang dimiliki oleh Kesultanan Melayu Melaka, saya cuba mengumpulkan
catatan-catatan Portugis tentang Kesultanan Melayu Melaka di samping
menggandingkannya dengan catatan sejarawan ulung tempatan iaitu
Tun Seri Lanang.

Ternyata dari catatan-catatan mereka ini, kita akan mendapati


bahawa Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang
berkemajuan tinggi pada zamannya. Sebagai sebuah pelabuhan yang
terkenal di dunia dan dikunjungi oleh pelbagai bangsa dari seluruh dunia
sebagaimana catatan Tome Pires dalam Suma Oriental, mustahil Melaka
hidup dalam kemunduran.

Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu memiliki pelabuhan yang


terkaya di dunia dan memiliki perdagangan yang terpenting di dunia iaitu
perdagangan rempah ratus. Maka sewajarnya Melaka memiliki kemajuan
yang setara dengan kuasa-kuasa besar dunia pada masa itu umpama
kerajaan dinasti Ming di China, Kesultanan Mamluk di Mesir dan Daulah
Uthmaniyyah di Turki. Apatah lagi kuasa-kuasa besar ini memiliki
hubungan perdagangan dengan Melaka.

Akhir kata, tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada pihak penerbit iaitu Penerbit Alami Sdn. Bhd.
kerana sudi menerbitkan karya ini. Terima kasih yang tidak terhingga
juga saya ucapkan kepada keluarga dan para sahabat yang sentiasa
viii memberikan sokongan dan galakan ke atas saya dalam melakukan
kajian-kajian sejarah ketamadunan Islam.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


PENDAHULUAN
Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami zaman kegemilangan yang
unggul. Pada akhir kurun ke-15 hingga awal kurun ke-16, Kesultanan
Melayu Melaka merupakan kerajaan yang paling kaya, masyhur dan
gemilang dalam sejarah Nusantara. Kehebatan empayar Melaka boleh
dijadikan lambang kejayaan tamadun Alam Melayu. Empayar Kesultanan
Melayu Melaka meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian
besar Kepulauan Sumatera.

Sepanjang sejarah penubuhannya, Melaka telah diperintah oleh 8 orang


sultan. Bermula daripada pengasasnya iaitu Parameswara atau Sultan
Iskandar Syah (nama Parameswara setelah memeluk Islam) hingga ke
sultan yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah. Empayar ini berkuasa
kira-kira 111 tahun di mana Parameswara yang merupakan seorang
putera raja dari Palembang yang berketurunan pemerintah Sriwijaya dari
Dinasti Sailendra mengasaskan kesultanan Melaka pada tahun 1400.

Melaka berada di puncak kegemilangan ketika zaman pemerintahan


Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Ala’uddin Riayat
Syah. Bendahara yang menjadi tulang belakang bagi kejayaan Melaka ini
ialah Tun Perak yang menjadi bendahara bagi ketiga-tiga sultan tersebut.
Ketika Melaka berada di zaman kemuncaknya, pelabuhan Melaka
menjadi sebutan dan tumpuan masyarakat sedunia seperti pedagang-
pedagang dari Arab, India, Turki, Parsi dan China.

Bangsa-bangsa tersebut merupakan bangsa yang maju dan menguasai


perdagangan dunia pada ketika itu. Ini menyebabkan Melaka terdedah
dengan tamadun-tamadun luar pada waktu itu. Sedikit sebanyak,
tempias kemajuan tamadun-tamadun tersebut pasti sampai ke Melaka.
1
Selain itu, Melaka turut berfungsi sebagai pusat penyebaran agama Islam
di Nusantara. Kesultanan Melaka berakhir pada tahun 1511 ketika zaman

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


pemerintahan Sultan Mahmud Syah apabila Portugis berjaya menawan
Kota Melaka yang menyebabkan Sultan Mahmud Syah terpaksa
melarikan diri ke Kampar, Sumatera.

Apabila Portugis menakluki Kota Melaka, sejarah kemajuan tamadun


Kesultanan Melayu Melaka telah digelapkan. Semua kesan-kesan
peninggalan telah dimusnahkan atau diambil oleh Portugis. Namun
catatan-catatan sejarawan Portugis tentang Melaka telah ditemui.
Sebahagian besar sejarawan Portugis ini hidup sezaman dengan
penaklukan Melaka pada tahun 1511. Catatan-catatan ini sedikit
sebanyak membuktikan kehebatan peradaban Kesultanan Melayu
Melaka terutamanya dari segi teknologinya.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI ALAM MELAYU
SEBELUM MELAKA
Sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka, beberapa buah kerajaan
telah terbina di kepulauan Nusantara ini termasuk di Semenanjung Tanah
Melayu. Sejarawan menyatakan bahawa tamadun yang dibina oleh
kerajaan-kerajaan di kepulauan Nusantara ini bermula seawal zaman
tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir iaitu kira-kira 5,000 tahun
sebelum Masihi. Ini dapat dibuktikan dengan penggunaan cengkih
dan kapur barus dalam masyarakat kuno di Mesir dan Mesopotamia.
Pada waktu itu, kedua-dua komoditi itu hanya boleh didapati di wilayah
kepulauan Nusantara.

Masyarakat Mesir dikatakan telah mengimport sejumlah komoditi di


antaranya kapur barus dari kota Barus di pesisir timur Sumatera. Kapur
Barus yang diperolehi dari kayu kamfer telah dibawa ke Mesir untuk
digunakan bagi tujuan mengawet mayat sejak zaman kekuasaan Firaun
Ramses II iaitu sekitar 5,000 tahun sebelum Masihi.

Dalam artikel yang bertajuk “Aktiviti Perdagangan Pedagang Arab-Parsi


di Semenanjung Tanah Melayu Berdasarkan Sumber Asing dan Data
Arkeologi”, Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Zuliskandar
Ramli menyatakan seperti berikut :

“Kehadiran pedagang-pedagang Arab-Parsi ini adalah untuk memperolehi


komoditi yang bernilai yang terdapat di Asia Tenggara. Mereka telah
membawa barangan hasil teknologi yang telah lama berkembang
terutamanya di Timur Tengah yang bermula sejak era Mesopotamia
lagi. Antara barangan yang diimport dari kawasan Asia Tenggara ialah 3
rempah ratus, kapur barus, kayu gaharu, kayu cendana, hasil hutan, kulit

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


kayu manis dan damar manakala barang yang dieksport ialah seramik,
barangan daripada kaca, alatan besi, senjata, perak, manik, paku, kipas,
barangan perhiasan, sutera dan minyak wangi. Dalam konteks arkeologi,
artifak yang boleh menunjukkan dengan lebih jelas tentang kehadiran
pedagang-pedagang dari Arab-Parsi ialah jumpaan artifak yang
berasaskan kaca dan juga tembikar. Barangan kaca yang boleh dikenal-
pasti ialah seperti lampu pelita, bekas minyak wangi dan juga manik
polikrom manakala barangan tembikar pula boleh dikategorikan sebagai
tembikar Timur Tengah bersepuh hijau gelap dan biru gelap dan tembikar
Timur Tengah berlakar kilat.”

Lebih menarik lagi, seorang sarjana dari Universiti Oxford yang bernama
Stephen Oppenheimer menyatakan dalam bukunya yang bertajuk “Eden
In The East” bahawa Nusantara yang dahulunya merupakan sebuah
benua yang tenggelam yang dipanggil pentas Sunda atau Sundaland
adalah induk bagi peradaban dunia. Ini bermakna seluruh peradaban
dunia bermula dari Nusantara. Stephen Oppenheimer turut menyatakan
bahawa penanaman padi bermula dari Semenanjung Tanah Melayu
iaitu kira-kira 9,000 tahun yang lalu. Jadi orang-orang di India, China,
Jepun dan lain-lain belajar kaedah menanam padi dari masyarakat
di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka, beberapa buah kerajaan


telah terbina di kepulauan Nusantara ini termasuk di Semenanjung Tanah

4 Sebuah binaan berbentuk bulat yang dibina di tapak ketamadunan Kedah Tua
yang terletak di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Bangunan ini dikatakan
berusia sebelum dari abad ke-6 Masihi lagi.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Melayu. Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang begitu strategik
iaitu di pertengahan jalan antara timur tengah dan timur jauh serta Selat
Melaka yang terlindung dari tiupan taufan menjadikannya pilihan bagi
pedagang-pedagang asing untuk singgah di sini. Selain itu, hasil bumi
yang kaya raya seperti herba-herba, rempah ratus, hasil galian dan
banyak lagi menyebabkan aktiviti perdagangan begitu aktif di Nusantara
terutamanya Semenanjung Tanah Melayu. Kedua-dua faktor yang utama
ini iaitu kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan hasil bumi
menyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan yang bertamadun tinggi di
sini

Tamadun Di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Melaka

Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua dipercayai telah wujud sekurang-kurangnya sejak
500 tahun sebelum Masihi. Pada abad ke-3, kerajaan ini terkenal sebagai
antara tempat industri pembuatan besi yang terbesar di dunia. Malah
kerajaan Kedah Tua telah menghasilkan besi antara yang terbaik di dunia.
Banyak catatan-catatan tentang Kedah Tua terdapat dalam catatan
pelayar-pelayar asing. Orang-orang Arab merujuk Kedah Tua dengan
nama “Qal’ah” atau “Kalah”. Orang-orang China pula menyebut Kedah
Tua sebagai “Chia Cha” atau “Chieh Chia”. Manakala orang-orang India
pula memanggil Kedah Tua dengan nama “Kadaram”.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


6

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 2 Oktober 2016 yang menerangkan tentang keagungan kerajaan Kedah Tua.
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 2 Oktober 2016 yang menerangkan tentang penguasaan teknologi besi dalam
kerajaan Kedah Tua.

7
8

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Industri Besi Di Kedah Tua
Kedah Tua diiktiraf sebagai antara pengeluar besi yang terbaik di dunia pada
kurun ke-3 hingga kurun ke-5 Masihi. Teknologi besi merupakan teknologi yang
tertinggi pada ketika itu. Maka barangsiapa yang menguasai teknologi besi,
maka dia telah pun menguasai semua teknologi yang ada pada ketika itu. Selain
itu, Kerajaan Kedah Tua juga mengeksport hasil mahsul buminya seperti kapur
barus. Oleh itu, Kedah Tua sudah menjadi pelabuhan tumpuan bagi pedagang-
pedagang asing dari seluruh dunia pada ketika itu. Sumber gambar : Ihsan Penulis
Paul Wheatley telah menyatakan di dalam bukunya “The Golden
Khersonese” bahawa Kerajaan Kedah Tua telah didapati dalam catatan
China pada tahun 638 Masihi. Catatan itu menceritakan tentang
pengutusan seorang duta kerajaan Kedah Tua ke China. Dalam catatan
Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya
ke istana China pada tahun 638 Masihi. Manakala seorang sami Buddha
yang terkenal di China pada zaman Dinasti Tang yang bernama Yi
Jing (I-Ching) menyebut tentang Kedah ketika dalam perjalanannya ke
Nalanda, India bagi mendalami agama Buddha. Beliau menyebut Kedah
dengan nama Chieh Chia.

Kedah Tua telah pun menjadi pelabuhan entrepot yang penting sejak abad
ke-4 Masihi berdasarkan pentarikhan relatif yang dibuat berdasarkan
inskripsi-inskripsi yang dijumpai di Lembah Bujang sebelum menjalinkan
hubungan diplomatik dengan China. Pada tahun 671 Masihi, ketika Yi
Jing tinggal di Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Nalanda, India,
kerajaan Kedah masih sebuah kerajaan yang bebas dan Yi Jing juga
ada menyatakan bahawa kesemua perjalanan beliau dilakukan dengan
menggunakan kapal milik Melayu.

Dalam perjalanan pulang pada tahun 685 Masihi, Yi Jing singgah lagi di
Kedah dan melaporkan bahawa Kedah pada ketika itu sudah menjadi
naungan Sriwijaya berserta dengan kerajaan Mo lo yu (Jambi). Yi Jing
juga menyebutkan tentang biarawan lain yang mengikuti pengembaraan
yang sama dengan beliau dan salah seorang di antaranya meninggal
dunia di Kedah, dua orang di Langkasuka dan tidak kurang 13 orang
biarawan yang mati di India.

Paul Wheatley menyatakan di dalam The Golden Khersonese bahawa


pada tahun 940 Masihi, seorang pelayar Islam dari Bukhara yang bernama
Abu Dulaf al-Muhalhil telah singgah di Kedah dan beliau mencatatkan 9
seperti berikut :-

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Apabila aku tiba di Kalah (Kedah), aku mendapati tempat ini merupakan
tempat yang cantik yang mana ianya dikelilingi oleh dinding-dinding
kubunya, taman-taman bunga dan air yang mengalir dari mata air. Aku
melihat lombong bijih timah yang tiada tara bandingannya dengan mana-
mana tempat di dunia. Di dalam kota aku melihat pembuat-pembuat
pedang “qala’i” iaitu pedang asal orang India….sebagaimana di China,
orang-orang di sini memakan daging yang tidak disembelih. Masyarakat di
sini memiliki sistem perundangan yang mana ianya meliputi penggunaan
penjara dan sistem denda sebagai salah satu bentuk hukuman.

Mereka memakan gandum, tamar, sayur-sayuran yang mana ianya


ditimbang sebelum dijual dan roti-roti dijual secara bertimbun-timbun.
Mereka tidak memiliki bilik mandi awam seperti orang Turki (hamam),
tetapi mereka mandi di sungai-sungai yang mengalir deras. Matawang
mereka adalah dari perak…yang dipanggil ‘fahri’. Mereka memakai sutera
yang sangat mahal sama seperti orang-orang China….Raja Kalah (Kedah)
membayar ufti kepada China dan mereka menyebut nama Maharaja
China dalam upacara keagamaan mereka. Raja Kalah menghadap ke arah
Maharaja China ketika sembahyang….”

Chih Tu
Keterangan terperinci tentang Chih Tu muncul dalam sumber China yang
bertajuk “Chih Tu Guo Ji”, sebuah dokumentari yang dihasilkan dari
kunjungan Kerajaan Sui yang menghantar utusan pada tahun 607 hingga
610 Masihi. Chih Tu itu digambarkan sebagai sebahagian dari kerajaan
Funan (berpusat di Vietnam sekarang), dan terletak di Laut China
Selatan, 100 hari perjalanan melalui laut dari China. Sumber tersebut
menyebutkan bahawa nama kerajaan yang berasal dari warna tanahnya
yang ‘sebahagian besarnya berwarna merah’.

10 Berdasarkan huraian China, lokasi Chih Tu telah banyak diperdebatkan


oleh para sarjana. Lokasi yang paling sesuai adalah bahagian pantai

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


timur Semenanjung Malaysia, di sekitar daerah hulu Sungai Kelantan.
Selain dari pertimbangan-pertimbangan umum, termasuk, geografi,
iklim dan warna tanah, salah satu alasan utama untuk meletakkan lokasi
Chih Tu atau di sebut Zhi Sheng atau Shi Zi di Hulu Kelantan apabila
digambarkan lokasi boleh dicapai hanya selepas satu bulan perjalanan
ke hulu sungai.

Sungai Kelantan adalah pilihan yang paling sesuai kerana ia merupakan


laluan air utama, dilayari oleh kapal-kapal bersaiz kecil dan sederhana
untuk perjalanan lebih kurang 160 kilometer ke arah hulu dan juga
sebagai laluan utama ke lombong-lombong emas di Kelantan dan
Pahang. Daerah ini yang dikenali sebagai Ulu Kelantan, telah dihuni
selama sekurang-kurangnya 10,000 tahun, sebagaimana dibuktikan
oleh pengebumian prasejarah ditemui di Gua Chawas. Penyelidikan dan
ekskavasi di Gua Chawas, Ulu Kelantan telah mendedahkan sejumlah
besar penemuan kepingan-kepingan pembayaran nazar dan korban
kepada Buddha Mahayana yang mungkin berasal dari zaman Sriwijaya
(abad ke-9 hingga ke-11). Namun, sampai saat ini, tidak ada bukti nyata
diperoleh untuk mengesahkan lokasi Chih Tu yang sebenar.

11
Illustrasi keadaan di dalam Balairong kerajaan Chih Tu

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Banyak aspek sosial-politik dan budaya kerajaan Chih Tu dijelaskan
dalam catatan China hasil kunjungan ini. Menurut sumber ini, kerajaan
itu diperintah oleh keluarga dikenali sebagai Chu Dan. Raja Chih Tu
yang bernama Li Fo Duo Se, menaiki takhta ketika ayahnya melepaskan
takhtanya untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada dunia. Pada saat
kunjungan utusan Maharaja Sui, raja Chih Tu telah memerintah selama 16
tahun dan mempunyai tiga isteri yang merupakan puteri raja negeri-negeri
jiran. Istananya dikatakan terletak di hulu Seng Zhi dan digambarkan
mempunyai ‘tiga gerbang yang terletak lebih dari seratus langkah setiap
satu’, dilukis dengan gambar Bodhisattva dan digantung dengan bunga
dan loceng. Gerbang ini dikawal oleh wanita berpakaian seperti raksasa.
Mereka yang ditempatkan di luar gerbang dilengkapi dengan senjata,
manakala yang tinggal di dalam kota memegang kain putih dan jaring
putih untuk mengumpul bunga.

Nama Chih Tu Guo Ji diambil dari mereka yang menyusun dan


menyenaraikan pegawai-pegawai yang berjawatan dalam pentadbiran
raja. Ini termasuk mereka yang ditugaskan untuk mengatur urusan politik
dan satu lagi untuk menjalankan pentadbiran undang-undang jenayah.
Para Chih Tu Guo Ji juga mengawal dan berkuasa terhadap beberapa
kerajaan lain di mana pentadbiran dikendalikan oleh mereka yang dilantik
oleh raja.

Catatan dari utusan Maharaja Sui ini juga menyatakan bahawa adat bagi
lelaki dan perempuan di Chih Tu untuk menindik telinga, melumuri tubuh
mereka dengan minyak wangi serta memakai bunga mawar dan kain
berwarna polos. Para wanita memakai sanggul di rambut yang kelihatan
di bahagian tengkuk. Rakyat harus mendapatkan izin dari raja untuk
memakai loket emas yang istimewa, bahkan keluarga kaya juga harus
mendapatkan kebenaran kerajaan untuk mendapat hak istimewa ini.
12

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Tan Tan
Kerajaan Tan Tan telah mengadakan hubungan diplomatik rasmi dengan
China sejak dari Dinasti Liang (502-557 Masihi) lagi. Dalam Liang Shu
(Kepustakaan Dinasti Liang) jilid 54 terdapatnya catatan yang menyatakan
bahawa pada tahun 503 dan 535, raja negeri Tan Tan berturut-turut
mengirim utusan bagi menghantar surat raja dan hadiah berupa emas,
perak, gading, permata dan bau-bauan. Namun begitu, catatan tentang
kerajaan Tan Tan ini yang lebih lengkap dinyatakan di dalam Tong Dian
(Kepustakaan Umum).

Paul Wheatley di dalam The Golden Khersonese menyatakan bahawa


lokasi kerajaan ini terletak di Besut, Terengganu. Penerangan mengenai
kerajaan ini terdapat dalam catatan Tong Dian (Kepustakaan Umum)
(Jilid 188, Bahagian 4) antaranya seperti berikut:

Negeri Tan Tan sudah terkenal sejak zaman Dinasti Shui. Letaknya di
sebelah barat laut To Lo Ma (Taruma) dan sebelah tenggara Zhengzhou
(Pulau Hainan). Nama keluarga raja ialah Sha Li (Kshatriya), nama raja
ialah Shi Ling Jia (Sri Linga). Terdapat lebih daripada 20,000 keluarga
yang tinggal di ibu kota. Ada daerah-daerahnya yang dikuasai oleh
ketua daerah. Rajanya tiap hari pagi dan petang dua kali menerima
penghadapan. Menteri besarnya ada lapan orang, disebut lapan teras,
dipegang oleh seorang Brahmin. Tubuh raja diseliputi dengan bedak
harum, bermahkota yang menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu
manikam, berpakaian warna-warni dan berkasut kulit. Kalau berpergian,
dekat naik kenderaan, jauh menunggang gajah. Ketika berperang orang
meniup serunai dan memalu gendering. Hukumannya keras, pencuri
tiada dipandang dosanya besar kecil semua dibunuh. Hasil mahsul negeri
Tan Tan adalah emas, perak, kayu cendana putih, kayu sepang dan sirih
pinang.
13

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Salah satu runtuhan binaan kerajaan Langkasuka yang terletak di pusat pemerintahan
Langkasuka di Yarang, Pattani. Kerajaan Langkasuka meliputi selatan Thailand dan utara
Semenanjung Malaysia termasuk Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Gambaran Kota Langkasuka dalam filem “Queen of Langkasuka”. Langkasuka


yang wujud ratusan tahun sebelum Kesultanan Melayu Melaka digambarkan
memiliki teknologi yang tinggi.

14

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Batu Bersurat Terengganu
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai oleh penduduk kampung
di kawasan di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang,
Terengganu. Kemudian, Batu Bersurat ini dijadikan alas membasuh kaki
untuk naik ke tangga surau di kampong tersebut. Pada tahun 1902,
seorang ahli perniagaan yang bernama Sayyid Hussein bin Ghulam
al-Bukhari telah menyedari bahawa alas kaki tersebut merupakan
satu bahan sejarah yang sangat bernilai. Sayyid Hussein bin Ghulam
al-Bukhari menyarankan kepada penghulu kampong tersebut agar Batu
Bersurat itu dipersembahkan kepada baginda Sultan Zainal Abidin III,
Sultan Terengganu pada waktu itu.

Batu Bersurat Terengganu ditulis dalam bahasa Melayu dengan


menggunakan tulisan jawi. Ditulis pada hari Jumaat 4 Rejab 702 Hijrah
bersamaan 22 Februari 1303 Masihi. Sebahagian daripada batu itu telah
patah iaitu di sebelah atasnya yang menyebabkan kandungan Batu
Bersurat ini tidak dapat dibaca dengan sempurna. Apa yang menariknya,
sebongkah Batu Bersurat ini membuktikan beberapa perkara antaranya
kemasukan Islam di Tanah Melayu, kewujudan kerajaan Islam di Terengganu
sebelum Kesultanan Melayu Melaka dan kearifan masyarakat Melayu
dalam pelbagai bidang seperti perundangan Islam, ilmu matematik, ilmu
falak, ilmu geografi dan sebagainya.

Isi Kandungan Batu Bersurat

Pada keempat-empat sisi Batu Bersurat itu terkandung maklumat berikut:-

Sisi 1
Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka. Asa pada Dewata Mulia
Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam. Dengan benar bicara derma
mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya. Di benuaku ini penentu
agama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Salam, Raja Mandalika yang benar 15
bicara sebelah Dewata Mulia Raya. Di dalam behumi penentua itu fardhu

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya
dengan benar. Bicara berbahiki benua penentuan itu maka titah Seri
Paduka Tuhan menduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama
ada Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan, Baginda Rasulullah telah lalu
tujuh ratus dua.

Sisi 2
Keluarga di benua jauh…….kan datang berikan. Keempat, orang
berpiutang jangan mengambil………..ambil hilangkan emas. Kelima derma
barang orang yang merdeka, jangan mengambil tugas buat temasyanya
jika ia ambil hilangkan emas. Keenam derma barang orang berbuat bala
cara laki-laki perempuan satitah Dewata Mulia Raya, jika merdeka bujang,
palu seratus rotan, jika merdeka beristeri atawa perempuan bersuami
ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu matikan. Jika
ingkar hambalang jika anak mandalika.….

Sisi 3
Bujang dendanya sepuluh tengah tiga jika ia……….Menteri bujang
dendanya tujuh tahil sepaha……….tengah tiga. Jika tetua bujang
dendanya lima tahil……..tujuh tahil sepaha masuk bandara jika orang
merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak……..tiada dapat
bersuami jika ia berbuat balabicara……..

Sisi 4
………tiada benar dendanya setahil sepaha. Kesembilan derma……….
Seri Paduka Tuhan siapa tiada harta dendanya……..Kesepuluh derma
jika anakku, atawa pemainku atawa cucuku atawa keluargaku atawa
anak………..tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra
ini laknat Dewata Mulia Raya………dijadikan Dewata Mulia Raya bagi
yang langgar acara tamra ini.

16

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Maksud perkataan-perkataan pada Batu Bersurat :-

PERKATAAN MAKNA
santabi sahabat dan tabi’in, pengikut
Dewata Mulia Raya Tuhan yang Maha Berkuasa
meneguhkan menguatkan, mengukuhkan
bicara keputusan, penentuan, ketetapan
derma satu daripada makna undang-undang
meraksa memerintah, menjaga, menaungi
benua negeri
pengatur, orang yang melaksanakan hukum-
penentu
hukum atau peraturan-peraturan
sebelah yang berpihak, menurut perintah, mewakili
behumi bumi
Raja Mandalika Wakil Raja
Seri Paduka Tuhan Seri Paduka Tuan, Raja Pemerintah
setitah satu perintah
penentua aturan, hukum-hukum agama
tamara batu bersurat
adi permulaan
sasanakala waktu pindah
hambalang rejam
balabicara maksiat, kejahatan
atawa atau

17

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

18
Batu Bersurat Terengganu yang asal dipamerkan di Muzium Terengganu

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sriwijaya : Kerajaan Berteknologi Tinggi dan Berasalnya
Kesultanan Melayu Melaka

Parameswara adalah pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Beliau adalah


seorang putera raja Palembang yang berketurunan raja-raja Sriwijaya
dari Dinasti Sailendra. Beliau meninggalkan Palembang kerana diburu
oleh Raja Majapahit dan melarikan diri ke Singapura. Dari sana, beliau
kemudiannya berpindah ke Melaka dan mendirikan kerajaan di situ.
Kerajaan Sriwijaya di bawah dinasti Sailendra telah mencapai kemajuannya
sejak abad ke-8 lagi. Raja Sriwijaya yang bernama Dharanindra telah
berjaya meluaskan kekuasaan Sriwijaya yang merangkumi pulau Jawa,
Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Indo China. Ini termasuklah
kerajaan yang maju seperti Kedah Tua.

Pada zaman pemerintahan beliau, Candi Borobudur juga mula dibina


sekitar tahun 775 Masihi dan candi ini siap sekitar tahun 825 Masihi.
Pembinaan Candi Borobudur ini melambangkan ketinggian tahap
teknologi pembinaan kerajaan Sriwijaya di bawah Dinasti Sailendra.
Candi ini dibina dengan menggunakan batu. Pada dinding-dinding candi
ini diukir aktiviti-aktiviti masyarakat pada masa itu yang melambangkan
kemajuan mereka. Candi Borobudur dikatakan dibina bukan sebagai
tempat ibadah semata-mata, tetapi adalah sebagai pusat pengajian
Buddha yang terulung di rantau ini. Sehingga hari ini, Candi Borobudur
merupakan antara candi Buddha yang terbesar di dunia.

Selain daripada Candi Borobudur, Kerajaan Sriwijaya juga telah membina


beberapa buah binaan-binaan yang hebat seperti Candi Muara Takus
dan Candi Muaro Jambi. Oleh itu, ketika Parameswara mengasaskan
Kesultanan Melayu Melaka, beliau telah memiliki pengetahuan tentang
teknologi-teknologi binaan yang unggul. Di samping itu, jarak masa
di antara Candi Borobudur disiapkan dan penubuhan Kesultanan Melayu 19
Melaka adalah 600 tahun! Mustahil Parameswara tidak mempunyai
sebarang pengetahuan tentang teknologi binaan menggunakan batu

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


sedangkan beliau adalah putera raja berketurunan pemerintah Sriwijaya
Dinasti Sailendra yang mana Candi Borobudur dibina oleh nenek
moyangnya.

Kerajaan Sriwijaya juga telah membina terusan-terusan yang panjang


yang masih kekal pada hari ini antaranya di Palembang dan Muaro
Jambi. Raja Sriwijaya juga telah menjalinkan hubungan diplomasi
dengan dunia Islam seawal zaman pemerintahan Khalifah Muawiyyah bin
Abu Sufyan. Raja Sriwijaya pada waktu itu yang bernama Lokitavarman
telah menulis surat kepada Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan. Perkara
ini telah diterangkan oleh Amr bin Bahr al-Jahiz (783-869 Masihi) dalam
bukunya yang bertajuk “Kitab al-Hayawan”. Beliau menukilkan bahawa
al-Haytham bin Adi telah meriwayatkan dari Abu Ya’qub al-Thaqafi dari
Abdul Malik bin Umayr bahawa beliau telah melihat di dalam pejabat
Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan surat dari seorang raja di sebuah
kerajaan di timur. Surat tersebut mengandungi seperti berikut :-

20
Candi Borobudur mula dibina sekitar tahun 775 Masihi dan siap sekitar tahun
825 Masihi.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


“Dari Raja al-Hind yang memiliki seribu ekor gajah dalam kandangnya,
yang mana istananya dibina dari bongkahan emas-emas dan perak-perak,
yang dilayani oleh seribu orang puteri-puteri raja, yang mana wilayahnya
memiliki dua batang sungai yang mengalir mengairi pohon-pohon gaharu,
kepada Muawiyyah…..”

Seorang sarjana Andalusia yang benama Ibnu Abd Rabbih (860-940


Masihi) menulis di dalam bukunya yang bertajuk “Al-Iqd Al-Farid”
(Kalung yang Istimewa) bahawa terdapat seorang Maharaja dari Wilayah
Hind yang mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Kandungan surat adalah seperti berikut :-

“Dari Raja sekalian para raja (Malik al Amlak) yang juga adalah keturunan
ribuan raja, yang isterinya pun adalah cucu dari ribuan raja, yang tamannya
dipenuhi dengan ribuan ekor gajah, yang wilayah kekuasaannya terdiri
dari dua batang sungai yang mengairi tanaman gaharu, rempah wangi,
pokok pala, dan kapur barus yang bau keharumannya semerbak sehingga
12 batu jauhnya. Kepada Raja Arab (Khalifah Umar bin Abdul Aziz) yang
tidak menyembah tuhan-tuhan lain selain Tuhan yang satu. Aku telah
mengirimkan kepada engkau hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda
persahabatan. Aku harap engkau sudi mengutuskan seseorang untuk
menerangkan ajaran Islam dan segala hukum-hukumnya kepadaku”...

Prof Q.S Fatimi menjelaskan bahawa wilayah Hind yang dimaksudkan


dalam surat-surat itu adalah Sriwijaya. Maka Raja Sriwijaya yang
mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu adalah Sri
Indavarman (Raja Sriwijaya). Ini kerana pada zaman itu, orang-orang
Arab memanggil wilayah Nusantara sebagai Aqsal Hind (India yang jauh).
Wilayah Champa (Vietnam & Kemboja) pula dipanggil Hindi Siniyyah (dari
sini terbit perkataan Indo China).
21

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


22 Candi Muara Takus yang terletak di Riau pernah menjadi pusat pemerintahan
kerajaan Sriwijaya.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Hikayat Pembangunan Yang Hebat Di Pulau Zabaj (Sriwijaya)

Saudagar Yunus bin Mihran As-Sirafi telah memberitahuku dan beliau


pernah masuk ke Zabaj dengan katanya:-

Aku telah melihat di negeri yang menjadi tempat bersemayam Maharaja


iaitu raja bagi Zabaj, pasar-pasar yang besar sekali begitu banyak tidak
terhitung bilangannya. Aku mengira-ngira bilangan pengurup wang di
negeri ini, lalu aku dapati bilangannya ada sebanyak lapan ratus pengurup
wang. Bilangan itu tidak termasuk pengurup wang yang berselerakan di
pasar-pasar.

Beliau juga telah menghikayatkan perkara-perkara berkenaan Pulau Zabaj


dari segi pembangunannya serta banyaknya negeri dan penempatan-
penempatan di dalamnya memang sukar untuk digambarkan.

Catatan Buzurg al-Ramhurmuzi dalam Aja’ibul Hind Barrihi Wa Bahrihi

23

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Prof Fatimi juga menyatakan wilayah yang dimaksudkan oleh Sri
Indavarman dalam suratnya kepada Umar Abdul Aziz itu adalah Muara
Takus. Ini berdasarkan tulisan Dr. Schnitger yang bertajuk “The Forgetten
Kingdom in Sumatera”, bahawa Muara Takus merupakan tempat
banyak gajah dan direntangi oleh dua batang sungai. Hubungan antara
dunia Islam dan Sriwijaya dapat dibuktikan lagi dengan kewujudan
perkampungan Arab di Palembang yang wujud sejak dari zaman Dinasti
Umayyah. Hubungan antara Sriwijaya dan dunia Islam dari timur tengah
ini juga menyebabkan kepesatan budaya keilmuan berlaku disini yang
menghasilkan ketamadunan yang gemilang.

Oleh itu, ketika Parameswara mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka,


beliau telah memiliki pengetahuan tentang teknologi-teknologi binaan
yang unggul. Di samping itu, jarak masa di antara Candi Borobudur
disiapkan dan penubuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah 600 tahun!
Mustahil Parameswara tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang
teknologi binaan menggunakan batu sedangkan beliau adalah putera
raja berketurunan raja-raja Sriwijaya Dinasti Sailendra yang mana candi
Borobudur dibina oleh nenek moyangnya.

Ukiran kapal laut yang terdapat pada dinding Candi Borobudur membuktikan
masyarakat di Alam Melayu sudah lama terlibat dalam aktiviti pelayaran.

24

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Replika peta glob Daulah
Abbasiyah. Peta yang asal
dibuat pada awal kurun
ke-3 Hijrah. Pada peta
ini jelas kelihatan Pulau
Sumatera yang dipanggil
sebagai “Jazirah al-Zinj
(Zabaj)” yang bermaksud Sumber gambar : Ihsan Penulis
Pulau Sriwijaya.

Kemudi kapal laut kuno zaman kerajaan Sriwijaya yang kini dipamerkan di
Muzium Sriwijaya, Palembang. Kemudi ini ditemui di sekitar Palembang.

25

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Terusan Kuno yang dibina oleh kerajaan Sriwijaya. Terusan yang sepanjang
hampir 2 km ini dibina bagi menghubungkan penempatan masyarakat dan
Sungai Musi di Palembang.
26

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


KEAGUNGAN KESULTANAN
MELAKA
Kota Yang Besar, Padat Dan Sibuk
Kota Melaka terletak hampir di tengah-tengah selat pada latitud dua
darjah utara. Ianya menjangkau satu liga di sepanjang persisir pantai,
dan terdapat sebatang sungai yang mengalir dari arah daratan yang
memisahkan kota ini kepada dua bahagian, yang mana dibina sebuah
jambatan di atasnya untuk kedua-dua bahagian ini berhubung.
Walaupun rumah-rumah dibina daripada kayu melainkan masjid dan
beberapa buah bangunan milik sultan, kota ini kelihatan sangat besar
dan hebat oleh kerana saiznya, jumlah kapal-kapal yang berlabuh
di dermaga dan betapa giatnya pergerakan manusia di darat dan
di laut yang mana dalam pandangan tentera-tentera dari armada
Portugis bahawa kota ini sebenarnya lebih hebat dari apa yang
pernah mereka dengar sebelum ini dan pada kota ini mereka telah
melihat lebih banyak kekayaan dari apa yang ada di India.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &


Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Terdapat banyak kota-kota di kawasan tanah rendah. Masyarakat tinggal


di rumah-rumah yang diperbuat daripada jerami. Mereka adalah terdiri
daripada umat Islam dan juga bukan Islam. Mereka bercakap bahasa
Melayu. Mereka mempunyai taraf kehidupan yang setara. Sumber
makanan sangat banyak. Mereka memelihara binatang ternakan.
Memburu adalah aktiviti yang biasa. Ia (Melaka) penuh dengan warga
asing, kerana ia merupakan pusat perdagangan yang sibuk.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy 27


King Dom Manuel of Glorious Memory

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran binaan bangunan-bangunan yang terdapat dalam Kota Melaka
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
28

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


29

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran Kota Melaka zaman Kesultanan Melayu Melaka.

30
Lukisan Portugis tentang keadaan Kota Melaka ketika Portugis meraikan
kejayaan menakluki Kota Melaka pada tahun 1511.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kota ini pada masa ini adalah sempit dan tersebar di sepanjang pantai
(seperti di Lisbon dari Dexobiegas ke biara Belem.) Di dalamnya
terdapat kira-kira tiga puluh ribu buah rumah, dan terdapat sungai
yang membahagikan kota kepada dua bahagian. Setiap bahagian
berhubung dengan bahagian yang lain melalui jambatan kayu. Banyak
rumah diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya dibina di persisiran
laut. Rumah-rumah yang lain yang diperbuat daripada batu dan kapur
turut kelihatan.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The


Conquest of The India By The Portuguese

Melaka adalah kota yang paling ramai penduduk di Hindia dan ianya juga
terletak benar-benar di tengah-tengah semua perdagangan yang kaya di
kawasan ini.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India.

* Hindia merujuk kepada wilayah yang bermula dari Asia Selatan (India,
Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives) hingga ke Asia
Tenggara

Walau bagaimanapun, disebabkan kota itu terlalu besar, dan para tentera
(Melaka) yang mempertahankan kota itu juga berjumlah besar, para
penduduk yakin Portugis akan dihancurkan, dan pahlawan-pahlawan
mereka akan meninggalkan medan perang dan berundur.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Melaka adalah sangat besar bahawa semasa musim angin monsun


terdapat dua ratus ribu orang lelaki, tidak termasuk ahli-ahli keluarga
mereka yang jumlahnya lebih ramai. - 31

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Melaka adalah sebuah kota yang besar, dan ianya kelihatan sukar untuk
ditawan. Ini akan menjadi begitu jika Sultan mempunyai sebuah lagi kota
yang lain yang dia boleh mengukuhkannya; tetapi dia tidak memilikinya.
Jika dia kehilangan Melaka, dia akan mengalami kerugian yang mutlak.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan :
Portugis sendiri mengakui tentang kepadatan dan kesibukan kota
Melaka melalui catatan-catatan para sarjana mereka sebagai mana
catatan-catatan di atas. Malah Gaspar Correia mencatatkan bahawa
kota Melaka adalah kota yang paling ramai penduduk di Hindia
(merangkumi Asia Selatan hingga ke Asia tenggara). Catatan sebegini
jelas sekali membuktikan keistimewaan Melaka berbanding kota-kota
yang lain yang terdapat di seluruh Hindia. Kepadatan dan kesibukan kota
Melaka disebabkan beberapa faktor antaranya kerana kestabilan politik,
kecekapan pemerintah Melaka, infrastruktur dan kemudahan awam yang
baik, kedudukan Melaka yang strategik, polisi kerajaan Melaka terhadap
pedagang-pedagang asing dan lain-lain.

Keluasan, kepadatan dan kesibukan kota Melaka ini turut dinukilkan oleh
sejarawan tempatan seperti Tun Seri Lanang. Dalam Sejarah Melayu, Tun
Seri Lanang mencatatkan seperti berikut:-

“Adapun zaman itu negeri Melaka terlalu ramai sekali, segala dagang pun
berkampung. Maka dari Ayer Leleh datang ke Kuala Muar pasar tiada
berputusan lagi, dari Kampung Keling datang ke Kuala Penajuh itu pun
tiada berputusan. Jika orang dari Melaka datang ke Jugra tiada membawa
api lagi barang di mana berhenti di sana adalah rumah orang. Dari sebelah
hingga datang ke Batu Pahat demikian juga, kerana masa itu rakyat
Melaka sembilan belas laksa banyaknya yang ada di dalam negeri juga”.
32

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kota Yang Dihuni Pedagang-Pedagang Kaya

Seperti apa yang aku katakan, terdapat ramai peniaga yang tinggal
di pinggir kota. Mereka terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan
Islam terutamanya mereka yang berasal dari Paliakat tetapi tinggal
di Melaka. Mereka adalah orang-orang terkaya dan memiliki
perdagangan yang terbesar yang dikenali di dunia pada masa ini.
Mereka mengukur kekayaan mereka dengan bahara-bahara emas,
di mana sebahagian daripada mereka mempunyai enam puluh quintaes
(ukuran Portugis). Tiada pedagang ini yang akan menganggap dirinya
kaya melainkan jika setiap hari dia mampu menerima tiga atau empat
kapal-kapal dagang yang sarat dengan barang, membayar untuk kapal-
kapal dagang tersebut dengan harta mereka sendiri.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The


Conquest of The India By The Portuguese

Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya, dan ianya
wujud di atas manfaat-manfaat perdagangan. Kebanyakan pedagang
adalah orang Islam, yang tinggal di setiap negeri yang dikenali di India
dan juga di tempat-tempat yang lain. Melalui Melaka mereka mampu
untuk berdagang di pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak
boleh membekalkan rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan
dalam kuantiti yang begitu besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan
Venice. Kota ini adalah sumber perdagangan yang mengalir ke Calicut
sebelum kita menakluki India.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

33

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Faktanya bahawa apabila dia telah menawan Melaka membawa makna
bahawa hampir semua perdagangan rempah-rempah yang dikendalikan
oleh orang-orang Islam ke Laut Merah telah dihentikan, kerana, selain
daripada Calicut, Melaka merupakan sumber utama rempah-rempah.
Semua yang ditinggalkan kepada orang-orang Islam adalah perdagangan
dari Calicut, yang mana ianya sedikit berbanding dari Melaka, dan sedikit
yang telah dihalang oleh tentera-tentera Portugis yang mengawal pantai
Malabar.

Melaka adalah penaklukan yang agung, dan ia memerlukan seorang


gabenor yang lain dengan tenaga kerja dan satu armada tentera miliknya
sebagaimana gabenor di India; disebabkan dalam kawasan Melaka
terdapat lebih ramai umat Islam, lebih banyak kekayaan dan lebih ramai
pedagang yang kaya berbanding di India.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan :
Catatan-catatan di atas jelas sekali membuktikan bahawa Melaka
merupakan salah sebuah pusat perdagangan yang penting di dunia
pada ketika itu. Manakala di bahagian timur, Melaka dianggap sebagai
pusat perdagangan yang termasyhur, terpenting dan terkaya. Perkara ini
disebabkan pedagang-pedagang yang kaya-kaya di dunia pada ketika
itu berkumpul di Melaka. Status Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang
unggul dan kaya di dunia menyebabkan para pedagang yang kaya raya
memilih Melaka sebagai tempat persinggahan mereka. Melaka juga
menjadi pusat berkumpulnya barang-barang perdagangan dari timur
dan barat yang memudahkan pedagang-pedagang dari timur dan barat
menjalinkan hubungan perdagangan di antara satu sama lain

34

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pelabuhan Yang Terkaya Di Dunia

Kota Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah


perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan
yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh dunia. Emas
mengalir ke sana dengan banyaknya sehinggakan para pedagang yang
terkemuka berurusan dengannya. Mereka tidak menilai harta mereka
mahu pun simpanan mereka melainkan dengan emas yang berjumlah
berbahara-bahara yang mana satu bahara menyamai empat “quintal”

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik


leher (dapat mengusai) Venice.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Tidak diketahui adanya pelabuhan lain yang sebesar Melaka atau pun
pelabuhan di mana perdagangan barang-barang yang sangat berkualiti
dan mahal dijalankan. Segala barang yang berasal dari timur dapat
ditemukan di sini, begitu juga segala barang dari barat dijual di tempat
ini. Tidak diragukan lagi bahawa perdagangan Melaka merupakan
sesuatu yang penting dan mendatangkan banyak keuntungan serta
kehormatan. Ini adalah sebuat tempat yang tidak akan pernah
mengalami penurunan, beralih-alih dan akan selalu berkembang
dari kedudukannya. Di akhir musim hujan, anda akan menemukan
apa pun yang anda cari, bahkan kadangkala (akan temui) lebih dari
apa yang anda inginkan.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

35

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pada masa ini, Melaka dikenali sebagai kota yang terkaya di dunia
kerana para peniaga yang tinggal di situ sangat kaya. Kekayaan
mereka diukur dalam bahar-bahar emas - satu bahar adalah bersamaan
dengan empat “quintal”. Sebahagian peniaga memiliki kekayaan
mencecah sepuluh atau dua belas bahar.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy


King Dom Manuel of Glorious Memory

(Quintal adalah ukuran berat bagi Portugis. Satu quintal bersamaan 100
kilogram. Maka 10 bahar emas bersamaan 4,000 kilogram emas)

Melaka adalah pelabuhan terbesar bagi perdagangan komoditi yang


paling kaya yang dikenali di dunia. Jong-jong dari China berlabuh di
sana dengan membawa emas, perak, mutiara, kasturi, stok-stok ubatan
akar kayu, permata, kain satin, kain bercorak, kain taf, sutera yang
ditenun, tembikar, peti keemasan, cincin, dan barang-barang lain yang
indah, lebih indah daripada yang dibuat oleh sami-sami mereka. Mereka
mengimport besi dan bahan pengawet makanan. Mereka menjalankan
perdagangan secara barter (tukar barang) dalam perdagangan lada sulah
dan kain dari Cambay, Bengal, dan Paliakat. Begitu juga dengan gandum,
kunyit, batu karang, delima, air raksa, ubat dari Cambay yang dipanggil
“cacho-pucho” dan barang-barang lain yang melalui Laut Merah.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The


Conquest of The India By The Portuguese

Para raja berpergian (mengunjungi) ke Melaka. Melaka tidak dapat


ditandingi oleh pulau-pulau atau wilayah mana pun, disebabkan
tempat ini merupakan pelabuhan di mana angin musim berakhir.
Di pelabuhan inilah berbagai jong dan kapal berlabuh. Semua yang
datang akan membayar cukai, mereka yang tidak mampu membayar
36

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran kekayaan pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka.

37
akan mempersembahkan hadiah yang bernilai setara dengan cukai.
Sultan melabur saham pada tiap-tiap jong yang keluar untuk berdagang.
Dengan cara inilah baginda mendapat wang dalam jumlah yang besar.
Tidak ada keraguan bahawa sultan-sultan Melaka memang kaya raya.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan :
Sejarah membuktikan bahawa empayar Kesultanan Melayu Melaka
merupakan sebuah pelabuhan yang terbesar di dunia di zaman
kegemilangannya. Sebagai sebuah kerajaan maritim, Melaka mudah
dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari luar. Selain itu kedudukan
Melaka yang merupakan jalan tengah di antara benua Arab dan China
menjadikan ianya tempat pertemuan masyarakat dari seluruh dunia. Fakta
ini dicatatkan oleh sejarawan Portugis dan juga sejarawan tempatan.

Gambaran kesibukan pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan yang terkaya di


dunia.

38

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Selat Melaka

Selat Melaka yang memisahkan antara


pulau Sumatera dan Semenanjung Malaysia
pernah menjadi laluan laut yang paling sibuk
dan paling masyhur di dunia ketika zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Selat yang
sepanjang kira-kira 800 kilometer ini pernah
dikuasai oleh Kesultanan Melayu Melaka
SIAM dan ia menempa kemasyhurannya pada
zaman tersebut. Dengan sebab itu, selat
ini dinamakan sebagai “Selat Melaka” yang
PATANI mana nama ini mula diberikan pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka dan berkekalan
KEDAH
sehingga hari ini.
KELANTAN

ARU PERAK TERENGGANU


S
E
L

SELANGOR PAHANG
A
T
M
E
L
A

MELAKA
K
A

JOHOR

ROKAN

RIAU
S

SIAK LINGGA
U
M
A
T

KAMPAR
E
R
A

INDRAGIRI

Wilayah kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka 39

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


40
Pelabuhan Melaka semasa pemerintahan Kesultanan Melayu pada tahun
1508 mengikut lakaran Portugis.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


41

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Tun Seri Lanang menyatakan di dalam Sulalatus Salatin “Maka segala
dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke
Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala
dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala dagang,
dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan segala
Orang Besar-besarnya pun sangat saksama”.

Amat malang jika kita sendiri menganggap bahawa pelabuhan Melaka


hanyalah pelabuhan biasa yang sekadar menjadi tempat persinggahan
pedagang-pedagang sahaja. Para sejarawan Portugis mencatatkan
bahawa Melaka merupakan pelabuhan yang paling kaya di dunia pada
ketika itu. Perkara ini sangat munasabah kerana barangan yang paling
bernilai sekitar abad ke-15 hingga abad ke-16 ialah rempah ratus.

Melaka merupakan pusat perdagangan rempah ratus pada ketika itu


yang menjadikannya pelabuhan paling kaya di dunia. Dengan sebab
itu, setelah Portugis keluar dari zaman gelapnya dan mereka berjaya
menawan sebahagian wilayah Andalusia, matlamat utama mereka adalah
untuk menguasai pelabuhan Melaka. Atas matlamat ini, Raja Portugal
mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar dan melakukan sedaya
upaya usaha penaklukan. Portugal juga menakluki pelabuhan Goa di
India semata-mata untuk dijadikan pengkalan bagi menakluki Melaka.
Sekiranya Portugal gagal menawan Melaka, bererti mereka bakal muflis.
Disebabkan mereka berjaya menawan kota Melaka, maka Portugal
berjaya menjadi kuasa besar dunia pada ketika itu.

Pelabuhan Antarabangsa

Orang-orang Islam datang dari Kaherah, Mekah, Aden dan Habsyah,


orang-orang dari Kilwa, Malindi, Hormuz, Parsi, Rom, Turki, Turkmen,
orang Kristian Armenia, orang Gujerat, Chaul, Dabhol, Goa, Kerajaan
42

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Dekkan, Malabar, Kalinga, para pedagang dari Orissa, Sri Lanka, Bengal,
Arakan, Pegu, Siam, Kedah, Melayu Pahang, Patani, Kemboja, Champa,
Cochincina, China, Lequeos (Taiwan), Brunei, Lucoes (Luzon, Filipina),
Tanjungpura, Laue, Bangka, Lingga, Maluku, Banda, Bima, Timor,
Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Inderagiri, Kappata,
Minangkabau, Siak, Arkat, Aru, Batak, Negeri Tamiang, Pasai, Pedir dan
Maladewa (Maldives).

Di samping pulau-pulau yang berjumlah sangat banyak, (ada juga)


wilayah-wilayah lain yang menyediakan hamba dan menghasilkan beras.
Tempat-tempat tersebut tidak melakukan banyak perdagangan dan oleh
kerana itu namanya tidak disebutkan. Hanya orang-orang dari tempat-
tempat tersebut di atas yang datang ke Melaka dengan menaiki jong,
penjajap dan kapal-kapal. Sebaliknya, orang-orang pun belayar dari
Melaka ke tempat-tempat tersebut. Hal ini akan dibahas lebih lanjut
dalam pembahasan tiap-tiap wilayah. Pada akhirnya, di Melaka lah
kita menemui penggunaan lapan puluh empat bahasa. Masing-
masing bahasa tersebut memiliki ciri khasnya, sebagaimana yang
disaksikan oleh penduduk Melaka.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Waktu-waktu di mana kapal-kapal biasanya tiba di pelabuhan kota


Melaka adalah seperti berikut:-

Pedagang-pedagang dari Gore tiba pada bulan Januari, dan pulang


kembali ke negara mereka pada bulan April, menghabiskan masa selama
empat puluh hari untuk datang dan empat puluh hari lebih untuk pulang.
Mereka membawa bersama mereka barang-barang dagangan terdiri
daripada sutera, kasturi, keranda-keranda yang bersalut emas, pedang-
pedang, pisau-pisau belati, tembaga, gandum dan emas dalam bentuk
lapisan. Mereka membawa pulang lada hitam dan sedikit cengkih. Setiap 43

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


tahun, jong-jong mereka yang dimiliki oleh raja mereka datang ke sini
tetapi tidak bagi jong-jong yang lain disebabkan raja tidak membenarkan
mana-mana jong belayar ke Melaka selain daripada jong-jong miliknya.....

Pedagang-pedagang Cina juga datang pada masa yang sewajarnya bagi


mereka iaitu pada bulan April, dan meninggalkan pelabuhan ini untuk
pulang ke negara mereka pada bulan Mei. Perjalanan pulang mereka
mengambil masa selama dua puluh hingga tiga puluh hari, dan begitu
juga ketika mereka belayar ke sini. Mereka membawa bersama kasturi,
sutera, kain satin, “colnijam”, kapur, sebahagian daun rhubarb dan biji
mutiara-mutiara...tawas yang sangat baik. Setiap tahun lapan hingga
sepuluh buah jong datang ke sini dan mereka membawa pulang ke
negara mereka sejumlah besar lada hitam dan sedikit cengkih.

Pedagang-pedagang dari Jawa tiba pada bulan Oktober dan November


dan mereka membawa beras, hamba-hamba dan sedikit kiub lada hitam.
Dari sini mereka belayar ke Pedir untuk mengangkut lada hitam. Setiap
tahun di antara 50 hingga 60 buah jong yang kecil dan besar datang dan
pergi.

Pedagang-pedagang Bengali tiba di sini pada bulan April. Perjalanan


mereka berlangsung selama tiga puluh lima hingga empat puluh hari
dan tempoh waktu yang sama bagi perjalanan pulang mereka. Mereka
berangkat pada bulan September dan barang dagangan yang mereka
bawa ke sini termasuk beras, kain kapas dan pakaian, gula dan pengawet
makanan. Mereka membawa pulang lada hitam dari Pedir, dan tiba setiap
tahun dengan satu atau dua buah jong dan dalam jumlah yang sama
berangkat dari sini.

Kapal-kapal dari Pegu datang dan pergi pada waktu yang sama (seperti
44 di atas) dan mengambil tempoh waktu yang sama bagi perjalanan-
perjalanan mereka. Mereka membawa bersama beras, cat varnish,

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


kasturi yang sangat baik dan sedikit batu delima. Setiap tahun empat
buah jong tiba dan dari sini jumlah yang sama pulang kembali dan kargo-
kargo yang mereka membawa pulang termasuk lada hitam.

Di sekitar Melaka, terdapat dua buah lombong emas yang lain, dan
daripada kedua-dua buah lombong ini, mereka yang datang dari tanah
Gore dikatakan membawa pulang setiap tahun sebanyak sembilan
hingga sepuluh bahar (ukuran berat India) emas. Salah sebuah lombong
itu terletak di Pahang dan dari sini ianya mengambil masa selama tujuh
atau lapan hari untuk tiba di Melaka melalui jalan darat. Sebuah lagi
lombong yang lain terletak di Minangkabau, di pulau Sumatera dan dari
sini ianya mengambil masa selama sembilan atau sepuluh hari untuk tiba
di Melaka melalui jalan laut dan sungai.

Catatan Artur Basilio De Sa Insulinda dalam Documents On The


History of The Portuguese Patronage In The Far East

Sebahagian daripada Sumatera kaya dengan kemenyan (yang kualitinya


sangat baik) dan kapur. Di sana terdapat banyak lombong-lombong
emas. Emas juga ditemui di sungai-sungai. Barang-barang ini dieksport
ke negara-negara lain terutamanya ke Melaka.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Pedagang-pedagang datang dari tanah jauh ke Melaka. Mereka datang


dari Quilon, Laut Arab, Parsi, China, Liu-Kiu (Taiwan) dan Luzon. Mereka
bertukar-tukar barangan mereka untuk pelbagai jenis barangan lain.
Pedagang-pedagang tersebut mengembalikan muatan kapal mereka
yang berlebihan kepada peniaga-peniaga yang mereka telah membeli
barang tersebut daripadanya.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy 45
King Dom Manuel of Glorious Memory

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Hasil mengalir masuk dari perdagangan. Sultan mengumpulkan wang
dari perkapalan dan cukai. Baginda menjadi begitu kuat sehingga
baginda enggan mengakui kekuasaan Raja Siam, yang mana baginda
adalah di bawah naungannya. Raja Siam tidak mendatangkan apa-apa
masalah kepada Melaka lagi kerana ia telah menjadi sebuah pelabuhan
antarabangsa yang hebat. Ia adalah pusat perdagangan import dan
eksport. Ia adalah pelabuhan yang kaya.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy


King Dom Manuel of Glorious Memory

Perahu-perahu dari Sumatera iaitu dari Kerajaan Minangkabau yang


sarat dengan serbuk emas turut datang ke pelabuhan ini (Melaka). Begitu
juga dengan lada sulah yang datang dari pulau yang sama (Sumatera)
dan juga dari Malabar. Barang-barang datang dari India iaitu pantai
Coromendel (bahagian pantai di selatan India), Bengal, Tenasserim, Pegu
(daripada sini barang-barang yang mahal dalam kuantiti yang besar),
cengkih dari Maluku, kopi dari Borneo, cokmar (selaput biji puah pala)
dan buah pala dari Banda; kayu cendana putih dan merah dari Timor.
Dengan perdagangan dalam semua komoditi yang telah disebutkan itu,
ia (Melaka) adalah pelabuhan terkaya di seluruh dunia.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan:
Melaka bukan sahaja merupakan pelabuhan yang terkaya di dunia,
tetapi Melaka juga merupakan pelabuhan antarabangsa yang termasyhur
di dunia. Tome Pires sendiri menukilkan bahawa semua bangsa-bangsa
pedagang yang utama di dunia datang untuk berdagang di Melaka. Atas
sebab ini, maka sudah tentu Melaka dikenali oleh kerajaan-kerajaan
besar pada ketika itu seperti Kerajaan Mamluk di Mesir dan Kerajaan
46
Uthmaniyyah di Turki.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Atas sifat-sifatnya iaitu pusat perdagangan rempah yang utama,
pelabuhan yang terkaya, kemasyhuran yang tiada tolok bandingannya
serta dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari seluruh dunia, maka
sudah pasti Kesultanan Melaka memiliki hubungan yang rasmi dengan
kerajaan-kerajaan Islam yang besar pada ketika itu seperti Uthmaniyyah
dan Mamluk. Namun sejarah hubungan dua hala antara Melaka dengan
kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah seolah-olah telah digelapkan.

Peranan Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa juga diakui


oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Tun Seri Lanang menukilkan
seperti berikut :-

Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya
datang ke Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka
oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala
dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan
segala Orang Besar-besarnya pun sangat saksama.

Harta Kekayaan Melaka

Gabenor kemudiannya menghantar mesej kepada pegawai-pegawainya,


untuk mengambil apa yang mereka temui di kota, dan tidak membenarkan
apa-apa kerosakan dilakukan atau membakar apa-apa. Pegawai-pegawai
kemudiannya menawan kota itu dan memerintahkan tentera-tentera
mereka serta hamba-hamba untuk masuk ke bangunan-bangunan dan
membawa keluar mana-mana barang-barang yang mereka temui di
situ ke jalan-jalan. Jalan-jalan itu telah dipenuhi dengan barang-barang
dagangan dari segala jenis, seperti kapur barus dan kasturi di dalam
belanga-belanga; peti-peti yang penuh dengan sutera, kain satin, kain taf,
sutera putih, kapur dan gaharu-gaharu. Beberapa buah rumah didapati
penuh dengan kayu cendana, yang mereka tidak dapat membawanya
47

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


kerana untuk membawanya mesti melibatkan ramai pekerja. Setiap dari
mereka akan mengambil apa yang mereka mampu ambil dan barangan
yang terbaik akan dihantar ke bot-bot kapal.

Sebahagian barangan yang diambil telah dikumpulkan oleh pegawai-


pegawai dan ianya disimpan dalam gudang yang besar sehingga sampai
waktu di mana mereka boleh membawanya ke kapal. Gudang-gudang
ini separuh daripadanya di atas tanah (dan separuh lagi di bawah tanah).
Separuh bahagian yang atas telah di simen dengan batu kapur untuk
melindungi rumah-rumah dari api. Barang-barang tersebut dalam jumlah
besar dan arahan-arahan diberikan bahawa hanya yang bernilai sahaja
yang dihantar ke kapal-kapal, seperti kapur barus, kasturi, kain sutera,
sutera halus dan tembikar yang berharga. Barang-barang lain yang
kurang berharga dibiarkan terbuang di jalan-jalan kerana mereka tidak
mahu mengambilnya. Beberapa buah balang yang tertanam didapati
dipenuhi dengan jongkong-jongkong emas dan mutiara-mutiara dari
China. Selepas penemuan ini, semua mereka mula mencari gudang-
gudang perbendaharaan dan menggalinya lagi, dan harta kekayaan yang
banyak daripada jenis-jenis tersebut dijumpai. Dalam proses menggali
banyak kerosakan telah dilakukan, dan Rui D ‘Araujo melaporkan perkara
ini kepada Gabenor, yang mengarahkan agar isyarat-isyarat dihantar
melalui tiupan trompet untuk memanggil tentera mengambil apa yang
mereka mahu dan berundur. Kebenaran untuk mengambil harta rampasan
secara bebas berakhir apabila matahari terbenam.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Albuquerque mendengar bahawa dalam istana terdapat sebuah peti yang


besar dengan empat kaki dipenuhi dengan permata dianggarkan bernilai
enam puluh ribu cruzado, dan empat balang emas yang mengandungi
minyak wangi, setiap satu bernilai empat puluh ribu cruzado, biji-biji
48 mutiara dan balang-balang emas, nilainya, jika dibahagikan, bagi setiap
orang tentera akan mendapat 400,000 cruzado. Barang-barang ini

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


dijumpai di atas katil Sultan. Istana ini menempatkan gadis-gadis cantik
(dayang-dayang) yang pernah berkhidmat dengan Sultan dan isterinya.

Penaklukan istana berakhir hingga larut malam, dan harta rampasan


yang diambil adalah yang terbesar yang pernah diambil di mana-mana
bahagian di dunia dan yang pernah dirampas. Para tentera menjual
barang-barang kepada peniaga-peniaga di tempat itu. Walaupun
menjualnya dengan harga yang murah, para tentera menjadi begitu kaya
sehingga mereka hanya menggunakan wang dalam jumlah tiga atau
empat ribu cruzado. Selain daripada barangan mereka menjual, mereka
juga memiliki sebahagian barang-barang di atas kapal-kapal.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Gabenor gembira ketika melihat pegawai-pegawainya dan tentera-


tenteranya bergembira dengan apa yang mereka miliki. Dia sedar
sepenuhnya bahawa mereka telah mengambil hanya satu pertiga
daripada harta kekayaan kota ini, banyak yang telah ditanam di dalam
bilik kebal bawah tanah dengan dinding-dinding yang kukuh.
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sultan mengenakan cukai untuk barang-barang dagangan, sebagaimana


yang akan dijelaskan lebih lanjut nanti. Hal-hal inilah yang membuatnya
sangat dihormati oleh penduduk tempatan mahupun orang asing. Berkat
penghormatan ini, baginda berhasil mendapat kekayaan dan timbunan
harta yang besar. Khabarnya, sultan memiliki 120 quintal emas dan batu
manikam dalam jumlah besar. Dengan harta ini, baginda memutuskan
untuk berziarah (haji) ke Mekah dengan membawa banyak emas yang
diangkut oleh jong yang, berdasarkan perintahnya, dibina di Jawa.

49

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Baginda juga membina jong lain berukuran besar di Pegu; jika penyakit
tidak menghalanginya melakukan semua ini, baginda akan tetap
berangkat ke Mekah. Baginda telah menghabiskan banyak perbelanjaan
(melibatkan) ramai orang demi perjalanan ini.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Kejayaan dan kekayaan Melaka terlalu besar sehingga tidak ada seorang
pun yang dapat menghitung nilai yang sebenarnya. Melaka merupakan
sebuah kota yang khusus dibuat untuk barang dagangan. Kota ini sangat
sesuai bagi barang dagangan, lebih dari kota mana pun di seluruh dunia,
terutama di akhir musim hujan, di awal musim berikutnya. Melaka terletak
di tengah-tengah, dikelilingi oleh wilayah-wilayah lain. Perdagangan dan
perniagaan antarabangsa yang terletak beberapa liga jauhnya, pasti
melalui Melaka. Tempat ini akan memiliki kebesaran dan kemakmuran
yang tidak dapat dinafikan oleh tempat mana pun di seluruh dunia....

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Kota Melaka ini kaya dengan buah-buahan dan sumber air yang baik;
bekalan utama sumber-sumber makanannya datang melalui laut dari
luar negara. Rajanya memiliki kekuasaan yang besar dengan khazanah
dan pendapatan yang besar. Baginda menjadikan pemerintah Pahang
di bawah naungan baginda, yang mana sebelum ini berada di bawah
taklukan Kerajaan Siam. Pemerintah Pahang bangkit menentang
pemerintahan Siam dan di dalam wilayah Pahang ini, terdapat sangat
banyak emas yang berkualiti rendah.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

50

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ulasan:
Status Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia
menjadikannya melimpah dengan harta kekayaan. Dengan sebab itu,
Sultan Melaka merupakan antara orang yang terkaya di dunia pada
ketika itu. Maka tidak hairanlah jika Tun Seri Lanang mencatatkan
bahawa mana-mana istana di rantau ini tidak akan dapat menandingi
Istana Sultan Melaka. Sejarawan Portugis mencatatkan hanya satu
pertiga sahaja daripada harta kekayaan Melaka yang berjaya diambil
oleh Portugis. Manakala bakinya berjaya dibawa lari dan disembunyikan
di tempat-tempat yang tidak diketahui. Dengan jumlah sebegitu sahaja
pun berjaya menjadikan Portugis kaya.

Ketika zaman kegemilangan Melaka, bukan sahaja Sultan yang kaya


raya, malah penduduk Melaka juga rata-ratanya merupakan pedagang
yang kaya. Kekayaan Kesultanan Melaka yang luar biasa memberi kesan
positif terhadap taraf hidup masyarakat Melaka pada ketika itu. Keadaan
ini dinukilkan oleh Tun Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti
berikut:-

“Maka Hang Nadim pun pergilah naik kapal Hang Isap; kerana orang
Melaka pada masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal. Maka
belayarlah ia ke benua Keling”.

51

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Surat dari Sultan Iskandar Muda di Aceh
kepada Raja James di England.
52

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA ANTARABANGSA

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai salah


satu bahasa dunia pada abad ke-15 hingga
abd ke-17 menjadi bukti yang paling kuat
tentang peranan Kesultanan Melayu Melaka
sebagai pelabuhan utama dunia pada ketika
itu. Seorang sarjana Belanda yang bernama
Francois Valentijn menerangkan tentang
status Bahasa Melayu pada abad ke-16
seperti berikut:

“Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu


itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah
mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa
itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih
jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya
sehingga kepulauan Filipina.’’

Dengan sebab itu, sultan-sultan dari wilayah-


wilayah di Nusantara menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa perantaraan apabila
mereka berhubung dengan kerajaan-
kerajaan lain. Bahkan, Sultan Iskandar Muda
ketika menghantar surat kepada Raja James
di England dan Sultan Abul Fath ketika
mengutuskan surat kepada Raja Christian
V di Denmark turut menggunakan bahasa
Melayu dalam surat mereka. Ini membuktikan
Surat dari Sultan Abul bahawa terdapatnya penterjemah bahasa
Fath di Banten kepada 53
Melayu di istana-istana raja di Eropah pada
Raja Christian V di
Denmark. abad ke-17.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


MELAKA : MASYARAKAT
YANG INTELEK
Penduduk Yang Bertamadun

Kota ini dipisahkan oleh sungai dan dihubungkan oleh sebuah jambatan
kayu. Terdapat banyak rumah-rumah batu yang cantik. Rumah-rumah
yang lain diperbuat daripada kayu dengan atap rumbia. Sultan dan
penduduk asal beragama Islam. Terdapat istana-istana yang indah.
Orang-orang Melayu berkulit coklat gelap. Bahasa mereka adalah
menyenangkan dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan
berpenampilan rapi. Mereka juga sangat menyukai muzik dan lelaki
dan wanita hidup dalam keadaan gembira. Mereka adalah tentera
yang berani bersedia untuk membahayakan nyawa mereka dalam
peperangan-peperangan.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Sultan adalah seorang Muslim, begitu juga dengan semua penduduk


asal. Bahasa mereka adalah bahasa Melayu yang merupakan bahasa
yang indah dan mudah untuk belajar. Orang-orangnya berkulit kuning
langsat, kacak dan bertubuh sasa. Orang-orangnya bersifat berani
secara semula jadi, bersopan santun dan cintakan kedamaian.
Wanita-wanitanya berwajah cantik dan mereka semua suka untuk hidup
dalam kehidupan yang mudah.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

54

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Di kota ini terdapat ramai warga asing dari pelbagai wilayah, yang tinggal
di sana dan dilahirkan di negara ini. Seperti yang saya katakan, mereka
adalah orang-orang Islam dengan bahasa tersendiri dan dipanggil
Melayu. Lelaki-lelaki mereka segak bergaya dan tidak berpakaian dari
pinggang ke atas tetapi memakai pakaian kain kapas di bawah. Orang-
orang yang paling terkenal di antara mereka, memakai pakaian-pakaian
pendek yang dipakai separuh badan pada peha. Kain itu dikait atau
disulam dan sebagai tambahan mereka memakai ikat pinggang. Pada
pinggang mereka, tersemat senjata besi yang disepuh yang mereka
panggil “keris”.

Wanita-wanita mereka adalah berkulit “kuning kecoklatan” memakai


pakaian sutera yang sangat halus dan baju pendek (dihiasi dengan
emas dan permata). “Mereka sangat cantik, sentiasa berpakaian kemas,
dan mempunyai rambut yang sangat baik” (Ramusio berkata “Mereka
menyimpan rambut panjang, menghiaskan di atasnya dengan permata
dan beberapa jenis bunga-bunga”).

Orang-orang Melayu ini berpegang pada Al-Quran daripada ajaran


Muhammad dengan begitu taat sekali. Mereka mempunyai masjid-
masjid mereka, orang-orang yang mati dari kalangan mereka
dikuburkan dan anak-anak mereka adalah pewaris mereka. Mereka
tinggal di rumah besar di luar kota yang terdapat banyak kebun,
taman-taman dan tangki-tangki air di mana mereka menjalani
kehidupan yang menyenangkan. Mereka mempunyai rumah yang
berasingan untuk perniagaan mereka di dalam kota. Mereka memiliki
ramai hamba berserta isteri-isteri dan anak-anak yang hidup
berasingan dan mematuhi semua arahan mereka. Mereka lemah
lembut dan bersopan santun, menyintai muzik dan dikurniakan sifat
mencintai.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa 55

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran Masjid Raya Kesultanan Melayu
Melaka.

Ulasan :
Catatan-catatan Portugis membuktikan bahawa rakyat Melaka merupakan
masyarakat yang bertamadun. Perkara ini tidaklah menghairankan
memandangkan Melaka merupakan tempat persinggahan pedagang-
pedagang asing. Oleh itu, masyarakat Melaka terdedah dengan tamadun-
tamadun besar dari luar seperti Arab, China, India dan Turki. Apatah lagi
mereka telah memeluk Islam dan berpegang dengan ajaran-ajaran Islam.
Pembelajaran ilmu-ilmu Islam seperti ilmu Al-Quran, Hadith, tasawuf,
fiqh dan lain-lain sudah tentu menjadikan masyarakat Melaka sebagai
sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi.

Penggalakan Budaya Ilmu

Khabarnya, Sultan (Ala’uddin Riayat Syah) jauh lebih memperhatikan


masalah masjid dibandingkan permasalahan yang lain-lain.
56
Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ulasan :
Catatan Tome Pires tentang sikap Sultan Ala’uddin Riayat Syah yang
lebih mengambil berat masalah masjid bermakna Sultan lebih mengambil
berat dalam urusan-urusan agama seperti majlis pengajian ilmu dan
penyebaran dakwah. Sultan-sultan Melaka sememangnya menunjukkan
contoh kepada rakyat tentang betapa pentingnya budaya menuntut
ilmu. Tun Seri Lanang mencatatkan bagaimana Sultan Mahmud Syah
sanggup mengadap Kadi Maulana Yusuf semata-mata untuk menuntut
ilmu. Sedangkan baginda diriwayatkan memiliki banyak sifat-sifat yang
negatif. Dalam Sulalatus Salatin, dicatatkan seperti berikut:-

Maka Sultan Mahmud pun pergi dua berbudak, kitab Maklumat baginda
sendiri membawa dia. Setelah datang keluar pintu pagar Maulana Yusuf,
maka titah Sultan Mahmud pada penunggu pintu, “Beritahu Maulana,
bahawa fakir Mahmud datang”. Maka kata Maulana Yusuf, “Jikalau fakir
Mahmud datang, bukai pintu; kerana fakir patutlah datang ke rumah 57

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


sesama fakir”. Maka Sultan Mahmud dibawa naik, duduk ke rumahnya.
Maka Sultan Mahmud pun mengaji Maklumat pada Maulana Yusuf.

Di samping Sultan-sultan menunjukkan minat pada budaya ilmu,


mereka juga memberi galakan kepada rakyat untuk menuntut ilmu.
Malah rakyat yang pintar dan berkebolehan diberi penghargaan
oleh Sultan. Sulalatus Salatin menceritakan bahawa Sultan Mansur
Syah menawarkan biasiswa pada mereka yang mempelajari ilmu
hulubalang dan ilmu melatih haiwan tunggangan seperti gajah dan
kuda. Sulalatus Salatin mencatatkan seperti berikut :-

“..kerana adat Sultan Mansur Syah apabila orang tahu pada ilmu
gajah atau kuda, atau tahu bermain pelbagai senjata, istimewa tahu
akan ilmu hulubalang, maka segala Anak Tuan-tuan sekalian disuruh
baginda belajar atau mencari, akan belanjanya baginda menganugerahi
mereka”.

Sistem Pentadbiran Yang Teratur

Sultan menghantar utusan untuk menyambut Diogo Lopes dengan


keizinan untuk mengadap. Pegawai-pegawai bandar dan istana
membuat persediaan rumit untuk lawatan itu. Diogo Lopes de Sequeira
menunggang gajah yang dihiasi ke istana. Beliau telah disambut dengan
penuh istiadat (mengikut adat resam) di istana oleh rombongan Sultan
dan disampaikan kepada Bendahara. Diogo Lopes memberikannya surat
daripada Raja Portugal. Selepas pertukaran rasmi, beliau telah diiringi ke
kapalnya dengan rombongan Sultan.

58 Sejak itu, Diogo Lopes mula berurusan secara rasmi dengan Sultan
melalui pihak ketiga. Mereka menandatangani Perjanjian Persahabatan,

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


dimeteraikan oleh Sultan dan disahkan oleh Bendahara, Mahkamah
dan pegawai-pegawai kerajaan. Diogo Lopes mengangkat sumpah
pada injilnya untuk mematuhi perjanjian itu.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Di Melaka terdapat masyarakat pelbagai kaum, dan setiap kaum


memiliki mahkamah dan kastam yang tersendiri. Jadi di kota terdapat
Bendahara, masing-masing satu untuk orang tempatan (Melayu),
orang-orang Islam (bukan Melayu) dan orang bukan Islam. Terdapat
juga Bendahara-bendahara yang asing untuk golongan pendagang-
pedagang asing seperti Cina, Taiwan, Siam, Keling, peniaga-peniaga
di Timur (Pantai India) sehingga Tanjung Comorin dan pedagang-
pedagang dari Bengal. Ketua-ketua msyarakat ini, atau Bendahara-
bendahara, setiap seorang berurusan secara berasingan dalam hal ehwal
keadilan dan kastam (dalam masyarakat mereka).

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Melalui cara ini, para penduduk di wilayah tersebut dapat hidup dengan
sistematik dalam menjalankan perdagangan mereka. Cara-cara ini
dijalankan dengan teratur. Mereka tidak berpihak pada para pedagang
dari kapal, namun juga tidak membuat mereka marah. Melaka pun
terkenal dengan hukum dan penentuan harga barang-barang
dagangannya.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Tiada seseorang pun yang boleh menjual rumah atau kebun tanpa lesen
(kebenaran) daripada Sultan atau Bendahara. Bagi memperolehi lesen
59
penjualan kebun beserta dengan rumah, seseorang itu mesti membayar
hadiah yang telah ditetapkan.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental


TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
PERANAN SULTAN, BENDAHARA DAN PEMBESAR BEREMPAT

SULTAN

- Sebagai Ketua Negara dan berkuasa


mutlak dalam hal ehwal pentadbiran.
- Menjamin keselamatan rakyat dan
negeri.
- Menjadi lambang perpaduan dan
kedaulatan negara.
- Menjalankan hubungan diplomatik
dengan luar negara.

BENDAHARA LAKSAMANA TEMENGGUNG

- Ketua Pentadbiran dan penasihat - Ketua Tertinggi Angkatan Laut - Menyelesaikan kes jenayah yang kecil.
Sultan dalam pemerintahan negeri - Utusan rasmi tertinggi dan duta utama - Menentukan undang-undang
- Menjadi Pemangku Sultan ketika Kesultanan Melayu Melaka di negara dijalankan dengan sempurna.
Sultan berangkat ke luar negeri. asing. - Menjadi pengiring apabila Sultan
- Berperanan sebagai Ketua Turus - Mengawasi perairan laut Melaka berangkat menaiki gajah.
Angkatan Tentera Laut dan Darat - Memastikan keselamatan pelayaran - Bertanggungjawab mengatur susunan
semasa perang. di laut. dan tempat duduk bagi istiadat
- Menjalankan segala hukuman kecuali - Melindungi Sultan atau Bendahara mengadap Sultan.
hukuman mati. sewaktu perbicaraan - Berperanan menentukan sukatan dan
- Melantik pengganti Sultan dan - Bertanggungjawab ke atas timbangan yang betul di pasar.
mengetuai adat istiadat dan menjaga keselamatan pembesar dan tetamu
alat kebesaran diraja. khas kerajaan
- Bertanggungjawab ke atas pertahanan
negeri

PENGHULU BENDAHARI SYAHBANDAR

- Menjadi ketua adat bagi istiadat dan - Mengurus kebenaran berniaga dengan
acara diraja di istana. persetujuan Bendahara.
- Mengetuai perbendaharaan negeri - Mengawasi sistem perkapalan dan
dan ketua kepada Syahbandar yang organisasinya.
terdapat di Melaka serta mengendalikan - Menyeragam dan melaksanakan
hamba-hamba Sultan. pungutan cukai.
- Berfungsi sebagai menteri kewangan - Menyelia urusan anak yatim, nakhoda
bagi Kerajaan Melayu Melaka. dan pasar perniagaan.
- Memungut cukai dan menjaga harta - Menguatkuasa peraturan dan
benda kerajaan. menyimpan barang di gudang dan
60 kediaman yang disediakan.
- Menjaga kebajikan dan kepentingan
para pedagang.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


SENARAI NAMA BENDAHARA MELAKA

● Tun Perpatih Besar Bendahara Seriwa Raja

● Bendahara Seri Amar Diraja

● Tun Perpatih Sedang

● Tun Ali Nara Diraja

● Tun Perak Bendahara Paduka Raja

● Tun Perpatih Putih

● Tun Mutahir

● Bendahara Tepok

SENARAI NAMA LAKSAMANA MELAKA

● Laksamana Hang Tuah

● Laksamana Hang Jebat (ketika Hang Tuah


dijatuhkan hukuman)

● Laksamana Tun Hamzah (Dato' Bongkok)

● Laksamana Khoja Hassan


61
● Laksamana Hang Nadim

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


SENARAI NAMA SULTAN MELAKA DAN TAHUN
MEMERINTAH

Tahun Memerintah Tahun Memerintah


Nama Sultan
(Pendapat pertama) (Pendapat kedua)
Parameswara
1400 - 1414 1262 - 1281
(Sultan Iskandar Syah)
Sultan Megat Iskandar
1414 - 1424 1281 - 1283
Syah

Sultan Muhammad Syah 1424 - 1444 1283 - 1339

Sultan Abu Syahid


1444 - 1446 1339 - 1340
(Raja Ibrahim)
Sultan Muzaffar Syah
1446 - 1456 1340 - 1378
(Raja Kassim)
Sultan Mansur Syah
1456 -1477 1378 - 1449
(Raja Abdullah)
Sultan Ala'uddin Riayat
1477 - 1488 1449 - 1481
Syah (Raja Hussin)
* Sultan Mahmud Syah
1488 - 1511 1481 - 1511
(Raja Mahmud)
* Sultan Mahmud Syah iaitu Sultan Melaka yang terakhir mangkat pada
tahun 1528

Terdapat dua pendapat tentang tarikh penubuhan Kesultanan Melayu


Melaka. Menurut pendapat pertama, Kesultanan Melaka ditubuhkan oleh
Parameswara pada tahun 1400 Masihi. Antara yang mengemukakan
pendapat ini ialah sejarawan-sejarawan Portugis seperti Tome Pires.
Manakala pendapat kedua pula menyatakan bahawa Kesultanan Melayu
Melaka ditubuhkan pada tahun 1262 Masihi. Pendapat ini diasaskan dari
Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu yang mana tercatat Kesultanan Melayu
Melaka diasaskan pada tahun 660 Hijrah iaitu bersamaan 1262 Masihi.
62

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA

Sultan

Bendahara

Pembesar
Berempat

Syahbandar Laksamana

Penghulu
Temenggung
Bendahari

Pembesar
Berlapan

Pembesar
Berenambelas

63
Pembesar
Bertiga puluh dua

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ulasan:
Di antara sebab mengapa Melaka berjaya menjadi pilihan utama
pedagang-pedagang asing sekaligus menjadikannya pelabuhan yang
penting di dunia ialah kerana sistem pentadbirannya yang teratur. Sistem
pentadbiran yang teratur ini membuktikan kebijaksanaan pemerintah
dalam Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka wujudnya jawatan-jawatan
khas di samping tugasan-tugasan dan bidangkuasa masing-masing.

Sistem pemerintahan Melaka berbentuk hierarki dengan Sultan berada


di hierarki yang teratas. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Besar Empat
yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana dan
Temenggung. Di bawah empat pembesar utama ini ialah Majlis Orang
Besar Delapan diikuti oleh Majlis Orang Besar Enam Belas dan Majlis
Orang Besar Tiga Puluh Dua. Sistem pentadbiran yang tersusun dan
teratur ini menjadikan Kesultanan Melaka muncul sebagai sebuah
kerajaan yang agung di rantau ini kerana kestabilan politiknya akibat
kelicinan dalam bidang pentadbiran.

Selain daripada sistem pentadbiran yang teratur, Melaka juga memiliki


undang-undang berkanun yang khas seperti Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka. Kewujudan undang-undang ini
di samping penguatkuasaannya juga menjadikan Melaka sebagai
sebuah kerajaan yang stabil lagi berdaulat. Para sejarawan Portugis juga
mengesahkan bahawa terdapatnya mahkamah-mahkamah dan jabatan
kastam di Melaka yang membuktikan Melaka sebuah kerajaan Islam
yang bertamadun tinggi.

64

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kepintaran Dalam Muzik

Mereka juga sangat menyukai muzik dan lelaki dan wanita hidup
dalam keadaan gembira. Mereka adalah tentera yang berani bersedia
untuk membahayakan nyawa mereka dalam peperangan-peperangan.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Musuh juga meniup alat-alat muzik peperangan mereka, yang


mengeluarkan bunyi yang dahsyat. Ia adalah menakutkan untuk melihat
begitu ramai di antara mereka juga, yang majoritinya lengkap bersenjata,
sebahagian dari mereka adalah berbusur dan anak panah, manakala
yang lain dengan tombak-tombak dan pedang-pedang seukuran panjang
pedang orang-orang Bisaya. Sebahagian yang lain pula memiliki sumpit
yang menembak anak sumpit yang pendek dan nipis dengan kuatnya
sehingga ia menusuk dengan mendalam, dan tidak ada penawar untuk
luka yang disebabkan oleh anak sumpit tersebut.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan :
Permainan alat-alat muzik merupakan antara hobi masyarakat Melayu
Melaka. Terdapat banyak peralatan muzik masyarakat Melayu Melaka.
Sebahagian daripadanya merupakan alat muzik yang menghasilkan
bunyi melalui tali, tiupan dan ketukan atau pukulan. Tun Seri Lanang
menukilkan di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

“Maka bunyi-bunyian Melayu dengan bunyi-bunyian Jawa pun bertarulah


bunyinya; gong, gendang, serunai, nafiri, nagara, gendir, sambiannya,
sekati, kopak ceracap, celimpong dan rebab, gelinang, suling, gambang, 65
dandi, tiadalah sangka bunyi lagi”.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Penciptaan alat-alat muzik ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu
merupakan masyarakat yang memiliki daya berfikir yang tinggi serta
kreatif. Mereka mampu menghasilkan pelbagai jenis bunyi-bunyian
yang indah yang digabungkan sehingga menghasilkan sebuah melodi.
Permainan alat-alat muzik ini bukan sahaja menjadi medium hiburan,
malah ianya menjadi acara rasmi kerajaan seperti hari pertabalan serta
menjadi pembakar semangat ketika berjuang di medan perang.

Permainan Catur Adalah Permainan Rakyat

Fernao de Magalhaes sangat terkejut apabila mendapati Diogo Lopes de


Sequeira agak lalai dengan bahaya di sekelilingnya (sedangkan peristiwa
di balai jamuan itu baru sahaja berlaku), dia bermain catur dengan
lapan orang Melayu. Antaranya ialah anak-anak kepada Utimutiraja
dan Nahodabeguea. Apabila dia mendapat mesej tersebut, dia berpaling
kepada ketua kelasi kapal dan meminta beliau untuk memanjat ke puncak
layar, untuk memeriksa sama ada perahu sedang diisi dengan rempah-
rempah. Semasa menyampaikan mesej tersebut, Fernao de Magalhaes
kembali ke ‘taforea’ itu. Terdapat hanya beberapa orang lelaki di atas
kapal dengan Kapten Garcia de Sousa.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Selepas tiga puluh orang telah pergi ke bandar, seorang pemuda, anak
utimutiraja, datang ke kapal Diogo Lopes untuk melawat bersama-
sama dengan orang-orang yang terhormat (bangsawan), manakala
Diego Lopes sedang bermain permainan catur. Sebaik sahaja mereka
menaiki kapal, dia berhenti bermain untuk menyambut mereka. Orang
Islam itu yang mempunyai niat jahat di dalam hatinya, sedang menunggu
peluang yang lebih baik untuk mendapatkan Diego Lopes. Dia duduk
66
di situ sehingga dia melihat isyarat sebagaimana yang dirancangkan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Dia meminta Diego Lopes untuk meneruskan permainan kerana
dia ingin melihatnya dan selepas dia memerhatikan pergerakannya
(permainan catur Portugis) maka dia sedar tentang permainan itu
dan berkata bahawa bangsanya juga mempunyai permainan seperti
itu juga, tetapi dengan bilangan buah (catur) yang kurang….
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam Portuguese Documents
on Malacca 1509 to 1511

Ulasan :
Selain daripada kepintaran dalam muzik, catur juga adalah bukti
ketinggian intelektual masyarakat Melayu Melaka. Permainan catur
adalah permainan yang sangat berkait rapat dengan kemahiran berfikir.
Orang yang pakar bermain catur bermakna dia memiliki kemahiran
berfikir yang tinggi. Permainan catur menjadi satu permainan umum
masyarakat Melaka. Ini menggambarkan bahawa hiburan-hiburan orang
Melaka adalah hiburan yang menguji kekuatan minda dan sekaligus
membuktikan ketamadunan masyarakat Melaka. Pemainan catur
menjadi salah satu pemainan rakyat di Melaka turut dinyatakan oleh Tun
Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

Sekali persetua ada seorang, Tun Bahara namanya, orang Pasai, ia


datang ke Melaka. Maka Tun Bahara itu pandai terlalu ia bermain catur,
tiada siapa menyamai dia pada zaman itu. Maka bercaturlah Tun Bahara
itu dengan orang Melaka. Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang
kiri, pandang kanan sambil ia bersyair, dan berbait, dan bergurindam,
dan berseloka. Serta sudah ia perang, berjalan tiada dengan berfikir lagi,
terlalu bangat. Maka segala orang yang tahu-tahu bercatur, semuanya
alah olehnya, seorang tiada dapat melawan dia, melainkan Tun Pikrama,
anak Bendahara Paduka Raja; ia juga yang dapat sedikit melawan Tun
Bahara itu, tetapi jikalau lalai Tun Pikrama, digelar oleh Tun Bahara itu
‘sayur keladi’, dan jika Tun Bahara membuang sebiji bidak ujung jua pun, 67
alah pula Tun Bahara oleh Tun Pikrama, itulah yang tahu bercatur.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran penduduk Melaka sedang bermain catur

68
Bentuk buah-buah
catur Melayu lama.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gamelan dan cak lempong merupakan peralatan muzik yang mampu menghasilkan
irama yang menarik. Peralatan muzik ini menggambarkan kebijaksanaan
masyarakat Alam Melayu dalam bidang muzik

Batu Bersurat Pengkalan Kempas

Batu bersurat yang diletakkan


di sisi makam Syeikh Ahmad Majnun
menerangkan tentang Syeikh Ahmad
Majnun. Beliau adalah seorang ulama
di zaman Kesultanan Melayu Melaka
yang hidup semasa pemerintahan
Sultan Mansur Syah. Beliau telah wafat
di Pengkalan Kempas, Linggi dalam
perjalanan ke sebuah tempat bagi tujuan
berdakwah. Berdasarkan catatan yang
tertulis pada batu bersurat ini, Syeikh
Ahmad Majnun dikatakan wafat sekitar
tahun 1467 Masihi

69

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran wanita sedang menenun kain. Masyarakat Alam Melayu mahir
dalam bidang penenunan kain.

70

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


71

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kepintaran Ilmu Matematik

Kati pada emas Melaka sama nilainya dengan 20 tahil. Maka anda boleh
menghitung bahawa 20 darab 256 adalah 5,120. Dengan cara inilah nilai
emas dihitung. Sultan melantik sejumlah jurukira untuk melaksanakan
pekerjaan ini. Jawatan ini diserahkan oleh Sultan kepada seseorang
dengan memberikan separuh kati emas setiap tahun. Dalam melakukan
penilaian emas, dia tidak mengambil untung dari Sultan mahupun para
pembesar. Namun dia meminta bayaran sebanyak satu calaim untuk setiap
tahil- sama nilainya dengan sebelas reis dari orang yang menggunakan
perkhidmatannya. Selain itu, dia juga mendapat keuntungan sebanyak
beberapa calaim dari batu delima. Ini menjadi pendapatan tersendiri
yang signifikan. Tidak seorang pun, kecuali orang yang berjawatan ini,
yang dapat melakukan penilaian terhadap emas. Di Melaka, jawatan
ini merupakan kedudukan yang signifikan kerana pendapatannya yang
besar.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Cukai yang harus dibayar oleh mereka (pedagang-pedagang dari


Kaherah, Aden dan Mekah) adalah sebanyak enam peratus. Jika mereka
mahu, kapal mereka boleh terlebih dahulu diperiksa oleh para pentaksir
yang akan menentukan nilai kapal.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Sebagai satu bentuk kebajikan, setiap penduduk diberi kebenaran untuk


membuka kedai di depan rumah mereka sebagai tempat berniaga atau
disewakan kepada orang lain. Para pembesar juga mengenakan cukai
72 ke atas buah-buahan dan ikan dan ini merupakan cukai yang tidak
penting. Di samping cukai-cukai lain, cukai utama merupakan cukai

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


yang dikenakan ketika proses menimbang barang-barang dagangan
yang datang dan pergi. Setiap seratus barang dagangan dikenakan satu
calaim. Bagi menjalankan urusan ini, Sultan menugaskan setiausaha-
setiausaha dan penerima-penerima cukai.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan
Matematik sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan perdagangan.
Sebagai satu bangsa pedagang, kemahiran dalam ilmu matematik
bukanlah sesuatu yang asing buat masyarakat Melayu. Malah, status
Melaka sebagai pelabuhan yang paling sibuk dalam dunia menyebabkan
amalan berdagang sangat aktif di sini.

Pedagang-pedagang Melayu di Melaka mahir dengan ukuran-ukuran


dalam timbangan seperti tahil, kati, gantang, bahar dan sebagainya.
Malah, para pembesar dan pedagang di Melaka telah membuat rekod
perdagangan atau akaun yang merekodkan pengaliran tunai dan untung
rugi perniagaan. Mereka telah mencatat akaun-akaun dengan jumlah
perniagaan yang besar seperti perniagaan import dan eksport.

Selain itu, sebagai sebuah masyarakat Muslim, sudah pasti orang-orang


Melaka memiliki kemahiran matematik yang digunakan dalam ibadah-
ibadah seperti pengiraan zakat, pembahagian harta pusaka, pengukuran
kuantiti air wudhuk, pengukuran arah kiblat, ilmu falak dan sebagainya.

73

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kepintaran Dalam Seni Kraftangan

Rakyat jelata (Melaka) memiliki sifat yang lebih baik, disebabkan


mereka biasanya sibuk dengan kerja seni-seni mekanikal dalam
menyara kehidupan mereka; ramai daripada mereka terdiri daripada ahli
pertukangan yang sangat mahir dalam seni ukiran dan juga dalam ilmu
kimia, melakukan seni tempaan yang halus pada besi dan keluli untuk
membuat senjata-senjata.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Ulasan
Antara kepintaran orang Melayu yang begitu ketara ialah dalam seni
ukiran dan kraftangan. Maka dengan sebab itu, antara faktor mengapa
masyarakat Melayu lebih memilih membina binaan dengan menggunakan
kayu kerana mereka mahu menterjemahkan kepakaran mereka dalam
mengukir seni ukiran pada kayu-kayu tersebut dengan halus.

Masyarakat Melayu juga sangat kreatif dalam mencipta peralatan


kegunaan harian seperti alat menangkap ikan, alat menjerat haiwan,
peralatan dapur dan sebagainya. Mereka juga bijak memanfaatkan alam
sekitar untuk kegunaan harian mereka. Sebagai contoh, wujudnya gelaran
bagi pokok kelapa sebagai “pokok seribu kegunaan”. Ini membuktikan
kekreatifan masyarakat Melayu dalam memanfaatkan pengunaan pokok
kelapa untuk dijadikan bahan kraftangan bagi kegunaan harian di rumah.

74

74
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Batu Megalitik Pengkalan Kempas, Linggi
Batu-batu megalitik yang diukir ditemui di Pengkalan Kempas, Linggi. Batu-batu ini dipercayai diukir ketika zaman

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kesultanan Melayu Melaka ataupun lebih awal lagi. Salah satu daripada batu ini diukir perkataan “Allah” menunjukkan
bahawa batu-batu ini diukir setelah kemasukan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu. Pengukiran batu-batu ini
membuktikan kepintaran masyarakat di zaman tersebut. Kini batu-batu ini diletakkan berhampiran dengan makam
Syeikh Ahmad Majnun.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

75
76

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Penawanan Golongan Cerdik Pandai Melaka
Terdapat sebuah ruang penjara di dalam Kapal Portugis yang bernama Kapal Flor De La Mar. Ketika Portugis berjaya
menawan Melaka pada tahun 1511, Alfonso de Albuquerque telah menangkap sebilangan cerdik pandai dan pakar
dalam masyarakat Melayu Melaka seperti golongan tabib yang pakar dalam ilmu herba dan perubatan. Mereka ingin
dibawa ke Portugal untuk berkhidmat dengan Raja Portugal iaitu Raja Dom Manuel. Namun Kapal Flor De La Mar
telah tenggelam di Selat Melaka ketika hampi tiba di Aceh. Tawanan-tawanan perang ini dipercayai mati kerana lemas
tenggelam.
TEKNOLOGI BINAAN
Keagungan Binaan Istana Melaka

Di bahagian selatan kota terbinanya istana Sultan yang terletak di


atas bukit dan juga sebuah masjid yang besar. Di bahagian selatan itu
juga merupakan kawasan penempatan golongan yang berkedudukan
tinggi (bangsawan). Di bahagian utara merupakan tempat tinggal para
pedagang yang dikenali sebagai “Kling”. Bahagian ini adalah lebih luas
berbanding bahagian-bahagian lain di dalam kota.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Apabila angin sepoi-sepoi bertiup, beliau mengarahkan Gaspar de Paiva


bersama seratus orang tentera untuk membakar bahagian kota yang
dekat dengan jambatan. Simao Martins telah diberikan tugasan yang
sama di kawasan masjid di mana terletaknya istana Sultan. Arahan-
arahan telah dilaksanakan, menyebabkan kemusnahan beranda istana
yang mengandungi kerusi yang bersadur, beberapa permaidani, langsir
sutera bersulam emas dan banyak barang berharga yang lain.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Sultan, menunggang seekor gajah, berfikir bahawa pertempuran telah


berlaku (di tepi pantai), bersembunyi di belakang istananya, yang besar
dan kukuh, dan di mana baginda merasakan baginda boleh selamat dari
peluru-peluru meriam.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India


77

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ulasan:
Tun Seri Lanang menukilkan tentang keagungan binaan istana Kesultanan
Melaka di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

“Adapun besar istana itu tujuh belas ruang, pada seruang tiga-tiga
depa luasnya; besar tiangnya sepemuluk, tujuh pangkat kemuncaknya.
Pada antara itu diberinya berkapa-kapa, pada antara kapa-kapa itu
diberinya bumbungan melintang dan bergajah menyusu; sekaliannya
bersayap layang-layang, sekaliannya itu diukir dan bersengkuap. Pada
antara sengkuap itu diperbuatnya belalang bersagi; sekaliannya dicat
dengan air emas. Kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar
matahari, bernyala-nyala rupanya seperti manikam. Akan dinding
istana ianya berkambi, maka ditampali dengan cermin China yang besar,
apabila kena panas matahari bernyala-nyala rupanya; kilau-kilauan tiada
nyata benar dipandang orang. Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta
lebarnya, dan sejengkal tiga jari tebalnya. Akan birai istana itu dua hasta
lebarnya, dan tebalnya sehasta, diukirnya rembatan pintu istana itu empat
puluh banyaknya, semuanya bercat dengan air emas. Indah perbuatan
istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada
sepertinya pada zaman itu. Istana itulah yang dinamai orang `Mahligai
Hawa Nafsu’; atap tembaga dan timah disiripkan.

“Maka Bendahara pun mengerahkan orang membuat istana dan


balairung. Orang Ungaran berbuat istana besar, orang Sugal sebuah
istana, dan orang Buru sebuah istana dan orang Suir sebuah istana,
dan orang Pancur Serapung membuat balairung, orang Sudir membuat
balai penghadapan, dan orang Merba membuat penanggahan, dan orang
Sawang membuat balai jawatan di sisi balairung, orang Kundur membuat
balai apit pintu keduanya, dan orang Suntai berbuat balai kendi, orang
Melai berbuat pemandian. Orang Upang berbuat bangsal gajah, orang
Tungkal membuat masjid, orang Bintan membuat pagar istana, orang
78
Muar membuat kota wang. Adapun istana itu baik pula daripada dahulu.
Setelah sudah sekaliannya, maka Sultan Mansur Syah pun diamlah di
istana baharu itu kararlah selama-lamanya”.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran Istana Kesultanan Melayu Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


79
Petikan dari Sulalatus Salatin tersebut menerangkan ciri-ciri istana
Melaka zaman Sultan Mansur Syah. Istana ini adalah istana yang
terbaik di rantau ini dari segi binaannya. Ini berdasarkan catatan “Indah
perbuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini
tiada sepertinya pada zaman itu”. Ianya juga melambangkan kemajuan
teknologi binaan Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya. Selain
itu, petikan di atas juga menerangkan bahawa istana ini dibina setinggi
tujuh tingkat. Ini bermakna orang-orang Melaka berkemahiran membina
binaan yang tinggi walaupun dengan menggunakan kayu.

Setelah istana Melaka terbakar, Sultan Mansur Syah hanya memerlukan


masa sebulan sahaja untuk membina istana yang lebih baik daripada
sebelumnya. Pembinaan ini dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat
adalah dengan kepakaran orang-orang Melaka dalam bidang teknologi
pembinaan.

Teknologi Binaan Batu Dan Marmar

Kota ini dipisahkan oleh sungai dan dihubungkan oleh sebuah jambatan
kayu. Terdapat banyak rumah-rumah batu yang cantik. Rumah-
rumah yang lain diperbuat daripada kayu dengan atap rumbia. Sultan
dan penduduk asal beragama Islam. Terdapat istana-istana yang indah.
Orang-orang Melayu berkulit coklat gelap. Bahasa mereka adalah
menyenangkan dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan
berpenampilan rapi. Mereka juga sangat menyukai muzik dan lelaki dan
wanita hidup dalam keadaan gembira. Mereka adalah tentera yang berani
bersedia untuk membahayakan nyawa mereka dalam peperangan-
peperangan.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory
80

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kota ini pada masa ini adalah sempit dan tersebar di sepanjang
pantai (seperti Lisbon dari Dexobiegas ke biara Belem.) Di dalamnya
terdapat kira-kira tiga puluh ribu buah rumah, dan terdapat sungai yang
membahagikan kota kepada dua bahagian. Setiap bahagian berhubung
dengan bahagian yang lain melalui jambatan kayu. Banyak rumah
diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya dibina di persisiran laut.
Rumah-rumah yang lain yang diperbuat daripada batu dan kapur
turut kelihatan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Disebabkan matahari sudah pun terbenam Gabenor memberi


arahan untuk berundur ke masjid, yang diperbuat daripada batu,
yang mana ia adalah bangunan yang kukuh. Di sana terdapat Joao
de Lima bermalam dengan beberapa orang bangsawan dan empat ratus
orang tenetra yang lain.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Di situ terdapat sebuah masjid yang besar yang dibina dengan


bongkahan-bongkahan batu, begitu juga dengan bangunan-bangunan
yang lebih kecil (dari masjid) dan batu nisan juga diperbuat dengan batu-
batu.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Di hujung Tanjong Tuan atau Caborachado, di atas puncak sebuah bukit


terdapat sebuah bangunan lain yang masih kekal, yang kelihatan seperti
sebuah bekas yang diperbuat daripada bongkah-bongkah marmar
atau seperti runtuhan dasar piramid, di mana tempat Parameswara 81
dikebumikan. Ini adalah asal usul nama “Tanjung Tuan”. Di Teluk Mas,
di bahagian tenggara Sungai Melaka, di luar daerah Punggor

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


di sepanjang pantai yang sama, pada suatu jarak dari laut, berdirinya
sebuah bangunan besar yang diperbuat dari bongkahan batu, yang
berbentuk empat segi dengan sudut yang tepat, dan dipenuhi dengan
pokok-pokok, ianya kelihatan seperti sebuah istana atau kubu.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Tidak jauh dari Panchor ke arah barat daya terdapat anak sungai
yang mengalir ke kolam-kolam diraja, Ayer Raja dan Ayer Putri, dan
terutamanya tempat yang bernama Batu Gajah, yang terdapat binaan
marmar yang berbentuk seekor gajah, sebuah binaan yang dianggap
sebagai satu keajaiban yang besar oleh penduduk tempatan.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Ulasan:
Berdasarkan catatan-catatan di atas menunjukkan membina bangunan
menggunakan kayu merupakan pilihan bagi masyarakat Melaka
bukannya disebabkan keterbatasan teknologi. Membina binaan dengan
batu-bata bukanlah satu teknologi yang baru dalam masyarakat
Nusantara. Beratus tahun sebelum kewujudan Kesultanan Melayu
Melaka, masyarakat di Nusantara telah pun menggunakan batu-bata
sebagai bahan binaan. Kesan peninggalannya pun masih lagi wujud
sehingga hari ini seperti Kota Kedah Tua di Sungai Batu, Kedah, Candi
Borobudur di Jawa, Kota Batu di Brunei, batu-batu asas bangunan
di Samudera Pasai dan banyak lagi.

82

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Istana Kesultanan Melayu Melaka Di Zaman Sultan Mansur
Syah
Diriwayatkan bahawa Sultan Mansur Syah telah membina istananya sebanyak
dua kali di zaman pemerintahannya. Suatu ketika, pertarungan hebat antara
Hang Tuah dan Hang Jebat telah berlaku di Istana Sultan Mansur Syah yang
mana berakhir dengan pembunuhan Hang Jebat. Disebabkan peristiwa pahit itu
dan pencemaran di istana, Sultan Mansur Syah tidak ingin mendiami istana itu
lagi. Maka diititahkan supaya istana itu dirobohkan dan dibuang ke laut. Arahan
Baginda dilaksanakan dengan sempurna.

Setelah itu, sebuah istana baru yang cantik telah dibina di tapak istana yang
dirobohkan. Istana ini dinamakan ‘Istana Mahligai’ kerana keagungannya.
Istana Mahligai Sultan Mansur Syah ialah kebanggaan Kesultanan Melayu
Melaka. la melambangkan kekayaan, kemakmuran dan kekuasaan Melaka.
Istana ini melambangkan keunggulan senibina Melaka. Istana besar itu amat
indah dipandang dan kemuncak istana pula dipasang satu permata besar yang
bersinar-sinar pada siang hari.

Suatu ketika, Istana Mahligai itu pun tiba-tiba terbakar. Kemungkinan fokus
sinaran kepada atap genting kayu berlian yang kering semasa musim kemarau
mengakibatkan kebakaran tersebut. Kebakaran itu dilihat oleh semua penduduk
Kota Melaka yang datang untuk memadamkannya. Beberapa hulubalang dapat
masuk ke dalam istana dan menyelamatkan harta Sultan. Oleh kerana suhu
kebakarannya terlalu tinggi, maka api tidak dapat dipadamkan atau kesemua
barang yang berharga dikeluarkan. Istana Mahligai pun hangus terbakar.

Selepas beberapa hari, Sultan Mansur Syah memerintahkan supaya dibina


sebuah istana yang baru di tapak yang sama. Pembinaan tersebut selesai cuma
dalam tempoh sebulan. Tun Perak dapat mendirikan sebuah istana batu yang
tidak kurang indahnya dari Istana Mahligai. Istana Kesultanan Melaka dikatakan
sebagai bangunan yang terindah di rantau ini.

83

Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Bongkahan-bongkahan batu runtuhan


bangunan-bangunan di Kota Batu,
Brunei. Kota Batu di Brunei adalah
sebuah kota lama yang telah wujud
sezaman dengan Kesultanan Melayu
Melaka. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, banyak bangunan-bangunan
84 yang diperbuat dari batu seperti mana
yang dicatatkan oleh sejarawan-
sejarawan Portugis.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Kesan peninggalan Perigi Raja yang dibina oleh Sultan Mansur Syah
di kaki Bukit China dan Perigi Hang Tuah di Duyong masih lagi kekal
hingga hari ini. Kedua-dua buah perigi ini dibina dengan menggunakan
bongkahan batu-batu seperti mana bongkahan batu-batu yang terdapat
pada bangunan A Farmosa dan Gereja St. Paul. Pembinaan dinding 85
perigi-perigi ini membuktikan kemampuan jurubina dalam Kesultanan
Melayu Melaka membina binaan berdiameter bulat dengan menggunakan
bongkah-bongkah batu.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Batu Gajah, Melaka

Nama Batu Gajah di Melaka seperti


yang dicatatkan oleh Godinho de Eredia
berasal dari sebuah binaan berbentuk
gajah yang diperbuat daripada batu
marmar. Binaan ini dianggap sebagai
satu binaan yang ajaib oleh penduduk
tempatan pada ketika itu.

86
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


87

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Rumah Bergerak (Mudah Alih)

Sebaik sahaja para tentera berjaya membakar rumah-rumah tersebut,


tembakan anak-anak panah dan sumpit-sumpit dapat dihentikan,
disebabkan rumah-rumah tersebut dibina daripada papan dan beratapkan
jerami daun-daun kelapa, ianya terbakar dengan mudah dan api tersebut
dimarakkan oleh angin yang bertiup, yang menyebabkan rumah-rumah
itu rebah ke tanah dalam masa yang singkat. Gudang-gudang di mana
harta benda disimpan, dan sebahagian daripada masjid turut musnah.
Begitu juga dengan sebuah rumah baru yang dibina di atas roda-
roda (sepertimana yang dinyatakan sebelum ini) bagi menyambut
majlis perkahwinan puteri Sultan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Kemudian masjid itu dibakar. Bumbung masjid itu diperbuat dari jerami
daun kelapa, dibakar dan di dalamnya terdapat banyak barang yang
diperbuat daripada kayu telah musnah. Selain itu, yang dimusnahkan
juga adalah sebuah rumah kayu yang dibina di atas sebuah pelantar
yang boleh bergerak yang mempunyai tiga puluh buah roda. Setiap
roda tersebut berukuran sebesar sebuah bilik. Rumah itu telah
dibuat oleh Sultan Melaka untuk dinaiki oleh Sultan Pahang. Kali yang
terakhir baginda datang ialah ketika menghadiri majlis perkahwinan anak
lelakinya dengan anak perempuan Sultan Melaka. Sambutan yang besar
telah disediakan untuk majlis itu, yang mana rumah tersebut merupakan
salah satu hadiah kejutan. Rumah tersebut dihiasi dengan sutera di
bahagian dalamnya dan di luarnya pula dihiasi dengan panji-panji.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

88

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Bangunan Kalis Api

Disebabkan keputusan untuk berperang, para pedagang menjadi takut


akan kehilangan harta benda mereka. Maka, walaupun Sultan memberi
amaran bahawa tiada apa yang boleh dibawa keluar dari kota itu,
para pedagang pada waktu malam secara rahsia mengosongkan
gudang-gudang mereka, yang mana ianya dibina separuh bawah
tanah dan kalis api. Gudang-gudang ini terletak di tebing-tebing sungai,
berhampiran dengan muara sungai dan di hulu jauh. Harta benda itu telah
dibawa jauh ke kawasan pedalaman dan disembunyikan dalam kebun-
kebun pedagang yang dipanggil “Dusun”.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Teknologi Binaan Bawah Tanah

Arahan-arahan telah diberikan oleh Gabenor kepada Pero D‘ Alpoem,


Rui de Araujo, Antonio Fernandes (si hitam), Joao Mendes Botelho
dan Ruy de Brito Patalim untuk pergi ke istana Sultan, mengumpulkan
apa yang mereka temui di sana, dan, sebelum mereka kembali, untuk
memusnahkan istana dengan membakarnya menggunakan api. Mereka
pergi, dan menemui satu bangunan bawah tanah di istana, terdapat
sejumlah besar barang-barang emas dan perak.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Albuquerqe berasa sangat sedih (dengan cadangan Rui D’ Araujo), beliau


berkata bahawa jika kota ini hanya dapat ditawan dengan cara membakar
seluruh kota (seperti mana cadangan tersebut), maka tenteranya hanya
mengalami kepayahan dan tidak mendapat sebarang keuntungan (dari
harta-harta Melaka). Maka Rui D’ Araujo memberitahu beliau:- 89

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


“Tuan, sungguh pun tuan membakar seluruh kota ini, barang-barang
yang terbaik akan kekal (tidak terbakar) kerana ianya disimpan di gudang
yang dibina dengan batu yang kukuh. Separuh dari gudang-gudang
ini dibina di bawah tanah dan pintu-pintunya telah diperkukuhkan.
Jadi tiada sebarang api yang dapat memberi kesan kepada gudang-
gudang tersebut yang mana tersimpannya harta kekayaan terbanyak
di kota ini”

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sebahagian barangan yang diambil telah dikumpulkan oleh pegawai-


pegawai dan ianya disimpan dalam gudang yang besar sehingga
sampai waktu di mana mereka boleh membawanya ke kapal. Gudang-
gudang ini separuh daripadanya di atas tanah (dan separuh lagi di
bawah tanah). Separuh bahagian yang atas telah disimen dengan
batu kapur untuk melindungi rumah-rumah dari api. Barang-barang
tersebut dalam jumlah dan arahan-arahan diberikan bahawa hanya yang
bernilai sahaja yang dihantar ke kapal-kapal, seperti kapur barus, kasturi,
kain sutera, sutera halus dan tembikar yang berharga. Barang-barang
lain yang kurang berharga dibiarkan terbuang di jalan-jalan kerana
mereka tidak mahu mengambilnya. Beberapa buah balang yang tertanam
didapati dipenuhi dengan jongkong-jongkong emas dan mutiara-mutiara
dari China. Selepas penemuan ini, semua mereka mula mencari gudang-
gudang perbendaharaan dan menggalinya lagi, dan harta kekayaan yang
banyak daripada jenis-jenis tersebut dijumpai. Dalam proses menggali
banyak kerosakan telah dilakukan, dan Rui D’ Araujo melaporkan perkara
ini kepada Gabenor, yang mengarahkan agar isyarat-isyarat dihantar
melalui tiupan trompet untuk memanggil tentera mengambil apa yang
mereka mahu dan berundur. Kebenaran untuk mengambil harta rampasan
secara bebas berakhir apabila matahari terbenam.
90
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gabenor gembira ketika melihat pegawai-pegawainya dan tentera-
tenteranya bergembira dengan apa yang mereka miliki. Dia sedar
sepenuhnya bahawa mereka telah mengambil hanya satu pertiga
daripada harta kekayaan kota ini, banyak yang telah ditanam di dalam
bilik kebal bawah tanah dengan dinding-dinding yang kukuh.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan :
Catatan-catatan Portugis di atas jelas membuktikan kehebatan ilmu
senibina dalam Kesultanan Melayu Melaka. Catatan-catatan Portugis
tentang kewujudan bangunan bergerak atau mudah alih, bangunan
kalis api serta bangunan di bawah tanah membuktikan Melaka memiliki
kejuruteraan binaan yang hebat. Dengan ini, Kesultanan Melayu Melaka
sudah pasti memiliki jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek yang mahir
dalam bidang senibina. Kewujudan ahli-ahli dalam senibina sama ada
jurutera atau arkitek bukanlah sesuatu yang baru di alam Nusantara.
Sebagai contoh, arkitek-arkitek dalam Kerajaan Sriwijaya dahulu
dinamakan sebagai Sthapaka. Mereka inilah yang merancang pembinaan
bangunan-bangunan yang besar seperti Candi Borobudur, Candi Muara
Takus dan Candi Prambanan.

91

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran binaan bangunan bawah tanah di Kota Melaka zaman Kesultanan
92 Melayu Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


93

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pembinaan Menara

Selain dari memiliki bangunan-bangunan yang hebat yang diperbuat


dari kayu dan batu-bata, menara-menara juga telah dibina di Melaka.
Pembinaan menara bukanlah sesuatu yang asing. Ratusan tahun sebelum
kewujudan Kesultanan Melaka, kerajaan Sriwijaya telah membina
menara-menara yang diperbuat dari batu-bata seperti menara Candi
Muara Takus di Riau yang masih boleh dilihat sehingga hari ini. Selain itu,
Ibnu Battutah dalam catatannya menyatakan bahawa Samudera Pasai
ialah sebuah kota yang cantik dan besar yang dikelilingi oleh tembok
dan menara-menara kayu. Beliau turut menyatakan rasa kekagumannya
pada keindahan dan kehebatan kota itu.

Pembinaan menara-menara di Melaka telah dicatatkan oleh Ma Huan,


seorang pelayar China yang beragama Islam yang mengiringi Laksama
Zheng He ke Melaka. Ma Huan di dalam catatannya yang bertajuk Ying
Ya Shen Lan (Pemandangan Indah Di Seberang Laut) menyatakan seperti
berikut :-

“Ketika kapal-kapal Zheng He (laksamana Cheng Ho) berlabuh


di Melaka. Di satu tempat dibuat pagar kayu runcing yang
mengelilingi seperti tembok kota. Di empat penjuru
pintu gerbang dibina menara-menara tempat
orang menabuh beduk untuk memberitahu
waktu pada malam hari. Malam ada
penjaga yang meronda dengan
membawa canang (loceng). Di
dalam kawasan itu terdapat
pagar kayu runcing sebagai
tembok kota kecil…”
94

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gereja St. Paul

Gereja St. Paul yang terletak di atas Bukit St. Paul dibina sebaik sahaja
Portugis dapat menawan Kota Melaka. Gereja ini dibina dengan
menggunakan batu-batu binaan Istana Kesultanan Melaka dan Masjid Besar
Melaka.

Benteng Kota Melaka

Benteng Kota Melaka yang dibina oleh Albuquerqe mengandungi


sebuah gereja kecil untuk menampung keperluan askar-askar Portugis.
Pada tahun 1521, seorang Kapten iaitu Duarto Coelho telah membina
sebuah gereja kecil di puncak Bukit Melaka (sekarang Bukit St. Paul).
Gereja ini dijadikan sasaran serangan-serangan terhadap Portugis
di Kota Melaka kerana ketinggiannya memudahkan penyerang menembak
sasarannya. Serangan Johor pada tahun 1550-1551 ialah serangan yang
paling dahsyat yang dihadapi oleh Portugis. Oleh itu, Portugis mengambil
keputusan untuk membina ‘benteng kota’ mengelilingi Kota Melaka. Semasa
pembinaan benteng kota dijalankan, pihak gereja juga ingin membesarkan
Gereja Madre de Deus (Gereja Nabi Isa) kerana kerosakan teruk yang telah
dialami di situ.

Kerja-kerja membesarkan gereja bermula pada tahun 1556. Sebahagian


dinding gereja dikekalkan. Dinding lama bahagian belakang dan stor telah
dipecahkan. Bahagian timur dan selatan dibesarkan dan ditinggikan.
Bahagian selatan mengandungi dua tingkat yang menjadi kediaman serta
kubu kota semasa peperangan. Kerja-kerja pembinan mengambil masa lebih
daripada 12 tahun. Gereja dibina dengan blok-blok batu lada dan plaster
kapur. Ianya diambil dari Pulau Upeh dan dibawa ke puncak bukit untuk
digunakan dalam pembinaan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh orang-orang yang
ditawan. Pengepungan bukit dan kubu pertahanan gereja ini menguatkan
kedudukan Kota Portugis sehingga ke tahun 1641.

95
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kota A Famosa

Setelah kota ini siap dan tersergam kukuh di kaki Bukit St. Paul, ia diberi
nama Kota Famosa, ertinya Kota Yang Termasyhur. Kota ini berbentuk
hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal 2.4
meter di sekelilingnya. Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu
utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai.
Menurut catatan Abdullah Munshi pada tahun 1805, kekuatan Kota
Famosa ini amat hebat sekali. Kota ini juga mempunyai 8 buah menara
tempat kawalan setinggi 18 hingga 24 meter dan tebal temboknya 4.5
meter Pada bahagian bawah tempat ini terdapat tempat kediaman
tentera-tentera dan kuda bagi tujuan peperangan.

Terdapat juga lorong-lorong antara tempat-tempat


kawalan itu untuk kemudahan pada masa
peperangan. Sementara itu, di sekeliling
tembok kota juga ditempatkan 60 orang
sepoi yang lengkap bersenjata. Tidak
seorang pun dibenarkan masuk ke
dalam kota selepas pukul
6 petang. Pada

96

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


pukul 8 malam, jambatan jungkit yang merentangi sungai ditarik naik ke
atas kota. Sesiapa yang berjalan di sekitar kota tanpa membawa jamong
atau lampu suluh, akan ditahan oleh askar-askar yang berkawal. Begitu
juga sesiapa yang tidak menyahut cabaran pengawal akan ditembak.

97

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pemandangan tapak asal Istana Melaka dari bawah Bukit St. Paul.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

98

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


99

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Pemandangan laut dari tapak asal istana Kesultanan Melaka.

Sumber gambar : Ihsan Penulis


100

Pemandangan bawah dari tapak Istana Sultan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Batu Nisan Sultan Mansur Syah

Ini adalah sepasang batu nisan makam Sultan Mansur Syah. Satu
daripadanya dipamerkan di Muzium Negara manakala satu lagi dipamerkan
di Muzium Melaka. Menurut inskripsi yang tercatat pada batu nisan
ini, Sultan Mansur Syah mangkat pada 2 Rejab 880 Hijrah bersamaan 1
November 1477. Batu nisan ini ditemui di Bukit St. Paul. Kedudukan asalnya
ialah di Makam Diraja Melaka yang terletak di dalam kawasan Masjid Besar
Melaka. Portugis telah mencabut semua batu-batu nisan dan meruntuhkan
bangunan-bangunan batu yang terdapat di Kota Melaka untuk mendirikan
kubu Portugis yang dinamakan Fortaleza dan juga gereja St. Paul.

101

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


KUBU CHOHONG

Sumber gambar : Ihsan Penulis

102

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Kubu Chohong di Jasin, Melaka dipercayai dibina pada zaman Kesultanan


Melayu Melaka. Dinding kubu ini dibina dari bongkahan batu laterit yang
dipotong rapi. Dinding kubu ini menyamai dinding Gereja St. Paul dan
kubu A Famosa. Sehubungan itu, binaan Gereja St. Paul dan kubu A Famosa
diyakini dibina dari runtuhan bangunan-bangunan Kesultanan Melayu
Melaka.

Sumber gambar : Ihsan Penulis


103

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Sumber gambar : Ihsan Penulis

104 Batu-batu kubu Kota Melaka yang baru ditemui.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


INFRASTRUKTUR KOTA MELAKA
Kota Yang Terancang

Di bahagian selatan kota terbinanya istana Sultan yang terletak


di atas bukit dan juga sebuah masjid yang besar. Di bahagian selatan
itu juga merupakan kawasan penempatan golongan yang berkedudukan
tinggi (bangsawan). Di bahagian utara merupakan tempat tinggal para
pedagang yang dikenali sebagai “Kling”. Bahagian ini adalah lebih luas
berbanding bahagian-bahagian lain di dalam kota.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The


Conquest of The India By The Portuguese

Kota ini pada masa ini adalah sempit dan tersebar di sepanjang
pantai (seperti Lisbon dari Dexobiegas ke biara Belem.) Di dalamnya
terdapat kira-kira tiga puluh ribu buah rumah, dan terdapat sungai yang
membahagikan kota kepada dua bahagian. Setiap bahagian berhubung
dengan bahagian yang lain melalui jambatan kayu. Banyak rumah
diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya dibina di persisiran laut.
Rumah-rumah yang lain yang diperbuat daripada batu dan kapur turut
kelihatan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan:
Sebagai sebuah kota yang utama di dunia yang dikunjungi oleh
pedagang-pedagang asing dari pelbagai negara di dunia, kota Melaka
adalah sebuah kota terancang. Dalam sistem pemerintahan Kesultanan
Melaka, Sultan dan Bendahara bertanggungjawab dalam merancang 105
dan menyusun pembangunan kota. Manakala Temenggung pula
bertanggungjawab sebagai pihak penguatkuasa tentang hal ehwal yang

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


berkaitan dengan kota. Ini termasuk dengan susun atur kedudukan premis
perniagaan, bangunan-bangunan lain dan jalan raya di kota. Perkara ini
turut dijelaskan oleh Tun Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti
berikut:-

Adapun akan adat segala orang muda-muda Tun Hassan Temenggung,


apabila ia berjalan tiada berbelanja, maka ia berkata pada Tun Hassan
Temenggung, “Tunku, sekarang lebuh kita tiada betul, banyak kedai yang
menganjur, baik juga tuanku membetuli; kalau-kalau Yang Dipertuan
berangkat, dilihat baginda lebuh tiada betul, murka kelak akan tunku.”
Maka kata Tun Hassan Temenggung, “Baiklah, pergilah kamu semua
perbetul, rentangi tali lebuh itu.” Maka segala orang muda-muda Tun
Hassan Temenggung pun pergilah dengan segala pertanda merentang
tali; maka oleh segala mereka itu, pada tengah rumah saudagar yang
kaya-kaya itu direntanginya tali, disuruhnya roboh………..Maka tali itu
pun diperbenarnya mengikut seperti yang betulnya; segala kedai yang
menganjur itu juga disuruhnya buang.

Rangkaian Dan Jaringan Jalan Darat

Satu lagi pasukan tentera akan menyerang ke arah sisi kota di mana
terletaknya masjid yang besar itu, yang berhampiran dengan istana-
istana Sultan. Dalam pasukan ini adalah D. Joao de Lima, Fernao Peres
de Andrade, Bastiao de Miranda, Gaspar de Paiva dan Jaime Pereira
Teixeira. Mereka telah diarahkan bahawa, sebaik sahaja mereka mendarat,
mereka perlu menyerang ke arah jambatan, dan kekal di situ sebagai satu
pasukan tentera, kerana adalah penting untuk mempertahankan jambatan
daripada serangan dari kedua-dua belah arah, jika sekiranya musuh cuba
untuk masuk semula ke kota melalui jambatan. Disebabkan semua jalan-
jalan utama di kota menghala ke jambatan itu, gerombolan pasukan
106

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


tentera musuh akan cuba untuk memberi tumpuan ke atasnya. Dan jika
Tuhan mengizinkan tentera Portugis untuk memperolehi kedudukan yang
paling strategik itu, mereka akan bertapak dengan kukuh di dalam kota
agar mendapat setiap perkembangan yang seterusnya.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Dinis Fernandes, yang diikuti oleh tentera-tentera di bawah


arahannya, menuju ke arah jalan yang paling besar. Dia berhadapan
dengan Sultan yang diiringi oleh sepasukan tentera berjumlah seramai
seribu lima ratus orang. Apa yang membuat dia berasa curiga adalah
Sultan dan pasukan tenteranya hanya tetap kekal di situ seolah-olah
berharap agar Fernandes dan para tenteranya meneruskan kemaraan
mereka sehingga ke atas jalan itu untuk menghadapinya. Kemudian
Fernandes sedar bahawa pada jalan itu terdapatnya jerangkap samar
yang mengandungi pancang-pancang dan damak-damak beracun. Apa
yang dia tidak dapat lihat adalah periuk-periuk api dari belerang. Jika
dia dan para tenteranya mara ke sepanjang jalan maka tiada yang akan
kekal hidup.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Para kapten kemudiannya kembali membantu Gabenor, yang


berjuang dengan sekumpulan tentera di jalan masuk ke jalan utama
kota. Musuh yang ramai, telah melihat bagaimana sedikit bilangannya
Portugis, lalu menyerang mereka dengan beraninya dan berperang
dengan penuh keyakinan.

107

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Walau bagaimanapun, Portugis memaksa mereka untuk berundur
di sepanjang jalan sehinggalah mereka tiba di persimpangan jalan-
jalan yang lain, dari mana musuh masuk, berharap untuk menyekat
Portugis di tengah-tengah jalan dari kedua-dua belah arah.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Tiada tentera Islam yang dapat meneruskan serangan mereka, dan


dengan demikian tentera-tentera Islam, bersama Bendahara, mula
berundur ke arah jalan raya sehingga mereka tiba di persimpangan jalan.
Di situ terdapat sebilangan besar tentera Islam yang bergajah bertemu
dengan tentera Portugis. Gajah-gajah menjadi naik minyak disebabkan
bunyi trompet mereka yang kuat, dan (untuk seketika) tentera-tentera
Portugis menjadi panik dan menangguhkan untuk maju ke arah jalan
di mana gajah-gajah itu berada. Tiada apa yang boleh mereka lakukan
melainkan jika mereka dapat mencederakan gajah-gajah tersebut.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sultan mengutuskan jawapan yang mengelirukan untuk menangguh-


nangguhkan masa. Dalam masa yang sama, baginda telah menyekat
semua jalan-jalan yang menghala ke pantai, dan kubu-kubu yang kukuh
telah dibina dengan tiang-tiang yang tebal dan batu-batu kasar, di kota
itu tidak terdapat benteng. Di luar kubu-kubu diletakkan periuk-periuk
api, lubang-lubang dan jerangkap samar.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

108

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sebelum malam menjadi semakin gelap dua pucuk meriam berat
dibawa (ke masjid) dan dari semasa ke semasa salah satu daripada
meriam-meriam itu menembak ke arah sebatang jalan, dan sepucuk lagi
meriam yang menembak ke arah jalan yang lain. Nuno Vaz mengambil
giliran berjaga malam bersama empat ratus orang tentera yang lain.
Mereka berjaga-jaga di sepanjang malam dan setiap suku jam melepaskan
tembakan meriam menuju ke arah jalan-jalan, yang lurus dan panjang.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan :
Catatan-catatan Portugis tersebut membuktikan bahawa Kota Melaka
memiliki rangkaian jalan yang baik di mana terdapatnya jalan besar,
jalan utama serta persimpangan jalan-jalan yang menghubungkan
satu jalan dengan jalan yang lain. Tun Seri Lanang turut menukilkan
tentang kewujudan simpang empat di tengah-tengah Kota Melaka yang
membuktikan wujudnya jaringan jalan raya-jalan raya di Kota Melaka.
Di dalam Sulalatus Salatin, Tun Seri Lanang menyatakan seperti berikut:-

“Maka titah Sultan Alauddin kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh


membuat balai di simpang empat di tengah negeri, disuruh bubuh
seorang penghulu diam di sana”.

“Maka pergilah baginda berkuda; maka gemparlah segala lebuh pekan,


melihat Raja Zainal lalu itu”.

109

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Tapak asal Masjid Raya
Kesultanan Melayu Melaka.

110

Kawasan Pelabuhan Kota Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Tapak asal Istana
Kesultanan Melayu Melaka.

111

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pembinaan Jambatan

Melihat kepada persediaan-persediaan tersebut, Gabenor merasa sedih


kerana orang-orangnya telah mengalami kesukaran dan mereka akan
mengalaminya lebih lagi. Tiada tempat bagi tentera-tentera Portugis
yang boleh mengukuhkan kedudukan mereka setelah mereka mendarat.
Orang-orang Islam (tentera Melaka) telah menjadikan diri mereka sangat
kuat di kedua-dua bahagian jambatan yang diperbuat dari kayu yang
berat dengan membina kedudukan-kedudukan pertahanan yang baik,
terutamanya pada sebelah kanan tebing sungai di mana terdapatnya
penduduk yang padat di pinggir kota. Manakala kota (Melaka) itu sendiri
terletak di sebelah kiri tebing sungai.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sultan membina rumah kayu yang besar; berhampiran dengan jambatan


sebagai tempat jamuan.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy


King Dom Manuel of Glorious Memory

Sultan Mansur Syah membina masjid yang indah, di lokasi tersebut kini
dibina kubu Melaka (A Famosa). Masjid tersebut dahulunya merupakan
bangunan yang paling indah di wilayah ini. Baginda memerintahkan
pembinaan jambatan-jambatan yang penuh hiasan di atas sungai.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan:
Selain dari memiliki rangkaian jalan yang terancang dan tersusun,
jambatan-jambatan juga dibina di Melaka bagi menghubungkan jalan-
112 jalan darat yang dipisahkan oleh sungai. Perkara ini turut dinukilkan oleh
Tun Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin yang menyatakan seperti
berikut

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Jambatan Rantai
Jambatan Rantai yang terletak di Banten, Indonesia dibina oleh Sultan
Maulana Yusuf pada tahun 1570 iaitu 61 tahun selepas penaklukan
Kota Melaka oleh Portugis. Ini adalah sebuah jambatan yang boleh
“buka tutup”. Jambatan seperti ini adalah teknologi yang biasa dibina
di Nusantara sebelum kedatangan penjajah barat. Ianya dibina bagi
tujuan mengutip cukai. Kapal-kapal dan perahu-perahu asing yang ingin
masuk ke pelabuhan akan disekat dengan jambatan sebelum mereka 113
membayar cukai pelabuhan. Setelah itu, jambatan akan diangkat dengan
menggunakan rantai untuk membenarkan kapal-kapal dan perahu-
perahu melintasinya.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Jambatan Melaka

Jambatan di Bandar Hilir Melaka yang


baru dibina. Di sini juga pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka,
jambatan-jambatan telah dibina untuk
menghubungkan kawasan di seberang
sungai dengan kawasan Istana Kesultanan
Melaka.

114

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Dua buah lukisan Portugis tentang Kota Melaka zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Dari lukisan-lukisan ini jelas menunjukkan tentang keagungan
Kesultanan Melayu Melaka.

115

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


“Maka Sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi,
terlalu banyak hulubalang mengiringi baginda; maka oleh Sultan Ahmad
Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah
berhamburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya. Maka
dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar, seperti halilintar
bunyinya. Maka Sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung
jambatan, khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan lebat
datangnya itu”.

Pelabuhan Yang Sistematik Dan Berkemudahan

Melaka mengelolakan keluar masuknya jong-jong dalam jumlah yang


sangat besar. Oleh kerana itu, kekayaan tidak dapat dihindarkan oleh
Sultan.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Di Melaka terdapat empat orang Syahbandar yang bermaksud pegawai


ibu kota. Mereka adalah para pegawai yang menyambut nakhoda-
nakhoda jong yang berlabuh di wilayah masing-masing. Mereka
melaporkan kepada Bendahara, membahagikan pembahagian gudang
kepada para nakhoda, membuat laporan mengenai komoditi yang
dibawa. Apabila nakhoda-nakhoda tersebut dilengkapi dengan surat-
surat, maka mereka akan menyediakan penginapan. Mereka juga
memberikan perintah berkait dengan gajah-gajah (pengangkutan darat).

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Sultan kemudiannya mengutuskan jawapan bahawa baginda berasa


begitu senang dengan permintaan mereka untuk menjalinkan perjanjian
116
persahabatan, dan dengan sebab itu mereka boleh mendarat dengan
jaminan keselamatan, untuk membeli dan menjual seperti pedagang-

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


pedagang lain yang datang ke kota itu dan membayar cukai-cukai yang
dikehendaki. Baginda akan mengeluarkan arahan-arahan supaya mereka
disediakan dengan penginapan yang berhampiran dengan pantai untuk
keselesaan yang lebih baik.

Diogo Lopes menunjukkan betapa gembiranya dia menerima jawapan


Sultan dengan serta merta mengutuskan Rui D’ Araujo untuk mendarat
sebagai wakilnya, beserta hadiah untuk Sultan sebagai rasa terima
kasih atas kesudian baginda untuk menerima mereka. Rui D’ Araujo
juga mengambil alih bangunan-bangunan yang besar dan kukuh dan
berhampiran dengan persisiran pantai. Berasa gembira dengan hadiah
yang baginda terima, Sultan dengan serta merta memerintahkan seorang
pembantunya untuk pergi menunjukkan bangunan-bangunan yang
baginda peruntukkan kepada wakil Portugis itu, yang akan mengambil
alih bangunan-bangunan itu. Bangunan-bangunan tersebut berkeadaan
baik dan kukuh yang mana ianya terletak di tepi pantai dan dapat dicapai
oleh bot-bot kapal...

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan :
Sebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia, sudah tentu pelabuhan
Melaka menyediakan infrastruktur yang berkelas dunia. Ini dibuktikan
oleh catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India yang menyatakan
terdapatnya bangunan-bangunan yang besar dan kukuh yang terletak
di pelabuhan Melaka. Sultan Melaka juga menyediakan kemudahan
penginapan (hotel) kepada pedagang-pedagang asing yang berdagang
di Melaka. Penyediaan infrastruktur bertaraf dunia di perlabuhan inilah
yang menjadi antara sebab Melaka terus dikunjungi oleh pedagang-
pedagang asing dari seluruh dunia. Tun Seri Lanang menukilkan
di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut:- 117

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


“Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya
datang ke Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka
segala dagang Arab dinamainya Malaqat, yakni perhimpunan segala
dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan
segala Orang Besar-besarnya pun sangat saksama”.

118

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran kapal-kapal dagang yang berlabuh di
pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka.

119

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pelabuhan Melaka

Kedudukan Kota Melaka menjadikan kapal-kapal dagang dari China, Arab,


Nusantara, India dan Parsi bertumpu di Melaka. Pelabuhan Melaka dianggap
sebagai penghubung antara dunia timur dan barat. Dengan sebab itu, ada
pendapat menyatakan bahawa nama ‘Melaka’ itu berasal dari perkataan Arab
“Malaqat” yang bermaksud tempat pertemuan. Maka aktiviti perdagangan
pun menjadi sangat pesat. Kapal-kapal ini menukarkan barangan sebelum
kembali ke destinasi masing-masing. Kapal-kapal dagang tersebut
menurunkan banyak jenis barangan di Melaka dan ini memerlukan usaha
mengenakan cukai, menyimpan barangan dan keperluan logistik.

Dengan kepesatan aktiviti perdagangan di Pelabuhan Kota Melaka, Sultan


mewujudkan jawatan Syahbandar yang dianggap sebagai ‘raja’ di kawasan
pelabuhan. Pelbagai jawatan lain yang berada di bawah kelolaan Syahbnadar
juga turut diwujudkan untuk membantu Syahbandar menguruskan urusan-
urusan perdagangan dan kebajikan pedagang-pedagang dari seluruh dunia
di pelabuhan. Sultan Melaka juga mewujudkan pelbagai kemudahan untuk
pedagang-pedagang dari luar seperti gudang tempat menyimpan barangan,
tempat penginapan, khidmat pengangkutan barang dan lain-lain. Sistem
pentadbiran yang teratur dan infrastruktur pelabuhan yang bertaraf dunia
120 ini menyebabkan Melaka terus dikunjugi oleh pedagang-pedagang dari luar
sehinggalah Melaka menjadi pelabuhan yang terkaya dan terkenal di dunia
pada waktu itu.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


121

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI PERTANIAN
DAN PENGAIRAN
Apabila mereka penat dengan kehidupan kota, mereka akan
meninggalkannya untuk pergi ke kebun-kebun mereka yang terdapat di
luar kota untuk mereka berehat. Kebun-kebun ini terletak di pedalaman
di sepanjang tebing sungai dan sangat indah.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The


Conquest of The India By The Portuguese

Melaka terletak di sepanjang pantai Siam, di muara sungai kecil. Ia


bermula beberapa liga (ukuran jarak bagi Portugis) di sepanjang pantai.
Ia adalah panjang dan sangat sempit. Ia mempunyai penduduk seramai
tiga puluh ribu. Terdapat kebun-kebun subur dan banyak sumber air
bersih. Bekalan-bekalan lain adalah diimport. Di dalamnya, terdapat
buah-buahan seperti articok (sejenis sayur yang terdapat di negara
Mediteranean), menyerupai sitron (sejenis buah yang terdapat di negara
Mediteranean) dan ia dipanggil durian. Rasanya begitu manis dan lazat
yang mana ramai warga asing tinggal di dalam kota hanya kerana itu,
walaupun persekitaran kota itu tidak sihat.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy


King Dom Manuel of Glorious Memory

Di kawasan luar kota semua buah-buahan yang baik ditemui di sekitarnya,


termasuk beberapa jenis buah yang kelihatan seperti anggur. Setiap
empat bulan terdapat (musim) durian, iaitu buah yang seperti articok
(sejenis sayur yang terdapat di negara Mediteranean) dalam bentuk
dan saiz buah sitron yang besar (sejenis buah yang terdapat di negara
Mediteranean). Rasanya sangat pelik dan dikatakan bahawa ia adalah
buah yang dimakan oleh Nabi Adam yang menyebabkan dia berdosa.
Terdapat juga buah berangan dan buah-buahan yang lain yang sangat
122

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


berbeza daripada buah yang terdapat di Portugal. Air yang sangat bersih
boleh didapati di sana.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The
Conquest of The India By The Portuguese

Mereka tinggal di rumah besar di luar kota yang terdapat banyak kebun,
taman-taman dan tangki-tangki air di mana mereka menjalani kehidupan
yang menyenangkan.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

Kota Melaka ini kaya dengan buah-buahan dan sumber air yang baik;
bekalan utama sumber-sumber makanannya datang melalui laut dari luar
negara.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

Di pantai laut dalam wilayah Melaka masih kekal beberapa peninggalan


silam Parameswara dan keturunan yang menggantikan beliau, misalnya,
di tempat yang dinamakan Panchor terdapat apa yang dipanggil “Kolam
Raja”. Ini adalah sebuah kolam yang dibina daripada marmar sebagai
tempat untuk Raja mandi. Air di dalamnya diisi dari mata air yang sangat
bersih yang sentiasa mengalir yang mana ia kemudiannya mengalir ke
laut di antara batu-batu besar melalui hutan dan belukar yang dipenuhi
dengan rusa, pelanduk dan semua jenis haiwan serta burung yang saling
berkejaran.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Ulasan :
Kedudukan wilayah Nusantara (Gugusan Kepulauan Alam Melayu)
yang terletak di garis khatulistiwa yang subur menyebabkan wilayah ini 123
sangat kaya dengan hasil bumi. Ribuan jenis tumbuh-tumbuhan hidup
dan tumbuh dengan begitu subur di wilayah ini. Maka tidak hairanlah

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


seorang saintis barat yang bernama Stephen Oppenheimer menukilkan
di dalam bukunya yang berjudul Eden In The East bahawa penduduk
di Semenanjung Tanah Melayu merupakan golongan yang pertama
menanam padi di muka bumi ini iaitu kira-kira 9,000 tahun sebelum
masihi. Disebabkan bidang pertanian aktif di wilayah ini, maka teknologi
berkaitan pertanian juga berkembang seiring dengan kepesatan aktiviti
pertanian.

124
Menurut Godinho de Eredia nama Panchor berasal dari pancuran air yang
terdapat di kolam raja yang dibina di tempat ini.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Masyarakat di Nusantara yang menjadikan padi sebagai tanaman yang
utama sememangnya mahir dengan teknik-teknik dan teknologi yang
berkaitan dengan sistem pengairan. Ini termasuklah masyarakat petani
di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antara teknologi yang digunakan
ialah pembinaan kincir air, penggalian terusan-terusan, pembuatan
perlatan pertanian seperti alat membajak, menuai dan menanam padi
dan sebagainya.

Selain itu, Kesultanan Melaka merupakan sebuah


kerajaan yang terdedah dengan kepakaran
teknologi-teknologi dari seluruh dunia. Ini
termasuklah teknologi pengairan, saliran serta
teknologi membuat pancuran air.

125
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran pancuran air dan kolam mandi milik Sultan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.

126

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


127

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambar kincir air tradisional yang terdapat di Negeri Sembilan
pada tahun 1950.

Sumber gambar : JMBRAS.1972. Vol 45 Part 2

128

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka yang dibina di


tepi Sungai Melaka ini menggambarkan tentang kejayaan
Kesultanan Melayu Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa
yang terkemuka dunia. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, kincir air ini berfungsi untuk mengatur permukaan
air di muara Sungai Melaka yang mana setiap hari ianya
dikunjungi oleh sekitar dua ribu buah kapal dagang dari
seluruh dunia. Ianya juga berfungsi sebagai alat pengangkut
air bagi kemudahan pedagang-pedagang di pelabuhan ini.

129

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


130

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kincir Air : Teknologi Kuno Nusantara

Kincir air merupakan salah satu teknologi kuno


di Alam Melayu (Nusantara) yang telah diamalkan sejak
ribuan tahun dahulu iaitu sebelum kedatangan Islam
di Nusantara. Antara fungsi kincir air ialah untuk
menyalurkan air dari sungai ke sawah padi dan untuk
menumbuk padi dan beras menjadi tepung. Setelah
kemasukan Islam, kincir air juga berfungsi sebagai
penyalur air wudhuk dan untuk lain-lain kegunaan air
di masjid-masjid. Maka kincir-kincir air telah dibina
di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selain dari tujuan
pertanian, ianya juga berfungsi sebagai alat pengangkut air
untuk kegunaan seharian.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

Kincir air tradisional yang terdapat di Paya Kumbuh, Sumatera Barat. Teknologi 131
kincir air seperti ini telah digunakan sejak lebih 1,000 tahun yang lalu.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pendedahan ini disebabkan hubungan-hubungan yang dijalinkan
oleh Sultan Melaka dengan kerajaan-kerajaan besar di dunia pada
ketika itu seperti kerajaan dinasti Ming di China, Kerajaan Majapahit
di Jawa, Kerajaan Ryukyu di Jepun, kerajaan Mamluk di Mesir, kerajaan
Uthmaniyah di Turki dan kerajaan-kerajaan lain.

Di samping itu, kedatangan pedagang-pedagang asing dari seluruh


pelusuk dunia juga menyebabkan Melaka terdedah dengan teknologi-
teknologi yang mengagumkan dari luar. Tamadun Islam di timur tengah
pada masa itu sememangnya menguasai teknologi saliran dan pengairan.
Antara teknologi ajaib yang dikuasai oleh orang-orang Islam di timur
tengah ialah membuat pancuran air.

Mengikut penelitian penulis, terdapat sistem pengairan dan perparitan


yang sistematik dalam penempatan Majapahit di Trowulan, Indonesia.
Antaranya ialah sebuah kolam, saluran longkang-longkang di sekitar
penempatan dan pembuatan saluran paip dari tanah liat yang dibakar.
Semua teknologi ini telah wujud sezaman dengan Kesultanan Melayu
Melaka. Maka tidak mustahil sistem-sistem pengairan dan perparitan
yang terdapat di Jawa zaman Majapahit turut dilaksanakan di Melaka
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Tun Seri Lanang mencatatkan di dalam Sulalatus Salatin tentang


wujudnya sistem kumbahan dan pembentungan di zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Beliau menyatakan bahawa wujudnya tandas untuk
pembuangan najis dan tempat mandian yang khusus sepertimana
berikut:-

“Sebermula setelah siang hari maka segala inang pengasuh Tun


Teja datang mendapatkan Tun Teja, maka dilihatnya Tun Teja tiada di
peraduannya. Maka dicarinya ke tandas, disangkanya buang air, di tandas
132
pun tiada; maka dilihatnya ke pemandian, di pemandian pun tiada”.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Replika taman istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak di Muzium
Kesultanan Melayu Melaka, Bandar Hilir, Melaka. Kewujudan taman dalam
istana Kesultanan Melayu Melaka membuktikan kemahiran masyarakat
Melayu dalam bidang pertanian dan landskap.

Sumber gambar : Ihsan Penulis 133

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambar sebatang terusan di Kubang Rotan yang bersambung dengan Sungai
Kuala Kedah. Barangkali inilah terusan atau sungai buatan yang dibina pada
zaman pemerintahan Sultan Ata’Allah Muhammad Syah di Kedah yang sezaman
134 dengan Kesultanan Melayu Melaka sebagaimana yang dicatatkan dalam
At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Teknologi Pembinaan Terusan Di Semenanjung Tanah Melayu

Sebagai masyarakat yang menjadikan beras sebagai makanan asasi,


orang-orang Semenanjung Tanah Melayu telah mahir dalam ilmu teknologi
pembinaan terusan yang mana pembinaan terusan ini sangat penting bagi
penanaman padi di kawasan sawah. Di samping itu, pembinaan terusan juga
sangat penting bagi memudahkan laluan perahu dari laut atau sungai ke
kawasan-kawasan penempatan masyarakat.

Sejak dari zaman Kedah Tua lagi, orang-orang Melayu berkemahiran membina
terusan atau sungai buatan. Dalam At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
dicatatkan bahawa pada zaman pemerintahan Sultan Ata’Allah Muhammad
Syah (1423 Masihi hingga 1471 Masihi), satu projek pembinaan terusan yang
begitu panjang telah dilakukan. Jika dilihat pada garis masa, pemerintahan
Sultan Ata’Allah Muhammad Syah adalah sezaman dengan pemerintahan
Sultan Muhammad Syah hingga ke zaman Sultan Mansur Syah di Melaka.

At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah mencatatkan seperti berikut:-

“Adapun pada masa Sultan Ata’Allah Muhammad Syah Yang Maha Mulia
di atas takhta kerajaan itu baginda bermuafakat dengan segala menteri-
menterinya mengorek sebatang sungai dari Sungai Jerlun sampai ke Alor
Janggus. Dari Alor Janggus hingga sampai ke Kubang Rotan menghubungi
hujung Sungai Mati. Kuala Sungai Mati itu tembus ke sungai besar Kuala
Kedah.”

Sumber gambar : Ihsan Penulis

135

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Teknologi Pengairan Majapahit

Kolam mandi Raja Majapahit dan saliran air pada


tapak arkeologi penempatan Majapahit yang terletak
di Trowulan, Jawa Timur. Kedua-dua teknologi pengairan
Majapahit ini wujud sezaman dengan Kesultanan Melayu
Melaka. Berkemungkinan besar Kesultanan Melayu
Melaka turut belajar dan mengambil manfaat dari teknologi
Majapahit memandangkan Kesultanan Melayu Melaka
dan Majapahit memiliki hubungan diplomatik yang erat.
Menurut sumber Sulalatus Salatin, Sultan Mansur Syah telah
membawa sebuah rombongan ke Majapahit. Rombongan
itu turut disertai oleh pembesar-pembesar Melaka seperti
Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu.

136 Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI SENJATA API
Meriam

Di kawasan pantai, yang disyaki sebagai kedudukan pertahanan yang


lemah, Sultan meletakkan pegawai-pegawai yang lain sebagai orang
yang bertanggungjawab berserta dengan meriam-meriam yang
diperlukan. Putera-putera, iaitu anaknya dan menantunya masing-
masing diberikan tanggungjawab untuk memimpin pasukan tentera
yang bersedia untuk pergi ke kawasan di mana di situ terdapat bahaya
yang paling besar. Satu lagi pasukan tentera, bersama-sama dengan
gajah-gajah kerajaan, akan tinggal bersama dengan Sultan sebagai
perlindungan ke atas diri Sultan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Sebilangan besar musuh-musuh telah terbunuh yang mana adalah


mustahil untuk dihitung jumlah mangsa korban. Ramai daripada orang-
orang kita cedera dan lebih daripada lapan puluh orang telah dibunuh. Di
dalam kota, mereka menemui lebih daripada tiga ribu pucuk meriam
besar dan kecil, yang dibuat daripada besi dan tembaga, salah satu
daripada meriam-meriam tersebut terdapat meriam yang sangat
berat yang diberikan oleh Raja Calicut bersama-sama dengan
meriam-meriam yang lain kepada Sultan Melaka.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Walaupun orang-orang Islam telah membawa harta benda mereka dalam


jumlah yang banyak keluar dari kota itu, kota itu masih begitu kaya 137
di mana harta-harta rampasan yang tinggal berjumlah lebih daripada lima
puluh ribu cruzado. Terdapat tiga ribu pucuk meriam daripada lapan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


ribu pucuk meriam yang dimiliki oleh musuh telah ditemui yang mana
jumlahnya dimaklumkan oleh Rui D’ Araujo tatkala dia memberikan
maklumat (kepada Albuquerque selepas dia dibebaskan, sebelum
berlakunya serangan ke atas kota). Beberapa pucuk meriam sangat
berat, dan salah satu daripada meriam-meriam yang sangat berat itu
adalah sangat cantik yang mana ianya dihadiahkan oleh Raja Calicut
tidak beberapa lama sebelum ini.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Dalam gudang-gudang milik Sultan ditemui sejumlah besar


tembaga, keluli, besi, timah hitam, bijih timah, belerang, ubat bedil,
serbuk peluru, senjata-senjata dan peluru-peluru perang yang lain
serta selimut-selimut kapal (kain penutup kapal) dalam jumlah yang
banyak. Segala-galanya telah diambil untuk raja kita (Raja Portugal)
beserta hasil-hasil rompakan barang-barang yang diambil dari kota,
yang mana ianya menyumbang sejumlah lebih dua ribu cruzado kepada
Raja kita, di samping barang-barang yang diseludup keluar yang mana
jumlahnya jauh lebih besar. Maka tiada emas atau perak yang telah
dilelong, begitu juga dengan orang-orang tawanan yang begitu ramai.
Apabila semuanya dihitung bersama-sama dengan apa (harta) yang
musuh telah berjaya selamatkan dari kota, jumlah kekayaan (harta benda)
adalah tidak terbatas banyaknya.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy


King Dom Manuel of Glorious Memory

Sebaik sahaja jong (Portugis) itu melintasi beting pasir dan berlabuh
berhampiran jambatan, meriam-meriam tentera Islam mula
menembak ke arahnya. Sebahagian daripada peluru-peluru meriam
138 yang menembak, yang diperbuat dari bijih timah hitam, menembusi
di kedua-dua belah jong tersebut yang menyebabkan berlakunya
korban jiwa yang besar di kalangan tentera-tentera Portugis. Dalam

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


kedahsyatan peperangan tersebut Antonio de Abreu telah tercedera
di rahang disebabkan tembakan senapang, banyak giginya hilang dan
bahagian tulang rahangnya cedera, setelah lama dari peristiwa itu,
selepas kecederaan rahangnya pulih, rahangnya telah teralih.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &


Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Kapten-kapten Portugis bersetuju dengan alasan Albuquerque untuk


berundur, perintah yang diberikan oleh Gabenor untuk berundur
bermula pada waktu matahari terbenam. Beliau merupakan orang
pertama sekali berundur, supaya orang lain yang melihatnya berundur
akan turut berbuat demikian dan sebahagian daripada mereka yang
telah menjarah istana Sultan yang serba lengkap itu menghentikan
tindakan mereka. Dari kota, mereka menawan tujuh puluh dua pucuk
meriam dan memasangkannya pada kubu-kubu kayu berhampiran
jambatan. Sebahagian daripada meriam-meriam tersebut diperbuat
daripada gangsa dan sebahagian yang lain diperbuat daripada besi.
Sebahagian dari pada peluru meriam besi itu disalut dengan timah hitam
dan sebahagian peluru yang lain diperbuat dari batu.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Antara meriam-meriam yang ditemui adalah beberapa pucuk meriam


besar, yang mana ianya dikatakan dihantar oleh pemerintah Kerajaan
Calicut kepada Sultan Melaka. Maka banyak senjata-senjata telah
ditemui.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

139
Portugis telah memberi tekanan dengan begitu keras dan menyebabkan
banyak kematian di kalangan tentera Islam yang mana ramai melarikan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


diri dari kubu-kubu. Akibat dikejar oleh Portugis, mereka terpaksa
menggunakan jambatan kayu merentasi sungai air tawar yang agak
dalam. Gabenor, apabila menyedari bahawa orang-orangnya mahu
menyerang jambatan, maka beliau memerintahkan mereka agar
menghentikannya, dan tidak menyeberangi sungai tersebut. Mereka pun
kembali, dan beberapa orang dari tenteranya dianugerahkan sebagai
pahlawan dengan serta merta oleh Gabenor. Disebabkan mereka
letih beliau membenarkan mereka untuk berehat, tetapi beliau
mengutuskan Dinis Fernandes de Melo dan Pedo D’Alpoem dengan
beberapa orang tentera dari perahu-perahu untuk mengumpulkan
meriam dari kubu-kubu (tentera Melaka).

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

140
Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Meriam-meriam Kesultanan Melayu Melaka

Meriam merupakan senjata utama Kesultanan Melayu Melaka


ketika bertempur dengan Portugis. Pencatat-pencatat sejarah
Portugis menyatakan bahawa semasa Portugis menyerang
Melaka pada tahun 1511, sebanyak kira-kira 8,000 pucuk meriam
digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka ketika bertempur
dengan Portugis, Namun hanya 3,000 pucuk meriam sahaja
ditemui manakala bakinya berjaya dibawa lari oleh tentera-tentera
Kesultanan Melayu Melaka.

Gambar ini ialah replika meriam yang dinamakan Peca


De Malaca. Meriam yang asal terdapat di Muzium 141
Tentera di Lisbon, Portugal. Meriam ini dibuat di India
dan dihadiahkan kepada Sultan Melaka. Ia kemudiannya
dirampas oleh Portugis di Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


142 Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 13 Februari 2016, menceritakan tentang
penemuan meriam dari Kesultanan Melayu Melaka di Goa, India.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


143

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Meriam Kecil (Lela dan Rentaka)

Dalam pada itu Sultan mempertahankan kota dengan pagar-pagar


kubu kayu dan parit-parit. Selain daripada tentera dan gajah, baginda
mempunyai lapan ribu pucuk senjata api, separuh daripadanya
berukuran di antara meriam dan senapang. Sementara menunggu
kedatangan Laksamana, Sultan menjadikan situasi yang sukar buat
Albuquerque dengan tidak mengutuskan kepadanya sebarang balasan
(bagi pesanannya) dan dengan tidak membebaskan tawanan-tawanan
atau barang-barang yang baginda telah rampas dari Portugis. Dengan
cara ini Sultan dapat memastikan bahawa tidak akan wujud sebarang
perdamaian atau persahabatan di antara baginda dan Portugis.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

* Apa yang dimaksudkan senjata berukuran di antara meriam dan


senapang barangkali adalah lela rentaka.

Disebabkan tentera Portugis telah diberi amaran awal, maka mereka


dapat mengelak daripada perangkap-perangkap dan dapat sampai kubu-
kubu tersebut, di mana pertempuran secara langsung berlaku. Tentera-
tentera Islam sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata dengan
senapang-senapang, anak-anak panah beracun, meriam-meriam logam
yang kecil, busur bersilang, lembing dan tombak-tombak, yang mana
panjang dan diperbuat daripada buluh, dengan mata besi yang kelihatan
seperti nyalaan api.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

144

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Lela Rentaka merupakan senjata api ringan Melayu Lama. Ianya juga telah
145
digunakan di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sultan berada di atas gajah baginda, puteranya, di atas gajah yang lain
dan menantunya yang ketiga pergi ke kota untuk melihat apa yang perlu
dilakukan. Tentera Islam berada pada kedudukan mereka, menembak
meriam-meriam mereka, tetapi hanya memberikan sedikit kerosakan,
meriam-meriam mereka terdiri daripada meriam kecil dan yang sangat
kecil. Namun mereka mempunyai banyak senapang-senapang.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Sultan yang berada di atas gajah baginda, melihat pasukan pimpinan


Joao de Lima berpatah balik, menunggang ke tempat yang lain untuk
memberi bantuan dengan sebilangan besar tentera dan sepuluh ekor
gajah yang membawa binaan seperti istana di belakangnya. Melihat
perkara ini, tentera Portugis yang masih berada di kubu-kubu tidak dapat
maju ke arah jalan-jalan, dan mereka telah ditembak dengan tembakan-
tembakan senapang, peluru-peluru meriam kecil dan anak-anak panah
beracun.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan:
Meriam adalah salah satu senjata api utama tentera Melaka. Angkatan
tentera Melaka tidak hanya menggunakan senjata-senjata seperti keris,
tombak dan parang sahaja, malah mereka telah pun menggunakan
senjata api jauh sebelum kedatangan Portugis. Penggunaan meriam
dalam angkatan tentera Melaka turut dinukilkan oleh Tun Seri Lanang
di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

Maka berperanglah Temenggung Seri Udani dengan Peringgi, terlalu


azamat bertembak-tembakan; bunyi meriam seperti halilintar membelah;
bunyi pelurunya seperti kumbang dijolok; maka yang mati pun terlalu
146 banyak sebelah menyebelah. Sehari semalam lamanya perang itu, maka
ubat bedil pun habis, maka Seri Udani menyuruh memohonkan ubat bedil
serta bantu. Maka disuruh beri ubat bedil sehabis-habisnya, hanya empat

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


tempayan; dan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara, dititahkan Sultan
Mahmud Syah membantu Temenggung Seri Udani.

Setelah keesokan harinya, dari pagi-pagi hari, maka Sultan Ala’uddin pun
keluarlah dengan sekalian kelengkapan baginda, lalu sekaliannya belayar;
Laksamana Hang Nadim akan kepala kelengkapan, perahunya dendang,
panjang tiga belas; dua sehaluan meriamnya, dan rentakanya sepuluh
sebelah, tahan turut dua; dan pengapitnya Seri Bija Diraja, cucu kepada
Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, perahunya Jong, panjang sebelas; dua
juga meriamnya sehaluan, dan rentakanya delapan sebelah, tahan-turut
dua. Adapun kepada masa itu bedil yang lepas ketika Kopak alah, meriam
dua puluh dan rentaka tiga ratus;

Penggunaan meriam dalam peperangan bukan sahaja digunakan


ketika bertempur dengan tentera Portugis, malah sebelum itu iaitu
ketika angkatan tentera Melaka berperang dengan Siam, meriam telah
digunakan sebagai senjata. Perkara ini disahkan oleh seorang pengkaji
barat yang benama William Linehan dalam sebuah artikel yang bertajuk
“Some Discoveries on the Tembeling”. Beliau telah menemui beberapa
kesan peninggalan acu membuat meriam yang digunakan oleh orang-
orang Melayu di Pahang ketika berperang menentang orang-orang Siam.

Ini membuktikan orang-orang Melayu merupakan masyarakat yang


mahir membuat dan menggunakan meriam. Di dalam catatan Portugis
dinyatakan bahawa sebahagian dari meriam-meriam di Melaka diimport
dari luar dan sebahagian lagi dibuat oleh masyarakat Melayu terutamanya
di Pahang. Di dalam buku Peluru Petunang ada menerangkan tentang
teknik-teknik berperang menggunakan meriam dan senapang kuno
Melayu. Antara jenis-jenis meriam Melayu adalah seperti meriam agong,
meriam jolong atau jenjulong, meriam kalok, meriam dua se kalam,
meriam peminggang, meriam turat, meriam lela, meriam rentaka dan
147
bermacam-macam lagi.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pembuatan Meriam Tempatan Dalam Kesultanan Melayu Melaka

Terdapat laporan di dalam makalah Royal Asiatic Society tahun 1928, seorang
ahli arkeologi Inggeris yang bernama William Linehan telah melakukan
kajian arkeologi di Jeram Kawi, berhampiran Sungai Tembeling, Pahang.
Beliau telah menemui dua buah bekas tanah liat yang dibakar (seperti labu
sayong) yang berbentuk meriam. Hasil daripada kajian tersebut, beliau
mendapati bahawa dua bekas tanah liat yang berbentuk meriam itu adalah
acu bagi pembuatan meriam di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pahang
dijadikan pusat pembuatan meriam bagi menghadapi Siam yang merupakan
ancaman utama Melaka pada ketika itu. Acu meriam tersebut berkeluasan
19.9 sentimeter diameter dan ketebalannya masing-masing berukuran 7
sentimeter dan 1.3 sentimeter. Selain itu, Linehan turut menemui batu-bata
binaan asas bagi tembok ataupun benteng. Pada batu-bata ini terdapat
tanah liat yang dibakar yang berfungsi sebagai simen untuk melekatkan
antara satu bata dengan bata yang lain.

Ini adalah sebahagian senapang atau istinggar


Melayu yang masih wujud pada hari ini. Istinggar
begini telah pun digunakan oleh tentera-tentera
Kesultanan Melayu Melaka ketika berperang
menentang Portugis.

148

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Beberapa pucuk meriam kuno dan peluru-pelurunya yang dijumpai di Lubuk


Batu, Segamat. Meriam ini dipercayai digunakan oleh tentera Kesultanan
Melayu Melaka ketika berperang menentang Portugis pada tahun 1511.

149

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Senapang

Baginda bukan sahaja melakukan tindakan ini tetapi juga membawa


keluar banyak kapal penjajap dari bawah jambatan dengan
senapang-senapang dan baginda menembak secara rawak. Pada
waktu itu, mereka muncul dari setiap arah, semua yang ditandakan
sebagai pos-pos bersenjata pun menembak, manakala yang lain pula
datang dengan membawa maklumat dari kota itu kepada gabenor bahawa
tidak lama lagi beberapa jong-jong bersenjata akan tiba di pelabuhan
untuk mempertahankan Sultan. Ini dilakukan untuk meyakinkan gabenor
supaya meninggalkan Melaka.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Sebaik sahaja senapang-senapang mula menembak, musuh


berundur ke jalan-jalan lain di kota. Ini tidak menghalang musuh untuk
menyerang Portugis dari jalan-jalan yang mereka telah berundur itu dan
yang mana belum lagi diledakkan. Dengan bersembunyi di atas teres
rumah-rumah mereka, mereka telah menembak dengan senapang-
senapang mereka dan menyebabkan beberapa nyawa terkorban.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Tembakan dari meriam dan dari senapang-senapang datang dari


kubu-kubu musuh apabila Portugis telah mendarat dengan begitu
semangat di mana ianya memberikan gambaran bahawa di sebalik
setiap tiang dalam kubu-kubu terdapat dua pucuk meriam, dan bagi
setiap pucuk meriam terdapat lima laras senapang.
150
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ketika semua kerja-kerja membina kubu ini sedang berlangsung, musuh
telah menyebabkan beberapa korban jiwa ke atas Portugis dengan
menggunakan meriam-meriam dan senapang-senapang mereka.
Senjata-senjata ini telah menembak dari teres-teres rumah di sebuah
kawasan besar di pinggir kota di mana mereka selamat dari tembakan
meriam Portugis.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Pada keesokan harinya, hari perayaan sang syahid St. Lawrence yang
diberkati, pada pukul dua pagi, semua kapten pergi ke atas kapal utama
manakala tentera mereka naik ke dalam sebuah perahu kapal. Setelah
semuanya membuat pengakuan umum mereka dan setelah menerima
pengampunan dari seorang paderi, mereka mula menuju ke kota itu, air
pasang semakin tinggi. Pada serangan pertama mereka telah dihujani
dengan peluru meriam dan senapang, kali ini ke tahap yang lebih
besar lagi, tetapi ini tidak menghalang kemaraan mereka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Beberapa orang tentera Islam yang telah berlindung di tempat yang agak
jauh di kota mula menembak hendap ke atas Portugis dengan senapang-
senapang. Disebabkan segolongan tentera Portugis telah mengalami
kecederaan dan matahari juga sangat terik, maka Gabenor mengarahkan
bot-bot kapal untuk berundur (ke armada laut).

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Alfonso De Albuquerque yang pada ketika itu merupakan Kapten


Jeneral India, menyerang kota itu dengan armadanya untuk menuntut 151
pembalasan terhadap Sultan, dan dia tidak mahu berunding lagi
dengan Sultan, dia menyerang kota itu dan menakluknya dengan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


angkatan tentera bersenjata, mengusir Sultan keluar daripadanya; yang
mana Sultan mempertahankan dirinya bersama rakyatnya. Mereka
berperang dengan sangat berani dengan menggunakan banyak meriam,
senapang-senapang, anak-anak panah beracun dan lembing panjang
yang hebat, juga bersama dengan pahlawan-pahlawan Jawa. Banyak
gajah dilengkapi dengan istana kayu dengan para tentera pejuang
di dalamnya seperti mana kebiasaan di India.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

Hanya ketika berperang sahaja mereka berlatih dengan senjata api dan
senapang. Mereka tidak menggunakan kuda-kuda walaupun mereka
memperolehinya dari Jawa dan Bima dalam jumlah yang agak banyak.....

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Ulasan:
Berdasarkan catatan-catatan Portugis, senapang merupakan antara
senjata utama angkatan tentera Kesultanan Melaka. Perkara ini tidaklah
mustahil memandangkan Melaka terdedah dengan teknologi-teknologi
dari luar. Malah di dalam bukunya yang bertajuk “The European Outthrust
and Encounter” dinyatakan bahawa orang-orang Melakalah yang
memperkenalkan penggunaan senapang pada orang-orang Jepun dan
model senapang orang-orang Jepun dipengaruhi oleh model senapang
orang-orang Melayu dari Melaka.

Antara jenis-jenis senapang yang masyhur dalam masyarakat Melayu


sejak zaman dahulu lagi ialah istinggar, terakol dan pemuras. Di dalam
buku Peluru Petunang, dinyatakan tentang teknik-teknik menembak
menggunakan senapang. Antaranya seperti berikut:-

152 “Adalah titah Almarhum, jikalau hendak menembak sesuatu itu, melainkan
angkat tarkul (terakol) itu, rebahkan hujung tarkul itu biar sama rata dengan
alamat; janganlah tinggi dan janganlah rendah..”

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Periuk Api

Apabila Alfonso de Albuquerque telah berundur ke kapal-kapalnya,


Sultan Mahmud serentak dengan usaha yang besar mengarahkan agar
kedudukan-kedudukan baginda diperkukuhkan dan jumlah meriam
digandakan. Baginda telah menyedari pada hari di mana tentera Portugis
memasuki kota tersebut, mereka telah menuju ke arah jalan yang luas.
Oleh itu, baginda mengarahkan agar sebuah kubu didirikan di jalan
masuk menuju ke jalan tersebut dan seluruh jalan tersebut dipenuhi
dengan periuk api yang mengandungi rotan-rotan tebal yang diisi
dengan belerang, dan di mana tempat tentera Portugis akan masuk
(ke kota) pancang besi yang disalut dengan racun akan dipasang.
Semua ini dilakukan untuk menyekat kemasukan Portugis dan untuk
mencederakan mereka.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &


Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Dinis Fernandes, yang diikuti oleh tentera-tentera di bawah arahannya,


menuju ke jalan yang paling besar. Dia berhadapan dengan Sultan yang
diiringi oleh sepasukan tentera berjumlah seramai seribu lima ratus
orang. Apa yang membuat dia berasa curiga adalah Sultan dan pasukan
tenteranya hanya tetap kekal di situ seolah-olah berharap agar Fernandes
dan para tenteranya meneruskan kemaraan mereka sehingga ke atas jalan
itu untuk menghadapinya. Kemudian Fernandes sedar bahawa pada
jalan itu terdapatnya jerangkap samar yang mengandungi pancang-
pancang dan damak-damak beracun. Apa yang dia tidak dapat lihat
adalah periuk-periuk api dari belerang. Jika dia dan para tenteranya
mara ke sepanjang jalan maka tiada yang akan kekal hidup.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands 153

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sultan mengutuskan jawapan yang mengelirukan untuk menangguh-
nangguhkan masa. Dalam masa yang sama, baginda telah menyekat
semua jalan-jalan yang menghala ke pantai, dan kubu-kubu yang kukuh
telah dibina dengan tiang-tiang yang tebal dan batu-batu kasar, di kota
itu tidak terdapat benteng. Di luar kubu-kubu diletakkan periuk-periuk
api, lubang-lubang dan jerangkap samar.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Pada hari berikutnya, enam orang kapten Cina datang ke kapal gabenor
dan memberitahu beliau bahawa dalam tempoh banyak hari Sultan telah
menahan mereka dan orang-orang mereka, disebabkan dia mempunyai
niat untuk mempergunakan orang-orang mereka dan senjata-senjata
yang mereka bawa untuk berperang dengan Raja Aru. Namun disebabkan
Sultan sedang asyik dengan usaha membentengi kota itu, mereka
berpeluang melarikan diri ke jong mereka. Mereka meminta izin pada
Albuquerque untuk pulang ke negara mereka sendiri, dan mereka berjanji
kepadanya bahawa sekiranya dia berjaya menakluk Melaka, mereka akan
kembali dengan membawa muatan yang penuh dengan barang-barang.

Sebagai sahabat, mereka meminta beliau untuk mempertimbangkan


keputusan beliau untuk menyerang Kota Melaka dengan penuh berhati-
hati disebabkan kota itu dibentengi dengan baik. Sultan memiliki dua
puluh ribu orang tentera yang lengkap disediakan dengan bekalan
makanan, peluru senjata api, sejumlah besar senjata api dan anak-anak
panah beracun yang boleh dilepaskan dengan sumpit. Di luar kubu-kubu
dan di persisir pantai terdapatnya lubang-lubang yang diisi dengan
serbuk api dan ranjau-ranjau yang tersembunyi di bawah jerami. Di
situ juga terdapat sebanyak dua puluh ekor gajah dengan binaan seperti
kubu pada gading-gadingnya dan ia semuanya dilatih untuk berperang.
154
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ulasan :
Sebagai sebuah masyarakat yang terdedah dengan tamadun-tamadun
yang hebat dari luar, masyarakat Melaka sememangnya sudah biasa
menggunakan periuk api sebagai senjata pertahanan mereka. Selain
daripada catatan-catatan sejarawan Portugis di atas, Tun Seri Lanang
juga menukilkan di dalam Sulalatus Salatin bahawa masyarakat Melaka
berkemampuan menghasilkan periuk api dan mercun (bahan letupan).
Sebagai contoh terjadinya peristiwa di mana Seri Wak Raja yang mahu
meminang anak Kadi Kesultanan Melaka iaitu Kadi Menawar. Oleh itu,
bagi menguji keberanian Seri Wak Raja, Kadi Menawar telah menanam
periuk-periuk api dan mercun-mercun di jalan menuju ke rumahnya. Seri
Wak Raja yang menunggang gajahnya yang bernama Balidsi berjaya
merempuhi periuk-periuk api dan mercun-mercun tersebut. Tun Seri
Lanang menukilkan seperti berikut :-

“Adapun Kadi Menawar berhadir di kampungnya dengan mercun dan


periuk api; pintu pagarnya ditutupkannya. Maka kata Kadi Menawar,
“Jikalau dapat Seri Wak Raja masuk ke kampung hamba ini, maka hamba
dudukkan dengan anak hamba, jikalau tiada dapat masuk tiadalah hamba
kahwinkan; biar hilang belanja hamba.” Setelah datang gajah Seri Wak
Raja keluar pintu Kadi Menawar, dipasangnyalah mercun dan periuk api,
serta tempik sorak bergemuruh bunyinya, bercampur dengan segala
bunyi-bunyian terlalu azamat bunyinya. Maka Balidsi pun terkejut, lalu lari;
beberapa pun ditahani oleh Tun Abdul Karim, tiada juga bertahan. Setelah
dilihat oleh Seri Wak Raja kelakuan gajah itu, maka katanya pada Tun Abdul
Karim, “Abang, abang, baiklah undur ke tengah, biar beta ke kepala pula.”
Maka Tun Abdul Karim pun ke tengahlah. Maka Seri Wak Raja pula tampil
ke kepala gajah; maka dipalingnya Balidsi, lalu dilanggarnya pintu pagar
Kadi Menawar; beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api, dan
tempik sorak seperti tagar, tiada dihisabkannya; dirempuhnya juga”.
155

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran periuk api yang meletus ketika peperangan di antara Melaka dan
Portugis tahun 1511. Periuk api merupakan salah satu senjata yang digunakan
oleh pasukan tentera Kesultanan Melayu Melaka.

Perahu Berapi

Apa yang membimbangkan para tentera yang berada dalam jong


adalah perahu-perahu berapi yang dihanyutkan oleh tentera musuh
melalui sungai sebagai percubaan untuk membakar jong tersebut.
Tentera-tentera Islam tidak mampu untuk menenggelamkan jong
tersebut dengan meriam mereka, disebabkan jarak yang begitu jauh
dan bahagian-bahagian jong tersebut adalah tinggi, maka kebanyakan
kerosakan yang berjaya dilakukan hanyalah pada bahagian-bahagian
yang kurang penting pada jong tersebut.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

156 Setiap malam tiga buah perahu panjang yang diisi penuh dengan kayu
yang direndam di dalam minyak tanah dan minyak dihanyutkan ke dalam
sungai. Untuk mengelakkannya daripada membakar jambatan, bahan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


api itu dinyalakan hanya selepas perahu-perahu tersebut telah
melepasi bawah jambatan itu, tetapi apabila perahu-perahu tersebut
menghampiri jong itu ianya terbakar dengan begitu marak sekali dan
nyalaan api itu telah menjilat seluruh sungai dan tebing-tebingnya.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Penggunaan rakit berapi tidak bermakna musuh mengabaikan sejata


api mereka. Mereka menembak ke arah jong (Portugis) dari segenap
arah. Beberapa peluru meriam mengenai jong dan menembusi bahagian
sisinya, terutamanya selepas jong itu melepasi tebing pasir dan berada
dalam kedudukan yang hampir dengan jambatan. Peluru-peluru meriam
tersebut diperbuat dari besi tetapi diselaputi dengan plumbum dan bersaiz
kecil seperti sebuah meriam kecil tentera Portugis. Walau bagaimanapun,
mereka telah menembaknya dengan bertalu-talu, sambil diringi dengan
tembakan senapang-senapang, dengan sebab itu jika jong tersebut tidak
dapat melindungi mana-mana tentera yang berada di dalamnya dengan
berkesan, mereka akan lari dari dicederai atau dibunuh.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan:
Penggunaan perahu api sebagai senjata oleh tentera-tentera Melaka
sebagaimana catatan-catatan Portugis ini jarang didengar dan
diungkapkan. Bahkan, perahu yang dinyalakan api ini merupakan
salah satu senjata yang ditakuti Portugis. Ini adalah salah satu contoh
kebijaksanaan angkatan tentera Kesultanan Melaka. Mereka bukan
sahaja tahu memanfaatkan bahan bakar untuk tujuan peperangan,
malah mereka juga mampu membuat anggaran tentang jarak atau masa
berkaitan perubahan api yang dibakar pada perahu itu bertukar menjadi 157
marak. Kepakaran sebegini sudah semestinya terhasil disebabkan
penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


158 Gambaran perahu-perahu berapi yang digunakan oleh angkatan tentera
Melaka untuk menyerang dan membakar kapal Portugis.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI PELAYARAN
Pembinaan Kapal Laut Yang Berkualiti

Raja Muzaffar Syah memiliki ramai isteri yang berasal dari anak-anak
perempuan negeri jiran. Menurut cerita, dia dianggap sebagai raja
terbaik dibandingkan dengan raja-raja lain yang sudah terlebih dahulu
mangkat. Dia memperkukuhkan hubungannya dengan Siam, Jawa China
dan Lequios. Dia adalah seorang raja yang adil dan sangat berdedikasi
terhadap kemajuan Melaka. Dia membeli dan membina jong-jong,
kemudian mengutuskannya bersama para pedagang.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Jika Sultan bermusafir melalui jalan laut, dia akan menaiki perahu atau
lancar yang memiliki empat tiang putih setinggi tujuh atau lapan depa;
dua di antaranya dipasang di buritan dan dua bakinya di haluan. Tiang
layar ini dikenali dengan nama “galah”. Kapal Laksamana biasanya
memiliki tiang yang serupa di haluan kapal..

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Kamu semua akan menyedari bahawa lapan buah kapal orang Islam
(Melaka) yang telah kita tawan boleh menampung lebih banyak kargo
lebih daripada dua puluh buah kapal-kapal (galleon) kita. Berapa banyak
lagi yang boleh di bawa ke dalam semua kapal-kapal Melaka yang mana
setiap hari meninggalkan pelabuhan ini...
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
159

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Melintasi beting pasir, sebelum tiba di (pantai) Melaka, kapal tersebut
bertemu dengan sebuah jong yang lain, yang datang dalam (jarak)
penglihatan kapal itu pada waktu fajar. Galleon dan Caravel (dua buah
kapal Portugis) yang mana lebih dekat dengan jong tersebut belayar ke
arahnya dan mengarahkannya untuk berhenti. Jong tersebut bertindak
balas dengan menembak beberapa tembakan untuk menghentikan
kapal-kapal Portugis tersebut. Mereka juga mengibarkan bendera-
bendera dan membuat bunyi-bunyian perang dengan menjerit dan
memukul gendang-gendang dan gong-gong.

Apabila gabenor melihat jong tersebut telah menyerang salah satu


daripada kapal-kapalnya, maka dia memerintahkan agar seluruh armada
kapal-kapal Portugis menghampiri jong tersebut. Kapal-kapal Portugis
mula membedil jong tersebut, namun jong tersebut terus bergerak belayar
sementara anak-anak kapal jong itu terus membuat bunyi bising dengan
memukul gendang-gendang dan gong-gong mereka. Kapal-kapal
Portugis menembak ke arah layar jong itu, dan anak-anak kapal jong
itu segera menurunkan layar-layarnya untuk mengelakkan kemusnahan.

(Bahagian-bahagian tepi) jong tersebut sangat tinggi sehinggakan


orang-orang Portugis tidak mampu untuk menaikinya, dan
disebabkan badan jong tersebut terdiri daripada empat lapisan
kayu, peluru-peluru meriam hanya menyebabkan kerosakan yang
sedikit pada jong itu.

Berang dengan kekalahan tersebut, Albuquerque mengarahkan anak-


anak kapalnya supaya bersedia untuk bergelut dengan jong tersebut,
disebabkan kapalnya, Flor de la Mar memiliki haluan (bahagian
depan) dan buritan (bahagian belakang) kapal yang paling tinggi
di antara kapal-kapal Portugis yang lain, yang mana ianya hanya
mampu mencapai geladak jong tersebut yang mana geladak jong
160

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


tersebut lebih tinggi sedikit. Disebabkan tentera-tentera dari Flor de la
Mar cuba untuk mendarat di atas jong tersebut, tentera-tentera dalam
jong tersebut telah melawan dengan berani untuk menentang mereka.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Jong-jong datang dari Jawa dengan bekalan yang besar dan banyak
senjata yang baik seperti tombak, lembing, pedang, pedang bengkok,
keris (yang seperti pisau) dan perisai, semuanya diperbuat dari besi keluli
yang baik yang dihiasi dengan seni ukiran yang mana pembuatnya adalah
karyawan yang mahir. Jong-jong ini, iaitu gelaran yang diberikan pada
kapal-kapal besar mereka adalah sangat besar dan berbeza dari
kapal-kapal di mana-mana wilayah lain di dunia. Bahagian atas dan
bawah kapal mempunyai bentuk yang sama. Setiap jong masing-masing
mempunyai hanya satu kemudi kapal dan hanya satu layar.

Layar itu dibuat daripada rotan Bengali dalam bentuk yang nipis, bidai-
bidai kecil diikat bersama. Layar tersebut tidak menggelembung seperti
mana kapal orang-orang Portugis, dan apabila ia diturunkan ia tidak
perlu digulung dan diikat, tetapi hanya dijatuhkan (ke dek) sahaja. Jong-
jong tersebut sangat stabil di laut, boleh membawa beban yang lebih
besar dan lebih kuat dari kapal-kapal Portugis.

Rangka-rangka jong tersebut sangat tebal di mana besi sauh pun tidak
dapat menembusinya. Setiap kali mereka membaiki jong-jong ini, mereka
akan menyapunya dengan tar segar yang dicampur dengan bitumen
putih yang mana mereka menyebutnya dengan nama “gala-gala”. Bahan-
bahan ini disapu sebanyak tujuh lapis pada jong-jong tersebut. Dengan
sebab itu, jong-jong tersebut dapat bertahan lama.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The


Conquest of The India By The Portuguese 161

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sebelum Sultan dan Bendahara menghantar pesanan, Sultan
memerintahkan bahawa kapal armada laut, yang disebut sebagai
‘manchua’ (masunghara), ‘lanchara’ (lancaran), ‘calaluze’ (kelulus),
‘baloen’(baluk), yang penuh dengan busur dan anak panah untuk
disamarkan sebagai perahu kargo. Pelaut mereka pula menyamar
sebagai pedagang. Anak-anak dan Utimutiraja dan Nahodebeguea akan
memimpin mereka dalam serangan tatkala melihat isyarat asap.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Baginda bukan sahaja melakukan tindakan ini tetapi juga membawa


keluar banyak kapal penjajap (pangajava) dari bawah jambatan
dengan senapang-senapang dan baginda menembak secara rawak.
Pada waktu itu, mereka muncul dari setiap arah, semua yang ditandakan
sebagai pos-pos bersenjata pun menembak, manakala yang lain pula
datang dengan membawa maklumat dari kota itu kepada gabenor
bahawa tidak lama lagi beberapa jong-jong bersenjata akan tiba
di pelabuhan untuk mempertahankan Sultan. Ini dilakukan untuk
meyakinkan Gabenor supaya meninggalkan Melaka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Kemudian muncul sebuah kapal penjajap (pangajava), perahu bagi


wilayah ini yang mana ianya panjang dan rendah, dan mampu belayar
dan meluncur dengan baik. Di dalamnya terdapat Nakhoda.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Orang-orang Melayu telah membina tembok yang kuat. Mereka juga


menempatkan banyak lancang (kapal) di laut, perahu di sungai,

162 jong-jong serta kapal Gujerat di laut. Semuanya siap untuk berperang.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Mereka mengatakan bahawa orang-orang China membuat undang-
undang yang tidak membenarkan orang ramai untuk pergi ke Canton
(Guangzhou) kerana takut akan bangsa Jawa dan Melayu, kerana
sudah jelas bahawa salah satu jong dari bangsa tersebut (Jawa dan
Melayu) mampu mengepung dua puluh buah jong China.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Dengan harta ini, baginda memutuskan untuk berziarah (haji) ke


Mekah dengan membawa banyak emas yang diangkut oleh jong yang,
berdasarkan perintahnya, dibina di Jawa. Baginda juga membina jong
lain berukuran besar di Pegu; jika penyakit tidak menghalanginya
melakukan semua ini, baginda akan tetap berangkat ke Mekah. Baginda
telah menghabiskan banyak perbelanjaan (melibatkan) ramai orang demi
perjalanan ini.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan :
Sebagai satu bangsa pelayar, membina kapal laut dan perahu
merupakan salah satu kepakaran orang-orang Melayu. Faktor geografi
gugusan kepulauan Nusantara juga menyumbang kepada kepesatan
bidang pembinaan kapal laut yang menjadi pengangkutan utama
masyarakat di sini. Laluan laut dan sungai juga merupakan satu-
satunya medium yang menghubungkan antara penduduk-penduduk
di Nusantara memandangkan keadaan di daratan yang dipenuhi dengan
hutan yang tebal serta bergunung-ganang. Sulalatus Salatin telah
menukilkan tentang betapa pentingnya kapal dan perahu yang menjadi
pengangkutan utama dalam Kesultanan Melaka. Tun Seri Lanang
menyatakan seperti berikut :-
163

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


“Baginda memberi titah kepada Bendahara Paduka Raja menyuruh
berlengkap; maka baginda pun mengerah segala orang supaya berlengkap
perahu, masing-masing dengan kuasanya. Ada lima ratus banyaknya
perahu yang besar-besar, lain pula perahu yang kecil-kecil tiada terbilang;
kerana pada masa itu kelengkapan Singapura sahaja seratus buah
lancaran bertiang tiga...”

“Setelah keesokan harinya, dari pagi-pagi hari, maka Sultan Ala’uddin pun
keluarlah dengan sekalian kelengkapan baginda, lalu sekaliannya belayar;
Laksamana Hang Nadim akan kepala kelengkapan, perahunya dendang,
panjang tiga belas; dua sehaluan meriamnya, dan rentakanya sepuluh
sebelah, tahan turut dua; dan pengapitnya Seri Bija Diraja, cucu kepada
Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, perahunya Jong, panjang sebelas; dua
juga meriamnya sehaluan, dan rentakanya delapan sebelah, tahan-turut
dua. Adapun kepada masa itu bedil yang lepas ketika Kopak alah, meriam
dua puluh dan rentaka tiga ratus”

164

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran jong-jong perdagangan Melayu di pelabuhan Melaka.

165
Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


UTUSAN MALAYSIA
Kapal Melayu Lebih Besar
09 Julai 2016

Lakaran Jong Melayu yang lebih besar daripada kapal Galleon Portugis oleh
Godinho. Petikan Antthony Reid. YALE UNIVERSITY

ORANG Melayu bukan sahaja menguasai kemahiran berkaitan ilmu


pelayaran, malah turut memiliki kepakaran dalam pembuatan jong atau
perahu.

Menurut Timbalan Pengarah, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam


dan Taman Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.
Zuliskandar Ramli, kehebatan orang Melayu terserlah apabila jong atau
perahu yang dihasilkan lebih besar, melebihi saiz kapal yang dimiliki
di barat. Malah, orang Melayu juga mempunyai teknologi pembuatan dan
ciri-ciri yang tersendiri.

“Banyak catatan sejarah yang memberi gambaran bahawa teknologi


166 pembuatan perahu oleh orang Melayu telah mencapai tahap yang tinggi
sehingga dikagumi masyarakat luar. Perahu yang dibina orang Melayu
dikatakan lebih besar daripada kapal lain dari barat mahupun China.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


“Dalam teks klasik China pada abad ketiga dan kelapan, ada menyebut
tentang teknologi dan kehebatan perahu Melayu. Catatan pertama
menyatakan orang dari alam Melayu mempunyai perahu besar sehingga
boleh memuatkan 6,000 
hingga 7,000 orang 
dan membawa muatan
250 hingga 1,000 tan.

“Malah perahu berkenaan dilengkapi empat buah layar,


membolehkannya 
belayar dengan laju.

“Selain itu, catatan Portugis juga menunjukkan mereka turut terpegun


melihat perahu di alam Melayu yang sangat besar melebihi perahu 
 mereka.

“Bukan itu sahaja, orang Melayu juga menguasai teknik pelayaran


dengan belayar ke sesuatu tempat tanpa menggunakan kompas dan
peta tetapi berpandukan warna air laut, hidupan dalam laut serta bentuk
dan corak ombak di permukaan laut, di samping belayar mengikut angin
dan bintang pada waktu malam. Penggunaan layar juga merupakan
salah satu teknologi yang dihasilkan Melayu,” katanya.

Sementara itu, menurut penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi


Malaysia, Zaharah Sulaiman, berdasarkan catatan 
teks Ensiklopedia
Cina antara abad ke-10 hingga ke-13, terdapat sebuah keluarga Melayu
Cham beragama Islam yang pakar dalam ilmu maritim.

“Dikatakan keluarga Pu adalah pembuat kapal terbesar pada abad


tersebut. Ketika pencerobohan Dai Vet di Kemboja, keluarga Pu
membawa diri dan berpindah di Sanyan di selatan Hainan, Fujian dan
Guangdong di China, seterusnya ke Terengganu, Kelantan, Brunei dan
kepulauan Melayu menggunakan kapal mereka.

“Kemampuan dan prestasi keluarga Pu membuat kapal besar dibuktikan


pada 1281 apabila Raja Mongol menempah sebanyak 
200 buah kapal
bersaiz besar,” katanya.
167

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


168

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Replika kapal Lancaran atau Lanchara. Kapal ini dinamakan sebagai Lancaran
kerana kemampuannya untuk berlayar lebih laju berbanding kapal-kapal yang
lain. Kapal Lancaran merupakan kapal yang disukai oleh Sultan Melaka ketika
berlayar.

169

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kemahiran Ilmu Pelayaran

Pedro de Alpoem telah mengekori jong yang dialun ombak itu tatkala
dia melihat perahu-perahu kapal telah ditolak. Dia cuba untuk bergelut
dengan jong itu tetapi sebelum dia dapat mencapai di samping jong
tersebut, tentera Islam telah mengemudikan jong tersebut dengan
penuh kepakaran dengan menggunakan layar-layarnya, Pedo
de Alpoem mendapati perahunya menghadapi arah angin yang
bertentangan, dan dia tidak mampu untuk mendekati jong tersebut.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Ulasan :
Bangsa Melayu (bangsa Nusantara) merupakan satu-satunya bangsa
di dunia ini yang mana habitat asal mereka bukan di atas satu dataran
besar, tetapi di atas gugusan-gugusan kepulauan. Nama “Nusantara” itu
sendiri berasal dari perkataan “nusa” dan “antara” yang bermaksud satu
benua yang terdiri dari pulau-pulau.

Bentuk muka bumi Nusantara yang terdiri daripada gugusan pulau-


pulau di samping hutan tebal di daratannya menyebabkan perhubungan
menggunakan pengangkutan di laut lebih mudah dan cepat berbanding
dengan pengangkutan di darat. Oleh yang demikian, orang-orang
Melayu itu sebenarnya lebih mahir menggunakan jalan laut berbanding
jalan darat.

Kepakaran orang Melayu dari Kesultanan Melaka dalam bidang pelayaran


bukan satu rahsia lagi. Malah satu fakta yang masyhur yang biasa
didengari ialah Ferdinand Magellan menggunakan kepakaran seorang
tokoh dari Melaka iaitu Panglima Awang Hitam atau Enrique of Malacca
170 untuk melakukan pelayaran mengelilingi dunia.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Dr. Barry Fell, seorang ahli arkeologi barat telah menemui bukti
kedatangan pelayar Melayu Islam dari Melaka di Amerika. Bukti tersebut
merupakan satu perkataan iaitu “Katib Malaka Haji Mi Malaya” yang
ditulis dengan tulisan jawi/ arab yang ditemui terukir di sebuah gua
di daerah Corinto, El Salvador.

Dr. Barry Fell percaya bahawa pelayar ini datang dari sebuah tempat di
Asia Tenggara yang bernama Melaka. Hasil penemuan ini telah dinyatakan
oleh Dr. Barry Fell dalam bukunya yang bertajuk Saga America. Beliau
selanjutnya menyatakan bahawa tulisan ini membuktikan bahawa pelayar
Melayu Islam telah sampai di benua Amerika sebelum kedatangan
Columbus.

Boleh jadi “Haji Mi Malaya” telah melakukan pelayaran dari empayar


Melaka ke Mekah bagi menunaikan haji dan beliau melanjutkan
perjalanannya ke benua Amerika dari semenanjung Tanah Arab.
Empayar Melaka ketika zaman pertengahan bukan semata-mata
negeri Melaka. Empayar Melaka meliputi keseluruhan semenanjung
Tanah Melayu dan sebahagian Sumatera. Sememangnya tidak mustahil
orang-orang Melayu di zaman abad pertama hingga abad ke-15 Masihi
mampu belayar sejauh itu kerana bangsa Melayu memang terkenal
sebagai bangsa pelayar.

171

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Salah satu model kapal Melayu.

172

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


173

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran pelayar Melayu dari Kesultanan Melayu Melaka iaitu Haji Mi yang
tiba di benua Amerika sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Barry Fell di
174 dalam kajiannya.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Perkataan “Katib Malaka” bererti penulis Melaka. Barangkali “Haji Mi
Malaya” diutus secara rasmi oleh kerajaan Melaka untuk melakukan
pelayaran mengelilingi dunia dan membuat pencatatan rasmi tentang
pelayaran tersebut bagi maklumat kerajaan. Sepertimana yang kita sedia
maklum, apabila Portugis menjajah Melaka, mereka telah menyimpan dan
memusnahkan karya-karya tempatan. Boleh jadi juga Haji Mi Malaya ini
adalah pelayar persendirian sepertimana Ibnu Battutah (tidak diutuskan
oleh mana-mana kerajaan). Fakta ini juga sebenarnya sedikit sebanyak
menunjukkan bahawa Panglima Awang Hitam dan Ferdinand Magellan
bukanlah orang yang pertama mengelilingi dunia, sebelum mereka
pelayar-pelayar Melayu telah pun mengelilingi dunia menggunakan jalan
laut.

(tanda
nokhtah malaka
mi haji katib
/wakaf) (melaka)

malaya
(melayu)

Tulisan di atas ini dijumpai terukir di sebuah gua di daerah Corinto, El Salvador.
Tulisan ini adalah tulisan jawi lama yang mencatatkan perkataan “Katib Malaka
(Melaka) Haji Mi Malaya”. Dengan penemuan tulisan ini, Dr. Barry Fell menyakini 175
bahawa orang Melayu Islam dari Empayar Melayu Melaka telah sampai ke
Amerika sebelum kedatangan Christopher Columbus.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pelabuhan
Kerajaan
Mali
El Salvador

176 Laluan kebarangkalian pelayaran Haji Mi Malaya dari Wilayah


Kesultanan Melayu Melaka ke El Salvador.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Hormuz

Jeddah
Orissa
Gujerat
Aden
Pegu
Habsyah Malabar

Sri Lanka

Malindi Wilayah Kesultanan


Kilwa Melayu Melaka

Madagaskar

Tanjung Harapan

177

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


178

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Keratan akhbar Strait Times 22 Oktober 1955
yang menerangkan tentang pengisytiharan
panglima Awang Hitam sebagai orang pertama
yang mengelilingi dunia. Panglima Awang
Hitam merupakan salah seorang panglima
Kesultanan Melayu Melaka dan beliau terlibat
menentang Portugis. Ketika Kesultanan
Melaka tewas, panglima Awang Hitam ditawan
oleh Alfonso de Albuquerque. Setelah itu,
Albuquerque menyerahkan panglima Awang
Hitam kepada salah seorang kaptennya iaitu
Ferdinand Magellan untuk dijadikan hamba
abdi. Panglima Awang Hitam kemudiannya
dipaksa untuk memeluk agama Kristian lalu
nama beliau ditukarkan kepada “Enrique”.
Ferdinand Magellan menggunakan kepakaran
panglima Awang Hitam dalam misi pelayaran
untuk mengelilingi dunia. Namun Ferdinand
Magellan gagal melengkapkan misinya itu
apabila dia terbunuh di Mactan, Filipina. Oleh
itu, panglima Awang Hitam telah melengkapkan
misi pelayaran mengelilingi dunia tersebut.

179

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kepakaran orang-orang Melayu dalam bidang pelayar juga telah
dibuktikan oleh sarjana-sarjana barat. Sebagai contoh, Kevin Reilly telah
membuktikan bahawa orang-orang Melayu adalah pelayar yang pertama
belayar di lautan luas. Beliau menyatakan di dalam bukunya yang
bertajuk “The Human Journey: A Concise Introduction to World History”
seperti berikut :

“Pelayar-pelayar Melayu merupakan golongan yang mula mula sekali


belayar di lautan luas. Berdasarkan catatan tentang pelayaran mereka
merentasi lautan Pasifik, mereka telah mencipta perahu kembar yang tirus
(asal bagi bot catamaran moden) bagi kestabilan meredah ombak lautan.
Bagi mengharungi angin kencang di lautan, mereka telah mencipta palang
layar yang seimbang yang mana layar tersebut kelihatan seperti anak
panah yang tumpul yang diacu ke hadapan. Tiang layar diikat pada palang
tersebut dengan kain-kain layar yang banyak dipasang pada tiang yang
membolehkannya belayar di atas air. Dengan itu, angin mampu menolak
perahu tersebut ke hadapan.

Perahu Melayu mungkin menjadi inspirasi kepada pelayar-pelayar Arab


yang mana mereka membina layar segi tiga yang serupa dengannya.
Pelayar-pelayar Melayu juga merupakan pencetus jalan laut yang terawal
di antara India dan China. Walaupun ketika di zaman kemasyhuran jalan
sutera di daratan, pelayar-pelayar Melayu telah menemui cara belayar
menggunakan angin monsun dari selatan India ke China melalui selat
Melaka. Dari India atau Sri Lanka, mereka menggunakan angin musim
sejuk selatan melalui selat Melaka. Di situ mereka menunggu pula angin
musim panas untuk membawa mereka ke utara iaitu ke China. Mereka
menggunakan cara yang sama untuk pulang semula dari China. Pelayar-
pelayar Melayu juga telah menghubungkan produk-produk dari timur
Afrika dan rempah ratus dari kepulauan Nusantara ke dalam perdagangan
di lautan India”.
180

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Michael Adas menerangkan di dalam buku yang bertajuk “Agricultural
and Pastoral Societies in Ancient and Classical History” bahawa sejak
300 tahun sebelum Masihi, pelayar Melayu mula belayar menggunakan
angin monsun ke China dan India. Tidak syak lagi bahawa pelayar Melayu
adalah golongan yang paling berani belayar pada ketika itu. Michael Adas
seterusnya menyatakan bahawa pelayar Melayu telah tiba di pantai timur
Afrika selewat-lewatnya pada abad pertama sebelum Masihi.

Michael Adas juga menyatakan bahawa terdapat bukti yang menunjukkan


pelayar-pelayar Melayu telah meredah Laut Merah. Dari Nusantara
mereka membawa cengkih ke Afrika Timur dan Laut Merah. Pada sekitar
tahun 400 Masihi, pelayar-pelayar Melayu telah menerokai jalan laut
dengan mengelilingi dua pertiga (2/3) keluasan dunia bermula dari Pulau
Easter hingga ke Afrika Timur.

Berdasarkan kajian sarjana-sarjana barat tersebut, tidak mustahil bagi


masyarakat Melayu untuk melakar peta dunia memandangkan mereka
telah menjelajah laluan di laut lebih seribu tahun yang lalu.

Padoman : Kompas Kuno Melayu

Sebenarnya, pelayar-pelayar Melayu amat mahir menentukan arah ketika


belayar hanya dengan melihat bintang-bintang di langit. Bintang-bintang
ini dinamakan sebagai bintang pedoman. Hal ini diakui oleh Michael Adas
di dalam bukunya yang bertajuk “Agricultural and Pastoral Societies in
Ancient and Classical History”. Namun begitu, orang-orang Melayu telah
mencipta dan menggunakan kompas bermagnet yang hampir sama
dengan ciri-ciri kompas moden. John Crawfurd telah menulis di dalam
“A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries”
bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan kompas sebelum
orang-orang Eropah.
181

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Terdapat perkataan dalam Bahasa Melayu bagi magnet iaitu “besi
berani” dan dengan besi berani ini orang Melayu membuat kompas yang
digunakan untuk menentukan arah dalam pelayaran dan aktiviti yang
lain. Kompas ini dikenali dengan nama “Padoman” atau “Pandoman”
(asal perkataan pedoman). Pada padoman ini diletakkan jarum bagi
menunjukkan arah.

Kompas kuno Melayu ini terbahagi kepada 16 bahagian penunjuk arah


yang mana 4 daripadanya menunjukkan arah yang utama (timur, barat,
utara dan selatan). Manakala 12 bahagian yang lain menunjukkan arah-
arah yang lain. Seterusnya John Crawfurd menyatakan bahawa dengan
sebab itu, kuil-kuil Hindu kuno di Jawa dibina dengan memiliki ketepatan
arah yang mengejutkan yang mana pintu hadapannya dibina menghala
ke barat dan timur.

Selain itu, John Crawfurd juga menyatakan bahawa ketika Portugis tiba
di India, mereka mendapati bahawa pedagang-pedagang Islam belayar
ke timur dengan menggunakan kompas. John Crawfurd seterusnya
menyatakan bahawa di antara tahun 1505 hingga 1506, terdapat
seorang pelayar Portugis yang belayar di antara kepulauan-kepulauan
di Nusantara. Ketika beliau belayar dari Borneo ke Jawa, beliau mendapati
bahawa seorang pemilik kapal di Jawa telah belayar dengan membawa
kompas yang menggunakan magnet.

182

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran padoman atau pandoman iaitu kompas Melayu kuno yang
menggunakan besi berani (magnet) telah digunakan oleh pelayar-pelayar Melayu
bagi menentukan arah ketika belayar.

K TA Keunggulan Teknologi Perkapalan Melayu Kuno


FA
Catatan China pada abad ke-3 Masihi menyatakan bahawa kapal-
kapal Melayu yang disebut Kun Lun Po besarnya melebihi 50 meter
panjang dan terapung di permukaan air setinggi empat hingga lima
meter. Kapal-kapal ini membawa antara 600 hingga 700 orang
anak kapal dengan muatan sekitar 250 hingga 1,000 tan barangan.
Kapal-kapal ini boleh belayar dengan laju ketika angin kencang dan
gelombang yang besar

Catatan pendeta Buddha abad ke-8 Masihi bahawa enam atau tujuh
kaki dari bahagian kapal-kapal Melayu di bawah air. Kapal-kapal
Melayu ini laju dan mampu membawa 1,000 orang. Kapal-kapal ini
tidak menggunakan paku besi kerana mengelak kebakaran akibat
pemanasan besi dan kapal-kapal ini tidak boleh bergerak dengan
tenaga manusia semata-mata.
183

Sumber – Prof Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun
Bangsa Melayu

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pelayaran Pedagang-Pedagang Melayu Ke Timur Afrika

Heidi Roupp menukilkan dalam Teaching World History: A Resource


Book bahawa pelayar-pelayar Melayu telah tiba di timur Afrika selewat-
lewatnya pada abad pertama sebelum Masihi.

Seorang ahli geografi Arab yang masyhur iaitu al-Idrisi (1099-1165


Masihi) pernah mencatatkan tentang kehadiran orang-orang Melayu dari
kerajan Sriwijaya di timur Afrika. Dalam catatannya, beliau menyatakan
seperti berikut:-

“Orang-orang Zanj (orang Afrika Timur) tidak mempunyai kapal sendiri


untuk mereka mengembara, oleh itu mereka menumpang kapal-kapal
dari tanah Oman dan lain-lain yang menuju ke Kepulauan Zabaj (Melayu
Sriwijaya), yang merupakan sebahagian daripada Hind (India). Orang asing
ini kemudian menjual barangan mereka dan membeli hasil-hasil negara
itu. Penduduk kepulauan Zabaj (Melayu Sriwijaya), pergi ke Zanzibar
(Afrika Timur) menaiki pelbagai jenis kapal, dan mendapat keuntungan
dengan cara menjual barangan mereka kerana mereka memahami bahasa
antara satu dengan lain”.

Fakta-fakta ini menunjukkan bahawa pedagang-pedagang Alam Melayu


sudah mahir belayar jauh sehingga ke timur Afrika sejak ribuan tahun
dahulu. Oleh itu, pedagang-pedagang Melayu dari Kesultanan Melayu
Melaka juga telah belayar dan menjalankan pedagangan hingga ke timur
Afrika.

184

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


185
Gambaran kapal pelayaran pedagang Melayu dari Kesultanan Melayu Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Lakaran kapal Lancaran dalam buku Godinho
de Eredia.

Kapal Lancar atau Lancaran

Kapal Lancar atau Lancaran adalah sebuah


kapal yang biasa digunakan di Nusantara.
Pencatat-pencatat Portugis menyebutnya
“Lanchara”. Kapal ini dinamakan sebagai Lancar
atau Lancaran disebabkan kelebihan yang ada
padanya iaitu boleh belayar lebih laju di lautan
berbanding kapal-kapal besar yang lain.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

186

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


187

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Lancang Kuning

Lancang adalah sejenis kapal yang digunakan


di Nusantara. Antara lancang yang terkenal
ialah “Lancang Kuning” yang mendapat nama
kerana ianya dicat dengan warna rasmi raja
iaitu warna kuning. Lancang Kuning menjadi
kapal rasmi bagi para raja dan sering digunakan
oleh para raja atau pemerintah ketika melawat
kawasan jajahan takluknya. Sebuah rumah
adat dibina di dalam lancang ini dan dijadikan
tempat bersemayam raja. Lancang Kuning juga
dilengkapi dengan meriam lela sebagai senjata
pertahanan.

Sumber gambar : Ihsan Penulis


188

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


189

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Tingkat Atas
untuk Parajurit Tiga Layar
Untuk menggerakkan kapal
dengan tiupan angin di
Kabin 3 Tingkat
samping kuasa dayungan 38
untuk Sultan
pendayung

Tingkat Tengah
Tiang Agung
untuk Pembesar
Tiang utama di
tengah dan
Paling besar

Tingkat Bawah
untuk Pendayung

190

19 pendayung atau 38
pendayung kedua dua belah
180 kaki atau 55 meter
panjang kapal
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Mendam Berahi

Kapal Mendam Berahi merupakan sebuah kapal agung yang dibina dalam
Kesultanan Melayu Melaka. Kapal Mendam Berahi ini adalah sebuah kapal
jenis ‘ghali’. Ianya dibina oleh tukang-tukang kapal di Melaka untuk pelayaran
pertama Sultan Melaka dan rombongannya ke Majapahit di Jawa. Nama
“Mendam Berahi” ini dikatakan diberikan oleh Laksamana Hang Tuah. Gambaran
terperinci kapal Mendam Berahi telah dinukilkan di dalam Hikayat Hang Tuah
di mana ianya mempunyai tiga geladak dan tiga puluh lapan pengayuh.
Manakala badannya diperkukuhkan dengan empat lapisan papan bagi menahan
tembakan meriam musuh. Profesor Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia, Prof Emeritus Dr. Hashim bin Musa menyatakan
di dalam Harian Metro bahawa geladak atas dan tengah kapal ini menempatkan
Sultan atau jika kapal ini digunakan dalam peperangan, ia menempatkan askar
dan panglima perang. Manakala geladak bawah pula untuk pengayuh. Kapal ini
juga memiliki tiga buah layar.

Seni Bina Dalaman Kapal Mendam Berahi


1) Dinding kapal diletakkan kayu ukir dinamakan ‘papan
kambi’
2) Diletakkan baldu berwarna kuning, merah dan hijau.
3) Diletakkan kaca kerangan (kaca tidak lut sinar)
di bahagian hadapan kapal.
4) Bumbung kapal ini dibina daripada kaca kuning dan
merah
5) Mempunyai ukiran seperti jurai awan dan petir.
6) Bahagian tengah diletakkan ukiran awan berarak
7) Tiga tiang layar - Tiang tengah dinamakan Tiang Agung iaitu
tiang yang paling tinggi antara ketiga-tiga tiang itu.
Geladak
kemudi
dan
peninjau

Sisi

36 kaki atau Atas


Belakang

12 meter
lebar kapal 191
Perempuh
Depan

Untuk menenggelamkan kapal


Sumber grafik : Harian Metro
musuh, di perbuat dari kayu
cengal yang keras

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


PETA DUNIA DARI MELAKA
Sebuah peta yang dijumpai di Melaka telah jatuh ke tangan Portugis
sejurus selepas Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
Alfonso de Albuquerque telah menghantar peta tersebut kepada Raja
Emanuel I (Raja Portugal). Bersama-sama dengan peta tersebut, Alfonso
de Albuquerque telah mengutuskan sepucuk surat. Dalam surat tersebut,
Alfonso de Albuquerque menulis seperti berikut :-

“Saya mengutuskan kepada Tuanku sebahagian daripada salinan peta


yang besar yang dibuat oleh seorang nahkhoda Jawa yang menunjukkan
peta Tanjung Harapan (Afrika), Portugal, Negara Brazil, Laut Merah, Laut
Parsi, Kepulauan Rempah (Maluku), laluan-laluan pelayaran dengan
laluan pelayaran terus ke China dan Formosa (Taiwan) yang diambil
oleh kapal-kapal berserta bahagian dalaman (wilayah-wilayah ini) yang
bersempadanan di antara satu sama lain. Pada pendapat saya, peta ini
adalah benda yang paling cantik yang pernah saya lihat. Tuanku pasti
akan begitu teruja melihatnya. Nama-nama tempat pada peta ini adalah
dalam huruf-huruf Jawa. Bersama saya ada seorang Jawa yang boleh
membaca dan menulis. Saya menghantar bahagian ini kepada Tuanku,
yang mana Francisco Rodrigues menyalinnya daripada peta yang asal
yang mana padanya Tuanku sendiri akan boleh melihat dari mana orang-
orang China dan penduduk-penduduk Formosa berasal, laluan mana
yang kapal-kapal Tuanku perlu ambil untuk sampai ke pulau-pulau
cengkih, di mana terletaknya lombong-lombong emas, Kepulauan Jawa
dan Banda, pulau-pulau biji buah pala dan kulit buah pala, Tanjung
China, yang mana mereka belayar keliling dan di mana mereka berpatah
balik dan tidak belayar melepasinya. Peta yang asal telah hilang bersama
kapal Flor de la Mar (apabila ia telah karam). Saya telah membincangkan
kandungan peta ini bersama-sama dengan nahkhoda dan Pedro de
192
Alpoem agar saya dapat menerangkannya kepada Tuanku dengan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


jelas. Peta ini sangat tepat dan dikenali kerana ianya digunakan dalam
pelayaran. Bahagian pada peta ini yang menunjukkan gugusan kepulauan
yang di panggil “Selat” telah hilang (di antara Jawa dan Melaka).
Sumber : Albuquerque : Caesar Timur : Teks-teks Pilihan oleh Alfonso
de Albuquerque dan anaknya.

Ulasan:
Dalam era Kesultanan Melaka, ramai dari kalangan masyarakat Jawa
menghuni kota Melaka. Malah menurut catatan Portugis, masyarakat
Jawa memiliki penempatan khusus di Melaka iaitu di Upeh (Tengkera).
Ketua mereka bernama Utimutiraja dan beliau termasuk di kalangan
pembesar istana Melaka. Oleh itu, peta dunia yang dijumpai oleh Portugis
di Melaka ketika mereka menyerang Melaka diyakini didapati dari salinan
milik masyarakat Jawa di Melaka.

Berdasarkan penemuan ini, kesimpulan yang dapat dibuat ialah bukan


hanya orang-orang Jawa di Melaka sahaja yang memiliki pengetahuan
tentang geografi dunia, malah orang-orang Melayu dan Sultan Melaka
sendiri turut mempunyai pengetahuan yang sama. Ini kerana masyarakat
di Nusantara seperti Melayu, Jawa, Bugis, Minang dan sebagainya
sememangnya dikenali sebagai bangsa pelayar yang hebat. Malah
penemuan Dr. Barry Fell tentang kehadiran Katib Malaka Haji Mi Malaya
di El Salvador iaitu seorang pelayar yang diyakini berasal dari Melaka
membuktikan bahawa orang-orang Melaka telah ada pengetahuan
tentang benua Amerika.

193

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Peta Amerika

Garisan merah pantai laut Brazil yang dilakarkan dalam Peta Dunia yang
dijumpai di Melaka pada tahun 1511. Garisan di belakang itu pula menunjukkan
garisan pantai laut Brazil dalam peta moden.

Peta Amerika II
- Peta dunia yang dihasilkan oleh orang-orang Islam di Melaka dalam kurun
194 ke-15 iaitu sebelum kedatangan Portugis. Sebahagian dari lakaran peta
di atas menunjukkan kedudukan pantai Brazil. Peta ini telah diterjemahkan
dari Bahasa Jawa ke Bahasa Portugis.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Peta Dunia Portugis dari Melaka
Peta dunia yang tidak diketahui pelukisnya ini dijumpai dalam koleksi

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Joao Baptista Lavanha dan Luis Teixeira di Arkib Portugis di Torino.
Terdapat kebarangkalian bahawa inilah peta yang disalin dari sebuah
peta dunia yang dijumpai di Melaka ketika Portugis menawan Melaka
pada tahun 1511.

195
TEKNOLOGI PENGANGKUTAN
DARAT
Kereta Bergajah
Sebaik sahaja para tentera berjaya membakar rumah-rumah tersebut,
tembakan anak-anak panah dan sumpit-sumpit dapat dihentikan,
disebabkan rumah-rumah tersebut dibina daripada papan dan beratapkan
jerami daun-daun kelapa, ianya terbakar dengan mudah dan api tersebut
dimarakkan oleh angin yang bertiup, yang menyebabkan rumah-rumah
itu rebah ke tanah dalam masa yang singkat. Gudang-gudang di mana
harta benda disimpan, dan sebahagian daripada masjid turut musnah.
Begitu juga dengan sebuah rumah baru yang dibina di atas roda-
roda (sepertimana yang dinyatakan sebelum ini) bagi menyambut
majlis perkahwinan puteri Sultan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Kemudian masjid itu dibakar. Bumbung masjid itu diperbuat dari jerami
daun kelapa, dibakar dan di dalamnya terdapat banyak barang yang
diperbuat daripada kayu telah musnah. Selain itu, yang dimusnahkan
juga adalah sebuah rumah kayu yang dibina di atas sebuah pelantar
yang boleh bergerak yang mempunyai tiga puluh buah roda. Setiap
roda tersebut berukuran sebesar sebuah bilik. Rumah itu telah
dibuat oleh Sultan Melaka untuk dinaiki oleh Sultan Pahang. Kali yang
terakhir baginda datang ialah ketika menghadiri majlis perkahwinan anak
lelakinya dengan anak perempuan Sultan Melaka. Sambutan yang besar
telah disediakan untuk majlis itu, yang mana rumah tersebut merupakan
salah satu hadiah kejutan. Rumah tersebut dihiasi dengan sutera di
bahagian dalamnya dan di luarnya pula dihiasi dengan panji-panji.
196
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Apabila tentera-tentera Portugis tiba di kubu tersebut, mereka
membuang semua pancang-pancang yang membentuk kubu tersebut.
Putera Sultan itu melarikan diri dari tempat perkhemahan bapanya.
Beliau tidak sempat untuk mengeluarkan dari kubu tersebut tujuh
ekor gajah yang di belakangnya memiliki binaan seperti istana
mereka yang diperbuat daripada kayu, dan pelana-pelana, yang
juga diperbuat daripada kayu, dicat dengan warna emas dan dengan
pewarna-pewarna yang lain, dan terpapar lambang kebesaran
Kesultanan (Melaka) yang diukir pada gading. Semua ini telah
dibawa kepada Gabenor.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Suatu ketika, Dom Joao de Lima, Fernao Peres, Gaspar de Paiva,


Bastiao D ‘Miranda dan Jaime Teixeira memasuki kubu kayu di kawasan
masjid, mereka berhadapan dengan Sultan yang disertai oleh sebilangan
besar tentera, iaitu pahlawan yang terbaik di kota ini. Mereka datang
dengan menunggang gajah dan bersenjatakan pedang-pedang
panjang yang diikatkan pada gading-gading gajah tersebut dan
di belakang gajah-gajah tersebut terdapat binaan seperti istana
yang di dalamnya dipenuhi dengan pejuang-pejuang bersenjatakan
sumpit. Orang yang mengetuai angkatan tersebut adalah Sultan yang
menunggang salah seekor daripada gajah-gajah tersebut.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

197

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Alfonso De Albuquerque yang pada ketika itu merupakan Kapten
Jeneral India, menyerang kota itu dengan armadanya untuk menuntut
pembalasan terhadap Sultan, dan dia tidak mahu berunding lagi dengan
Sultan, dia menyerang kota itu dan menakluknya dengan angkatan
tentera bersenjata, mengusir Sultan keluar daripadanya; yang mana
Sultan mempertahankan dirinya bersama rakyatnya. Mereka berperang
dengan sangat berani dengan menggunakan banyak meriam, senapang-
senapang, anak-anak panah beracun dan lembing panjang yang
hebat, juga bersama dengan pahlawan-pahlawan Jawa. Banyak gajah
dilengkapi dengan istana kayu dengan para tentera pejuang di
dalamnya seperti mana kebiasaan di India.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

Gambaran istana bergerak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

198

198
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran kereta bergajah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

199

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


200

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Jalan Penarikan

Sungai Muar, Sungai Jempol, Sungai Serting, Sungai Bera


dan Sungai Pahang sangat berguna bagi masyarakat
di Semenanjung Tanah Melayu pada waktu dahulu
bagi menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur
Semenanjung Tanah Melayu. Kelima-lima batang sungai
ini dihubungkan oleh Jalan Penarikan. Maka melalui Jalan
Penarikan ini, masyarakat di Pantai Barat terutamanya di
Melaka dan masyarakat di Pantai Timur dapat berhubung
dengan lebih cepat.

Dari Melaka, mereka berlayar ke Sungai Muar. Kemudian


perahu mereka memudik Sungai Muar dari muaranya
hingga ke pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol.
Dari Sungai Jempol, perahu-perahu itu ditarik sejauh
500 meter hingga ke Sungai Serting. Setelah itu, perahu
mereka dimudik hingga ke pertemuan Sungai Serting dan
Sungai Bera. Seterusnya, perahu mereka memudik hingga
ke pertemuan Sungai Bera dan Sungai Pahang. Dari sini
perahu dimudik hingga ke muara Sungai Pahang yang
terletak di Pekan. Dengan sebab itu, laluan ini dinamakan
“Jalan Penarikan”.

Selain daripada menjimatkan masa, ianya juga tidak


bergantung kepada angin monsun sebagaimana pelayaran
melalui jalan laut. Melalui Jalan Penarikan ini, aktiviti dakwah
dan perdagangan dapat dijalankan dengan lebih pesat.
Pada waktu dahulu, di kawasan pertemuan Sungai Muar
dan Sungai Jempol itu juga telah dibina beberapa buah
tempat pengajian agama yang banyak melahirkan para
ulama. Penggunaan Jalan Penarikan ini juga membuktikan
kepakaran masyarakat Melayu dalam meneroka alam.

201

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Laluan ke Jalan Penarikan.

202 Pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


LALUAN DARI MELAKA KE PAHANG MELALUI JALAN
PENARIKAN

1
Gersik

Panchor
Pagoh

Sungai Rambai

Da
ri M
ela
ka
Muar

Muara Sungai Muar ke Sungai Jempol.

2
Kampung Bukit Laka
Sungai Serting
Sungai Jempol Jalan Penarikan
Taman Tunku
Puan Chik

Pertemuan
Sungai Muar - Sungai Jempol

Sungai Muar

203

Sungai Jempol ke Sungai Serting melalui Jalan Penarikan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Su
3

ngai B e r a
Pertemuan
Sungai Serting - Sungai Bera

Su
ai B

ng
era

ting
er
iS

ng a
Su

Sungai Serting ke Sungai Bera.

4
g
an
ah
iP
gan

Su
Su

ng
ai
Be
ra

Kampung
Kuala Bera

204
Sungai Bera ke Sungai Pahang.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kepakaran Melatih Gajah

Gajah merupakan pengangkutan awam yang utama


bagi masyarakat di Nusantara pada zaman Kesultanan
Melaka. Kepentingan gajah kepada masyarakat Melayu
adalah sebagai mana kepentingan unta pada masyarakat
Arab. Oleh itu, antara kepintaran orang-orang Melayu
ialah melatih gajah yang liar menjadi jinak. Mereka juga
memahami ‘bahasa-bahasa’ gajah. Di dalam Sulalatus
Salatin, diceritakan bahawa ramai di kalangan pembesar-
pembesar Melaka terdiri daripada mereka yang sangat
mahir melatih gajah. Antaranya ialah Maharaja Dewa Sura,
Seri Wak Raja, Laksamana Khoja Hassan dan ramai lagi.
205

Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI PERUBATAN DAN
BAHAN KIMIA
Melaka Sebagai Pusat Perdagangan Ubat-Ubatan

Para pedagang telah menyampaikan mesej ini kepada Sultan yang


sangat terkejut dengan perkara itu. Pedagang-pedagang dari Cambay
dan Calicut yang belayar ke Melaka untuk membeli ubat-ubatan ini
telah memberitahu Sultan perkara yang lebih buruk tentang Portugis.
Sementara itu Sultan telah mengambil maklumat tentang jenis kapal-
kapal yang dibawa oleh Portugis.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

(Ucapan Alfonso de Albuquerque) “Aku tidak akan berundur ke kapal


armada untuk menyelamatkan nyawaku, kerana kehilangan nyawaku
tidak bererti kita akan kehilangan segala-galanya; salah seorang daripada
kamu boleh menggantikan aku untuk menjawat jawatan ini. Sebagai
perbandingan kehilangan kota ini merupakan kerugian yang lebih besar
berbanding kehilangan nyawaku di sisi khidmat kepada Tuhan, Penguasa
kita dan Raja Portugal, yang berkuasa ke atas kita. Kota ini adalah
sumber yang paling besar bagi rempah-rempah, ubat-ubatan dan
kekayaan di seluruh dunia......

Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya, dan ianya wujud
di atas manfaat-manfaat perdagangan. Kebanyakan pedagang adalah
orang Islam, yang tinggal di setiap negeri yang dikenali di India dan juga
di tempat-tempat yang lain. Melalui Melaka mereka mampu untuk
berdagang di pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak boleh
206
membekalkan rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


dalam kuantiti yang begitu besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan
Venice. Kota ini adalah sumber perdagangan yang mengalir ke Calicut
sebelum kita menakluki India”.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Kemahiran Dalam Ilmu Perubatan

Ubat-ubatan yang biasa digunakan oleh orang-orang Melayu, dalam


merawat demam-demam dan penyakit-penyakit lain adalah akar
tumbuh-tumbuhan, dan herba-herba ajaib, dan benda-benda yang
diambil daripada burung dan haiwan, terutamanya tanduk, kuku dan
batu. Para tabib (doktor) yang selalunya mereka upah adalah Dayas*
iaitu ahli-ahli perubatan wanita yang mana mereka adalah ahli herba
yang sangat pakar. Mereka belajar di sekolah-sekolah perubatan
di Pulau Jawa Besar. Ahli-ahli perubatan Dayas ini menggunakan
tumbuh-tumbuhan dan herba-herba dalam bentuk tampalan (plaster),
dan sirap, dan ubat minum, atau pil-pil bagi melegakan penderitaan
yang disebabkan oleh penyakit-penyakit dengan cara memanaskan atau
menyejukkan akar-akar tumbuhan.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Semasa pengunduran ia telah diperkirakan bahawa bilangan tentera


Portugis yang cedera dalam pertempuran pada hari itu adalah tujuh puluh
orang, majoriti daripada mereka disebabkan oleh ekstrak tumbuhan
beracun yang digunakan oleh tentera Islam di rantau itu. Dua belas orang
tentera kemudiannya meninggal dunia di dalam kapal mereka akibat
terkena racun, dan yang lain-lain, walaupun mereka hidup, namun
terus mengalami kesengsaraan daripada kecederaan mereka, yang
kemudiannya berubah menjadi seakan-akan seperti ketumbuhan.
207
Racun tersebut mempunyai bisa, yang mana dari semasa ke

*Dayas berkemungkinan adalah sebutan Portugis bagi “Dayang”

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


semasa, menyeksa mangsanya dengan sejenis penyakit gila yang
menyebabkan mereka menggigit diri mereka sendiri, seperti orang-
orang yang dilanda penyakit anjing gila. Ini berlaku dalam kes Lopo
Vilalobos, seorang pahlawan dari kampung Extremos, dan pada yang
lain-lain juga. Ada yang cuba untuk menyembuhkan luka-luka mereka
dengan menggunakan theriac (sejenis penawar yang mengandungi
banyak bahan ubat-ubatan), tetapi ia tidak berkesan. Mereka yang lain
pula mencuba merawat dengan minyak zaitun, tetapi mereka kekurangan
bekalan bahan ini. Mereka yang lain masih membakar luka mereka yang
disebabkan anak panah dengan membakar daging babi yang lama, dan
ini muncul sebagai penawar yang paling berkesan dalam menyembuhkan
luka.

Kemudian orang-orang Melayu menunjukkan kepada orang Portugis


sejenis herba tempatan yang merupakan penawar kepada racun
tersebut yang akan memastikan bahawa seseorang yang terkena
racun tersebut tidak akan mati jika dia mengunyah daun herba itu.
Yang demikian itu adalah keajaiban alam, yang tidak meninggalkan apa-
apa penyakit tanpa ubat. Bagi setiap racun itu ada penawarnya - jika
hanya ianya dikenalpasti. Orang-orang Melayu tersebut berkata bahawa
orang-orang yang mula menggunakan racun tersebut adalah penduduk
sebuah kampung di Sumatera yang dipenuhi tulang-tulang ikan (Ia
berkemungkinan sebuah perkampungan nelayan di mana tulang-tulang
ikan banyak bertaburan di atas tanah), tempat yang dipanggil “Bagre”.
Penduduk-penduduk kampung itu adalah para pelayar yang dipanggil
“Orang-orang Selat”, yang telah disebutkan sebelum ini.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Sebaik sahaja tentera-tentera Islam melihat tentera-tentera Portugis


telah berundur dalam jarak yang agak jauh, mereka mula memadamkan
208 api tersebut, yang mana mereka melumurkannya dengan bahan bakar
dari sejenis minyak yang banyak didapati di Pedir, yang mengalir keluar

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


dari bawah tanah seperti mata air. Orang-orang Islam memanggilnya
minyak napta dan ianya sangat berharga bagi tabib-tabib untuk
merawat penyakit tertentu. Orang-orang Portugis memperolehinya
sedikit dan mendapati bahawa ianya baik untuk kesejukan dan
ketegangan saraf.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &


Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Para pedagang Muslim melindungi tentera-tentera Portugis yang


menyerah kalah dan menyatakan permohonan maaf di atas kecelakaan
yang menimpa para tentera Portugis. Mereka cuma mahu para tentera
Portugis menyerah kalah, mereka katakan, untuk mengelak dari
berlakunya penyembelihan ke atas tentera Portugis secara mutlak.
Selepas dilucutkan senjata mereka, para tentera Portugis kemudiannya
dibawa kepada Sultan yang mana menerima mereka dan menjaga mereka
dengan baik. Baginda juga memberi arahan supaya rawatan perubatan
diberikan kepada mereka yang tercedera...

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan:
Dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu, pakar-pakar pengamal
perubatan digelar dan diklasifikasikan dengan nama-nama seperti tabib,
dukun, pawang dan bomoh. Jika dukun dan pawang dikenali sebagai
orang yang pakar dengan ilmu-ilmu perubatan batin, tabib pula dikenali
sebagai orang yang pakar dengan ilmu perubatan zahir (sakit-sakit klinikal
seperti demam, batuk kering, lelah, selesema, pening dan sebagainya).
Menurut kitab perubatan Melayu (Kitab Tib Melayu), para tabib memiliki
kepakaran dalam mengenalpasti penyakit-penyakit berdasarkan
simptom-simptom yang terdapat pada tubuh badan pesakit.
209

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Tabib-tabib juga dikenali sebagai orang yang memiliki kepakaran yang
tinggi dalam ilmu herba dan mereka dapat mengenalpasti herba-herba
tertentu sebagai ubat yang mujarab bagi mengubati penyakit-penyakit
yang tertentu. Malah tidak mustahil mereka memiliki kepakaran dalam
ilmu pembedahan sebagaimana para tabib Islam di timur tengah jika
melihat kepada hubungan yang terjalin di antara orang-orang dari timur
tengah dengan masyarakat Melayu Melaka. Tun Seri Lanang telah
menukilkan dalam Sulalatus Salatin tentang kepakaran seorang tabib
di Melaka merawat dan mengukur tahap kecederaan pesakit. Beliau
menukilkan seperti berikut :-

Seri Udani pun luka ari-arinya kena tombak Peringgi. Maka gajah pun
diderumkan, Seri Udani pun diusung oranglah dibawa kembali ke
rumahnya; maka disuruh oleh Sultan Ahmad lihat pada tabib; diduga oleh
tabib dengan ekor sirih, kata tabib, “Insya Allah Taala tiada mengapa,
dapat diubat; jikalau sekerat beras juga lagi masuknya, nescaya Seri
Udani akan mati.

210

Herba-herba tradisional Melayu yang digunakan untuk tujuan perubatan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kemudahan Hospital Di Kota Melaka

Melaka juga mendapat hasil yang banyak setiap bulan dari para wanita
pedagang jalanan. Cukai dari para pedagang ini diserahkan kepada para
pembesar, disebabkan pedagang jalanan berada di bawah pengawasan
para pembesar. Sebaliknya, pedagang jalanan pun sangat bergantung
pada para pembesar disebabkan para pedagang itu berdagang di setiap
jalan di Melaka. Mereka (para pembesar) juga menyediakan kemudahan
hospital untuk para penduduk yang miskin.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan :
Kemudahan hospital atau klinik sememangnya sudah lama wujud dalam
negara-negara Islam. Sebagai contoh, Hospital Ibnu Tulun di Kaherah
yang dibina pada tahun 872 di Kaherah dan Hospital Qayrawan di Tunisia
yang ditubuhkan pada abad ke-12. Pembinaan hospital di wilayah-
wilayah Islam berterusan sehingga abad ke-15. Malah masyarakat
Eropah menerapkan sistem hospital dari wilayah-wilayah Islam.

Hubungan di antara orang-orang Arab dan Parsi di timur tengah dengan


orang-orang Melayu melalui perdagangan bukanlah sesuatu yang baru.
Ianya sudah terjalin sejak ratusan tahun. Perhubungan ini sudah pasti
mewujudkan tamadun yang unggul. Ini kerana mereka saling belajar
di antara satu sama lain. Jika hospital atau klinik-klinik telah dibina
di timur tengah maka bukanlah sesuatu yang mustahil bahawa hospital
dan klinik turut dibina di Melaka. Apatah lagi Melaka terkenal sebagai
pusat perdagangan ubat-ubatan di seluruh dunia. Maka tidak hairanlah
jika Tome Pires mencatatkan tentang kewujudan hospital (tempat
rawatan) di Melaka.

211

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kemahiran Menggunakan Bahan Kimia Dan Racun

Beberapa orang yang tercedera dilukai oleh anak-anak panah yang


beracun. Sebahagian daripada mereka mati kemudiannya akibat dari
luka-luka tersebut dan mereka yang mati itu tidak merawat luka mereka.
Mereka yang merawat luka mereka, Fernao Gomes dan lain-lain,
terselamat. Orang-orang Portugis yang tercedera berjumlah lebih tujuh
puluh orang. Walau bagaimanapun, di kalangan musuh ramai yang mati
dan ramai yang lain telah tercedera.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Di atas kapal bersama-sama dengan Gabenor terdapat tiga puluh orang


yang tercedera dan empat belas orang yang terkorban. Korban jiwa ini
disebabkan oleh anak-anak panah yang beracun, luka-luka yang mana
padanya terdapat darah yang meleleh itu tidak dapat diubati. Kapten-
kapten membantah terhadap Albuquerque kerana tidak menyempurnakan
kemenangan pada hari itu, dan perbincangan pun berlaku.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Semasa pengunduran ia telah diperkirakan bahawa bilangan tentera


Portugis yang cedera dalam pertempuran pada hari itu adalah tujuh
puluh orang, majoriti daripada mereka disebabkan oleh ekstrak
tumbuhan beracun yang digunakan oleh tentera Islam di rantau itu.
Dua belas orang tentera kemudiannya meninggal dunia di dalam kapal
mereka akibat terkena racun, dan yang lain-lain, walaupun mereka hidup,
namun terus mengalami kesengsaraan daripada kecederaan mereka,
yang kemudiannya berubah menjadi seakan-akan seperti ketumbuhan.
212 Racun tersebut mempunyai bisa, yang mana dari semasa ke semasa,

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


menyeksa mangsanya dengan sejenis penyakit gila yang menyebabkan
mereka menggigit diri mereka sendiri, seperti orang-orang yang dilanda
penyakit anjing gila.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Maka orang-orang Melayu menggunakan banyak racun pada semua


senjata mereka terutamanya pada mata anak-anak panah, sama ada
yang diperbuat daripada besi atau kayu, atau gigi haiwan-haiwan atau
ikan atau dari ‘nibong’. Busur-busur panah mereka lebih besar dari
busur-busur panah orang Parsi.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

Kemahiran Teknik Penyulingan

Arak yang biasa dikaitkan dengan Melaka dipanggil “Nipah”, yang


diperbuat dari pohon-pohon berpelepah liar yang tumbuh di kawasan
paya, arak yang keluar dari pelepah (atau titisan yang keluar dari hirisan
bunga-bunga), yang dipanggil “tuak” disimpan dalam tempayan tanah
liat, ditutup dengan baik; tuak atau arak yang manis ini dipindahkan ke
sebuah bekas yang lain yang lebih besar yang juga diperbuat daripada
tanah liat, yang mana dalam keadaan begitu, ianya disuling dengan api
yang perlahan, dan tuak itu bertukar menjadi arak nipah yang putih,
yang mana ianya sangat dibanggakan di kalangan orang-orang Melayu.
Kadangkala mereka membuatnya kuat seperti api dan berkobar-kobar
seperti arak brandi, untuk kegunaan perubatan sebagai penghalang
kesejukan akibat penyakit.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca


213

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran tabib pakar perubatan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tabib ini
mahir mengenalpasti penyakit dan herba-herba yang sesuai untuk mengubati
penyakit tertentu.

214

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Contoh manuskrip perubatan Melayu.

215
Manuskrip perubatan Melayu kebiasaannya
mengandungi kaedah-kaedah rawatan
menggunakan herba-herba, doa dan ayat-ayat suci
Al-Quran. Sejak ratusan tahun sebelum kedatangan
penjajah, ahli-ahli perubatan Melayu sudah mahir
mendiagnosis penyakit-penyakit klinikal seperti
batu karang, buasir, demam kepialu, lemah jantung
dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini diubati
dengan ramuan-ramuan herba yang terpilih dan
ahli-ahli perubatan ini terkenal dengan kepakaran
mengenalpasti herba-herba yang sesuai bagi
216 penyakit-penyakit yang dirawatinya.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran hospital di zaman Kesultanan Melayu Melaka sepertimana yang dicatatkan oleh Tome Pires
dalam Suma Oriental.

217
TEKNOLOGI PERLOMBONGAN DAN
GALIAN
Minyak Tanah

Sebaik sahaja tentera-tentera Islam melihat tentera-tentera Portugis


telah berundur dalam jarak yang agak jauh, mereka mula memadamkan
api tersebut, yang mana mereka melumurkannya dengan bahan
bakar dari sejenis minyak yang banyak didapati di Pedir, yang
mengalir keluar dari bawah tanah seperti mata air. Orang-orang Islam
memanggilnya minyak napta dan ianya sangat berharga bagi tabib-tabib
untuk merawat penyakit tertentu. Orang-orang Portugis memperolehinya
sedikit dan mendapati bahawa ianya baik untuk mengelakkan kesejukan
dan merawat ketegangan saraf.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Setiap malam tiga buah perahu panjang yang diisi penuh dengan
kayu yang direndam di dalam minyak tanah dan minyak dihanyutkan
ke dalam sungai. Untuk mengelakkannya daripada membakar jambatan,
bahan api itu dinyalakan hanya selepas perahu-perahu tersebut
telah melepasi bawah jambatan itu, tetapi apabila perahu-perahu
tersebut menghampiri jong itu ianya terbakar dengan begitu marak
sekali dan nyalaan api itu telah menjilat seluruh sungai dan tebing-
tebingnya.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Apabila musuh (tentera Melaka) menyedari tentang kekalahan mereka,


218
mereka mula membakar menggunakan minyak yang diperolehi dari
Sumatera dan bahan-bahan api yang lain yang digunakan untuk

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


membakar dengan lebih marak lagi daripada apa yang mereka biasa
lakukan. Ini adalah helah yang mereka gunakan bila mana mereka
menghadapi bahaya daripada musuh mereka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Emas Dan Perak

Di sekitar Melaka, terdapat dua buah lombong emas yang lain, dan
daripada kedua-dua buah lombong ini, mereka yang datang dari tanah
Gore dikatakan membawa pulang setiap tahun sebanyak sembilan
hingga sepuluh bahar (ukuran berat India) emas. Salah sebuah lombong
itu terletak di Pahang dan dari sini ianya mengambil masa selama tujuh
atau lapan hari untuk tiba di Melaka melalui jalan darat. Sebuah lagi
lombong yang lain terletak di Minangkabau, di pulau Sumatera dan
dari sini ianya mengambil masa selama sembilan atau sepuluh hari untuk
tiba di Melaka melalui jalan laut dan sungai.
Catatan Artur Basilio De Sa Insulinda dalam Documents On The
History of The Portuguese Patronage In The Far East

Sebahagian daripada Sumatera kaya dengan kemenyan (yang kualitinya


sangat baik) dan kapur. Di sana terdapat banyak lombong-lombong
emas. Emas juga ditemui di sungai-sungai. Barang-barang ini dieksport
ke negara-negara lain terutamanya ke Melaka.

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy


King Dom Manuel of Glorious Memory

Di samping kerja-kerja yang dilakukan untuk keselamatan kota itu,


Albuquerque menjalankan usaha untuk menggalakkan perdagangan,
sebagaimana yang diinginkan oleh penduduk kota. Salah satu daripada
kerja-kerja yang dijalankan ialah mencetak duit-duit. Semasa zaman 219
pemerintahan Sultan-sultan, emas dan perak telah digunakan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


sebagai matawang; di samping itu juga, terdapatnya duit-duit timah
yang digunakan dalam jual beli bagi nilai yang kecil. Akan tetapi jual
beli bagi nilai yang lebih besar dilakukan dengan sistem barter.

Catatan Joao De Barros dalam Portuguese Documents On Malacca

Bijih Timah

Dalam gudang-gudang milik Sultan ditemui sejumlah besar


tembaga, keluli, besi, timah hitam, bijih timah, belerang, ubat bedil,
serbuk peluru, senjata-senjata dan peluru-peluru perang yang lain
serta selimut-selimut kapal (kain penutup kapal) dalam jumlah yang
banyak. Segala-galanya telah diambil untuk raja kita (Raja Portugal)
berserta hasil-hasil rompakan barang-barang yang diambil dari kota,
yang mana ianya menyumbang sejumlah lebih dua ribu cruzado kepada
raja kita, di samping barang-barang yang diseludup keluar yang mana
jumlahnya jauh lebih besar. Maka tiada emas atau perak yang telah
dilelong, begitu juga dengan orang-orang tawanan yang begitu ramai.
Apabila semuanya dihitung bersama-sama dengan apa (harta) yang
musuh telah berjaya selamatkan dari kota, jumlah kekayaan (harta benda)
adalah tidak terbatas banyaknya.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Ulasan :
Sejak zaman dahulu lagi, Semenanjung Tanah Melayu sememangnya
kaya dengan hasil galian. Oleh itu, Kerajaan Kedah Tua telah dikenali
sebagai pengeluar besi terulung di dunia selewat-lewatnya sejak kurun
ke-3 Masihi. Hasil perlombongan besi menjadikan kerajaan Kedah
Tua terkenal di dunia pada waktu itu. Besi-besi yang dihasilkan oleh
Kerajaan Kedah Tua merupakan antara yang terbaik di dunia. Sehingga
220
hari ini, kesan peninggalan industri besi di Kedah Tua boleh dijumpai
di Sungai Batu dan Jeniang, Kedah.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Maka tidak hairanlah jika catatan-catatan Portugis di atas membuktikan
bahawa masyarakat di alam Melayu (Nusantara) sudah terlibat dengan
aktiviti perlombongan. Sepertimana yang dicatat oleh Joao de Barros,
orang-orang Melayu di Melaka telah menggunakan minyak tanah sebagai
bahan bakar. Minyak tanah itu disedut dari sumber bawah tanah. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya seakan-akan minyak petrol pada
hari ini.

Selain dari itu, penggunaan emas, perak dan timah di dalam


perdagangan juga membuktikan masyarakat Melayu aktif dalam bidang
perlombongan. Portugis sendiri mengesahkan bahawa terdapatnya
lombong-lombong emas di Melaka, Pahang dan Minangkabau. Selain
lombong emas dan besi, lombong perak dan timah juga terdapat
di Semenanjung Tanah Melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

221
Gambaran aktiviti perlombongan di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Jongkong-jongkong bijih timah dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Lampu Minyak

Pada zaman Kesultanan Melaka, waktu


malam bukan sahaja diterangi dengan
jamung api atau obor, tetapi mereka
juga menggunakan lampu-lampu minyak
terutama di dalam istana, masjid dan
juga rumah-rumah. Kebanyakan lampu-
lampu minyak atau pelita di Melaka
menggunakan minyak tanah kerana
cahaya apinya boleh bertahan dengan
lebih lama. Penggunaan lampu minyak
di Melaka dicatatkan oleh Tome Pires di
dalam Suma Oriental seperti berikut :-

Semua barang dagangan mesti melalui


proses penimbangan termasuk lampu
minyak yang mana pada ketika itu
mempunyai permintaan yang tinggi.

222

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI TEMPAAN LOGAM
Senjata

Rakyat jelata (Melaka) memiliki sifat yang lebih baik, disebabkan


mereka biasanya sibuk dengan kerja seni-seni mekanikal dalam
menyara kehidupan mereka: ramai daripada mereka terdiri daripada ahli
pertukangan yang sangat mahir dalam seni ukiran dan juga dalam ilmu
kimia, melakukan seni tempaan yang halus pada besi dan keluli untuk
membuat senjata-senjata.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

1) Keris

Di kota ini terdapat ramai warga asing dari pelbagai wilayah, yang tinggal
di sana dan dilahirkan di negara ini. Seperti yang saya katakan, mereka
adalah orang-orang Islam dengan bahasa tersendiri dan dipanggil
Melayu. Lelaki-lelaki mereka segak bergaya dan tidak berpakaian dari
pinggang ke atas tetapi memakai pakaian kain kapas di bawah. Orang-
orang yang paling terkenal di antara mereka, memakai pakaian-pakaian
pendek yang dipakai separuh badan pada peha. Kain itu dikait atau
disulam dan sebagai tambahan mereka memakai ikat pinggang. Pada
pinggang mereka, tersemat senjata besi yang disepuh yang mereka
panggil “keris”.

Catatan Duarte Barbosa dalam The Book of Duarte Barbosa

223

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


2) Pedang

Musuh juga meniup alat-alat muzik peperangan mereka, yang


mengeluarkan bunyi yang dahsyat. Ia adalah menakutkan untuk melihat
begitu ramai di antara mereka juga, yang majoritinya lengkap bersenjata,
sebahagian dari mereka adalah berbusur dan anak panah, manakala
yang lain dengan tombak-tombak dan pedang-pedang seukuran
panjang pedang orang-orang Bisaya. Sebahagian yang lain pula memiliki
sumpit yang menembak anak sumpit yang pendek dan nipis dengan
kuatnya sehingga ia menusuk dengan mendalam, dan tidak ada penawar
untuk luka yang disebabkan oleh anak sumpit tersebut.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Suatu ketika, Dom Joao de Lima, Fernao Peres, Gaspar de Paiva, Bastiao
D ‘Miranda dan Jaime Teixeira memasuki kubu kayu di kawasan masjid,
mereka berhadapan dengan Sultan yang disertai oleh sebilangan besar
tentera, iaitu pahlawan yang terbaik di kota ini. Mereka datang dengan
menunggang gajah dan bersenjatakan pedang-pedang panjang
yang diikatkan pada gading-gading gajah tersebut dan di belakang
gajah-gajah tersebut terdapat binaan seperti istana yang di dalamnya
dipenuhi dengan pejuang-pejuang bersenjatakan sumpit. Orang yang
mengetuai angkatan tersebut adalah Sultan yang menunggang salah
seekor daripada gajah-gajah tersebut.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

3) Lembing dan tombak

Disebabkan tentera Portugis telah diberi amaran awal, maka mereka dapat
224 mengelak daripada perangkap-perangkap dan dapat sampai kubu-kubu
tersebut, di mana pertempuran secara langsung berlaku. Tentera-tentera

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Islam sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata dengan senapang-
senapang, anak-anak panah beracun, meriam-meriam logam kecil,
busur bersilang, lembing dan tombak-tombak, yang mana panjang dan
diperbuat daripada buluh, dengan mata besi yang kelihatan seperti
nyalaan api.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

4) Perisai

Di sebalik semua ini, lelaki-lelakinya adalah perwira yang (mahir)


menggunakan lembing, perisai dan panah.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

5) Anak panah

Maka orang-orang Melayu menggunakan banyak racun pada semua


senjata mereka terutamanya pada mata anak-anak panah, sama ada
yang diperbuat daripada besi atau kayu, atau gigi haiwan-haiwan
atau ikan atau dari ‘nibong’. Busur-busur panah mereka lebih besar dari
busur-busur panah orang Parsi.

Catatan Godinho de Eredia dalam Description of Malacca

6) Senjata api

Di dalam kota, mereka menemui lebih daripada tiga ribu pucuk meriam
besar dan kecil, yang dibuat daripada besi dan tembaga, salah satu
daripada meriam-meriam tersebut terdapat meriam yang sangat berat
yang diberikan oleh Raja Calicut bersama-sama dengan meriam-meriam
yang lain kepada Sultan Melaka. 225

Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy


King Dom Manuel of Glorious Memory

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sebilah keris purba yang dipercayai
dari Kesultanan Melayu Melaka ditemui
di Kuil Enkakuji, berhampiran dengan
Istana Shurijo di Pulau Okinawa, Jepun.
Seorang ahli sejarah dari Universiti Ryukyu
yang bernama Prof Dr. Kurayoshi Takara
sendiri mengesahkan bahawa keris abad
ke-15 itu berasal dari Kesultanan Melayu
Melaka memandangkan Kerajaan
Ryukyu yang berpusat di Okinawa, Jepun
memiliki hubungan yang erat dengan
Kesultanan Melayu Melaka.

226

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Surat Dari Laksamana Melaka Kepada Raja Ryukyu
Pada tahun 1932, sebuah dokumen yang bernama Rekidai Hoan telah ditemui di
Okinawa, Jepun. Dokumen ini mengandungi sekurang-kurangnya 19 pucuk surat
daripada Kerajaan Ryukyu kepada Kesultanan Melaka dan 11 pucuk surat dari
Kesultanan Melaka kepada Kerajaan Ryukyu. Antara surat-surat tersebut ialah
surat dari laksamana Kesultanan Melaka iaitu Hang Tuah kepada Raja Ryukyu.

Laksamana daripada Melaka, dengan sepenuh takzim mempersembahkan


perutusan ini kepada Kebawah Duli Raja Negeri Ryukyu.

Sesungguhnya telah datang perutusan daripada Kebawah Duli Raja Ryukyu


dengan seorang penterjemah ke negeri kami, dan sesudah selesai urusan
perdagangan mereka dengan amannya, mereka telah pulang ke negeri mereka.

Kami telah mendapat tahu bahawa sebuah daripada kapal Tuanku telah terdampar
di pantai Chiao-chih (Annam utara), dan apabila sedang mencari air, (orang
Ryukyu itu) terlibat dalam pertempuran berdarah dengan orang-orang Chiao-
chih. Setelah kami mendapat maklumat ini, Laksamana telah menghantar sebuah
kapal kecil ke negeri Chan-ch’en (Champa, Annam), dan sesudah menyiasat
secara rapi, mereka menemui dua orang, seorang daripadanya meninggal dunia
tidak lama kemudian kerana sakit.

Shahdan, perwakilan Raja Negeri Ryukyu, termasuk penterjemah Tei Raku,


setelah tiba di negeri ini (Melaka), dan sesudah selesai perniagaan secara aman,
telah pulang ke negeri mereka.

Laksamana sesungguhnya khadam bagi negeri Melaka yang dengan itu khadam
juga kepada Kebawah Duli Raja Ryuku. Bagi pihak orang-orang (Ryukyu) yang
masih ada di sini (Melaka), hamba memohon kurnia Tuanku mempersembahkan
surat ini, dan dengan ini memohon kurnia Tuanku mempersembahkan surat ini,
dan dengan ini memohon kurnia Tuanku sudilah apa kiranya menghadiahkan
kami sebilah pedang, satu alat pembentuk busur panah, dan sebuah pelana
kuda. Barang-barang ini adalah untuk kegunaan khadam ini yang kini berdatang
sembah kepada Tuanku.

Jumlah pelayaran kapal perdagangan Kebawah Duli Tuanku bertambah-tambah


setiap tahun, dan kami sentiasa mendapat bingkisan daripada Tuanku.

Kami berharap Tuanku sentiasa menerima baik terhadap perasaan ketulusan hati
kami sebagai khadam Tuanku.

Dirgahayu Tuanku!
Ch’eng-hua 16/3/2 (11 April 1480)
Ampun Tuanku
Laksamana
227
Sumber :-Hang Tuah dalam Catatan Okinawa karya
Prof Dr. Hashim Musa dan Dr. Rohidah Kamaruddin

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Dari kota, mereka menawan tujuh puluh dua pucuk meriam dan
memasangkannya pada kubu-kubu kayu berhampiran jambatan.
Sebahagian daripada meriam-meriam tersebut diperbuat daripada
gangsa dan sebahagian yang lain diperbuat daripada besi.
Sebahagian dari pada peluru meriam besi itu disalut dengan timah hitam
dan sebahagian peluru yang lain diperbuat dari batu.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Matawang
Di samping kerja-kerja yang dilakukan untuk keselamatan kota itu,
Albuquerque menjalankan usaha untuk menggalakkan perdagangan,
sebagaimana yang diinginkan oleh penduduk kota. Salah satu daripada
kerja-kerja yang dijalankan ialah mencetak duit-duit. Semasa zaman
pemerintahan Sultan-sultan, emas dan perak telah digunakan
sebagai matawang; di samping itu juga, terdapatnya duit-duit timah
yang digunakan dalam jual beli bagi nilai yang kecil. Akan tetapi jual
beli bagi nilai yang lebih besar dilakukan dengan sistem barter.
Catatan Joao De Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Peralatan Harian

Dalam gudang-gudang milik Sultan ditemui sejumlah besar tembaga,


keluli, besi, timah hitam, bijih timah, belerang, ubat bedil, serbuk peluru,
senjata-senjata dan peluru-peluru perang yang lain serta selimut-selimut
kapal (kain penutup kapal) dalam jumlah yang banyak.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Ulasan :
228
Antara kepintaran masyarakat Melayu ialah dalam bidang tempaan
bahan-bahan logam seperti emas, perak, gangsa, besi, timah dan
sebagainya. Masyarakat Melayu di Melaka telah menggunakan bahan-
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
bahan logam dalam membuat senjata seperti keris, alat-alat kebesaran
raja, alat perhiasan wanita, alat-alat muzik, perkakas harian di rumah dan
sebagainya. Tun Seri Lanang menyatakan dalam Sulalatus Salatin seperti
berikut :-

Maka oleh Hang Jebat semua pintu istana iaitu dikancingnya; hanya
satu pintu yang di hadapan jua dibukanya. Maka segala talam, kerikal,
batil, ceper, dulang gangsa, dikaparkannya di lantai istana itu. Maka
di atas itulah ia berlari ke sana ke sini, gemerencing bunyinya, memberi
hebat yang mendengar dia.

Selain itu, bukti kepintaran masyarakat Melayu ialah kemampuan dalam


membuat seni ukiran yang begitu halus dan cantik pada alat-alatan
yang ditempa dari bahan-bahan logam. Misalnya, kesenian orang-orang
Melayu Melaka dalam menempa keris telah dinyatakan oleh Tun Seri
Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

“Jika keris tempa Melaka yang panjang tengah tiga jengkal itu dijadikan
baginda pendua, tiada kelihatan dari sebelah”.

229
Syiling Kesultanan Melayu Melaka di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah yang diperbuat daripada timah. Padanya tercatat nama Sultan Muzaffar
Syah. Kini dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

230

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Matawang Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sistem pertukaran barangan turut dikenali dengan


nama “Sistem Barter” merupakan amalan terawal
dalam sejarah peradaban manusia sebelum
matawang diperkenalkan. Kaedah pertukaran
sejumlah barangan oleh suatu pihak dengan
komoditi tertentu yang dipercayai setara nilainya
milik pihak yang lain turut diamalkan di Melaka.
Walau bagaimanapun, sistem ini agak tidak telus
disebabkan beberapa masalah seperti pertukaran
barang besar yang sukar untuk dibawa dan
masalah untuk mencari orang yang mahu membuat
pertukaran barangan atau perkhidmatan yang
saling memerlukan. Maka setelah itu, bahan-bahan
galian yang berharga seperti emas, perak dan timah
dijadikan matawang dengan nilai-nilai tertentu.
Matawang ini menjadi medium dalam urusan jual
beli. Ianya juga mudah disimpan dan dibawa ke
mana-mana serta tahan lama.

Penggunaan matawang sudah pun digunakan sejak


zaman Kesultanan Melaka lagi. Matawang syiling
Melaka mempunyai bentuk standard iaitu bulat
dengan mempunyai tulisan jawi pada bahagian
hadapan dan belakangnya dan menggunakan
campuran bahasa Arab dan Melayu. Syiling tersebut
tidak mencatatkan sebarang tarikh. Hanya nama
pemerintah yang catatkan dan ianya mempunyai
persamaan dengan matawang Kerajaan Samudera
Pasai. Ini menunjukkan matawang Kesultanan
Melayu Melaka dibuat berasaskan matawang
Kerajaan Samudera Pasai. Selain itu, penggunaan
dinar emas Samudera Pasai juga diiktiraf di Melaka
dan matawang ini digunakan sehingga tahun 1514.

Semasa era penjajahan Portugis, matawang Portugis


telah diperkenalkan. Ianya diperbuat dari emas
Catholico, perak Malaquese, Bastardos, Saldos dan
Dinheiros daripada logam campuran (aloi) timah
dan plumbum. Tidak ada bukti jelas penggunaan
emas dan perak tulen dalam matawang Portugis.
Matawang ‘Bazaruccos’ digunakan secara meluas 231
dalam pasar tempatan. Manakala matawang perak
‘Tanga’ pula diperkenalkan antara tahun 1629 hingga
1635 iaitu sebelum era penjajahan Belanda.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI KETENTERAAN
Angkatan Tentera Melaka Lengkap Bersenjata

Disebabkan tentera Portugis telah diberi amaran awal, maka mereka


dapat mengelak daripada perangkap-perangkap dan dapat sampai
kubu-kubu tersebut, di mana pertempuran secara langsung berlaku.
Tentera-tentera Islam sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata
dengan senapang-senapang, anak-anak panah beracun, meriam-
meriam logam kecil, busur bersilang, lembing dan tombak-tombak,
yang mana panjang dan diperbuat daripada buluh, dengan mata besi
yang kelihatan seperti nyalaan api.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan:
Catatan-catatan Portugis di atas sudah cukup membuktikan bahawa
angkatan tentera Melaka adalah sebuah angkatan tentera yang besar,
kuat, sukar dikalahkan, lengkap bersenjata, terlatih dan digeruni musuh.
Malah Portugis sendiri berasa agak gusar ketika berperang dengan
angkatan tentera Melaka. Jika tidak kerana pengkhianatan pembesar-
pembesar dan sebahagian orang yang tinggal di Melaka, serta kelemahan
Sultan, nescaya Portugis tidak dapat menewaskan tentera Melaka. Perlu
kita sedari bahawa Portugis hanya berjaya menawan kota Melaka sahaja,
sedangkan wilayah Kesultanan Melaka meliputi Semenanjung Malaysia
dan sebahagian besar Sumatera. Namun disebabkan kelemahan Sultan
Melaka yang terakhir, Melaka tidak dapat bangkit setelah kejatuhan kota
Melaka.

Kehebatan angkatan tentera Melaka dapat dibuktikan apabila mereka


232
berjaya menewaskan tentera Siam hingga menyebabkan kerajaan
Siam berputus asa untuk melemahkan Melaka. Di sisi kerajaan Siam,

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kesultanan Melaka begitu ampuh dan kukuh. Sedangkan, sebelum
kemunculan Kesultanan Melaka, empayar Siam merupakan sebuah
kerajaan yang digeruni. Kekuatan angkatan tentera Siam sukar
ditandingi. Namun, Siam mengalami kegagalan dan kekalahan dalam
setiap peperangan yang dilancarkan ke atas Melaka. Kemampuan
Melaka untuk muncul sebagai pelabuhan yang terkaya di dunia dan
memiliki wilayah taklukan yang besar bukanlah semata-mata disebabkan
kemahiran menjalinkan hubungan diplomatik. Tetapi juga disebabkan
memiliki angkatan tentera yang kuat di wilayah Nusantara ini.

Pertahanan Yang Kukuh

Sejak Portugis memulakan operasi mereka di Timur, tidak pernah lagi


mereka menyerang mana-mana kedudukan pertahanan yang begitu kuat
sebagaimana jambatan Melaka, di mana ianya memiliki banyak senjata
api dan begitu ramai tentera yang bersedia untuk mati sebagai bala
tentera Melaka.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Jambatan yang dibina menyeberangi sungai yang membahagikan kota


kepada dua bahagian terletak dalam kedudukan yang strategik, di mana
pendaratan boleh dilakukan. Di situ Sultan membina sebuah kubu kayu
dan menempatkan padanya dengan banyak meriam, dan tanggungjawab
pertahanan diletakkan pada tangan Tuan Bandar, seorang pemimpin
Islam yang telah berulang alik membawa dan menghantar mesej
di antara Sultan dan Afonso de Albuquerque.

Di kawasan pantai, yang disyaki sebagai kedudukan pertahanan yang


lemah, Sultan meletakkan pegawai-pegawai yang lain sebagai orang yang
233
bertanggungjawab berserta dengan meriam-meriam yang diperlukan.
Putera-putera, iaitu anaknya dan menantunya masing-masing diberikan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


tanggungjawab untuk memimpin pasukan tentera yang bersedia untuk
pergi ke kawasan di mana di situ terdapat bahaya yang paling besar. Satu
lagi pasukan tentera, bersama-sama dengan gajah-gajah kerajaan, akan
tinggal bersama dengan Sultan sebagai perlindungan ke atas diri Sultan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Pada keesokan harinya, iaitu pada malam St. James, kapten-kapten


bersama pengikut-pengikut mereka tiba di atas kapal utama pada
pukul dua pagi. Selepas membuat pengakuan mereka pada golongan
agamawan, iaitu golongan yang menyayangi dan mengambil berat
terhadap jemaah mereka, kumpulan tersebut mendekati pantai
bermula pada waktu subuh. Musuh, tatkala melihat kehadiran mereka,
mengeluarkan meriam-meriam mereka yang mana telah diletakkan
pada tempat-tempat pertahanan di kedua-dua belah sungai. Tembak-
menembak menjadi begitu kuat sehingga ianya kelihatan seolah-olah
laut dan tanah bergegar, dan terdapat kepulan-kepulan asap di sekeliling.

Satu lagi pasukan tentera akan menyerang ke arah sisi kota di mana
terletaknya masjid yang besar itu, yang berhampiran dengan istana-
istana Sultan. Dalam pasukan ini adalah D. Joao de Lima, Fernao Peres
de Andrade, Bastiao de Miranda, Gaspar de Paiva dan Jaime Pereira
Teixeira. Mereka telah diarahkan bahawa, sebaik sahaja mereka
mendarat, mereka perlu menyerang ke arah jambatan, dan kekal
di situ sebagai satu pasukan tentera, kerana adalah penting untuk
mempertahankan jambatan daripada serangan dari kedua-dua belah
arah, jika sekiranya musuh cuba untuk masuk semula ke kota melalui
jambatan. Disebabkan semua jalan-jalan utama di kota menghala ke
jambatan itu, gerombolan pasukan tentera musuh akan cuba untuk
memberi tumpuan ke atasnya. Dan jika Tuhan mengizinkan tentera
234

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Portugis untuk memperolehi kedudukan yang paling strategik itu,
mereka akan bertapak dengan kukuh di dalam kota agar mendapat
setiap perkembangan yang seterusnya.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Sultan memiliki keyakinan yang penuh terhadap bala tenteranya, yang


paling kuat (di kawasan itu) dan juga gajah-gajahnya, yang mana baginda
menempatkannya berhampiran dengan jambatan dan masjid, yang
menurut Rui D ‘Araujo adalah kedudukan milik musuh yang paling kuat.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

1) Pembinaan kubu-kubu pertahanan

Oleh kerana tempat perkhemahan itu tidak jauh dari sungai, maka putera
Sultan mula membina kubu yang kuat untuk menghentikan sebarang
percubaan Portugis untuk sampai ke tempat perkhemahan dengan bot-
bot mereka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ramai dari kalangan tentera Portugis mengalami kecederaan dari pelbagai


jenis senjata-senjata, tetapi mereka berjaya menawan kubu-kubu kayu
yang terletak di kedua-dua belah tebing sungai, dan pertempuran
pun berterusan dengan sengit dan berlangsung selama beberapa waktu.
Musuh-musuh berjuang dengan berani dan ramai daripada mereka telah
dibunuh.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The 235


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Tembakan dari meriam dan dari senapang-senapang datang dari kubu-
kubu musuh apabila Portugis telah mendarat dengan begitu semangat
di mana ianya memberikan gambaran bahawa di sebalik setiap tiang
dalam kubu-kubu terdapat dua pucuk meriam, dan bagi setiap
pucuk meriam terdapat lima laras senapang.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Sultan mengutuskan jawapan yang mengelirukan untuk menangguh-


nangguhkan masa. Dalam masa yang sama, baginda telah menyekat
semua jalan-jalan yang menghala ke pantai, dan kubu-kubu yang kukuh
telah dibina dengan tiang-tiang yang tebal dan batu-batu kasar, di
kota itu tidak terdapat benteng. Di luar kubu-kubu diletakkan periuk-
periuk api, lubang-lubang dan jerangkap samar.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Orang-orang Melayu telah membina tembok yang kuat. Mereka juga


menempatkan banyak lancar (sejenis kapal) di laut, perahu di sungai,
jong-jong serta kapal Gujerat di laut. Semuanya siap untuk berperang.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Sultan tidak menerima nasihat tersebut disebabkan baginda bimbang


orang-orang Islam akan membantah baginda, dan juga kerana baginda
telah dimusuhi oleh Portugis yang menyebabkan mereka menyerang
ke dalam kota. Di sebalik itu, baginda mula mengukuhkan semula pos-
pos pertahanan, menempatkan padanya dengan lebih banyak meriam
daripada yang dilakukan sebelum ini. Baginda memerintahkan agar
jalan utama yang berhampiran dengan jambatan dihadang dengan
sebuah kubu yang mana di dalamnya ditempatkan meriam. Garisan-
236 garisan yang telah dilalui oleh Portugis selepas mereka mendarat
dibina semula dan dipacakkan dengan lembing-lembing beracun. Bagi

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


menggalakkan agar masyarakat Jawa yang merdeka agar tetap tinggal di
kota, baginda memerintahkan agar gaji dibayar kepada mereka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

2) Parit-parit pertahanan

Dalam pada itu Sultan mempertahankan kota dengan kubu-


kubu pagar kayu dan parit-parit. Selain daripada tentera dan gajah,
baginda mempunyai lapan ribu pucuk senjata api, separuh daripadanya
berukuran di antara meriam dan senapang. Sementara menunggu
kedatangan Laksamana, Sultan menjadikan situasi yang sukar buat
Albuquerque dengan tidak menghantar kepadanya sebarang balasan
(bagi pesanannya) dan dengan tidak membebaskan tawanan-tawanan
atau barang-barang yang baginda telah rampas dari Portugis. Dengan
cara ini Sultan dapat memastikan bahawa tidak akan wujud sebarang
perdamaian atau persahabatan di antara baginda dan Portugis.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

3) Jerangkap samar

Disebabkan tentera Portugis telah diberi amaran awal, maka mereka


dapat mengelak daripada perangkap-perangkap dan dapat sampai
kubu-kubu tersebut, di mana pertempuran secara langsung berlaku.
Tentera-tentera Islam sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata
dengan senapang-senapang, anak-anak panah beracun, meriam-meriam
logam kecil, busur bersilang, lembing dan tombak-tombak, yang mana
panjang dan diperbuat daripada buluh, dengan mata besi yang kelihatan
seperti nyalaan api.
237
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sultan mengutuskan jawapan yang mengelirukan untuk menangguh-
nangguhkan masa. Dalam masa yang sama, baginda telah menyekat
semua jalan-jalan yang menghala ke pantai, dan kubu-kubu yang kukuh
telah dibina dengan tiang-tiang yang tebal dan batu-batu kasar, di kota
itu tidak terdapat benteng. Di luar kubu-kubu diletakkan periuk-periuk
api, lubang-lubang dan jerangkap samar.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan :
Empayar Kesultanan Melayu Melaka memiliki pertahanan yang kukuh
dan ampuh. Dengan sebab itu, sebelum Portugis, mana-mana kerajaan
tidak pernah memenangi peperangan dengan Melaka ketika zaman
kegemilangannya. Sebagai contoh, kegagalan Kerajaan Siam dalam
usaha menewaskan Kesultanan Melayu Melaka. Pertahanan-pertahanan
yang kukuh dapat dibina di sini kerana Melaka memiliki pemimpin-
pemimpin yang bijak dan berkaliber.

Selain dari Sultan, Bendahara, Laksamana dan Temenggung terdiri


daripada golongan yang bijak pandai. Mereka mampu berfikir dengan
jauh tentang strategi-strategi perang. Oleh sebab itu, kekalahan Melaka
kepada Portugis bukan kerana Melaka memiliki pertahanan yang
rapuh, tetapi peranan “orang dalam” yang telah dirasuah. Mereka yang
membocorkan maklumat ketenteraan serta menghulurkan bantuan
kepada angkatan tentera Portugis.

Strategi Perang Yang Bijaksana

1) Teknik risikan dan penyamaran

238

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sebelum Sultan dan Bendahara menghantar pesanan, Sultan
memerintahkan bahawa kapal armada laut, yang disebut sebagai
‘manchua’ (masunghara), ‘lanchara’ (lancaran), ‘calaluze’ (kelulus),
‘baloen’(baluk), yang penuh dengan busur dan anak panah untuk
disamarkan sebagai perahu kargo. Pelaut mereka pula menyamar
sebagai pedagang. Anak-anak dan Utimutiraja dan Nahodebeguea akan
memimpin mereka dalam serangan tatkala melihat isyarat asap.

Diogo Lopes de Sequeira mengarahkan orang-orangnya untuk


mengumpul barang dagangan pada waktu subuh. Perintah ini diberikan
pada waktu petang sebelumnya selepas orang-orang Melayu beredar.
Sebelum itu, mereka datang dalam keadaan berpura-pura menjual
minuman-minuman tempatan kepada anak-anak kapal Portugis.
Mengikut perancangan, mereka menaiki kapal-kapal dan mula
menjual minuman pada harga yang rendah. Kadangkala, mereka telah
mengagihkan minuman-minuman kepada anak-anak kapal dengan
percuma. Portugis telah mengambil minuman-minuman tersebut untuk
para petani. Harga minuman-minuman tersebut sama seperti yang
dikenakan oleh penjaja-penjaja kecil di kota. Orang Melayu merupakan
pelakon yang baik yang mana mereka telah menipu anak-anak kapal
Portugis. Anak-anak kapal tersebut telah membenarkan orang-
orang Melayu masuk ke kapal mereka dengan bebas malah mereka
menunjukkan kepada orang-orang Melayu tersebut apa yang ada
di sekeliling kapal mereka. Mereka telah bersiar-siar dengan sikap
endah tak endah di dalam ‘taforea’. Ini menimbulkan kemarahan Kapten
Garcia de Sousa sehingga dia mengugut mereka dengan tombak. Beliau
menghantar Fernao de Magalhaes kepada Diogo de Sequeira, sambil
memberinya amaran tentang masalah yang bakal berlaku dan untuk
mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

The Chronicle of The Most Happy King Dom Manuel of Glorious


Memory 239

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


2) Isyarat dalam peperangan

Apabila ketua kelasi kapal itu sampai di puncak layar, dia melihat
anak Utimutiraja dengan kerisnya yang separuh terhunus, sementara
itu seorang Melayu yang berada di hadapan menghalangnya (untuk
membunuh) disebabkan isyarat asap itu tidak jelas. Diego Lopes dan
sahabatnya begitu asyik dalam permainan mereka sampai mereka
tidak perasan apa-apa. Mereka dikelilingi oleh musuh-musuh yang
berkomplot merancang kematian mereka tetapi mereka kelihatan sangat
tenang. Ketua kelasi kapal menjerit memberi amaran. Diogo Lopes telah
melompat ke tepi sambil meminta senjata-senjatanya

Dalam sekelip mata, orang-orang Melayu melompat ke laut dan melarikan


diri dengan perahu mereka. Rakan-rakan mereka dalam perahu yang lain
turut serta, sementara itu, mereka yang berada di pantai, ketika melihat
isyarat asap telah menyerang Portugis dan menangkap tentera Portugis
secara mengejut. Tidak ada seorang pun yang terlepas dari mereka.
Hanya Rui D’Araujo berserta dua puluh orang yang mengurungkan diri
mereka di sebuah rumah di kota yang selamat.
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

3) Mengalihkan pergerakan musuh

D. Joao de Lima dan kapten-kapten yang lain telah terlibat dalam


pertempuran yang lain, berjuang untuk menawan jambatan, sebagaimana
arahan yang diberikan Albuquerque kepada mereka. Tatkala mereka
mendarat, beberapa orang tentera musuh, termasuk Putera Alauddin
dan abang iparnya menyedari bahawa pasukan tentera Portugis cuba
untuk sampai ke jambatan, menempatkan diri mereka di antara pasukan
240 tentera Portugis dan jambatan. Pertempuran pun berlaku, yang mana
menyebabkan kedua-dua belah pihak telah tertolak ke sebatang jalan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Setelah itu, pasukan tentera Sultan telah muncul dari sebatang jalan
yang lain dan menyerang tentera Portugis dari arah belakang.

Pasukan tentera yang bersama Sultan berjumlah tujuh ratus orang.


Baginda menunggang gajah yang dihias dengan cantik dan dilengkapi
dengan senjata. Dua ekor gajah yang lain mendahuluinya bagi melindungi
baginda. Sebahagian daripada tentera Islam yang beredar dari Portugis
lari ke arah Sultan bagi melindungi pasukan tentera Sultan.

Gajah-gajah tersebut memiliki binaan seperti istana di atas mereka, dari


dalam binaan-binaan ini, para tentera memanah anak panah mereka. Di
sana juga terdapat jurulatih-jurulatih gajah yang membimbing gajah-gajah
tersebut dari satu arah ke satu arah yang lain sekiranya timbul keperluan.

Tentera-tentera Portugis, yang menghadapi sejumlah besar tentera


musuh dan ketakutan dengan serangan dari arah belakang, telah
membahagikan pasukan tentera mereka kepada pecahan kumpulan-
kumpulan. Salah satu kumpulan berperang dengan pasukan tentera
putera Sultan, manakala satu lagi kumpulan yang lain cuba untuk
menghalang serangan gila dari gajah-gajah. Mereka yang menggunakan
tombak-tombak menentang binatang-binatang buas itu ialah D. Joao de
Lima, Bastiao de Miranda, Fernao Peres de Andrade, Gaspar de Paiva
dan Jaime Teixeira.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

241

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


242
Gambaran kubu kayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


243

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Apabila Dinis Fernandes de Melo, yang berada di hadapan angkatan
tentera Portugis, melihat bahawa masjid itu kosong, dia berhenti
mengejar Sultan, sekalipun dia datang dekat kepada angkatan tentera
Sultan, disebabkan Gabenor telah memberikan arahan bahawa tidak ada
seorang pun yang boleh pergi melepasi masjid atas apa-apa sebab. Ianya
dapat diketahui kemudian bahawa jika Dinis Fernandes mengejar Sultan
ke jalan besar yang lain, mereka akan berhadapan dengan angkatan
tentera Sultan yang sangat besar dan akan diusir kembali.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

4) Teknik pengunduran yang pantas

Apabila dua ekor gajah mengalami kecederaan yang disebabkan oleh


tombak-tombak itu, gajah-gajah itu mengerang, berpaling ke belakang
tanpa mempedulikan jurulatih-jurulatih mereka dan tentera-tentera
di belakang mereka, dan merempuh melalui barisan para tentera yang
menyebabkan mereka melarikan diri. Mereka melarikan diri dengan
begitu pantas sehinggakan tentera Portugis sukar untuk menyedari
bagaimana mereka hilang.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

5) Strategi membakar perahu

Para tentera Portugis yang berada dalam perahu-perahu kecil yang


berusaha untuk memadamkan api tersebut, menghadapi satu bahaya
yang besar di mana mereka mencuba untuk menolak perahu-perahu yang
terbakar jauh daripada jong tersebut. Kebakaran yang menyebabkan
malam menjadi terang benderang itu tidak hanya membantu tentera
244 Islam melihat apa yang dilakukan oleh tentera Portugis tetapi ianya juga

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


menampakkan tentera-tentera Portugis kepada tentera-tentera Islam
yang membolehkan tentera-tentera Islam menembak ke arah tentera-
tentera Portugis dengan meriam-meriam mereka.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &


Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

6) Strategi ‘amukan gajah’

Tiada tentera Islam yang mampu bertahan dengan serangan-serangan


tentera Portugis, dan dengan sebab itu, bersama dengan Bendahara,
mereka mula berundur ke jalan sehingga mereka tiba di sebatang jalan
simpang empat. Di situ terdapat tentera-tentera Islam dalam bilangan
yang ramai bersama dengan gajah-gajah mereka telah bertemu
dengan tentera Portugis. Gajah-gajah tersebut mula mengamuk tatkala
mendengar bunyi trompet yang kuat, dan (sementara itu) tentera Portugis
menjadi panik dan mereka menangguhkan hasrat untuk mara ke jalan itu
di mana gajah-gajah tersebut berada. Tiada apa yang mampu tentera
Portugis lakukan melainkan terdapat kemungkinan untuk mencederakan
gajah-gajah tersebut.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Ulasan :
Teknik-teknik perang yang bijaksana yang digunakan oleh angkatan
tentera Melaka membuktikan bahawa mereka merupakan golongan
tentera yang terlatih. Mereka juga dipimpin oleh panglima-panglima
perang yang bijaksana dan berkebolehan seperti Laksamana Hang
Nadim. Di samping itu, penyertaan tentera-tentera Islam dari luar Melaka
mendedahkan para tentera tempatan dengan pelbagai teknik-teknik
peperangan. Sebagai contoh, salah seorang panglima perang dari luar
telah dilantik oleh Sultan. Beliau yang bernama Tuan Bandar, seorang 245
Islam berbangsa Bengali dikenali sebagai seorang panglima perang yang
licik dan berani.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pasukan-Pasukan Angkatan Tentera Melaka

1) Pasukan penyerang hendap (skuad komando)

Dari dua buah rumah yang berhampiran dengan jambatan, musuh


terus menembak di sepanjang malam menggunakan sejumlah besar
senjata yang berbeza dan menyebabkan banyak kerosakan. Oleh itu
pada hari kedua Albuquerque mengarahkan mereka yang berikut (untuk
menghentikan tembakan tersebut): Jorge Botelho, Alfonso Pessoa dan
Simao Martins. Mereka memasang meriam ringan pada beberapa teres,
dan mereka telah membebaskan kawasan di hadapan jambatan daripada
api yang memusnahkan yang dinyalakan oleh musuh.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Sebaik sahaja angin laut mula bertiup, Albuquerque mengutuskan


Gaspar de Paiva dengan seratus orang tentera ke salah satu bahagian
di tepi sungai dan Simao Martins berserta seratus orang tentera yang
lain di seberangnya untuk membakar rumah-rumah yang dekat dengan
jambatan, kerana mereka telah mengalami ramai korban disebabkan
anak-anak panah dan sumpit beracun yang dilepaskan oleh tentera-
tentera Islam dari rumah-rumah tersebut, dan kerana dekatnya jarak
rumah-rumah tersebut dengan jambatan, anak-anak sumpit dengan
mudah mengenai sasarannya. Di samping itu, kemusnahan rumah-rumah
itu akan mewujudkan ruang atau kawasan yang kosong bersebelahan
dengan jambatan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Sebaik sahaja senapang-senapang mula menembak, musuh berundur ke


246 jalan-jalan lain di kota. Ini tidak menghalang musuh untuk menyerang
Portugis dari jalan-jalan yang mereka telah berundur itu dan yang

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Jenis-jenis Senapang Melayu

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran senapang yang digunakan oleh tentera pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

247
mana belum lagi diledakkan. Dengan bersembunyi di atas teres
rumah-rumah mereka, mereka telah menembak dengan senapang-
senapang mereka dan menyebabkan beberapa korban jiwa.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Dalam formasi tersebut berserta dengan bunyi trompet-trompet dan


puji-pujian ke atas St. James dan St. Bartholomeu, mereka masuk ke
kota, dua skuad (di bawah pimpinan Garcia de Sousa dan Gabenor)
memimpin pergerakan pasukan tentera. Apabila mereka berada dalam
kawasan yang berjarak boleh dijangkau oleh anak panah, tentera-
tentera Islam muncul (dari tempat persembunyian masing-masing)
dan menembak anak-anak sumpit beracun ke arah tentera Portugis
dengan menggunakan sumpit-sumpit, dan melontarkan lembing-
lembing ke arah tentera Portugis.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

248 Gambaran lela rentaka dan terakol yang digunakan oleh tentera pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

248
TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
2) Pasukan tentera elit

Suatu ketika, Dom Joao de Lima, Fernao Peres, Gaspar de Paiva, Bastiao
D’ Miranda dan Jaime Teixeira memasuki kubu kayu di kawasan masjid,
mereka berhadapan dengan Sultan yang disertai oleh sebilangan
besar tentera, iaitu pahlawan yang terbaik di kota ini. Mereka datang
dengan menunggang gajah dan bersenjatakan pedang-pedang panjang
yang diikatkan pada gading-gading gajah tersebut dan di belakang
gajah-gajah tersebut terdapat binaan seperti istana yang di dalamnya
dipenuhi dengan pejuang-pejuang bersenjatakan sumpit. Orang yang
mengetuai angkatan tersebut adalah Sultan yang menunggang salah
seekor daripada gajah-gajah tersebut.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

3) Pasukan tentera bergajah

Tiada tentera Islam yang dapat meneruskan serangan mereka, dan


dengan demikian tentera-tentera Islam, bersama Bendahara, mula
berundur ke arah jalan raya sehingga mereka tiba di persimpangan
jalan. Di situ terdapat sebilangan besar tentera Islam yang bergajah
bertemu dengan tentera Portugis. Gajah-gajah menjadi naik minyak
disebabkan bunyi trompet mereka yang kuat, dan (untuk seketika)
tentera-tentera Portugis menjadi panik dan menangguhkan untuk maju
ke arah jalan di mana gajah-gajah itu berada. Tiada apa yang boleh
mereka lakukan melainkan jika mereka dapat mencederakan gajah-gajah
tersebut.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

249

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ulasan :
Pembahagian-pembahagian pasukan dalam angkatan tentera Kesultanan
Melaka berdasarkan catatan-catatan Portugis di atas, telah membuktikan
bahawa ianya adalah sebuah angkatan tentera yang sistematik. Bukanlah
sesuatu yang menghairankan bagi sebuah kerajaan yang ulung seperti
Melaka untuk memiliki angkatan tentera yang teratur dan terlatih. Maka
dengan sebab ini, angkatan tentera Melaka telah mencapai kemenangan
dalam beberapa peperangan sebelum kedatangan Portugis termasuk
peperangan dengan kerajaan Siam.

250

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


KELENGKAPAN TENTERA MELAKA MENURUT CATATAN
PORTUGIS
Sumpit
Anak Panah
Lembing

Panah

Meriam

Baju Besi

Keris

Perisai

Senapang

251

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Kubu Kota Johor Lama.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

252

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


LAKARAN TEKNOLOGI KUBU KOTA JOHOR LAMA

Dinding Kubu

Lapisan Tanah Lapisan Tanah

Kubu Kota Johor Lama

Kubu di Kota Johor Lama yang dibina pada tahun 1540 di zaman pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah II (1528-1564). Kubu ini merupakan kubu pertahanan
yang terbaik di antara kubu-kubu pertahanan yang dibina di sepanjang Sungai
Johor. Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511, Kota Johor
Lama yang terletak di pinggir Sungai Johor telah dijadikan pusat pemerintahan
dan sebagai kota pertahanan utama untuk menyerang balas kedudukan Portugis
di Melaka. Dengan sebab itu, teknologi pembinaan kubu kota Johor Lama ini
mewarisi teknologi Kesultanan Melaka.

Lokasi semulajadi kota ini yang sangat strategik memudahkan pengawasan


dibuat terhadap pergerakan keluar masuk kapal-kapal bagi mengelakkan
serangan dan ancaman Portugis. Pada tahun 1587, kubu ini juga telah jatuh
ke tangan Portugis disebabkan pengkhianatan dan pertelagahan. Seluruh Kota
Johor Lama dibakar dan harta benda termasuk senjata api telah dirampas oleh
Portugis. Kubu ini diperbuat daripada bongkahan-bongkahan batu dan dilapisi
pada bahagian luarnya dengan tanah. Ini menyebabkan bedilan-bedilan peluru
meriam tidak dapat memberi kesan pada dinding kubu kerana lapisan tanah
di bahagian luar itu menyerap hentakan dari bedilan peluru meriam.
253

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

BENTENG KUNO MELAYU

Tapak benteng kuno Melayu yang dijumpai di Fort Canning (Bukit Larangan),
Singapura. Benteng ini dipercayai dibina sebelum penubuhan Kesultanan Melayu
Melaka atau pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dr. Ahmad Dahlan di dalam
bukunya yang bertajuk “Sejarah Melayu” telah menukilkan seperti berikut :-

“Dari jejak-jejak arkeologi yang digali di Fort Canning (Bukit Larangan) dan tepi
Sungai Singapura telah ditemukan bukti kuat bahawa pulau tersebut pernah
dihuni sekitar abad ke-14 Masihi, sesuai dengan era pulau tersebut menjadi pusat
Kerajaan Melayu Singapura. Alfonso de Albuquerque, Sang penakluk Melaka,
menyebut pada abad ke-14 Masihi, Pulau Singapura telah memiliki kota yang
cukup ramai penghuninya. Sayangnya bukti runtuhan yang ditemukan oleh de
Albuquerque sudah musnah ketika kota ini dibangun menjadi seperti sekarang.
Catatan yang ditinggalkan Raffles dan Crawford juga membuktikan bahawa
pernah wujud sistem pertahanan besar yang bercirikan kota kuno Melayu dengan
bentengnya yang kukuh di Pulau Temasik (Singapura)”.
254

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

KUBU BENTAYAN

Pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah yang memerintah Kerajaan Melayu
Melaka pada waktu itu telah melarikan diri ke daerah Muar dan menjadikan
satu kawasan sebagai kubu untuk berlindung dari serangan musuh. Sebagai
memperingati peristiwa itu, maka sebuah papan tanda peringatan telah
dibina disebuah kawasan yang bernama Bentayan iaitu tapak asal bagi Kubu
Bentayan. Papan tanda peringatan ini telah di bina di kawasan Perhentian 255
Bas Dan Teksi Bentayan yang berhampiran dengan Pasar Awam Muar.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


KEKUATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA
Angkatan Tentera Melaka Digeruni Musuh

Musuh juga meniup alat-alat muzik peperangan mereka, yang


mengeluarkan bunyi yang dahsyat. Ia adalah menakutkan untuk
melihat begitu ramai di antara mereka juga, yang majoritinya
lengkap bersenjata, sebahagian dari mereka adalah berbusur dan anak
panah, manakala yang lain dengan tombak-tombak dan pedang-pedang
seukuran panjang pedang orang-orang Bisaya. Sebahagian yang lain
pula memiliki sumpit yang menembak anak sumpit yang pendek dan nipis
dengan kuatnya sehingga ia menusuk dengan mendalam, dan tidak ada
penawar untuk luka yang disebabkan oleh anak sumpit tersebut.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ketakutan adalah satu masalah lain. Salah satu kebimbangan mereka


adalah tentera-tentera Islam akan pergi lebih jauh ke hulu sungai, tatkala
air pasang-surut pada waktu malam, menghantar rakit yang terbakar
ke tengah-tengah kedudukan mereka. Selanjutnya, menurut maklumat
yang diperolehi dari Rui de Araujo, Sultan mempunyai armada laut yang
besar yang dimiliki baginda di bawah perintah seorang lelaki yang gagah
perkasa yang dipanggil Laksamana yang mampu membakar armada
Portugis. Perkara-perkara ini telah dibincangkan, dan telah diputuskan
adalah lebih selamat bagi tentera-tentera Portugis yang sangat keletihan
dan tercedera untuk tidur di atas kapal kapal mereka.

256 Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Apabila tidak menerima sebarang jawapan, Kapten Major berunding
dengan kapten-kaptennya tentang apa yang perlu dilakukan. Beliau telah
memutuskan bahawa oleh kerana Melaka adalah terlalu kuat, maka
amat bodoh untuk memeranginya. Di samping pulang ke pelabuhan,
mereka harus kembali ke India sebelum “monsun kecil” ‘berakhir. Jika
mereka tidak pulang, mereka perlu menunggu tiga atau empat bulan
untuk “monsun besar” dan tiada tempat untuk menunggu, mereka akan
merasa kehilangan. Adalah lebih baik untuk kehilangan orang-orang
tawanan yang masih tinggal di darat dari kehilangan seluruh armada
perang, yang pasti akan hilang jika mereka menentang musuh yang telah
bersedia untuk melakukan sedaya upaya bagi memusnahkannya, jika
armada perang kekal lebih lama.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History On The


Conquest of The India By The Portuguese

Mereka berkira-kira untuk menyerah kalah kepada manusia angkuh


seperti kapten itu (Alfonso de Albuquerque), yang mana tiada apa yang
patut ditakutkan padanya melainkan kata-katanya, bersifat tidak bijak,
sebagai perbandingan lebih kepada sifat penakut seorang perempuan
berbanding kebijaksanaan seorang lelaki. Selain itu, mereka berkata,
apakah lagi yang akan tinggal pada orang-orang Melayu sekiranya
mereka menyerah kalah, sebagai tentera yang ditakuti dan pahlawan-
pahlawan yang dihormati di rantau ini, serta berjaya menewaskan
kuasa Raja Siam yang mana dengannya mereka telah berperang untuk
tempoh masa yang panjang.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &


Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

257

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Rui D’ Araujo menyatakan pendapatnya kepada Gabenor bahawa
sekiranya dia berjaya menawan jambatan, maka Sultan akan menyerah
diri. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dilihat selepas itu,
pendapat ini adalah salah, dan juga Rui D ‘Araujo tidak tahu keadaan
sebenarnya, tetapi hanya bercakap berdasarkan apa yang dilihatnya
sahaja. Ketua-ketua orang Cina memberikan maklumat yang lebih
baik mengenai kekuatan angkatan tentera Melaka, dan mereka
melihat bahawa kuasa Portugis adalah begitu kecil, iaitu hanya
satu persembilan belas daripada ukuran tentera Melaka. Mereka
menasihati Gabenor agar tidak mendarat dan memberikannya fakta
sebenar tentang angkatan tentera Melaka. Musuh boleh dikalahkan
dengan baik dengan melakukan kepungan, kata mereka, kerana tentera
Melaka akan terputus bekalan mereka sendiri dan bergantung kepada
makanan yang masuk melalui jalan laut. Jadi, jika bekalan melalui jalan
laut terputus, maka angkatan Melaka boleh mengalami kebuluran dan
membawa kepada kekalahan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Rui D’Araujo sentiasa berada di sisi Gabenor, dengannya dia suka untuk
membincangkan banyak perkara. Melihatkan kesungguhan Gabenor
untuk menawan kota ini, Araujo memberitahunya bahawa dia tidak
memiliki kekuatan ketenteraan yang mencukupi untuk menawan
kota itu, yang mana ianya sangat besar dan mempunyai ramai
pejuang dan angkatan tentera laut yang besar. Walaupun jika kubu-
kubu dan jalan masuk telah ditawan, ia akan memerlukan tenaga kerja
yang besar untuk menduduki kota ini. Akibatnya, ianya akan membawa
kepada kesukaran yang besar untuk menawan kota tersebut, melainkan
jika dia terpaksa membakar (bahagian-bahagian dalam kota ini).

258 Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran tentera penghendap pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Tentera penghendap ini umpama pasukan komando dalam pasukan tentera
moden. 259

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


260

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran seorang pahlawan Melaka yang lengkap
261
bersenjata.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kekuatan Fizikal Yang Terserlah

Sang putera, yang merupakan pewaris kesultanan, yang dipanggil


Alauddin dan Sultan Pahang (seperti yang telah dinyatakan) yang telah
datang ke Melaka untuk menghadiri perkahwinan anaknya dengan kakak
kepada sang putera Sultan, dan para bangsawan yang lain-lain tidak
bersetuju dengan pendapat pedagang-pedagang (untuk berbaik dengan
Portugis). Mereka yakin dengan senjata-senjata berat mereka, tiga
puluh ribu orang tentera, sebilangan besar meriam-meriam dan
gajah-gajah, berserta anggapan bahawa seorang tentera Melaka
yang berada di rumah mereka sendiri adalah menyamai kekuatan
sepuluh orang tentera (dari luar negara). Tambahan pula, dengan
perhitungan ke atas jumlah kapal-kapal layar, di mana Portugis paling
ramai pun mempunyai seribu orang tentera sahaja, yang mana tidak
dapat bertahan untuk hidup lebih daripada dua bulan. Ini kerana mereka
memerlukan makanan dan minuman, dan mereka akan terjejas teruk
disebabkan penyakit, dan dengan sikap dingin penduduk tempatan
terhadap mereka. Maka dengan itu, sama ada mereka mesti meninggalkan
kota ini atau mereka akan dimusnahkan.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Keberanian Yang Tinggi

Mereka berkira-kira untuk menyerah kalah kepada manusia angkuh


seperti kapten itu (Alfonso de Albuquerque), yang mana tiada apa yang
patut ditakutkan padanya melainkan kata-katanya, bersifat tidak bijak,
sebagai perbandingan lebih kepada sifat penakut seorang perempuan
berbanding kebijaksanaan seorang lelaki. Selain itu, mereka berkata,
apakah lagi yang akan tinggal pada orang-orang Melayu sekiranya
262 mereka menyerah kalah, sebagai tentera yang ditakuti dan pahlawan-

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


pahlawan yang dihormati di rantau ini, serta berjaya menewaskan
kuasa Raja Siam yang mana dengannya mereka telah berperang untuk
tempoh masa yang panjang.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &


Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Para tentera Islam yang menyerang kapten-kapten di seberang jambatan


itu adalah mereka yang baru berperang, dan dalam tugasan mereka
yang pertama itu, mereka berjaya mengusir kembali tentera Portugis
dua pertiga daripada bahagian jambatan tersebut. Dengan semata-
mata ramainya jumlah mereka dan mereka berjuang dengan penuh
kegilaan, mereka berjaya menembusi jalan mereka di atas jambatan
walaupun hanya mereka yang berada di hadapan sahaja yang bertempur.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Tentera-tentera Portugis mengukuhkan kedudukan mereka di jambatan


itu, tetapi Albuquerque mendapati bahawa jalan (yang luas) itu yang mana
beliau pernah menyerangnya telah memiliki pertahanan yang jauh lebih
baik daripada sebelum ini dengan meriam-meriam, senapang-senapang,
busur-busur dan anak-anak panah, sumpit-sumpit dan lastik-lastik, dan
dalam serangan pertamanya ke atas jalan tersebut, lapan puluh orang
tenteranya telah tercedera. tentera-tentera Islam berjuang sebagai orang
lelaki berperang untuk isteri-isteri, anak-anak dan harta benda mereka.
Dengan banyak benda mereka yang kehilangan berbanding dengan
orang-orang asing yang tinggal di wilayah itu, mereka mendapat
reputasi sebagai pahlawan yang berani. Di mana sahaja mereka
ditemui dalam angkatan perang, mereka berani untuk melakukan
serangan dan mereka gigih dalam melakukan serangan hendap.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries & 263
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Kota ini dipisahkan oleh sungai dan dihubungkan oleh sebuah jambatan
kayu. Terdapat banyak rumah-rumah batu yang cantik. Rumah-rumah yang
lain diperbuat daripada kayu dengan atap rumbia. Sultan dan penduduk
asal beragama Islam. Terdapat istana-istana yang indah. Orang-orang
Melayu berkulit coklat gelap. Bahasa mereka adalah menyenangkan
dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan berpenampilan rapi.
Mereka juga sangat menyukai muzik dan lelaki dan wanita hidup dalam
keadaan gembira. Mereka adalah tentera yang berani bersedia untuk
membahayakan nyawa mereka dalam peperangan-peperangan.

The Chronicle of The Most Happy King Dom Manuel of Glorious


Memory

Di sebelah pihak musuh-musuh, terdapat ramai juga yang berjuang


dengan berani. Sultan telah cedera pada salah satu tangannya oleh
tombak. Jika dia dikenali (oleh orang yang mencederakannya) nescaya
dia ditangkap, tetapi sebaliknya mereka membiarkannya pergi.

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Tentera Yang Mahir Berperang Di Laut

Pada malam hari jamuan St. John the Baptist, mereka telah melihat
sebuah jong yang besar seberat kira-kira 600 tan, dan dengan serta merta
perahu-perahu kapal dari kapal-kapal Joao de Lima, Dinis Fernandes dan
Nuno Vaz de Castelo Branco diarahkan untuk menyerang jong tersebut.
Alfonso Pessoa pergi dengan kapalnya.

Jong tersebut tidak mengendahkan isyarat-isyarat (untuk berhenti)


yang diberikan oleh orang-orang Portugis. Sebaliknya, anak-anak
264 kapal jong itu dengan beraninya pergi ke atas geladak (dek) kapal dan
secara mengganas melemparkan lembing-lembing ke arah orang-orang

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Portugis, dan Alfonso Pessoa telah ditikam pada pehanya dengan salah
satu daripada lembing-lembing itu.

Pedro de Alpoem telah mengekori jong yang dialun ombak itu tatkala
dia melihat perahu-perahu kapal telah ditolak. Dia cuba untuk bergelut
dengan jong itu tetapi sebelum dia dapat mencapai di samping
jong tersebut, tentera Islam telah mengemudikan jong tersebut
dengan penuh kepakaran dengan menggunakan layar-layarnya,
Pero de Alpoem mendapati perahunya menghadapi arah angin yang
bertentangan, dan dia tidak mampu untuk mendekati jong tersebut.

Peristiwa ini berlaku pada waktu petang. Pada awal subuh hari
berikutnya, Alfonso de Albuquerque cuba untuk bergelut dengan jong
tersebut dengan menggunakan kapal beliau, iaitu Flor de la Mar. Beliau
telah menembak jong tersebut dengan meriamnya, menyebabkan ianya
rosak teruk dan berjaya membunuh empat puluh orang tentera Islam
daripada tiga ratus orang. Musuh, bagaimanapun, sangat mahir dalam
pertempuran-pertempuran di laut, dan dengan membakar jong
mereka, mereka memaksa Albuquerque untuk berundur. Kapalnya
berundur tepat pada masanya, disebabkan api sudah menjilat bahagian
anjung depan kapal beliau.

Albuquerque melarikan diri dari kerosakan itu kerana beliau sedar


bahawa tentera-tentera Islam di rantau ini telah menggunakan muslihat
sedemikian. Beliau dan perahu-perahunya telah bersedia untuk itu dan
mereka berjaya meninggalkan jong mereka dengan mengayuh dayung-
dayung bersungguh-sungguh.

Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &


Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

265

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Baginda segera menghantar pesanan kepada laksamana baginda,
laksamana armada lautnya, yang telah belayar di sepanjang pantai, untuk
datang ke Melaka dan menyerang armada Portugis, menyerang mereka
secara mengejut, dan membakar armada-armada tentera Portugis.
Beberapa perahu tentera lautnya berada di sungai melepasi jambatan.
Mereka telah diarahkan untuk menyerang Portugis dari arah depan, dan
untuk tidak membiarkan seorang pun dari tentera Portugis hidup.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Menurut cerita, Sultan berkata kepada Laksamana dan Bendahara,


“Tuan hamba, Laksamana, akan menempatkan lancar-lancar tuan hamba
di laut kemudian membunuh mereka semua. Jangan tenggelamkan
kapal-kapal Portugal, namun simpan senjata-senjata yang mereka
miliki untuk beta, begitu juga dengan kapal induknya. Manakala
Bendahara akan menyerang mereka yang mengangkut barang di darat.
Kita akan mengusir mereka semua. Berhati-hati di laut, meskipun kalian
sendiri pasti mampu mengalahkan sepuluh kapal seperti itu. Kalian
mampu menghancurkan pahlawan-pahlawan Siam di laut terbuka,
sedangkan mereka memiliki (nisbah) 100 orang pahlawan untuk seorang
pahlawan kita. Apa yang boleh kita lakukan pada sebuah kapal kecil
di pelabuhan? Kita boleh mendatangi mereka (Portugis) dan memberi
tahu bahawa ayam merupakan lawan yang tepat untuk mereka. Sejauh
yang beta ketahui, mereka bukanlah ahli perang.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Tentera Yang Mahir Menggunakan Senjata

Di sebalik semua ini, lelaki-lelakinya adalah perwira yang (mahir)


266 menggunakan lembing, perisai dan panah.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Musuh juga meniup alat-alat muzik peperangan mereka, yang
mengeluarkan bunyi yang dahsyat. Ia adalah menakutkan untuk melihat
begitu ramai di antara mereka juga, yang majoritinya lengkap bersenjata,
sebahagian dari mereka adalah berbusur dan anak panah, manakala
yang lain dengan tombak-tombak dan pedang-pedang seukuran panjang
pedang orang-orang Bisaya. Sebahagian yang lain pula memiliki sumpit
yang menembak anak sumpit yang pendek dan nipis dengan kuatnya
sehingga ia menusuk dengan mendalam, dan tidak ada penawar untuk
luka yang disebabkan oleh anak sumpit tersebut.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Di sebalik semua rintangan ini, tentera-tentera Portugis mendarat dan


mula maju ke hadapan dengan teriakan yang kuat dan bunyi trompet-
trompet. Tentera musuh telah menghujani sejumlah besar anak panah
dari sumpit-sumpit dan dari busur-busur panah, dan dilemparkan batu-
batu dan tombak-tombak, dengan sebab itu, lebih daripada lapan puluh
orang tentera Portugis tercedera.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Bantuan Tentera Islam Dari Luar

Gabenor meminta bantuan orang Cina dalam menyediakan kepadanya


dua buah jong yang beliau menjangkakan bahawa beliau akan
memerlukannya untuk serangan ke atas kota, yang dipertahankan oleh
dua puluh ribu orang tentera. Sepuluh ribu daripada mereka adalah tentera
biasa, yang merupakan pahlawan yang handal dan lengkap bersenjata,
begitu juga dengan orang pejuang-pejuang Arab yang bersenjatakan
pedang bengkok, pedang-pedang dan perisai-perisai yang dibekalkan
kepada mereka oleh orang-orang Gujerat. Selain daripada dua puluh 267

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


ribu orang tentera tersebut, yang merupakan penduduk tempatan,
terdapat ramai tentera Jawa, Turki, Rom yang berbaju besi, dan
orang-orang Parsi yang merupakan pemanah yang mahir. Sultan juga
mempunyai dua puluh gajah perang. Tidak hairanlah mengapa Sultan
tidak mempunyai sebarang keraguan untuk membuat keputusan ke atas
bala tenteranya bagi menghadapi mana-mana peperangan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Albuquerque datang untuk membantu (dua orang kaptennya) dan,


kerana dia tidak sabar untuk memiliki semula kedudukan di jambatan itu,
dan mengukuhkan kedudukannya di situ. Tiga panglima Sultan terbunuh
termasuk Tuan Bandar, yang telah diamanahkan untuk mempertahankan
jambatan tersebut. Tuan Bandar merupakan seorang Bengali, dan
amat bijak serta licik.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Pedagang-pedagang asing berkata, “Walaupun Portugis menyerang,


Sultan mempunyai bala tentera yang mencukupi untuk menghalang
mereka, dan tidak ada seorang pun (di Melaka) yang tidak bersedia untuk
mati dan mereka bersedia untuk menghabiskan semua apa yang mereka
ada dalam mempertahankan Melaka.

Golongan yang paling lantang ialah orang-orang Islam dari Cambay,


yang mana mereka menawarkan kepada Sultan empat puluh pucuk
meriam serta sokongan dari Shahbandar mereka, pemimpin bagi semua
peniaga dari Cambay dan orang yang sangat penting di Melaka serta
berpengaruh terhadap Sultan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
268 Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Alfonso de Albuquerque adalah Kapten Mayor dan Gabenor India, beliau
tiba di Melaka pada awal Julai tahun 1511 dengan 15 buah kapal, sama
ada yang berukuran besar mahupun kecil dengan membawa 16,000
orang askar. Pada waktu itu, Melaka khabarnya memiliki 100,000 orang
tentera pejuang yang tersebar dari Kuala Linggi hingga pedalaman
dan Kesang, yang merupakan sempadan Kota Melaka. Orang-orang
Melayu telah membina tembok yang kuat. Mereka juga menempatkan
banyak lancang (kapal) di laut, perahu di sungai, jong-jong serta kapal
Gujerat di laut. Semuanya siap untuk berperang. Pada saat itu di Melaka,
terdapat seorang kapten yang berasal dari Gujerat. Dia ditugaskan
untuk mempersiapkan angkatan perang (Melaka). Nampaknya, dia
sendiri sahaja cukup kuat untuk mengatasi kapal-kapal dan tentera kita
(Portugis).

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan :
Penglibatan tentera-tentera Islam dari luar negara dalam perang
menentang Portugis membuktikan semangat persaudaraan yang tinggi
di kalangan orang-orang Islam pada waktu itu. Mereka menganggap
bahawa perang tersebut bukan semata-mata perang merebut wilayah,
tetapi perang mempertahankan agama Islam. Di samping itu, penglibatan
para tentera dari Turki dan Rom (Turki Uthmaniyah) sebagaimana yang
dicatatkan oleh Fernao Lopes De Castanheda boleh membuktikan
wujudnya hubungan langsung di antara Daulah Uthmaniyah dan
Kesultanan Melayu Melaka.

269

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran dua pasukan tentera Melaka dalam formasi masing-masing iaitu
pasukan bergajah dan pasukan pejalan kaki.

Gambaran angkatan tentera Melaka yang sedang


berlatih menembak.
270 Lukisan Portugis yang mengambarkan serangan
tentera Portugis ke atas Kota Melaka. Kelihatan seorang
tentera Melaka terkorban di sisi tentera Portugis.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


ULAMA PENGGERAK UTAMA
JIHAD DI MELAKA
Orang-orang Melayu juga mendesak Sultan, begitu juga dengan Kadi-
kadi (ulama-ulama) mereka yang telah melakukan banyak ucapan
kepada khalayak orang-orang Melayu di mana mereka (kadi-kadi)
menyatakan bahawa Portugis adalah pengkhianat dan pencuri
yang ingin menguasai seluruh dunia. Jika Portugis mengukuhkan
kedudukan mereka di Melaka, maka mereka akan mengambil alih
tempat ini untuk diri mereka sendiri dan umat Islam akan kehilangan
semua perdagangan mereka. Portugis telah melakukan sebegini di
India, mereka (kadi-kadi) berkata bahawa keadaan sebegitu tidak harus
dibenarkan untuk berlaku di Melaka, begitu juga tidak patut mengadakan
perdamaian dengan mereka (Portugis).
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan:
Para ulama di Melaka berperanan sangat besar dalam membangkitkan
semangat jihad di kalangan tentera Melaka. Di ambang peperangan
di antara Portugis dan Melaka, para ulama sering memberikan
ucapan-ucapan yang menaikkan semangat jihad orang-orang Melaka.
Di samping itu, para ulama juga menjadi perancang dan penggerak
utama dalam perang menentang Portugis.

Para ulama di dalam Kesultanan Melaka juga mahir dengan ilmu-ilmu


perang seperti ilmu persilatan, ilmu teknologi senjata api, ilmu bermain
senjata, ilmu menunggang kuda dan banyak lagi. Ini dapat dibuktikan
melalui catatan Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin seperti
271
berikut :-

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


“Adapun akan Kadi Menawar itu terlalu tahu menetakkan baladau, ia
belajar kepada raja Maluku yang datang ke Melaka dahulu. Apabila Kadi
Menawar duduk dihadap segala muridnya, tempat ia duduk itu berkisi-
kisi, maka kata Kadi Menawar pada segala muridnya, “Berapa batang
kehendak tuan hamba diputuskan kisi-kisi itu, hamba tetak dengan
beladau. Maka sembah segala muridnya, dua batang; maka ditetak oleh
Kadi dengan beladaunya dua batang, putus. Jika dikata orang itu tiga
batang, tiga batang putus. Berapa dikehendaki orang demikian juga
putusnya; demikianlah peri tahunya Kadi Menawar menetakkan beladau,
sentiasa beladau itu ada diletakkan di sisinya”.

“Adapun Kadi Menawar berhadir di kampungnya dengan mercun dan


periuk api; pintu pagarnya ditutupkannya. Maka kata Kadi Menawar,
“Jikalau dapat Seri Wak Raja masuk ke kampung hamba ini, maka hamba
dudukkan dengan anak hamba, jikalau tiada dapat masuk tiadalah hamba
kahwinkan; biar hilang belanja hamba.” Setelah datang gajah Seri Wak
Raja keluar pintu Kadi Menawar, dipasangnyalah mercun dan periuk api,
serta tempik sorak bergemuruh bunyinya, bercampur dengan segala
bunyi-bunyian terlalu azamat bunyinya. Maka Balidsi pun terkejut, lalu lari;
beberapa pun ditahani oleh Tun Abdul Karim, tiada juga bertahan. Setelah
dilihat oleh Seri Wak Raja kelakuan gajah itu, maka katanya pada Tun Abdul
Karim, “Abang, abang, baiklah undur ke tengah, biar beta ke kepala pula.”
Maka Tun Abdul Karim pun ke tengahlah. Maka Seri Wak Raja pula tampil
ke kepala gajah; maka dipalingnya Balidsi, lalu dilanggarnya pintu pagar
Kadi Menawar; beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api, dan
tempik sorak seperti tagar, tiada dihisabkannya; dirempuhnya juga”.

Ulama-ulama di Melaka juga menjadikan kitab Dalailul Khairat sebagai


amalan kepada para angkatan tentera Melaka. Kitab yang ditulis dan
disusun oleh Imam Abu Abdullah Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli
sememangnya menjadi amalan tentera-tentera jihad di seluruh dunia
272
pada suatu ketika dahulu termasuk tentera Uthmaniyyah di Turki.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Dalam buku Perang Sabil karya Mualimbunsu Syam dinyatakan seperti
berikut :-

“Dikhabarkan bahawa panglima dan bala-bala tentera Sultan banyak


yang menghafal dan mempraktikkan amalan dalam kitab ini (Dalailul
Khairat). Maka tidak hairan kalau kitab tersebut sering dijumpai bersama
jasad para syuhada yang melawan kafir penjajah di era awal 1511 Masihi,
menghadapi pasukan kerajaan Katholik Portugis yang datang menyerang
Kesultanan Melaka.....”

Menurut sebuah sejarah yang termaktub di Negeri Melaka, antara ulama


yang begitu gigih dalam menentang Portugis di Melaka ialah Imam Diraja
Kesultanan Melaka yang bernama Syeikh Jailani Mendik Masab atau
lebih dikenali dengan gelaran “Datuk Machap”. Sehingga hari ini makam
Datuk Machap boleh ditemui di Machap, Melaka.

Sulalatus Salatin juga menerangkan tentang begitu pentingnya peranan


ulama di medan perang. Sultan membawa ulama di sisi baginda semasa
berlangsungnya pertempuran. Tun Seri Lanang mencatatkan di dalam
Sulalatus Salatin seperti berikut :-

“Maka Sultan Ahmad pun keluar naik gajah, Jinak Ci namanya; Seri Udani
di kepala gajah, Tun Ali Hati di buntut gajah, Makhdum Sadar Jahan
dibawa baginda bertimbal rengka, kerana baginda berguru ilmu tauhid
kepadanya”.

Sulalatus Salatin menyambung bahawa Sultan sendiri mendengar nasihat


ulama semasa di medan perang. Sulalatus Salatin menukilkan seperti
berikut :-

“Maka Sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung jambatan,


273
khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan lebat datangnya
itu. Maka makhdum berpegang dua-dua tangannya pada kiri kanan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


rengka; kata makhdum Sadar Jahan pada Sultan Ahmad, “Hei
Sultan, di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali”. Maka Sultan
Ahmad pun tersenyum, lalu baginda pun kembalilah ke istana. Maka
Peringgi pun berseru dari kapal, katanya, “Hei orang Melaka! Ingat-ingat
kamu sekalian! Demi Dios, esok hari kami naik ke darat”. Maka sahut
orang Melaka, “Baiklah!”.

Gambaran tentera bergajah Melaka menghadapi serangan angkatan tentera


Portugis.

274

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran dua orang ulama sedang memberikan ucapan pembangkit
semangat kepada angkatan tentera Melaka untuk bangkit berjihad menentang
Portugis.

275

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam

Kedatangan Syed Abdul Aziz ke Melaka menjadi satu peristiwa


penting dalam sejarah Negeri Melaka. Dari sebuah kerajaan Hindu,
Melaka bertukar menjadi sebuah kerajaan Islam. Dari situ, bermulalah
kegiatan-kegiatan penyebaran Islam di Nusantara ini yang menjadikan
Melaka sebagai pusat perkembangan Islam. Maka bermulalah
peranan dan kepentingan ulama dalam pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka. Malah ulama dikatakan menjadi tulang belakang
pemerintahan sehinggakan orang yang paling dihormati oleh Sultan
adalah golongan ulama. Hasil dari penglibatan dan peranan golongan
ulama, Kesultanan Melaka telah dapat menghantar pendakwah-
pendakwah ke luar negeri untuk menyebarkan agama Islam. Peranan
sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara hanya
merosot apabila penjajah menguasai Melaka.

276

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


277

Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Syeikh Ahmad Majnun.

Syeikh Ahmad Majnun dikatakan seorang ulama dalam


Kesultanan Melaka yang hidup di zaman pemerintahan
Sultan Mansur Syah. Beliau telah wafat di Pengkalan
Kempas, Linggi dalam perjalanan ke sebuah tempat
bagi tujuan berdakwah. Berdasarkan inskripsi pada
batu bersurat yang terdapat di sisi makam beliau,
Syeikh Ahmad Majnun dikatakan wafat pada tahun
1467 Masihi.

Sumber gambar : Ihsan Penulis

278

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber gambar : Ihsan Penulis

Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i

Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i bukanlah Kadi Kesultanan Melaka, tetapi beliau


adalah Ketua Kadi (Hakim) Kesultanan Aceh Darussalam. Beliau juga masyhur
dengan panggilan Syeikh Syamsuddin Pasai. Beliau dilantik sebagai Qadi Malikul
Adil (Ketua Hakim) Kesultanan Aceh Darussalam oleh Sultan Iskandar Muda
(memerintah kerajaan Aceh dari tahun 1607 hingga 1636). Beliau merupakan anak
murid kepada seorang ulama yang terkenal di Aceh pada waktu itu iaitu Syeikh
Hamzah al-Fansuri. Beliau dikenali sebagai seorang yang faqih, alim dan warak.
Beliau juga merupakan antara ulama di Aceh yang berpengaruh yang meniupkan
semangat jihad di kalangan rakyat Aceh agar mereka bangkit menentang Portugis.

Kesultanan Aceh Darussalam telah banyak belajar dan mewarisi ilmu-ilmu tentang
institusi kehakiman Islam dari Melaka. Sultan Iskandar Muda sendiri telah merujuk
Hukum Kanun Melaka apabila baginda ingin menggubal Kanun Mahkota Alam
(Undang-undang rasmi Kesultanan Aceh Darussalam).

Seolah-olah ingin membalas jasa Kesultanan Melayu Melaka, pada tahun 1629,
tentera Aceh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah datang ke Melaka
untuk menyerang Portugis di Melaka. Kira-kira 20,000 tentera disertai dengan 236
buah kapal perang Aceh menuju ke Melaka demi menyerang Portugis. Peperangan
yang dahsyat ini berlangsung selama hampir lapan bulan. Walaupun Aceh tewas
dalam perang menentang Portugis ini, namun Portugis telah menerima tekanan
yang amat hebat dari Aceh sehingga mereka hampir mengibarkan bendera putih.
Ramai dari kalangan orang-orang Aceh yang menyertai misi jihad ini terkorban
279
termasuklah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i dan Panglima Pidi. Sehubungan
dengan itu, jenazah Asy Syahid Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i dimakamkan di
Kampung Ketek, Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


280

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Datuk Machap

Jailani Mendik Masab atau lebih dikenali dengan nama “Datuk


Machap”. Beliau ialah seorang ulama dan pahlawan Bugis yang
berasal dari Makasar, Sulawesi. Beliau datang ke Melaka untuk
berdagang sekitar tahun 1500 iaitu ketika zaman pemerintahan
Sultan Mahmud Syah. Keilmuannya dalam bidang agama dan
ketinggian akhlaknya telah menarik perhatian Sultan sehingga
beliau dilantik menjadi “Imam Diraja”. Ketika Portugis menyerang
Melaka pada tahun 1511, Datuk Machap berjuang bersama-sama
umat Islam di Melaka untuk mengusir Portugis dari Melaka. Datuk
Machap dan para pengikutnya telah memberikan tentangan yang
sangat hebat sehingga Portugis menganggapnya sebagai salah
satu ancaman yang tidak boleh dipandang ringan Namun Datuk
Machap gagal juga untuk menewaskan angkatan tentera Portugis
kerana Portugis telah dibantu oleh pengkhianat-pengkhianat
di bumi Melaka.

Oleh yang demikian, Datuk Machap bersama para pengikutnya


terpaksa melarikan diri dari Kota Melaka. Angkatan tentera Portugis
berusaha mengejar Datuk Machap dan para pengikutnya. Namun
mereka tidak berjaya. Angkatan tentera Portugis tersebut hanya
berjaya sampai ke Pengkalan Tampoi, Kerubong dan mereka membina
sebuah gereja di situ. Datuk Machap bersama para pengikutnya
kemudiannya tiba di sebuah penempatan dan mereka mula
berkampung di situ. Datuk Machap bersama para pengikutnya telah
membina sebuah masjid dan masjid itu menjadi pusat pentadbiran
penempatan tersebut. Datuk Machap juga terus diangkat oleh para
pengikutnya menjadi pemimpin mereka dan beliau juga menjalankan
tugas-tugas sebagai seorang Kadi kepada penduduk penempatan
tersebut selain daripada menjadi imam kepada masyarakat.

Pada tahun 1865, seorang mubaligh Islam berbangsa Cina telah


menjalankan usaha untuk memperbaiki masjid yang dibina oleh Datuk
Machap itu. Beliau bersama penduduk tempatan telah menggantikan
binaan kayu masjid tersebut dengan binaan batu bata. Masjid tersebut
masih kekal sehingga hari ini.
281

Sumber gambar : Ihsan Penulis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


282

Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Serangan Aceh Terhadap Portugis Di Melaka

Apabila Melaka diambil alih oleh Portugis, pedagang-pedagang


memindahkan perniagaan mereka ke Pasai, Pedir dan Aceh
di Sumatera Utara. Portugis yang ingin menguasai perdagangan di
Selat Melaka meletakkan satu pasukan tentera laut untuk mengalihkan
kapal-kapal pedagang dari Pasai ke Melaka. Pada tahun 1521, mereka
telah campur tangan dalam politik Pasai dan meletakkan penyokong
mereka sebagai sultan. Apabila Portugis mencuba taktik yang sama
di Pedir, Aceh mengambil alih Pedir. Portugis terpaksa menyerang
Aceh dan mengalami kekalahan yang teruk.

Pada tahun 1523, Aceh menakluki Pasai dan mengusir Portugis dari
Sumatera Utara. Pertarungan yang sengit bermula di antara Aceh dan
Portugis yang mengakibatkan situasi yang tidak selamat bagi Portugis
di Selat Melaka. Serangan pertama Aceh ke atas Kota Portugis di
Melaka berlaku pada tahun 1537 semasa zaman pemerintahan
Sultan Alauddin al-Qahar. Aceh telah mendapat bantuan Kerajaan
Uthmaniyyah di Turki dalam usaha mengusir Portugis dari Melaka.
Sebelum itu, mereka cuba menyatukan kerajaan-kerajaan tempatan
di utara Semenanjung melawan Portugis.

Pada suatu malam, tiga ribu orang askar Aceh telah mengejutkan
Kota Melaka. Walaupun dapat menaiki Kota A Famosa, mereka
tidak dapat mengatasi askar-askar Portugis. Pada hari kedua,
askar-askar Portugis lebih bersedia dan menembak kapal-kapal
Aceh dan memasang pelita-pelita di sekeliling kota. Akhirnya,
orang-orang Aceh membakar dua kapal Portugis yang ada
di pelabuhan dan berundur ke Kedah.

Pada tahun 1629 iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda,


Aceh sekali lagi menyerang Portugis di Melaka dengan bala tentera
seramai 20,000 orang dan disertai dengan 236 buah kapal perang.
Antara yang menyertai perang ini ialah Syeikh Syamsuddin as-
Sumatra-i dan Panglima Pidi. Kedua-dua mereka syahid di Melaka
dan dikebumikan di sini.
283

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TENTERA PORTUGIS
HAMPIR TEWAS
Para kapten dan bangsawan sangat letih dan berasa ragu sama ada Kota
Melaka dapat ditawan. Kota itu sangat besar dan ramai penduduknya
yang suka berperang. Sebaliknya, orang-orang Portugis berjumlah
sedikit dan ramai di kalangan mereka yang telah tercedera.

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Tindakan yang utama berakhir dalam masa dua jam selepas tengah hari,
namun tentera-tentera Portugis terus berperang dengan tentera-tentera
Islam yang menyerang di kedua-dua belah hujung jambatan. Tentera-
tentera Portugis sangat letih tetapi tiada masa untuk berehat di dalam
parit-parit yang digali oleh mereka.

Albuquerque memberikan ceramah yang singkat, dengan berdiri, kepada


kapten-kapten. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka
di atas tindakan mereka, dan menunjukkan faktor-faktor tertentu yang
tidak kondusif kepada mereka dalam mengekalkan penguasaan mereka
ke atas jambatan. Beliau telah menyedari bahawa, selepas kegilaan
dalam pertempuran telah berkurangan, para tenteranya menunjukkan
sikap tidak bersemangat dalam kerja-kerja menggali parit yang telah
diarahkan kepada mereka. Cuaca begitu membahang, dan kerja-kerja
dan peperangan begitu meletihkan yang menyebabkan semangat
mereka menurun. Paling penting, tiada seorang pun daripada mereka
yang telah dapat makan apa-apa makanan pada hari itu.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
284 Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sebaik sahaja jong (Portugis) itu melintasi beting pasir dan berlabuh
berhampiran jambatan, meriam-meriam tentera Islam mula menembak
ke arahnya. Sebahagian daripada peluru-peluru meriam yang menembak,
yang diperbuat dari bijih timah hitam, menembusi di kedua-dua belah
jong tersebut yang menyebabkan berlakunya korban jiwa yang besar
di kalangan tentera-tentera Portugis. Dalam kedahsyatan peperangan
tersebut Antonio de Abreu telah tercedera di rahang disebabkan tembakan
senapang, banyak giginya hilang dan bahagian tulang rahangnya cedera,
setelah lama dari peristiwa itu, selepas kecederaan rahangnya pulih,
rahangnya telah teralih.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Alfonso de Albuquerque menyedari tentang korban jiwa yang sedang


dialami oleh tentera-tenteranya, bagaimana tidak terlindungnya mereka,
dan bagaimana keletihan yang dialami mereka akibat dari tindakan yang
berterusan. Mereka yang tercedera dalam serangan pertama ke atas kota
masih belum pulih lagi. Beliau takut bahawa jika mereka yang berada
di dalam jong tersebut berterusan diserang oleh perahu-perahu berapi,
mereka semua akan tercedera. Maka dengan beberapa orang tentera
yang bersama-sama dengan beliau, pada hari Jumaat, lapan haribulan
Ogos, enam belas hari selepas serangan pertama ke atas kota itu, beliau
telah menawan jambatan, di mana jong tersebut sudah berada pada
kedudukannya ketika air pasang.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Beberapa orang tentera Portugis telah cedera, terutamanya mereka


yang telah ditugaskan di bahagian hadapan. Sultan yang telah cedera
melarikan diri bersama orang-orangnya menuju ke bukit di mana 285
terletaknya rumah-rumah mereka, dan berkumpul semula di sana.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Angkatan tentera Portugis tidak mengejar mereka, kerana mereka
pergi membantu Gabenor yang berada dalam keadaan yang genting.

Tatkala pertempuran dengan Sultan telah bermula, Gabenor ditinggalkan


dengan hanya tiga orang panglima untuk melawan angkatan musuh
yang berjumlah sekitar tujuh ratus orang. Selebihnya telah pergi untuk
bergabung dengan mereka yang bertempur di jambatan. Melihat Gabenor
yang menghadapi tentangan yang kuat daripada pasukan musuh, mereka
bergegas ke belakang beliau untuk membantu beliau, tetapi tidak banyak
yang mereka boleh membantu beliau di bahagian hadapan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Gabenor cuba untuk membina kubu yang lain di sebelah masjid


di jambatan itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana gangguan
berterusan dari pihak musuh. Tentera Portugis mengalami kepenatan
yang bersangatan kesan dari pertempuran itu dan dari terus berjaga
sepanjang malam sebelumnya di mana mereka hampir tidak dapat
berdiri di atas kaki mereka sendiri. Apabila waktu tengah hari, dan
panas yang melampau dan usaha yang penuh tumpuan menjadikan
mereka begitu lesu dan lemah di mana adalah mustahil untuk menugaskan
mereka dengan kerja yang lebih.

Tiada apa-apa yang boleh membuatkan para tentera Portugis


mendapatkan semula kekuatan mereka. Terdapat beberapa bot kapal bagi
para tentera untuk mendarat dan selain itu, di situ tiada sebarang ruang
untuk bekalan makanan tambahan. Gabenor percaya kepada pendapat
Rui D’Araujo bahawa apabila Portugis telah dapat mengukuhkan
kedudukan mereka di kawasan jambatan itu, makanan boleh dibawa
masuk dari armada apabila ia diperlukan. Tambahan pula, mereka telah
menjangkakan bahawa Sultan akan menyerah kalah sekiranya jambatan
286
itu ditawan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Apabila Albuquerque menyedari bahawa kejadian yang berlaku
ternyata bertentangan dengan apa yang telah diramalkan, beliau
memutuskan agar seluruh angkatan tentera kembali ke kapal
armada. Ia tidak boleh dilaksanakan untuk mengutuskan sebahagian
tentera ke kapal armada untuk membawa balik makanan kerana setiap
tentera yang bersama dengannya memang benar-benar diperlukan. Tidak
mungkin untuk mereka dapat mengukuhkan kubu di jambatan dalam
keadaan tenteranya mengalami keletihan sebagaimana dirinya. Mereka
tidak mampu untuk membangunkan kubu kayu. Jika beliau mara ke
kawasan masjid, pasti akan mengalami kekalahan, disebabkan
musuh akan mengatasi tentera-tenteranya. Atas sebab-sebab
sedemikian, beliau mengambil keputusan untuk berundur.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Sebahagian tentera Islam (Melaka) yang berlindung di kota pada beberapa


jarak yang jauh mula mengacukan ke arah tentera-tentera Portugis
dengan senapang-senapang. Disebabkan sebilangan tentera Portugis
telah cedera dan matahari sangat terik, Gabenor telah mengarahkan
untuk berundur dalam perahu (untuk ke kapal armada).

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Semasa keadaan ini berlaku, Gabenor memaklumkan kepada


beberapa orang pegawainya mengenai keputusannya untuk
berundur, dengan memberikan alasan-alasan beliau. Beliau juga
menyatakan bahawa beliau meletakkan harapan pada Tuhan bahawa
mereka boleh kembali semula tidak lama lagi dan menakluk kota tersebut
yang mana kemudiannya akan kekal menjadi milik mereka.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The 287
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ulasan :
Portugis hampir menyerah kalah ketika berperang dengan Melaka
disebabkan mereka mengambil keputusan berundur. Perkara
ini terjadi kerana Portugis menerima tentangan yang sangat
hebat dari tentera Melaka. Malah kapten-kapten Portugis seperti
Rui D’ Araujo memujuk Alfonso de Albuquerque untuk berundur ke Goa
dan membatalkan hasrat menakluki kota Melaka. Namun kesungguhan
Alfonso de Albuquerque untuk meneruskan misinya menawan Melaka
menyebabkan Portugis terus bertahan. Di samping itu, Portugis
menggunakan jalan kotor untuk menewaskan tentera Melaka seperti
merasuah pembesar-pembesar Melaka dan pedagang asing supaya
mereka membocorkan maklumat dan bekerjasama dengan pihak
Portugis.

Pengunduran Portugis dari medan perang akibat kalah berperang dengan


tentera Melaka turut dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus
Salatin seperti berikut:

Maka Sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi,*


terlalu banyak hulubalang mengiringi baginda; maka oleh Sultan Ahmad
Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah
berhamburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya.

Maka bertemulah segala orang Melaka dengan segala Peringgi lalu


berperang, terlalu sabur, rupa senjata seperti hujan yang lebat; lalu
ditempuh Tun Hassan Temenggung berserta hulubalang Melaka, maka
segala Peringgi pun patah perangnya, dan banyak matinya, lalu undur.
Maka oleh orang Melaka digulungnya sekali-kali, maka Peringgi pun
pecahlah, berhamburan terjun ke air, diperhambat oleh orang Melaka.
Maka segala Peringgi pun naiklah ke kapalnya, lalu belayar kembali ke
Goa.
288

*Peringgi bermaksud Portugis

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA
Gambaran suasana peperangan yang sengit antara angkatan tentera Melaka dan
angkatan tentera Portugis pada tahun 1511.

289
PUNCA KEKALAHAN TENTERA
MELAKA
Kelemahan Sultan

Sultan Mahmud, walaupun berasa amat terganggu, dan berfirasat tentang


kehancuran mutlak baginda, tetap tidak ingin menunjukkan kelemahan
semangat. Baginda juga berharap untuk menggembirakan Sultan Pahang,
yang telah datang ke majlis perkahwinan (seperti yang dinyatakan sebelum
ini) dan yang berpendapat sama dengan anaknya. Oleh yang demikian,
Sultan Mahmud mengambil keputusan untuk mempertahankan kota itu,
dan jika nasib tidak berpihak padanya, dia akan menyerahkan kota itu
kepada Albuquerque. Walau bagaimanapun, baginda menyerahkan
urusan mempertahankan kota itu kepada kedua-dua anaknya,
lebih sebagai permintaan daripada sebagai perintah. Untuk itu,
baginda berkata, baginda tidak mempunyai lagi daya upaya dalam
masa tuanya ini untuk memaksa dan hanya berdaya untuk memberi
nasihat. Sebagai seorang yang tua, baginda lebih mengutamakan
perdamaian daripada berperang. Maka semua kuasa ketenteraan
dan keputusan-keputusan diletakkan pada anak-anaknya. Akan
tetapi baginda juga tidak mahu kelihatan seolah-oleh mencuci tangan
sepenuhnya dari tanggungjawabnya. Baginda menasihatkan mereka
tentang cara-cara dan kaedah-kaedah dalam pertahanan kota, bermula
dengan membahagikan kedudukan pertahanan kepada empat bahagian,
setiap satunya akan dipimpin oleh pemimpin yang berbeza.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

290

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pengkhianatan Dari Dalam

Untuk kefahaman yang lebih baik tentang pertahanan kota ini, maka
penting untuk mengetahui bahawa di sana terdapat dua masyarakat
yang menghuni kota, (salah satunya) masyarakat keturunan Jawa,
yang mana telah bermustautin di situ sejak dari dahulu dan melalui
perdagangan telah menjadikan mereka kaya raya dengan harta benda,
keluarga dan kapal-kapal. Disebabkan tiada tempat yang sesuai
di kota (untuk mereka menetap), Sultan telah menganugerahkan
pada mereka kawasan penempatan di pinggir kota. Salah seorang
daripada mereka, yang dinamakan Utimutiraja, telah dianugerahkan
kawasan pinggir kota yang dipanggil Upeh. Dalam kawasan tersebut,
dia menerima semua orang-orang Jawa yang berasal dari kota Tuban,
Jepara, Sunda, Palembang dan daerah-daerah sekitar (mereka). Mereka
dianjurkan untuk bertemu dengannya disebabkan dia bertindak sebagai
wakil Sultan di wilayah tersebut.

Dia adalah seorang lelaki yang berusia tujuh puluh tahun dan setelah
Sultan, dia adalah orang yang terkaya (di Melaka) yang memiliki banyak
wang dan hamba-hamba yang mana keluarga mereka juga turut
berkhidmat untuknya. Dia bersama anak-anaknya, mengira pekerja-
pekerja di laut dalam kapal-kapal mereka begitu juga dengan mereka
yang di darat. Mereka memiliki lebih dari sepuluh ribu orang lelaki
yang berkhidmat untuk mereka. Utimutiraja memiliki tenaga kerja dan
perdagangan yang besar dan beliau adalah seorang yang dominan
di kawasan pinggir kota iaitu Upeh.

Di dalam hatinya dia memendamkan perasaan tidak senang terhadap


Sultan. Sebaik sahaja dia melihat armada Portugis di pelabuhan,
dalam kelicikannya, dia merasakan bahawa ketibaan mereka boleh
membawa kepada kejatuhan Sultan. Secara rahsia dia meminta
291
keamanan untuk dirinya dan keluarganya, dan ianya telah diberikan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


oleh Afonso de Albuquerque, yang menyangka bahawa Utimutiraja
adalah sorang Jawa dan bukan Melayu, yang mana kurang bermusuhan
(terhadap Portugis), di samping dia seorang yang berkuasa.

Apabila pelantikan pelbagai jawatan untuk mempertahankan kota itu


dibuat oleh Sultan, Utimutiraja telah dilantik untuk bertanggungjawab
ke atas wilayah pinggir kota di mana tempat dia tinggal. Di situ
juga terdapat wilayah lain di pinggir kota, yang bersebelahan dengan
kawasan di mana Sultan tinggal. Di penghujung pinggir kota itu terdapat
sebuah wilayah yang bernama Hilir, yang mana ianya diletakkan di
bawah tanggungjawab seorang Jawa yang lain yang dipanggil Tuan
Colascar. Beliau merupakan pemimpin orang-orang Jawa yang datang
dari kota Agaci dan daerah sekitarnya, yang mana tempat beliau berasal.
Pada beliau, Sultan mengamanahkan untuk mempertahankan wilayah
jagaannya dengan arahan-arahan yang sama yang diberikan oleh Sultan
kepada Utimutiraja dalam mempertahankan wilayahnya. Tetapi oleh
kerana Utimutiraja lebih berkuasa, dia memanfaatkan pengaruhnya
yang mana berbeza daripada Tuan Colascar.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Selain daripada semua perkara ini, beliau telah melakukan sesuatu yang
beliau tidak pernah lakukannya sebelum ini dalam sepanjang hayatnya
dan dalam semua peperangan yang beliau tempuhi, beliau telah
mengupah orang-orang Jawa. Beliau melakukan perkara ini kerana beliau
telah belajar bahawa apabila Portugis menyerang kota, orang-orang
Jawa tidak turut menyerang sebagaimana yang mereka lakukan sebelum
ini dan sebagaimana yang beliau menjangkakan bahawa mereka akan
bertindak sedemikian. Walau bagaimanapun, alasan mengapa mereka
gagal untuk turut berperang sebagaimana yang sepatutnya mereka
292 lakukan bukan kerana mereka tidak dibayar, tetapi kerana Utimutiraja
telah memerintahkan mereka agar tidak membahayakan nyawa mereka

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


dalam mempertahankan harta benda orang lain. Dia telah melakukan
sedemikian kerana dia telah membuat perjanjian rahsia dengan
Alfonso de Albuquerque. Walau bagaimanapun, Albuquerque telah
mengetahui kemudiannya bahawa pengikut-pengikut Utimutiraja yang
telah mengambil bahagian dalam peperangan telah menghantar mesej
bantahan kepada Utimutiraja.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Pada hari yang sama, Utimutiraja datang untuk bercakap dengan


Albuquerque, serta beberapa pedagang dari Pegu meminta beliau untuk
membenarkan mereka untuk menyelesaikan urusan memuatkan barang
ke dalam kapal-kapal mereka dan belayar pergi. Beliau memberikan
keizinan tersebut kepada mereka dan meyakinkan mereka bahawa
dia tidak mahu apa-apa lagi daripada mereka dan daripada semua
peniaga-peniaga yang berada di pelabuhan selain daripada keamanan
dan persahabatan, dengan syarat mereka tidak melakukan sesuatu
yang melayakkan mereka dihukum. Sebahagian daripada tentera-
tentera musuh yang masih kekal di kota, yang berjumlah kira-kira enam
ribu orang, diancam oleh orang kita untuk tempoh selama lapan atau
sembilan hari tetapi mereka telah dihukum dan dikalahkan, dan mereka
tidak pernah kembali lagi. Setelah gangguan ini telah berakhir, Alfonso
D’Albuquerque memberi keizinan kepada orang-orang kita untuk
merompak ke dalam kota kecuali pinggir kota yang berada di bawah
kawalan Utimutiraja dan kawasan-kawasan kediaman orang-orang
Pegu, Jawa, Keling dan harta benda milik Ninachatu, iaitu orang yang
sentiasa memberi sokongan kepada Albuquerque sejak hari pertama
Albuquerque menawan jambatan tersebut. Namun begitu, sejumlah
kekayaan yang besar telah ditemui di rumah-rumah orang Melayu dan
orang Gujerat yang mana orang-orang kita tahu akan jumlahnya. Setiap
orang daripada mereka akan menjadi sangat kaya sekali.
293
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Segolongan pedagang Cina, yang bersahabat dengan Albuquerque
dan melawatnya setiap hari, dan yang menyaksikan keazaman
Albuquerque untuk menakluk kota, menawarkan untuk
membantunya mendarat. Ini disebabkan mereka telah dianiaya oleh
Sultan. Albuquerque mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas
tawaran mereka itu tetapi beliau tidak menerimanya. Beliau memberitahu
mereka bahawa pihak Portugis tidak pernah menerima bantuan dalam
memerangi kaum muslimin, disebabkan Tuhan telah memberikan mereka
apa sahaja bantuan yang diperlukan melalui pesuruhnya, yang namanya
mereka sebutkan dalam doa ketika peperangan. Disebabkan keimanan
mereka terhadapnya, mereka akan menyerang kota pada malam hari
kebesarannya. Satu-satunya bantuan yang diminta oleh Albuquerque
daripada mereka adalah memberi pinjam beberapa buah perahu mereka,
kerana beliau tidak memiliki perahu yang mencukupi bagi melaksanakan
pendaratan tentera-tenteranya.
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Maka boleh dikatakan bahawa jika kita mengambil kota ini dengan
kekerasan, pedagang asing bukan Islam akan lari daripada kota ini,
dan tidak ada bekalan lagi yang boleh didapati, kerana bekalan-
bekalan datang dari luar negara untuk orang-orang ini. Aku beritahu
pada kamu semua, kita hanya memerlukan Ninachatu untuk terus
kekal, bersama-sama dengan saudara-mara dan kawan-kawannya.
Dengan sebab itu, aku akan memberikan keselamatan kepadanya
dan meletakkan kepercayaanku padanya. Dia dan pengikutnya akan
kekal di sini dan akan memujuk orang-orang lain untuk turut kekal
di sini. Mereka sudah biasa hidup di bawah kuasa dan kezaliman orang-
orang Melayu, yang bersikap tidak munasabah, bangga diri dan tanpa
kebenaran dan keadilan. Mereka sudah tentu akan lebih suka cara
294

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


kita memberikan keadilan, kehalusan dan kelembutan, cara Raja kita,
kedaulatan kita, mahukan kita melayan orang-orang yang ingin menjadi
pengikutnya di wilayah-wilayah ini.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Gabenor yang mendapat sedikit rehat selepas berlakunya


pertempuran yang dicetuskan oleh musuh, mempunyai peluang
untuk memantau pengambilan harta-harta rampasan. Rumah-rumah
Ninachatu dibiarkan. Para tentera yang dibahagikan kepada empat
kumpulan telah menawan kota tersebut, tidak menyentuh rumah
orang-orang Keling, Pegu mahupun Jawa. Tetapi mereka hanya
menyentuh rumah orang-orang Melayu, Gujerat dan beberapa warga
asing. Dalam rumah-rumah tersebut dijumpai barang-barang berharga
yang ditanam dalam tanah seperti tiga puluh lima marco emas dan dua
puluh lima marco perak (‘marco’ adalah ukuran timbangan Portugis
yang mana satu marco bersamaan 38 gram). Dalam salah satu gudang
milik Sultan telah ditemui logam-logam yang berharga dalam jumlah
yang sangat besar, yang mana lebih dua ribu keping logam tersebut
telah dikeluarkan. Turut ditemui adalah meriam-meriam, sebahagiannya
diperbuat daripada besi.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Maklumat Sulit Pertahanan Melaka Dibocorkan

Terdapat begitu banyak insiden yang menunjukkan kesombongan


Sultan, yang mana Gabenor tidak dapat bersabar lagi, lalu memutuskan
untuk memulakan perang ke atas Sultan. Ini kerana beliau kini tahu
tentang maklumat terperinci berkaitan pertahanan di kota ini,
misalnya tentang bilangan angkatan tentera yang dimiliki Sultan dan 295

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


di mana senjata-senjata api diletakkan. Beliau memberikan arahan
agar serangan ke atas kota dilakukan oleh pasukan bot-bot kapal,
sebahagian daripada mereka bersenjatakan meriam berat, dan juga
dengan menggunakan dua bot panjang yang telah ditawan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Rui D’ Araujo menyatakan pendapatnya kepada Gabenor bahawa


sekiranya dia berjaya menawan jambatan, maka Sultan akan menyerah
diri. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dilihat selepas itu,
pendapat ini adalah salah, dan juga Rui D’ Araujo tidak tahu keadaan
sebenarnya, tetapi hanya bercakap berdasarkan apa yang dilihatnya
sahaja. Ketua-ketua orang Cina memberikan maklumat yang lebih
baik mengenai kekuatan angkatan tentera Melaka, dan mereka
melihat bahawa kuasa Portugis adalah begitu kecil, iaitu hanya satu
per sembilan belas daripada ukuran tentera Melaka. Mereka menasihati
Gabenor agar tidak mendarat dan memberikannya fakta sebenar tentang
angkatan tentera Melaka. Musuh boleh dikalahkan dengan baik dengan
melakukan kepungan, kata mereka, kerana tentera Melaka akan terputus
bekalan mereka sendiri dan bergantung kepada makanan yang masuk
melalui jalan laut. Jadi, jika bekalan melalui jalan laut terputus, maka
angkatan Melaka boleh mengalami kebuluran dan membawa kepada
kekalahan.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Ulasan :
Kita sering mendengar bahawa kekalahan tentera Melaka kepada
Portugis yang membawa kepada tertawannya Kota Melaka adalah
disebabkan oleh kelemahan pertahanan Melaka serta penggunaan
296 senjata yang jauh ketinggalan dibandingkan dengan Portugis. Tanggapan
ini ternyata meleset sama sekali. Berdasarkan catatan-catatan
Portugis, angkatan tentera Melaka tewas kepada Portugis disebabkan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


pengkhianatan pembesar-pembesar Melaka sendiri. Inilah punca utama
mengapa Melaka tewas dengan Portugis dalam perang yang berlaku
pada tahun 1511 itu.

Segelintir daripada pembesar Melaka telah terpengaruh dengan habuan


dunia yang ditawarkan oleh Portugis. Oleh itu, mereka telah menerima
rasuah dari Portugis dan mereka membocorkan maklumat sulit tentang
pertahanan Melaka. Selain itu, segelintir pedagang-pedagang asing juga
telah berkomplot dengan Portugis secara diam-diam dan mereka telah
menghulurkan bantuan kepada Portugis.

Kekalahan Melaka juga disebabkan kelemahan Sultan Melaka yang


terakhir dalam mentadbir negara iaitu Sultan Mahmud Syah. Baginda
dikenali sebagai suka mengambil tindakan terburu-buru dan mudah
dipengaruhi dengan fitnah-fitnah yang dilontarkan segelintir pembesar
Melaka yang berada di sekelilingnya. Tun Seri Lanang menukilkan
bahawa antara punca kekalahan Melaka kepada Portugis ialah apabila
Sultan membunuh Bendahara yang berwibawa tanpa usul periksa.
Sulalatus Salatin mencatatkan seperti berikut :-

“Setelah datang ke Goa, segala perihal semuanya dikatakannya pada


wizurai, maka wizurai pun terlalu marah, maka ia menyuruh berlengkap
pula hendak menyerang Melaka lagi. Maka kata Kapitan Mor, “Pada bicara
kita, jikalau lagi ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun besarnya
angkatan Goa mau menyerang, Melaka tiada akan alah”.

“Maka baginda pun terlalulah menyesal oleh membunuh Bendahara Seri


Maharaja, tiada dengan periksanya lagi itu. Maka baginda suruh tafahusi
pekerjaan itu dari mana datangnya. Setelah nyatalah diketahui baginda
fitnah itu daripada Kitul, daripada Raja Mendaliar datangnya”.

297

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


298

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gambaran perbincangan sulit antara Portugis dan pengkhianat Melayu.
Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

Pengkhianatan Pedagang Asing dan Pembesar Tempatan

Albuquerque tidak pernah patah semangat walaupun Portugis hampir tewas


dan serangan pertama beliau tidak berjaya. Beliau sentiasa mencari jalan untuk
menakluki Kota Melaka kerana Raja Portugal telah membuat pelaburan yang
sangat besar dalam usaha menakluki Kota Melaka. Oleh itu, beliau menawarkan
habuan-habuan kepada mana-mana pihak yang sudi menawarkan bantuan
kepada Portugis. Dengan rasuah yang diberikannya, Portugis berjaya menerima
sokongan segelintir pembesar Melaka dan pedagang-pedagang asing.

Beberapa orang pedagang China telah menyerahkan tongkang-tongkang mereka


kepada Albuquerque. Ketua pasukan Jawa di Kota Melaka, Utimutiraja, secara
sulit berhubung dengan Albuquerque dan sanggup membantunya. Ninachatu,
seorang saudagar India juga menghantar berita sulit kepada Albuquerque.
Mereka juga membocorkan rahsia pertahanan Kesultanan Melayu Melaka kepada
Albuquerque

Rui D’ Araujo, seorang tahanan di Melaka telah memberitahu tentang kepentingan


jambatan yang menyambungkan istana dan kota. Menyedari bahawa penawanan
jambatan itu boleh memecahkan kekuatan Kota Melaka, Albuquerque ingin
menggunakan tongkang China untuk menawan jambatan itu. Pada malam
sebelum serangan kedua, kapal-kapal Portugis telah membedil Kota Melaka.
Apabila Albuquerque melancar serangan yang kedua, beliau mendapat kepastian
sokongan orang-orang Jawa dan sekumpulan orang dari India selatan.

Maka, pada pagi 10 Ogos 1511, Albuquerque melengkapkan sebuah tongkang


dan merapatkannya ke jambatan itu. Dari situ, Portugis membedil masjid, istana
dan kota. Sebahagian tentera Melaka dari kalangan orang-orang Jawa yang
merupakan pengikut setia Utimutiraja tidak membantu pada kali ini, walaupun
mereka dibayar gaji pendahuluan sebanyak tiga bulan. Sultan Ahmad sendiri 299
menaiki gajahnya dan cuba memberi semangat kepada askar-askar Melayu
tetapi masih gagal melawan serangan bertali arus askar-askar Portugis. Akhirnya
Melaka ditawan oleh Portugis.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


PENGHAPUSAN ISLAM
DI MELAKA
Sentimen Perang Salib

Sayangnya, Melaka dikelilingi oleh para pengikut Muhammad (Islam) yang


tidak boleh bersahabat dengan kita (Portugis) disebabkan Melaka dalam
keadaan kuat. Tanpa adanya tekanan, orang-orang Islam tidak akan setia
kepada kita. Mereka selalu waspada, setiap mereka melihat kesempatan,
mereka datang untuk mengambil kesempatan tersebut. Melaka memiliki
kekuatan dalam pelbagai bidang yang bersifat duniawi, begitu juga
dalam perkara rohani. Para pengikut Muhammad (Islam) telah terkepung
dan mereka tidak dapat pergi ke mana pun, mereka telah melarikan diri
sejauh yang mereka mampu. Masyarakat tersebut berpihak pada satu
sisi (Sultan), sedangkan para pedagang berpihak pada agama kita.
Muhammad (Orang Islam) akan hancur dengan kebenaran. Ia tidak
akan dapat melakukan apa pun kecuali ikut hancur.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Sultan berkata, “Kalian tidak memahami apa yang terjadi. Mereka


(Portugis) datang untuk mengintip-ngintip tanah kita agar mereka boleh
kembali di kemudian hari dengan membawa armada perang. Beta
dan kalian sama-sama tahu bahawa mereka akan menakluki dunia,
menghancurkan dan menodai nama Nabi kita yang suci. Biarkan mereka
semua mati dan jika ada orang-orang yang datang lagi setelah ini, kita
akan menghancurkan mereka di laut dan di darat. Kita memiliki ramai
pahlawan, jong dan emas lebih banyak dari kerajaan manapun. Portugal
300 terletak jauh di sana. Mari kita bunuh mereka semua”.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Ulasan :
Kedua-dua catatan Tome Pires di atas membuktikan bahawa matlamat
Portugis untuk menguasai Melaka bukan semata-mata untuk menguasai
perdagangan dunia. Namun Portugis juga membawa sentimen perang
salib. Mereka mahu menghapuskan Islam dari bumi Melaka. Dendam
mereka terhadap orang-orang Islam di Eropah khususnya Andalusia
dibawa ke Melaka. Dengan sebab itu, ketika Portugis menguasai Melaka,
mereka telah menghapuskan semua kesan-kesan peninggalan Islam di
situ.

Natijahnya, sehingga hari ini masih lagi ramai orang yang tidak percaya
dengan kegemilangan yang pernah ditempuh oleh Kesultanan Melayu
Melaka. Malah yang lebih kritikal pada hari ini, terdapat sebilangan warga
tempatan yang menafikan kewujudan Kesultanan Melayu Melaka. Maka
terbitlah sikap sinis pandangan negatif terhadap sejarah-sejarah yang
menceritakan tentang kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Perkara
ini terjadi disebabkan semua kesan-kesan peninggalan Kesultanan
Melayu Melaka telah dihapuskan Portugis sebagaimana mereka
menghapuskan kesan-kesan Islam di Portugal sendiri.

Pengusiran Umat Islam Dari Melaka

Lelaki itu adalah Duarte Fernandes, seorang tukang jahit yang


dipenjarakan bersama Rui D’ Araujo, dia juga telah belajar bahasa
Melayu. (Dalam suratnya) Albuquerque memaklumkan kepada Raja
Siam tentang situasi di Melaka, dan mengisytiharkan bahawa beliau
tidak akan meninggalkan tempat tersebut berserta Raja Portugal,
penguasanya, tanpa memusnahkan raja yang zalim (Sultan Melaka)
dan seluruh umat Islam yang membantunya. Beliau menambah
bahawa beliau akan memaklumkan kepada baginda (Raja Siam) sebaik
sahaja Tuhan menganugerahkan kepadanya kemenangan yang mutlak. 301
Maka dengan itu, baginda (Raja Siam) dapat menghantar rakyatnya

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


untuk menghuni kota tersebut menjadi sebahagian kota orang-orang
Siam yang mana orang-orang Portugis boleh bekerjasama dengan baik.
Matlamat beliau ialah untuk tidak membiarkan mana-mana orang
Islam tinggal (di kota Melaka).
Catatan Joao de Barros dalam On The Deeds & Discoveries &
Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands

Enam belas hari telah berlalu sejak serangan terakhir ke atas kota
tersebut, beliau (Albuquerque) telah memanggil untuk menghadiri
mesyuarat majlis (kapten-kapten) dan memberitahu kepada semua yang
hadir :-

Tuhan, Penguasa kita, menjadi saksi bahawa pada serangan pertama


dengan pertolongannya dan usaha kita, maka kita telah memasuki kota
itu. Aku telah meninggalkan serangan tersebut yang mana bertentangan
dengan keinginanku sendiri, kerana kita tidak mempunyai bekalan yang
mencukupi untuk kita terus kekal, dan kamu semua juga bersetuju
dengan keputusanku. Aku tidak akan berundur ke kapal armada untuk
menyelamatkan nyawaku, kerana kehilangan nyawaku tidak bererti kita
akan kehilangan segala-galanya; salah seorang daripada kamu boleh
menggantikan aku untuk menjawat jawatan ini. Sebagai perbandingan
kehilangan kota ini merupakan kerugian yang lebih besar berbanding
kehilangan nyawaku dari segi khidmat kepada Tuhan, Penguasa kita
dan Raja Portugal, yang berkuasa ke atas kita. Kota ini adalah sumber
yang paling besar bagi rempah-rempah, ubat-ubatan dan kekayaan
di seluruh dunia.

Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya, dan ianya wujud
di atas manfaat-manfaat perdagangan. Kebanyakan pedagang adalah
orang Islam, yang tinggal di setiap negeri yang dikenali di India dan
302 juga di tempat-tempat yang lain. Melalui Melaka mereka mampu untuk

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


berdagang di pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak boleh
membekalkan rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam
kuantiti yang begitu besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice.
Kota ini adalah sumber perdagangan yang mengalir ke Calicut sebelum
kita menakluki India.

Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari Melaka, api umat


Islam akan dipadamkan dan kepercayaan mereka tidak akan
tersebar lebih jauh lagi dengan sendirinya. Ini juga boleh menjadi
punca umat Islam meninggalkan India. Kita telah mengambil dari mereka
mata air mereka di India, dan jika kita mengambil yang satu ini (Melaka)
juga, mereka (umat Islam) tidak akan mempunyai negara untuk menyara
mereka.

Di semua tempat (yang kami singgah) tidak ada petunjuk pada mana-
mana kota lain di mana rempah boleh didapatkan. Ini adalah komoditi
utama yang mana dengannya umat Islam menjalankan perniagaan,
dan jika kita mengambil perdagangan itu daripada mereka, maka
tidak perlu untuk menggunakan apa-apa cara lain untuk menanggung
perbelanjaan-perbelanjaan armada kita yang telah dibawa ke sini. Walau
bagaimanapun, ianya sangat penting untuk kita memiliki armada di laut
secara berterusan bagi menghalang orang-orang Islam dari membawa
kekayaan-kekayaan ke Mekah sebagaimana mereka membawanya ke
sini.

Kamu semua akan menyedari bahawa lapan buah kapal orang Islam
(Melaka) yang telah kita tawan boleh menampung lebih kargo lebih
daripada dua puluh buah kapal-kapal (galleon) kita. Berapa banyak lagi
yang boleh di bawa ke dalam semua kapal-kapal Melaka yang mana
setiap hari meninggalkan pelabuhan ini, di samping kapal-kapal yang
dimiliki oleh pedagang asing! Dari sini lada-lada lebih banyak di ambil ke
303
Timur Tengah berbanding dari Calicut. Dengan hanya setengah pusingan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


kunci laluan ini akan ditutup, maka Raja, penguasa kita, akan menjadi
penguasa bagi seluruh perdagangan ini.

Melaka adalah sebuah kota yang besar, dan ianya kelihatan sukar untuk
ditawan. Ini akan menjadi begitu jika Sultan mempunyai sebuah lagi kota
yang lain yang dia boleh mengukuhkannya; tetapi dia tidak memilikinya.
Jika dia kehilangan Melaka, dia akan mengalami kerugian yang mutlak.

Maka boleh dikatakan bahawa jika kita mengambil kota ini dengan
kekerasan, pedagang asing bukan Islam akan lari daripada kota ini, dan
tidak ada bekalan lagi yang boleh didapati, kerana bekalan-bekalan
datang dari luar negara untuk orang-orang ini. Aku beritahu pada kamu
semua, kita hanya memerlukan Ninachatu untuk kekal, bersama-sama
dengan saudara-mara dan kawan-kawannya. Dengan sebab itu, aku akan
memberikan keselamatan kepadanya dan meletakkan kepercayaanku
padanya. Dia dan pengikutnya akan kekal di sini dan akan memujuk
orang-orang lain untuk turut kekal di sini. Mereka sudah biasa hidup di
bawah kuasa dan kezaliman orang-orang Melayu, yang bersikap tidak
munasabah, bangga diri dan tanpa kebenaran dan keadilan. Mereka
sudah tentu akan lebih suka cara kita memberikan keadilan, kehalusan
dan kelembutan- cara Raja kita, kedaulatan kita, mahukan kita melayan
orang-orang yang ingin menjadi pengikutnya di wilayah-wilayah ini.

Aku tidak mengatakan bahawa orang-orang yang melarikan diri pasti akan
kembali semula untuk menghuni Melaka, tetapi dari India mereka yang
lain akan datang untuk tinggal di dalamnya dan mereka akan mendirikan
tembok-temboknya dengan emas. Aku nyatakan semua ini di hadapan
kamu supaya aku berharap kamu semua memberitahuku semula sama
ada kamu setuju untuk membina sebuah kubu di kota ini.

Ini adalah keinginanku, semasa aku mentadbir India, di mana aku sama
304
sekali tidak akan mendarat bersama orang-orangku, atau berperang,
sekiranya tempat ini tidak dilindungi dengan sebuah kubu. Padaku,
ianya seolah-olah hanya semata-mata menawan satu tempat dengan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


kehilangan nyawa-nyawa sebahagian tentera dan meninggalkannya
tanpa sebarang manfaat buat Raja, penguasa kita, yang tidak akan
memberi risiko kematian ke atas seorang lelaki pun, jika boleh, bagi
mendapatkan semua kekayaan yang boleh diperolehi.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

(Ucapan Albuquerque kepada kapten-kaptennya) “Tuan-tuan, hasrat


tuan-tuan adalah sama denganku. Keinginan hati aku adalah untuk
berangkat dan menjalani kehidupan yang tenang. Setakat yang aku tahu,
aku tidak pernah bermimpi untuk hidup sepertimana kehidupan aku
sekarang. Dengan mengambil semua perkara, aku melihat bahawa Raja
berseorangan dan diabaikan. Baginda tiada siapa kecuali diri aku untuk
bercakap bagi pihak baginda, di mana dalam khidmat aku kepada Raja
aku telah berikrar dengan jiwa dan kesetiaan aku. Begitu juga dengan
tuan-tuan yang terikat untuk berkhidmat kepadanya.

Oleh itu, dengan segala kuasa yang diberikan kepada aku, aku perintahkan
kalian untuk tidak lagi berkata sebagaimana yang telah kalian katakan.
Tiada apa yang boleh menghalang aku daripada membina kubu yang
terbaik di sini mengikut kemampuan aku - kecuali mati. Jika aku mati
orang yang menggantikan aku boleh melakukan apa yang dia telah
putuskan. Jika aku meninggalkan tempat ini tanpa memberi jaminan
penguasaan kita ke atas kota yang mulia ini, dan menjadikannya milik
Raja, malah jika aku mengambil sepuluh conto emas bersama aku,
aku rela kepala aku dipenggal dan roh aku dihantar ke neraka. Jika kita
meninggalkan tempat ini dengan madu kekayaannya , siapa yang boleh
didapati untuk datang ke sini dengan rela menerima kepahitan kerja kita
yang telah kita tinggalkan tidak terlaksana?

305
Ini adalah kota utama dalam wilayah-wilayah ini, yang kaya dalam
perdagangan, yang telah menjadikan umat Islam kaya raya dan

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


berkuasa di rantau ini. Kita tidak dapat melakukan khidmat yang lebih
besar kepada Tuhan dan kepada Raja, penguasa kita, selain mengambil
alih daripada orang Islam perdagangan ini dan dengan itu menghalang
mereka daripada memiliki kekayaan mereka, dan menjadikannya milik
kita, dan orang-orang yang akan datang selepas kita, dengan kehendak
Tuhan dengan kapal-kapal mereka. Oleh kerana ini adalah kebenaran
jangan lagi berkata apa-apa mengenai perkara ini, tetapi kita dengan
rela meletakkan diri kita untuk bekerja bagi menyelesaikan membina
kubu tersebut secepat mungkin, kerana apabila ia siap kita akan merasa
tenang dan penuh dengan kegembiraan yang dibawa dalam berkhidmat
kepada Tuhan dan kepada Raja, penguasa kita, yang mungkin dapat
menjadikan keadaan kita yang gemilang pada waktu sekarang. Alasan-
alasan yang diberikan Gabenor seolah-olah baik untuk semua orang, dan
tidak ada lagi perbincangan (untuk kembali ke India).

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India

Penghapusan Kesan-Kesan Islam

Harta rampasan itu telah dibawa kepada Alfonso de Albuquerque yang


mana pada waktu itu sudah terlibat dalam pembinaan sebuah kubu
di atas bekas tapak masjid yang pernah didirikan di situ, yang dinamakan
“Famosa”. Dalam usaha untuk membinanya, dia telah menggunakan
batu-batu dari banyak makam orang-orang penting dalam kerajaan itu.....
Catatan Damiam De Goes dalam The Chronicle of The Most Happy
King Dom Manuel of Glorious Memory

Dinding kayu yang mana digunakan untuk sementara telah diselesaikan


sebelum dibina sebuah kubu dengan menggunakan batu dan kapur.
Batu-batu, yang terdiri daripada granit, telah diambil dari batu-
batu nesan para bangsawan, masjid dan bangunan-bangunan
306
lain. Kewujudan batu-batu ini tidak diketahui oleh Gabenor di mana
Rui D’ Araujo tidak memberikan maklumat tentangnya. Batu-batu itu

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


adalah bongkahan batu-batu yang telah siap diukir dan tiada apa yang
lebih baik (selain daripada bongkahan batu-batu tersebut) untuk tujuan
itu (pembinaan kubu).

Banyak daripada batu-batu tersebut adalah batu-batu nesan milik sultan-


sultan yang terdahulu dan telah tertanam begitu dalam, maka banyak
kerja-kerja yang dilakukan dalam menggali batu-batu tersebut. Sebagai
tambahan kepada batu-batu granit, mereka menemui batu kapur yang
mana mereka menjadikannya sebagai mortar.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese

Sultan Mansur Syah membina masjid yang indah, di lokasi tersebut


kini dibina kubu Melaka (A Famosa). Masjid tersebut dahulunya
merupakan bangunan yang paling indah di wilayah ini. Baginda
memerintahkan pembinaan jambatan-jambatan yang penuh hiasan
di atas sungai.

Catatan Tome Pires dalam Suma Oriental

Ulasan :
Di Eropah, bangsa yang pertama bangkit dari zaman kegelapan ialah
bangsa Sepanyol dan Portugis. Ini kerana mereka telah mendapat
manfaat ilmu yang ditinggalkan oleh orang-orang Islam di Andalusia.
Sebenarnya, bangsa Sepanyol dan Portugis adalah dari rumpun
yang sama. Mereka berasal dari salah satu puak dalam bangsa gasar
di Eropah iaitu puak Visigoth. Sebelum puak-puak Visigoth ini mendirikan
kerajaan Sepanyol dan Portugal di Semenanjung Iberia, orang-orang
Arab yang beragama Islam telah pun menguasai semenanjung itu dan
mendirikan kerajaan Islam di situ iaitu Kerajaan Bani Umayyah.

Ketika zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, negara Portugal 307


dikenali sebagai “al-Gharb al-Andalus” yang bermaksud Andalusia

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Barat. Ketika zaman pertengahan, Kerajaan Islam Andalusia merupakan
kerajaan yang termaju dan termoden di Eropah. Ilmu pengetahuan
berkembang pesat di situ. Pada waktu itu, puak-puak gasar yang hidup
di Eropah masih lagi berada di zaman kegelapan atau jahiliyyah. Mereka
ketinggalan berbanding umat Islam dari segenap segi.

Bermula dari kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia secara mutlak pada


tahun 1492, Sepanyol dan Portugal melunaskan dendam mereka pada
Islam. Umat Islam telah dibunuh dengan kejam dan diusir keluar dari
Sepanyol dan Portugal. Nasib umat Islam di Portugal lebih malang ketika
zaman pemerintahan Raja Dom Manuel I yang memerintah Portugal dari
tahun 1469 hingga 1521.

Di bawah pemerintahan Raja Dom Manuel I, beliau telah mengamalkan


polisi “inquisition” iaitu satu bentuk penghapusan Islam secara
total. Polisi ini juga dijalankan oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabela
di Sepanyol. Oleh itu, lahirlah “Portuguese Inquisition” dan “Spanish
Inquisition”. Raja Dom Manuel I juga adalah menantu kepada Raja
Ferdinand dan Ratu Isabela. Dengan sebab itu, hubungan di antara
Sepanyol dan Portugal sangat akrab.

Raja Dom Manuel I telah mengamalkan polisi “Portuguese Inquisition”


dengan memaksa orang-orang Islam untuk murtad dan masuk ke agama
Kristian secara paksa. Jika mereka enggan, mereka akan diseksa dengan
kejam atau dibunuh. Rumah-rumah mereka dibakar dan ahli keluarga
mereka dibunuh dan dirogol di hadapan mata mereka sendiri. Selain itu,
kesan-kesan peninggalan Islam seperti masjid, istana, perkuburan dan
bangunan binaan orang-orang Islam akan dimusnahkan.

Apabila orang-orang Portugal dapat mencedok ilmu pelayaran dari


orang-orang Islam, mereka telah berjaya belayar hingga ke Melaka.
308
Mereka juga akhirnya dapat menakluki Kota Melaka.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Oleh itu, polisi “Portuguese Inquisition” juga telah dilaksanakan
di Melaka atas arahan Raja Dom Manuel I sebaik sahaja Portugis berjaya
menakluki Kota Melaka pada tahun 1511. Maka orang-orang Islam yang
berada di Kota Melaka selepas Portugis berjaya menawan Kota Melaka
mengalami penderitaan yang amat pedih sekali. Apa yang dilakukan
terhadap umat Islam oleh Dom Manuel I di Portugal, kezaliman yang
sama juga dilakukan di Melaka.

Umat Islam dipaksa untuk memeluk agama Kristian. Mereka juga


diseksa dengan pelbagai penyeksaan yang sangat zalim. Masjid-
masjid diruntuhkan dan dibakar. Perkuburan umat Islam dibongkar dan
dihapuskan. Batu bata binaan masjid di Melaka dan juga batu-batu
nesan dijadikan bahan untuk membina kubu A Famosa.

Dengan sebab itu, kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara berusaha untuk


menyelamatkan umat-umat Islam yang tertindas di Melaka. Maka pada
tahun 1512, Kerajaan Demak telah mengutuskan angkatan tentera
jihad untuk mengusir Portugis dari Melaka sekaligus menyelamatkan
umat Islam di Melaka. Manakala pada tahun 1537, Kerajaan Aceh pula
menyerang Portugis di Melaka.

309
Gambaran penduduk Melaka yang diseksa dengan teruk oleh Portugis setelah
Melaka ditawan.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Penghapusan Istana, Masjid dan Peninggalan Kesultanan Melayu
Melaka

Kejatuhan Kota Melaka pada bulan Ogos 1511 kepada Portugis tidak
bermakna Sultan Melaka mengaku kalah dan berpindah ke Johor.
Albuquerque sedar Sultan Mahmud Syah yang membuat kubu-
kubu pertahanan di Batu Hampar, Bertam dan Taboh Naning pasti
akan cuba menawan semula Melaka. Oleh itu, Albuquerque ingin
mengekalkan kedudukan Portugis di Melaka.

Walaupun Albuquerque hanya berada di Melaka hingga bulan


Januari 1512, beliau dapat mendirikan sebuah kota kecil untuk
mempertahankan serangan tentera-tentera Melaka terhadap mereka.
Beliau bukan sahaja hendak menakluki Melaka selama-lamanya,
tetapi juga mahu membangunkan semula aktiviti perniagaan dan
perdagangan dengan segera.

Untuk mendirikan sebuah kota yang kukuh, beliau telah memecahkan


istana Kesultanan Melaka yang terletak di atas bukit dan Masjid Raya
yang terletak di kaki bukit. Batu-batu yang dikumpulkan dari pecahan
istana, masjid dan makam-makam sultan yang terdapat di belakang
masjid mencukupi untuk mendirikan sebuah kota kecil di antara Bukit
Melaka (Bukit St. Paul sekarang), muara dan Sungai Melaka yang
mengandungi sebuah benteng muara berserta menara setinggi lima
tingkat.

Seramai 1,500 orang hamba abdi termasuk orang-orang Melayu yang


ditangkap selepas peperangan dipaksa mendirikan kota Portugis yang
pertama. Kemudian, kota kecil ini diperluaskan mengelilingi Bukit St.
Paul. Bukan itu sahaja, malah Portugis telah menghapuskan semua
masjid-masjid, makam-makam dan kesan peninggalan Kesultanan
Melayu Melaka.

310

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Sumber lukisan : Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

311

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


BIOGRAFI PENCATAT-PENCATAT
PORTUGIS
Tome Pires

Tome Pires dilahirkan di Lisbon, Portugal pada


tahun 1468. Beliau merupakan seorang penulis,
bendahari kewangan dan ahli pelayaran Portugis.
Bapanya merupakan seorang pembantu kepada Raja
Joao II yang memerintah Portugal dari tahun
1481 hingga 1495. Sejurus selepas Portugis
berjaya menawan Melaka iaitu pada tahun
1511, Raja Dom Manuel I telah melantik
Tome Pires sebagai Bendahari Diraja yang
bertugas mengawal dan menjaga harta-
harta perdagangan Portugis di Melaka
dan Jawa. Maka Tome Pires telah tiba
di Melaka pada tahun 1512 dan beliau
tinggal di Melaka sehingga tahun 1515.

Semasa di Melaka, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk


“Suma Oriental” yang bermaksud Dunia Timur. Buku tersebut juga
mengandungi maklumat-maklumat tentang Kesultanan Melaka sebelum
penaklukan Portugis. Buku Suma Oriental juga dikatakan merupakan
sebuah penulisan terawal oleh seorang penulis Portugis tentang dunia
timur. Pada tahun 1516, beliau telah diutuskan oleh Raja Portugal iaitu
Raja Manuel I sebagai duta ke China bagi menjalinkan hubungan dengan
kerajaan dinasti Ming di China yang dipimpin oleh Maharaja Zhengde.

312
Namun begitu, kehadiran utusan Portugis ke China tidak diundang oleh
Maharaja Zhengde dan beliau sangat marah dengan Portugis kerana

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


menakluk Melaka dan menghapuskan Kesultanan Melaka yang memiliki
hubungan yang sangat erat dengan kerajaan Ming di China. Kedatangan
mereka juga menimbulkan rasa curiga yang sangat besar pada Maharaja
Zhengde. Oleh itu, semasa Tome Pires dan rombongan Portugis tiba di
Guangzhou, mereka semua telah ditangkap oleh tentera-tentera China
dan mereka dipenjarakan di Jiangsu. Oleh itu, Tome Pires telah mati
di dalam penjara tersebut pada tahun 1540 ketika berusia 70 tahun.

Duarte Barbosa

Duarte Barbosa telah dilahirkan


di Lisbon, Portugal pada tahun 1480.
Beliau adalah seorang penulis dan pegawai
Portugis di India. Beliau sangat mahir
berbahasa Malayalam dan pernah
menjadi penterjemah kepada
Alfonso de Albuquerque.
Beliau telah menulis sebuah
karya yang bertajuk “Book
of Duarte Barbosa”. Buku ini
turut mengandungi sejumlah
maklumat penting tentang
Kesultanan Melaka. Beliau
juga merupakan adik ipar
kepada Ferdinand Magellan, seorang pelayar Portugis yang terkenal
tetapi berkhidmat untuk Raja Sepanyol.

Pada 10 Ogos 1519, Duarte Barbosa mengikuti pelayaran Ferdinand


Magellan bersama sahabat baiknya iaitu Joao Serrao dan panglima
Awang Hitam dari Melaka yang juga dipanggil dengan nama Enrique
de Malacca. Panglima Awang Hitam bertindak sebagai jurubahasa 313
dan pemandu pelayaran. Ketika rombongan ini tiba di Filipina, mereka
telah terlibat dalam perang Mactan iaitu sebuah peperangan di antara

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


penduduk tempatan yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam yang
bernama Datuk Lapu-lapu menentang angkatan tentera Sepanyol yang
dipimpin sendiri oleh Ferdinand Magellan. Raja Humabon, iaitu pemimpin
Cebu telah berpakat dan bekerjasama dengan tentera Sepanyol untuk
menentang Datuk Lapu-lapu.

Menurut sejarah, Ferdinand Magellan terkorban di dalam perang Mactan


ini. Namun Duarte Barbosa dan Joao Serrao terselamat dan mereka
dilantik menjadi panglima perang Sepanyol yang baru menggantikan
Ferdinand Magellan. Duarte Barbosa, Joao Serrao dan saki baki tentera
Sepanyol yang selamat dalam perang Mactan kemudiannya dijemput
oleh Raja Humabon, rakan pakatan mereka dalam perang Mactan untuk
hadir ke istananya. Namun begitu, Duarte Barbosa, Joao Serrao dan
tentera Sepanyol tersebut telah mati diracun oleh Raja Humabon yang
dikatakan berpakat dengan Awang Hitam untuk membunuh mereka.
Setelah itu, panglima Awang Hitam telah menghilangkan diri. Duarte
Barbosa telah mati di Cebu, Filipina pada tahun 1521.

314

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Gaspar Correia

Gaspar Correia berkemungkinan lahir


pada tahun 1490. Beliau telah berkhidmat
sebagai penyelenggara kamar-kamar Raja
Dom Manuel I pada tahun 1506. Beliau telah
berlayar ke India bersama armada kapal Jorge
de Melo de Albuquerque yang berangkat
dari Tagus pada 25 Mac 1512.

Di Goa, beliau telah berkhidmat


sebagai setiausaha dan juga
pembantu kepada Alfonso de
Albuquerque. Gaspar Correia
juga dilantik menjadi salah seorang panglima Istana Dom Joao III ketika
beliau mengambil alih gudang di Sofala pada tahun 1526. Sebahagian
besar masa hidupnya dihabiskan di Asia Tenggara (Nusantara). Beliau
dikatakan meninggal dunia pada tahun 1563 di Melaka. Menurut
beberapa sumber, beliau telah mati dibunuh.

Gaspar Correia adalah penulis “Lendas da India”. Beliau memulakan


penulisan karya tersebut setelah sekian lama beliau berada di India.
Manuskrip “Lendas da India” ini pada asalnya memiliki empat jilid yang
mana telah dibawa ke Portugal oleh D. Miguel da Gama pada tahun 1583.
Namun begitu, setelah itu jilid pertamanya telah hilang secara misteri.
“Lendas da India” ini mengandungi maklumat yang banyak tentang
Kesultanan Melayu Melaka.

315

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Joao De Barros

Joao de Barros telah dilahirkan di Viseu,


Portugal pada tahun 1496. Beliau menerima
pendidikan di Istana Diraja Raja Dom Manuel
I dan beliau juga bersahabat baik dengan
putera raja iaitu Dom Joao III. Disebabkan
itu, Joao de Barros menerima beberapa
pelantikan jawatan dalam perkhidmatan
dan pentadbiran awam.

Semasa beliau bekerja di pejabat di


“Casa da India”, beliau mempunyai
peluang yang besar untuk
menyelidik dokumen-dokumen
di arkib sejarah dan mendengar
cerita-cerita dari pelayar-pelayar
dan pedagang-pedagang yang datang dari timur. Dalam banyak tahun,
beliau memiliki maklumat-maklumat sulit Portugal. Semua laporan-
laporan dari pegawai-pegawai Portugal di India sampai di tangannya.

Disebabkan itu, beliau memiliki maklumat yang luas tentang aktiviti-


aktiviti komersial Portugis, tahap pencapaian gabenor-gabenor dan para
pegawai diraja. Walaupun beliau tidak pernah berada di India, namun
beliau memiliki kelebihan untuk mendapat maklumat langsung tentang
hal ehwal yang berlaku di India. Dengan maklumat-maklumat tersebut,
beliau memulakan penulisan tentang sejarah Portugis yang berlaku
di India dan Asia Tenggara dengan penuh kesabaran dan ketelitian.
Beliau dipercayai memulakan penulisannya selepas tahun 1531.

316

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Fernao Lopes De Castanheda

Fernao Lopes de Castanheda telah dilahirkan


di Santarem, Portugal sekitar tahun 1500.
Ayahnya yang bernama Lopo Fernandes
de Castanheda merupakan seorang
majistret daerah yang mendapat latihan
perundangan. Fernao Lopes de Castanheda
telah menuntut di Convent of St. Dominic di
mana beliau mendapat pendidikan yang
biasa di situ. Pada tahun 1528, beliau
telah berhijrah ke India bersama
dengan ayahnya yang dilantik
menjadi Hakim Bandar Goa, India.
Maka beliau telah menetap di India
dan Asia Tenggara selama 15 tahun.

Beliau telah mengumpulkan banyak maklumat sejarah tentang


penemuan-penemuan dan penaklukan-penaklukan Portugis di India,
yang mana beliau telah menyelesaikannya selepas beliau kembali ke
Portugal. Dari tahun 1547, namanya telah tercatat dalam senarai daftar
Universiti Coimbra sebagai pengawas dan penjaga perpustakaan. Beliau
telah meninggal dunia pada 23 Mac 1559 di Coimbra dan dikebumikan
di Gereja Saint Pedro.

Hasil karya Fernao Lopes de Castanheda adalah yang paling teratur dan
bersumber paling lengkap dalam lima puluh tahun pertama penguasaan
Portugis di Asia Tenggara (Nusantara) dan Asia. Tidak syak lagi, beliau
adalah pencatat sejarah Portugis yang paling hebat dalam kurun ke 16.
Tidaklah diketahui bagaimana beliau boleh memiliki ilmu pengetahuan
yang luas serta memaparkan konsep yang baik tentang sejarah
317
sebagaimana yang beliau nukilkan. Perkara ini berkemungkinan dari
pengalamannya berkhidmat di universiti.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Damiao De Goes

Damiao de Goes merupakan tokoh zaman


renaissance (zaman kebangkitan)
Portugis yang tiada tandingan.
Beliau merupakan seorang ahli
sejarah, budayawan, pengembara,
ahli falsafah, diplomat dan penyimpan
dokumen-dokumen sejarah.

Beliau dilahirkan di Alenquer, Portugal


pada tahun 1502. Ayahnya bernama
Rui Dias de Goes dan ibunya
yang bernama Isabel Gomes de
Lima merupakan isteri keempat
ayahnya. Damiao de Goes
kehilangan ayahnya sewaktu
beliau berusia sebelas tahun.
Beliau kemudiannya dipilih oleh istana diraja sebagai pengemas kamar-
kamar dan namanya tercatat sebagai salah seorang penghuni istana
diraja pada tahun 1518.

Sekitar tahun 1522, beliau meninggalkan Portugal dan memulakan


siri pengembaraannya sebagai seorang pegawai Raja. Beliau telah
berkhidmat di Jerman, Brabant dan Belanda dalam satu rundingan yang
sangat penting. Pada tahun 1529, beliau mengembara ke Baltik sebagai
seorang pegawai dan melawat Danzig di mana beliau mewujudkan
hubungan dengan para pedagang tempatan. Beliau kemudiannya
meneruskan pengembaraannya ke Lithuania, Poznan dan juga Istana
Raja di Cracow, Poland.

318

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pada tahun 1548, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang
pencatat sejarah tatkala beliau dilantik menjadi juru arkib sementara
Tone do Tombo. Sepuluh tahun kemudian, atas permintaan Cardinal
D. Henrique, Damiao de Goes mula menulis tentang sejarah Raja
Dom Manuel I di mana ianya merupakan satu tugas yang sukar. Walau
bagaimanapun, Damiao de Goes telah membuat rujukan-rujukan pada
sumber-sumber baru yang terdapat di arkib Tone do Tombo dan beliau
berjaya melaksanakan tugas yang sukar itu. Pada tahun 1566, beliau
telah menerbitkan bahagian pertama dan kedua Catatan Sejarah Raja
Dom Manuel I yang dipanggil “The Chronicle of the Most Blessed King
D. Manuel”.

Godinho De Eredia

Godinho de Eredia dilahirkan di Melaka


pada tahun 1563. Beliau adalah seorang
yang berdarah kacukan. Bapa beliau
adalah seorang pegawai Portugis di Melaka
manakala ibunya pula ialah seorang Bugis
dari Makassar yang menetap di Melaka.
Godinho de Eredia menghabiskan
zaman kecilnya di Melaka. Namun
ketika berusia 13 tahun, ayahnya
menghantarkannya ke Goa, India
untuk belajar di sana. Di Goa,
beliau telah menunjukkan
prestasi yang cemerlang
dalam bidang melakar peta,
astronomi dan matematik.

319

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Pada tahun 1600, beliau telah kembali ke Asia Tenggara dan melakukan
pelayaran dan penjelajahan ke timur Indonesia. Empat tahun berikutnya,
beliau telah pulang semula ke Melaka dan menetap di situ. Kemahirannya
yang tinggi dalam bidang melakar peta membuatkan pihak berkuasa
Portugis melantiknya ke jawatan yang penting dalam pentadbiran
Portugis.

Pada tahun 1631, Godinho de Eredia menulis sebuah karya yang bertajuk
“Description of Malacca” iaitu kira-kira seratus tahun selepas Melaka
jatuh ke tangan Portugis. Di samping mengandungi peta Melaka dan
wilayah-wilayah jajahan Portugis yang berhampiran dengan Kota Melaka,
buku ini juga mengandungi beberapa maklumat penting seperti salasilah
Sultan-sultan Melaka sehingga tahun 1511, lokasi jalan penarikan, lokasi
makam Parameswara dan banyak lagi maklumat-maklumat yang lain.

320

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


BIBLIOGRAFI
M.J Pitando (1993), Portuguese Documents On Malacca (1509-1511),
Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur

Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of


East, From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues,
Hakluyt Society, London

Mansel Longworth Dames, (1812), The Book of Duarte Barbosa, Hakluyt


Society, London

J.V. Mills, (1997), Eredia’s Description of Malacca, Meridional India, and


Cathay, Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society

A. Samad Ahmad, (1979) Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, Dewan Bahasa


& Pustaka, Kuala Lumpur

Prof Dr. Muhammad Yusof Hashim, (1989), Kesultanan Melayu Melaka,


Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Fuat Sezgin (2010), The Istanbul Museum For The History of Science And
Technology In Islam, Institut Fur Geschichte Der Arabisch-Islamischen
Wissenschaften, Frankfurt

Cecil H. Clough, P.E.H Hair, (1994), The European Outthrust and Encounter,
Liverpool University Press, Liverpool

Barry Fell (1983), Saga America : A Startling New Theory on the Old World
Settlement of America Before Columbus, Times Books, New York

Kong Yuanzhi (2010), Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Penerbit


Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Othman Mohd Yatim, Zamberi A. Malek, (1994), Meriam Dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu Nusantara, Jabatan Muzium dan Antikuiti
Malaysia, Kuala Lumpur

A. Samad Ahmad, (1987), Peluru Petunang, Dewan Bahasa dan Pustaka,


Kuala Lumpur

Harun Mat Piah, (2006), Kitab Tib : Ilmu Perubatan Melayu, Perpustakaan 321
Negara Malaysia, Kuala Lumpur

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Paul Wheatley, (2010), The Golden Khersonese, University of Malaya Press,
Kuala Lumpur

Che Husna Azhari, (2009), Sains dan Teknologi Alam Melayu, Institut
Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi

Dr Ahmad Dahlan, (2014), Sejarah Melayu, Kepustakaan Populer


Gramedia, Jakarta

Prof Dr. Hashim Musa, Dr. Rohaidah Kamaruddin, (2015), Hang Tuah : Catatan
Okinawa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang

Syed Nurul Akla Syed Abdullah, Adi Setia Mohd Dom, (2005), Pengembaraan
Ibn Battutah : Pengembara Agung, Karya Terulung, Menyingkap Wajah
Dunia, Institut Kefahaman Islam Malaysia. Kuala Lumpur

Stephen Oppenheimer, (1998), Eden In The East : The Drowned Continent of


Southeast Asia, Weidenfeld & Nicolson, London

Mohd Koharuddin Mohd Balwi, (2005), Peradaban Melayu, Penerbit Universiti


Teknologi Malaysia, Skudai

Syed Zulflida S.M Noor, (2006), Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka :


Kemunculan dan Kegemilangan, Arkib Negara, Kuala Lumpur

Auni bin Haji Abdullah, (2001), Islam Dan Perdagangan Dalam Sejarah Alam
Melayu, Darul Fikir, Kuala Lumpur

Ahmad Jelani Halimi, (2008), Sejarah Tamadun Bangsa Melayu, Utusan


Publications and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Barbara Adams, (1998), Egytian Mummies, Shire Publications Limited,


Buckinghamshire

Ahmad Yanuana Samantho, (2011), Peradaban Atlantis Nusantara, Ufuk


Publishing House, Jakarta

T.F Earle & John Villiers, (1995), Albuquerque : Caesar Timur : Teks-teks
Pilihan oleh Alfonso de Albuquerque dan anaknya, Penerbit Universiti
Malaya, Kuala Lumpur

322 Muhamad Hasan Tok Kerani Mohd Arshad, (1968), At-Tarikh Salasilah Negeri
Kedah. Susunan semula Mohd Zahid Shah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


Buzurg al-Ramhurmuzi, (2017), Aja’ib al-Hind Barrihi Wa Bahrihi, Terj. Arsyad
Mokhtar, Baytul Hikma, Pulau Pinang

Barry Fell, (1983), Saga America : A Startling New Theory on the Old World
Settlement of America Before Columbus, Times Books, New York

Nazri Muslim & Abdul Latif Samian, (2016), Teknologi Di Alam Melayu,
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Mohd Jamil Mukmin, (2004), Melaka Pusat Penyebaran Islam


Di Nusantara, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka

Bahasa Othman, (1989), Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis


Publisher & Distributors. Sdn. Bhd.

Ahmad Jelani Halimi, (2006), Perdagangan dan Perkapalan Melayu


Di Selat Melaka Abad Ke-15 Hingga Ke-18, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

O.W. Wolters, (2011), Kemaharajaan Maritim Sriwijaya & Perniagaan Dunia


Abad III - Abad VII, Terj. Edy Sembodo, Komunitas Bambu, Jakarta

Kevin Reilly, (2012), The Human Journey: A Concise Introduction


to World History, Rowman & Littlefield Publishers, Plymouth, UK

Micheal Adas, (2001), Agricultural and Pastoral Societies in Ancient and


Classical History, Temple University Press, Philadelphia

John Crawfurd, (1856), A Descriptive Dictionary of The Indian Islands and


Adjacent Countries, Bradbury & Evan Printers, London

Heidi Roupp, (2015), Teaching World History: A Resource Book, Routledge


Taylor & Francis Group, New York

Muzium Negara

Perbadanan Muzium Negeri Melaka

323

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA


BIODATA PENULIS
Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof merupakan
anak kelahiran Langkap, Perak. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Langkap dan
Sek. Men Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-
undang dan Syariah (LLB_S) dan Ijazah
Sarjana Undang-undang Pentadbiran Islam
(LLM) dari Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. Beliau memulakan
kerjayanya sebagai
peguambela dan peguamcara
di Azra & Associates, Petaling
Jaya. Kemudian beliau menyertai
perkhidmatan awam dengan berkhidmat
sebagai Pegawai Syariah di Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia. Jawatan
beliau yang terakhir dalam perkhidmatan
awam ialah sebagai Pegawai Penyelidik
Bagi Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka.
Kini beliau mengasaskan Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam. Beliau juga
sedang menyambung pengajian di peringkat
Doktor Falsafah di Institut Alam dan
Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan
324 Malaysia. Beliau giat melakukan
penyelidikan sejarah di dalam dan luar
negara.

TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA

Anda mungkin juga menyukai