Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

Penghargaan..........................................................................................................3

Pendahuluan..........................................................................................................4

Pengertian seni dalam Islam..................................................................................5

Pengaruh Kesenian Islam di Malaysia.....................................................................6

Budaya Harian.........................................................................................6

Seni Bina.................................................................................................12

Kesimpulan.............................................................................................................15

Rujukan...................................................................................................................16

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bersyukur kami kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sesungguhnya doa, usaha dan tawakal itu penting bagi kita yang beragama Islam ini bagi menjalankan sesuatu amanah yang dipikul. Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kedua ibu bapa kerana keperihatinan mereka serta sikap mereka yang tidak jemu menasihati dan memberi bimbingan agar terus berusaha. Keperihatinan mereka membawa sinar baru kepada kami untuk terus berusaha sehingga menjadi insan yang berjaya. Kepada ustaz yang banyak mengajar tentang seni dalam Islam ini, terima kasih kami ucapkan atas kesudian membimbing serta memberi belbagai ilmu. Ditambah lagi dengan pengalaman peribadi beliau, dapatlah lagi menggambarkan dengan lebih dekat tentang seni dalam sesuatu binaan, tempat, negara dan lain-lain lagi. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang membantu dalam memberikan ideaidea yang bernas lagi jitu. Sesungguhnya Allah mengirimkan mereka kebumi bukan untuk bermusuhan, sebaliknya menolong antara satu sama lain. Sekian sahaja untuk kali ini. diharapkan segala yang diisi dalam tugasan ini memenuhi kehendak dan garis panduan yang ditetapkan. Sekian, wassalam.

PENDAHULUAN

Malaysia sudah merdeka selama 52 tahun. Dalam 52 tahun itu juga, Malaysia membangun dengan pesatnya. Kejayaan malaysia mencipta nama di peringkat antarabangsa membuka mata dunia bahawa Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara lain. Didalam aspek seni Islam contohnya, terdapat pelbagai senibina-senibina mega yang mempunyai pengaruh seni Islam yang kini menjadi kemegahan Malaysia seperti masjid Putrajaya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Jika dikaji dengan teliti, setiap pengaruh seni dalam sesuatu binaan membawa banyak manfaat. Kebanyakkan acuan sekarang banyak mengambil idea-idea luar yang menarik. Kelihatannya meniru sesuatu simbol kemegahan orang lain, namun dari sudut positifnya, pengaruh-pengaruh luar inilah yang akan menarik pelajar-pelajar, pelancongpelancong, para penyelidik mahupun rakyat biasa untuk lebih mendalami seni. Sepertimana yang kita tahu, setiap aspek dalam Islam adalah yang terbaik dan tiada yang dapat menandingi kesempurnaan Islam. Oleh itu tidak kira dari sudut politik, sosial dan ekonomi kebanyakannya banyak menerima pakai sistem Islam dan ini meyakinkan kita bahawa Malaysia yang serba moden ini banyak dipengaruhi oleh seni-seni Islam. Oleh itu kita perlulah mengkaji sedikit sebanyak tentang pengaruh-pengaruh seni islam di Malaysia agar kita tidak ketinggalan menghayati dan mengambil tahu betapa halusnya seni dalam Islam.

PENGERTIAN SENI DALAM ISLAM

Seni (art) biasanya dimaksudkan untuk menunjuk pada semua perbuatan yang dilakukan atas dasar dan mengacu kepada sesuatu yang indah (Lorens Bagus, 1995, 987). Walau bagaimanapun, pengertian seni menurut Islam agak berbeza berbanding pengertian seni yang difahami oleh pengkaji Barat. Seperti dalam aspek-aspek yang lain juga, ungkapan Islam dalam pengucapan kesenian Islam adalah adjektif, iaitu tentang sifat kesenian yang berlandaskan prinsip keislaman. Pada aras yang paling umum, kesenian Islam dapat didefinisikan sebagai kesenian yang meliputi penciptaan, apresiasi dan penilaian yang responsif terhadap wahyu dari AlQuran dan Al-Hadis. Seni merupakan kegiatan yang harus dan dibolehkan tetapi mestilah mempunyai batasannya. Dalam erti kata yang lain, tidak semua kegiatan seni dibolehkan dan hanya sebahagian seni sahaja yang dibolehkan dalam Islam. Walau bagaimanapun, seni digalakkan terutamanya yang membawa nilai keindahan yang abadi iaitu kebenaran (tauhid). Kesenian Islam ialah kesenian dari ungkapan jiwa Muslim yang kembara menuju kesempurnaan. Selepas kedatangan Islam dan penganut-penganutnya dikejutkan oleh keindahan seni Islam, contohnya keindahan seni al-Quran yang mencabar kebijaksanaan masyarakat Arab Quraisy. Selain itu, manusia juga dikejutkan oleh pandangan kewujudan berkaitan dengan metafizik dan alam nyata. Keterpesonaan ini telah mulai menyentuh jiwa mukmin yang mempunyai bakat dan berjiwa seni.

PENGARUH KESENIAN ISLAM DI MALAYSIA


Jika disenaraikan satu demi satu pengaruh kesenian Islam di Malaysia ini, terlalu banyak dan tidak habis disenaraikan kerana lihat sahaja sejumlah besar penduduk Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam. Setiap tingkah laku serta sifat dalaman yang semula jadi adalah cenderung kepada keIslaman. Terdapat beberapa pengaruh kesenian Islam yang jelas kita dapat lihat. Antaranya ialah dari: 1.BUDAYA HARIAN Kedatangan & penyebaran kesenian Islam telah megubah perspektif yang terdapat di Malaysia terutama sekali bagi bangsa melayu, antara perspektif yang telah berubah oleh sebab kedatangan Islam ialah dari segi sosial. 1.1 Pakaian

Dari segi cara pemakaian melayu, pemakai pakaian orang melayu seketika dahulu sudah sememangnya sudah sopan & teratur. Tetapi dengan kedatangan pengaruh seni Islam, budaya pemakaian melayu & Islam telah diubahsuai untuk menepati ajaran Islam yang menggesa umatnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.namun
6

ada juga pakaian yang tidak islamik tetapi diubahsuai mengikut kehendak Islam. Namun begitu, pada masa ini pula busana muslimah turut digabungkan dengan unsur kemelayuan seperti mini jubah,sulam tampal,kerawang dan sebagainya. Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung, Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau. Apabila disebut saja baju kurung, tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh, besar dan menyelubungi seluruh badan. Namun begitu, baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian sahaja. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak-geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati. Suatu yang sukar untuk dibuktikan dengan tepat tentang siapa yang mula-mula memakai baju kurung. Ini berlaku kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah lama dipakai oleh berbagai penduduk di wilayah nusantara. Menurut Judi Achjadi dalam buku Pakaian Daerah Wanita Indonesia, menyatakan bahawa baju kurung diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang-pedagang Islam dan India Barat. Baju ini mempunyai pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk Tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam Zaman Kesultanan Melayu Melaka, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri iaitu pakaian baju kurung Melayu asal. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan
7

singkat.Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini. Menurut Dato Haji Muhammad Said Haji Sulaiman dalam buku Pakaian Patut Melayu, pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura. Mengikut Mattiebelle Gettinger, baju kurung telah dipakai oleh penari istana di Palembang dan pakaian ini telah menjadi popular di Sumatera pada abad ke-20. 1.2 Tulisan

Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam. Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra ( bacalah ),maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara.

Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka. Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis. Kepentingan tulisan semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin semakin bertambah dengan meluasnya penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama, pentadbiran dan muamalat harian. Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, al-Quran ditulis di atas berbagaibagai bahan seperti halnya semasa zaman Rasulullah s.a.w. bahan-bahan ini dikumpul oleh Zaid bin Thabit dan kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran yang sejenis. Apabila para penghafiz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan dan timbulnya kelainan bacaan al-Quran di pelbagai tempat, maka Khalifah Uthman bin Affan mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit yang diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar r.a Dalam sejatah penulisan, Khat telah lahir berbagai-bagai jenis tulisan khat yang setiap jenisnya memancarkan kesenian yang tinggi mutunya. Menurut Syed Ahmad Jamal:

Tiada bentuk seni tulisan lain, selain tulisan Cina, yang begitu banyak jenis dan cara yang mencapai taraf estetika yang tinggi

(Syed Ahmad Jamal, 1981: 13)

1.3 Bahasa dan Kesusasteraan

Pertuturan kita pada masa sekarang boleh dikatakan moden kerana selaras dengan permodenan dunia, bahasa Inggeris telah banyak diguna pakai dalam perbualan harian. Namun sedarkah kita bahawa perbendaharaan kata kita sedikit sebanyak menyerapkan istilah-istilah arab. Antaranya ialah kitab, syaitan, adi, sultan dan sebagainya. Selain itu kita harus berbangga dengan bahasa melayu kita sendiri kerana pada suatu masa dahulu bahasa melayu menjadi linguafranca iaitu bahasa penghubung setiap pedagang mahupun masyarakat sendiri. Tulisan jawi juga digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya surat khabar lama yang masih menggunakan tulisan jawi. Orang melayu pada masa dahulu menggunakan tulisan jawi dalam semua urusan dari serendah-rendah hampa sehingga setinggi-tinggi pangkat iaitu raja. Selain itu, kedatangan kesenian Islam di Malaysia juga mengubah perspektif & pemikiran orang Malaysia terutamanya bangsa melayu dalam perihal perhiasan sama ada perhiasan diri mahupun kediaman. 1.4 Seni Muzik

10

Antara kesenian masyarakat Melayu yang paling popular ialah seni tari dan alat muzik. Sebelum kedatangan Islam, muzik di Alam Melayu berunsurkan Hindu dan Buddha. Apabila Islam datang ke Nusantara, Islam memperkenalkan bentuk-bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Contoh persembahan yang diadaptasikan ialah seperti hadrah, rodat, dabus dan dikir rebana. Kesemuanya dipersembahkan secara berkumpulan yang diiringi dengan rebana dan gong (Abdul Kadir 1988).Contoh-contoh muzik ialah: 1) Rodat Rodat merupakan sejenis muzik yang berasal dari tanah Arab. Perkataan rodat dipercayai berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ulang-ulik, bersahut-sahutan kembali atau yang menunjukkan berbalas-balas. Rodat juga dipercayai lahir bersama-sama nazam, maulud, berzanji, zapin, hasiddah, nasyid dan berhadrah. 2) Hadrah Hadrah berasal dari negara Timur Tengah. Hadrah merupakan paluan gendang bersertakan nyanyian yang memuji kemuliaan Tuhan, nasihat kepada saudara seagama, pujian untuk pengantin dan sebagainya 3) Ghazal Muzik ghazal juga berasal dari Tanah Arab yang dikatakan berkembang pesat di sekitar abad ke-8. Perkataan ghazal dipinjam daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi kasih. Dari tanah Arab, ghazal berkembang ke Parsi, Turki, India dan tempat-tempat lain termasuklah Malaysia. Ghazal menjadi Dendang Istana dan merupakan persembahan utama dalam majlis-majlis keramaian diraja atau di pesta-pesta negara. 4) Dabus

11

Muzik dabus hampir sama dengan hadrah dan rodat. Kumpulan muzik dabus berzikir memuji Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengiringi tarian biasa. Dabus berasal dari perkataan Bugis yang bermaksud batang besi yang tajam yang dipegang oleh penari semasa menari. Jumlah ahli kumpulan muzik dabus terdiri di antara 15-18 orang yang dibahagikan kepada lapan orang penari dan 8-10 ahli muzik. Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik dabus ialah rebana dan sebiji gong. Bilangan rebana berbeza dari kumpulan ke kumpulan. Sebilangan kumpulan pula menambah alat serunai untuk mengiringi nyanyian syair pada permulaan persembahan. 5) Nobat Muzik nobat juga berasal dari istana kerajaan negara-negara Islam di Timur Tengah. Muzik nobat dipercayai wujud semenjak pemerintahan raja Pasai iaitu Sultan Malik Ul-Salih atau dikenali juga sebagai Merah Silu. Muzik nobat dari Pasai ini kemudiannya dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu dan memainkan peranan penting dalam istiadat di istana kerajaan Islam Melaka. Nobat kini menjadi muzik istiadat di istana-istana di Tanah Melayu dan masih di kekalkan hingga ke hari ini (Abdul Kadir 1988)

2.SENI BINA Kemasukan dan penyebaran agama Islam ke Dunia Melayu-Nusantara bukan sahaja menyebarkan agama dan mengenalkan tamadun baru, malah bersamanya Islam mengekalkan seni bina masjid, tempat ibadah orang Islam. Kerajaan Islam Sumatera, Brunei, Jawa, Filipina, Patani dan Melaka juga terdiri. Perkembangan kerajaan Islam itu memungkinkan pula tukang-tukang yang mahir memperlihatkan daya kreativiti mereka. Mereka membina masjid yang seni binanya disesuaikan dengan alam dan persekitaran setempat, khususnya iklim yang panas dan hujan sepanjang tahun, serta dipadankan pula dengan bahan-bahan daripada kayu yang mudah didapati tanpa menjejaskan fungsi masjid.

12

2.1 Masjid Demak

Masjid Demak dianggap sebagai terawal yang masih kekal sehingga sekarang. Seni binanya menggambarkan seni bina Masjid Melayu-Nusantara yang awal dan menjadi bentuk seni bina masjid yang unggul. Bentuk masjid yang sedemikian tersebar ke seluruh Nusantara terutamanya ke daerah yang diduduki oleh masyarakat Islam. Pengaruh seni bina Arab, Turki, Farsi, Moghul dan Barat kemudian menyerap masuk sehingga menghasilkan pelbagai rupa bentuk masjid besar dan kecil ke seluruh pelosok Nusantara. Tamadun sesuatu bangsa tidak semesti hanya dapat dirakam pada tinggalan dan runtuhan bangunan. Maka itulah buku ini diharap menjadi sebahagian lagi rakaman tamadun, khususnya seni bina di Dunia Malaysia. 2.2 Masjid Putra

Masjid yang berkhubah berwarna merah jambu ini dibina dengan batu granit berwarna kemerahan dan boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah pada satu-satu
13

masa. Bahagian tembok ditingkat bawah tanah masjid ini menyerupai tembok di Masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi. Masjid ini terbahagi kepada 3 ruang utama-dewan sembahyang, bahagian perkarangan terbuka atau Sahn serta bilik-bilik dewan dan kemudahan belajar. Dewan sembahyang amat ringkas dan disokong oleh 12 tiang. Bahagian tertinggi dibawah khubah masjid ini adalah setinggi 250 kaki dari lantai. Ruang Sahn yang dihiasi beberapa buah kolam dan dipagari dengan barisan tiang menyediakan sebuah ruang yang luas dan indah untuk sembahyang berjemaah. Menara masjid yang mengagumkan ini dipengaruhi oleh rekabentuk Masjid Sheikh Omar di Baghdad. Pada ketinggian 116m, ianya merupakan salah sebuah menara tertinggi dirantau ini dan mempunyai 5 tingkat yang melambangkan 5 rukun Islam. 2.3 Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar tersergam indah di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bharu dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia. Masjid ini telah dibina oleh Bapa Johor Moden iaitu Sultan Abu Bakar pada tahun 1892, menandakan titik permulaan proses permodenan negeri Johor. Kerja pembinaannya memakan masa 8 tahun dan disempurnakan pada tahun 1900.masjid ini boleh menampung seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Senibina masjid ini memaparkan pelbagai gaya tetapi yang paling menonjol ialah gaya senibina Victoria. Ada yang berpendapat menara bilal masjid ini kelihatan seakan-akan menara jam British.
14

KESIMPULAN
Kesempurnaan seni Islam adalah manifestasi kesempurnaan dan mengharungi keindahan adalahkembara men cari kesempurnaan dan puncak kesempurnaan itu ialah Allah S.W.T.. Keindahan seni dari sudut ini juga bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi, tetapi merupakan salah satu wasilah di dalam mendekatkan diri kepada Pencipta Yang Maha Agung, sebagaimana ia-Nya dapat didekati dengan wasilah akal, jiwa atau penyebatian dari kesemua unsur-unsur ini. Berdasarkan penerangan yang dijelaskan ini, kita dapat memahami bahawa seni itu diharuskan dalam Islam tetapi haruslah berlandaskan pegangan Islam yang sebenar. Ianya haruslah selaras dengan keindahan abadi, ketuhanan dan tauhid agar selaras dengan kehendak Islam dan jiwa. Islam tidak melarang umatnya untuk berkarya, tetapi haruslah berpada-pada. Dalam kesenian Islam, sesuatu hasil seni itu bukanlah suatu tambahan yang sia-sia pada karya seni atau sekadar untuk kecantikan yang tidak berprinsip, atau untuk populariti maupun mengejar duniawi. Ia juga bukanlah suatu cara untuk memuaskan citarasa untuk mereka yang mencari hiburan semata-mata. Ia sama sekali tidak harus dianggap untuk memenuhi ruang-ruang kosong sesuatu ciptaan seni. Sebaliknya, kesenian dalam dunia Islam yang terdapat pada sesuatu abad dalam sejarah Islam, dari dahulu hingga kini memenuhi fungsi utama yang tersendirinya menampilkan maksud dan kepentingannya.

15

RUJUKAN
Internet: www.scribd.com/2867679/KESENIAN_ISLAM_Seni_Khat_Kaligrafi www.scribd.com/17299342/KONSEP-SENI-ISLAM www.scribd.com/17291314/Kepimpinan-Islam-Di-Malaysia www.scribd.com/16068450/Bab-8-Pembaharuan-Pengaruh-Islam-Di-Malaysia-SebelumKedatangan-Barat www.scribd.com/7794895-Islam-Dalam-Sejarah-Kebudayaan-Melayu-Syed-Mohd-NaquibAlAttas http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/f312-3.htm

Buku: Abbas Alias dan Norwani Md. Nawawi (2003), Pakaian Melayu:Sepanjang Zaman, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

Anda mungkin juga menyukai