Anda di halaman 1dari 2

Bicara Buku - aniq

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar kawan kawan? Nama saya Muhammad ANIQ MIRZA BIN MOHD HAIRI dan saya dari
sekolah sk seri chantek dan saya berumur 12 tahun. Hobi saya ialah membaca buku.

Kawan-kawan,

Pada hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang buku yang telah saya baca. Buku yang menarik
minat saya ini ialah bertajuk Tenaga Sampingan.

Sebelum saya cerita dengan lebih lanjut lagi.. mari kita kenali tentang maklumat buku ini.Buku ini
dikarang oleh Jasiman bin Ahmad dan mengandungi 43 halaman muka surat.

Kawan-kawan tahukah?,

Setiap hari manusia akan menggunakan pelbagai jenis tenaga untuk menggerakkan jentera. Tenaga
dapat memudahkan manusia melakukan sebarang aktiviti dan pekerjaan.

Terdapat pelbagai jenis tenaga yang boleh didapati di dunia ini. Antaranya tenaga fosil yang
dihasilkan dari proses penempatan jutaan tahun dahulu, tenaga alternatif yang boleh didapati di
alam semula jadi dan tenaga daripada proses pembakaran bahan-bahan lain. Tenaga juga berbagai-
bagai bentuk sama ada cecair, gas, sinaran atau yang tidak kelihatan.

Bagaimanapun kini tenaga semakin kehabisan. Minyak mentah, gas asli, arang batu atau uranium
adalah sumber tenaga yang semakin berkurangan. Tetapi , sumber tenaga yang lain pula masih
belum dipergiatkan secara menyeluruh.

Melalui pembacaan buku ini, dapat membantu saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi
tentang kewujudan, Kawasan, kuantiti, penggunaan dan alat-alat yang menggunakan tenaga
berbeza.

Selain daripada itu, walaupun buku ini sudah lama diterbitkan iaitu pada tahun 1998 tetapi ilmu yang
terkandung di dalamnya sangat bererti dalam kehidupan seharian manusia. Bagi kawan-kawan yang
suka ilmu sains saya cadangkan bacala buku ini. Dengan membaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan kita.

Buah duku diatas meja,


Di pinggan kaca untuk tetamu,
Bacalah buku dimana saja,
Kerana membaca jambatan ilmu.
Sekian sahaja dari saya

Saya sudahi dengan serangkap pantun

Bunga dedap di atas para,


Anak susun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari di susun maaf diminta.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai