Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA
SURAT

1 PENGENALAN 1

2 ELEMEN YANG PERLU 3


DIBUKTIKAN BERDASARKAN
PERUNTUKAN

3 KESIMPULAN 10

4 RUJUKAN 11
1.0 PENGENALAN

Dari sudut sejarah awal perundangan jenayah Islam di Tanah Melayu berjalan sekali
dengan sejarah kedatangan Islam itu sendiri yang mencatatkan bahawa pemerintahan
Melaka yang menjadi pusat terawal kepada kedatangan Islam pada zaman itu. Selain itu,
sejarah juga telah membuktikan bahawa hal ehwal pentadbiran jenayah ditadbir oleh
undang-undang yang diadaptasi dari negara India yang dikenali sebagai Straits
Settlement’s Penal Code 1872 (Kanun Keseksaan) dan Kanun Prosedur Jenayah
(Criminal Procedure Code) yang telah diperkenalkan pada tahun 1902 dan 1905.
(Siti Zubaidah Ismail,2017)

Enakmen atau peraturan-peraturan yang ada di Malaysia digubal dan


dikuatkuasakan untuk melindungi masyarakat daripada melakukan suatu perbuatan yang
boleh digelar sebagai jenayah dan dikenakan denda atau boleh dipenjarakan. Undang-
undang Jenayah Syariah atau dikenali sebagai Enakmen Jenayah Syariah telah dibuat
berdasarkan perlembagaan Malaysia khusus untuk setiap negeri masing-masing.
Undang-undang itu hanya akan berlaku kepada pesalah yang beragama islam sahaja
serta dibicarakan dan di hukum di bawah mahkamah syariah negeri.

Salah satu kesalahan yang boleh disabitkan dan menjadi salah satu kesalahan
untuk orang yang beragama Islam adalah dengan tidak membayar zakat atau fitrah.
Kewajipan untuk membayar zakat telah dilaksanakan dengan tegas semasa pemerintahan
Khulafa Al- Rasyidin iaitu pada pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Pada
waktu itu, beliau telah membuat keputusan untuk memerangi golongan yang enggan
membayar zakat. Islam mensyariatkan umat Islam untuk mengeluarkan sebahagian harta
mereka iaitu dengan zakat, bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan
harta pembayar zakat berdasarkan Firman Allah :

ِ ‫اَّلل ََِس‬ ِ ِ ِِ ِ
)103( ‫يم‬
ٌ ‫يع َعل‬
ٌ َُّ ‫ك َس َك ٌن َِلُْم َو‬ َ ‫ص ِل َعلَْي ِه ْم إِ َّن‬
َ َ‫ص ََلت‬ َ ‫ص َدقَةً تُطَ ِه ُرُه ْم َوتَُزكي ِه ْم ِبَا َو‬
َ ‫ُخ ْذ م ْن أ َْم َواِل ْم‬

1
Maksudnya:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya


dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka
(dari akhlak yang buruk)”
(Surah at-Taubah 9:103)

Mengikut statistik institusi zakat di Selangor pada tahun 1995, sebanyak RM1.8
juta orang yang tidak membayar zakat pada tahun tersebut dan turut meningkat nilainya
pada tahun 2011 sebanyak RM5.2 juta. Faktor utama yang menjadi penyebab
peningkatan ini adalah pembayaran zakat fitrah dilakukan secara terus kepada asnaf
tanpa melalui institusi zakat yang telah diberi kuasa kepadanya. Jelas di sini bahawa
mereka yang mengagihkan zakat sendiri adalah berdosa dan boleh disabitkan atas
kesalahan jenayah.
(Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad dan Mohamad Ali Roshidi
Ahmad. 2013)

Telah dinyatakan dalam enakmen kepada golongan yang tidak membayar zakat
dan tidak membayar zakat kepada pihak yang diberi kuasa. Kesalahan ini telah
disebutkan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor seksyen 21 yang berbunyi:
“ mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi (a) enggan membayar
atau sengaja tidak membayar membayar zakat atau fitrah itu atau (b) enggan membayar
atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau
mana-mana pihak lain yang diberi kuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgi atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya. Maka terjadinya kertas kerja ini untuk membahas mengenai seksyen 21 ini
dengan lebih terperinci lagi.

2
2.0 ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN BERDASARKAN
PERUNTUKAN

Ada beberapa elemen yang dapat dibahaskan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri
Selangor 1995, Seksyen 21 yang berbunyi :

Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi


a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau
fitrah itu; atau

b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau


fitrah itu melalui amil yang dilantuk, atau mana-mana pihak yang
diberi kuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah,

adalah menjadi suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh


didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

2.1 Mana-Mana Orang Yang Wajib Membayar Zakat Atau Fitrah

Orang yang berkewajipan untuk membayar zakat yang dinyatakan dalam enakmen
ini adalah orang yang beragama Islam seperti mana telah disebut dalam Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dalam seksyen 2 yang berbunyi:

“Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-


mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-
orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara
yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual
Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang

3
kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam
oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah
mana-mana undang- undang bertulis”

Dalam seksyen ini juga turut menyatakan secara khusus orang islam mana
yang berkewajipan untuk membayar zakat atau fitrah. Dalam portal zakat negeri
Selangor mengatakan zakat turut terbahagi menjadi 2 iaitu zakat fitrah dan zakat
harta. Menurut Sayyid Sabiq (1985) Zakat fitrah merupakan zakat yang
diwajibkan oleh sebab perubahan dari bulan ramadhan iaitu wajib secara peribadi
seorang muslim tidak mengira kanak-kanak ataupun orang dewasa lelaki atau
perempuan, merdeka atau hamba. Maka jelas di dalam Kitab Fiqih Sunnah ini
yang mengatakan orang yangberkewajipan untuk membayar zakat fitrah ini.

Di dalam Portal Zakat Selangor menjelaskan zakat harta pula dapat


dibahagi menjadi sembilan bahagian iaitu :

a) Zakat Pendapatan

Semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperoleh


daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap
atau sekali-sekali.

b) Zakat Wang Simpanan

Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf


dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat
wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas
20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

a) Zakat Kwsp,

Wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada


pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja
kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat

4
kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma
perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan
sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

b) Zakat Takaful,

Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan /


pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk
kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-syaratnya

c) Zakat Perniagaan,

zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan


sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan,
perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau
sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

d) Zakat Pelaburan,

Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai


pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan,
jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah
dicampurkan

e) Zakat Emas Dan Perak,

Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab


emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha
telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).

f) Zakat Padi,

Zakat padi wajib dikeluarkan atas hasil bersih jualan padi


(Hasil jualan padi – kos penghasilan padi). Kadar zakat padi ialah
5% dan nisbahnya ialah 1,306 kg.

5
g) Qada Zakat

zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal


ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja atau meninggalkanya
dengan apa-apa alasansehingga berlalu haulnya (setahun), maka
ia wajib ditunaikan dengan kadar segera.

2.2 Enggan Membayar Atau Dengan Sengaja

Sesiapa sahaja yang tidak membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat
seperti pembahasan diatas, maka kesalahan itu akan disabitkan kepada mereka.
Setiap zakat-zakat ini mempunyai cara pengiraan dan pembahagian harta yang
tersendiri yang telah ditetapkan dalam hukum syarak ataupun institusi-institusi
yang diberi kuasa oleh pemerintah. Maka mereka wajib membayar zakat pada
masa-masa tertentuapabila telah sampai haul atau waktu yang perlu membayar.

Dalam Utusan Malaysia telah membahas mengenai orang yang tidak


membayar zakat dalam negeri Selangor. Menurut Abdul Razak (2022)
dianggarkan lebih 600,000 individu dan syarikat yang layak membayar zakat
tetapi masih belum melunaskan ibadah tersebut. Menurut Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Selangor, Mohd Sabirin Mohd Sarbini, setakat
ini hanya 335 ribu individu termasuk syarikat yang sudah menjadi pembayar zakat
berdaftar dengan badan. Keseluruhan yang layak membayar zakat adalah sejuta
orang namun 335 ribu individu dan syarikat hanya membayar zakat.

Kebanyakan orang yang tidak membayar zakat ini adalah zakat harta dari
apa yang diusahakannya. Mengenai isu zakat fitrah, secara umumnya masyarakat
sudah menyedari kepentingan dan kewajipan untuk membayar zakat tersebut.
Disetiap daerah atau negeri-negeri telah dilantik beberapa orang yang ditugaskan
untuk menerima zakat fitrah pada bulan Ramadhan. Orang yang ditugaskan ini
6
dipanggil amil yang telah dilantik oleh Institusi-Institusi yang bertanggungjawab
dan biasanya mereka akan menerima zakat di masjid-masjid atau surau di setiap
daerah tersebut.

2.3 Enggan membayar atau sengaja tidak bayar melalui amil atau
mana-pihak yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat
atau fitrah.

Setiap orang yang ingin membayar zakat fitrah atau zakat harta, harus membayar
zakatnya kepada amil yang telah dilantik atau di Institusi yang bertanggungjawab
seperti Lembaga Zakat Selangor. Dalam tafsiran Enakmen Pentadbiran Agama
Islam Negeri Selangor 2012 dalam peraturan-peraturan zakat dan fitrah
mengatakan bahwa amil bermaksud seseorang beragama Islam atau institusi yang
dilantik oleh Majlis untuk menjalankan tugas memungut dan mengagihkan zakat.
Jelas didalam tafsiranini amil merupakan seseorang yang telah dilantik, oleh itu,
sesiapa sahaja yang ingin membayar zakat, perlu diberikan zakatnya kepada amil
atau institusi yang bertanggungjawab.

Dalam enakmen ini, tafsiran majlis yang ditugaskan untuk memungut


zakat adalah Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan dibawah subseksyen
4(1) iaitu penubuhan majlis yang membantu dan menasihati Duli Yang Maha
Mulia Sultan dalam perkara yang berhubung dengan agama Islam. Selain daripada
membantu dan menasihati Sultan, dalam Enakmen Pentadbiran Islam seksyen 86
mengatakan mengenai kuasa Majlis memungut dan mengagihkan zakat dan fitrah.
Dalam pembahasan ini dinyatakan mengenai majlis hendaklah berkuasa
memungut dan mengagih zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam yang kena
dibayar didalam Negeri Selangor mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang
Maha Mulia Sultan.

7
Menurut Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad dan Mohamad
Ali Roshidi Ahmad (2013) mengatakan bahawa mengikut statistik institusi zakat
di Selangor pada tahun 1995, sebanyak RM1.8 juta orang yang tidak membayar
zakat pada tahun tersebut dan turut meningkat nilainya pada tahun 2011 sebanyak
RM5.2 juta. Faktor utama yang menjadi penyebab peningkatan ini adalah
pembayaran zakat fitrah dilakukan secara terus kepada asnaf tanpa melalui
institusi zakat yang telah diberi kuasa kepadanya. Jelas di sini bahawa mereka
yang mengagihkan zakat terus kepada asnaf atau mana-mana yang layak adalah
berdosa dan boleh disabitkan atas kesalahan jenayah. Dalam enakmen telah diatur
kepada masyarakat untuk bertindak mengikut undang-undang yang telah diatur
dalam negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib mengikuti apa-apa yang
diperintah atau diatur oleh pemerintah sekiranya tidak mahu dikenakan denda.

2.4 Denda Tidak Melebihi Lima Ribu Ringgit Atau Dipenjarakan


SelamaTempoh Tidak Melebihi Tiga Tahun Atau Kedua-Duanya.

Dalam kesalahan tidak membayar zakat dan fitrah ini boleh dikategorikan sebagai
kesalahan yang boleh tangkap. Dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri
Selangor 2003 seksyen 2 dalam tafsiran yang membawa maksud “kesalahan boleh
ditangkap” adalah sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan
selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya Pegawai
Penguatkuasa Agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran. Dalam
enakmen Jenayah Syariah seksyen 21 ini membuktikan bahawa kesalahan ini
boleh ditangkap kerana dalam perenggan terakhir yang menyatakan bahawa
menjadi suatu kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi limaribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya. (Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor , 2003)

8
Dalam penangkapan ini,telah dijelaskan dalam enakmen yang sama dalam
seksyen 10 yang mengatakan sesuatu penangkapan Penguatkuasa Agama, pegawai
polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah menyentuh atau
mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap itu melainkan jika orang itu
menyerah diri sama ada dengan perkataan atau melalui perbuatan. Segala
penangkapan haruslah dibuat dengan segera dan sekiranya sewaktu penangkapan
tersebut terjadinya kekerasan oleh pelaku, maka pegawai atau orang lain itu
bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan
penangkapan tersebut tanpa menyebabkan kematian mana-mana orang.

Sekiranya suatu kesalahan tersebut dianggap tidak adil atas keputusan


mahkamah terhadapnya, pelaku boleh membuat rayuan kepada mahkamah tinggi
syariah dengan mengemukan dalam masa empat belas hari dari masa
penghakiman, hukuman atau perintah itu dijatuhkan atau dibuat kepada
Penolong Pendaftar

Mahkamah Rendah Syariah dengan suatu notis rayuan dalam lima


salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah. Apabila suatu
petisyen rayuan tidak dikemukan dalam masa yang telah ditetapkan, rayuan ini
telah disifatkan ditarik balik dan Mahkamah perbicaraan hendaklah
menguatkuasakan hukuman atau perintahnya.

9
3.0 KESIMPULAN

Masyarakat telah cakna mengenai kewajipan untuk membayar zakat kerana semua orang
Islam telah disyariatkan dan merupakan rukun Islam. Dengan membayar zakat ini boleh
mengurangkan kadar kemiskinan di sesebuah Negara tersebut kerana dengan duit zakat
ini boleh membantu asnaf , fakir miskin, orang yang berjihad di jalan Allah dan lain-
lain. Tetapi hendaklah membayar zakat kepada orang yang telah dipilih oleh memerintah
untuk mengutip dan mengagihkan zakat tersebut.

Perintah untuk membayar zakat ini telah dilakukan dari zaman Rasulullah lagi
kerana menurut baginda dengan wang zakat ini boleh membantu orang miskin dan boleh
membangunkan kesejahteraan masyarat pada ketika itu. Tetapi setelah wafatnya
baginda, pada pemerintahan Saidina Abu Bakar, ramai dikalangan masyarakat yang
dahulunya membayar zakat tetapi pada zaman itu tidak lagi membayar zakat. Maka
Saidina Abu Bakar perintahkan untuk memerangi orang yang tidak membayar zakat
seperti mereka memerangi orang yang murtad.

Walaupun keadaan di Malaysia sekarang, tidak memungkinkan kita untuk


memerangi golongan yang tidak membayar zakat, maka digalakkan untuk wakil
pemerintah atau institusi-institusi mengadakan kempen atau memberikan pencerahan
kepada masyarakat betapa pentingnya membayar zakat demi kesejahteraan semua dan
dapat mengurangkan populasi masyarakat yang miskin di negara kita. Dengan adanya
peruntukan undang-undang mengenai zakat yang terdapat dalam seksyen 21,maka
undang-undang dapat mendakwa golongan yang tidak membayar zakat dengan hukuman
yang telah ditentukan oleh pemerintah dan juga dibantu oleh menggubal undang-undang
demi maslahat bersama.

10
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim
Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad dan Mohamad Ali Roshidi Ahmad.
2013. “Kepatuhan Membayar Zakat: Analisis Kutipan Dan Ketirisan Fitrah Di Selangor”
Sayyid Sabiq1985, Fiqih Sunnah.. Jil 3, Bandung: PT. Al Ma‟arif
Siti Zubaidah Ismail. 2017. Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia

Portal Zakat Selangor.https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-


kewajipan-berzakat/zakat-fitrah/. [2 Jun 2023]

Abdul Razak Idris. 2022. Utusan Malaysia. Media Mulia Sdn.Bhd

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2012

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995

11

Anda mungkin juga menyukai