Anda di halaman 1dari 27

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 1

Tersingkap Rahsia

Haiqal sangat tertarik oleh sebuah manuskrip lama yang baru diperolehnya.
Sudah seminggu dia membaca dan membelek-belek manuskrip itu. Haiqal leka
dalam alam Abdullah bin Kayan. Nama itu pernah disebut oleh uminya tetapi
uminya tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang sejarah hidup Abdullah bin
Kayan. Ketika Haiqal berusia enam tahun, dia mendapat tahu bahawa orang
yang dipanggil sebagai “walid” bukanlah ayah kandungnya. “Walid” atau Abdul
Fatah ialah ayah tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membeza- bezakan
kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika umi
menerangkan bahawa Haiqal bukanlah anak kandung “walid”, Haiqal berasa
sangat sedih sekali. Umi memberitahu bahawa ayah kandungnya tinggal
berjauhan daripada mereka dan Haiqal akan tahu segala-galanya apabila Haiqal
sudah besar.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 2

Kisah Seorang Teman

Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka berbual-bual


tentang masa depan masing-masing. Ratna bercita-cita untuk membuka restoran
sendiri apabila keputusan SPM Ratna tidak begitu baik. Haiqal pula meneruskan
pelajaran ke tingkatan 6. Sekarang, Haiqal sedang menunggu keputusan STPM.
Haiqal sentiasa mendorong Ratna supaya gigih meneruskan cita-citanya. Haiqal
turut memberitahu bahawa tokoh-tokoh dunia seperti Abraham Lincoln juga
pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketika mereka
berjalan-jalan di tepi pantai, Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip yang
diterimanya beberapa hari yang lalu. Alamat pengirim manuskrip itu sama
dengan alamat yang tercatat di sijil kelahirannya iaitu Kampung Seri Purnama,
Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pengirim manuskrip itu berbangsa Cina yang
bernama Ong See Hwa.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 3


Senaskah Manuskrip Lama

Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskrip
yang diterima dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan
penduduk kampung Sri Purnama yang aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti
zapin dan ghazal. Seni tradisional ini turut mendapat tempat di hati Ai Ling; anak
kepada Tauke Lim. Ai Ling minat menari zapin. Rakan-rakan sebaya Cikgu
Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigih berlatih menari zapin.
Penduduk kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung Pak Dolah. Cikgu
Nizam memuji Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu
Tauke Lim dengan penduduk kampung Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu
Nizam menggalakkan Ai Ling untuk belajar menari zapin. Apabila Cikgu Nizam
melihat Ai Ling, secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya; Aiman. Usia
Aiman sebaya dengan usia Ai Ling.

Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga Tauke


Lim sangat rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke Lim dibina di atas
tanah yang dibeli daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini, tanah tersebut
merupakan kebun getah. Ayah Cikgu Nizam mengupah orang untuk
mengerjakannya kerana dia sibuk mengurus kebun kelapa sawit. Emak Cikgu
Nizam pula tidak berdaya untuk mengerjakan kebun getah kerana tidak boleh
berdiri lama akibat kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanah
tersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu
Nizam berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik keluarganya di
Perak habis dijual untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi.
Ayah Cikgu Nizam dan Tauke Lim bersetuju untuk membahagi dua hasil
daripada kebun getah tersebut.

Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat sejak
Tauke Lim menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula, Tauke Lim selalu
membawa ahli keluarganya berkunjung ke rumah keluarga Cikgu Nizam. Mereka
selalu minum petang bersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu
pagi, dia menoreh getah manakala pada waktu petang, Tauke Lim akan
mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil kampung. Sebagai contohnya,
buah pinang, getah beku atau getah sekerap, biji kopi dan pisang. Kemudian, dia
akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkan kebun getah
yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya mengumpul wang untuk
membeli setengah ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya
itu telah dijadikan tapak rumah. Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan
penduduk kampung Sri Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis
kenduri-kendara, dia pasti akan turut bersama-sama penduduk untuk
bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurah hati untuk menaja jamuan
untuk setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu Nizam masih
hidup, dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu Ai Ching
dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam sunyi setelah
kematian isterinya akibat darah beku di kepala.

Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke
sekolah kerana bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di
sekolah yang sama dengan Ai Ling. Tauke Lim menghantar semua anaknya
belajar di sekolah kebangsaan di kampung itu. Dia beranggapan bahawa di
mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajar asalkan mereka rajin. Pada
setiap minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelas tuiysen bahasa
Cina di pekan Parit Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki keretanya
pada setiap hari tetapi Ai Ling tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun
begitu, setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke Lim, Ai Ling telah menumpang
kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah pada setiap hari.

Ketika di bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah
meluahkan perasaan. Cikgu Latifah menyatakan kekesalannya terhadap sikap
murid-murid yang tidak menyelesaikan kerja rumah dan tulisan mereka juga tidak
kemas ibarat “cakar ayam”. Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa golongan
guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid tidak berjaya. Cikgu Nizam
menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orang luar tidak faham
akan tugas guru yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa golongan
guru perlu sentiasa bijak mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman
dahulu, guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin moden dan golongan
cendekiawan semakin ramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan. Cikgu
Latifah meneruskan kerjanya dan kadang kala dia membebel lagi. Dalam hati
Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhan Cikgu Latifah yang sanggup pulang
lewat untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam Matematik. Cikgu
Nizam terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua panitia Bahasa
Melayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat panitia.
Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu ke
perpustakaan ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajari
Pendidikan Islam daripada Ustazah Munirah. Ai Ling suka membaca buku
kisah-kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh Islam. Ai Ling juga selalu bertanya
tentang nabi-nabi kepada Ustazah Munirah, terutamanya tentang Nabi
Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza dengan kakaknya. Apabila murid-murid
Islam membaca doa, dia akan turut serta menadah tangan untuk berdoa. Cikgu
Nizam mengambil peluang ini untuk cuba mengenali Ai Ling dengan lebih dekat.

(ii)

Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu Nizam
membantu Tauke Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam menyuruh Tauke
Lim supaya membeli kereta baharu tetapi Tauke Lim tidak mahu kerana dia perlu
berjimat untuk belanja persekolah anak-anaknya. Pada masa yang sama, Tauke
Lim tidak selalu jalan jauh. Kereta buruknya digunakan untuk mengangkut
hasil-hasil kampung untuk dijual di pekan. Jika Tauke Lim pulang ke kampung di
Kuala Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dan keluarganya akan menaiki
bas sahaja. Tauke Lim seorang yang suka bersederhana dan berjimat. Sebagai
contohnya, dia sentiasa berbaju lusuh. Cikgu Nizam jarang melihat Tauke Lim
berbaju cantik kecuali ketika Tahun Baru Cina. Setelah kereta Tauke Lim berjaya
dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan untuk minum teh
tarik mamak pada waktu petang.

Ketika menikmati teh tarik, Tauke Lim telah bersetuju dan membenarkan Ai Ling
menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah. Pada awalnya, dia tidak
mahu menyusahkan Cikgu Nizam. Tauke Lim turut menyatakan bahawa keluarga
Cikgu Nizam telah banyak membantu keluarganya ketika mereka susah dahulu.
Tauke Lim berasa terhutang budi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa
yang sama, Cikgu Nizam turut mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga
kebun ayahnya dengan baik. Tauke Lim tidak menghalang jika Cikgu Nizam
mahu mengajar Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai anak kandungnya
sendiri.

Ketika minum juga, mereka berbual tentang Aiman. Cikgu Nizam memberitahu
bahawa keluarga isterinya seolah-olah tidak suka Cikgu Nizam melawat Aiman.
Tauke Lim meminta Cikgu Nizam bersabar. Tauke Lim yakin bahawa Aiman akan
datang mencari Cikgu Nizam apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim percaya
bahawa Cikgu Nizam merupakan seorang yang kuat dan tabah seperti ayahnya
dahulu. Tauke Lim turut menasihati Cikgu Nizam supaya jangan susah hati
kerana penduduk kampung sayang akan Cikgu Nizam. Sejak Cikgu Nizam
kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat dijalankan. Sebagai contohnya,
aktiviti zapin. Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim yang banyak memberi
sumbangan terhadap aktiviti yang dijalankan di kampung mereka. Pada waktu
malam nanti, Cikgu Nizam mempelawa Tauke Lim ke balai raya untuk menonton
latihan zapin. Tauke Lim menyatakan bahawa dia akan hadir kerana Ai Ling
meminati tarian zapin. Tauke Lim juga seronok melihat anak-anak muda gigih
berlatih zapin.

(iii)

Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu Nizam
menari zapin. Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila melihat Cikgu Nizam
menari zapin. Selesai latihan, Tauke Lim, Cikgu Nizam, Pak Haji Salam dan
beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di atas pentas. Mereka
membincangkan persiapan majlis untuk menyambut kehadiran YB Samsuri dan
pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentak zapin jincat
yang unik. Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih.
Kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur lebih dua puluh tahun. Mereka
beranggapan bahawa kedatangan pegawai dan YB Samsuri merupakan peluang
kepada mereka untuk menghidupkan tarian zapin jincat semula. Kumpulan zapin
tersebut berkubur kerana beberapa orang ahlinya telah keluar daripada
kumpulan asal dan menubuhkan kumpulan baharu. Akhirnya, kumpulan baharu
tersebut juga mengalami kegagalan. Akibatnya, kumpulan zapin D’Purnama
telah berkubur.

Dalam perbincangan itu, Cikgu Nizam telah diminta untuk menyiapkan atur cara
dalam majlis itu nanti. Tauke Lim menyatakan kesediaannya untuk menaja
jamuan makan. Ketika semua orang sudah pulang, Abang Bakir menyatakan
hasratnya supaya Cikgu Nizam menyelitkan deklamasi puisi dalam majlis itu
nanti. Abang Bakir turut mencadangkan supaya Cikgu Nizam memilih
murid-murid sekolahnya yang berbakat untuk mendeklamasi puisi. Abang Bakir
juga memberi semangat kepada Cikgu Nizam supaya meneruskan bakatnya
dalam bidang sastera. Abang Bakir menasihati Cikgu Nizam supaya tidak
merajuk lagi.

(iv)

Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang peserta
pertandingan deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya terhadap puisi
dengan membaca buku puisi. Ai Ling membaca buku puisi sebagai persediaan
untuk menyertai pertandingan mendeklamasi puisi. Cikgu Nizam telah mengajak
Ai Ling datang ke rumahnya untuk berlatih mendeklamasikan puisi pada waktu
petang.

Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu Nizam. Ai Ling telah memilih
sajak bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika Cikgu Nizam
melatih Ai Ling mendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-belek novel dan majalah
sastera yang diletakkan di atas meja. Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah
novel dan membacanya sementara menunggu Ai Ling berlatih.

Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk mengawal pernafasannya perlahan-lahan.


Cikgu Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak mengawal pernafasan kerana dapat
mengurangkan perasaan gemuruh ketika berada di pentas. Cikgu Nizam tetap
memberi semangat kepada Ai Ling walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa.
Akhirnya, Ai Ling berjaya. Dia berjanji akan datang lagi pada hari esok. Sebelum
pulang, Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nizam kerana telah
melatihnya. Ai Ching pula telah meminjam dua buah novel. Cikgu Nizam
berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka membaca novel kerana Ai Ching
perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menyelesaikan kerja rumah.

(v)

Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat tahap


satu. Dia berjaya menyampaikan sajaknya sehingga memukau semua murid
yang menyaksikannya. Kemenangan Ai Ling juga telah menjadi buah mulut
penduduk kampung. Orang yang paling gembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup
membelanja pelanggan-pelanggan warung Abang Dolah. Ketika di warung,
Tauke Lim menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizam membaca puisi di
balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turut menyokong
cadangan Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para pemuda kampung
berkumpul di balai raya kampung mereka untuk berpuisi, berkompang, berseloka
dan bergurindam. Jika khazanah bangsa ini tidak diteruskan oleh generasi muda,
khazanah ini akan pupus.

Cikgu Nizam telah menyatakan kepada Abang Bakir dan Roslan bahawa dia
berhenti berkarya kerana jiwanya tidak tenang setelah berpisah dengan isteri
dan anaknya, Aiman. Karyanya ibarat tiada semangat. Oleh sebab itu, Cikgu
Nizam mengambil keputusan untuk berhenti berkarya. Dia juga sering berasa
rindu akan Aiman. Hanya potret Aiman yang dapat dijadikan penawar rindunya.
Cikgu Nizam seperti ayahnya juga yang menjadikan Ai Ling sebagai tempat
untuk mencurahkan kasih sayang.

(vi)

Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan lancar. Ai


Ling bersetuju untuk mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin.
Sajak yang akan dipersembahkan oleh Ai Ling ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu
Nizam sendiri. Ketika hari persembahan, kawasan balai raya dipenuhi oleh
penduduk kampung. Ai Ling telah mendeklamasikan sajak dengan penuh
bersemangat. Para penduduk yang hadir telah terpukau dengan persembahan Ai
Ling. Mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling. Ketika Ai Ling
mendeklamasikan sajak, Cikgu Nizam telah membayangkan bahawa Ai Ling dan
Aiman sedang mendeklamasikan sajak bersama-sama. Tepukan yang gemuruh
terhadap sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam merupakan penghormatan yang
tertinggi untuk dirinya.

Persembahan zapin bertambah meriah apabila YB Samsuri juga turut menari


zapin dengan para penari zapin. Majlis persembahan zapin itu berakhir pada jam
12.15 malam. YB Samsuri juga telah berjanji akan memberikan perutukan wang
ringgit kepada kumpulan zapin D’Purnama. Wang tersebut akan digunakan untuk
membeli peralatan muzik zapin yang baharu. Walaupun majlis sudah tamat,
penari-penari daripada Yayasan Warisan Negeri masih sibuk mempelajari
cara-cara menari zapin jincat, alip-alip daripada Abang Bakir, Wak Parmin dan
Ramli. Kemudian, YB Samsuri juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nizam
atas usaha gigihnya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung Seri
Purnama. Pada masa yang sama, beliau berharap supaya Cikgu Nizam turut
mengembangkan bahasa dan sastera di kampung itu. Beliau berharap supaya
Kampung Seri Purnama akan dijadikan perkampungan bahasa dan sastera.

(vii)

Masa berlalu begitu pantas. Ai Ling kini sudah berusia 12 tahun. Cikgu Nizam
menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim dan Mak Cik Kim juga
gembira apabila Cikgu Nizam turut mengambil berat akan diri Ai Ling. Namun
begitu, pada masa ini, Cikgu Nizam sering mengalami sakit kepala. Cikgu Nizam
sering berulang-alik ke hospital. Walau bagaimanapun, dia tetap pergi ke balai
raya untuk berlatih kompang dan zapin.

Pada suatu petang, Cikgu Nizam membawa Ai Ching dan Ai Ling berkunjung ke
Pantai Punggur. Ketika di Pantai Punggur, Ai Ling ingin tahu sama ada Cikgu
Nizam mempunyai anak atau tidak. Cikgu Nizam menyatakan bahawa dia
mempunyai seorang anak lelaki yang menetap di Terengganu. Umur anak lelaki
Cikgu Nizam sebaya dengan umur Ai Ling. Hampir sepuluh tahun Cikgu Nizam
tidak menemui anaknya itu. Ai Ling menyatakan hasratnya untuk bertemu
dengan anak Cikgu Nizam. Ai Ling mahu berkawan dengannya. Pada masa
yang sama, Ai Ling turut memberitahu Cikgu Nizam tentang arwah ayah Cikgu
Nizam yang selalu memuji Cikgu Nizam. Ayah cikgu Nizam sangat sayang akan
Cikgu Nizam kerana kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Nizam kepada
ayahnya setanding dengan kasih sayang sepuluh orang walaupun Cikgu Nizam
hanyalah seorang anak tunggal.

Ketika membiarkan Ai Ling dan Ai Ching bermain-main di tepi pantai, Cikgu


Nizam mengelamun sambil menikmati ketenangan ombak dan angin di tepi
pantai. Cikgu Nizam berharap supaya dia dapat menjadi manusia biasa yang
berkeluarga dan berbahagia selalu tetapi dia sentiasa menghadapi ujian dalam
kehidupannya.

(viii)

Kampung Seri Purnama telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim. Dalam bulan ini, program Berkampung Bersama
Puisi akan dilancarkan. Ramai penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat
berminat untuk menyertainya. Yang Berhormat juga telah bersetuju untuk
mendeklamasikan puisi pada malam perasmian nanti. Cikgu Nizam pula semakin
sibuk membuat persiapan di balai raya. Cikgu Nizam tidak mahu program itu
menjadi seperti “melepaskan batuk di tangga”. Ai Ling juga gigih berlatih
mendeklamasikan sajak. Pada masa ini, kesihatan Cikgu Nizam bertambah
buruk. Cikgu Nizam hanya mampu bergantung pada ubat tahan sakit yang
dibekalkan oleh doktor untuk menahan kesakitan yang dialaminya. Cikgu Nizam
menerima takdir Tuhan dengan tabah jika hidupnya akan berakhir tidak lama
lagi. Walaupun Cikgu Nizam menderita kesakitan, Cikgu Nizam berlagak seperti
biasa seolah-olah dia sihat.

Ai Ling telah datang ke rumah Cikgu Nizam sambil membawa apam balik untuk
Cikgu Nizam. Ai Ling memberitahu bahawa dia telah menyelesaikan semua kerja
rumahnya ketika menunggu Cikgu Nizam habis bermesyuarat di sekolah. Cikgu
Nizam telah menunjukkan manuskrip yang sedang ditulis olehnya kepada Ai
Ling. Cikgu Nizam telah berjanji untuk memberikan manuskrip itu kepada Ai Ling
sekiranya manuskrip itu siap ditulis. Ai Ling menyatakan bahawa dia mahu
menjadi orang pertama membaca manuskrip tersebut.

Ai Ling mendapati bahawa muka Cikgu Nizam pucat. Ai Ling beranggapan


bahawa Cikgu Nizam sedang sakit. Namun begitu, Cikgu Nizam menafikannya.
Cikgu Nizam memberi alasan bahawa dia hanya penat sahaja. Ai Ling juga
mendapati bahawa fizikal Cikgu Nizam sudah berubah. Urat-urat di kepala Cikgu
Nizam sudah timbul dan tubuhnya juga sudah kurus. Walau bagaimanapun,
Cikgu Nizam tetap menyatakan bahawa dia sihat.

Ai Ling juga bertanya tentang Aiman kepada Cikgu Nizam. Ai Ling ingin tahu bila
Cikgu Nizam akan membawa Aiman ke kampung ini. Ai Ling ingin berkenalan
dengannya. Cikgu Nizam ingin menceritakan masalah yang dihadapinya kepada
Ai Ling tetapi dia membatalkan hasratnya itu. Cikgu Nizam tidak mahu
melibatkan Ai Ling dalam masalah kehidupannya.

(ix)

Sakit kepada yang dialami oleh Cikgu Nizam semakin kronik. Cikgu Nizam
terpaksa menahan kesakitannya itu dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor.
Pada masa ini, Cikgu Nizam menyelesaikan semua tugasan sebagai guru di
sekolah sehingga dia pulang lewat. Ai Ling pula terpaksa menunggunya. Mujur
Ai Ling memahami kesibukannya. Pada waktu malam, Cikgu Nizam menunaikan
solat sunat. Ketika ini, dia berasa bahawa dirinya dekat dengan Allah.
Kerinduannya terhadap Aiman semakin memuncak. Cikgu Nizam sentiasa
membayangkan wajah Aiman. Cikgu Nizam menatap potret kecil Aiman dan
mendakapkannya ke dada. Cikgu Aiman berharap Aiman datang menemuinya.
Cikgu Aiman terus menangis teresak-esak.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 4

Desakan Hati

Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak.
Haiqal yakin bahawa uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah
membantah keputusan uminya kecuali sekali. Manuskrip yang dibaca oleh
Haiqal mempengaruhinya untuk ke Johor. Haiqal merasakan bahawa manuskrip
yang dibaca olehnya merupakan kisah benar. Haiqal yakin bahawa si penghantar
manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiri dengan menghantar manuskrip
itu kepadanya.

Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu
menghairankan umi dan walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu
bahawa dia sudah selesai membaca manuskrip tersebut. Haiqal beranggapan
bahawa manuskrip itu menceritakan kesunyian dan kesakitan yang ditanggung
oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalam manuskrip itu benar-benar
merumitkan fikiran Haiqal.

Dalam manuskrip itu, watak utamanya ialah seorang penulis. Ratna membuat
persamaan antara watak utama manuskrip itu dengan diri Haiqal yang
merupakan pelajar yang hebat dalam bidang sastera. Haiqal sering memenangi
pertandingan deklamasi puisi peringkat sekolah, johan menulis sajak dan cerpen
peringkat negeri. Namun begitu, umi tidak pernah berbangga akan pencapaian
Haiqal. Kebencian umi terhadap ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera
ayahnya. Haiqal berasa bingung. Haiqal tidak tahu cara untuk dia berhadapan
dengan umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan kepada Haiqal. Ratna
memberitahu bahawa jika niat Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan
penyelesaiannya.

Haiqal menyatakan bahawa uminya pernah kecewa dengan keputusan Haiqal


yang memilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam. Itulah kali pertama
Haiqal berkeras dengan uminya. Ratna menasihati Haiqal supaya memikirkan
perkara tersebut masak-masak sebelum membuat keputusan. Kemudian, Haiqal
memohon diri untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan jam 12.00 malam.
Haiqal tidak mahu umi dan walidnya bimbang.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 5

Rindu

Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama
dengan ayahnya. Haiqal membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin
kepastian tentang watak Ai Ling yang mungkin memiliki persamaan dengan
individu yang bernama Ong See Hwa. Haiqal juga ingin membuat andaian
tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaan ayahnya sahaja.

Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi


kompang dan alunan irama zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal.
Zapin merupakan tarian terkenal di negeri Johor. Haiqal hanya pernah
menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidak pernah memalu kompang apatah
lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal mendapat gambaran
bahawa ayahnya handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqal berasa
kagum akan kehebatan ayahnya. Jika catatan dalam manuskrip tersebut benar,
ayah Haiqal merupakan orang yang hebat.

Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan
ayahnya. Dunia umi dan walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya
mahu Haiqal mewarisi perniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal
hanya bekerja di kedai batik uminya di Pasar Payang untuk memenuhi duit
poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yang menunjukkan minat dalam
perniagaan. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang lepas, Haiqal
tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika itu,
Haiqal sedang menduduki UPSR. Haiqal terpaksa ditenangkan oleh pengawas
kerana dia menangis sepanjang masa menjawab soalan peperiksaan. Haiqal
berasa hairan kerana dia tidak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh ayah
dan uminya sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 6

Satu Ketetapan

Haiqal telah membuat keputusan yang muktamad. Haiqal ingin pulang ke


kampung halaman ayahnya di Johor walaupun dia tidak pernah ke sana. Haiqal
menyatakan hasratnya kepada Ratna. Hasrat Haiqal disokong oleh Ratna.
Sebagai sahabat, Ratna hanya mampu mendoakan Haiqal agar selamat sampai
ke Johor. Ratna menasihati Haiqal supaya menjaga diri apabila berada di tempat
orang.

Setelah solat maghrib, Haiqal menyuarakan hasrat itu kepada uminya. Seperti
jangkaan Haiqal, uminya melarang Haiqal ke Johor kerana ayahnya sudah
meninggal dunia. Uminya menyuruh Haiqal menerima kenyataan. Namun begitu,
Haiqal berkeras untuk ke Johor kerana dia perlu mengetahui asal usul ayahnya.
Haiqal juga ingin melihat peninggalan arwah ayahnya. Umi tetap berkeras
melarang Haiqal ke Johor kerana uminya tidak mahu Haiqal menjadi seperti
ayahnya yang hanya hidup mengejar bayang-bayang. Uminya juga tidak mahu
memberikan wang kepada Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor.

Ketika perbalahan itu, walid cuba mententeramkan keadaan. Walid


menenangkan Haiqal. Sikap keterbukaan walid menyebabkan Haiqal tidak
menganggap bahawa walidnya seperti orang asing. Haiqal memohon maaf
kepada walidnya atas kejadian perbalahan tersebut. Walid memberi keizinan
kepada Haiqal untuk ke Johor. Pada masa yang sama, walid berjanji akan
memberikan wang perbelanjaan sepanjang Haiqal berada di Johor.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 7

Perjalanan Yang Jauh


Haiqal memulakan perjalanan ke Johor dengan menaiki bas. Tayangan filem lucu
di dalam bas tidak menarik minat Haiqal. Wajah Ratna sentiasa bermain-main di
mindanya. Ketika di stesen bas, Haiqal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan
kembali ke Terengganu.Ketika Haiqal keluar dari rumah, uminya langsung tidak
menghantarnya. Hanya walid dan Nurul Aisyah sahaja yang menghantarnya ke
pintu pagar. Haiqal sempat menjeling ke arah jendela rumahnya tetapi ibunya
tidak kelihatan. Walid dan Nurul Aisyah mahu menghantar Haiqal ke stesen bas
tetapi Haiqal tidak membenarkan kerana bimbang akan menyakiti hati uminya.

Sepanjang perjalanan, Haiqal tertidur. Haiqal hanya tersedar ketika bas berhenti
di RnR Kuantan. Haiqal memesan mihun sup dan teh tarik. Walaupun Haiqal
tidak berselera untuk makan, tetapi dia terpaksa menelannya kerana perutnya
lapar. Kemudian, bas meneruskan perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan
tersebut, Haiqal hanya tidur sepanjang masa kerana dia tidak mahu menempuh
perjalanan yang terlalu panjang.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 8

Tiba Di Kampung

Haiqal sampai di stesen Batu Pahat tepat jam 5.30 pagi. Pada waktu itu, hanya
kedai mamak sahaja yang dibuka namun, Haiqal belum berselera untuk sarapan
pagi. Haiqal menunaikan solat subuh di bilik solat yang terdapat di stesen bas
tersebut. Dengan bantuan seorang pengawal keselamatan, Haiqal berjaya
mendapatkan teksi menuju ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi tersebut
memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Salleh. Sepanjang perjalanan, mereka
berbual-bual. Pak cik Salleh sudah menjadi pemandu teksi selama sepuluh
tahun. Memandu teksi merupakan kerja samping pak cik Salleh. Pada waktu
siang, pak cik Salleh menjadi tukang rumah. Pak cik Salleh membuat dua kerja
pada satu hari kerana dia mahu menampung perbelanjaan persekolahan
anak-anaknya. Pak cik Salleh menasihati Haiqal supaya melanjutkan pelajaran
ke peringkat ijazah kerana pekerjaan bergaji lumayan pada zaman moden ini
memerlukan ijazah. Sepanjang perjalanan itu juga, pak cik Salleh telah
menunjukkan pembangunan di kawasan Parit Raja yang dipenuhi dengan
kawasan perindustrian. Kawasan ini semakin maju apabila sebuah institusi
pengajian tinggi awam telah dibina.
Mereka telah sampai di Kampung Seri Purnama. Namun begitu, Haiqal tidak
tahu arah tujuannya kerana dia tidak mempunyai alamat rumah ayahnya. Pak cik
Salleh bersungguh- sungguh membantunya dengan membawa Haiqal mencari
penduduk kampung di situ untuk bertanya tentang kedudukan rumah Abdullah
bin Kayan; ayah Haiqal. Kesungguhan pak cik Salleh membuatkan Haiqal
terharu. Mereka berhenti di sebuah warung. Haiqal bertanya kepada penebar roti
canai tentang rumah arwah Cikgu Abdullah. Apabila Haiqal menyatakan bahawa
dirinya ialah anak arwah Cikgu Abdullah, penebar roti canai itu mempelawanya
duduk. Haiqal diminta untuk menunggu kedatangan Tauke Ong pada jam 7.30
pagi. Haiwal mempelawa pak cik Salleh untuk bersarapan dengannya tetapi pak
cik Salleh menolak kerana dia takut terlambat untuk pergi bertukang. Kemudian,
Haiqal membayar tambang kepada pak cik Salleh.

Penebar roti canai memperkenalkan dirinya sebagai Sakimin atau lebih dikenali
sebagai Wak Min. Isterinya pula dipanggil Mak Menah. Fikiran Haiqal terus
bermain-main dengan soalan. Haiqal cuba mengaitkan watak Tauke Lim dengan
Tauke Ong. Haiqal tertanya-tanya sama ada Tauke Lim dan Tauke Ong
merupakan orang yang sama atau tidak. Ketika Tauke Ong datang bersarapan di
warung, Wak Min telah memperkenalkan Haiqal kepada Tauke Ong.
Pelanggan-pelanggan lain turut memerhatikan Haiqal. Tauke Ong menyatakan
bahawa hajat arwah ayah Haiqal telah tercapai. Selepas bersarapan, Tauke Ong
berjanji akan membawa Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah tersebut dijaga oleh
Tauke Ong. Haiqal berasa lega kerana dia mempunyai tempat untuk bermalam.

Tauke Ong telah menghantar Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah itu bersih kerana
anak Tauke Ong, See Hwa mengemasnya dua hari sekali. Haiqal menyatakan
kepada Tauke Ong bahawa dia ke sini kerana manuskrip yang dihantar oleh Ong
See Hwa. Tauke Ong memaklumkan bahawa manuskirp itu telah diserahkan
kepada Ong See Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. See Hwa
terlalu sayang akan manuskrip itu tetapi dia perlu menyerahkan kepada
pewarisnya. Ketika di rumah, Haiqal telah melihat sijil-sijil milik ayahnya;
Abdullah Kayan. Haiqal berasa bahawa ayahnya lebih hebat daripada watak
yang digambarkan dalam manuskrip tersebut.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 9


Pertemuan
Tauke Ong telah membawa Haiqal ke pekan untuk makan tengah hari.
Ketika dalam perjalanan, Tauke Ong menceritakan bahawa setelah
kematian ayah Haiqal, dia telah diamanahkan untuk menjaga
kebun-kebun ayahnya. Tauke Ong akan menyerahkan kebun- kebun
tersebut kepada Haiqal. Pada masa yang sama, ayah Haiqal turut
mewariskan wang simpanannya di bank untuk Haiqal. Haiqal
mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga
amanah ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa jasa keluarga
ayah Haiqal kepada keluarganya sangat besar. Tauke Ong berkata
bahawa hutang budi keluarga ayah Haiqal tidak dapat dibayar
sehingga mati.

Apabila sampai di kedai makan, Tauke Ong menurunkan Haiqal dan


See Hwa di hadapan kedai. Tauke Ong tidak turut serta kerana dia
mempunyai urusan lain. Walaupun baru berjumpa, Haiqal dan See
Hwa mudah mesra. Haiqal seolah-olah mengenali See Hwa kerana
perwatakannya hampir sama seperti yang digambarkan melalui
perwatakan Ai Ling. Mereka menikmati kari kepala ikan yang pedas.
See Hwa tidak kekok makan dengan menggunakan tangan.
Kemudian, See Hwa menceritakan tentang keenakan ikan haruan
masak cili api yang dimasak oleh ayah Haiqal. Pada waktu ini, Haiqal
berasa sedih kerana tidak mendapat kasih sayang daripada arwah
ayahnya. Kasih sayang ayahnya telah dicurahkan kepada See Hwa.

Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku berhampiran. See


Hwa membeli novel kegemarannya. See Hwa dan Haiqal meminati
penulis yang sama seperti Shahnon Ahmad dan Shakespeer. See
Hwa mengatakan bahawa minat Haiqal dan arwah ayahnya adalah
sama seperti peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi”. Apabila Haiqal pulang ke rumah, dia berasa rindu akan adik
tirinya Nurul Aisyah. Masing-masing berbalas mesej untuk berkongsi
perasaan rindu. Pada masa yang sama, Haiqal turut berasa rindu
akan Ratna. Haiqal sengaja tidak membalas mesej Ratna kerana
mahu membiarkan gadis itu tertunggu-tunggu

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 10

Pusara

Tauke Ong telah meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal. Motosikal tersebut


memudahkan pergerakan Haiqal di kampung. Kemudian, Haiqal menunggang
motosikal itu untuk menziarahi pusara ayahnya. Ketika di pusara, Haiqal
seolah-olah tidak mahu meninggalkan pusara ayahnya kerana terlalu rindu akan
ayahnya. Haiqal membaca surah Yasin untuk roh ayahnya. Selepas menziarahi
pusara ayahnya, Haiqal telah berkenalan dengan pak cik Bakar. Ketika itu pak
cik Bakar sedang memancing ikan. Pak cik Bakar merupakan orang yang rapat
dengan arwah ayah Haiqal. Ketika kali pertama pak cik Bakar melihat Haiqal,
pak cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayah Haiqal. Pak cik Bakar mempelawa
Haiqal untuk datang ke rumahnya bila-bila masa. Rumahnya tidak jauh dari
rumah Tauke Ong.

Selepas bersolat magrib dan isyak di masjid, Haiqal menuju ke warung untuk
makan kerana dia belum makan lagi sejak petang tadi. Haiqal dan Mak Menah
berbual-bual tentang pelajaran dan pemuda-pemuda di Kampung Seri Purnama
yang majoritinya bekerja di kilang di pekan dan menunggu keputusan SPM. Ada
empat orang pemuda yang menganggur. Mak Menah memberitahu bahawa
pemuda-pemuda di kampung ini suka berlonggok dan bersembang. Ada juga
yang suka menunggang motosikal ke sana ke mari membuang masa. Keadaan
itu tidak berlaku ketika arwah ayah Haiqal masih hidup kerana banyak aktiviti
boleh dilakukan.

Pak cik Bakar telah datang ke warung diikuti oleh Haji Salim dan Wak Arif.
Mereka menyatakan bahawa golongan pemuda di kampung sudah tidak
meminati muzik dan tarian tradisional. Kumpulan zapin juga sudah tidak aktif
selama 7 tahun. Selepas kematian ayah Haiqal, seorang demi seorang orang
ahli kumpulan zapin yang pandai menari meninggal dunia. Ketika di warung,
Haiqal berasa kagum dengan budaya sopan santun yang diamalkan oleh
golongan pemuda kampung itu. Mereka akan bersalaman dengan semua
pengunjung warung sebelum duduk di tempat masing-masing.

Perbualan antara Haiqal dan pak cik Bakar berterusan sehingga ke rumah pak
cik Bakar. Perwatakan Haiqal sama seperti ayahnya yang lebih suka berbual di
luar rumah sahaja. Pak cik Bakar mengatakan bahawa ayah Haiqal merupakan
seorang yang tabah. Ayah Haiqal cuba untuk membawa Haiqal tinggal
bersama-samanya tetapi gagal. Haiqal menyatakan hasrat sebenarnya
berkunjung ke kampung ini. Antara hasratnya termasuklah untuk mengetahui
lebih lanjut tentang kisah hidup ayahnya. Pak cik Bakar memberitahu Haiqal
bahawa hubungan antara ayah Haiqal sangat unik kerana ayahnya menganggap
bahawa See Hwa seperti Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 11

Suasana Baharu

Haiqal sudah berada di Kampung Seri Purnama selama seminggu. Tauke Ong
telah menyerahkan wang simpanan dan wang hasil jualan kelapa sawit
semenjak ayah Haiqal meninggal dunia. Jumlah wang tersebut adalah banyak.
Namun begitu, Haiqal memberitahu Tauke Ong bahawa kehadirannya bukanlah
untuk menuntut harta. Haiqal tidak mahu kehadirannya di kampung itu disalah
anggap oleh Tauke Ong. Pada masa yang sama, Haiqal mengucapkan terima
kasih kepada Tauke Ong kerana menguruskan harta peninggalan arwah
ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa dia hanya menjalankan amanah
arwah ayah Haiqal. Tauke Ong juga memberitahu bahawa jasa keluarga ayah
Haiqal sangat besar kepada keluarga Tauke Ong. Sebelum meninggal dunia,
arwah ayah Haiqal telah berpesan supaya menyerahkan semua wang simpanan
dan kebun kelapa sawitnya kepada Haiqal jika Haiqal datang ke Kampung Seri
Purnama.

Tauke Ong juga telah menyerahkan pengurusan kebun kelapa sawit peninggalan
arwah ayah Haiqal kepada Haiqal. Pada mulanya, Haiqal mahu Tauke Ong
menguruskannya seperti biasa tetapi Tauke Ong tetap mahu Haiqal
mengusahakannya. Haiqal tidak tahu menguruskan kebun kelapa sawit. Oleh itu,
Tauke Ong mahu Haiqal belajar menguruskannya daripada Abang Bidin dan
Abang Salleh. Apabila Haqal melanjutkan pelajaran, barulah Tauke Ong akan
mengambil alih semula tugas mengurus kebun kelapa sawit. Haiqal telah
berkenalan dengan Abang Bidin dan Abang Salleh ketika kali pertama Haiqal
sampai di warung. Abang Bidin dan Abang Salleh merupakan bekas tentera.
Selepas bersara, mereka sepakat untuk mengambil upah memetik buah kelapa
sawit dan menguruskan kebun kelapa sawit. Upah yang diambil oleh mereka
dikiran berdasarkan jumlah tan buah kelapa sawit. Semakin berat buah kelapa
sawit, semakin banyaklah upah yang akan diperolehi mereka. Haiqal telah
bersetuju untuk mengupah Abang Bidin dan Abang Salleh kerana mereka mahir
melakukan kerja. Kebun-kebun yang dikerjakan oleh mereka juga bersih.

Hampir seminggu Haiqal berada di kampung Seri Purnama, Haiqal telah


berkenalan dengan ramai pemuda di kampung itu. Antaranya termasuklah Lazim
yang sedang menunggu keputusan STPM seperti Haiqal. Bezanya, Lazim
belajar dalam bidang ekonomi manakala Haiqal belajar dalam bidang
kesusasteraan Melayu. Lazim bekerja di kilang tekstil di pekan sementara
menunggu keputusan SPM. Pada waktu lapang, Lazim memancing ikan puyu di
sungai. Ikan-ikan puyu tersebut dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila ikan
semakin bertambah, Lazim menjualnya di pekan.

Ketika Lazim bermalam di rumah Haiqal, Lazim telah bercadang untuk


membawa Haiqal ke balai raya pada esok petang kerana di sana kenangan ayah
Haiqal sangat banyak. Asalnya, balai raya tersebut adalah sunyi tetapi sejak
kedatangan ayah Haiqal, balai raya tersebut semakin meriah dengan aktiviti
kebudayaan. Lazim juga memberitahu bahawa dia pandai menari zapin. Haiqal
menggunakan kesempatan itu untuk menyuruh Lazim mengajarnya menari
zapin. Pada masa yang sama, Lazim menyuruh Haiqal mengenali See Hwa
dengan lebih dekat kerana See Hwa ialah orang yang paling rapat dengan arwah
ayah Haiqal. Selain itu, ayah Haiqal mencurahkan kasih sayangnya kepada See
Hwa.

Selepas menunaikan solat subuh, See Hwa mempelawa Haiqal untuk


bersarapan bersama-sama dengan Tauke Ong di pekan. Mereka bersarapan di
kedai lontong Haji Halim. Lontong di situ benar-benar enak. Selepas Tauke Ong
membayar harga makanan dan minuman, dia sengaja membiarkan See Hwa
dan Haiqal berbual-bual. See Hwa berkongsi kisah hidupnya bersama-sama
ayah Haiqal. See Hwa menyatakan bahawa sesiapa yang rapat dengan ayah
Haiqal, orang itu akan sentiasa beranggapan bahawa ayah Haiqal seolah-olah
masih hidup. See Hwa memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang layak
untuk ayahnya mencurahkan kasih sayang. See Hwa juga yakin bahawa Haiqal
benar-benar wujud pada masa itu. Kemudian, Haiqal mengucapkan terima kasih
kepada See Hwa kerana membahagiakan ayahnya.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 12

Rahsia Balai Lama

Lazim dan See Hwa telah membawa Haiqal berkunjung ke balai raya. Di dalam
balai raya, terdapat sebuah bilik bacaan yang diusahakan oleh arwah ayah
Haiqal. Menurut See Hwa dan Lazim, bilangan buku di bilik bacaan tersebut
semakin berkurangan kerana sebilangan peminjam buku tidak memulangkan
buku. Bilik bacaan tersebut adalah bersih dan kemas kerana See Hwa secara
sukarela datang seminggu sekali untuk mengemas bilik bacaan tersebut.
Kemudian, Lazim menunjukkan ruang pameran Abdullah Kayan. Di sini, Lazim
melihat biodata ayahnya; Abdullah Kayan. Biodata tersebut memaparkan
sumbangan dan pencapaian arwah ayahnya yang sangat hebat dalam bidang
kesusasteraan. Selain itu, banyak gambar arwah ayahnya dipamerkan. Lazim
menyatakan bahawa arwah Abdullah bin Kayan sangat hebat dalam tarian zapin.
Kemudian, Lazim menunjukkan buku-buku yang ditulis oleh ayahnya tersimpan
dalam bilik bacaan tersebut. Haiqal ingin tahu maksud Aksara seperti yang
tertulis dalam manuskrip tersebut. See Hwa memberitahu bahawa Aksara ialah
Akademi Sastera Rakyat.

Idea untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin telah tercetus selepas


kunjungan Haiqal ke balai raya lama tersebut. Tanpa berlengah, Haiqal
menyuarakan hasrat tersebut kepada pak cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif.
Haiqal menaruh harapan supaya mereka dapat membantu Haiqal. Haji Salim
memberitahu bahawa pemuzik tarian zapin masih hidup. Namun begitu, penari
zapin yang tinggal hanyalah tiga orang sahaja. Walau bagaimanapun, mereka
sudah tua. Semangat yang ditunjukkan oleh Haiqal sama seperti semangat yang
ditunjukkan oleh arwah ayahnya dahulu. Pak cik Bakar memberi cadangan
supaya perkara ini dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama dengan ketua
kampung. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa cadangan Haiqal bukanlah
cadangan yang perlu dibuat secara sambalewa sahaja.
Haiqal sudah berada di kampung Seri Purnama selama sebulan lebih. Haiqal
dilayan dengan baik oleh penduduk kampung. Haiqal percaya bahawa jika dia
bukan anak Abdullah bin Kayan, penduduk kampung tersebut akan tetap
melayannya dengan baik. Perasaan rindu akan Pantai Timur juga turut lahir
dalam hati Haiqal. Walaupun Haiqal selalu menghubungi Nurul Aisyah dan Walid,
dia belum lagi menghubungi uminya. Walid memberitahu bahawa uminya masih
terkilan dengan tindakan Haiqal. Namun begitu, Haiqal telah menetapkan niatnya
untuk meneruskan usaha menghargai perjuangan ayahnya. Pada masa yang
sama, Haiqal juga mempunyai hak untuk menyayangi ayah kandungnya sendiri.
Haiqal berdoa supaya uminya akan memahami tindakannya pada suatu hari
nanti.

Haiqal juga mengenali ayahnya daripada See Hwa. Gadis itu banyak menyimpan
kenangan bersama-sama dengan ayahnya. See Hwa juga menyimpan koleksi
buku yang ditulis oleh ayah Haiqal. See Hwa berjanji untuk meminjamkan koleksi
buku tersebut kepada Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 13

Sinar Harapan

Haiqal berasa lega apabila Haji Jamil iaitu Ketua Kampung Seri Purnama telah
bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membincangkan cadangan Haiqal
untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin. Pada petang itu, Haiqal telah ke
rumah Tauke Ong. See Hwa berjanji akan menyerahkan koleksi buku yang ditulis
oleh arwah ayah Haiqal. See Hwa menjalankan amanah arwah ayah Haiqal yang
mahu koleksi buku itu diserahkan kepada Haiqal. Puan Khei telah menyediakan
pisang goreng dan teh pada petang itu. Mereka minum petang bersama- sama.
Haiqal berasa kagum akan See Hwa yang bukan sahaja cantik, malah seorang
gadis yang berbudi bahasa dan fasih berbahasa Melayu.

Ketika Tauke Ong pulang, dia menyertai Haiqal, See Hwa dan Puan Khei minum
petang. Kemudian, Tauke Ong memuji cadangan Haiqal yang mahu
menghidupkan semula kumpulan zapin di kampung itu. Walau bagaimanapun,
Haiqal berasa bimbang jika cadangannya akan menyusahkan penduduk
kampung. Tauke Ong menasihati Haiqal supaya tidak berasa bimbang kerana
Tauke Ong sangat yakin bahawa penduduk kampung pasti akan bersetuju
dengan cadangan Haiqal. Jika cadangan itu tidak diterima, sudah tentulah
warisan budaya itu akan lenyap.

Tauke Ong memberitahu bahawa ada beberapa orang anak muda di kampung
itu yang mahir menari zapin tetapi mereka malu untuk menunjukkan kebolehan
mereka. Layanan mesra yang diberikan oleh keluarga Tauke Ong terhadap diri
Haiqal membuatkan Haiqal membuatkan diri Haiqal berasa terharu. Haiqal juga
tidak merasakan dirinya sebagai orang asing apabila bergaul dengan keluarga
Tauke Ong. Oleh sebab itu, Haiqal berasa selesa untuk meluahkan masalahnya
kepada See Hwa. Haiqal telah menceritakan masalah antara dirinya dengan
uminya. See Hwa mengerti akan masalah yang melanda Haiqal. See Hwa
menasihati Haiqal supaya tabah menghadapi dugaan itu. See Hwa menasihati
Haiqal supaya tidak mensia-siakan bakat menulisnya. Menurut kata arwah ayah
Haiqal, orang yang mensia-siakan bakat yang dikurniakan oleh Tuhan ibarat
mengkhianati bakat itu. See Hwa memberi galakan kepada Haiqal untuk terus
menulis. Kemudian, See Hwa menceritakan kisah ayah Haiqal yang sentiasa
menjadikan See Hwa sebagai orang pertama yang akan membaca manuskrip
yang telah siap dikarang terutamanya manuskrip cerpen dan novel kanak-kanak.

Haiqal menghabiskan masa di kampung dengan melihat Abang Bidin dan Abang
Salleh bekerja di kebun kelapa sawit. Selain itu, Haiqal turut menghabiskan
masanya membaca novel-novel dan antologi cerpen yang ditulis oleh ayahnya.
Apabila membaca cerpen yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal mendapati bahawa
cerpen yang ditulis bertemakan kisah keguruan, kehidupan masyarakat setempat
dan kebudayaan. Pada masa ini, Haiqal dapat menyelami jiwa ayahnya sebagai
penulis. Haiqal sangat mengagumi bakat menulis yang ada pada diri ayahnya.
Tauke Ong juga sentiasa mengajaknya mengelilingi kampung sebelah untuk
meraih hasil tani penduduk-penduduk kampung itu. Tauke Ong membeli hasil
tani secara tunai. Menurut Tauke Ong, dia tidak suka berhutang. Pada masa
yang sama, berniaga perlu jujur. Ketika Haiqal asyik membaca, pak cik Bakar
datang ke rumah Haiqal untuk mengundang Haiqal ke balai raya. Mereka akan
bermesyuarat pada malam itu. Pak cik Bakar meminta Haiqal untuk mempelawa
See Hwa dan Tauke Ong untuk turut hadir dalam mesyuarat itu.
Haiqal menghitung hari keputusan STPM yang akan diumumkan. Tempohnya
tinggal sebulan sahaja lagi. Haiqal tidak pasti ke mana arah tujuannya selepas
ini. Uminya benar- benar mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang
perniagaan malah uminya bercadang mahu menghantar Haiqal belajar di luar
negara. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik. Namun begitu, Haiqal
lebih suka untuk menjadi guru seperti arwah ayahnya. Haiqal bertegas untuk
menjadi dirinya sendiri.

Setelah bermesyuarat, mereka telah membuat keputusan untuk menerima


cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan kembali kumpulan zapin
D’Purnama. Haji Jamil juga turut menyatakan bahawa usaha ini dapat
mengingati jasa-jasa Cikgu Abdullah yang besar terhadap Kampung Seri
Purnama. Usaha Cikgu Abdullah telah mengharumkan nama kampung Seri
Purnama. Haji Jamil juga memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Syaiful
Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu jug akan hadir sebagai tetamu
kehormat. Dalam mesyuarat itu, mereka telah mengagih-agihkan tugas. JKKK
lelaki ditugaskan untuk mengetuai bahagian memasang balai, seranta,
memasang sistem pembesar suara manakala ahli JKKK wanita ditugaskan untuk
menyediakan juadah jamuan. Tauke Ong telah bermurah hati untuk menaja
jamuan untuk majlis itu. Mereka mempunyai masa hanya sebulan sahaja lagi
untuk membuat persiapan.

Setelah bermesyuarat, mereka tidak terus pulang tetapi berbual-bual di bahagian


beranda balai raya. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa balai raya ini
merupakan pusat aktiviti kebudayaan dan sastera di kampung ini. Pada masa
yang sama, balai raya ini menyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin
D’Purnama dan Aksara. Setelah Cikgu Abdullah meninggal dunia, usaha untuk
menghidupkan kumpulan zapin itu tetap dilakukan. Malangnya, masing-masing
bagaikan kehilangan arah tujuan lebih-lebih lagi ada orang kuat D’Purnama yang
telah meninggal dunia. Pak cik Bakar memberitahu bahawa sambutan terhadap
Aksara sangat menggalakkan tetapi setelah kematian Cikgu Abdullah, Aksara
terbiar begitu sahaja. Cikgu Abdullah merupakan orang yang sangat
berpengaruh di kampung ini. Ketokohannya dalam bidang kesusasteraan diiktiraf
oleh kerajaan negeri.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 14


Mencari Keserasian

Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya dib alai raya untuk persiapan
persembahan zapin. Balai dan pentas sudah dipasang di hadapan balai raya.
Haji Salim yang sudah berusia masih hebat memetik gambus. Wak Arif pula
memalu gendang panjang dengan penuh bertenaga. Pak cik Bakar dan dua
orang rakannya memalu gendang marwas. Haji Salim menyanyikan lagu
Gholiyabu dalam bahasa Arab. Suara serak-serak garau Haji Salim sangat
merdu untuk didengari. Haiqal memberanikan diri bermain tamborin. Haiqal
berasa seronok bermain tamborin. Latihan zapin bertambah meriah apabila Wak
Parmin, Abang Ramlan, Wan Seman dan Haji Selamat turut menarikan zapin
jincat. Tauke Ong menyuruh Haiqal mencuba untuk menari zapin. Tauke Ong
menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada pak cik Bakar. Haiqal cuba menolak
kerana kehadirannya di sini bukan untuk belajar zapin tetapi dia ingin merasai
suasana suasana kehidupan ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqal
terpaksa menerima pelawan untuk belajar menari zapin apabila Pak Cik Bakar,
Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman
bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Haiqal bimbang kerana jika Haiqal
menolak sudah tentu mereka akan berkecil hati. Pak Cik Bakar mengajar Haiqal
dengan tekun. Gerakan Haiqal masih keras. Haiqal juga berasa penat.
Sekarang, barulah Haiqal benar-benar faham bahawa tarian zapin memerlukan
kecergasan untuk menarikannya.

Hampir pukul 12.00 tengah malam, barulah mereka bersurai. Sebelum pulang,
mereka minum di warung Wak Min. Di warung, Haiqal telah diajarkan tarian
zapin secara teori. Haiqal mengakui bahawa tarian zapin memang memenatkan
tetapi sangat unik! Haiqal turut berasa kesal kerana anak-anak muda di kampung
ini seperti tidak meminati tarian zapin kerana tidak ada seorang anak muda yang
sudi menjengah walaupun mereka sudah mula berlatih beberapa hari yang lalu.
Menurut Pak Cik Bakar, anak-anak muda di kampung ini ibarat “hangat-hangat”
tahi ayam, Sebagai contohnya, kumpulan kompang yang dianggotai oleh
anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini berlaku kerana tidak ada
minat dalam diri mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal di
kampung ini kerana kekayaan budayanya. Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa
ayah Haiqal merupakan seorang lelaki yang tabah dan mempunyai keinginan
luar biasa. Ayah Haiqal sanggup berpisah dengan umi Haiqal kerana
kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini. Arwah ayah Haiqal tidak
mahu tarian zapin ini lenyap.

Haiqal kemudiannya menceritakan kisah yang tertulis dalam manuskrip tersebut


termasuk watak-wataknya juga. Haiqal bertanya kepada Pak Cik Bakar sama
ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal masih
ragu-ragu sama ada Ai Ling yang terdapat dalam manuskrip ayahnya merupakan
See Hwa dalam dunia sebenar. Haiqal juga tidak pasti sama ada watak Ai Ling
merupakan imaginasi ayahnya sahaja untuk menguatkan jalan cerita atau watak
yang benar-benar wujud. Pak Cik Bakar meminta Haiqal menggunakan peluang
yang ada untuk mengenali See Hwa.

Tauke Ong mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan semula jadi


dalam tarian zapin walaupun tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah
lama tidak menari mudah menangkap gerak tari zapin itu semula. Haiqal berasa
malu kerana dirinya menjadi tumpuan ketika berlatih zapin. Sekarang, beberapa
orang anak muda sudah mula melihat mereka berlatih menari zapin. Walaupun
mereka tidak bermain alat muzik atau menari zapin, kehadiran mereka
merupakan satu sokongan moral kepada kumpulan zapin D’ Purnama. Haiqal
mengakui bahawa Lazim merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat.
Haiqal yakin bahawa Lazim dapat mengekalkan kumpulan D’Purnama. Namun
begitu, Lazim tidak boleh bergerak seorang diri. Lazim memerlukan sokongan
daripada beberapa orang anak muda kampung itu yang mewarisi kemahiran
yang sama.

Haiqal sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini. Haiqal teringatkan kata Lazim, Pak
Cik Bakar dan juga manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya. Haiqal perlu
mencari peluang untuk mengenali See Hwa. Namun begitu, Haiqal tidak mahu
emosi See Hwa terganggu tambahan pula See Hwa sedang belajar di kolej.
Haiqal mengakui bahawa See Hwa seorang gadis yang agak unik. Keunikan See
Hwa disebabkan oleh dia membesar dalam kelompok masyarakat Melayu dan
hanya warna kulit sahaja yang menunjukkan See Hwa berbangsa Cina.

Pada waktu petang, See Hwa mengajak Haiqal bersiar-siar di tepi pantai.
Peluang keemasan ini digunakan oleh Haiqal untuk mengenali See Hwa dengan
lebih dekat. See Hwa memberitahu bahawa pantai tersebut menyimpan banyak
kenangan bersama-sama dengan arwah ayah Haiqal. Pantai ini juga sangat
istimewa untuk arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa, di pantai ini, arwah ayah
Haiqal bercerita tentang diri Haiqal. See Hwa menambah, jika Haiqal tidak
pulang ke kampung ini, dia pasti akan ke Terengganu untuk mencarinya. Haiqal
juga menyatakan kehairanan tentang manuskrip tersebut yang tidak
diselesaikan. Cerita dalam manuskrip itu tergantung di pertengahan jalan. See
Hwa memberitahu bahawa hanya arwah ayah Haiqal dan Haiqal sahaja yang
mempunyai jawapannya. Tugas See Hwa hanyalah menyampaikan manuskrip
itu kepada Haiqal.

See Hwa memberitahu bahawa dia suka melihat Haiqal menari. Menurut Tauke
Ong, kehebatan Haiqal menari zapin sama seperti arwah Abdullah bin Kayan.
See Hwa meminta Haiqal untuk menari zapin dengan Lazim pada minggu depan.
See Hwa yakin bahawa orang kampung pasti akan menyukainya. Haiqal
inginkan kepastian sama ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Namun
begitu, See Hwa hanya tersenyum sahaja dan tidak memberi apa-apa jawapan.
Apabila hari beransur senja, mereka berdua pulang ke rumah masing- masing.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 15

Tetamu Istimewa

Haji Jamil gembira apabila melihat persiapan yang telah dibuat oleh penduduk
kampung. Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif ialah orang yang paling sibuk
pada malam itu. Haiqal juga turut membantu. Haiqal menyusun kerusi-kerusi
plastik manakala See Hwa mengemas bahagian dalam balai raya agar kelihatan
cantik dan berseri. Sebilangan penduduk kampung bergotong-royong di
belakang balai raya. Mereka memasak makanan untuk hidangan para tetamu
pada malam ini. Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Haiqal telah
memaklumkan kepada walidnya tentang majlis pada hari ini. Haiqal meminta
walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakan Haiqal dapat membuat persembahan
yang terbaik. Ketika mereka sibuk membuat persiapan, Lazim telah ditimpa
kemalangan ketika pulang dari tempat kerja. Peristiwa itu hampir mematahkan
semangat mereka. Walaupun kecederaan yang dialami oleh Lazim tidak parah,
luka-luka di kakinya perlu dijahit dan sudah tentulah Lazim tidak dapat menari
zapin pada malam ini. Mereka perlu mencari pengganti Lazim dengan segera
kerana tarian zapin akan terjejas jika bilangan penari tidak cukup. Haji Salim
mencadangkan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Haiqal terkejut
dengan cadangan itu. Haji Salim menyuruh Haiqal memujuk See Hwa supaya
menari zapin dengannya. Haiqal ragu-ragu dengan kebolehan See Hwa tetapi
Haji Salim memberitahu bahawa See Hwa ialah pengerusi kelab tarian
tradisional di kolejnya.

Haiqal telah ke rumah See Hwa untuk memujuk See Hwa menari zapin. Haiqal
terkejut apabila See Hwa sedang menggosok pakaian zapin. See Hwa dan
Lazim sebenarnya ingin membuat kejutan kepada Haiqal. See Hwa dan Lazim
akan menari zapin untuk dipersembahkan kepada Haiqal. Rancangan ini ialah
rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim. Namun begitu, rancangan itu tidak
dapat dilakukan kerana Lazim terlibat dalam kemalangan. Haiqal mempelawa
See Hwa untuk menari zapin bersama-samanya. Haiqal benar-benar berharap
supaya See Hwa dapat menari zapin bersama-samanya.

Persembahan zapin D’Purnama berjalan dengan lancar. Haiqal dapat


mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik walaupun ada perasaan
gementar dalam hatinya. Beberapa orang warga emas yang mengalirkan air
mata apabila menyaksikan tarian Haiqal. Lazim juga turut hadir pada malam itu
walaupun terpaksa dipapah oleh rakan- rakannya. Ketika lagu Anak Ayam
dimainkan, YB Datuk Syaiful Azizi meminta Haiqal dan See Hwa sekali lagi
menari berpasangan. YB sangat terpesona melihat kelembutan gerak tari See
Hwa dan Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 16

Bermulalah Episod

Haiqal merasakan bahawa hidupnya sangat serasi di Kampung Seri Purnama.


Haiqal turut merasakan bahawa silir daksina (angin selatan) seolah-olah
mendakap tubuhnya dan tidak mahu melepaskannya. Haiqal perlu berani
membuat keputusan. Haiqal tidak mampu untuk membahagiakan semua orang
tetapi dia juga tidak mahu untuk melakukan insan-insan yang menyayanginya
terutamanya umi. Haiqal telah membuat keputusan untuk meninggalkan
Semenanjung Malaysia. Haiqal telah melanjutkan pelajaran di sebuah university
di Bumi Kenyalang (Sarawak).
Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya telah hilang apabila umi
datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari zapin jincat
pada malam persembahan D’Purnama. Tambahan pula, umi mengajak walid ke
kubur ayah. Haiqal melihat umi menangis di kubur ayahnya. Umi telah sedar
bahawa darah Abdullah bin Kayan turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Ratna
telah menyepikan diri apabila Haiqal pulang ke Terengganu. Sebenarnya, Ratna
telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda yang sanggup
menjadi rakan kongsinya.

Ketika Haiqal mahu pulang ke Terengganu, Tauke Ong sempat memberitahunya


bahawa ada seseorang yang istimewa sedang menunggu Haiqal di Kampung
Seri Purnama. Tauke Ong berharap agar Haiqal kembali ke kampung Seri
Purnama. Haiqal tidak memberikan harapan dan dia hanya mampu tersenyum.
Haiqal perlu menjadi seperti ayahnya untuk menghidupkan Aksara kembali.
Walau bagaimanapun, Haiqal sedar bahawa ilmu dan pengalamannya belum
cukup untuknya memimpin Aksara.

Manuskrip lama milik arwah ayah Haiqal masih berada dalam simpanannya.
Kandungan manuskrip itu masih belum berubah. Pada suatu malam, Haiqal
menghantar pesanan ringkas kepada See Hwa. Haiqal memberitahu bahawa dia
akan mencari jejak Abdullah bin Kayan dan jika See Hwa benar-benar seperti Ai
Ling, Haiqal juga akan menjejakinya. Silir daksina (angin selatan) benar-benar
mententeramkan jiwa Haiqal.

Anda mungkin juga menyukai