Anda di halaman 1dari 1

Burung Tiung Menyelamatkan Tikus

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif


serta bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta
kepada hadirin dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada malam ini,
saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Burung
Tiung Menyelamatkan Tikus.”

Pada suatu hari, Michael iaitu seekor tikus berjalan-jalan di


dalam hutan. Ia dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ia berjalan
sambil menyanyi-nyanyi riang. Michael tidak menyedari yang Larry
sedang memerhatikannya. Larry ialah seekor kucing. Ia sedang
bersembunyi di sebalik pokok. Larry ingin menangkap Michael. Ia
ada idea untuk memerangkap Michael .

Larry berbaring di atas jalan yang akan dilalui oleh Michael.


Ia berpura-pura mati. Ketika itu, Mary iaitu seekor burung tiung
sedang berehat di atas dahan berhampiran tempat itu.

Dari situ ia melihat tikus dan kucing itu. “Aku mesti beri
amaran kepada Michael,” kata Mary. Michael tidak menyedari
bahaya yang sedang menantinya. Ia terus berjalan dengan
riangnya. Ia semakin menghampiri ‘bangkai’ kucing itu. Tiba-tiba
Mary muncul. “Berhenti! Jangan hampiri kucing itu!” kata Mary.
“Kenapa?” Tanya Michael dengan hairan.

“Ia sedang menunggu untuk membaham kamu!” kata Mary


lagi. “Mana mungkin! Kucing itu sudah mati!” kata Michael. “Ia
hanya berpura-pura mati,” kata Mary. “Saya akan buktikannya,”
Kemudian Mary menjerit, “Hei, kucing yang mati itu, buka mulut
kamu sekarang!” Larry segera membuka mulutnya. Ia menyangka
tikus itu sudah menghampirinya. “Betul cakap awak. Terima kasih
kerana telah menyelamatkan nyawa saya,” kata Michael.

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Sentiasalah kita berhati-hati dengan bahaya kerana malang


itu tidak berbau. Kita juga haruslah sentiasa mengingatkan rakan
kita agar berhati-hati sentiasa. Saya akhiri cerita ini dengan ucapan
sekian dan terima kasih

Anda mungkin juga menyukai