Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Di dalam kamus dewan, Sejarah didefinisikan sebagai asal-usul (keturunan) dan

salasilah. Sejarah juga merujuk kepada kejadian atau peristiwa yang telah berlaku yang

benar-benar terjadi pada masa lampau. Oleh itu, pengertian sejarah ini bersangkut paut

dengan waktu dan peristiwa.1 Pengertian sejarah menurut Aristotles iaitu tokoh sejarawan

adalah sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam

bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga sejarah adalah peristiwa-

peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti kukuh.2 Menurut

internet pula, sejarah ialah menyiasat atau inkuisi ilmu yang diperolehi melalui kaedah

penyiasatan adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persamaan maklumat terhadap

peristiwa silam atau lampau. Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu setelah tercatat

penulisan telah dicipta.3

Tajuk yang ingin pengkaji membuat kajian ialah Sejarah Pembukaan dan

Perkembangan Kampung Chetti, Melaka dari tahun 1500 sehingga tahun 2020. Kajian ini

juga dijalankan untuk mengkaji latar belakang dan sejarah Kampung Chetti, Melaka dari

tahun 1500 sehingga tahun 2020. Tujuan pengkaji ingin mengkaji kampung ini juga ialah

pengkaji ingin mengetahui lebih mendalam tentang perkampungan warisan dan kawasan

pelancongan Kampung Chetti, Melaka dari tahun 1500 sehingga tahun 2020. Selain itu juga,

pengkaji juga ini mengetahui kemajuan dan perkembangan yang dihadapi oleh Kampung

Chetti, Melaka dari tahun 1500 sehingga tahun 2020. Pengkaji memilih Kampung Chetti,

Melaka kerana kerana lokasi Kawasan kajian ini berdekatan dengan rumah pengkaji dan

pengkaji ini mengetahui dengan lebih mendalam tentang Kampung Chetti, Melaka ini.

1
LATAR BELAKANG KAMPUNG CHETTI MELAKA DARI TAHUN 1500 HINGGA

TAHUN 2020

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka

adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini

tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat Chettiar yang terkenal di bidang meminjamkan

wang tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara

orang Hindu dengan orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain.4 Masyarakat Hindu

Peranakan yang tinggal di Melaka dikenali sebagai masyarakat Chetti yang kadang-kadang

dieja dengan Chetty, Chitty atau Ceti. Mereka adalah satu kelompok masyarakat minoriti

India Peranakan yang unik di Melaka. Masyarakat Chetti Melaka terbentuk hasil daripada

perkahwinan campur antara orang Hindu dari India dengan orang tempatan seperti Melayu,

Cina dan Lain-lain. Pada era kegemilangan Empayar Melaka, saudagar-saudagar dari Gujerat

dan India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangan. Pada Ketika itu, Melaka

amat sibuk sebagai pusat perdagangan entrepot dan sering menjadi tumpuan para pedagang

yang sebahagian besarnya berasal dari India Selatan.5 Proses asimilasi yang berlaku dalam

kalangan pedagang dari Pantai Koromondel, selatan India dengan Wanita tempatan di Melaka

dikatakan menjadi penyebab utama wujud kaum Chetti Melaka sehingga hari ini. Kewujudan

masyarakai ini melalui proses Panjang dan sukar dinyatakan dengan jelas, lantaran wujud

pelbagai kemungkinan dari pelbagai kajian yang pernah dibuat. Ada bukti menunjukkan

masyarakat ini sudah terbentuk sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, malah

ada yang mengatakan mereka sudah ada di Melaka sebelum Laksamana Cheng Ho

menjejakkan kaki ke bumi bersejarah itu.6 Asimilasi dengan masyarakat tempatan

menyebabkan bilangan etnik ini kian berkurangan. Di Kampung Chetti yang menjadi satu

lokasi penempatan mereka, hanya ada kurang 25 rumah daripada 50 kediaman itu yang

didiami keluarga berketurunan itu manakala bakinya disewa orang Cina. Jika mahu dihitung,

2
populasi masyarakat itu dikatakan sekitar 500 orang di seluruh Malaysia. Ini dikaitkan

dengan pencapaian akademik mereka dalam pendidikan dalam kalangan generasi mudanya

juga menyumbang kepada kemerosotan jumlah populasi masyarakat Chetti Melaka apabila

mereka berhijrah ke bandar sama ada untuk menyambung pengajian atau berkahwin dengan

kaum lain.7 Masyarakat Chetti wujud lebih awal iaitu Ketika zaman Kesultanan Melayu

Melaka apabila Ketika itu, seorang Bendhara Melaka yang dilantik selepas kemasukan

Protugis berketurunan Chetti iaitu Naina Chetu (Ninacatu), yang mula terbabit membantu

Portugis untuk menawan Melaka. Ia menguatkan hujah mengenai kewujudan masyarakat itu

sebelum kemasukan Portugis. Mustahil mereka wujud selepas kemasukan Portugis kerana

Portugis mempunyai dasar tidak membenarkan orang luar menjalankan perniagaan kerana

mereka sendiri mahu memonopolikan aktiviti itu. Semua itu tidak disokong bukti bertulis,

Cuma dalam sejarah Melayu ada tertulis mengenai Tanjung Keling yang sekali gus

membuktikan masyarakat dari selatan India sudah ada di Melaka sejak begitu lama. Fakta

mengenai kewujudan masyarakat itu hanya ada ketika zaman Belanda apabila mereka

diberikan geran bagi pembinaan kuil di Kampung Keling. Atas saranan gabenor Bort pada

zaman pendudukan Belanda, masyarakat itu mendapat satu tapak di Jalan Tukang Emas

dengan geran rasmi Belanda dikeluarkan pada 1781 untuk didirikan Kuil Sri Poyyatha

Vinayagar, bersebelahan masjid yang dibina oleh masyarakat Keling Islam. Di atas geran,

masyarakat dirujuk sebagai Chetti, meskipun penghijrahan mereka ke Melaka membabitkan

10 kasta, tetapi kududukan Chetti dianggap sangat tinggi terutama dalam hal berkaitan

ekonomi dan dikatakan hampir semua perusahaan tempatan dikuasai oleh mereka. Pembinaan

kuil disitu menjadi bukti mereka adalah penduduk lama di Melaka kerana agak mustahil

orang luar untuk mendapatkan tanah secara sah di kawasan pesat membangun d tengah

bandar Melaka. Mereka sebagai penduduk lama disitu memberi tekanan kepada Belanda

untuk mendapatkan hak mereka.8

3
Gambar 1: Rumah N somasundaram yang terletak di 174 Jalan Gajah Berang
pada tahun 1947

Masyarakat Chetti Melaka terdiri daripada beberapa keturunan seperti Chitty,

Mudaliar, Narker, Rajah, Padiachee, Pillay, Pathair, konar dan Pandaram. Mereka mewarisi

nama keluarga yang berasal dari India sejak berates-ratus tahun dahulu. Walau bagaimanapun

generasi Chetti hari ini tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan persaudaraan dengan India.

Mungkin disebabkan kasta Chitty dilihat lebih dominan dalam kelompok mereka

menyebabkan Belanda mengeluarkan geran atas nama kumpulan itu, namun kini ia tidak lagi

digunakan secara rasmi termasuk dalam urusan persatuan, pembinaan muzium dan turut tidak

lagi popular di kalangan generasi baru di Kampung Chetti, Gajah Berang. Realitinya, kata

tokoh sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, nama Chetti Melaka tidak pernah

wujud dalam sejarah kerana semua dokumen bertulis termasuk penulisan hasil kajian oleh K

Narayanasamy mengenai masyarakat itu pada 1967 juga menggunakan nama Chitty Melaka.9

Masyarakat Chetti banyak menerima pengaruh orang Melayu dan Baba Nyonya dari aspek

pakaian, makanan dan barang perhiasan. Hal ini menunjukkan bahawa dalam pada

mengekalkan budaya yang diwarisi turun-temurun, masyarakat Chetti juga berasimilasi dan

menerima banyak pengaruh daripada masyarakat sekeliling sejak dahulu. Masakan dan

juadah masyarakat Chetti ternyata mempunyai kombinasi masakan India, Melayu dan Cina.

4
Namun, terdapat beberapa juadah yang istimewa dan merupakan milik asli serta kebanggaan

masyarakat Chetti. Contohnya adalah nasi kembuli, kuih kayam dan ikan pindang. Air

panakan pula sejenis minuman yang diperbuat menggunakan limau, gula melaka dan rempah-

ratus. Sekiranya anda berkunjung ke Kampung Chetti, anda mungkin berpeluang menikmati

juadah khas ini. Apa yang menarik dan saya perhatikan sendiri sejak 2006, masyarakat Chetti

tidak lokek ilmu. Mereka sentiasa bersedia untuk berkongsi menu serta menunjuk-ajar

sesiapa yang berminat mempelajari cara-cara memasak makanan istimewa masyarakat

tersebut. Lazimnya, semasa perayaan seperti Ponggal (pesta menuai), demonstrasi memasak

diadakan bagi tujuan itu.10

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian ialah pengkaji dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang

latar belakang dan keistmewaan Kampung Chetti Melaka ini. Pengkaji juga dapat menambah

ilmu pengetahuan tentang adat-adat atau pantang larang masyarakat Chetti ini. Melalui kajian

ini juga, pengkaji dapat menerap nilai murni seperti mengahargai sejarah dan menghayati

sejarah. Harapan daripada penduduk kampung Chetti ialah agar dapat memelihara warisan

dan budaya masyarakat Chetti di kampung ini.

5
NOTA HUJUNG

1
https://prpm.dbp.gov.my

2
https://www.scribd.com

3
https://www.academia.edu

4
https://melakafirst.com

5
Temubual Bersama Encik S. Kanagalingam Pillay, 23 Mac 2023 pada 10:40 Pagi di

Kampung Chetti

6
https://mycite.mohe.gov.my

7
http://zahirzainudin.blogspot.com

8
https://melakafirst.com

9
http://zahirzainudin.blogspot.com

10
https://www.malaymail.com

6
BIBLIOGRAFI

7
SUMBER PRIMER

TESIS

Nurzamzamah Binti Hanif bertajuk Pertembungan Budaya Di Antara Asmilasi Melayu Dan

India Yang Dikenali Sebagai Masyarakat Chetti Di Melaka, Fakulti Perakaunan UITM Shah

Alam,2016

Fazlinda Hamzah, Chong Shi bertajuk Kelestarian Bahasa Chetti, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 2021

Anis Shazmin, Aimannatul husna, Muhammad Fadhil Afaif, KPTM, 2020

ORANG SUMBER

T.P Chandran, 65 tahun, 4A Kampung Budaya Chetti Melaka, Jalan Gajah Berang 75200

Melaka

S. Kanagalingam Pillay, 59 tahun, 10A Kampung Budaya Chetti Melaka, Jalan Gajah Berang

75200 Melaka

K. Nadarajan Raja, 58 tahun, 3A Kampung Budaya Chetti Melaka, Jalan Gajah Berang

75200 Melaka

8
SUMBER SEKUNDER

INTERNET

https://prpm.dbp.gov.my

https://www.scribd.com

https://www.academia.edu

https://melakafirst.com

https://mycite.mohe.gov.my

http://zahirzainudin.blogspot.com

https://www.malaymail.com

9
10

Anda mungkin juga menyukai