Anda di halaman 1dari 3

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫ وعلى أله وصحبه أجمعين‬.‫ والصالة والسالم على سيد المرسلين‬.‫الحمد هلل رب العلمين‬.
Aduhh, sakitnya kepala Ahmad bu! Macamana nak buat ni??

Ahmad.. Mari sini ibu bacakan Al-Fatihah sebagai ubat penawar penyakit.

Terima kasih ibu.. Ahh, baru lega rasanya! Memang betul rupanya ayat Al-
Quran adalah penawar penyakit.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Tajuk tazkirah kita pada hari ini adalah sangat sinonim dengan amalan
seharian kita iaitu “Bacalah Al-Quran”. Seperti yang kita sedia maklum, Al-Quran
adalah kitab yang sangat mulia, yang menjadi panduan bagi orang Islam serta wajib
ke atas orang Islam untuk beriman dengannya. Ini sudah termaktub dalam rukun
Iman yang ketiga iaitu percaya kepada kitab Allah.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,


“perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga
utrujjah. Baunya harum dan rasanya lazat. Orang mukmin yang tidak membaca Al-
Quran adalah sama seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum tapi manis
rasanya. Orang munafik yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau
harum, tetapi pahit rasanya, dan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran, dia
tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali”.

(Hadis Riwayat: Bukhari).

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, sesiapa yang membaca satu huruf daripada
kitab Allah, maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi
huruf itu, dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata
‘Alif, Lam, Mim’ sebagai satu huruf, tetapi Alif adalah satu huruf, Lam adalah satu
huruf dan Mim adalah satu huruf.

(Hadis Riwayat: Tirmizi).

Saudara-saudari yang dirahmati Allah.


‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫ اقراء وربك األكرم‬.‫ خلق االءنسن من علق‬.‫اقراء باسم ربك الذى خلق‬.
‫ علم االءنسن ما لم يعلم‬.‫الذى علم بالقلم‬.
(Surah Al-Alaq : ayat 1hingga 5)

Itulah ayat wahyu pertama sekali diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. yang
menyuruh dan mengajar Nabi membaca. Bukan hanya sekadar Nabi yang disuruh
membaca, malah kita semua juga sebagai umat manusia disuruh membaca Al-
Quran.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Al-Quran adalah petunjuk dan cahaya kepada manusia untuk kembali kepada
jalan kebenaran. Kelebihan Al-Quran yang paling besar untuk sekalian makhluk, Ia
tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Tidak seperti kitab-kitab lain
yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab seperti kitab
Zabur, Taurat, dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi terdahulu.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam.


Kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi kerana Al-Quran adalah sebagai
pembela dan syafaat di akhir kelak bagi insan yang sering membacanya. Malah,
akan mendapat dua pahala, bagi orang yang susah menyebut dan membaca Al-
Quran.

Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan,


malah Allah SWT akan mengangkat martabat golongan pembaca Al-Quran ke taraf
yang lebih tinggi, bahkan orang yang fasih membaca Al-Quran lebih layak menjadi
imam dalam solat berjemaah.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Anda ingin jiwa tenang?

Hidup aman damai?

Jauh dari masalah dunia?

Maka, bacalah Al-Quran.. dijamin kebahagiaan dunia akhirat adalah milik anda..

Haa… satu lagi…! Nak suara sedap?... merdu?.... Nak menjadi artis nasyid..??
Maka jawabnya, bacalah Al-Quran kerana dengan sering membaca Al-Quran dapat
memperelokkan suara kita. InsyaAllah..

Jadi, jelaslah bahawa Al-Quran bukan sahaja mukjizat, tetapi memberi kelebihan
kepada para pembacanya.

Mukjizat tertinggi dari Ilahi,

Diturunkan pada 17 Ramadhan,

Bait-bait ayatnya kita hayati,

Menjadi syafaat di hari kemudian.

Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu


mengubah hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-
bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w.

Kesimpulannya, amalkanlah bacaan Al-Quran kerana ayat-ayat Al-Quran juga


boleh menjadi penawar kepada penyakit. Contohnya wabak pandemik covid-19 yang
disebabkan oleh virus corona yang melanda seluruh dunia sekarang ini, yang masih
belum ternoktah.

Ingatlah saudara-saudari sekalian, jadikanlah “Al-Quran Is For Your Self, Not


For Your Shelf”.

Sekian, Wabillahittaufik, Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai