Anda di halaman 1dari 4

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 1 (TAHAP 1)
MENGUASAI BIDANG SIRAH

MERUMUS KEFAHAMAN SIRAH SECARA BERADAB DAN ISTIQAMAH.

SASARAN : Murid Tahun 1

SUBJEK : Pendidikan Islam

TAJUK ATAU TEMA : TELADANI SIFAT SIDDIQ NABI MUHAMMAD


S.A.W

NOTA BERKAITAN TAJUK : Bidang Sirah menumpukan kemahiran membaca


dan memahami cerita serta mengamalkan
tuntutannya dalam kehidupan harian. Dalam tajuk
“Teladani Sifat Siddiq Nabi Muhammad S.A.W
menumpukan penceritaan kisah berkaitan sifat
siddiq Nabi Muhammmad yang perlu dicontohi.

STANDARD KANDUNGAN

5.2 . Mengambil iktibar dan mencontohi ciri-ciri keistimewaan sifat Nabi Muhammad
S.A.W.

STANDARD PEMBELAJARAN

5.2.3 Menganalisis sifat siddiq Nabi Muhammad S.A.W yang unggul melalui
kisah.

5.2.4 Mencontohi tindakan Rasulullah daripada kisah Nabi Muhammad S.A.W


yang bersifat siddiq.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Murid diminta merakamkan 1 video cerita pendek
yang merangkumi perkara berikut:

 Penceritaan contoh sifat Siddiq Nabi


Muhammad S.A.W
 Huraian kesan mencontohi sifat siddiq Nabi
Muhammad S.A.W
 2 contoh cara mengamalkan sifat Siddiq
Nabi Muhammad dalam kehidupan.

TEMPOH PELAKSANAAN : 7 hari.


AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pendidikan Islam Tahun 1


Sirah: Teladani Sifat Siddiq Nabi Muhammad S.A.W
Tempoh : 1 Minggu

Pembelajaran Berasaskan Projek.

Menghasilkan sebuah video yang mengandungi cerita pendek tentang Sifat Siddiq
Nabi Muhammad S.A.W dan disampaikan oleh murid sendiri..

Arahan:

LANGKAH 1:

CARI BAHAN BERCERITA DI DALAM BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1


DAN RUJUKAN LAIN DI INTERNET

 Sila rujuk muka surat 118-120.


 Baca kesemua muka surat yang dinyatakan. Bahan dan isi penting ada di
dalam muka surat yang telah dinyatakan.

 Murid juga boleh merujuk bahan di dalam internet.


 Sila rujuk dengan guru anda sekiranya menghadapi masalah untuk membaca.

LANGKAH 2

MENGHASILKAN VIDEO BERCERITA PENDEK.

1. Setelah murid selesai mencari bahan di LANGKAH 1, murid diminta untuk


menulis nota teks bercerita sebelum rakaman. Ini bagi membantu murid tidak
gugup Ketika rakaman dilakukan.

2. Setelah murid selesai menulis nota, bolehlah mulakan rakaman. Gunakan gajet
yang sesuai untuk merakam umpamanya telefon pintar, video perakam dan
sebagainya.
3. Sekiranya murid kurang berpuas hati dengan rakaman, anda boleh
memperbaiki cara penyampaian anda dengan membuat raKaman semula.
4. Video yang sudah dirakam boleh diedit menggunakan apa-apa aplikasi yang
bersesuian dan mengikut kreativiti murid.
5. Setelah murid selesai membuat rakaman, murid boleh menghantar video
rakaman tersebut kepada guru melalui aplikasi Whatsapp di talian 019 –
5004818.
PENTAKSIRAN

INSTRUMEN 1: RUBRIK PENTAKSIRAN.

TP Kriteria Catatan

1 Murid menyatakan sirah Rasulullah S.A.W

2 Murid menjelaskan peristiwa daripada sirah Rasulullah


S.A.W.

3 Murid menjelaskan peristiwa daripada sirah Rasulullah


S.A.W. dan mengaplikasikan iktibarnya dalam kehidupan
harian.

4 Murid menghuraikan peristiwa sirah Rasulullah S.A.W dan


mengaplikasikan iktibarnya dalam kehidupan harian secara
bersungguh-sungguh.
Murid menganalisis peristiwa sirah Rasulullah S.A.W dan
5
mengaplikasikan iktibarnya secara istiqamah dalam
kehidupan harian.
Murid merumus peristiwa sirah Rasulullah S.A.W dan
6
mengaplikasikan iktibarnya bagi menunjukkan rasa cinta
kepada Rasulullah S.A.W melalui tindakan dalam kehidupan
harian serta boleh dicontohi atau boleh membimbing orang
lain.

Anda mungkin juga menyukai