Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER III 2020/2021

AJ20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR

TUGASAN ULASAN ARTIKEL

Disediakan oleh :

Nama Muhamad Shafiq Bin Jasman

No Matrik BA20160959
Nama Pensyarah Dr Saffie Abd Rahim
1.0 Pengenalan

Artikel yang ingin diulas adalah ‘’Confucianism and the Korean Family’’ dengan kata lain
konfusiunisme dan keluarga korea. Artikel ini dikeluarkan atau dilancarkan pada tahun 2013
dan mempunyai 19 muka surat. Artikel ini ditulis oleh dua orang penulis dari Korea iaitu
Insook Han Park dan Lee Jay Cho. Penulis Insook Han merupakan seorang professor di kolej
Pendidikan dan pembangunan manusia dan beliau menghasilkan pelbagai jurnal yang
berpretij dan beliau mendapat anugerah dalam penghasilan artikel jurnal. Penulis kedua
iaitu Lee Jay Cho merupakan ahli demografi dan seorang ahli ekonomi yang terkenal. Beliau
sangat meminti penyelidikan dan mendapat Phd dalam bidang sosiologi dari Universiti
Chicago dalam bidang demografi. Penulis Lee Jay Cho juga menghasilkan cara pengiraan
dalam banci penduduk. Dalam artikel ini, penulis menerangkan kepada pembaca tentang
kepercayaan agama dan ideologi yang berkaitan konfusiunisme yang semakin berkembang
terutama di negara korea china dan jepun. Penulis turut menerangkan tentang apa itu
konfusiunisme dan unsur pembahagian ideologi tersebut iaitu Taoisme, Legalisme, Mohisme,
Buddha dan Shamanisme serta peranan konfusiunisme kepada agama dan tradisi negara.
Konfusiunisme mempunyai pengaruh dalam pembentukan struktur keluarga dan juga
ideologi ini adalah bertunjangkan keluarga. Dalam artikel ini, demografi penduduk asia timur
adalah unikkerana corak perkahwinan sejagat dan melahirkan anak. Konfusius merupakan
seorang ahli falsafah Cina yang terkenal. Pemikirannya menekankan konsep
perikemanusiaan (ren) dan konsep tatasusila (li) yang mempunyai pengaruh besar dalam
kehidupan masyarakat Cina sehingga hari ini. budaya Konfusianisme memberi penekanan
pada sifat semula jadi manusia, etika manusia, personaliti manusia, budaya manusia dan
sebagainya1.

Jika dibandingkan dengan falsafah lain seperti Taoisme dan Buddhisme, pemikiran
Konfusianisme tidak membincangkan hal-hal berkaitan ketuhanan, roh atau hantu
sebaliknya fokus pada realiti kehidupan manusia dalam dunia ini, bukannya dunia lain.
Dalam artikel yang dikaji, penulis menyatakan tentang negara korea yang moden
mempunyai pelbagai kepercayaan. Antara agama yang dianuti adalah buddha sebanyak 29
peratus, kritian bukan katolik dan katolik sebanyak 24 peratus. Manakala konfusiunis dianuti
oleh 1 peratus sahaja. Penulis juga menerangkan bahawa konfusiunisme telah berkembang
di negara korea dan dianggap sebagai agama keluarga. Selain itu, penulis juga menyatakan

1
Johari Yap.2019. Sinar Harian, Adab Falsafah Konfusianisme dipetik dari
:https://www.sinarharian.com.my/article/52993/KOLUMNIS/Adab-Falsafah-Konfusianisme
bahawa negara korea sama dengan negara lain yang pernah merendum dalam bidang
ekonomi, selepas adanya bantuan AS, perindustrian korea telah berkembang.

2.0 Isi utama artikel

Penulis menyatakan ciri demografi keluarga korea yang pertama adalah ciri kesuburan
dimana korea telah mengalami kemerosotan paling pesat dalam kesuburan. Ciri ini
meningkat pada 1988 dengan 77 peratus peningkatan lalu menurun pada 1990. Korea telah
menjalankan program perancangan bagi mengawal kelahiran. Ciri kedua adalah perubahan
nilai konfusiunisme. Keluarga merupukan nilai yang penting dan tidak dpar dipisahkan.
Hubungan kekeluargaan saling berkait rapat antara satu dengan lain tidak hanya dengan ibu
bapa sahaja, namun ianya berlandaskan sifat kasih sayang. Seterusnya, status Wanita
merupakan ciri demografi yang dinyatakan oleh penulis. Kajian yang dijalankan mendapati
pembangunan ekonomi dan urbanisasi di korea selatan pesat tidak meningkatkan status
sosial, politik atau undang-undang wanita. Anak lelaki mempunyai keutamaan berbanding
wanita dalam pendidikan. Perkahwinan dan penceraian juga merupakan ciri demografi
dalam artikel ini. Penulis menerangkan masyarakat korea bebas memiliki pasangan pilihan
mereka sendiri. Namun, dinasti chosun mengenakan peraturan ketat bagi pemilihan
pasangan. Penulis juga menyatakan beberapa proses perkahwinan orang korea iaitu
berbincang, melamar, persembahan hadiah dan pertunangan. Yang seterusnya adalah
keutamaan anak, iaitu pasangan ibu bapa lebih menyukai zuriat anak lelaki berbanding
perempuan dan jika ibu bapa tidak mempunyai anak lelaki maka mereka akan tertekan. Hal
ini kerana anak lelaki lebih mendpat status dan menjadi pengganti dalam keturunan
keluarga.

3.0 Kekuatan dan kelemahan artikel

Kekuatan artikel ini banyak bergantung kepada idea penulisan yang menggunakan skop
sejarah. Artikel yang bertajuk konfusiunisme dan keluarga korea ini dapat menjelaskan
kepada kita tentang peratus demografi anutan penduduk di negara korea. Malahan, penulis
juga hanya memfokuskan skop kajian atau bahan yang ingin disampaikan sahaja. Secara
keseluruhan, artikel ini sangat memberikan maklumat kepada pembaca dengan menjurus
kepada fakta dan data yang berkaitan dengan konfusiunisme dan keluarga korea. Oleh itu,
ia merupakan salah satu kekuatan penulisan artikel ini berbanding bahan jurnal yang lain di
mana ia banyak menjelaskan sejarah dan data demografi serta huraian yang baik. Kekuatan
penulisan ini juga dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh penulis. Penulis
menggunakan pendekatan kuantitatif dalam melengkapkan artikel ini. Pendekatan yang
digunakan oleh penulis mampu memberikan penghuraian yang mendalam tentang isi
kandungan artikel ini. Selain itu, penggunaan sumber yang digunakan oleh penulis. Penulis
banyak merujuk kepadas umber-sumber yang ditulis oleh penulis atau sejarawan yang
menjadikan skop konfusiunisme sebagai bidang utama.

4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, berdasarkan artikel yang diulas, konfusiunisme berkait rapat dengan
masyarakat korea. Ideologi ini telah mempengaruhi cara hidup mereka dengan perkaitan
antara demografi penduduk di korea dan statistik data yang dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai