Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

“JELAJAH ASPIRASI NEGERI DIBAWAH BAYU”

TARIKH:

5 HINGGA 9 JANUARI 2023

TEMPAT:

SABAH

ANJURAN:

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (PMFSSG)

DENGAN KERJASAMA:

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), SABAH

INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH, (IPDAS)

BORNEO INSTITUTE FOR INDIGENOUS STUDIES (BORIIS), UMS

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA)
1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan Kertas kerja ini dibuat untuk mendapatkan sokongan dan memohon
kelulusan daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menjalankan program “Jelajah Aspirasi
Negeri dibawah Bayu”

1.2 Di samping itu, ia adalah bertujuan untuk memastikan perancangan program


“Jelajah Aspirasi Negeri dibawah Bayu” ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan
yang telah dibuat.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

“Jelajah Aspirasi Negeri dibawah Bayu” ini akan dijalankan selama 5 hari 4 malam
bermula daripada 5 Januari sehingga 9 Januari 2023 dan dibantu oleh Universiti Malaysia
Sabah dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan (UniSZA).

Sehubungan dengan itu, program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai
mahasiswa/i yang berwawasan dan professional dalam menjalinkan hubungan baik bersama
universiti luar. Mahasiswa - mahasiswi ini juga akan dilatih secara terperinci dalam
menggerakkan sebuah organisasi sebelum menghasilkan program bertaraf anatarabangsa.
Program ini juga akan menjadi sebuah titik tolak kepada persatuan mahasiswa yang lain untuk
lebih banyak bekerjasama dengan universiti luar. Selain itu, program ini juga akan memberi
penekanan kepada mahasiswa/i mengenai kelebihan mempunyai hubungan baik bersama
universiti luar khususnya dari segi gerak kerja, pengalaman dan pengetahuan yang tidak
diperoleh dalam pembelajaran secara formal. Program ini juga bertujuan untuk menghakis
jurang pemikiran budaya mahasiswa kini yang kurang berani untuk menjalin hubungan
bersama universiti luar.

Tambahan pula, dengan melaksanakan program ini, ia dapat merapatkan lagi


hubungan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin dengan universiti luar iaitu Universiti
Malaysia Sabah. Ia juga akan memberi impak positif kepada pihak Universiti Sultan Zainal
Abidin kerana tidak mustahil untuk universiti ini mengadakan kerjasama yang baik di masa
hadapan kelak.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Sebagai ruang untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim
antara mahasiswa/i dengan masyarakat di Sabah.
3.2 Memberi peluang kepada pelajar yang mengikuti program ini untuk meningkatkan
pengalaman melalui aktiviti yang bermanfaat.
3.3 Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berinovasi, kompetitif serta
mempunyai kemahiran dan mampu berdaya saing menghadapai dunia luar.
3.4 Menanam sikap kecermelangan dalam diri mahasiswa/i dari segi kemahiran insaniah,
disiplin dan matang sebagai sukarelawan dalam dunia kontemporari.
3.5 Melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi serta mampu
menyumbang kepada masyarakat selaras dengan kehendak misi dan visi universiti melalui
motonya “Ilmu Demi Faedah Insan”.

4.0 HASIL PEMBELAJARAN


4.1 Melahirkan modal insan yang berdaya saing dan intelektual yang sentiasa melakukan
persediaan dan membaiki diri untuk mencapai akademik yang mantap bagi merealisasikan
hasrat kerajaan.
4.2 Memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa melalui sesuatu kajian lapangan ini
dapat memberi impak yang besar bagi melahirkan seorang mahasiswa yang cemerlang serta
berwawasan dalam akademik dan turut memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan
negara sekaligus mampu menjadikan seorang mahasiswa yang seimbang dalam pelbagai
aspek kehidupan.
4.3 Mahasiswa bersedia menongkah arus kehadapan dengan satu iltizam yang kuat
disertakan dengan semangat berpasukan yang teguh dan berilmu dalam mentadbir
tanggungjawab untuk terus mara kehadapan menghadapi cabaran bersama.
4.4 Memupuk sikap tanggungjawab, matang dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk
mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari seterusnya menyumbang kepada diri,
masyarakat, dan negara.
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Program “Jelajah Aspirasi Negeri dibawah Bayu” merupakan satu program
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan (PMFSSG) dalam menggerakkan
perubahan mentaliti setiap pelajar terhadap masa depan dan dijalankan secara fizikal dengan
kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan UiTM Sabah.

5.2 Program ini akan berlangsung selama 5 hari bermula daripada 5 Januari hingga 9
Januari 2023.

5.3 Program ini akan disertai oleh pelajar ISM Antropologi dan Dakwah semester 7.

5.4 Mahasiswa/i yang terlibat akan menaiki sebuah bas mini menuju ke KLIA sebelum
meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah pada 4 januari jam 11.30
malam.

5.5 Kehadiran mahasiswa/i akan disambut dan dibantu oleh Universiti Malaysia Sabah
untuk terus ke penginapan dan aktiviti yang telah disusun bersama.

5.6 Beberapa aktiviti kemasyarakatan akan diadakan bersama masyarakat BorIIS dan
komuniti Bajau Laut. Seterusnya salam perkenalan bersama mahasiswa FSSK Universiti
Malaysia Sabah, UiTM Sabah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SUK).

5.7 Tidak ketinggalan beberapa slot ilmiah yang akan dikongsikan oleh Institut
Pengajian Dakwah Sabah (IPDAS) untuk melengkapkan lagi pengisian program ini.

6.0. IMPAK PROGRAM KEPADA UNIVERSITI


6.1 Membina keperibadian unggul sehingga dapat melahirkan mahasiswa/i yang luar
biasa hebat seterusnya menaikkan nama universiti yang cakna dengan masyarakat tempatan.
6.2 Melahirkan generasi mahasiswa/i UniSZA yang mampu membawa diri ke arah yang
terbaik dan berminda kelas pertama dalam setiap aspek kehidupan seharian.
6.3 Menerapkan dan menghasilkan mahasiswa/i yang cemerlang bukan sahaja dalam
bidang akademik, bahkan mempunyai jiwa kesukarelawanan yang tinggi dalam membantu
masyarakat.
6.4 Membuka mata masyarakat tentang keperhatinan dan kecaknaan universiti memberi
sumbangan kepada program-program mahasiswa yang memberi impak jangka masa
panjang terhadap komuniti yang memerlukan.
7.0 PERASMIAN PEMBUKAAN
-TIADA-

8.0 PERASMIAN PENUTUP


-TIADA-

9.0 PENYERTAAN
9.1 Bilangan peserta
9.1.1 22 orang Mahasiswa/i semester 7 ISM Antropologi dan Dakwah
9.1.2 1 Pegawai pengiring
9.1.3 Mahasiswa/i UMS, UITM Sabah dan Masyarakat BorIIS

9.2 Pengiring
i. Nama : Dr. Mohamad Hafis Bin Amat Simin
ii. Jawatan : Pensyarah
iii. Jabatan : Fakulti Sains Sosial Gunaan
iv. No Telefon Bimbit : 019-3043998

10.0 PENCERAMAH
-TIADA-

11.0 RUJUKAN PROGRAM


i. Nama : Dr. Mohamad Pirdaus Bin Yusoh
ii. Jawatan : Pensyarah Kanan UMS
iii. No. Telefon : 013-5079800
12.0 TENTATIF PROGRAM “JELAJAH ASPIRASI NEGERI DIBAWAH BAYU”

TARIKH/MASA AKTIVITI TEMPAT


5 JANUARI (SELASA)
11.30 malam Berkumpul di Foyer Asrama Foyer asrama
12.00 pagi Bertolak ke KLIA -
5.00 pagi Tiba di Masjid KLIA Masjid KLIA
- Solat & Persiapan kendiri
7.00 pagi Bergerak ke KLIA KLIA
- Taklimat & Sarapan pagi
9.00 pagi Bergerak ke Sabah -
12.00 tengah Tiba di Lapangan Kota Kinabalu, Sabah Lapangan Terbang Kota
hari - Taklimat & Makan Tengah hari Kinabalu, Sabah
1.00 petang Tiba di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Taklimat & Solat Zohor UMS
- Masuk ke penginapan UMS
- Rehat
- Perjumpaan bersama Majlis Perwakilan
Pelajar UMS dan Persatuan Mahasiswa
FSSK
3.00 petang Lawatan ke Fakulti Sains Sosial FSSK
Kemanusiaan dan sekitarnya
5.00 petang Aktiviti riadah bersama Mahasiswa UMS
Universiti Sabah
- Bola Tampar
- Bola Jaring
7.00 malam Rehat, Makan Malam & Persiapan kendiri UMS
8.00 malam Malam Kebudayaan bersama Anak Borneo UMS
Sabah
10.00 malam Berehat UMS
6 JANUARI (RABU)
8.00 pagi Melawat Masyarakat BorIIS UMS
- Salam perkenalan & bicara santai
- Sarapan pagi
9.00 pagi Bertolak ke Semporna -
4.00 petang Tiba di Semporna SEMPORNA
- Makan petang & Solat
5.00 petang Ziarah komuniti SEMPORNA
- Salam perkenalan bersama komuniti
Bajau Laut
- Menyampaikan sumbangan kepada 5
keluarga yang dipilih
7.00 malam Rehat, Makan Malam & Persiapan kendiri SEMPORNA
8.00 malam Bicara Komuniti SEMPORNA
- Keunikan komuniti Bajau Laut &
keindahan semporna
10.00 malam Berehat SEMPORNA
7 JANUARI (KHAMIS)
8.00 pagi Senamrobik bersama komuniti SEMPORNA
9.00 pagi Sukan santai SEMPORNA
- Sukaneka bersama anak – anak komuniti
Bajau Laut
11.00 pagi Forum terbuka SEMPORNA
- Health awareness
12.00tengah hari Rehat, Makan Tengah hari & Solat SEMPORNA
2.00 petang Lawatan ke sekitar kawasan Semporna SEMPORNA
4.00 petang Bertolak ke UMS semula -
10.00 malam Berehat UMS
8 JANUARI (JUMAAT)
8.00 pagi Bertolak ke UiTM Sabah -
9.00 pagi Lawatan ke kawasan UiTM Sabah dan UiTM SABAH
sekitar
- Salam perkenalan
- Meja bulat Sharing & Giving bersama
mahasiswa UiTM Sabah
11.00 pagi Bertolak ke IPDAS, Kudat
1.00 tengah hari Tiba di IPDAS IPDAS
- Rehat, Makan Tengah hari & Solat
2.00 petang Perkongsian Ilmiah IPDAS
- Pergerakan Dakwah di Bumi Sabah
4.00 petang Bertolak ke UMS semula -
7.00 malam Rehat, Makan Malam & Persiapan kendiri UMS
8.00 malam Kehadiran SUK UMS
- Salam perkenalan & beramah mesra
bersama para tetamu kehormat
10.00 malam Berehat UMS
9 JANUARI (SABTU)
9.00 pagi Persiapan pulang UMS
- Sarapan pagi & salam perpisahan
10.00 pagi Bertolak ke Lapangan Terbang Kota -
Kinabalu, Sabah
2.00 petang Bertolak ke KLIA -
4.00 tengah hari Tiba di KLIA KLIA
- Makan & Solat
5.00 petang Pulang ke UniSZA -
13.0 STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL
GUNAAN

Penaung
YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Hafiz bin Yusof
Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Penasihat
Dr. Wan Nur Jazmina Binti Wan Mohd Ariffin
Timb. Dekan Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni

Presiden
Nur Ain Husna binti Amar Muhyidin

Presiden (Antropologi dan Dakwah) Presiden (Kerja Sosial)


Mohamad Amirul Hakiem bin Muhamad Nursyafrin Iqmal bin Mohd
Syaharidan Norizan

Setiausaha Agung
Nur Ain Solehah binti Ahamad

Setiausaha Kerja
Wan Nina Syafiqa binti Wan Khairil Anwar

Bendahari
Mazidah Fazlina binti Mohamed Murathu Khan
14.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat : Dr. Mohamad Hafis Bin Amat Simin

Pengarah Program : Muhamad Aniq Zarfan Bin Zakaria

Timb. Pengarah Program : Nor Syuhaidah Binti Azman

Setiausaha : Fathin Insyirah Binti Khairul Rijal

Timb. Setiausaha : Norsyahmira Syazlin Binti Syazali

Bendahari : Nur Adila binti Anuar

Unit Hubungan Luar : 1) Nurul Aida Binti Mohd Zahari

2) Fatin Fazriena binti Samsudin

Unit Tajaan & Dana : 1) Basil Ulwan Bin Munawwar

2) Aida Afrina binti Ahmad

Unit Aktiviti : 1) Ahmad Faiz Najmi bin Zulkifli

2) Nur Syahirah binti Md Noor

Unit Publisiti & Multimedia : 1) Mohd Zamell Ashraff bin Muhammad Bakhtiar

2) Anis Atiqah Binti Zulkefle

Unit Logistik & Tugas Khas : 1) Abdul Hafiz Muhaimin Bin Abd Ghani

2) Nur Aida Adlina Binti Abd Aziz

Unit Keselamatan : 1) Ahmad Taqiyuddin Bin Abd Rahim

2) Helmi bin Rozain

Unit Makanan : 1) Azaitul Shahirah Binti Abdullah

2) Ika Farah Yusra binti Mohd Nazeri


15.0 ANGGARAN KEWANGAN

“Jelajah Aspirasi Negeri dibawah Bayu”

1.0 PENDAPATAN RM

1.1 Peruntukan HEPA RM 24,500.00

1.2 Yuran Peserta (RM 200.00 x 22 orang) RM 4,400.00

1.3 Sumbangan Tambahan RM 500.00

JUMLAH PENDAPATAN RM 29,400.00

2.0 PERBELANJAAN RM

2.1 Logistik
i. Penginapan Peserta RM 200.00 x 22 x 4 hari RM 17,600.00
ii. Makan dan Minum Peserta RM 20.00 x 22 x 5 hari RM 2,200.00

2.2 Pengangkutan
i. Tiket Penerbangan Pergi dan Balik RM 400.00 x 22 RM 8,800.00
ii. Perkhidmatan Bagasi RM 100.00 x 2 Unit RM 200.00

2.3 Aktiviti
 Pengagihan barang keperluan
i. Beras RM 30.00 x 5 Unit RM 150.00
ii. Gula RM 10.00 x 5 Unit RM 50.00
iii. Biskut kering RM 10.00 x 5 Unit RM 50.00
 Cenderahati
i. Plak
RM 100.00 x 2 Unit RM 200.00
ii. Hamper buah
RM 50.00 x 2 Unit RM 100.00
 Sukaneka
i. Belon
ii. Straw RM 5.00 x 2 Unit RM 10.00
iii. Getah RM 10.00 x 2 Unit RM 20.00
RM 10.00 x 2 Unit RM 20.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 29,400.00
16.0 SYOR
16.1 Kami mensyorkan agar kertas kerja ini mendapat perhatian dan seterusnya
mendapat kelulusan daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan seterusnya mendapat kelulusan bagi menjayakan
program yang telah dirancang ini

16.2 Disini, kami mensyorkan agar diberi kemudahan seperti berikut:

BIL PERKARA KUANTITI


1 First aid kit 1
2 Bas mini 1
3 Portable mic 1

17.0 PENUTUP

Semoga objektif program ini dapat dicapai dengan terlaksananya program ini
dengan jayanya disamping memberikan impak yang positif kepada mahasiswa Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA) khususnya serta, mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan kertas
cadangan ini. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuankami dahulukan dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Disediakan oleh, Disokong oleh,

………………………………………………… …………………………………………………
(MUHAMAD ANIQ ZARFAN BIN ZAKARIA) (NUR AIN HUSNA BINTI AMAR MUHYIDIN)
Pengarah Program, Presiden Persatuan Mahasiswa,
Jelajah Aspirasi Negeri dibawah Bayu, PMFSSG Sesi 2021/2022,
Fakulti Sains Sosial Gunaan, Fakulti Sains Sosial Gunaan,
Universiti Sultan Zainal Abidin. Universiti Sultan Zainal Abidin.
No Matrik: 054881 No. Matrik: 055259
No. Telefon: 011-20653369 No. Telefon: 011-25701204

Disahkan oleh,

…………………………………………………
(DR. WAN NOR JAZMINA BINTI WAN MOHD
ARIFFIN)
Timbalan Dekan,
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Universiti Sultan Zainal Abidin.
No. Telefon: 013-9159367

Anda mungkin juga menyukai