Anda di halaman 1dari 2

~ PUNCA KETIDAKSTABILAN EMOSI ANAK-ANAK ~

(Ri) Gangguan emosi merupakan sifat keperibadian yang disebabkan oleh


gangguan personaliti atau isu kesihatan mental . (S) Kata - kata Doktor Abdul
Rasyid bin Abdul Aziz yang dipetik daripada sebuah artikel mencegah
ketidakstabilan emosi itu lebih baik daripada merawat . (I) Belakangan ini , kes
gangguan emosi semakin bertambah dan kelihatan sukar untuk dirawat kerana
melibatkan keluarga , diri sendiri dan pegawai perubatan . Keadaan ini
membimbangkan kita kerana jika dibiarkan sudah tentu perkara ini akan menjadi
seperti nasi menjadi bubur . (K) Oleh itu , semua pihak harus sedar akan punca
berlakunya gangguan emosi anak - anak yang disebabkan oleh kegagalan keluarga .

(I) Ketidakstabilan institusi kekeluargaan merupakan antara punca yang


membawa kepada masalah kesihatan emosi dalam kalangan anak - anak . (A) Antara
punca yang mengganggu ketidakstabilan emosi ialah faktor pendapatan keluarga
yang sederhana . (Cu) Sebgai contohnya , ibu bapa yang mempunyai gaji kecil
seperti kais pagi makan pagi , kais petang makan petang yang tidak mempunyai
pendapatan yang cukup . (K) Gaji yang kecil akan menyebabkan kewangan tidak
mencukupi untuk kegunaan harian seperti membayar yuran persekolahan . (K)
Anak - anak akan tertekan kerana dipaksa untuk membayar yuran - yuran yang
tertangguh (U) persis peribahasa hutang biduk belum langsai , hutang pengayuh
pengayuh datang pula . (P) Jelaslah bahawa kesihatan mental anak - anak amat
penting untuk dijaga agar tidak mengganggu pembelajarannya .

(I) Selain itu , menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPDKN) ibu bapa yang bekerja mengabaikan anak - anak kerana kekangan waktu
yang akan membawa mudarat besar kepada pertumbuhan generasi muda pada masa
yang akan datang . (A) Maka , jelaslah bahawa anak - anak daripada ibu bapa yang
bekerjaya tidak mendapat kasih sayang yang selayaknya diberikan kepada mereka .
(Cu) Sebagai contohnya , kerjaya seperti peguan atau doktor telah mengehadkan
masa bersama keluarga kerana perlu berkhidmat sepenuhnya dalam kerjaya yang
dicerubui . (K) Perkara ini menyebabkan sifat memberontak yang kuat dalam diri
anak - anak kerana tidak diberi perhatian yang secukupnya . (K) Kesannya , anak -
anak muda mudah dihasut dalam melakukan aktiviti tidak bermoral seperti melepak
dan menghisap rokok kerana tiada pengawasan ibu bapa (U) persis kata orang tua -
tua rosak bawang ditimpa jambak kerana kesemboronoan diri . (P) Oleh itu , ibu
bapa mestilah meluangkan masa dengan anak - anak agar dapat membentuk wasilah
yang baik seperti pisang masak separak .
(I) Keluarga ialah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan
masyarakat . Jika baik , sejahtera dan bahagia sebuah keluarga maka akan baik ,
sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan akan datang (A) seperti yang kita
sedia maklum , terdapat sesetengahan keluarga yang tidak endah anak - anaknya ,
tidak mempedulikan gerak - geri mereka sehinggakan mereka kurang
berkomunikasi , malah kurang perhatian dan kasih sayang daripada kedua ibu -
bapa . (Cu) Sebagai contohnya , anak - anak akan lebih cenderung ke arah pergaulan
sosial yang bebas. (K) Hal ini boleh dikaitkan juga dengan pemilihan rakan sebaya
dapat memberikan kesan yang buruk serta mengubah tingkah laku anak - anak (P)
sudah terang lagi bersuluh , ibu bapa seharusnya menitikberatkan tentang
pembahagian masa antara keluarga dan pekerjaan demi kebahagiaan dan
kesejahteraan sebuah keluarga .

(K) Konklusinya , semua pihak haruslah berganding bahu , sebulat suara dan
bersatu hati dalam menangani isu ketidakstabilan emosi anak - anak . (I) Keluarga
sepatutnya menangani punca berlakunya ketidakstabilan emosi anak - anak di
rumah menyebabkan gejala ini semakin hari semakin membimbangkan . (Sa)
Lantas , semua pihak harus mengambil bahagian dalam menangani punca masalah
ini yang semakin parah . Persis peribahasa , ke bukit sama didaki , ke lurah sama
dituruni . Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya . (H) Oleh itu , rakyat di
negara kita akan terus hidup dalam keadaan aman , makmur dan sentiasa ke arah
wawasan yang di ilhamkan oleh umarak bangsa dengan jayanya .

Anda mungkin juga menyukai