Anda di halaman 1dari 20

Tajuk 3

LOGIK
HASIL PEMBELAJARAN KULIAH
Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan Ilmu
Logik dengan Ilmu Falsafah serta Menjelaskan pelbagai
kesalahan dalam berfikir dan penghujahan atau Falasi

Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan


perbedaan dua pendekatan utama dalam Logik
iaitu Deduksi dan Induksi

Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang


memperkayakan perkembangan ilmu-ilmu yang lebih
kompleks
Deduktif Induktif
Kaedah

LOGIK
Ilmu
Falasi
Baru
PERANAN LOGIK DAN
PENCEGAHAN FALASI
• LOGIK:
– perkataan Yunani iaitu logos, yang bermaksud kalimah, diskusi,
akal, peraturan dan taakul.
– membezakan antara penakkulan yang baik dan buruk dengan
menyiasat kriteria normatif untuk kesimpulan dan demonstrasi
yang sah

• Penghujahan terdiri daripada turutan premis di mana satu


kesimpulan cuba dibuat daripada premis premis tersebut
– Premis 1: Semua manusia akan mati (p1)
– Premis 2: Saya adalah manusia (p2)
– Kesimpulan: Saya akan mati (k)
Penghujahan
Premis Premis Kesimpulan

• Penghujahan tidak sama dengan pendapat.

• Penghujahan mengandungi turutan pernyataan di mana salah


satu pernyataan tersebut merupakan kesimpulan yang dibuat.

• Proposisi ialah penegasan, atau pengusulan atau pengistiharan


dalam sesuatu pernyataan sama ada benar atau palsu.

• Jika semua premis adalah benar, dan kesimpulan yang dibuat


adalah benar, maka penghujahan adalah sah.
FALASI
• FALASI adalah hujahan palsu digunakan untuk
mengelirukan atau mempengaruhi orang
supaya mempercayainya benar.

• Logik berfungsi membezakan penghujahan


berfalasi daripada penghujahan sah
Contoh Falasi
1. Falasi penyimpulan tidak relevan (False Cause)
Penyimpulan yang dikemukakan menyimpang dari tujuan
Contoh: masalah pengangguran dalam negara disebabkan
masalah ekonomi dunia.

2. Falasi bersandarkan kekuatan (appeal to force)


Kebenaran hujahan disandarkan kepada kuasa, kekuatan,
ugutan, sokongan
Contoh: hujahan menuntut kenaikan gaji pekerja disandarkan
kepada sokongan dari majoriti pekerja.

3. Falasi serangan peribadi


Mengalih hujahan dengan isu peribadi, bukan pendapat atau
prinsip
Contoh: Pendapat Ali benar disebabkan cara pemakaiannya
yang baik
Contoh Falasi
3. Falasi serangan situasi peribadi
Serangan kepada kedudukan peribadi seseorang
Contoh: Hujahan Ali tidak benar sebab dia dari kelompok musuh

4. Falasi kejahilan
Hujahan dianggap benar kerana pihak lawan gagal membuktikannya
salah
Contoh: Disebabkan Ali gagal membuktikan ruh itu wujud, maka ruh
tidak wujud

6. Falasi menagih simpati


Sokongan kepada hujahan dengan menagih simpati
Contoh: Kita patut pertahankan pendapat Ali kerana dia yatim lagi
piatu
Contoh Falasi
6. Falasi menagih sokongan popular
Sesuatu itu benar kerana majoriti orang menyatakannya benar atau
melakukannya
Contoh: Ali mempertahankan amalan kenduri arwah kerana semua
orang kampungnya buat kenduri arwah

7. Falasi merujuk kepada autoriti


Kebenaran hujahan disandarkan kepada autoriti atau pengaruh
seseorang
Contoh: Tindakan Ali meletakkan palang di pintu masuk pejabat
adalah benar kerana dia orang yang paling berpangkat di sini.

9. Falasi menolak akibat kerana sebabnya tidak berlaku


Hujahan yang mengandaikan sesuatu itu tidak berlaku kerana tiada
sebab yang lazim berlaku
Contoh: Hari ini tidak akan hujan kerana cuaca tidak mendung
Contoh Falasi
9. Falasi jamak soalan
Hujahan untuk memerangkap dengan bertanya soalan yang tidak boleh
dijawab ‘ya’ atau ‘tidak’
contoh: Adakah awak sudah berhenti memukul isteri awak?

10. Falasi cerun licin (slippery slope)


Hujahan yang mengatakan sekiranya sesuatu itu berlaku, maka sesuatu yang
lain juga akan berlaku
Contoh: Jika kita berikan hak pelarian untuk bekerja, mereka mahu hak untuk
mendapat khidmat kesihatan percuma, Pendidikan percuma, dan akhir sekali
mereka menuntut untuk menjadi warganegara.

11. Falasi ekuivokasi


Istilah sama yang berlainan makna digunakan dalam hujahan untuk
mengelirukan
Contoh: Ali dituduh menghina tetamunya kerana menghidangkan tetamunya
dengan air tuak (tuak bagi orang Kelantan adalah air nira kelapa segar).
Contoh Falasi
12. Falasi amfiboli
Ayat digunakan menimbulkan tafsiran lebih daripada satu.
Contoh: Drama kejar-mengejar antara polis dengan penjenayah
itu berlaku selama sejam. Tidak mungkin polis juga lari dikejar
oleh penjenayah.

13. Falasi tekanan suara


Tekanan suara atau intonasi menimbulkan tafsiran yang
berlainan

14. Falasi komposisi


Berlaku apabila seseorang menyimpulkan sesuatu adalah benar
dari keseluruhannya dari kenyataan bahawa ia adalah benar
dari sebahagian bahagian keseluruhan
Contoh: Tayar dibuat dari getah, jadi kereta dibuat dari getah.
Contoh Falasi
15. Falasi pembahagian fakta
berlaku apabila seseorang menyimpulkan bahawa sesuatu yang benar untuk keseluruhannya
mestilah benar bagi semua atau beberapa bahagiannya.
Contoh: Orang Malaysia lebih berat dari orang negara Asean yang lain. Sepupu saya dari
Singapura mesti lebih ringan dari saya.

16. Falasi hujahan berputar


Apabila kesimpulan daipada satu premis dijadikan pula premis untuk membuat penyimpulan
Contoh: Tuhan itu wujud kerana Kitab mengatakan Tuhan itu wujud dan Kitab adalah benar
kerana Kitab adalah kata-kata Tuhan.

17. Falasi generalisasi


Membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian yang sikit.
Contoh: sepuluh orang “Syed” yang saya kenal semuanya ahli perniagaan. Jadi, semua “Syed”
adalah ahli perniagaan.

18. Falasi analogi lemah


Berlaku apabila tidak ada persamaan yang kuat antara dua benda yang dibuat analogi
Contoh: Manusia akan semakin tua dan lemah dan akhirnya mati; parti politik juga akan menjadi
semakin lama semakin lemah dan juga akhirnya akan mati.
DEDUKSI DAN
INDUKSI
DEDUKSI DAN INDUKSI
DEDUKSI INDUKSI
• Penghujahan di mana • Penghujahan di mana
kesimpulan wajib ditarik kesimpulan nampaknya
daripada premis. berkemungkinan ditarik
daripada premis.
• Kesimpulan khusus dibuat
daripada pernyataan umum • Kesimpulan umum dibuat
daripada pernyataan khsusus

• Premis 1: Semua manusia • Premis 1: 90% pelajar UA tidak


akan mati mahir berbahasa Inggeris
• Premis 2: Saya seorang • Premis 2: Zubaidah pelajar UA.
manusia. • Premis 3: Oleh maka itu,
• Kesimpulan: Oleh itu, saya Zubaidah berkemungkinan tidak
akan mati mahir berbahasa Inggeris
DEDUKSI vs INDUKSI
METODOLOGI
PENGHASILAN ILMU
METODOLOGI PEMBINAAN
ILMU PENGETAHUAN
TAJUK 3 HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN
LOGIK KULIAH

PERANAN LOGIK DAN Menjelaskan peranan, kedudukan dan ALatifS, “Logik” (ms 2-4)
PENCEGAHAN FALASI – hubungan Ilmu Logik dengan Ilmu Falsafah AJalilH “Kedudukan Ilmu Mantiq dalam Falsafah”
KESALAHAN BERFIKIR serta Menjelaskan pelbagai kesalahan dalam (ms 6-7)
berfikir dan penghujahan atau Falasi ASariyan, Logika (ms 50 – 58)
Hashim Musa (ms 33-54)

DEDUKSI DAN INDUKSI Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan ALatifS, Asas-Asas Penaakulan Sains (ms 14-33)
perbedaan dua pendekatan utama dalam Logik ALatifS, Bentuk-Bentuk Penerangan Sains dan
iaitu Deduksi dan Induksi Kaedah Formal (ms 34-58)

PELBAGAI Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang ALatifS, Asas-Asas Penaakulan Sains (ms 14-33)
METODOLOGI memperkayakan perkembangan ilmu-ilmu yang ALatifS, Bentuk-Bentuk Penerangan Sains dan
PENGHASILAN ILMU lebih kompleks Kaedah Formal (ms 34-58)

METODOLOGI Menganalisis metodologi penghasilan dan ShaharirMZ, Apakah Sains? (ms 33- 46)
PEMBINAAN ILMU penjanaan ilmu-ilmu baru ShaharirMZ, Anggapan, Andaian, Postulat,
PENGETAHUAN Aksiom, Hipotesis, Teori dan Fakta (ms 87-100)

Anda mungkin juga menyukai