Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Beliau memberi banyak pandangan dan contoh yang sesuai untuk


kami semua sebagai panduan dan rujukan. Selepas itu, saya dan seorang
kawan saya, menjadi rakan sekumpulan. Kami membahagikan tugas bagi
membolehkan kerja kami dapat berjalan dengan lancar. Kami mendapat
maklumat dari internet, buku rujukan dan kawan karib kami.

Apabila saya membuat rujukan tentang Teori Huraian Bahasa


Transional, Teori Behaviorisme, Kognitif, Mentalis dan Interaksionalisme,
saya mendapati banyak ilmu baru yang dipelajari daripadanya. Selain itu,
startegi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran juga banyak saya pelajari
bagi memastikan proses pembelajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar, menarik dan berkesan.

Berdasarkan RPH yang telah dirancang, saya mendapat pendekatan,


kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah
sangat releven. Pendekatan yang diaplikasikan dalam penghasilan RPH
Bahasa Melayu telah membantu untuk merangka suatu corak perjalanan RPH
menjadi lebih baik dari segi perancangannya. Selain itu, teknik yang
diaplikasikan oleh saya memberi peluang kepada murid saya untuk memberi
idea sendiri dan berkongsi idea bersama ahli kumpulan sendiri. Pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran adalah saling berkait rapat dan menjadi
elemen yang sangat penting untuk memastikan P&P yang dijalankan adalah
berkesan. Di dalam RPH yang telah dirangka itu pendekatan yang dipilih
ialah deduktif iaitu apabila pengajaran tentang ayat yang umum dimulakan
pada awal pengajaran dan pembelajaran yang kemudiannya membawa ciri
yang spesifik iaitu dari segi sebutan, intonasi dan nada yang ditekankan.

Anda mungkin juga menyukai