Anda di halaman 1dari 18

MPU3313

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

SEMESTER JANUARI 2016

MPU3313

HEALTH AND WELLNESS

NO. MATRIKULASI : 930614146284001


NO. KAD PENGNEALAN : 930614-14-6284
NO. TELEFON : 017-2449703
E-MEL : sitimunirza@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI

1
MPU3313
Soalan 1 :
Kenapa kita perlu memilih gaya hidup sihat? Seperti yang kita tahu, Malaysia
adalah negara tertinggi di dunia yang mempunyai penghidap kencing manis. Oleh itu,
bagi mencegah daripada serangan penyakit kita perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
Gaya hidup sihat menawarkan kepada kita pilihan kehidupan yang meningkatkan
kesejahteraan dan mengurangkan risiko penyakit serta kematian pramatang. Marilah kita
bersama mempelajari dan memupuk ciri-ciri gaya hidup sihat dalam kehidupan kita bagi
mengelakkan pelbagai penyakit menghampiri kita (Awang, n.d).

Membuat pilihan untuk mengikuti gaya hidup sihat perlu mengambil tahu
beberapa perkara yang akan mempengaruhi faktor peribadi seseorang dari segi faktor
dalaman dan luaran (Nas, 2015). Faktor dalaman yang mungkin berubah adalah nilai
peribadi, etika, budaya, perasaan takut kepada penyakit dan kepercayaan agama. Bagi
faktor luaran pula merangkumi persekitaran, politik dan sosioekonomi. Kepentingan gaya
hidup sihat dari sudut pemakanan mempunyai kesan positif terhadap kehidupan yang
sejahtera dan sihat yang perlu diketahui oleh kita adalah badan akan sentiasa bertenaga
dan stamina yang kuat untuk melaksanakan tugasan harian dan yang paling utama badan
kita tidak mudah untuk diserang penyakit, sebab itulah penting bagi kita mengatur tabiat
pemakanan yang baik (Sha’ari, Raijah, Rames, & Rosnida, 2015). Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud : “Perut adalah pangkal segala penyakit. Menjaga pemakanan
adalah pokok sekalian ubat (Siti Nor Bahyah & Jaafar Salleh, 2005).”

Walaupun pelbagai faktor yang dipengaruhi, terpulang kepada kita untuk


meneruskan panduan gaya hidup sihat ini, seperti mengamalkan pengambilan makanan
yang seimbang menurut panduan piramid makanan dibawah.

Gambarajah 1 : Piramid Makanan

2
MPU3313
Selain itu, kita perlu sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal mengikut pengiraan
Body Mass Index (BMI) yang mudah untuk dipelajari.

Dengan itu, kerapkan melakukan senaman di waktu lapang tidak kira di pejabat
atau di mana sahaja. Mungkin di pejabat sebelum ini kita menaiki lif, oleh itu kita ubah
rutin untuk membaiki kesihatan diri dengan mendaki tangga setiap hari mengikut
kemampuan. Kajian telah menunjukkan mendaki tangga boleh mengurangkan risiko
penyakit kardiovaskular dan menguatkan tulang. Membuat pemerikaan kesihatan secara
berkala sangat penting bagi mengesan penyakit dengan lebih awal serta memudahkan sesi
rawatan (Callard, 2008). Ujian saringan ini sangat sesuai dilakukan dalam lingkungan
umur 20 tahun sehingga 59 tahun. Jadual dibawah akan menerangkan ujian saringan yang
akan dilakukan.

UJIAN 20-34 TAHUN 35-59 TAHUN


Berat dan tinggi untuk IJB Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
Tekanan darah Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali
Paras gula dalam darah Sekiranya salah seorang ahli Pemeriksaan rambang
keluarga ada kencing manis sekurang-kurangnya 2 tahun
sekali untuk <40 tahun dan
setahun sekali untuk >40 tahun

Paras kolestrol dalam darah Sekiranya salah seorang ahli Sekurang-kurangnya 5 kali
keluarga ada paras kolestrol setahun
yang tinggi dalam darah
Pemeriksaan payudara Setiap bulan
(sendiri)
Jadual 1 : Masa Melakukan Ujian Saringan (Callard, 2008)

Kesimpulannya, praktikkan pemakanan yang sihat mengikut seperti apa yang


dipesan oleh pakar pemakanan kita bagi langkah yang terbaik untuk mengelakkan
penyakit berbahaya berada di dalam tubuh badan kita, makan perlulah mengikut masa
yang sepatutnya kerana tidak elok kita melengah-lengahkan masa makan. Didiklah diri
kita makan mengikut sunnah nabi ; makan dengan perlahan bagi memudahkan sistem

3
MPU3313
pencernaan kita berfungsi dengan baik serta makan mengikut panduan yang ditetapkan.
Gaya hidup sihat yang telah dibincangkan tadi boleh dicapai sekiranya rakyat Malaysia
mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Elakkan sikap
yang memandang rendah terhadap kepentingan gaya hidup sihat bagi mengelakkan
masalah kesihatan timbul kelak. Marilah bersama-sama kita mencegah sebelum
memudaratkan (Suzifauzi, 2011). (475 patah perkataan)

RUJUKAN

Awang, N. d. (kein Datum). Official Portal Institute of Islamic Understanding Malaysia.


Retrieved March 31, 2016, from
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7517-gaya-hidup-sihat-perlu-
keseimbangan-rohani-dan-jasmani abgerufen

Callard, S. (2008). The Little Green of Health. Carlton Books.

Nas, A. H. (18. August 2015). Cuit-cuit bahasa. Retrieved March 16, 2016, from
http://cuit-cuitbahasa.blogspot.my/2015/08/penulisan-5-gaya-hidup-sihat.html
abgerufen

Salleh, S. N. (2005). Panduan Mencerdaskan Minda. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sha'ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai & Rosnida Abu Bakar
(2015). MPU3313/MPU2313 Health and Wellness (1st ed.). Selangor : Open
University Malaysia

Suzifauzi, N. (21. August 2011). Gaya Hidup Sihat. Retrieved March 16, 2016, from
http://niksuzifauzi.blogspot.my/2011/08/normal-0-false-false-false-en-us-x-
none_21.html abgerufen

4
MPU3313
Soalan 2 :
Ramai masyarakat menyedari akan gaya hidup mereka yang tidak sihat seperti
merokok, tidak bersenam dan diet tidak sihat tetapi mereka tidak mengubahnya asalkan
mereka masih bebas daripada simpton penyakit sehingga mereka menderita sakit teruk
seperti darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung. Adalah penting untuk kita
mengubah gaya hidup supaya kesejahteraan hidup kita dapat ditingkatkan dari segi
fizikal, intelektual, rohani, pekerjaan,persekitaran, kewangan,emosi dan sosial.

Dimensi fizikal merujuk kepada individu yang sentiasa aktif, selalu bersenam,
mengamalkan pemakanan seimbang, mengekalkan berat badan dan mengurangkan
pendedahan terhadap pencemaran persekitaran. Selain itu, individu tersebut juga
menjauhi dadah dan rokok serta mendapatkan nasihat doktor cara penjagaan kesihatan
yang betul dan melibatkan diri dalam aktiviti mencegah penyakit. Jika seorang individu
mempunyai kesihatan fizikal ianya mampu melakukan pekerjaan rutin harian mereka dan
tidak merasa letih untuk melakukan aktiviti riadah ketika pulang dari mengerjakan
pekerjaan harian mereka. Bagi dimensi emosi pula merupakan kebolehan seorang
individu untuk menangani tekanan yang dihadapi serta mampu memahami kekuatan dan
kelemahan diri sendiri juga rakan - rakan bagi mencapai kestabilan emosi. Terdapat
pelbagai kaedah untuk meningkatkan kesejahteraan emosi antaranya individu perlulah
menyedari konflik kesihatan yang dihadapi tanpa mengabaikan seperti mendapatkan
rawatan segera sekiranya merasakan tubuh badan berada dalam keadaan yang kurang
sihat, individu haruslah bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan, menerima
setiap perasaan diri sendiri dan orang lain dengan perasaan terbuka dan mencari
sokongan dan bimbingan untuk mengawal perasaan dan emosi sekiranya diri sendiri tidak
mampu untuk menanganinya (Sha’ari, Raijah, Rames, & Rosnida, 2015).

Dimensi kerohanian melibatkan penerokaan maksud dan tujuan kewujudan


manusia seperti mencari hala tuju kehidupan. Individu mampu untuk menyatukan
kepercayaan dan keagamaan dalam kehidupan harian mereka. Hubungan antara pencipta
dan hamba untuk kebebasan hidup. Bagi mengukuhkan kesejahteraan rohani, individu
seharusnya mengamalkan panduan agama yang telah ditetapkan seperti bagi agama islam
seharusnya mempercayai rukun iman dan rukun islam, menghormati agama dan

5
MPU3313
kepercayaan orang lain serta melapangkan masa untuk menikmati kehijauan persekitaran
bagi mengingati pencipta kita. Dimensi intelektual adalah kebolehan memproses dan
bertindak keatas maklumat, kepercayaan dan keputusan. Individu tersebut mampu untuk
belajar mempercayai kita untuk membuat keputusan yang baik, menghasilkan sesuatu
dengan kreativiti dan penuh dengan sumber dan mempu menganalisi situasi dan jalan
penyelesaian. Individu yang berintelektual ini merupakan individu yang aktif dalam
aktiviti masyarakat dan komuniti (Sha’ari, et al., 2015).

Dimensi sosial merupakan hubungan anda dan cara anda berinteraksi dengan
orang lain. Terdapat banyak bahan komunikasi moden yang dapat digunapakai dalam
masa kita seperti facebook, twitter, instagram dan lain - lain. Dengan bahan - bahan
tersebut anda boleh membina komuniti dan kawan untuk berkongsi pendapat. Anda boleh
berkenalan dengan pelbagai orang tidak kira bangsa, agama dan latar belakang. Dimensi
pekerjaan merupakan bagaimana kita membahagikan antara kerja, belajar, keluarga dan
tanggungjawab lain. Antara strategi yang dicadangkan ialah kita seharusnya cari tahu
jenis pekerjaan yang kita minati, kita juga seharusnya belajar cara untuk seimbangkan
dunia hidup bekerja dan menyedari kekuatan dan kelemahan untuk mendalami bakat dan
minat (Sha’ari, et al., 2015).

Dimensi persekitaran merupakan gaya hidup yang sepatutnya menghormati


akan keharmonian persekitaran dengan cara melindungi alam sekitar daripada diancam
dengan ancaman yang tidak sepatutnya seperti pembalakan haram yang berleluasa dan
pembuangan sampah di merata tempat. Bagi mengurangkan ancaman tersebut, kita
seharusnya melibatkan diri dengan kempen - kempen yang diadakan oleh komuniti kita
seperti program kitar semula. Kita juga boleh mengamalkan menaiki basikal dan
mengurangkan memandu kenderaan bermotor yang mengeluarkan asap yang tidak sihat.
Dimensi kewangan merupakan cara bagaimana anda menangani masalah kewangan yang
dihadapi oleh ramai orang. Tekanan terhadap kewangan adalah tekanan yang tertinggi
yang memberi kesan terhadap individu. Oleh itu, banyak agensi - agensi yang
menawarkan pinjaman kewangan untuk membantu pekerja meningatkan produktiviti dan
kesetiaan kepada majikan (Sha’ari, et al., 2015).

6
MPU3313
Kesimpulannya, lapan dimensi tersebut mampu mengharmonikan kehidupan
dan kesejahteraan seseorang sekitanya ianya dapat dicapai kerana dimensi tersebut
banyak berhubungkait dengan gaya hidup yang kita amalkan, sekiranya gaya hidup kita
lebih cenderung kepada positif maka hidup kita akan mencapai lapan dimensi tersebut.
(500 patah perkataan)

RUJUKAN
Sha'ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai & Rosnida Abu Bakar
(2015). MPU3313/MPU2313 Health and Wellness (1st ed.). Selangor : Open
University Malaysia

7
MPU3313
Soalan 3 :
Pemakanan seimbang ialah apabila keperluan tubuh badan dipenuhi
secukupnya mengikut piramid makanan yang ditujukan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Isi kandungan di dalam piramid makanan adalah dipanggil nutrien penting, itu
bermakna kita perlu mendapatkan nutrien tersebut di dalam makanan yang kita makan
sebab badan kita tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya nutrien tidak mencukupi
(Nas, 2015).

Gambarajah 2 : Piramid Makanan

Di dalam piramid makanan mengandungi protein. Protein adalah struktur asas


bagi tubuh badan manusia yang boleh menjadi penghalang untuk tubuh badan melawan
pelbagai penyakit. Protein berfungsi untuk tumbesaran dan pembaikan tisu yang rosak.
Sekiranya di dalam tubuh badan kita kekurangan protein, mudah bagi badan kita
menghidapi penyakit marasmus dan kwashiorkor tetapi protein yang berlebihan pula
boleh mengakibatkan tubuh badan kita mengandungi karbohidrat dan lemak. Ikan
merupakan sumber protein yang tinggi dan rendah lemak. Selain ikan terdapat 2 sumber
utama protein yang diperlukan oleh tubuh badan manusia seperti protein daripada
binatang (telur, susu dan daging) dan protein daripada tumbuh-tumbuhan
(bijiran,kekacang dan produk soya). Sumber kedua yang ada di dalam piramid makanan
pula ialah karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk disalurkan ke otak dan
sistem saraf tubuh badan manusia. Jika karbohidrat berkurangan di dalam tubuh badan,
badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya dan jika ianya berlebihan potensi untuk
menghidap obesiti adalah lebih tinggi. Nasi merupakan sumber besar penghasilan
karbohidrat bagi tubuh badan, tetapi kuantiti nasi boleh dikurangkan bagi mengelak

8
MPU3313
penyakit obesiti. Oleh itu, cuba elakkan pengambilan sumber karbohidrat dalam kuantiti
yang banyak terutamanya pada waktu malam kerana sistem penghadaman kita tidak
mampu untuk menghadam lebih banyak makanan pada waktu malam (Sha’ari, Raijah,
Rames, & Rosnida, 2015).

Lemak merupakan sumber tenaga untuk memanaskan badan kita sekiranya


badan kita kekurangan lemak makanya badan akan menjadi kurus dan sejuk. Jika
berlebihan sumber lemak pula akan meningkatkan potensi menghidapi obesiti. Lemak
juga mempunyai fungsi yang penting di dalam tubuh badan kita kerana lemak dapat
membantu tubuh badan kita menyerab vitamin (A, D, E dan K) dan menyokong organ-
organ di dalam badan kita. Oleh itu, kita boleh menikmati sumber lemak seperti keju
tetapi dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Seterusnya, vitamin merupakan bahan organik
yang sangat diperlukan oleh badan dalam jumlah yang kecil untuk membantu
pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak pada badan kita. Selain itu, vitamin
juga berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan
penyakit. Untuk makluman semua, tubuh badan kita memerlukan 13 jenis vitamin iaitu 4
daripada fat-soluble dan 9 daripada water-soluble (Suzifauzi, 2011).

Mineral adalah bahan bukan organik yang diperlukan oleh badan kita dalam
kuantiti yang kecil bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Antara contoh sumber
mineral yang mudah didapati adalah pisang dang kentang manis. Air adalah komponen
terbesar dalam badan kita dan makanan. Badan kita menghasilkan 50% sehingga 60% air.
Air adalah pelarut yang paling baik bagi garam dan sebatian bukan organik. Kewujudan
air dalam saluran makanan menolong pencernaan masuk ke dalam badan. Oleh itu,
minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air suam atau air yang telah dirawat setiap hari
(Siti Nor Bahyah & Jaafar Salleh, 2005).

Kesimpulannya, setiap orang perlu menjaga pemakanan seimbang, seboleh-


bolehnya dengan berpandukan piramid makanan dan nasihat pakar pemakanan bagi
mengelakkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Sesungguhnya terdapat banyak
perkara yang perlu kita berikan perhatian untuk hidup dalam keadaan yang sihat
(Callard, 2008). (497 patah perkataan)

9
MPU3313
RUJUKAN

Callard, S. (2008). The Little Green of Health. Carlton Books.

Nas, A. H. (18. August 2015). Cuit-cuit bahasa. Retrieved March 16, 2016, from
http://cuit-cuitbahasa.blogspot.my/2015/08/penulisan-5-gaya-hidup-sihat.html
abgerufen

Salleh, S. N. (2005). Panduan Mencerdaskan Minda. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sha'ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai & Rosnida Abu Bakar
(2015). MPU3313/MPU2313 Health and Wellness (1st ed.). Selangor : Open
University Malaysia

Suzifauzi, N. (21. August 2011). Gaya Hidup Sihat. Retrieved March 16, 2016, from
http://niksuzifauzi.blogspot.my/2011/08/normal-0-false-false-false-en-us-x-
none_21.html abgerufen

10
MPU3313
Soalan 4 :
Apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan terapeutik? Pemakanan
terapeutik adalah plan makanan untuk mengawal pengambilan makanan atau nutrien. Ini
adalah sebahagian daripada rawatan yang ditentukan oleh doktor dan dirancangkan oleh
pakar diet. Pemakanan terapeutik ini dibuat untuk merawat pesakit diabetis. Pesakit
diabetis boleh memakan pelbagai makanan yang ada nutrien dalam kuantiti yang
sederhana dan mengikut masa makan yang teratur.

Pesakit diabetis akan dinasihatkan untuk memakan kandungan makanan yang


mempunyai karbohidrat yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh dan
produk tenusu rendah lemak untuk karbohidrat yang senang. Selain itu, makanan kaya
dengan serat kerana makanan tersebut penting untuk mengurangkan risiko penyakit
jantung dan dapat mengawal gula dalam darah seperti sayur-sayuran, buah-buahan,
kacang, tepung gandum penuh dan bijian gandum (Siti Nor Bahyah & Jaafar Salleh,
2005).

Pesakit diabetis juga dibenarkan untuk memakan ikan tetapi sekurang-


kurangnya dua kali seminggu kerana ikan adalah alternatif terbaik untuk daging tinggi
lemak. Antaranya ikan tuna merupakan ikan yang kurang jumlah lemaknya. Seperti yang
kita tahu ikan merupakan makanan yang rendah lemak dan mengandungi protein yang
berkualiti dan iodin mineral. Ikan juga sumber terbaik untuk kesihatan jantung kerana
mengandungi omega-3 bersama asid lemak. Makanan yang mempunyai kandungan
lemak sihat seperti buah avokado, buah badam dan buah zaiton boleh membantu
menurunkan paras kolestrol dalam badan (Sue Carney & Siti Rohani, 2013).

Jenis-jenis makanan yang dicadangkan oleh doktor dan pakar diet untuk
mengubah diet kita yang sedia ada. Oleh itu, sekiranya kita tergolong dalam golongan
yang memerlukan rawatan untuk diabetis, cuba amalkan apa yang dinasihatkan bagi
menjamin kesihatan kita pada masa depan. Marilah kita sama-sama menjalani ujian
kolestrol kerana jika seseorang itu telah berusia lebih daripada 20 tahun, adalah
disarankan sentiasa menjalani ujian untuk menentukan kandungan kolestrol dalam
tubuhnya. Mengetahui kandungan kolestrol adalah penting kerana seseorang itu boleh

11
MPU3313
mengubah dietnya sekiranya kandungan kolestrol tinggi (Sha’ari, Raijah, Rames, &
Rosnida, 2015).

Kesimpulannya, pakar diet telah menyarankan untuk makan mengikut sukatan


yang telah ditetapkan bagi langkah berjaga - jaga agar kadar gula dalam darah dapat
dikawal supaya iainya tidak melebihi paras bahaya. Digalakkan juga untuk kita membuat
pemeriksaan darah (BSP) di klinik atau farmasi untuk kita mengetahui kadar gula kita.
Contohnya, klinik akan menyarankan kepada pesakit diabetes untuk melakukannya empat
kali untuk sehari seperti 8.00pagi , 11.00 pagi , 4.00 petang dan 10.00malam. Sebelum
membuat pemeriksaan tersebut kita diminta untuk tidak makan 2 jam sebelum bagi
mengelakkan bacaan kadar gula berada diparas yang tinggi iaitu 7% ke atas (zon merah).
(370 patah perkataan)

RUJUKAN
Sue Carney & Siti Rohani. ( May 2013). Reader's Digest.

Siti Nor Bahyah Mahamood & Jaafar Salleh. (Nov 2005). Panduan Mencerdaskan
Minda. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sha’ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai & Rosnida Abu Bakar.
(2015). MPU3313/MPU2313 Health and Wellness (1st ed.). Selangor : Open
University Malaysia

12
MPU3313
Soalan 5 :
Kita perlu menguruskan berat badan kita agar kesejahteraan hidup kita
terjamin. Janganlah kita tergolong dalam dua golongan kekacauan pemakanan seperti
golongan makan terlalu banyak serta menyukai makanan dan golongan yang menolak
untuk makan. Kekacauan pemakanan merupakan keadaan yang serius yang berkaitan
dengan tabiat pemakanan berterusan yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan,
emosi dan kebolehan untuk berfungsi.

Pertama, seseorang yang makan terlalu banyak dan menyukai makanan adalah
seorang yang berisiko tinggi untuk menghidapi obesiti. Keadaan ini digelar bulimia
nervosa. Contohnya seorang yang berkeadaan begini akan makan dan minum mengikut
nafsu kemudian memaksa dirinya untuk memuntahkan semula makanan tersebut untuk
menghapuskan kalori dan mengelakkan berat badan naik. Keadaan tersebut boleh
dikategorikan kepada dua kategori iaitu menyingkirkan dan tidak menyingkirkan
(Sha’ari, Raijah, Rames, & Rosnida, 2015).

Menyingkirkan Tidak Menyingkirkan

Dilakukan dengan sendiri dengan cara Menggunakan kaedah lain seperti berpuasa,
memuntahkan makanan yang telah diet yang berterusan dan senaman.
dimakan.

Jadual 1 : Dua Kategori Bulimia Nervosa

Kedua, Anorexia nervosa merupakan kekacauan makanan yang paling


rumit yang terdapat tiga ciri penting seperti seseorang yang enggan mengekalkan badan
yang sihat dan sempurna, seseorang yang takut apabila berat badan bertambah dan
seseorang yang suka mengubah bentuk badan. Keadaan ini membolehkan pengidapnya
mati sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya kerana mereka sanggup
menurunkan berat badan secara mendadak walaupun mereka sebenarnya sudah terlampau
kurus. Keadaan tersebut boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu menyekat dan
menyingkirkan.

13
MPU3313
Menyekat Menyingkirkan

 Cara mencapai penurunan berat badan  Cara mencapai penurunan berat badan
dengan menyekat kalori. dengan memuntahkan atau
menggunakan ubat pencuci perut dan
 Contoh : Diet yang melampau,
sebatian yang menyebabkan banyak air
berpuasa dan bersenam
kencing dikumuhkan.

Ciri - ciri keadaan tersebut seperti seseorang yang pemalu, pendiam dan tidak selamat
dari segi sosial. Mereka menghadapi risiko penyakit seperti tidak mampu menghadapi
suhu sejuk, tekanan darah rendah, kadar denyutan jantung rendah dan bagi perempuan :
peredaran haid akan berhenti (Sha’ari, et al., 2015).

Bagi kedua - dua kekacauan makanan ini amatlah berbahaya bagi semua
manusia kerana kita mensyukuri kejadian pencipta dan tidak yakin dengan keadaan diri
sendiri sehingga sanggup menyakiti dan mengubah diri sendiri. (286 patah perkataan)

RUJUKAN
Sha’ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai & Rosnida Abu Bakar.
(2015). MPU3313/MPU2313 Health and Wellness (1st ed.). Selangor : Open
University Malaysia

14
MPU3313
Soalan 6 :
Bermula tahun 2000, jangka masa untuk hidup meningkat dengan cepat
terutamanya dalam negara membangun. Manusia dapat hidup lebih lama untuk membaiki
kualiti hidup dan tidak sewenangnya untuk mendekatkan diri dengan wabak penyakit. Di
Malaysia, jangka umur untuk hidup meningkat dari 50 tahun ke 75 tahun (Sha’ari,
Raijah, Rames, & Rosnida, 2005). Dalam kehidupan seharian, individu, masyarakat atau
ahli profesional sering menekankan aspek negatif dan mengabaikan aspek positif. Begitu
juga dari aspek promosi kesihatan, kita sering menekankan aspek pencegahan penyakit
dan kurang mempromosikan dimensi kesihatan yang positif dan menjurus ke arah
kesejahteraan hidup.

Aktiviti promosi kesihatan seharusnya cuba mencegah penyakit atau keadaan


tidak sihat dan pada masa yang sama ia harus mampu menggalakkan kesihatan yang
positif pada individu atau masyarakat. Matlamat keseluruhan promosi kesihatan ialah
mencapai keseimbangan di antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan
tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Aspek promosi kesihatan telah
menonjolkan aspek kesejahteran kehidupan individu sebagai perkara asas dalam
kesihatan masyarakat. Setiap individu, para profesional dan bukan profesional serta
bukan agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masing-masing dalam aktiviti
promosi kesihatan.

Terdapat tiga tahap atau dimensi dalam aspek pencegahan antaranya


pencegahan primer, pencegahan sekunder dan pencegahan tertier. Pencegahan primer
melibatkan tindakan individu untuk mencegah dari berlakunya penyakit atau
ketidakupayaan atau kecacatan. Di antara contoh tindakan ialah imunisasi dan vaksinasi.
Pencegahan sekunder pula melibatkan pengenalpastian di peringkat awal keadaan
kesihatan seseorang individu. Di antara contoh yang sering dilakukan oleh individu ialah
pemeriksaan perubatan dan fizikal untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami
penyakit seperti diabetis (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), atau kegagalan
jantung. Individu juga sering melakukan pemeriksaan gigi atau mata untuk memastikan ia
berada dalam keadaan baik. Pencegahan tertier pula membabitkan tindakan yang diambil
untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan individu akibat daripada penyakit yang

15
MPU3313
sedang dialami olehnya. Contohnya, pesakit akan mengawal keadaan penyakit
diabetisnya dengan mengambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor serta
mengawal diet (pemakanan) supaya individu itu tidak mengalami masalah retinopati
(kerosakan mata), neuropati (kerosakan sistem saraf) ataupun nefropati (kerosakan buah
pinggang) akibat daripada keadaan diabetis yang tidak terkawal. (Mohd Izham, 1998)

Objektif kesihatan, strategi dan program di bawah Rancangan Malaysia 7


(RM7) akan memberi penekanan dari sudut promosi kesihatan, pencegahan penyakit,
rawatan serta pemulihan dan pengekalan sistem kesihatan yang efisen dan adil. Kerajaan
akan mempromosi cara hidup sihat di kalangan masyarakat. Sistem kesihatan di kawasan
luar bandar akan dipermajukan. Sistem bekalan air dan sanitasi, program nutrisi dan
imunisasi akan diperluaskan dan lebih ramai individu dijangka akan mendapat
kemudahan tersebut. Lebih banyak hospital dan kemudahan kesihatan akan dibina.
Kerajaan juga menggalakkan sektor kesihatan swasta berganding bahu dengan kerajaan
untuk mencapai matlamat RM7. Usaha akan terus ditumpukan kepada golongan
berpendapatan rendah dan menguatkan program kesihatan dan rawatan dengan
memperbanyakkan perkhidmatan sokongan (Mohd Izham, 1998). (422 patah perkataan)

RUJUKAN
Mohd Izham Mohd Ibrahim. (1998, Julai). National Poison Centre USM. Retrieved April
1, 2016, from http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=484

Sha’ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai & Rosnida Abu Bakar.
(2015). MPU3313/MPU2313 Health and Wellness (1st ed.). Selangor : Open
University Malaysia

16
MPU3313
Soalan 7 :
Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu
di dunia yang paling ditakuti dan mencatat statistik yang membimbangkan. Paras
kolestrol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang bersenam, faktor
jantina dan proses penuaan adalah faktor penyumbang kepada penyakit ini. Pembentukan
kolestrol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung
koronari yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehingga tanda-tanda dialami.
Nama lain bagi penyakit ini adalah penyakit arteri koronari (Sha’ari, Raijah, Rames, &
Rosnida, 2015).

Ada beberapa cara untuk mencegah penyakit ini dengan perubahan gaya hidup
serta mendapatkan ubat – ubatan yang betul mengikut nasihat doktor. Walaupun ada
beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan untuk sesiapa sahaja diserang penyakit
tersebut antaranya umur, jantina dan sejarah keluarga. Kita seharusnya menjaga
pemakanan seharian kita dan mengambil makanan yang berzat seperti mengamalkan
diet tinggi serat dan rendah lemak serta disulami dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan
biji-bijian. Kita juga sewajibnya menghadkan pengambilan kadar garam dalam makanan
seharian kita jangan sehingga kita mengambil 6 sudu garam sehari. Selain itu, kita
seharusnya mengubah jadual diri kita yang sebelum ini mengamalkan hidup yang tidak
aktif, maka bagi mengelak kita menghidapi sakit yang kronik ini marilah kita mengubah
hidup pasif kepada aktif dengan kerap melakukan senaman untuk menjaga diri dan berat
badan yang ideal. Dengan senaman yang kerap segala lemak yang ada di dalam tubuh
badan kita akan menjadi sumber tenaga tambahan dan lemak tersebut tidak akan
menutupi pembuluh darah kita (Dharma, 2014).

Kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah kita supaya tekanan darah kita
sentiasa berada ditahap bawah 140/85mmHg dan kerap memantau kadar gula bagi
mengawal berat badan serta pemakanan harian kita. Jika seseorang itu telah pun
menghidap penyakit jantung ini, mereka boleh menggunakan ubat – ubatan yang diberi
oleh doktor dan mengamalkan produk serta pemakanan berasaskan herbal untuk
meringankan gejala dan menghentikan masalah penyakit tersebut.

17
MPU3313
Dengan mengamalkan cara pencegahan yang dinyatakan diatas, semoga kita
semua terhindar daripada gejala penyakit ini dan penyakit-penyakit yang membolehkan
kita terjebak dalam penyakit jantung koronari ini. Jika kita mengalami tanda-tanda yang
sama seperti tanda-tanda penyakit jantung seharusnya kita berjumpa doktor segera untuk
memantau tahap kesihatan kita sebelum menjadi rumit (Dharma, 2014). (328 patah
perkataan)

RUJUKAN
Wongso Yudi Dharma. (14. June 2014). Grosir Amazon Plus. Retrieved April 1, 2016,
from http://grosiramazonplus.com/cara-mencegah-jantung-koroner/ abgerufen

Sha’ari Abd. Hamid, Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai & Rosnida Abu Bakar.
(2015). MPU3313/MPU2313 Health and Wellness (1st ed.). Selangor : Open
University Malaysia

18

Anda mungkin juga menyukai