Anda di halaman 1dari 3

“Ukhwah Islamiyyah Asas Kesejahteraan Ummah”

Kemilau danau menyilau mata,


Tempat putera menahan ikan,
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang pidato hamba mulakan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana yang sentiasa berpegang kepada neraca keadilan,guru-guru
dikasihi dan rakan-rakan yang bertanding dan warga dewan yang budiman sekalian.
Hadirnya saya di pentas yang indah dan pagi yang nirmala ini adalah untuk menyampaikan
pidato yang bertajuk “Kepentingan Penghayatan erti kemerdekaan oleh generasi muda”
Bismilahhiramannirahim

Assalamualaikum W.B.H dan Salam Sejahtera

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang
sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detik
waktunya, para peserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.
Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
“Ukhwah Islamiyyah Asas Kesejahteraan Ummah”

Sidang hadirin yang penuh budiman,


Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur
hujah, izinkan saya mendefinisikan perkataan yang membina tajuk pidato hari ini agar hadirin
terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata
orang dahulu kala :
Yang buta tidak teraba-raba,
Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambing-ambing,
Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Kata ukhuwah berasal dari bahasa arab yang kata dasarnya adalah akh yang bererti saudara,
sementara kata ukhuwah bererti persaudaraan. Secara istilah ukhuwah Islamiyyah adalah
kekuatan iman yang dikurniakan Allah kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa yang
menumbuhkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kemuliaan dan rasa saling percaya
terhadap saudara seakidah. Dengan berukhuwah akan timbul sikap saling menolong, saling
pengertian dan tidak menzalimi harta mahupun kehormatan orang lain. Manakala menurut
kamus dewan perkataan kesejahteraan pula membawa maksud keselamatan, kesenangan dan
ketenteraman. Pendek kata pada hari ini kita dapat simpulkan bahawa hubungan akrab
ataupun jalinan kasih sayang sesama umat islam merupakan indikator penting dalam memacu
sesebuah negara yang aman dan harmoni.

Sidang dewan sekalian,

Jika sudah ada pembukanya, pasti akan ada isi dan hujahnya, beralih kepada indikator yang
pertama, Al-Ukhuwah Al-Islamiyyah adalah satu konsep dalam Islam yang menyatakan
“Ukhwah Islamiyyah Asas Kesejahteraan Ummah”

bahawa setiap Muslim dengan Muslim lain adalah bersaudara. Banyak ayat Al-Quran
mahupun hadis Rasulullah SAW menjadi asas kepada konsep ini. Bahkan kerap kali kita
mendengar kaitan di antara perkataan ‘ukhuwah’ dan ‘iman’ atau ‘Islam’. Hal ini
menunjukkan bahawa ukhuwah salah satu parameter utama keimanan dan keislaman
seseorang. Ukhuwah salah satu daripada tiga unsur kekuatan yang menjadi ciri-ciri
masyarakat Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu pertama, kekuatan iman dan aqidah.
Kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati. Ketiga, kekuatan kepemimpinan dan senjata.
Dengan tiga kekuatan ini, Rasulullah SAW membangunkan masyarakat ideal, memperluas
Islam, mengangkat tinggi bendera tauhid dan meningkatkan bilangan umat Islam di muka
bumi ini begitu pesat dan tempohnya kurang daripada setengah abad.

Hadirin dan hadirat yang budiman sekalian,


Beralih kepada wacana perbahasan kita yang kedua, catatan sejarah menceritakan kepada
kita bahawa kaum Ansar sangat gembira menerima tetamu kaum Muhajirin hingga mereka
berlumba-lumba menerima setiap sahabat Muhajirin yang sampai di Yathrib ketika itu
(Madinah). Mungkin kita berasa kagum dengan sikap unik sahabat Ansar ini yang kita sudah
tentu tidak mampu dilakukan seperti mereka. Apakah yang mendorong mereka bersikap
begitu?

Al-Quran sudah menjawab dengan menjelaskan rahsia yang mendorong sahabat golongan
Ansar melakukan sesuatu yang luar biasa walaupun keadaan mereka yang sangat fakir dan
sangat memerlukan bantuan. Allah SWT berfirman memuji mereka: “Dan orang (Ansar)
yang menetap di kota Madinah dan (beriman) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin),
mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka
(Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada
mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas diri mereka sendiri,
sekalipun mereka dalam kesusahan.” Surah Al-Hasyr, ayat 9

Seterusnya ,kita beralih kepada hujah yang terakhir,


Ukhuwah, cinta dan mengutamakan orang lain adalah syarat kebangkitan dan kemenangan,
itulah strategi pertama dilakukan Rasulullah SAW dengan mempersaudarakan sahabat Ansar
dan Muhajirin serta membangunkan masjid tempat membina persaudaraan dan kesatuan
kaum Muslimin. Ukhuwah tidak boleh dibeli dengan apa pun. Tapi ia diperoleh daripada
penyatuan antara ikatan hati dan hati serta ciri istimewa daripada seorang Mukmin yang
soleh. Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin satu sama lainnya bagaikan bangunan yang
sebahagiannya mengukuhkan bahagian lainnya.” Hadis Riwayat Bukhari

Siding dewan yang dihormati sekalian,


Sebagai akhir kalam, orang yang terikat dengan ukhuwah Islamiyah memiliki banyak
keutamaan, antaranya, mereka merasakan kelazatan dan kemanisan iman. Sedangkan orang
lain tidak merasakannya.Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga golongan yang dapat
berasakan manisnya iman: orang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya
“Ukhwah Islamiyyah Asas Kesejahteraan Ummah”

sendiri, mencintai seseorang kerana Allah dan ia benci kembali pada kekufuran sebagaimana
ia benci jika ia dicampakkan ke dalam api neraka.” Hadis Riwayat Bukhari

Keduanya, mereka berada dalam naungan cinta Allah, di akhirat Allah SWT berfirman: “Di
mana orang yang saling mencintai kerana-Ku, maka hari ini aku akan menaungi mereka
dengan naungan yang tidak ada naungan kecuali naunganku.” Hadis Riwayat Muslim

Ketiganya, mereka adalah ahli syurga di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda
“Barangsiapa mengunjungi orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka
malaikat berseru, ‘Berbahagialah kamu, berbahagialah dengan perjalananmu, dan kamu telah
mendapatkan salah satu tempat di syurga.”’ Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Seterusnya, bersaudara kerana Allah adalah amalan mulia dan mendekatkan diri kepada
Allah. Rasulullah SAW pernah ditanya tentang darjat iman yang paling tinggi, baginda
bersabda: “…Hendaklah kamu mencintai dan membenci kerana Allah…” Kemudian Rasul
ditanya lagi, “Selain itu apa wahai Rasulullah?” Rasul menjawab, “Hendaklah kamu
mencintai orang lain sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri dan hendaklah kamu
membenci bagi orang lain sebagaimana kamu membenci bagi dirimu sendiri.” Hadis
Riwayat Imam Al-Munziris

Anda mungkin juga menyukai