Anda di halaman 1dari 10

Fingers’ Rules: Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Siti Norbaini binti Bakri, Syakir bin Mat Rani dan Fariza Aina binti Mohd
Kuliah PISMP 4.08 (Pengkhususan Bahasa Inggeris)
IPG Kampus Pendidikan Islam
43600 BANGI
Selangor Darul Ehsan
Tel: 013-6728908
e-mel: ctnorbyne3@gmail.com

PENDAHULUAN

Seiring dengan arus pemodenan kini, penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris
adalah amat penting dan meluas digunakan di seluruh dunia. Oleh itu, suatu bentuk perubahan
perlu dilakukan bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia agar sentiasa berada di tahap
yang terbaik supaya dapat melahirkan pelajar yang kompeten dan mampu menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik salah satunya adalah dengan cara memberikan perhatian kepada tatabahasa
atau “grammar”.

Sistem pemdidikan kini yang semakin maju dan sejajar dengan arus pemodenan
memaksa kita untuk membuat suatu perubahan khususnya dalam teknik pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini adalah bagi memenuhi tuntutan semasa, malah sukatan pelajaran bagi
subjek Bahasa Inggeris juga telah berubah mengikut darjah. Menurut KSSR, Modul “Grammar”
diajar bagi pelajar Tahun 3. Oleh yang demikian, salah satu kaedah yang sesuai diperkenalkan
bagi membantu pelajar untuk memahami tajuk Subject Verb Agreement dengan lebih efektif iaitu
Kaedah Fingers’ Rules. Cara pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan murid juga perlu
ditekankan di samping aktiviti dan cara pembelajaran yang menyeronokkan akan berjaya
menarik minat pelajar terhadap tajuk yang dipelajari. Ciri-ciri Kaedah Fingers’ Rules dapat
dilihat dalam Rajah 1.

1
k
p
t
f
h
a
d
lm
u
'R
s
r
e
g
in
F Rajah 1: Ciri-ciri Kaedah Fingers’ Rules

2.0 PERMASALAHAN/KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Antara permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar dalam memahami


pembelajaran subjek Bahasa Inggeris adalah dalam memahami salah satu topik dalam kemahiran
Grammar, iaitu, Subject-Verb-Agreement dimana permasalahnnya dapat dilihat apabila
kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam memahami dan mengingati penggunaan dan
pemilihan “verb” atau kata kerja yang sesuai mengikut “noun” atau kata nama tertentu. Antara
permasalahan yang dapat dilihat adalah:

1. Pelajar menghadapi masalah menentukan kata kerja yang betul selepas penggunaan
kata nama sama ada singular ataupun plural, contohnya; is dan verb+s digunakan
selepas kata kerja singular.
2. Keadaan tersebut adalah sama juga dengan Subject-Verb-Agreement bagi bentuk ayat
Past Tense, di mana pelajar menghadapi masalah dalam menentukan penggunaan
verb yang betul sama ada was untuk singular ataupun were untuk plural.

2
3.0 INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

(a) Hubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar, pengkaji mengambil initiatif


untuk mengimprovisasi teknik pengajaran yang ada dalam memahami dan menguasai ayat-
ayat Bahasa Inggeris. Masalah yang dihadapi oleh pelajar mampu ditangani dengan kaedah
Fingers’ Rule ini. Kaedah Fingers’ Rule ini dapat diklasifikasikan sebagai satu formula baru
bagi pelajar yang masih diperingkat awal pembelajaran dan pendedahan kepada Bahasa
Inggeris. Pelajar dapat mengingati formula dan kaedah pembelajaran dengan penguasaan
asas dengan hanya menggunakan dengan jari.

Dalam teknik pengajaran ini, guru perlu memastikan penerangan dan pengajaran yang
diberikan kepada murid perlulah dirancang secara tersusun rapi. Melalui teknik yang diajar
ini, murid dapat;

i) Menguasai tapak asas dalam Subject Verb Agreement ( Pengetahuan kandungan)


ii) Memahami dan juga membina ayat-ayat di dalam Bahasa Inggeris. ( Pengetahuan
Kandungan)
iii) Melihat dan memahami cara pengajaran guru yang lebih tersusun dan menarik
minat para pelajar. (Pengetahuan Pedagogi)

(b) Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan
baharu.
i) Kandungan
Kaedah pengajaran ini merupakan satu pengajaran dimana pelajar didedahkan
dengan formula baru bagi mengingati dan memahami salah satu komponen penting
dalam pengajaran Bahasa Inggeris, iaitu Subject Verb Agreement. Kaedah ini
menggunakan kedua-dua belah tangan. Tangan kanan digunakan untuk Present Tense
dan tangan kiri digunakan untuk Past Tense. Empat jari dari tangan kanan dan empat jari
dari tangan kiri digunakan iaitu jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelingking.
Ibu jari dijadikan sebagai penanda. Penerangan yang lebih lanjut dapat dilihat melalui
Rajah 2.

3
Verb Verb
Subject
Article Article
Subject

Object Object
was
am
I I
a, a,
were/ are/
We/
We/ (+ed) Car, Car, (-s)
an, an, they
they
Pointer /you
Book, Book, /you Pointer
rice is/
was/ the rice the
He/ (+s) He/
she (+ed) she

Past Tense Present


Tense

Left Hand Right Hand

Rajah 2

4
ii) Strategi
Inovasi “Fingers’ Rules” ini ialah suatu bentuk kaedah bagi membantu pelajar
untuk memahami asas yang terdapat dalam Subject Verb Agreement. Kaedah ini sesuai
digunakan bagi pelajar Tahun 2 dan 3 kerana pada peringkat ini mereka sudah mula
membina ayat-ayat mudah. Oleh itu, pemahaman dan penguasaan dalam Subject Verb
Agreement adalah sangat penting. Melalui kaedah ini pelajar akan lebih mudah
memahami hukum-hukum asas yang terdapat dalam Subject Verb Agreement.

iii) Keluaran

Kaedah ini juga lebih mudah diingati kerana ia merupakan rujukan tanpa batasan
iaitu menggunakan jari sebagai rujukan untuk memahami kaedah tersebut dan ia juga
mudah diaplikasi sama ada semasa proses pembelajaran dan pengajaran mahupun semasa
peperiksaan. Kaedah “Fingers’ Rules” yang menggunakan jari ini boleh digunakan
sebagai rujukan semasa pelajar menduduki peperiksaan di mana tiada sebarang nota
dibenarkan namun ianya tetap boleh diaplikasi kerana ia sememangnya berada pada diri
mereka sendiri iaitu menggunakan jari.

(c) Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi. Inovasi di dalam teknik pengajaran
Bahasa Inggeris ( Subject Verb Agreement )

Teknik pengajaran yang diperkenalkan ini berfokus kepada mengaplikasikan


kaedah memahami Subject Verb Agreement dengan cara yang lebih mudah dan senang.
Teknik Fingers’ Rules lebih mudah untuk diingati dan dijadikan rujukan kerana
menggunakan jari sebagai bahan rujukan utama. Teknik pengajaran ini membantu pelajar
untuk menguasai asas tapak yang kukuh dalam membina dan juga memahami ayat di
dalam Bahasa Inggeris. Sesungguhnya, apabila asas utama dalam SVA mampu dikuasai
oleh pelajar maka pelajar akan menjadi lebih mudah menguasai Bahasa Inggeris sebagai
Bahasa kedua.

(d) Butir-butir lain seperti tarikh inovasi dimulakan, bilangan anggota dan jumlah kos
operasi yang terlibat.

5
Tarikh inovasi dimulakan : Mac- Jun 2012
Bilangan anggota : 3 orang pelajar PISMP TESL Semester 4
: Syakir bin Mat Rani
: Fariza Aina bt Mohd
: Siti Norbaini bt Bakri
Responden : Murid tahun 3
Jumlah kos : RM1 (Kertas warna)
(e) Keadaan pelaksanaan inovasi
Jadual dibawah menunjukkan langkah-langkah yang digunakan dalam menghasilkan
inovasi ini.

Bil. Tarikh Aktiviti


1. Mac 2012 Hari Pertama:
- Guru menerangkan kepada murid tentang tajuk yang
bakal dipelajari (Subject Verb Agreement).
- Guru mengajar tajuk Subject Verb Agreement kepada
murid Tahun 3.
- Guru memberi latihan tentang tajuk yang dipelajari.
Hari Kedua hingga Hari Keempat:
- Guru mengajar tajuk Subject Verb Agreement dengan
menggunakan Kaedah Fingers’ Rules kepada murid
Tahun 3.
- Guru mencatat setiap perkembangan para pelajar
terhadap tajuk yang dipelajari sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
Hari Kelima:
- Guru memberi latihan yang sama tentang tajuk yang
dipelajari seperti pada hari pertama bagi melihat
perubahan dan tahap pemahaman pelajar tentang tajuk
Subject Verb Agreement.

6
2. April 2012 - Guru menganalisis data dan maklumat yang diperoleh.
- Guru membuat penilaian terperinci tentang hasil dapatan
kajian yangdiperoleh.
3. Mei 2012 - Guru merujuk sumber-sumber yang berkaitan sebagai
rujukan untuk membuat laporan dapatan kajian.
- Guru menyiapkan kajian laporan.
4. Jun 2012 - Kajian dilengkapkan dan hasil kajian dihantar.

Gambar contoh ring

7
4.0 FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG TELAH DIPERKENALKAN

a) Pengurangan kos operasi

Jumlah kos operasi yang diperlukan ialah kira-kira RM1.00 bagi kos membeli kertas
warna untuk digunakan sebagai “cincin” bagi setiap murid.

b) Penjimatan masa

Murid-murid mampu memahami dan menguasai kaedah yang diajarkan dengan


menggunakan kaedah Fingers’ Rules ini dalam tempoh masa kira-kira seminggu.

c) Peningkatan hasil kerja (prestasi)

Guru: teknik pengajaran yang mudah dan berkesan.

Pelajar: mampu membina ayat mudah dengan betul mengikut hukum-hukumnya.

d) Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan

pelajar menunjukkan minat terhadap tajuk yang dipelajari dengan meibatkan diri dalam
proses pembelajaran dan pengajaran secara aktif, mampu menjawab soalan yang diajukan
dengan betul dan objektif pembelajaran tercapai.

5.0 KEBERKESANAN PELAKSANAAN

8
Selepas inovasi dijalankan, impak dan juga keberkesanan dapat dikenal pasti iaitu impak
kepada pengajaran dan pembelajaran, impak kepada pelajar, impak kepada guru dan impak
kepada Sekolah/KPM.

(i) Impak kepada Pengajaran dan Pembelajaran


a) Rujukan tanpa batasan ( jari)
b) Keupayaan untuk berimaginasi secara berfokus
c) Penguasaan terhadap asas Subject Verb Agreement
d) Pembelajaran dan pemahaman Bahasa Inggeris yang lebih mendalam
e) Menarik minat pelajar

(ii) Impak kepada Pelajar/ Murid


a) Penguasaan asas Subject Verb Agreement
b) Pemahaman yang maksimun
c) Imaginasi yang berfokus dan terarah
d) Kritikal dalam penyelesaian masalah
e) Access ability- Pelajar lebih senang mengingat
f) Pelajar dapat mengimbas kembali tajuk yang dipelajari perlu menggunakan
“ring”.

(iii) Impak kepada Guru


a) Aplikasikan pembelajaran secara tersusun rapi
b) Pelaksanaan pengajaran lebih teratur
c) Keyakinan diri meningkat
d) Mampu meningkatkan tahap kemajuan diri dan pelajar

(iv) Impak kepada Sekolah/ KPM


a) Menepati sasaran NKRA : meluaskan akses pendidikan berkualiti
b) Memastikan hala tuju Misi dan Visi Sekolah tercapai
c) Melonjakkan kecemerlangan sekolah tercapai.

9
PENUTUP

Suatu anjakan paradigma dalam aspek pendidikan terutamanya bagi subjek Bahasa
Inggeris perlu diberikan penekanan oleh para guru. Contohnya, ia boleh dilakukan melalui
kaedah pembelajaran dan pengajaran dengan cara melakukan pembaharuan bagi topik Subject
Verb Agreement. Pemahaman yang mantap terhadap konsep asas Subject Verb Agreement
dengan menggunakan kaedah Fingers’ Rules ini mampu dijadikan sebagai asas tapak yang
kukuh bagi para pelajar untuk menguasai topik yang lain dan mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian. Hal ini juga, ia mampu menukar mentaliti para yang menganggap Bahasa
Inggeris sukar untuk difahami. Dengan menggunakan kaedah yang ringkas dan mudah ini, para
pelajar akan lebih mudah memahami dan secara tidak langsung mampu membantu meningkatkan
motivasi para pelajar dan menyuburkan minat mereka terhadap Bahasa Inggeris.

Left Hand Right Hand

10

Anda mungkin juga menyukai