Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN AJK PEMUDA

PARTI POLITIK

Bismillahirrahmannirrahim…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis,

Yang saya hormati,

Alhi jawatan kuasa bahagian parti

(Nama-nama AJK yang hadir dan jawatan)

Tenang pahlawan bersiap siaga,

Atur langkah penuh seninya,

Assalamualaikum pembuka bicara,

Bismillah mengiring wacana.

KATA ALUAN
Alhamdulillah, Kita direzekikan untuk berkumpul pada hari yang berbahagia ini. Meraikan majlis (Nama

majlis). Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahiah kepada (nama bahagian parti) kerana

telah berjaya merangka dan melaksanakan majlis (nama majlis). Selain itu, marilah bersama-sama kit

amerafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi atas kurniaan kudrat yang membolehkan kita terus

berkhidmat dalam wahana perjuangan ini.

Pemuda. Bukan hanya seorang individu, tetapi adalah sayap paling penting dalam organisasi yang

menjadi pembawa wadah dan pencetus semangat. Mempelopori wawasan seluruh watan. Jika kita

telusuri sejarah, bermula di era kolonial hingga ke era Millenia ini. Bukan sekadar pemerhati yang kaku

membisu juga bukan pengikut yang bergerak dengan tangan yang diikat. Tetapi sebagai pembawa api

perubahan, perintis jalan kecemerlangan. Lembaran kemerdekaan telah merakam semangat anak

muda yang membawa Malaysia bertapak atas kaki sendiri. Di zaman Millenia ini, teknologi pesat

membangun membolehkan pemuda mengembangkan sayapnya untuk terbang lebih jauh. Mejana

pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan kedepan.

Di sini keseimbangan ini harus kita jaga. Antara tradisi dan pemodenan, kemajuan fizikal dan

pembangunan sahsiah diri, hikmah dalam sejarah dan potensi baru yang boleh digarap. Bukan semata

mengikut acuan zaman tetapi juga terapan agama yang mecorakkan kepimpinan yang mulia dan

berintegriti. Justeru, kita perlu sentiasa bermuhasabah dan menambah baik diri agar nilai-nila ini dapat

dipagar menjadi pegangan untuk meneruskan perjuangan di masa akan datang.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Kini, masyarakat sudah lebih cakna semakin menerima baik idea dan inisiatif yang ditonjolkan oleh

anak muda. Semakin banyak dasar dan program yang diangkat dalam membantu perkembangan belia.
Aspek latihan, hak Upaya generasi muda menjadi sasaran dalam usaha membantu graduan dan belia

mendapatkan pekerjaan. Demi merintis masa depan yang lebih baik untuk bakal pewaris negara ini.

Namun, tiadalah lautan yang tidak berbadai. Pasti ada ombak yang menghempas pantai. Kita tidak

boleh menepis cabaran di zaman baru ini. Usaha membina belia bukan satu perkara yang mudah dan

memerlukan iltizam yang kuat dari semua pihak terutamanya para pemimpin belia dan wakil belia.

Peranan kedua-duanya adalah diibaratkan sepasang sayap kepada seekor burung. Jika salah satunya

lumpuh, maka tidak dapatlah sayap itu membawa burung ke destinasi yang ingin dituju. Jauh sekali

memenuhi apa-apa kerperluan dan fungsi yang diinginkan. Bergitu juga belia tidak akan terbentuk

tanpa pimpinan pemuda atau wakil belia tidak berfungsi dengan sempurna dalam menyelurkan

sumber-sumber ke arah penghasilan golongan belia yang berwibawa.

Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah, pimpinan pemuda perlu memahami peranan mereka dan

menyusun strategi bagaimana caranya membantu para belia agar dapat dibentuk menjadi individu

yang berketerampilan serta boleh menyumbang kepada masyarakat. Bukan sekadar hebat berpidato,

namun mempunyai prinsip kepimpinan yang lemah. Luaran yang gagah, namun kendiri yang rendah.

Dengan kata lain, pimpinan belia seperti ini adalah jauh dari nilai kerja belia yang profesional.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Membina golongan belia dalam era modenisasi memerlukan pimpinan belia untuk memperkemaskan

diri dan mengubahsuai strategi dalam rangka kerja belia. Hal ini kerana, pimpinan berperanan dalam

mengawal transformasi sosical, mengelola latihan dan program bimbingan belia selain perlu

melibatkan diri secara aktif dalam mencorak nilai dan gaya hidup acuan Malaysia. Modenisasi akan
terus menjadi agenda negara dan berkembang seiring kepesatan pembangunan teknologi. RMK 12

menumpukan kepada pembangunan semula ekonomi, memperkukuhkan keselamatan dan

kesejahteraa. Dalam erti kata lain, sumbangan dari belia dalam kepakaran dan kemahiran amat

diperlukan. Tuntutan ini menjadikan belia sebagai aset negara dan memerlukan rangka penyerlahan

potensi positif serta produktif.

Belia yang berpesatuan adalah lebih mudah dibentuk daripada mereka yang bergerak sendirian. Di

mana organisasi pemuda merupakan medium yang efektif untuk menyalurkan perubahan. Kerana itu

pimpinan pemuda perlu jelas dengan matlamat dan faslsafah program belia dalam pembangunan

golongan belia. Ini bagi memastikan wujudnya keseimbangan dari ketiga-tiga aspek berikut. Sekiranya

unsur-unsur pembangunan belia terdapat dalam matlamat dan falsafah namun tidak di dalam

program, maka pincanglah usaha pembangunan belia ini. Gambaran ini menunjukkan perancangan

yang lemah juga bercanggah dengan falsafah pembangunan belia.

Persatuan boleh diibaratkan sebagai penggerak belia dan pimpinan pemuda pula adalah

pengendalinya disetiap pringkat pentadbiran negara, kampung, mukim, daerah, negeri dan negara.

Secara amnya pemuda adalah berperanan sebagai penggerak perubahan, pembantu proses, pemberi

penyelesaian dan penghubung sumber dalam pembangunan belia yang berterusan.

Kesimpulannya, Pimpinan pemuda dan golongan belia mempunyai peranan yang besar dalam
pembentukan generasi muda berwibawa. Ia menjadi penentu kesinambungan kepimpinan negara
yang terletak di atas bahu kepipmpinan pemuda dan wakil belia khususnya dalam membentuk
kepimpinan seterusnya mencipta peluang untuk terus menyerlahkan potensi.
Akhir kata, dengan lafaz bismillah hirrahma nirrahim, saya merasmikan (nama majlis) ini dengan
harapan para pemuda dapat melaksanakan amanah berat ini dengan penerapan nilai profesionalisma
dan wibawa.

Sekian, Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
selamat sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai