Anda di halaman 1dari 3

Modul 6

Aktiviti 1: Kami di Kuadran Mana?

Jawapan:
Senario di atas berada di Kuadran D iaitu murid mencipta dan menilai secara
interdisiplinari dalam masalah bukan rutin. Projek dalam scenario di atas
memerlukan murid menilai faktor seperti jenis tanah, sumber air, suhu,
kecerunan dan sebagainya yang mempengaruhi percambahan biji benih dan
pertumbuhan anak benih. Di sini, kemahiran menilai murid diperlukan. Murid
perlu membuat pemerhatian terhadap biji benih yang ditaman berdasarkan
faktor-faktor yang berbeza. Murid mencatat dan menilai hasil tamanan biji
benih tersebut.

Seterusnya, murid-murid dikehendaki membuat perbincangan semasa


menjalankan projek ini. Murid perlu mempersembahkan hasil kajian mereka
dalam pelbagai bentuk yang difikirkan terbaik seperti dalam bentuk sajak, puisi,
debat, lakonan dan sebagainya kepada semua murid, guru dan pihak-pihak yang
berkepentingan. Dengan ini, murid-murid perlu mempunyai kemahiran mencipta
semasa menghasilkan karya persembahan berkenaan dengan hasil kajian
mereka. Selain itu, murid juga memerlukan kreativiti mereka untuk mencipta
bahan untuk dipersembahkan kepada orang ramai.
Kami di Kuadran Mana? (Tajuk Projek: Penanaman Pokok Bawang Merah)

Projek Penanaman Pokok Bawang Merah yang dirancang di sekolah kami


berada di Kuadran B iaitu murid diberi peluang untuk mengaplikasi
pengetahuan secara Interdisiplinari dalam masalah harian bukan rutin.

Justifikasi: (Senario)
Guru mendapati murid tahun dua kurang peka terhadap perubahan
persekitaran. Oleh itu, murid tahun dua dikehendaki Pembelajaran
Berasaskan Projek (Project Based Learning - PBL) yang bertemakan Hidup
Hijau Hidup Harmoni. Murid dikehendaki menanam bawang merah dan
memerhati perkembangannya. Pembelajaran ini melibatkan dua mata
pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual. Bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, murid-murid dikehendaki mencatat dan menulis
perkembangan pertumbuhan penanaman bawang merah tersebut. Dengan
ini, murid dapat menggunakan istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk
membuat catatan tentang peringkat-peringkat pertumbuhan bawang merah di
samping meningkatkan kesedaran mereka tentang perubahan persekitaran.
Untuk pemahaman yang lebih jelas, selain mencatatkan perkembangan
penanaman bawang merah, lakaran gambar tentangnya juga diperlukan.
Oleh itu, Pendidikan Seni Visual juga diaplikasikan dalam projek ini. Murid
dikehendaki menanam bawang merah pada bekas plastik telur serta
memerhati dan melukis perkembangan pertumbuhan bawang merah dari satu
peringkat ke satu peringkat.

Dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kedua-dua mata


pelajaran, murid-murid diberi dua minggu untuk menanam, memerhati,
berbincang dan mencatat perkembangan pertumbuhan bawang merah
supaya murid dapat menguasai pengetahuan ini dengan lebih mendalam dan
bermakna. Seterusnya, murid juga boleh mendapat faedahnya dengan
mewujudkan kerjasama antara murid dan hasil tanaman daun bawang
tersebut dapat dijadikan bahan masakan bagi murid yang terlibat dalam
Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Justeru, murid dapat menghargai
pendapatan penanaman mereka dalam projek ini. Nilai kerjasama, jimat
cermat, saling menghormati, bertanggungjawab dan kesyukuran.

Penilaian pencapaian murid sebelum dan selepas pelaksanaan projek ini


dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual telah
dicatat.

Anda mungkin juga menyukai