Anda di halaman 1dari 6

NAMA:_____________________________________ TARIKH:___________

BAB3: MATEMATIK PENGGUNA: INSURANS

Deduktibel
Insurans am
Insurans hayat
Kadar
Ko-insurans
Perlindungan
Polisi
Premium
Risiko

Insurans itu apa?


Bentuk pengurusan risiko untuk meringankan beban kewangan
pemegang polisi jika berlakunya sebarang risiko

Kenapa wujud insurans?


Kerana kita terdedah kepada risiko

Apakah maksud risiko?


Risiko adalah bahaya yang menimpa diri, keluarga atau harta benda
Secara umumnya, kemungkinan berlakunya musibah yang tidak dapat
dielakkan

Contoh risiko
Kemalangan
Kebakaran
Sakit

Konsep insurans
Pemegang polisi perlulah membayar premium kepada syarikat insurans
dan syarikat insurans akan membayar pampasan bagi kerugian yang
berlaku
_______________ ____________________

Jika berlakunya kemalangan, kita akan menerima pampasan setakat


jumlah kerugian sahaja. Adakah kita akan mendapat keuntungan?

Syarikat insurans mengamalkan prinsip indemniti. Prinsip indemniti


merujuk kepada bayaran ganti rugi yang tidak melebihi jumlah kerugian
yang dialami oleh pemegang polisi

Jenis-jenis insurans
Jenis insurans Risiko yang dilindungi
Insurans Hayat Kematian
(Nyawa) Penyakit kritikal
Hilang upaya (keilatan)
Insurans Am (Harta Insurans motor (kenderaan berenjin)
benda) Insurans kebakaran
Insurans perubatan dan kesihatan
Insurans kemalangan diri
Insurans perjalanan

Sekiranya berlaku kemalangan jalanraya, berapa pihak yang terlibat?


Pemandu (pemegang polisi)
Syarikat insurans
Pihak ketiga (mana-mana individu yang terlibat dalam kemalangan
disebabkan oleh pemandu tidak termasuk penumpang)
Liabiliti ialah hutang perniagaan kepada pihak luar dan perlu dijelaskan
dalam satu-satu tempoh masa yang telah ditetapkan

Insurans kebakaran merujuk kepada perlindungan terhadap kerugian


akibat kebakaran, kilat dan letupan yang berlaku pada rumah kediaman
ataupun bangunan perniagaan. Perlindungan tambahan seperti taufan,
banjir, rusuhan dan sebagainya

Apakah Insurans perubatan dan kesihatan?


Kos perbelanjaan perubatan seperti kos kemasukan ke hospital dan
pembedahan

4 Polisi insurans perubatan dan kesihatan


Insurans hospital dan pembedahan
Insurans penyakit kritikal
Insurans pendapatan akibat hilang upaya
Insurans pendapatan hospital

Apakah Insurans kemalangan diri?


Kecederaan anggota badan. Kecacatan, hilang upaya ataupun meninggal
dunia berpunca secara langsung daripada kemalangan

Apakah Insurans perjalanan (travelling)?


Melindungi pemegang polisi terhadap kerugian dalam perjalanan sama
ada melalui darat, udara atau laut seperti kematian dan kecacatan kekal,
kehilangan bagasi, pasport dan duit, belanja perubatan dan lain-lain.

Insurans berkelompok
Memberikan perlindungan kepada sekumpulan individu, biasanya
pekerja syarikat atau murid sekolah dan pelajar institusi pendidikan.

2 jenis insurans berkelompok


Insurans berkelompok kepada organisasi

Insurans berkelompok kepada murid

Apakah premium insurans

Mengira premium bagi insurans hayat


Nilai premium ang dibayar bergantung pada nilai muka yang dipilih,
umur, jantina dan sama ada merokok atau tidak.

Nilai muka polisi


Premium Kadar premium per RMx
setiap RMx nilai muka

Mengira premium bagi insurans motor


Dikira berdasarkan Tarif Motor yang menyediakan premium minimum
bagi perlindungan insurans. Bergantung kepada jenis kenderaan,
kegunaan kenderaan, kapasiti enjin, jenis dan jumlah perlindungan yang
diinginkan.

Tarif ialah senarai harga tetap yang digunakan untuk menyelaras dan
mengawal caj premium dan susunan kata polisi bawah akta insurans
Bagi polisi komprehensif, kadar yang dikenakan adalah bagi RM1 000 pertama daripada
jumlah yang diinsuranskan

Rumus mengira premium asas polisi komprehensif.


A) Bagi Semenanjung Malaysia, premium asas
= Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM26 bagi setiap RM1 000 atau
sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000

B) Bagi Sabah dan Sarawak, premium asa


= Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM20.30 bagi setiap RM1 000
atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000

Deduktibel
Suatu jumlah yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi sebelum layak
membuat tuntutan daripada syarikat insurans. Kebiasaannya deduktibel
terdapat dalam kontrak insurans harta, insurans perubatan dan
kesihatan, dan insurans motor.

Ko-insurans
Perkongksian bersama kerugian antara syarikat insurans dengan
pemegang polisi

Jumlah insurans = Peratusan ko-insurans x Nilai boleh insurans harta


yang harus dibeli

Anda mungkin juga menyukai