Anda di halaman 1dari 12

PROJEK

LEGASI

HUFFAZ

Amirah Husna binti Mohd Saleh

Nurul Mardhiyah binti Zakaria


Isi Kandungan

1 . P E N G E N A L A N E B O O K

2 . L A T A R B E L A K A N G P E N U L I S - P E N U L I S

3 . P E N G A L A M A N & S E J A R A H M E N G H A F A Z

4 . M O T I V A S I U N T U K M E N G H A F A Z

5 . C A B A R A N S E P A N J A N G M E N G H A F A Z

6 . K E N A N G A N I N D A H D A L A M M E N G H A F A Z

7 . T I P S M E N G H A F A Z A L - Q U R A N

8 . N A S I H A T A K H I R
Pengenalan

"Projek ini merupakan satu inisiatif


yang bagus terutama untuk menarik
masyarakat untuk lebih memahami
Al Quran. Pendekatan yang
digunakan juga sangat kreatif dan
menarik.Saya menganggap projek ini
adalah peluang untuk saya lebih
memahami ayat-ayat Al Quran yang
telah dihafal serta dapat memberi
manfaat kepada orang lain."

~Amirah

"Saya berasa teruja kerana terpilih


untuk bersama kumpulan yang sama-
sama ingin memberi manfaat kepada
masyarakat. Saya bersyukur kerana
mengambil subjek dakwah ini dan
berterima kasih kepada pensyarah
kami kerana memberi peluang
kepada kami untuk berkerjasama
dengan pihak akademi sinergi untuk
melaksanakan projek yang menarik
ini."

~Mardhiyah
Latar Belakang Penulis

A M I R A H H U S N A B I N T I M O H D

S A L E H

2 3 T A H U N

M A N J U N G , P E R A K

D I P L O M A P E N G U R U S A N

K O R P O R A T T A H F I Z U N I T E N

N U R U L M A R D H I Y A H B I N T I

Z A K A R I A

2 3 T A H U N

P U C H O N G , S E L A N G O R

D I P L O M A P E N G U R U S A N

K O R P O R A T T A H F I Z U N I T E N

Pengalaman & Sejarah

Menghafaz

Saya bermula dengan minat untuk menghafaz Al Quran


sejak sekolah rendah dan ketika itu bermula dengan
menghafal Juzu' Amma dan menyertai beberapa
pertandingan hafazan Al-Quran. Seterusnya saya
sambung minat saya dengan memasuki MRSM Ulul
Albab dan alhamdulillah khatam kali pertama ketika di
Tingkatan 4.

Kemudian, alhamdulillah saya diberi peluang lagi


untuk mengikuti program di IPT iaitu Pensijilan Tahfiz
Al-Quran dan Diploma Pengurusan Korporat Tahfiz di
UNITEN. Bagi saya, menghafaz Al Quran adalah bukan
sesuatu perkara yang susah tetapi untuk menjaga
kualiti hafalan yang telah dihafal itu agak mencabar
dan memerlukan disiplin yang tinggi sampai sekarang.
Apapun, saya bersyukur kerana menjadi antara insan
yang terpilih untuk menghafal Al Quran. ~Amirah

~Mardhiyah
Motivasi Menghafaz

~Amirah
Bagi saya, dorongan daripada ibu bapa
serta guru-guru saya yang membuatkan
saya minat untuk mula menghafal Al-
Quran. Banyak jasa dan pengorbanan
yang telah mereka lakukan sehingga saya
masih lagi kekal untuk berusaha
mengulang dan menjaga hafalan saya.

~Mardhiyah
Motivasi utama saya dalam proses
menghafaz adalah al-qur'an itu sendiri.
Semakin saya banyak membaca dan
menghayati kandungan al-qur'an itu,
saya makin jatuh cinta dengan
keindahan al-qur'an yang lengkap
dengan ayat motivasi, nasihat, teguran,
peringatan dan kisah-kisah yang menjadi
tauladan.
Cabaran Menghafaz

~Amirah

~Mardhiyah
Kenangan Indah

Menghafaz

~Amirah
Kenangan indah apabila dapat melihat ibu
bapa gembira dengan pencapaian dapat
mengkhatam Al-Quran. Selain itu,
dikurniakan asatizah yang hebat dan sangat
membantu dalam memperbaiki bacaan dan
hafalan serta berkongsi ilmu-ilmu baru yang
sangat bermanfaat. Dikelilingi sahabat-
sahabat yang baik dan supportive juga
merupakan kenangan yang indah bagi saya.

~Mardhiyah
Tips Menghafaz
~Amirah

1. Cari waktu yang fix


dan sesuai untuk
kita menghafal
contohnya bagi saya
selepas waktu
Subuh dan Maghrib

2. Pastikan muka surat


yang nak dihafal tu
betul-betul lancar
sebelum menghafal.

3. Bahagikan muka surat


tu kepada dua bahagian
dan mula menghafal
bahagian pertama
sehingga lancar dan
seterusnya menghafal
bahagian yang kedua.

4. Apabila dah lancar,

minta kawan untuk
semakkan sebelum
hantar kepada guru
tasmi.

Tips Menghafaz
~Mardhiyah
Nasihat Akhir

~Amirah
Ingat bahawa kita adalah insan yang
Allah pilih untuk menghafaz Al-
Quran yang tak semua orang dapat
peluang ini. Jadi berusahalah
bersungguh-sungguh bukan setakat
untuk menghafal, tetapi mengulang
juga kerana ia merupakan satu
proses yang panjang dan takkan
terhenti. Ingatlah bahawa setiap
usaha kita untuk mengingat dan
mengulang ayat Al-Quran pasti akan
diberi ganjaran pahala oleh Allah.

~Mardhiyah
Jom jadi sebahagian dari

keluarga Tahfiz UNITEN

Boleh follow kami di sosial media untuk maklumat lanjut


tahfizuniten
Tahfiz Uniten

Anda mungkin juga menyukai