Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA DASAR KEM GEMILANG

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

( KEGEMILANGAN KITA CIPTA BERSAMA )

SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG


TARIKH :
6 hingga 7 Julai 2018 ( JUMAAT & SABTU )
TEMPAT :
Borneo Tropical Rainforest Resort Lambir
ANJURAN :
Sekolah Kebangsaan Lutong
DENGAN KERJASAMA :
Guru – Guru Tahun 6
PESERTA :
40 Orang Murid tahun 6 (CALON 6A)

“Kegemilangna Kita
CiptaBersama”
KERTAS KERJA DASAR KEM GEMILANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri Sarawak telah memiliki satu Visi Sekolah yang amat jelas iaitu
‘Menjadikan Sekolah Kebangsaan Lutong Sekolah Cemerlang Pada Tahun 2018’. Ini dengan jelas
memaparkan tekad dan keazaman yang tinggi warga SK Lutong untuk terus melangkah menuju
kecemerlangan dari segi Akademik, Ko-Kurikulum, Persatuan, Sukan dan Permainan dan juga Sahsiah murid
–muridnya.

Ruang untuk mencapai serta mengapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR
samaada dari segi peratus kelulusan dan pencapaian penuh 6A akan menjadi tekad muktamad warga SK
Lutong untuk direalisasikan pada 2018 kelak.

Justeru itu, pihak Pentadbiran Sekolah melalui Unit Bimbingan mengorak langkah untuk
melancarkan program KEM GEMILANG 2018 ini. Program ini adalah umpama bonus kepada murid calon 6A
dalam UPSR yang mendatang agar memantapkan lagi motivasi kendiri sedia ada dan seterusnya
mengentalkan iktikad memacu ke arah 6A dalam UPSR 2018 nanti.

RASIONAL

Adalah tidak dapat disangkal motivasi juga adalah salah satu ramuan penting dan mujarab dalam resepi
Mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang atau perkara. Oleh itu, motivasi kendiri tidak dapat
dipandang remeh atau enteng dalam mengejar Visi sekolah. Kem Gemilang 2018 ini akan membimbing dan
memotivasikan murid–murid tahun 6 ke arah kecemerlangan dalam semua aspek. Aspek kerohanian juga
akan diterapkan dalam program selama 2 hari 1 malam ini. Pendekatan yang melibatkan kecerdasan Intelek
(IQ) ,Emosi (EQ) dan Spiritual (SQ / Kerohanian) juga akan di aplikasikan kepada murid–murid tahun 6.

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid yang bakal menghadapi menghadapi peperiksaan tentang kepentingan
motivasi kendiri dan kerohanian akan membantu murid melonjak kecemerlangan akademik.

“Kegemilangna Kita
CiptaBersama”
KERTAS KERJA DASAR KEM GEMILANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

OBJEKTIF
Antara objektif yang ingin dicapai ialah :

1) Meningkatkan motivasi diri setiap murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2018.
2) Memberi kesedaran akan kelebihan dan kekurangan diri setiap murid dan mengenalpasti
pendekatan terbaik agar tahap kecemerlangan dapat dimaksimakan.
3) Mendidik murid untuk lebih berdisiplin melalui aktiviti dalam Kumpulan (ADK) yang akan dijalankan.
4) Mendedahkan murid kepada kaedah pengurusan diri untuk hidup berdikari dan berdisiplin.
5) Melatih murid untuk bekerjasama dalam kumpulan, berinteraksi dalam komuniti masing–masing
dan semangat setIa kawan yang tinggi.
6) Meningkatkan ketahanan diri murid dalam mengharungi dugaan mendatang agar objektif
kecemerlangan diri dapat dibina dengan kukuh.

TEMA

KEM GEMILANG 2018 :“Kegemilangan Kita Cipta Bersama”

STRATEGI PERLAKSANAAN

Tarikh : 6 & 7 Julai 2018 (2 hari 1 malam)

Tempat : Borneo Tropical Rainforest Resort, LambirMiri

SASARAN : 40 orang murid tahun 6 yang cemerlang dalam ujian yang telah diduduki.

METODOLOGI
1. Ceramah Motivasi & Akademik (6 Matapelajaran Utama)
2. Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK)
3. Riadah Santai (kecergasan diri)
4. Kerohanian (Solat Hajat / Moral)
5. Refleksi Kendiri (muhasabah diri)

“Kegemilangna Kita
CiptaBersama”
KERTAS KERJA DASAR KEM GEMILANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat :En. Saufie b. Hj. Sa’ait (Guru Besar)
Pengerusi : En. Kiprawi@Othman bin Mohamad (Penolong Kanan 1)
Penyelaras : En. Christoper Nizam (Penolong Kanan Kokurikulum))
Setiausaha : En. Mohamad Zulkarnain Bin Senin (GBK)
Timb. Setiausaha :Pn. Norasyikin Binti Ahmad (GBK)

AHLI JAWATANKUASA KERJA


Sistem PA :En. Solleh bin Mohd Noor
En. Philip Ong Sie Hii

Dokumentasi :En. Mohammad Fadzly bin Noor Azman


En. Ahmad Muazzam bin Ali

Disiplin / Keselamatan :Ustaz Nazimi bin Abdul Rahman


Cik Monica Carol

Pendaftaran :Pn. Norasyikin Binti Ahmad


Fasilitator :Pn. Lungi ak Ambi
Pengangkutan :Pn. Norasyikin bt Ahmad (Murid Perempuan)
En. Mohamad Zulkarnain bin Senin (Murid Lelaki)
En. Christoper Nizam (Murid Lelaki)
Puan Lungi Ambi (Murid Perempuan)
Penceramah PREP :Pn. Norliza bt Joto(BM) En. Chaba Jilang (M3)
(4 subjek utama) Pn. Faridah bt Edi (BM) En. Bujang (M3)
Pn. Roni Garau (BI) En. Philip Ong Sie Hii (SNS)
Pn. Aini Bujang (BI) En. Soleh bin Mohd Noor (SNS)

Rawatan Kecemasan (Ringan) :Cik Monica Carol anak Lenggi (Perempuan)


En. Chaba Jilang (Lelaki)
En. Ahmad Muazzam bin Ali

Riadah & Senaman :Pn. Norasyikin bt Ahmad


Pn. Lungi ak Ambi

Kerohanian & Kebajikan : Mohamad Nazimi bin Abdul Rahman (Pendidikan Islam)
Pn. Lungi anak Ambi (Moral)

Guru Yang Akan Berada Di Borneo Tropical Rainforest Resort sepanjang 2 hari 1 malam

1 En. Kiprawi@Othaman bin Mohamad 10 En. Mohammad Fadzly bin Noor Azman
2 En. Christoper Nizam 11 En. Bujang (MATH)
3 En. Roni Garau (BI) 12 Pn. Norasyikin bt Ahmad
4 En. Chaba Jilang (MATH) 13 Pn. Lungi ak Ambi
5 En. Norliza binti Joto (BM) 14 Ustz. Mohamad Nazimi bin Abdul Rahman.
6 En. Ahmad Muazzam bin Ali 15 En. Philip Ong Sie Hii (SAINS)
7 En. Mohamad Zulkarnain bin Senin 16 Pn. Faridah (BM)
4

“Kegemilangna Kita
CiptaBersama”
KERTAS KERJA DASAR KEM GEMILANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

8 En. Soleh bin Mohd Noor (SAINS) 17 Pn. Aini Bujang (BI)
9. Cik Monica Carol anak Lenggi
TIDAK BERMALAM

TENTATIF PROGRAM

Tarikh: 6 hingga 7 Julai 2018 Hari : Jumaat & Sabtu Tempat : Borneo Tropical Rainforest Resort

HARI PERTAMA (13 Julai 2018) : JUMAAT


11:00 – 11:30 pg : Peserta Berkumpul & Taklimat Ringkas Perjalanan ke B.T.R.F Lambir
11:30 – 1:00 ptg : Bertolak ke B.T.R.F Lambir & dijangka tiba di B.T.R.F
1:00 – 2:30 ptg : Daftar Masuk & Urus Diri / Rehat
2:30 – 3:00 ptg : Ice Breaking / Pecah Kumpulan : Gemuruh Jiwa
3:00 – 4:00 ptg : PREP1 : Bahasa Malaysia
4:00 – 5:00mlm : Resort Tour
7:30 – 8:30 mlm : PREP1 : Bahasa Inggeris
8:30 – 10:00 mlm: LDK 1 : Potret Mistik / Night Walk Adventure
10:00 mlm : Taklimat Program & Rehat (Mimpi Indah Semua......)

HARI KEDUA (14 Julai 20178) : SABTU


5:00 – 6:30 pg : Urus Diri / Solat Subuh / Moral (solat hajat)
6:30 – 7:30 pg : Riadah ( Mornig Adventure ) & Minum Pagi
7:30 – 8:30 pg : PREP 3 : Matematik
8:30 – 9:30 pg : PREP 4 : Sains
9:30 – 10:00pg : LDK 3 : AndaiKu Tahu.....
10:00 – 12:00tgh : Aktiviti Luar (Jom Kita Main....!!!)
12:00 – 1:30ptg : Check Out & Makan Tengahari / Sesi Bergambar Kenangan
1:30 – 3:00ptg : Bertolak Balik Ke SK Lutong : Selamat Tinggal B.T.R.F Miri......
3.00 pgt : Dijangka Tiba Di SK Lutong
: Bersurai

“Kegemilangan Kita Cipta Bersama”

“Kegemilangna Kita
CiptaBersama”
KERTAS KERJA DASAR KEM GEMILANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BELANJAWAN

MAKLUMAT PROGRAM

ITEM / PERKARA JUMLAH (ORANG)

PESERTA 52

JUMLAH 52

BELANJAWAN

BIL ITEM / PERKARA RM X BIL JUMLAH (RM)

1 KOS SEORANG MURID RM92.00 X 52 4784.00

2 SEWA DEWAN RM 215 215.00

2 SEWA BAS RM700 700.00

3 AIR MINERAL RM10.00 X 5 50.00

4. TAG NAMA RM 1.50 X 58 87.00

5. ALAT TULIS DAN FAIL RM 3 X 58 174.00

JUMLAH RM 6010.00

PENDAPATAN PROGRAM

ITEM / PERKARA JUMLAH (RM)

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING 200.00

SUMBANGAN MURID 400.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELNJAAN PROGRAM 5210.00

JUMLAH BAKI

NO. TEL RUJUKAN


Cikgu Mohamad Zulkarnain Bin Senin (Guru B&K) : 013 - 7395974
6

“Kegemilangna Kita
CiptaBersama”
KERTAS KERJA DASAR KEM GEMILANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Cikgu Norasyikin binti Ahmad (Guru B&K) : 013 - 3213424

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN


LAMPIRAN 4

LAMPIRAN (SENARAI PESERTA)

LAMPIRAN 5

PENUTUP

Semoga usaha murni dari semua pihak yang terlibat dalam Kem Gemilang 2018 :‘Kegemilangan Kita Cipta
Bersama’ ini akan menghasilkan calon 6A yang telah bersedia mengharungi dan menghadapi cabaran UPSR
yang mendatang. Seterusnya akan memperolehi dan mengenggam 6A akhirnya. Semoga usaha berterusan
daripada pihak sekolah & guru-guru akan menjadi tulang belakang kepada kejayaan setiap murid SK Lutong.
Sekian dan akhir kata, Yang Pasti & Mesti, Yang Terbaik Semuanya Untukmu Murid Sekolah Kebangsaan
Lutong.

Disediakan oleh :

MOHAMAD ZULKARNAIN BIN SENIN


Setiausaha Program,
Guru Unit Bimbingan & Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri, Sarawak

Disokong oleh :

KIPRAWI @ OTHMAN BIN MOHAMA


Pengerusi Program,
Penolong Kanan 1
Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri, Sarawak

Disahkan oleh :
7

“Kegemilangna Kita
CiptaBersama”
KERTAS KERJA DASAR KEM GEMILANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SAUFIE BIN HAJI SA’AIT


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri, Sarawak

“Kegemilangna Kita
CiptaBersama”

Anda mungkin juga menyukai