Anda di halaman 1dari 5

PERISTIWA YANG BERLAKU PADA TAHUN 6 HIJRAH

1)kefarduan haji dan pengharaman tabanni(binkan anak angkat dengan nama


sendiri)
2)perjanjian hudaibiyah dan baiah ridwan serta penurunan surah al-fath
3)rasulullah ‫ ﷺ‬mengutuskan risalah kepada raja-raja dan permimpin-pemimpin
selepas pulang dari hudaibiyah
4)umrah qada`
5)perang bani lihyan pada jamadil awwal
6)perang dzu qarad atau ghabah pada jamadil awwal
7)perang bani mustholiq atau muroisi` pada bulan syaban

PERJANJIAN HUDAIBIYAH PADA TAHUN KEENAM HIJRAH


Baginda Rasul telah keluar menuju ke Mekah bersama-sama lebih kurang 1400
orang jemaah umrah dan telah sampai kepada kaum musyrikin berita Baginda
keluar lalu kaum musyrikin menjadi mbang dan berkumpul. Mereka berkata
"dia hendak masuk menyerang kita dengan tenteranya yang menyamar menjadi
jemaah umrah. Demi Allah perkara ini takkan berlaku selama lamanya".
Baginda Rasul hendak menyatakan kepada pihak Quraisy tujuan kedatangan
Baginda lalu Baginda mengutuskan Saiyidina Uthman bin Affan kepada
mereka. Beliau berada dalam kota Mekah selama tiga hari cuba untuk
meyakinkan mereka dengan pelbagai cara. Tidak lama kemudian, tersebar berita
pembunuhan Saiyidina Uthman dalam kalangan orang Islam.

IKATAN JANJI TAAT SETIA AR-RIDHWAN (BAI'AH AR-RIDHWAN)

Ketika tersebarnya berita pembunuhan Saiyidina Uthman, kaum muslimin telah


berjanji dengan Rasulullah di bawah sebuah pohon dengan ikatan janji taat setia
Ar Ridhwan untuk menyerang Quraisy. Ketika Qauraisy mengetahui perjanjian
kaum muslimin tersebut mereka telah cenderung untuk berdamai kerana hendak
menjaga kemuliaan mereka dan telah memulangkan Saiyidina Uthman dalam
keadaan selamat. Pihak Quraisy telah menghantar Suhail bin Amru untuk
berunding dengan Baginda Rasul ‫ ﷺ‬atas satu perjanjian.

ZULFAHMIZAMZAM SIRAH TAHUN KE-6 HIJRAH


SYARAT-SYARAT UTAMA DALAM PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Pertama: Genjatan senjata selama sepuluh tahun tanpa berlaku sebarang
peperangan.
Kedua: Siapa yang hendak bersekutu dengan pihak Quraisy maka diizinkan.
Qabilah Bakr telah bersekutu dengan pihak Quraisy. Dan siapa yang hendak
bersekutu dengan pihak Baginda Rasul maka perkara ini dibolehkan. Qabilah
Khuza'ah telah bersekutu dengan baginda.
Ketiga : Penangguhan ibadah umrah kepada tahun berikutnya dan Baginda
Rasul boleh masuk ke Mekah selama tiga hari tanpa membawa apa apa senjata.
Keempat: Sesiapa dari kalangan Quraisy yang telah keluar tanpa izin
penjaganya maka Rasulullah wajib menghantar mereka kembali dan sesiapa
dari kalangan muslimin yang datang kembali kepada Quraisy dalam keadaan
murtad maka mereka tidak dipulangkan kepada Baginda.
Syarat-syarat ini walaupun nampak buruk kepada kaum muslimin akan tetapi ia
merupakan satu kebaikan kepada mereka.

ZULFAHMIZAMZAM SIRAH TAHUN KE-6 HIJRAH


ZULFAHMIZAMZAM SIRAH TAHUN KE-6 HIJRAH
PERUTUSAN SURAT KEPADA RAJA-RAJA DAN PARA PEMERINTAH

Selepas memeterai perjanjian Hudaibiyah dan genjatan senjata diantara


muslimin dan musyrikin, Rasulullah mengalihkan kerja dakwah kepada negara
negara yang berdekatan dan selainnya. Ini menunjukkan betapa menyeluruh dan
sempurnanya dakwah Islam kepada semua ciptaan Allah.

Pertama : Baginda mengutuskan surat melalui Saiyidina Amru bin Umayyah


kepada An-Najasyi raja Habsyah dan An-Najasyi memeluk Islam.

Kedua : Baginda mengutuskan surat melalui Saiyidina Hatib bin Abi Balta'ah
kepada Al Muqawqis raja Mesir. Al Muqawgis menolak pelawaan Rasulullah
dengan penolakan yang berhemat serta mengutuskan hadiah kepada Baginda Al
Muqawqis tidak memeluk Islam.

Ketiga: Baginda mengutuskan surat melalui Saiyidina Abdullah bin Huzafah


As-Sahmiy kepada Raja Kisra. Raja Kisra mengoyak surat Baginda lalu
Baginda mendoakan keatasnya agar dicarik carikkan kerajaan dan perkara ini
memang berlaku.

Keempat: Baginda mengutuskan surat melalui Saiyidina Dihyah bin Khalifah


Al-Kalbiy kepada Kaisar Raja Rom. Raja Rom memberikan kepada Baginda
harta dan pakaian dan beliau tidak memeluk Islam.

Dan sebagainya daripada surat yang diutuskan ke seluruh pelusuk dunia.

PERANG BANI MUSTHOLIQ PADA TAHUN KEENAM HIJRAH

Berlaku pada tahun keenam Hijrah. Sebabnya adalah kerana ketua mereka yang
bernama Al Harith bin Abu Dhirar telah menghimpunkan sebahagian puak
untuk merancang sebuah peperangan terhadap Baginda Nabi. Maka tetaplah
Baginda Rasul daripada tujuan mereka (untuk melancarkan perang). Al Harith

ZULFAHMIZAMZAM SIRAH TAHUN KE-6 HIJRAH


telah menghantar seorang pengintip untuk mengintip gerak geri kaum muslimin,
namun pengintip tersebut ditemui oleh kaum muslimin dan dibunuh. Perkara
tersebut mengejutkan Bani Mustholiq dan mereka berasa takut. Setelah Baginda
Rasul sampai di kawasan tadahan air mereka yang bernama Al Muraisi', telah
berlaku satu pertempuran anak panah ketika itu. Kaum muslimin menyerang
mereka dan mereka beroleh kemenangan. Ditawan dalam pertempuran itu
Juwairiyah binti Al Harith lalu Baginda membebaskannya dan kemudian dari
itu Baginda mengahwininya pula. Juwairiyah menjadi sebab pembebasan
kaumnya dari menjadi tawanan.

ZULFAHMIZAMZAM SIRAH TAHUN KE-6 HIJRAH

Anda mungkin juga menyukai