Anda di halaman 1dari 4

NOTA/Y9/HADITS/01

HADITS : TUJUH DOSA-DOSA BESAR  TAHUN 2016 (NOV)

 : ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّم‬ ِ ُ ‫قاَ َل رس‬


َ ‫ول اهلل‬ َُ
ِّ ‫ِّرك بِاهلل َو‬
‫الس ْحُر َو َقْت ُل‬ ُ ‫ اَلش‬:‫اهلل َوماَ ُه َّن ؟ قاَ َل‬ ِ ‫ول‬ َ ‫ ياَ َر ُس‬:ْ‫ قاَلُوا‬،‫ت‬ ِ َ‫السبع الْموبِقا‬ َّ ْ‫ا‬‫و‬ ‫ب‬ِ‫اِجتَن‬
ُ ُْ ُ ْ
‫ف‬
ُ ‫ف َوقَ ْذ‬ ِّ ‫ َحَّر َم اهللُ ِإالَّ باِحْلَ ِّق َوَأ ْك ُل‬  ‫َّفس الَّىِت‬
َّ ‫الرباَ َوَأ ْك ُل ماَ ُل الْيَتِي ِم َوالت ََّوىِّل َي ْو َم‬
ِ ‫الز ْح‬ ِ ‫الن‬
 ‫ رواه البخاري‬ -   ‫ت‬ ِ َ‫ت الْغاَفِال‬ ِ َ‫الْمحصنا‬
َ ُْ
1. Terjemahkan hadith ini ke dalam bahasa Melayu. [12] 
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda :
"Hendaklah kamu jauhi dari 7 perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat
bertanya. "Apakah dia perkara-perkara itu wahai Rasullullah!" Baginda berkata :
"Iaitu menyekutukan Allah, mempercayai sihir, membunuh nyawa yang dilarang
oleh Allah kecuali dengan hak, makan harta riba, makan harta anak yatim, lari
pada hari menentang musuh dan menuduh melakukan zina kepada orang-orang
perempuan yang baik perangai serta jahil tentang perbuatan itu."
(Diriwayatkan Imam Al-Bukhari)

2. Berikan erti bagi perkataan-perkataan yang bergaris dibawahnya.

Hendaklah kamu menjauhkan diri 0ْ‫اِ ْجتَنِبُوا‬


Yang membinasakan ‫ت‬ ِ َ‫الْموبِقا‬
ُ
Membunuh nyawa ِ ‫َو َقْتل الن‬
‫َّفس‬ ُ
Melainkan dengan hak kebenaran ‫ِإالَّ باِحْلَ ِّق‬
Melarikan diri semasa menentang ِ ‫الز ْح‬
‫ف‬ َّ ‫َوالت ََّوىِّل َي ْو َم‬
musuh
Menuduh melakukan zina kepada ِ َ‫ف الْمحصنا‬
‫ت‬
perempuan-perempuan yang baik َ ْ ُ ُ ‫َوقَ ْذ‬
Orang perempuan yang jahil tentang
‫ت‬ ِ َ‫الْغاَفِال‬
1
NOTA/Y9/HADITS/01
perbuatan-perbuatan kejahatan

3. Jelaskan maksud dan hukum bagi perkara-perkara berikut: 

a. Jelaskan maksud syirik.


[3] 

Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu perkara yang lain, seperti
mempercayai adanya tuhan selain dari Allah atau menyembah sesuatu selain dari
Allah.

b. Nyatakan hukum menyekutukan Allah


[1] 

Hukum menyekutukan Allah adalah murtad(keluar dari ugama Islam).


Perbuatan ini termasuk dalam golongan dosa besar yang tidak boleh diampuni .

c. Terangkan makna sihir.

Sihir ialah suatu perkara luar biasa yang dilakukan oleh orang-orang fasiq atau
yang telah rosak imannya.

d. Apakah maksud nyawa yang tidak ada hak untuk dibunuh kecuali dengan
hak kebenaran?

Seperti membunuh orang tua, membunuh janin yang masih dalam kandungan,
membunuh anak-anak damit, membunuh diri sendiri dengan apa jua cara.

e. Siapakah yang dimaksudkan berhak untuk dibunuh dari segi hukum


syara’?

Menjalankan hukuman kepada orang yang digantung kerana mengedar dadah


atau dihukum qisas.

f. Jelaskan maksud bagi perkara-perkara berikut:

2
NOTA/Y9/HADITS/01
i. Makan harta benda anak yatim. [2012/2016]
[4] 

Anak-anak yatim ialah anak yang kematian bapanya atau kedua-dua ibu bapanya
yang belum cukup umur (baligh). Jika anak-anak yatim itu ada mempunyai harta
pusaka peninggalan ibu bapanya maka walinya atau penjaganya wajib mengawal
dan menguruskan hartanya itu dengan jujur dan bijak.

ii. Melarikan diri daripada medan peperangan.


Berpaling tadah ketika berhadapan dengan musuh di medan peperangan bagi
menegakkan ugama Islam kecuali mengundurkan diri untuk memperkemaskan
barisan atau menggabungkan diri dengan pasukan tentera simpanan.Orang yang
melarikan diri dikira pengecut, lemah iman dan berdosa besar kerana
mengkhianati bangsa dan ugama.

iii. Menuduh orang-orang perempuan yang beriman yang baik perangai


melakukan zina. [2012]
Ugama Islam sangat melarang keras dari menuduh orang perempuan-perempuan
yang baik perangainya dengan tuduhan zina. Zina boleh merosakkan keturunan,
mencemarkan nama baik dan menjatuhkan maruah.

4. Kenapakah perbuatan memakan riba termasuk dalam perkara yang


merosakkan iman dan kepercayaan. [2012]
Riba termasuk dalam tujuh perkara yang merosakkan iman dan
kepercayaan. Kenapakah riba ini sangat dikutuk oleh Allah. [2016]
[4] 
Perkara yang sangat dikutuk oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana perbuatan
ini merupakan penindasan yang dilakukan peniaga-peniaga kepada pembeli yang
susah kehidupannya, mereka tidak bertimbang rasa untuk melakukan tipu helah
bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda, akibatnya orang yang senang
dan mewah itu bertambah senang sementara orang yang susah dan miskin akan
menjadi lebih susah dan lebih menderita.

3
NOTA/Y9/HADITS/01
b.Tuliskan DUA sahaja sikap atau perangai orang yang suka memakan riba.
[2012/2016] [4] 

Orang-orang yang suka makan riba adalah orang-orang yang tidak berhati perut,
tidak ada perasaan perikemanusiaan dan perasaan timbang rasa terhadap
kesusahan orang lain.

4. Berikan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadis di atas.


[12] 

a. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan 7 perkara yang boleh

membinasakan iman dan kehidupan seseorang.

b. Tujuh perkara kejahatan itu ialah menyekutukan Allah, mempercayai sihir,

membunuh nyawa yang tidak berdosa, makan harta riba, makan harta anak

yatim, melarikan diri dari medan peperangan dan menuduh zina kepada

perempuan-perempuan yang beriman dan baik perangainya serta jahil

tentang perbuatan itu.

c. Perbuatan menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sesuatu yang

lain itu tidak akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

d. Kita hendaklah menjauhi 7 perkara yang membinasakan supaya kita

selamat .di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai