Anda di halaman 1dari 19

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG

PEMBIAKAN TANAMAN SEKS


ATAU ASEKS

NAMA : SANTHI A/P CHELLATORAY

NO. K/P : 800904-05-5318

PROGRAM/KELAS : KDC KDPM / PTPJMTKH NOV 2009

NAMA PENSYARAH : EN. ZAINUDDIN BIN AHMAD

ISI KANDUNGAN
1
Penghargaan……………………………………..3

Pengenalan……………………………………….4-5
Definisi pembiakan
Pengurusan tanaman
Kepentingan pembiakan tanaman
Kepentingan pembiakan tanaman

Pembiakan secara seks………………………….6-10

Pembiakan secara aseks………………………11-19

Refleksi…………………………………………..20

PENGHARGAAN
2
Melalui kajian ini, saya dapat mempelajari jenis-jenis tanaman

dan juga pembiakan tanaman. Pembiakan tanaman terdiri

daripada dua jenis iaitu pembiakan seks ataupun aseks.

Saya dapat mempelajari tentang cara-cara pembiakan

tanaman secara seks atau aseks. Terdapat pelbagai cara untuk

menjaga pembiakan tanaman ini. Kajian ini memang amat

berguna untuk saya untuk mengaplikasikan dalam PNP saya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada pensyarah dan kawan-kawan saya yang

membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

PENGENALAN
3
 DEFINISI PEMBIAKAN
Proses memanjangkan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan
Dua cara utama tumbuhan membiak:
a)Pembiakan secara seks
b)Pembiakan secara aseks
Pembiakan secara seks = biji benih
Pembiakan secara aseks = keratan, tut, cantuman dan pembiakan mikro

 PENGURUSAN TANAMAN
Meliputi pengendalian proses dari awal iaitu penyediaan kawasan sehingga akhir
penanaman/harvesting/jualan.
Pengurusan tanaman yang cekap dapat menambahkan hasil ladang dan
memberikan keuntungan.

 ANTARA PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM


PENGURUSAN
TANAMAN ADALAH:
a) Menggunakan segala input secara optimum
b) Melakukan kerja mengikut jadual terancang
c) Menyimpan rekod
d) Menanam pada jarak yang sesuai
e) Menggunakan varieti tanaman yang baru
f) Melakukan pembajaan dengan betul
g) Mengawal perosak dan penyakit
h) Mengawal rumpai
i) Mengadakan sistem pengairan dan saliran

Penyenggaraan tanaman penting bagi memastikan tumbuhan yang ditanam


dapat hidup dengan sempurna.

4
Antara aktiviti yang terlibat adalah:
- Penyediaan sungkupan dan naungan
- Penyiraman
- Pengawalan rumpai
- Pembajaan
- Pengawalan perosak dan penyakit
- Pemangkasan
- Penyulaman
- Penjarangan
- Kerja-kerja penyelenggaran lain seperti memancang.

 KEPENTINGAN PEMBIAKAN TANAMAN


1. Memastikan pokok-pokok atau spesis-spesis tertentu
terus wujud.
2. Menggandakan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan
3. Mengenal pasti kaedah terbaik untuk membiak
tumbuhan
4. Penghasilan baka baru

 KEPENTINGAN PENGURUSAN TANAMAN


1. Memastikan tumbuhan berada dalam keadaan sempurna
2. Memberikan hasil pulangnan yang menguntungkan
3. Mengurangkan kos perbelanjaan
4. Menggelakkan serangan perosak dan penyakit
5. Meningkatkan kecekapan ladang.

PEMBIAKAN SECARA SEKS

5
Proses pembiakan yang melibatkan persenyawaan di antara gamet jantan
dengan gamet betina untuk membentuk zigot.

 Kelebihan:
– Murah dan menghasilkan banyak pokok
– Menyediakan pokok penanti
– Menghasilkan baka-baka baru
– Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cergas berbanding pokok induk
 Keburukan:
– Tidak menurunkan baka yang tulin
– Terdapat masa rehat (dormancy)
– Masa yang panjang untuk matang bermusim.

 Tiga peringkat pembiakan seks.

a) Aruhan dan pembentukan bunga

- Berlaku selepas tumbuhan mencapai peringkat dewasa


- Ia dipengaruhi oleh rangsangan dari luar seperti perubahan suhu tumbuhan
ataupun perubahan jangka masa siang.
- Rangsangan ini akan menyebabkan tisu tumbuhan menghasilkan tisu baru dan
aktif membentuk bahagian-bahagian tampang seperti pucuk. Bahagian tisu ini
disebut meristem dan akan membentuk bahagian-bahagian lain bunga.

b) Pendebungaan

- Proses pemindahan debunga yang matang dari bahagian anter ke bahagian


permukaan stigma yang telah matang.
- Proses ini dibantu oleh agen pendebungaan seperti serangga,angin dan
manusia (pendebungaan bantu)
- Debunga melekat pada permukaan stigma kemudian akan mengeluarkan tiub
bahagian ovul bunga. Gamet jantan daripada debunga kemudiannya akan turun

6
menerusi tiub debunga sehingga bertemu dengan gamet betina di dalam
ovul.

Terdapat dua jenis pendebungaan:

i) Pendebungaan Sendiri
ii) Pendebungaan Kacuk

 Pendebungaan Sendiri
Pemindahan debunga dari anter ke permukaan stigma pada bunga yang sama

 Pendebungaan Kacuk
Pemindahan debunga dari anter sekuntum bunga stigma sekuntum bunga yang
sama (monoesius/serumah) atau berlainan (diesius/dua rumah)

c) Pembentukan Embrio

- Pembentukan embrio bermula apabila gamet jantan daripada debunga


bercantum dengan gamet betina di dalam ovul melalui proses yang dipanggil
persenyawaan
- Persenyawaan menghasilkan pembentukan zigot yang kemudiannya
menghasilkan pembentukan embrio
- Embrio membesar di dalam ovul dan ovul bertukar menjadi biji benih.

 Bahagian-Bahagian Biji Benih:

Tiga bahagian:
 embrio
b) bahagian penyimpanan makanan
c) perikarpa

a) Embrio
7
- Embrio mempunyai bahagian plumel dan radikel
- Plumul membentuki bahagian pucuk
- Radikel membentuk bahagian akar
- Di bahagian embrio terdapat satu atau dua kotiledon
- Kotiledon merupakan daun-daun awal tumbuhan

b) Bahagian Penyimpanan Makanan


- Digunakan oleh embrio ketika membesar
- Dikenali sebagai kotiledon atau endosperma

c) Perikarpa
- Bahagian kulit biji yang terbentuk daripada dua atau lebih lapisan.
- Lapisan luar keras, kering dan tebal
- Lapisan dalam nipis dan lutsinar
- Memberi perlindungan kepada biji benih.

 Sumber-Sumber Biji Benih


- Kawasan hutan
- Kawasan taman
- Kilang memproses buahan-buahan
- Beli di kedai

 Panduan Mengutip Biji Benih


- Biji benih cukup matang
- Bebas daripada tanda penyakit dan perosak
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan
- Pastikan sepsis yang diperlukan

 Rawatan Biji Benih

Tujuan: menggelakkan serangan serangga dan kulat sewaktu


penyimpanan dan mengatasi masalah kedormanan yang wujud pada
8
setengah-setengah biji benih.

A) Rawatan Biji Benih Semasa Disimpan


- Dapat memanjangkan hayat biji benih

 Langkah-langkah rawatan:
a) biji benih dibersihkan
b) jemur selama 2-3 hari sehingga kering
c) digaul dengan racun kulat Thiram. Captan dan Benlate
d) Disimpan dalam botol, balang kedap udara
e) Disimpan di tempat sejuk dan kering 3 – 5 darjah Celcius

B) Rawatan Biji Benih Untuk Mengatasi Masalah Kedormanan


- Keadaan apabila biji benih tidak bercambah dalam keadaan biasa. Ia
merupakan satu mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi
mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor
persekitaran yang unik untuk sesuatu habitat.

 Sebab-sebab kedormanan wujud


a) kulit biji benih terlalu keras dan tebal
b) embrio belum cukup membesar
c) mekanisma kawalan dalam biji benih

 Cara mengatasi kedormanan

a) Mengikis kulit luar


- gunakan kertas pasir, kikir,
- meretakkan dengan tukul
- menggunakan mesin pembancuh simen bersama pasir dan kerikil.

b) Merendam dalam air


9
Dapat melarutkan kimia perencat
- kaedah merendam air panas (77 - 100 darjah farenheit) beberapa minit.
Dibiarkan sejuk. Air biasa 1 – 2 jam
- Merendam dalam asid( Bagi kulit yang terlampau
Keras,

c) Melembabkan biji benih pada suhu yang rendah


- ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang perubahan dari segi
fisiologi.
- Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah untuk
bercambah sahaja

 Kaedah:
i) Rendam dalam air biasa 12 – 24 jam dan kemudiannya
digul dalam medium lembab seperti habuk papan reput.
(1 bahagian benih dan 3 bahagian medium)

ii) Campuran Diletak di tempat sejuk, lembap dan mempunyai


pengudaraan baik. Suhu antara 2 – 7 darjah Celcius selama
1 hingga empat tahun.

PEMBIAKAN SECARA ASEKS

10
 Menggunakan salah satu bahagian tumbuhan
► Daun
► Keratan batang
► Mata tunas
► Akar
Kebaikan:
 Boleh mendapat pokok yang seragam
 Menyerupai induk yang dipanggil klon
 Cepat berbunga/berbuah
 Boleh dibiak sepanjang tahun
 Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa
 Dapat membiak , tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji

Keburukan:
 Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virus. Tidak semua jenis
tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini.

KAEDAH PEMBIAKAN

Secara semulajadi:

 RAYAPAN

 BELAHAN

 UMBISI

 BEBAWANG

 RIZOM

 TUBER

Secara buatan:

11
 KERATAN

 TUT

 CANTUMAN

Rayapan & Tuber

Belahan & Rizom

12

Batang yang menjalar Batang mem


Episcia cuperata Caladium, k

Belahan

- Dilakukan pada pokok yang berumpun

Rumpun pokok dipisah


dari ibu
-Sanseveria

Batang yang tu
dalam tanah
-Canna

13
Tunas yang dipisahkan

Pemisahan daripada pokok


Umbisi (solid stem) & Bebawang (leaf scale)
induk

Heliconia Akar tuber

Keratan
Pisahkan bahan tanaman daripada pokok induk, seterusnya tanam di atas
medium penyemaian seperti pasir, tanah gambut atau campuran bahan-
bahan tersebut.
 Keratan dahan atau batang
 Keratan daun

Lily,
14 Ama
 Keratan akar

Jenis-jenis keratan batang


Akar yang membesar
Keratan kayu lembut
dalam tanah
(coleus,kekwa)
Dahlia, Begonia
Keratan dahan atau batang

hormon
pengakaran

► Pengeluaran secara plug

► Menyemai keratan sederhana keras

15
Bunga hati berdarah

► Mengakarkan kayu keras

16
Keratan daun

Keratan bahagian daun, urat daun, tangkai daun dan helaian daun

Urat daun dipotong

► Cantuman tampal

lidah

► Cantuman

Tut

Untuk pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain

Cantuman belahan

17
Tanah tut
2:1 (tanah peroi: bahan organan
4:3:2 (habuk papan:tanah peroi:bahan organan)
Jiffy 7s

Penanaman

 Gunakan medium yang sesuai seperti

3:2:1. Campur dengan sedikit baja organan, baja dan kapur

 Anak benih di tanam dalam bekas seperti polibeg

 Sebelum anak benih dicabut, siram terlebih dahulu supaya kerosakan pada
akar dapat dikurangkan.

 Masa pemindahan yang sesuai ialah awal pagi atau lewat petang.

REFLEKSI
Selamat sejahtera. Saya bernama Santhi a/p Chellatoray sedang

mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia Ambilan Nov/Dis 2009 yang

mengambil jurusan PT/PJ/MT/KH.

Saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali tentang pembiakan

tanaman secara seks dan aseks. Selama ini saya memang tidak ada

pengetahuan mengenai pembiakan tanaman. Tetapi melaui tugasan saya

dapat lebih pengetahuan lagi untuk mengetahui tentang pembiakan tanaman

apatah lagi secara seks atau aseks.

Untuk menyempurnakan tugasan ini saya telah melawat sebuah kebun

yang berdekatan dengan tempat tinggal saya. Pekebun tersebut telah

18
menceritakan tentang cara-cara menanam tanaman. Dan dia juga

menerangkan pembiakan tanaman secara seks atau aseks. Ini juga dapat

membantu dalam tugasan ini.

Justeru itu, saya juga mencari bahan-bahan pembiakan tanaman ini

melalui internet. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pensyarah saya kerana beliau saya mendapat pengalaman dan

pengetahuan dalam bidang ini.

19

Anda mungkin juga menyukai