Anda di halaman 1dari 1

(Di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985)

LABEL MAKANAN
Apa yang anda perlu tahu
Penandaan Tarikh

Nama Sebutan Sebenar Makanan


Makanan dilabel dengan nama atau deskripsi yang tepat dan tidak mengelirukan pengguna. Ia mengandungi nama biasa ramuan utamanya. Contoh : Nama Makanan JUS OREN. Ia perlu mengandungi jus perahan sebenar buah oren.

Pelabelan Pemakanan
Pelabelan pemakanan bermaksud perihalan yang bertujuan untuk memberitahu pengguna tentang kandungan nutrien bagi sesuatu makanan. Pelabelan pemakanan mengandungi jumlah tenaga dinyatakan dalam kilokalori(kcal) atau kilojoule (KJ). Manakala protein, lemak dan karbohidrat dinyatakan dalam g bagi setiap 100 g atau 100 ml atau bagi setiap bungkusan jika bungkusan mengandungi hanya satu bahagian dan bagi setiap satu hidangan.

Penandaan tarikh bermaksud suatu tarikh yang ditanda atau dicetak timbul secara kekal pada label atau bungkusan sesuatu makanan yang menunjukkan tarikh akhir atau tarikh ketahanan minimum makanan tersebut. Biasanya ia ditandakan seperti salah satu bentuk yang berikut; TARIKH AKHIR atau TH AKHIR, GUNA SEBELUM atau GUNA SBL, MAKAN SEBELUM atau MAKAN SBL atau MINUM SEBELUM atau MINUM SBL dan BAIK SEBELUM atau BAIK SBL. Penandaan tarikh biasanya dimasukkan mengikut hari, bulan dan tahun. Jika hanya bulan bagi sesuatu tahun dinyatakan, ianya hendaklah dirujuk pada penghujung tarikh bulan tersebut. Contoh : Mac 2007 adalah 31 Mac 2007

Akuan Pemakanan
Akuan pemakanan terdiri daripada akuan kandungan nutrien, akuan bandingan nutrien, akuan fungsi nutrien, dan akuan yang memperkaya, memperkuat atau perkataan lain yang mempunyai pengertian yang serupa dengannya. Akuan kandungan nutrien bermaksud akuan pemakanan yang memperihalkan tahap nutrien yang terkandung dalam sesuatu makanan.
tk an r b pen y uk an erapan dag ing

Senarai Kandungan
Setiap ramuan yang terkandung dalam makanan dinyatakan di bawah Senarai Kandungan' atau 'Ramuan'. Ramuan tersebut disusun dengan kadar berat yang menurun.

yang membandingkan tahap nutrien atau nilai tenaga bagi dua makanan atau lebih. pemakanan yang memperihalkan peranan fisiologi nutrien dalam pertumbuhan, perkembangan dan fungsi normal badan. Pernyataan samada nutrien tersebut mampu menyembuhkan, merawat atau melindungi daripada penyakit tidak dibenarkan. Contoh : Vitamin C meningkatkan penyerapan besi zat daripada sumber bukan daging.

Akuan perbandingan nutrien ertinya akuan

Aditif Makanan
Aditif Makanan bererti bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan dalam kuantiti kecil bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa, kealkalian atau keasidan makanan tersebut atau bagi maksud apa-apa tujuan teknologi lain seperti pemprosesan dan pembungkusan yang secara langsung mempengaruhi ciri-ciri makanan tersebut. Bahan- bahan tersebut adalah seperti bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah perisa, antipengoksida dan kondisioner makanan.

Za Vi tB es

ka ng mbe ni me a s u n C ad mi arip ta i d

Akuan fungsi nutrien ertinya akuan

vitamin atau mineral atau sumber-sumber tambahan nutrien yang tidak kurang daripada paras minima yang telah ditetapkan.

Akuan yang memperkaya, memperkuat atau yang mempunyai pengertian yang serupa dengannya digunakan untuk amaun

Negara Asal Makanan


Nama negara asal makanan dinyatakan.

Syarat Penyimpanan Makanan


Cara penyimpanan yang spesifik perlu dinyatakan bagi memastikan produk selamat digunakan sehingga tarikh akhir makanan tersebut.

Maklumat Pengeluar Makanan


Makanan yang dikilang atau dibungkus di negara ini dinyatakan nama dan alamat pengilang atau pembungkus makanan tersebut. Manakala, bagi makanan yang diimport nama, alamat pengilang atau pembungkus atau empunya hak untuk mengilang atau ejen pengilang dan pengimport dinyatakan.

Pernyataan Kuantiti Makanan


Pernyataan mengenai berat bersih atau isipadu atau bilangan minima isi bungkusan makanan tersebut.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Tingkat 1, Rumah Persekutuan, Peti Surat 11290, 88814 Kota Kinabalu Tel:088-256960,088-217408 Fax: 088-217740
Diterbitkan Oleh : Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan dengan kerjasama Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Anda mungkin juga menyukai