Anda di halaman 1dari 10

Isi Kandungan

Tajuk Halaman

Bab 1: Pendahuluan 3

Bab 2: Maksud Model 4MAT 6

Bab 3: Video Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Abad 21 di SK


9
muzaffar syah BM

Bab 4: Dapatan dan Perbincangan 11

Bab 5: Penutup 15

Lampiran

Rujukan 16
Bab 1: Pendahuluan
Banyak kajian mendapati bahawa penggunaan kurikulum secara bersepadu dan bukannya
kaedah pengajaran tradisional yang menggunakan strategi standard membolehkan pelajar
membina pengetahuan dan gaya pemikiran mereka dengan lebih efektif (Beane, 2016; Blair &
Judah, 1990; Taylor, 2018; Lattuca, 2001). Model pengajaran 4MAT adalah pendekatan
kurikulum bersepadu yang mampu memberikan strategi dan kaedah pengajaran yang berbeza
berdasarkan teori berstruktur. Modul ini mendorong pelajar untuk mengembangkan
pemahaman dan persepsi mereka sendiri. Penggunaan strategi pembelajaran yang berbeza
secara bersama-sama dan bersepadu menjadikan pembelajaran lebih menarik, menyokong, dan
lebih berkesan, (Merrill, 2001). Model 4MAT biasanya digunakan oleh guru untuk membantu
mereka menjalankan aktiviti pengajaran berbentuk kerjasama. Oleh itu, untuk
mengembangkan program multidisiplin yang kuat, penggunaan model ini dilihat berkesan
kerana merangkumi kelebihan yang disebutkan dan pendekatan pengajaran bersepadu, (Blair
& Judah, 1990).

Bab 2: Maksud Model 4MAT


Model pengajaran 4MAT adalah kerangka konsep pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan karya John Dewey (Pembelajaran Eksperimental), Carl Young (Teori Individu) dan
secara langsung merujuk kepada David Kolb (Teori Pembelajaran Eksperimental). Premis
yang diutakan oleh David Kolb ialah tunjang kepada seseorang individu belajar adalah melalui
salah satu daripada empat cara yang berbeza dengan tambahan asas-asas kepada bagaimana
mereka melihat dan memanipulasi maklumat (McCarthy & White & McNamara, 1987;
McCarthy & McCarthy, 2006).

Modul 4MAT mengenal pasti empat kaedah pembelajaran yang saling berkait iaitu merujuk
kepada bagaimana kita melihat dan memproses maklumat baru di mana kebiasaannya corak
pembelajaran seseorang individu secara semulajadi melalui urutan ini. McCarthy (2006) telah
mengenalpasti empat kaedah pengajaran ini sebagai pembelajaran berimaginasi, pembelajaran
menganalisa, pembelajaran menggunakan indera dan pembelajaran dinamik. 4MAT
menyediakan model perancangan pendidikan yang sistematik berasaskan anggapan bahawa
seseorang individu belajar dengan cara yang berbeza, namun dapat dikenalpasti. Tanggapan
lain pula menjelaskan interaksi dalam konteks pendidikan dengan pelbagai aktiviti
pembelajaran yang pelbagai membawa kepada tahap motivasi dan prestasi yang lebih
cemerlang. Di dalam sesebuah kelas, pelajar memerlukan empat gaya pembelajaran yang
sesuai dan seharusnya disediakan untuk setiap pelajar seperti di Rajah 1.

Rajah 1: Asas Sistem 4Mat dengan Perincian Lapan Langkah (McCarthy, 1990)

Dalam urutan atau aliran yang betul, keempat-empat gaya pembelajaran ini menyediakan
kerangka semula jadi untuk pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan model 4MAT telah
disokong melalui penyelidikan di sekolah rendah, menengah dan kelas pendidikan tinggi (Bair
& Judah, 1990). Penegasan Kolb berkenaan pembelajaran bersepadu, model 4MAT diajar
melalui empat kaedah pengajaran utama (Kolb & Kolb, 2005). Berdasarkan konsep asal kaedah
KOLP dalam kaedah pembelajaran, 4MAT menggabungkan pembelajaran dengan strategi
pemprosesan berasaskan otak. Kajian menunjukkan (McCarthy & McCarthy, 2006)
perbezaannya antara fungsi otak kanan dan otak kiri (Cutolo & Rochfold, 2007).

Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa hemisfera kiri otak mengatur idea logik dan analitik
sementara separuh otak kanan berfungsi di sekitar intuitif dan fungsi integral (Aud, 2012).
Hasil ini telah memberi panduan agar kaedah pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain
dapat diterima (Davis & Knobloch, 2002). Kajian-kajian ini telah menyumbang kepada dapatan
dominasi hemisfera otak dalam pengembangan kitaran pengajaran 4MAT seperti di Rajah 2.
Rajah 2: Penglibatan Peranan Himesfera Otak dalam Sistem 4MAT

Secara asas, murid memberi tindak balas secara semulajadi melalui dialog. Mereka mempunyai
kemahiran mengambil dan membentuk sesuatu perspektif serta peka terhadap keperluan orang
lain. Guru berperanan sebagai pemudahcara kepada murid yang hilang arah tuju pembelajaran
dengan memberi penekanan terhadap hubungan peribadi dengan kandungan pengajaran
melalui perbincangan kelas, penyertaan kumpulan dan mendengar. Keutamaan seseorang guru
ketika di dalam kelas adalah perkembangan murid secara individu. Pendekatan pembelajaran
secara analitik iaitu secara logik dan tersusun dengan meneliti setiap perincian akan membantu
pelajar untuk mengetahui idea baru seterusnya menghubungkan sesuatu topik baru dalam
pembelajaran dengan maklumat lain yang mereka tahu kebenarannya. Ini menjadikan
seseorang pelajar menikmati sesi pembelajaran mereka melalui rumusan teori dan model.

Seseorang pelajar berusaha untuk menepati kandungan pembelajaran dan mereka juga lebih
meminati gaya pengajaran guru yang juga mementingkan ketepatan kandungan palajaran.
Sebagai seorang guru mereka perlu memahami gaya pemikiran palajar yang berbentuk saintifik
dan analitik di mana pelajar akan memberi fokus kepada pembentangan kandungan
pembelajaran, nota yang diberikan serta akttiviti pembacaan yang tersusun dan logik. Pelajar
akan sensitif terhadap sebarang kandungan pembelajaran dan mereka akan berusaha dan
berlatif untuk memahami dan mengaplikasinya. Semasa guru menyampaikan pelajaran dan
maklumat baru, pelajar akan lebih aktif untuk memberi tumpuan apabila ia melibatkan aplikasi
praktikal. Pelajar sebegini adalah pelajar yang aktif dan mereka lebih terdorong mendapatkan
hak atau peluang untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti di kelas. Pelajar sebegini
juga tidak meminati tugasan yang tidak mempunyai tujuan atau aplikasi yang jelas.

Melalui model 4MAT ini, pelajar akan belajar dengan lebih baik apabila mereka diberi peluang
melaksanakan eksperimen. Sebagai guru yang berperanan sebagai ‘sense learners’, mereka
lebih fokus untuk memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan kemahiran baru. Pelajar
yang dinamik adalah pelajar yang aktif yang menikmati sesuatu pembelajaran melalui
penemuan dari diri mereka sendiri termasuklah mengumpul sesuatu maklumat dan menerapkan
pembelajaran mereka dengan cara baru. Mereka suka mengaitkan pembelajaran dengan
perkara-perkara penting dalam kehidupan mereka.

Pelajar inovatif akan belajar dengan lebih baik melalui pengalaman peribadi. Mereka
memanfaatkan peluang untuk mencari makna dalam apa yang mereka pelajari dan menikmati
berkongsi kepercayaan, perasaan dan pendapat mereka dengan orang lain. Oleh yang demikian,
bagi seseorang guru yang mempunyai pelajar yang mempunyai ciri dinamik ini adalah suatu
cabaran kepada mereka untuk mewujudkan pengalaman pengjaran dan pembelajaran yang
realistik dalam bilik darjah. Gambaran para guru perlulah percaya bahawa sesuatu kurikulum
harus fleksibel dan sesuai dengan minat individu pelajar boleh dirujuk seperti di Rajah 3.

Rajah 3: Putaran Sistem 4MAT sebagai Sistem Perubahan (McCarthy, 1990)


Bab 3: Perihal Video

Tajuk: Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Abad 21 di SK muzaffar


syah BM
Durasi: 10 minit 9 saat
Platform: Youtube
Tarikh dimuat turun: 7 Februari 2016
Pemuat turun: tjl 96
Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=KsQjjay9FsA
Bab 4: Dapatan dan Perbincangan

Ulasan video akan dianalisis dengan memberi penumpuan terhadap elemen-elemen berikut:
1. Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam video yang bertepatan dengan gaya
pembelajaran.
2. Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam video yang tidak menjurus dengan gaya
pembelajaran.
3. Berikan komen anda terhadap aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4. Berikan pandangan anda untuk penambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan gaya pembelajaran dan sistem 4MAT.

Elemen 1: Aktiviti yang terdapat dalam video yang bertepatan dengan gaya
pembelajaran

Topik Kemahiran Belajar dijelaskan dalam kuliah kedua subjek Dinamika Guru. Di dalam slide
tersebut, kemahiran-kemahiran belajar yang disenaraikan ialah:
1. Proses belajar
2. Mengurus masa
3. Perpustakaan
4. Memperoleh maklumat
5. Membaca
6. Membuat nota
7. Bermotivasi
8. Berfikir
9. Mengingat
10. Menjawab soalan

Video menunjukkan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di sebuah kelas.
Aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dilihat mendapat kerjasama yang baik daripada murid,
malah guru dilihat sangat bersemangat dan memberi tunjuk ajar serta arahan yang jelas kepada
murid untuk melaksanakan aktiviti. Suasana ini membuktikan proses belajar daripada kalangan
murid sendang berlaku secara aktif. Komunikasi dua hala yang ditunjukkan oleh guru sangat
berkesan dan ini sebenarnya mampu memastikan murid memperoleh maklumat pembelajaran
yang sepatutnya mengikut rancangan pengajaran yang telah ditetapkan lebih awal.

Guru memulakan proses belajar dengan membaca doa secara bersama-sama dan seterusnya
mengungkapkan zikir. Tindakan ini selari dengan amalan dan etika dalam kehidupan seseorang
muslim memulakan sesuatu perkara dengan bacaan doa serta menjadikan zikir sebagai ratib
harian. Guru telah memberi tunjuk ajar menyapu atau mengusap dada ketika zikir diucapkan
selari dengan ajaran agama menghadapkan agar “Ya Latif” – Maha Lemah-lembut Allah SWT
– meresapi ke dalam jiwa para murid. Seterusnya guru bertanya khabar murid dan memberi
semangat kepada mereka apabila menjelaskan semua murid hadir pada hari itu. Aktiviti
membaca doa, mengungkapkan zikir, bertanya khabar dan seterusnya memberi kata-kata
motivasi atau perangsang merupakan contoh set induksi yang sangat baik dan seharusnya
menjadi amalan setiap guru.

Guru telah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu menyediakan sebuah kotak dan
diisi ke dalamnya sebiji buah betik. Penggunaan BBM adalah sangat penting dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran. BBM merupakan segala atau suatu kelengkapan yang
digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik
darjah. Disamping penggunaan BBM, guru telah menggabungkan dengan beberapa gaya dan
kemahiran belajar iaitu memperoleh maklumat, bertanya soalan dan berfikir. Guru dilihat bijak
mengurus masa kerana kelihatan aktiviti kelas telah dirancang dan dibahagikan. Guru juga ada
mengira masa mengikut saat agar murid segera menyelesaikan aktiviti dalam tempoh masa
yang diberikan. Subjek yang diajar di dalam video ini lebih terarah kepada aktiviti dan tidak
menggunakan gaya pembelajaran yang lain seperti perpustakaan, membaca dan membuat nota.

Antara gaya pembelajaran yang sangat baik telah dilakukan oleh guru ialah melakukan simulasi
atau tauladan. Guru telah menunjukkan cara memakai apron kepada murid dengan beliau
memulai dengan bagaimana dirinya memakai apron. Murid melihat tingkah laku guru memakai
apron dismping penenrangan. Hasilnya, murid akan mengetahui cara-cara memakai apron yang
betul.
Elemen 2: Aktiviti yang terdapat dalam video yang tidak menjurus dengan gaya
pembelajaran

Kami berpendapat tiada aktiviti yang ditonjolkan di dalam video ini tidak menjurus kepada
gaya pembelajaran. Sekiranya memperkenalkan para ibu bapa yang Bersama-sama menyertai
sesi di dalam tidak termasuk sebagai gaya pembelajaran secara formal, namun bagi kami ia
termasuk gaya pembelajaran secara tidak formal. Guru mengungkapkan ucapan perkenalan dan
murid akan dapat mempelajari tindakan menghormati orang yang lebih tua, mengamalkan
perbualan dan komunikasi yang ramah kepada orang yang lebih tua serta mengucapkan terima
kasih kepada sesiapa sahaja yang telah memberi pertolongan dalam hidup kita.
Rujukan
Basmah Issa Ahmad AlSaleem. (2019). The 4mat Model in English Language Teaching. Arab
World English Journal (AWEJ). Volume 10. Number 4 December 2019. Pp.112 -120.
Beane, J. (2016). Curriculum integration: Designing the Core of Democratic Education. t.tp:
Teachers College Press.
Blair, D. & Judah, S. (1990). Need a Strong Foundation for an Interdisciplinary Program? Try
4MAT! Educational leadership. 48(2), 37-38.
Kolb, A.& Kolb, B. (2005). Learning styles and learning spaces: Enhancing experiential
learning in higher education. Academy of Management Learning & Teaching. 4(2), p.
193-212.
Lattuca, L. (2001). Creating Interdisciplinarity: Interdisciplinary Research and Teaching
Among College and University Faculty. t.tp: Vanderbilt university press.
McCarthy, B. (1990). Using the 4MAT System to Bring Learning Styles to Schools. Lihat
pautan:
https://files.ascd.org/staticfiles/ascd/pdf/journals/ed_lead/el_199010_mccarthy.pdf
McCarthy, B & McNamara, C. (1987). The 4MAT System: Teaching to Learning Styles with
Right/Left Mode Techniques. t.tp: Excel Barrington, IL.
McCarthy, B. & McCarthy, C. (2006). Teaching around the 4MAT® cycle: Designing
instruction for diverse learners with diverse learning styles. t.tp: Corwin Press.
Merrill, M. (2001). Components of Instruction Toward a Theoretical Tool for Instructional
Design. Instructional Science. 29(4-5), p. 291-310.
Taylor, B. (2018). Activating Creativity in Elementary. EFL Writing. Vol. 2, p. 119.

Anda mungkin juga menyukai