Anda di halaman 1dari 2

AG Autowold Sdn Bhd,

PTB 18207 & LOT 3217,


Jalan Skudai Kiri,
81200 Johor Bahru,
Johor.

Pengarah
Kolej vokasional tanjung puteri
Jalan yahya al datar
80300 johor bahru
Johor. 03/08/2023

Tuan/Puan

Per: Permohonan Bagi Melawat Sekolah untuk Kemasukkan Pelajar Latihan Industri dan
Pelajar Lepasan SPM/SPMV (Freshgraduate) di Syarikat AG Autoworld Sdn Bhd.

Merujuk perkara di atas saya Tom Chin Lee Toong (Pengurus Aftersales) sebagai wakil dari
AG Autoworld Sdn Bhd ingin mendapatkan kebenaran dari pihak sekolah untuk melawat
sekolah tuan/puan bagi urusan pengambilan Pelajar Latihan Industri yang baharu atau
pelajar lepasan SPMV/SPM untuk bersama-sama menjalani latihan industri atau untuk
menjadi pekerja tetap kami.

Para pelajar sekolah dari Kolej Vokasional Tanjung Puteri boleh membuat permohonan
pekerjaan yang bersesuaian di syarikat kami dan kami sebagai pihak syarikat akan
meletakkan para pelajar tersebutl atau bakal pekerja kami di tempat kami yang
bersesuaian dengan kursus yang telah dipelajari selama beberapa tahun di sekolah
vokasional ini.
Di sini kami melampirkan profil syarikat untuk berkongsi dengan pihak sekolah mengenai
kemajuan dan pengalaman kami di dalam bidang automotif .

Oleh hal yang demikian, di harap pihak tuan/puan merima kehadiran kami dengan tangan
terbuka bagi merealisasikan impian kami untuk menggaji pekerja baharu atau pelajar
Latihan Industri dari Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

_______________________________

Nama : Tom Chin Lee Toong

Jawatan : Pengurus Perkhidmatan Selepas Jualan

Anda mungkin juga menyukai