Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA
EN MOHAMED NAZIM BIN ISMAIL
PENGETUA
SMK GUDANG RASAU, KUANTAN, PAHANG

SEMPENA
HARI SINDROM DOWN SEDUNIA DAN RAKAN INKLUSIF

PADA
HARI SELASA, 21 MAC 2023

JAM
7.40 PAGI

BERTEMPAT DI
SMK GUDANG RASAU,
KUANTAN, PAHANG

BISMILLAHI RAHMANIR RAHIM


ALHAMDULLILLAHI RABBIL ’AALAMEEN
WASSALATU WASSALAMU’ ALAA
ASYRAFIL AMBIYA E WAL MURSALEEN
SAYYIDINA MUHAMMADIN
WA ‘ALAA AALIHIE WASAHBIHIE AJMA’EEN

Yang Berusaha Puan Normah Yazam binti Abdullah


Pengerusi PIBG
SMK Gudang Rasau

Yang Berusaha Pn Wan Azizah bt Wan Ahmad, PK Pentadbiran

En Saiful Hisham bin Yaakob, PK Hal Ehwal Murid

En Ahmad Rudaini bin Abdul Manan, PK Ko Kurikulum

Pn Zalina bt Zainal Abidin, PK Pendidikan Khas

Ketua-ketua bidang, guru-guru, staf dan seterusnya hadirin dan murid2 yang
dikasihi sekalian.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM


SEJAHTERA.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana


dengan taufik dan izinNya jua, kita dapat sama-sama hadir pada majlis hari ini
iaitu Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia dan Rakan Inklusif.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Tarikh 21 Mac pada setiap tahun adalah merupakan Hari Sindrom Down
Sedunia yang disambut di seluruh dunia. Tema Hari Sindrom Down tahun ini
ialah “WITH US, NOT FOR US”. Penentuan tarikh sambutan Hari Sindrom
Down Sedunia pada 21 Mac memiliki falsafahnya tersendiri. Sindrom
Down adalah sempena nama John Langdon Haydon Down, seorang doktor
perubatan British yang pertama kalinya berjaya mengenali ciri-ciri Sindrom
Down ini.
Maka, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu secara rasminya menetapkan,
Hari Sindrom Down Sedunia (HSDS) atau World Down Syndrome
Day (WDSD) diperingati setiap 21 Mac sejak tahun 2012.

Ada yang menarik di sebalik pemilihan tarikh ini. Tarikh ini dipilih menandakan
keunikan tiga salinan kromosom ke-21 atau yang biasa dikenal dengan nama
trisomy 21 yang menjadi penyebab Sindrom Down.

Seperti yang kita ketahui, Sindrom Down juga dikenal dengan trisomi 21
yang merupakan kondisi genetik akibat kelebihan kromosom. Normalnya,
setiap orang hanya memiliki 2 kromosom 21 yang didapatkan dari
ibubapa. Namun, pada anak Sindrom Down ini, terdapat 3 kromosom 21
akibat perkembangan kromosom yang abnormal. Lebih
jelasnya, Sindrom Down merupakan kelainan yang terjadi pada
kromosom manusia.

Tujuan hari kesedaran global ini disambut adalah untuk meningkatkan


kesedaran masyarakat agar mengenali individu Sindrom Down supaya
mereka juga turut diberi peluang yang sama dalam perhubungan
kekeluargaan, pendidikan, pekerjaan dan dalam komuniti.

Hari Sindrom Down diraikan bagi menghargai individu Sindrom Down dan ahli
keluarga mereka.

Hadirin sekalian,

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


(2013), Program Pendidikan Inklusif merupakan suatu program pendidikan
bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama
di sekolah.

Matlamat Program Pendidikan Inklusif adalah untuk meningkatkan penyertaan


dan memberikan peluang kepada murid berkeperluan khas menyertai
program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid normal di arus
perdana.

Dalam usaha untuk menjayakan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (2013-2025) yang ingin mewujudkan kesamarataan peluang
pendidikan bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing tanpa
mengira perbezaan fizikal menerusi pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif. Dalam hal ini, Program Pendidikan Inklusif merupakan medium yang
efektif dan penting untuk mewujudkan kesamarataan peluang pendidikan
antara murid aliran perdana dengan murid berkeperluan khas dalam bilik
darjah inklusif.
Tidak dapat dinafikan, setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini
memiliki keistimewaan masing-masing.

Ini termasuklah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang juga layak
menerima segala peluang dalam kehidupan mereka terutamanya dari segi
pendidikan bagi menentukan kerjaya pada masa depan.

Pendidikan inklusif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM)


dilihat sebagai antara usaha yang efektif dalam memastikan golongan murid
ini mampu bersaing dengan murid-murid di arus perdana yang lain.

Pendidikan inklusif adalah sebuah peluang pendidikan yang diberi kepada


murid-murid dalam kalangan MBPK yang mempunyai kefungsian tinggi dan
hanya memiliki masalah seperti fizikal dan pertuturan.

Pendidikan inilah yang menjadi perantaraan kepada MBPK untuk


mendapatkan hak yang sama rata seperti murid-murid normal yang lain.

Pada masa yang sama, pendidikan inklusif juga berupaya membina


kemahiran komunikasi dan sosial MBPK dengan lebih baik.

Ini kerana apabila mereka bergabung atau bersama-sama dengan murid arus
perdana, proses peniruan tingkah laku akan berlaku sama ada dari segi
komunikasi mahupun perbuatan yang dapat melatih murid MBPK untuk
berinteraksi seperti murid-murid yang lain.

Penguasaan kemahiran komunikasi dapat membina hubungan MBPK yang


lebih baik bersama rakan-rakan lain agar mereka tidak merasa tersisih dan
sekali gus meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk mendepani cabaran
baharu.

Hadirin sekalian,

Kita di SEGRA, amat menitikberatkan kesejahteraan anak-anak istimewa ini,


malah kita sama-sama memahami jiwa dan cabaran yang dihadapi anak-anak
istimewa tersebut. Dengan kesedaran ini, kita dapat memberi sokongan,
kasih sayang dan memperjuangkan hak dan peluang agar anak-anak dapat
menikmati kesejahteraan seperti individu yang lain.

Kita juga bersedia menghadapi dugaan dan cabaran bersama-sama untuk


mendidik dan memberi lebih peluang kepada anak-anak ini serta keluarga
mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Memupuk kasih sayang di usia hijau merupakan aspek yang penting dalam
perkembangan insan bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebung”,
apa yang mereka lihat dan amalkan akan menjadi asas dalam pembentukan
jati diri dan rutin harian mereka, terutamanya ketika dewasa kelak.

Kita mengharapkan SAMBUTAN HARI SINDROM DOWN DAN RAKAN


INKLUSIF ini dapat memupuk teras kasih sayang kepada anak-anak ini. Hal
ini dapat diterjemahkan melalui tindakan seperti menerima kekurangan
individu lain seadanya, tidak membezakan individu lain hanya kerana mereka
berbeza dari segi fizikal dan intelektual.

InsyaAllah, jika kita sama-sama dapat menyemai teras kasih sayang seperti
ini, sudah pasti akan membantu dalam proses sosialisasi anak-anak ini
terutama dalam mewujudkan elemen ‘sense of belonging’ yang mana mereka
tidak akan berasa terasing dengan rakan-rakan sebaya yang lain.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
yang sudi sama-sama meraikan SAMBUTAN HARI SINDROM DOWN DAN
RAKAN INKLUSIF. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Kerja
Sambutan yang telah bertungkus lumus dalam memastikan program ini
berjalan lancar.

Kalau meniup seruling bambu,


Siapa yang ikut akan terbuai,
Kalau hidup saling membantu,
Mana yang kusut akan selesai.

Dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim, saya merasmikan SAMBUTAN HARI


SINDROM DOWN DAN RAKAN INKLUSIF PERINGKAT SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN GUDANG RASAU.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai