Anda di halaman 1dari 2

Untuk rujukan tahun lepas

BORANG LAPORAN / MINIT CURAI

NAMA PEGAWAI : PRISCILLA DEWINA ANAK ROEANOL DEDY JAWATAN : PPP DG 41

PERKARA : TAKLIMAT HARI TERBUKA DAN INOVASI SK NANGA KESIT

TARIKH : 12 OKTOBER 2022 MASA : 1 PETANG TEMPAT : DEWAN


GEMILANG

ANJURAN : UNIT KURIKULUM, UNIT BAHASA DAN UNIT STEM

BAHAN – BAHAN YANG DIEDARKAN : KERTAS KERJA PROGRAM

CATATAN MINIT :

1. Tema “Green for Education” telah dipersetujui ramai atas dasar mengurangkan penggunaan plastik, mengitar
semula bahan dan menggalakkan penggunaan sumber sedia ada.
2. Objektif utama program ini adalah untuk membolehkan pelajar berfikiran di luar kotak dan mendidik pelajar supaya
lebih berani dan yakin pada diri sendiri dalam mengemukakan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan
masalah.
3. Tempoh pogram ini berlangsung selama 1 bulan mulai 3 Oktober sehingga 18 Oktober 2022.
4. Pameran, pertandingan dan perasmian akan diadakan pada 18 Oktober 2022.
5. Penyertaan wajib untuk murid SKNK Tahap 2 manakala terbuka untuk sekolah-sekolah zon Lubok Antu atas dasar
jemputan sekiranya ada.
6. Ahli kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang murid dan dibimbing oleh seorang guru mentor.
7. Hasil inovasi akan dinilai oleh juri- juri jemputan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan pelajar diberi masa
10 minit untuk membentang hasil inovasi di booth masing- masing.
8. Projek inovasi hendaklah berdasarkan mana-mana topik yang dipelajari dalam kelas masing- masing dan haruslah
menggunakan bahan yang boleh dikitar semula/ digunakan semula sahaja.
9. Projek ini juga hendaklah berpusatkan murid di mana murid menghasilkan projek yang akan memudahkan mereka
memahami sesuatu topik pembelajaran.
10. Sijil akan disediakan untuk semua peserta manakala trofi kemenangan akan disediakan untuk tempat pertama
hingga ketiga.
11. Perihal perbelanjaan:
a) Sekiranya permohonan RM5000 lulus, perbelanjaan akan digunakan sepenuhnya dari bantuan Yayasan dan
jemputan akan diperluaskan ke sekolah- sekolah lain.
b) Sekiranya tidak, akan menggunakan PCG subjek sahaja.
c) Encik Anderson dan Encik Digat mencadangkan untuk membuka dua booth gerai Prasekolah dan gerai KK
untuk menambah dana sekolah.
d) Puan Nora mencadangkan supaya ibu bapa dijemput hadir untuk melihat pameran anak-anak mereka dan
disokong oleh Encik Douglas untuk mengadakan program ini pada hari Jumaat supaya murid asrama dapat
balik selepas program selesai.
e) Puan Nini mencadangkan pembahagian kumpulan dibuat oleh guru kelas kerana murid akan dibahagikan
mengikut Tahap Penguasaan mereka. Murid yang lemah akan bekerjasama dengan murid yang pandai untuk
mengelakkan ketidakadilan dalam berkumpulan.
f) Taklimat ini tamat pada pukul 230 petang.

TINDAKAN SUSULAN OLEH KETUA JABATAN :

Disediakan Oleh; Disemak dan disahkan oleh;

……………………………… …………………………………………
( PRISCILLA DEWINA ) ( LASA ANAK SIGAT)

Anda mungkin juga menyukai