Anda di halaman 1dari 23

SMK AGAMA KUALA SELANGOR

KAJIAN TINDAKAN 2016

KAEDAH VIDEO DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 5


(BAB 5 :KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957) :
MENINGKATKAN DAYA INGATAN PELAJAR

NAMA PENGKAJI: MOHD ZULHELMI BIN MANSOR

ALAMAT SEKOLAH: SMK AGAMA KUALA SELANGOR


JALAN PASIR PENAMBANG
45000 KUALA SELANGOR
SELANGOR
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


Abstrak 2
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 3
Isu Keperihatinan 4
Fokus Kajian 4
Objektif Kajian 5
Kumpulan Sasaran 5
Pelaksanaan Kajian 6
Refleksi Kajian 9
Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 11
Bibliografi 12
Borang Kaji Selidik 13
Nota Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 16
Soalan – Soalan KBAT 19

1
KAEDAH VIDEO DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH TINGAKATAN
5 (BAB 5 :KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957) :
MENINGKATKAN DAYA INGATAN PELAJAR

MOHD ZULHELMI BIN MANSOR

ABSTRAK

Pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan
bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Di
peringkat Sekolah Menengah Rendah, pembelajaran tentang sejarah negara yang meliputi
jangka masa selama lima ratus tahun disusun secara kronologi. Ia bertujuan untuk memberi
pemahaman menyeluruh dan suatu gambaran lengkap tentang sejarah negara kepada
murid. Rentetan peristiwa ini membawa tema-tema tersendiri yang dijadikan pokok
perbincangan. Kronologi peristiwa ini dapat memudahkan murid mengingatinya.

Pendidikan Sejarah juga bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia
negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan
dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat
memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.
Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara
Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah
sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

Salah satu yang mendorong kewujudan perasaan kebangsaan dikalangan murid


adalah melalui daya tahan ingatan yang perlu disuburkan di kalangan pemikiran mereka.
Pembinaan daya tahan ingatan murid adalah menerusi proses pengajaran dan pembelajaran
guru serta penambahan ilmu melalui pembacaan. Murid yang mempunyai daya tahan
ingatan bukan sahaja berupaya mempelajari sesuatu yang baru, memahaminya dengan
mendalam, bahkan mampu memilih maklumat yang penting dan relevan sepanjang masa.

Kajian tindakan yang bertajuk Kaedah Video dalam pembelajaran sejarah bagi
Tingkatan 5 dilakukan pada tahun 2016 adalah salah satu cara bagi memperlihatkan
peningkatan murid dalam mengingati fakta – fakta berkaitan dengan peristiwa - peristiwa
2
sejarah Malaysia khususnya. Dengan tindakan ini, ia dpercayai dapat membantu murid untuk
meningkatkan daya tahan ingatan melalui persoalan – persoalan 5 W 1H seperti siapa (who),
apa (what), kenapa (why), bila (when), di mana (where) dan bagaimana (how).

Berdasarkan kajian ini, guru akan memperlihatkan bagaimana persoalan – persoalan


tersebut membimbing murid untuk mengingati peristiwa – peristiwa yang berkaitan dalam bab
5 kemerdekaan negara kita 31 Ogos 1957. Perancangan kajian ini akan berdasarkan
kepada murid – murid tingkatan 5 yang pencapaian dalam sejarah adalah di tahap
sederhana. Seramai 15 murid akan dinilai berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah video.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini juga, murid akan bertindak mengingati
penerangan yang disampaikan oleh guru dan melalui pembacaan di dalam buku teks sejarah
tingkatan 5 serta catatan nota ringkas. Penilaian terhadap murid akan dilakukan di akhir
penerangan dengan cara guru akan bertanyakan soalan – soalan melalui paparan power
point atau menggunakan kad. Contohnya “siapakah yang mewakili Tanah Melayu dalam
rombongan kemerdekaan ke London?”. Berdasarkan soalan ini, murid akan mengingati
semula melalui hasil pembacaan dan nota yang dibuat berdasarkan penerangan yang
disampaikan oleh guru.

1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu


Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap para murid,
terdapat banyak kekangan yang dihadapi oleh mereka dalam mengenal pasti sejarah. Dalam
setiap proses pengajaran dan pembelajaran, saya sering bertanya semula kepada para
murid tentang perbincangan yang lepas supaya murid tahu tentang rentetan peristiwa yang
berlaku. Namun masih lagi ada murid yang tidak mengingat tentang perbincangan lepas. Ini
memberi tekanan kepada murid untuk belajar bagi tajuk yang akan dibincangkan. Keadaan –
keadaan ini memberi satu tamparan hebat kepada guru untuk membuat perbincangan
memandangan tajuk – tajuk lepas pun para murid tidak dapat meningatinya.

Berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaan guru terhadap murid, ada kemungkinan


bahawa ramai murid yang tidak lulus mata pelajaran ini disebabkan mereka kurang meminati
pelajaran Sejarah. Ada juga murid yang beranggapan bahawa mata pelajaran Sejarah amat
membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-tajuk dan nama serta tahun yang
3
memerlukan penghafalan dan ingatan yang kuat. Hal ini melemahkan daya tahan murid
terhadap mata pelajaran Sejarah terutamanya murid–murid yang sederhana pencapaiannya.

Selain daripada itu, murid ini juga tidak dapat menyenaraikan secara kronologi
peristiwa yang berlaku dalam sejarah dan murid juga tidak dapat mengaitkan diantara setiap
topik dalam satu – satu bab. Semasa pemeriksaan buku nota murid, mereka hanya
menghuaraikan nota tanpa mengetahui apa yang dimaksudkan dengan setiap topik. Hal ini
menyebabkan para murid tidak tahu setiap persoalan yang ditanya bagi setaip topik.

Oleh sebab itu, guru terpanggil untuk mengkaji tentang kaedah pembelajaran murid
supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan murid dapat
memahami setiap kronologi peristiwa itu dengan lebih mudah. Berdasarkan pemeriksaan
yang dilakukan, para murid kurang diberi persoalan semasa pengajaran dan pembelajaran,
dan fokus kajian saya adalah tentang bentuk – bentuk soalan seperti siapa (who), apa
(what), kenapa (why), bila (when), dimana (where) dan bagaimana (how). Contoh
soalan yang harus diberikan kepada murid seperti “siapakah yang terlibat dalam
rundingan kemerdekaan?. Jadi melalui persoalan – persoalan ini, pelajar mudah untuk
menjawab soalan yang diajukan terutamanya soalan berbentuk soalan KBAT

2.0 Isu Keperihatinan


Tidak dinafikan bahawa kebanyakkan pelajar sering mengadu kesusahan untuk
mengingati fakta-fakta sejarah yang dipelajari di sekolah. Masalah ini timbul akibat :
1) Pelajar mudah melupai apa yang di ajar.
2) Kaedah penulisan nota yang kurang memberangsangkan.
3) Pelajar tidak membuat nota ringkasan atau nota poket.
4) Pelajar hanya membuat rujukan terhadap buku teks sahaja dan tiada
inesiatif lain untuk membuat rujukan.
5) Pelajar kurang membuat latih tubi di rumah dan hanya tertumpu
kepada latihan yang diberikan oleh guru di sekolah sahaja.
6) Minat yang sedikit yang ditanam oleh pelajar dalam diri terhadap mata
pelajaran sejarah.

4
3.0 Fokus Kajian
Kaedah persoalan yang dikaji lebih berfokuskan tentang kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru terhadap para pelajar untuk memudahkan mereka mengingati fakta-fakta
sejarah berdasarkan persoalan – persoalan yang diajukan seperti apa, kenapa, siapa,
dimana, bila dan bagaimana. Selain itu, kaedah ini juga membantu para pelajar menyediakan
nota yang berfokuskan tentang setiap peristiwa yang berlaku dalam sejarah dan
menggalakkan para pelajar mudah membaca dan mengingati peristiwa itu.

Penguasaan terhadap fakta-fakta sejarah amat penting dalam mata pelajaran sejarah
dan jika penguasaan ini tidak dimilki oleh para pelajar akan mengakibatkan mereka sukar
untuk menjawab soalan – soalan objektif di dalam ujian dan peperiksaan serta latihan –
latihan yang diberikan.

4.0 Objektif Kajian


Kaedah yang dikajian mudah – mudahan mencapai objektif tersebut :
4.1 Objektif Am
Meningkatkan kemahiran pembelajaran pelajar terhadap mata
pelajaran sejarah.
4.2 Objektif Khusus
1) Meningkatan penguasaan ingatan pelajar untuk mengingati fakta –
fakta sejarah atau peristiwa – peristiwa sejarah.
2) Membantu para pelajar menyediakan nota yang lebih
tertumpu kepada persoalan – persoalan tertentu.
3) Memudahkan para pelajar menjawab soalan – soalan di dalam
ujian, peperiksaan dan latihan – latihan yang diberikan.
4) Meningkatkan markah dan peratusan pelajar di dalam
mata pelajaran sejarah.
5) Meningkatan daya minat para pelajar terhadap mata
pelajaran sejarah.

5.0 Kumpulan Sasaran


Kajian yang dijalankan oleh guru ini melibatkan seramai 15 orang pelajar tingkatan 5
yang dipilih dari kelas 5 sn 3 , mereka dari kalangan pelajar yang sederhana pencapaiannya.

5
6.0 Pelaksanaan Kajian

6.1 Tinjauan Masalah


Guru akan menggunakan borang soal selidik berkaitan tentang aspek – aspek penting
dalam mata pelajaran sejarah. Soal selidik ini akan dijalankan terhadap responden –
responden secara tertutup dimana responden akan mengisi borang ini secara persendirian.
Borang soal selidik ini akan diisi oleh responden dengan jujur dan amanah.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru akan memberi


penerangan dan menyediakan beberapa persoalan berkaitan tajuk Bab 5, Kemerdekaan
Negara 31 Ogos 1957 (menggunakan power point). Sebelum guru menyenaraikan persoalan
– persoalan tersebut, responden diminta menyenaraikan soalan – soalan terlebih dahulu.

Berdasarkan soalan – soalan responden, guru akan membuat persamaan dan


perbezaan persoalan responden dengan persoalan guru. Dengan ini, guru dapat membuat
penilaian tahap kecekapan pelajar membuat persoalan – persoalan terhadap isu yang
dibincangkan. Persoalan – persoalan yang diajukan ini membolehkan responden dapat terus
menjawab berdasarkan penerangan dan nota ringkasan yang diedar. Daripada persoalan –
persoalan yang diberi, responden diminta membuat nota sebagai rujukan tentang
perbincangan lepas.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan, responden akan diuji semula
dengan ujian tentang soalan – soalan yang pernah diajukan kepada responden bagi menilai
semula tahap pencapaian responden seperti ingatan pelajar tentang tajuk lepas, penghasilan
nota berdasarkan persoalan, daya minat responden terhadap tajuk yang telah dibincangkan
dan kecekapan responden membezakan persoalan – persoalan seperti siapa (who), apa
(what), kenapa (why), bila (when), dimana (where) dan bagaimana (how). Melalui
pengamatan mereka semasa video dipancarkan. Daripada dapatan kajian ini, guru dapat
menilai sejauh mana keberkesanan kaedah video yang digunakan terhadap responden.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil dapatan melalui ujian pra yang diadakan boleh dilihat melalui jadual 1 di
bawah.

6
Jadual 1
Bil Responden Markah Ujian
1 Responden 1 65%
2 Responden 2 44%
3 Responden 3 58%
4 Responden 4 60%
5 Responden 5 64%
6 Responden 6 62%
7 Responden 7 50%
8 Responden 8 62%
9 Responden 9 59%
10 Responden 10 40%
11 Responden 11 54 %
12 Responden 12 40 %
13 Responden 13 56 %
14 Responden 14 67 %
15 Responden 15 40 %

Berdasarkan Ujian yang dilakukan oleh guru dalam Ujian Gempur Minda, pencapaian
pelajar masih ditahap yang sederhana. Alasan yang diberikan oleh responden ialah mereka
susah untuk mengingati fakta sejarah dan rentetan peristiwa yang berlaku. Ini menjelaskan
bahawa ingatan pelajar tentang satu – satu bab masih sederhana. Cara pelajar dengan
hanya membaca tidak mencapai tahap yang terbaik. Cara pengajaran dan pembelajaran
perlu diubah supaya pelajar dapat mempertingkatkan lagi penguasaan mata pelajaran
Sejarah.

6.3 Tindakan yang dijalankan

(i) Aktiviti – aktiviti yang dijalankan untuk kajian tindakan


1) Guru melihat kepada pencapaian pelajar dalam ujian
Gempur Minda.
7
2) Mendengar penerangan guru dengan menggunakan paparan
“power point” yang mengandungi peta minda, gambar dan

8
penerangan tentang tajuk perbincangan dan guru menunjukkan video-video
terpilih yg telah di edit oleh guru.
3) Guru mengedarkan nota ringkasan kepada pelajar supaya pelajar
lebih memahami dan mendalami fakta – fakta sejarah sebagai panduan
semasa melihat video supaya mereka tahu rentetan peristiwa.
4) Guru menyenaraikan soalan – soalan tentang tajuk perbincangan
dari paparan video
5) Berdasarkan soalan – soalan yang telah disenaraikan, pelajar diminta
memberi jawapan dengan merujuk nota ringkasan yang diedarkan.
6) Memberi gambaran dan penerangan secara menyeluruh melalui
soalan – soalan yang telah dibuat serta tunjuk ajar bagi
membina soalan – soalan yang sesuai.
7) Menggalakkan dan mengukuhkan daya ingatan pelajar serta
pemahaman tentang tajuk perbincangan dengan membuat
nota berdasarkan soalan – soalan yang dibina.

(ii) Bahan – bahan yang digunakan


1) Aktiviti 1 : Laptop, LCD, “Power point” bab 5.
2) Aktiviti 2 : Video2 tetang kemerdekaan yang telah di edit oleh guru supaya
pengolahannya dapat menarik perhatian pelajar.
3) Aktiviti 3 : Lembaran nota ringkasan (Lampiran 2).
4) Aktiviti 4 : Lembaran senarai soalan – soalan bab 5 (Lampiran 3).
5) Aktiviti 5 : Laptop, LCD, paparan video bab 5.
6) Aktiviti 6 : Lembaran nota bab 5 tentang soalan – soalan yang
dibina berdasarkan buku teks Tingkatan 5 dan soalan SPM.

6.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian


6.4.1 Perlaksanaan aktiviti 1
Guru memaparkan “power point” yang mengandungi peta minda, gambar dan
penerangan tentang Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957. Guru menunjukkan video2
terpilih tentang peristiwa kemerdekaan (video lama dan hitam putih blh menunjukkan
gambaran sebenar pada ektika itu ) Pelajar diminta menghayati dan membuat
imaginasi seolah-olah mereka berada pada zaman itu. Dalam paparan video ini, guru
9
melihat ada daya penarik kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam
lagi tentang tajuk perbincangan. Guru membuat penerangan tentang bab 5 :
Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 berdasarkan paparan video supaya pelajar lebih
mengenal pasti lagi fakta dan peristiwa yang berlaku di dalam tajuk tersebut. Guru
merasakan paparan video dengan menggunakan LCD berkesan pelajar memberi
perhatian semasa pengajaran.

6.4.2 Pelaksanaan aktiviti 2


Guru mengedarkan nota ringkasan supaya pelajar lebih memahami dan
mendalami lagi tentang Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957. Berdasarkan paparan
“video” dan nota ringkasan yang diedar, pelajar diberikan lembaran kerja dengan
menyenaraikan soalan – soalan yang boleh ditanya di dalam tajuk ini. Pelajar diberi
masa untuk menjawab soalan yang diberi. Hasil persoalan tersebut, guru mendapati
pelajar dapat menjawab soalan dengan baik. Hampir 20% pelajar bertanyakan guru
dari semasa ke semasa kerana kurang memahami soalan–soalan tersebut. Walau
bagaimanapun, terdapat masalah bagi pelajar yang tidak bersungguh–sungguh
menjawab soalan–soalan yang diberikan. Terdapat pelajar yang mengambil jalan
mudah dengan menyalin dan meniru semula jawapan dari rakan–rakan yang lain dan
ini mengagalkan usaha guru untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.

6.4.3 Pelaksaan aktiviti 3


Guru memberi penerangan penuh tentang kaedah video yang boleh diterapkan
di dalam pembelajaran pelajar. Guru memberi galakkan kepada pelajar untuk
membuat soalan – soalan berdasarkan pembacaan dan penghasilan nota. Pelajar
diajar tentang membina soalan – soalan yang bersesuaian tentang satu – satu bab itu.
Guru meminta pelajar menggunakan kaedah ini di rumah semasa mengulangkaji mata
pelajaran Sejarah.

7.0 Refleksi Kajian


Sebelum kajian dijalankan keatas para pelajar (responden), guru melihat
kepada pencapaian pelajar di dalam ujian Gempur Minda. Pencapaian pelajar di
dalam ujian yang dijalankan melihat pencapaian yang sederhana. Oleh itu, guru telah
menggunakan kaedah video di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
10
Sepanjang pengajaran bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957, pelbagai bahan
telah digunakan seperti Laptop, LCD, paparan “power point” yang berwarna dan
bergrafik serta video2 yag berkaitan.

Guru juga telah menyenaraikan soalan – soalan hasil daripada pengajaran dan
pembelajaran bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957. Responden telah diberi
masa untuk menjawab soalan – soalan yang diberi dan hampir 80% daripada 15
orang responden berjaya menjawab dengan baik. Manakala 20% lagi agak sukar
menjawab dan sering bertanya pada guru dari semasa ke semasa.

Guru juga telah memberi galakan yang sepenuhnya kepada pelajar supaya
menggunakan kaedah ini semasa mengulangkaji mata pelajaran Sejarah dan minta
bersedia untuk peperiksaan yang akan berlangsung. Guru juga membuat pemeriksaan
dan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap 15 orang responden. Selepas
peperiksaan berlangsung guru mendapati terdapat peningkatan di dalam penguasaan
pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Keputusan Ujian pra dan Ujian pos dapat
dirumuskan di dalam jadual 2 di bawah.

Jadual 2
Bil Responden Ujian Pra Ujian Pos
Markah Ujian GM Markah Excel
1 Responden 1 65% 70%
2 Responden 2 44% 53%
3 Responden 3 58% 72%
4 Responden 4 60% 60%
5 Responden 5 64% 77%
6 Responden 6 62% 65%
7 Responden 7 50% 50%
8 Responden 8 62% 62%
9 Responden 9 59% 62%
10 Responden 10 40% 47%
11 Responden 11 54 % 66 %
12 Responden 12 40 % 50 %

11
13 Responden 13 56 % 67 %
14 Responden 14 67 % 70 %
15 Responden 15 40 % 50 %

Selain itu, melalui borang soal selidik(lampiran 1) yang telah diisi oleh
responden, 80% responden memilih sangat setuju untuk item mengatakan kaedah
yang digunakan menarik minat pelajar. Dan sebanyak 20% responden memilih setuju
yang menyatakan kaedah yang digunakan menarik minat pelajar. Sebanyak 60%
responden menyatakan bahawa kaedah yang digunakan membantu pelajar
meningkatkan pencapaian di dalam mata pelajaran Sejarah sangat bersetuju,
manakala 40% responden hanya bersetuju .Dalam item ketiga iaitu kaedah ini
bersesuaian dengan mata pelajaran Sejarah, sebanyak 60% respondeng sangat
bersetuju manakala 40% responden hanya bersetuju kaedah ini sesuai digunakan
dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Dalam item yang terakhir iaitu pelajar
berpuas hati dengan kaedah yang dijalankan, sebanyak 60% memilih sangat
bersetuju dan 40% memilih bersetuju.

Secara keseluruhanya, kaedah Video yang digunakan di dalam pengajaran dan


pembelajaran Sejarah Tingkatan 5 mendapati sebahagian responden
menggunakannya semasa proses mengulang kaji mata pelajaran Sejarah di luar
sekolah.

Malah apa yang menakjubkan, di waktu relief mereka akan datang ke bilik
sejarah untuk melihat video2 yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah tingkatan
4 dan tingkatan 5.

8.0 Cadangan untuk kajian seterusnya


Kaedah video yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah Tingkatan 5 amat berguna sekali dalam membantu pelajar meningkatkan lagi
pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran sejarah. Namun terdapat sebilangan
pelajar yang lemah tidak dapat mengikuti secara keseluruhan satu – satu bab itu.
12
Dengan itu, kajian yang lebih mendalam lagi harus dilakukan seperti menyenaraikan
fakta – fakta dan rentetan peristiwa sejarah yang berlaku secara kronologi dan

13
tersusun supaya pelajar di dalam kategori lemah dapat mengikuti sesuatu peristiwa
sejarah itu dengan baik. Untuk membolehkan pelajar dapat mengikuti secara berkualiti
tayangan video adalah dicadangkan bahawa guru perlu menyediakan soalan-soalan
terarah mengikut kronologi peristiwa dalam video tersebut supaya pelajar dapat
menonton sambil menulis jawapan berdasarkan soalan-soalan terarah tersebut.
Sekiranya ramai pelajar tidak dapat menjawab soalan-soalan berdasarkan video
tersebut guru boleh mengulangi video peristiwa tersebut supaya pelajar dapat
mengenalpasti jawapan berdasarkan video tersebut.

14
LAMPIRAN A
BORANG KAJI SELIDIK
KAEDAH 5W1H DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 5
(BAB 5 :KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957) :
MENINGKATKAN DAYA INGATAN PELAJAR

Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas pelajar tentang Kaedah 5W1H
Dalam Pembelajaran Sejarah Tingkatan 3. Diharapkan anda menjawab semua soalan
dengan ikhlas bagi membantu penyelidik untuk menyiapkan projek ini bagi manfaat semua.
Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

Bahagian 1 : Maklumat Diri


Jantina :
Lelaki
Perempuan

Bahagian 2 : Pembelajaran Subjek Sejarah


Pengetahuan tentang subjek Sejarah

Perkara Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju


Sejarah adalah subjek yang
wajib dipelajari.
Sejarah adalah subjek yang
menarik.
Subjek Sejarah mudah untuk
difahami.
Saya boleh mengingati fakta-
fakta yang dipelajari dengan
mudah.
Saya sentiasa bertanya kepada
guru jika tidak faham
Saya dapat membuat
hubungkait antara subjek yang
dipelajari dengan keadaan
semasa.
Adakah anda berminat dalam
mata pelajaran sejarah?
Adakah anda merasakan
sejarah adalah mata pelajaran
yang susah?
Adakah cara guru yang hanya
memberi penerangan
membuatkan anda
berasa bosan?
15
Adakah fakta-fakta dan
peristiwa sejarah susah untuk
diingati?
Adakah anda dapat memahami
urutan peristiwa sejarah secara
keseluruhan dalam 1 bab?
Adakah anda benar-benar
faham setelah sesuatu topik
telah dipelajari?
Adakah anda selalu mendapat
keputusan yang cemerlang
dalam ujian dan peperiksaan?

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah

Perkara Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju


Saya merujuk kepada bahan
lain selain buku teks untuk
mendapat lebih kefahaman.
Bahan pembelajaran (buku
teks, buku kerja, nota) yang
digunakan di dalam kelas amat
membantu untuk memahami
sesuatu topik.
Bahan pembelajaran yang
digunakan di dalam kelas amat
menarik.
Bahan pembelajaran yang
digunakan di dalam kelas
adalah teratur dan terbaru.

Bahagian 3 : Penggunaan Teknologi

Teknolgi yang digunakan di dalam pengajaran Sejarah ( Laptop,LCD, power


point,gambar,filem)
Perkara Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Adakah Subjek Sejarah
menggunakan teknologi.
Teknologi yang digunakan itu
sesuai dan menarik minat anda.
Penggunaan teknologi dapat
membantu anda memahami
subjek Sejarah dengan baik.

16
Bahagian 4 : Kaji Selidik tentang kajian tindakan yang dijalankan

Kaedah video dalam pembelajaran Sejarah Tingkatan 5


Perkara Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Adakah kaedah yang digunakan
ini menarik minat anda
Adakah kaedah yang digunakan
ini membantu anda
meningkatkan lagi percapaian
anda di dalam subjek Sejarah
Adakah kaedah ini bersesuaian
dengan subjek Sejarah
Adakah anda berpuas hati
dengan kaedah yang dijalankan
ini

Sila berikan pandangan dan cadangan anda tentang kaedah pembelajaran dan pengajaran
sejarah.

17
LAMPIRAN B

SEJARAH TINGKATAN
LIMA BAB 5
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

5.1 ROMBONGAN MERDEKA:


 Tujuan rombongan untuk mendapatkan kemerdekaan
 Diusahakan oleh Parti Perikatan awal tahun 1946
 Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai Ketua Menteri berunding dengan Raja2 Melayu & British untuk
mendapatkan kemerdekaan
 Bersetuju adakan mesyuarat rasmi dengan British
 Rombongan Merdeka dibentuk
 Terdiri daripada 4 wakil Raja2 Melayu & 4 wakil Parti Perikatan
 Rombongan ke London diketuai oleh TAR
 Orang ramai memberi sokongan padu

Anggota Rombongan Merdeka:

a. Wakil Parti Perikatan


 Tunku Abdul Rahman (Ketua)
 Tun Dr Ismail
 Tun H.S. Lee
 Tun Abdul Razak

b. Wakil Raja2 Melayu


 Dato Panglima Bukit Gantang
 Abdul Aziz Othman
 Dato’ Mohd Seth
 Dato’ Nik Ahmed Kamil

Matlamat Rombongan Merdeka:


 Untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British di London
 Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan
 Dibentuk satu perjanjian – Perjanjian London

Perjanjian London:
 Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British
 Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
 Kedua2 pihak bersetuju tandatangani perjanjian
 Antara perkara yang dipersetujui;
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957
ii.Suruhanjaya bebas dilantik untuk gubalPerlembagaan Merdeka
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan British di PTM
iv. Perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani bagi menjaga keselamatan & kepentingan
ekonomi British di PTM
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
vi. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri diteruskan

 Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956


 Disambut meriah dalam perhimpunan besar di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
 TAR & rombongan diiringi Pemuda UMNO Melaka
 TAR isytiharkan tarikh merdeka dengan seruan merdeka
 Orang ramai menyambut laungan ‘Merdeka’ dengan penuh semangat

18
5.2 PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU:
 Bagi negara bakal merdeka seperti PTM, sebuah perlembagaan yang dipersetujui semua kaum amat penting
 Parti Perikatan bersetujudengan penubuhan suruhanjaya bebas – Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid:
 Dibentuk pada Mac 1956
 Tujuan menyusun perlembagaan PTM
 Dipengerusikan Lord William Reid
 Tugas Suruhanjaya Reid;
i. Merangka sebuah pelembagaan bagi PTM
ii. Membentuk & menentukan kuasa kerajaan pusat &
negeri iii.Menjamin kedudukan khas Raja2 Melayu
iv.Mewujudkan rupa bangsa PTM

 Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memeorandum daripada pelbagai pihak termasuk Raja2 Melayu
 Februari 1957 Suruhanjaya Reid keluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk & parti
politik tempatan
 Beberapa cadangan asal dipinda untuk memuaskan hati semua pihak
 Antaranya;
i.Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri
ii.Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu
iii.Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain
iv.Institusi Raja2 Melayu & konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Cina & Tamil boleh dikembangkan & menjadi
bahasa pengantar di sekolah masing2
vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuantetapi agama lain boleh diamalkan

 Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur antara kaum


 Ia membolehkan kerajaan berdemokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
 Pemimpin Melayu & bukan Melayu menyokong pakatan
 Cadangan Suruhanjaya Reid diterima Parlimen British pada Jun 1957
 Draf Perlembagaan Merdeka dibentang untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
 Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan pada 15 Ogos 1957 antara Raja2 Melayu dengan
British di Kuala Lumpur
 Ia ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad
(1957-1960) di King’s House, Kuala Lumpur

Ahli Suruhanjaya Reid:


 Lord William Reid
 Sir Ivor Jennings (England)
 Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral Australia)
 Tuan bin Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
 Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Perlembagaan Merdeka:
 Mempunyai beberapa fasal penting, antaranya;
i.Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
ii.Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong
iii.Pembentuk sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat & Dewan Negara
iv.Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran dibantu sebuah kabinet
v.Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
vi.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
vii. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu & kerakyatan secara permohonan dengan
syarat tertentu juga diberi pertimbangan
viii. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara lain

19
5.3 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN:
 Bermaksud perisytiharan atau pengumuman penting
 Pemasyhuran kemerdekaan bererti PTM telah bebas daripada penjajahan selama2nya

Peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan:

i. Peristiwa Sebelum Pemasyhuran:


 Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur tepat jam 12.00 tengah
malam 30 Ogos 1957
 Kemudian bendera PTM dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO
 Disaksikan ribuan rakyat dengan sorakan, tepukan gemuruh & laungan merdeka

ii. Peristiwa Hari Pemasyhuran:


 Dilakukan pada pagi 31 Ogos 1957 dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
 Stadium ini dibina khas untuk upacara perisytiharan kemerdekaan negara siap sehari sebelum majlis
 Tujuan pembinaan stadium – untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka
 Disaksikan ribuan rakyat
 Raja2 Melayu berseri2 dengan pakaian songket berkilau & dipayungi payung diraja
 Raja2 Melayu duduk berbaris di pentas khas
 Wakil Ratu Elizabeth iaitu Duke of Wellington bersedia dengan watikah penyerahan kuasa
 Antara atur cara majlis;
i. Ucapan wakil Ratu England
ii.Wakil Ratu England menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong
(Ketua Negara PTM)
iii.TAR membaca perisytiharan tersebut dengan lantang
iv.TAR melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak 7 kali dengan disambut oleh hadirin

Maksud Simbolik Di Sebalik Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan:


 Menandakan kuasa politik negara dikembalikan semula kepada pemerintah tempatan
 Menandakan PTM bebas setelah dikuasai selama 446 tahun
 Pemulangan dilakukan British dengan penuh tertib & bersopan
 Laungan merdeka menandakan laungan semangat & kegembiraan rakyat
 Ia menandakan segala perjuangan rakyat berhasil untuk membina sebuah negara yang berdaulat & merdeka

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan:


 Dikenali sebagai Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957
 Ditulis dalam 2 bahasa – bahasa Melayu (Tulisan Jawi) & bahasa Inggeris
 Kemudian ia ditulis semula dalam tulisan Rumi
 Antara kandungan;
i. PTM mencapai taraf negara merdeka & berdaulat setaraf negara lain di dunia
ii. Raja2 Melayu & Ratu England tandatangani Perjanjian PTM 1957 bagi membentuk
PTM iii.Semua penguasaan Ratu England & Parlimen British ke atas NNS terbatal
iv.Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957
v. PTM yang merdeka mengandungi – Johor, Pahang, N9, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,
Perak, Melaka & Pulau Pinang
vi. PM merupakan negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

20
Lampiran C
Persoalan – persoalan yang boleh ditanya.

BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

5.1 ROMBONGAN MERDEKA

1. Bilakah usaha menuntut kemerdekaan negara bermula?


2. Siapakah yang terlibat dalam rundingan mendapatkan kemerdekaan?
3. Dimanakah rundingan bagi mendapatkan kemerdekaan diadakan?
4. Kenapakah rundingan kemerdekaan dengan British dilakukan?
5. Apakah matlamat rombongan kemerdekaan ke London?
6. Siapakah pengerusi bagi Perjanjian London?
7. Bilakan rundingan kemerdekaan berlangsung?
8. Apakah perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian London?
9. Bilakah rombongan kemerdekaan kembali ke Tanah Melayu?
10. Dimanakah kepulangan rombongan kemerdekaan disambut?

5.2 PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

1. Apakah nama suruhanjaya yang dibentuk bagi menggubal Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu?
2. Bagaimanakah Suruhanjaya Reid dibentuk?
3. Bilakah Suruhanjaya Reid dibentuk?
4. Siapakah pengerusi bagi Suruhanjaya Reid?
5. Siapakah yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid?
6. Kenapakah Suruhanjaya Reid dibentuk?
7. Apakah tugas-tugas Suruhanjaya Reid?
8. Apakah cadangan yang dipinda oleh Suruhanjaya Reid?
9. Bilakah cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British?
10. Siapakah yang meluluskan draf Perlembagaan Merdeka?
11. Bilakah upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan diadakan?
12. Dimanakah upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan diadakan?
13. Siapakah yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu?
14. Apakah fasal penting di dalam Perlembagaan Merdeka?

5.3 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

1. Bagaimanakah peristiwa pemasyhuran Kemederkaan diadakan?


2. Dimanakah bendera Union Jack diturunkan?
3. Bilakah bendera Union Jack diadakan?
4. Dimanakah pemasyhuran Kemerdekaan diadakan?
5. Apakah tujuan pembinaan Stadium Merdeka?
6. Siapakah wakil Ratu Elizaberth yang terlibat dalam pemasyhuran Kemerdekaan?
7. Siapakah yang membaca watikah pengisytiharan Kemerdekaan?
8. Apakah tulisan/bahasa yang digunakan dalam Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan?
9. Apakah isi kandungan yang terdapat dalam Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan?

21
22

Anda mungkin juga menyukai