Anda di halaman 1dari 2

Berikutan dengan penularan wabak penyakit Covid-19, semua individu dinasihati agar mengambil langkah berjaga-

jaga dengan mengamalkan cara penjagaan kebersihan dan kesihatan yang betul. Tuliskan sepucuk surat kepada
rakan anda tentang cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri yang betul supaya bebas daripada Covid-19.
Panjang surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

5G ,Lorong 14A,
Jalan Lada ,
96000 Sibu,
Sarawak.

27 Januari 2021

Ke hadapan sahabatku yang diingati, Hannah, semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat

Saudari,

Wabak penyakit Covid-19 semakin serius di Malaysia. Kita haruslah menjaga kesihatan dan
kebersihan diri untuk mengelakkan wabak penyakit Covid-19. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil oleh
masyarakat kerana penyakit ini semakin menular disebabkan amalan yang kurang sihat.

Tujuan saya menulis surat ini ialah tentang cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri yang
betul supaya bebas daripada Covid – 19. Langkah pertama ialah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Hal ini dikatakan demikian kerana bersenam dapat menyihatkan badan dan mengeluarkan
peluh. Sebagai contoh, waktu ini kita tidak boleh keluar dari rumah, kita boleh bersenam di rumah bersama
dengan ahli keluarga. Kesannya, bersenam bersama ahli keluarga boleh mengeratkan silaturahim dan
mengisikan masa lapang dengan perkara yang baik. Jelaslah bahawa, bersenam ialah cara mengelakkan
wabak penyakit Covid-19.

Seterusnya, uslub lain termasuklah seseorang itu mestilah membuat pemeriksaan berkala dengan
doktor. Hal ini berlaku demikian kerana penyakit ini menularan dengan laju, penyakit datang tanpa kita
sedari jika tidak membuat pemeriksaan doktor. Kita boleh membuat peperiksaan di hospital yang
berdekatan. Impaknya, kita boleh lebih cepat tahu kita adapun menderita daripada Covid-19, kalau ada
mestilah diasingkan. Ringkasnya, seseorang haruslah membuat pemeriksaan berkala dengan doctor supaya
bebas daripada wabak penyakit Covid – 19.

Akhirnya, usaha untuk bebas daripada wabak penyakit Covid-19 termasuklah masyarakat
hendaklah memakai penutup mulut semasa keluar dari rumah. Hal ini disebahkan oleh bakteria akan
terperangkap dalam penutup itu. Penyakit berjangkit seperti Covid-19 tidak mudah menular antara satu
sama lain. Kesannya, masyarakat memakai penutup mulut dapat mengelakkan bekteria ini menular kepada
orang lain juga boleh menjaga diri daripada bekteria. Pendek kata, masyarakat memakai penutup mulut
boleh perlindungan kepada kita untuk menjaga kesihatan diri.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri seseorang. Ibu
bapa wajarlah mendidik anak tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan diri sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita perlulah sedar dan mengambil tindakan segera ke atas
perkara yang merbahaya ini agar tidak kesal akan akibatnya dikemudian hari.

Sahabatmu,
AMANDA

Anda mungkin juga menyukai