Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran
berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini
amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan.
Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu
mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran
membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.

1) Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal
jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling
asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).

Definisi Mendengar

Terdapat perbezaan antara “listening” dan “hearing”. Kedua-dua perkataan bahasa Inggeris tersebut
mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Namun sebenarnya “hearing” adalah mendengar
yang bersifat fizik, bermaksud ada suara yang didengari oleh telinga kita, namun tidak diperhalusi oleh
fikiran kita, jadi apa-apa yang didengari oleh kita bersifat angin lalu, iaitu tidak berkesan. “Listening”
pula melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas apa yang kita dengar
melalui telinga kita.

2) Kemahiran Bertutur.

Definisi Kemahiran Bertutur.

Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
(artikulator) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.
Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi
mesti ditiru dan diajuk. Model pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah.
Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik. Namun begitu, model yang
baik itu sangat diperlukan kerana model tersebut mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik
juga.

Dalam ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal ini demikian
dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan persediaan tidak
dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna guru bahasa mengajarkan
penguasaan audio-lingual sahaja. Pernyataan di atas tadi member implikasi bahawa menghurai bahan
bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola bahasa seperti yang terdapat dalam pertuturan itu,
sebenarnya tidak lengkap dan tidak sempurna sifatnya.

3) Kemahiran Membaca.

Definisi kemahiran membaca.


Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-
kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba
ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.

Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis.
Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada
mendengar kerana membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila
kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama
kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

4) Kemahiran Menulis.

Definisi Menulis

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi
menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan
bersifat mekanikal.

Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata
dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga
bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat
surat atau mengarang.

Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana
tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang
tak ternilai dalam kegiatan ini.”

Anda mungkin juga menyukai