Anda di halaman 1dari 4

REVIEW FILEM TAARE ZAMEEN PAR

(LIKE STARS ON EARTH)

NAMA:
NUR FARHANAH BINTI MOHAMAD
(21160124)

KOD DAN SUBJEK:


KDC 2333
PSIKOLOGI BILAZIM

PENSYARAH:
USTAZ MUHD ZULFADLI BIN SUHAIMI
1. Gambaran Umum Isu

Filem Taare Zameen Par (every child is special) yang membawa maksud bintang-
bintang diatas bumi (setiap kanak-kanak itu istimewa), menceritakan tentang seorang
kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang dinamai sebagai Ishaan Awasthi dimana dia
menghidap sebuah penyakit neurologi iaitu Disleksia. Pada permulaan filem menunjukkan
bahawa Ishaan menghadapi kesusahan dalam belajar untuk mengenali huruf-huruf serta
nombor dan sering melakukan kesalahan yang sama seperti tidak dapat mengikat tali kasut
sendiri. Dia sering dibandingkan dengan abangnya yang potensinya jauh lebih baik dari
Ishaan dalam pelbagai perkara, tidak kira dari segi pelajaran, sukan mahupun perangai.
Tanpa mengetahui masalah sebenar yang dihidap oleh Ishaan, ayahnya memutuskan untuk
meghantarnya ke sekolah berasrama dengan harapan Ishaan dapat berkelakuan dengan
lebih baik, bertanggungjawab dan belajar dengan baik.

Pada mulanya Ishaan mengalami kesusahan dalam menyesuaikan diri di asrama


tanpa bantuan ibunya, ditambah pula dengan traumanya terhadap perpisahan. Sampai lah
bertemunya Ishaan dengan gurunya Ram Shankar Nikumbh, kehadirannya membawa
kegembiraan dan semangat kepada murid-muridnya. Ketika murid lainnya memberi
respon terbaik terhadap pelajaran yang Guru Ram berikan, dia menyedari bahawa Ishaan
tidak memberikan respon sepertimana yang lain, dan membuatkan guru tersebut ingin
tahu lebih tentang Ishaan, sehingga beliau akhirnya dapat mengetahui tentang masalah
Ishaan yang sebenar dan bermulalah perjalanan sang guru membantunya mencari jati
dirinya kembali dengan sabar.

2. Isu kecelaruan yang dikenalpasti


Secara terang-terangan dapat dikenal pasti bahawa kecelaruan yang dihidap oleh
Ishaan tidak lain adalah penyakit Disleksia, iaitu penyakit yang diakibatkan oleh
kerosakan saraf menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran dalam belajar
termasuk membaca oleh kerana kesukaran dalam mengenal pasti bunyi dan
mengaitkannya dengan huruf dan nombor. Ia adalah sebuah penyakit yang tersembunyi
dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mereka kelihatan normal pada fizikal luaran
tetapi tidak pada minda.
Disleksia kebanyakannya bermula dari zaman kanak-kanak dan merupakan
penyakit yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat, jenis ini juga dikenali sebagai
“perkembangan disleksia”, disleksia berada di bawah “ masalah pembelajaran khusus”,
penyakit ini terdapat tiga jenis khusus iaitu:
a. Membaca (disleksia)
b. Menulis (disgraphia)
c. Matematik (discalculia)

Mempunyai disleksia bukan bermaksud individu tersebut ber-IQ rendah atau


mempunyai keterbelakangan mental, tetapi kerosakan pada saraf menyebabkan mereka
lebih istimewa daripada insan yang lain. Terdapat ramai insan-insan yang terkenal yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran namun dapat diatasi lalu menjadikan mereka
antara orang yang dihormati sepanjang abad contohnya seperti : Elbert Einstein dan
Leonardo Da Vinci.

Simptom yang dipaparkan dan dapat dilihat dengan jelas di dalam filem Taare
Zameen Par adalah:

a. Ishaan memberi tahu kepada gurunya bahawa dia melihat tulisan menari-nari
ketika dia disuruh membaca petikan dari buku teks.
b. Ishaan tidak mengawal emosi dengan baik apabila berdepan dengan tekanan-
tekanan yang dilalui.
c. Tidak dapat mengaitkan nombor dengan fungsinya.
d. Tidak dapat berkonsentrasi ketika sesi pembelajaran di jalankan.
e. Tidak dapat mengikat tali kasut dengan sendiri walaupun sudah diajar berkali-
kali.
f. Tulisan yang tunggang terbalik dan pertukaran huruf yang hampir sama seperti
huruf b yang sering diganti d.

Walaupun begitu ia tidak menghalang Ishaan untuk berimaginasi dengan luas dan
membangkitkan bakat tersembunyi yang terdapat jauh di dalam diri Ishaan.

3. Pendekatan rawatan digunakan

Tiada pendekatan rawatan yang khusus terhadap penyakit disleksia ini melainkan
penghidap perlu diberi lebih perhatian dalam sesi pembelajarannya, seperti yang ditunjukkan
didalam filem, guru Ram mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajaran
Ishaan dan menggunakan teknik pembelajaran yang lebih menarik dan sesuai untuk kanak-
kanak berkeperluan khusus seperti Ishaan.
Guru Ram mengambil inisiatif untuk menyatukan pembelajaran dan permainan
menjadikan sesi pembelajarannya bersama Ishaan lebih menarik, membantu Ishaan
mengaitkan bunyi dengan huruf-huruf, serta membantunya dalam masalah nombor dan
matematik. Sampailah pada akhirnya, Ishaan mampu membaca dengan baik walaupun masih
terdapat kesalahan ketika membaca, tetapi dia mampu memperbaikinya sendiri. Guru Ram
juga membantu menyedarkan kedua ibu bapa Ishaan tentang apa yang dilaluinya, dan
membuka peluang yang cerah untuknya belajar di sekolah awam tanpa perlu dihantar ke
sekolah bagi kanak-kanak istimewa.

4. Kritik dan saran

Tidak banyak kritikan yang dapat diberikan terhadap filem Taare Zameen Par kerana
karakter Ishaan Awasthi yang dibawa oleh pelakon cilik Darsheel Safary digambarkan dengan
baik, juga plot yang tersusun membantu penonton memahami jalan cerita filem dengan mudah.
Walaupun begitu terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti seperti pakaian pelakon yang
tidak sesuai dan boleh menyebabkan kesalah fahaman kepada penonton, seperti yang
ditunjukkan pada babak dimana pertandingan melukis dijalankan, jika diperhatikan pada
seluar Guru Ram terdapat satu jahitan kain yang sangatlah berbeza dengan seluar yang
dipakainya ketika itu, menampakkan seperti Guru Ram memakai seluar yang koyak.

Filem juga perlu meletakkan jarak masa ketika tempoh rawatan terhadap pembelajaran
Ishaan selesai, kerana dengan memasukkan jarak masa dapat memberi lebih kefahaman
kepada penonton bahawa bagi merawat disleksia ataupun penyakit lain sekalipun akan
mengambil masa yang lama dan tidak secepat yang di gambarkan seperti di dalam filem
Taare Zameen Par.

Anda mungkin juga menyukai