Anda di halaman 1dari 4

13 PERKARA UTAMA YANG PERLU DIBERI PEHATIAN OLEH

LEMBAGA UPTM & PENGURUSAN KPTMSB

1. Presiden UPTM perlulah dipertanggungjawabkan dan diberikan otonomi sepertimana


yang termaktub dalam Perlembagaan UPTM dan Akta 555. Presiden UPTM tidak
sepatutnya dipertanggungjawabkan hampir sama dengan Pengarah-Pengarah Kolej
Cawangan. Presiden sepatutnya bukan ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan ahli
Mesyuarat Pengurusan KPTMSB. Presiden UPTM perlu diberi mandat mengikut
Perlembagaan iaitu dipertanggungjawabkan terus kepada Lembaga UPTM, dan bukannya
kepada CEO KPTMSB. Seorang Presiden yang dilantik mesti diberi tanggungjawab dan
kebertanggungjawaban yang sesuai untuk memastikan Presiden dapat berfungsi dengan
efektif mengikut governan (tatakelola) yang betul.
2. Segala keputusan oleh Lembaga Universiti mestilah dihormati mengikut peruntukan
Perlembagaan UPTM, dan mestilah dikuatkuasa tanpa ada gangguan atau pindaan
pentadbiran berdasarkan tatakelola yang baik. Terdapat beberapa contoh seperti
pindaan lagu rasmi UPTM, pindaan Bajet Majlis Pemasyhuran disaat akhir, perubahan
lantikan calon Canselor, halangan perlaksanaan program pembangunan staf IPS, dan
sebagainya. Dengan birokrasi yang keterlaluan amat sukar untuk UPTM berfungsi sebagai
sebuah universiti penuh. Peranan sebuah universiti yang bukan lagi seperti sebuah Kolej
mestilah difahami oleh semua termasuk Lembaga UPTM dan Pengurusan KPTMSB.
3. Pihak Pengurusan dan Lembaga UPTM perlu memberi fokus untuk memastikan UPTM
memenuhi syarat khusus untuk naik taraf sebagai universiti oleh KPT iaitu mencapai
10% pelajar antarabangsa selepas 5 tahun. Realiti hari ini, syarat ini sukar untuk dipenuhi
jika tiada usaha yang drastik. Kertas Cadangan Dermasiswa yang lebih komprehensif
merangkumi pelajar antarabangsa program ijazah Sarjana muda, Sarjana dan PhD telah
disediakan dan diluluskan oleh MPT UPTM. Kertas Cadangan ini mestilah disokong oleh
Lembaga Universiti dan KPTMSB. Walaubagaimanapun, inisiatif dan Kertas Cadangan ini
masih dalam pertimbangan pihak MARA Corp.
4. Pihak Pengurusan dan Lembaga UPTM juga perlu memberi fokus kepada syarat khusus
KPT untuk naik taraf sebagai universiti iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 10%
pensyarah berpangkat Profesor dan 20% pensyarah berpangkat Professor Madya
selepas 5 tahun. Pensyarah mestilah disediakan dengan latihan dan insentif yang
bersesuaian. Syarat dan SOP kenaikan pangkat mestilah setaraf dengan universiti awam
dan swasta yang lain untuk memastikan kualiti Profesor dan Professor Madya yang
dilantik setanding dan dihormati. Kertas Cadangan kriteria naik pangkat dan SOP baharu
telah diluluskan oleh MPT UPTM setelah diadakan beberapa siri perbincangan dan
bengkel. Pihak Lembaga UPTM mestiah memberi pertimbangan serius kepada Kertas
Cadangan ini dalam Mesyuarat Lembaga pada bulan Jun atau Julai 2023. Skim gaji baharu
untuk Profesor dan Profesor Madya juga wajar dilihat semula dan ditambah baik bagi

1
memastikan kemampuan UPTM untuk mengekalkan bakat yang ada dan menarik bakat-
bakat baharu yang berkualiti.
5. Carta Organisasi UPTM yang baharu dan terkini setelah dinaiktaraf mestilah diluluskan
dan disahkan oleh Lembaga Universiti dan dipanjangkan kepada KPT dengan seberapa
segera. Cadangan Carta Organisasi Baharu UPTM telahpun diluluskan oleh MPT UPTM
hampir setahun yang lalu dan Presiden telah memberi cadangan sejak bulan pertama
beliau dilantik. Namun, sehingga kini cadangan Carta ini masih tidak dapat dipastikan
status dan juga keputusan oleh pihak KPTMSB. Carta Organisasi Baharu ini penting bagi
memastikan aspek tadbir arus universiti dilaksanakan dengan betul mengikut peranan
dan tanggungjawab setiap bahagian, unit dan pegawai yang bertanggungjawab.
6. Perlu satu kajian menyeluruh skim gaji dan perkhidmatan UPTM selaras dengan naik
taraf sebagai sebuah universiti penuh. Skim gaji dan perkhimatan UPTM mestilah tidak
terikat dengan skim sedia ada KPTM untuk memastikan staf akademik dan bukan
akademik adalah bakat yang terbaik dan sesuai untuk merelisasikan hasrat memenuhi KPI
dan syarat-syarat naik taraf yang telah ditetapkan oleh KPT. Skim gaji dan perkhidmatan
pensyarah program profesional seperti IPS pula mestilah lebih baik dari skim pensyarah
lain. Ianya penting untuk memastikan bakat yang terbaik dapat dilantik dan dikekalkan,
jika serius ingin memastikan UPTM dapat mencapai tahap penarafan Platinum oleh ACCA.
Tanpa pengurusan bakat dan sumber manusia setaraf sebuah universiti yang sebenar,
sukar untuk UPTM berfungsi dengan baik di masa hadapan.
7. Perlu perancangan kampus baharu yang lebih komprehensif dan berstruktur untuk
memastikan UPTM dapat berfungsi sebagai sebuah universiti yang sebenar. Kampus
yang sedia ada hanya dapat menampung 4000 pelajar dengan kemudahan yang minima.
Untuk menghasilkan pelajar ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD berkualiti, kemudahan
kampus mestilah sesuai dan kondusif termasuk kemudahan asas untuk penyelidikan.
Pihat pengurusan tertinggi UPTM mestilah dilibatkan secara langsung oleh KPTMSB dalam
perancangan kampus baharu. Pandangan UPTM mestilah diberi perhatian serius dan
bukan sekadar secara ad-hoc. Apa-apa keputusan Lembaga UPTM juga mestilah diambil
serius oleh KPTMSB termasuk keputusan untuk pembinaan kampus baharu di tapak KPTM
Bangi. Presiden UPTM mestilah juga diberi mandat sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Perancangan Kampus Baharu selaras dengan peruntukan Perlembagaan UPTM.
8. Kuasa otonomi Senat UPTM mengikut Perlembagaan mestilah dihormati. Pihak
pengurusan KPTMSB perlu menghormati Senat UPTM contohnya kehadiran Timbalan
Presiden Akademik KPTMSB adalah tidak perlu dan tidak diberi peruntukan oleh
Perlembagaan UPTM. Kuasa otonomi Senat UPTM adalah penting untuk memastikan
keperluan akademik adalah dibawah kuasa penuh Presiden. Sebarang keputusan mestilah
atas prinsip kebebasan dan ketelusan untuk memastikan UPTM dapat berfungsi dengan
bebas mengikut peruntukan Perlembagaan.

2
9. Perlu dipinda Perlembagaan UPTM agar Presiden diberi kuasa untuk menemuduga,
memilih dan melantik penjawat jawatan pentadbiran akademik utama seperti Dekan
dan Timbalan Dekan. Lembaga Universiti kemudiannya hanya perlu dimaklumkan calon-
calon yang diberi pertimbangan, kriteria pemilihan, proses lantikan, dan juga lantikan.
Kuasa ini penting agar lantikan akan dihormati oleh pensyarah dan memastikan proses
lantikan dapat dibuat dengan lebih cepat untuk memenuhi keperluan pentadbiran.

10. Keputusan lantikan jawatan Ketua Program yang perlu dibayar elaun bulanan mestilah
dilaksanakan dengan segera. Jawatan Ketua Program yang telah tambahbaik tugasan
mereka bagi menggantikan jawatan Koordinator Program sepertimana yang telah
diluluskan oleh Mensyuarat Pengurusan Tertinggi UPTM dan Mesyuarat Pengurusan
KPTM. Namun, perlaksanaan masih tertangguh diperingkat JSM KPTMSB. Perlaksanaan
mestilah dibuat dengan segera bagi memastikan perjalanan pentadbiran dan
perancangan pembangunan akademik UPTM tidak terganggu. Peranan Ketua Program
bagi sebuah universiti adalah penting untuk memastikan pengurusan akademik yang lebih
komprehensif termasuk memastikan pencapaian Graduate Employability (GE) program.
Lantikan Ketua Program juga adalah selaras dengan keperluan syarat MQA.
11. Perlu diperturunkan kuasa oleh Lembaga Universiti kepada Presiden untuk memilih dan
menemuduga calon-calon dan melantik pensyarah. Adalah tidak efisien dan tidak efektif
bila tatakelola tertakluk sepenuhnya dibawah CEO KPTMSB dan JSM KPTMSB. Ini amat
kritikal terutama apabila berlaku pensyarah berhenti secara beramai-ramai dan sekaligus
seperti dalam kes Pensyarah TESL dan ECE. Proses lantikan perlu segera kerana akibatnya
banyak kuliah gagal diadakan mengikut perancangan. Proses lantikan pensyarah
antarabangsa juga perlu diberi kebebasan penuh kepada UPTM untuk memastikan proses
lantikan berjalan lancar dan tidak dikongkong oleh sejarah lampau. Peranan Presiden
sebagai Ketua Eksekutif perlu diberi mandat sewajarnya kerana beliau akan
dipertanggungjawabkan sepenuhnya diatas segala urusan pentadbiran dan akademik
UPTM mengikut Akta 555.
12. Sebarang kerjasama akademik perlu diberi kuasa penuh kepada Presiden UPTM.
Lembaga Universiti hanya perlu dimaklumkan kerjasama akademik seperti MOU. Bagi
MOA pula ianya perlu diluluskan oleh Lembaga Universiti dan Lembaga Pengarah
KPTMSB, jika melibatkan implikasi kewangan. Ini adalah penting untuk memastikan UPTM
sebagai sebuah universiti baharu dapat bergerak dengan lancar (contoh: kerenah brokrasi
kelulusan cadangan MOU Sunway TES dan Kolej Griffith). Kerjasama akademik adalah
penting untuk UPTM sebagai sebuah universiti baharu untuk meningkatkan visibility dan
kualiti akademik. Kerjasama akademik juga amat kritikal bagi memenuhi keperluan
penarafan SETARA dan MyRA oleh KPT.
13. Pejabat Presiden UPTM mestilah disokong dengan staf pentadbiran yang mencukupi
dan tahap kompentensi yang terbaik. Perlu diadakan benchmark dengan universiti-

3
universiti awam dan swasta untuk menentukan keperluan pentadbiran Pejabat Presiden
bagi memastikan Presiden dapat berfungsi dengan efisien dan efektif. Keperluan minima
ialah seorang Penolong Pendaftar Kanan yang antara lain bertanggungjawab mengurus
Pelan Tindakan dan Perancangan Strategik Presiden, dan juga untuk follow-up
perlaksanaan keputusan Mesyuarat Senat, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, dan
Mesyuarat Pengurusan UPTM yang dipengerusikan oleh Presiden. Setiausaha kepada
Presiden pula mestilah dipilih dikalangan setiausaha yang terbaik dan paling
berpengalaman dalam UPTM untuk memastikan tugas yang setimpal dengan
tanggungjawab.

Semoga UPTM terus maju dan diberkati Allah SWT dalam misi mentransformasi anak bangsa.

Disediakan Oleh:
Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman
Presiden & Naib Canselor UPTM (Dari 15 Jun 2022 hingga 30 Jun 2023)
Tarikh: Selasa, 20 Jun 2023

Anda mungkin juga menyukai