Anda di halaman 1dari 28

Imam Mahdi

Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. (April 2023)
Ketahui lebih lanjut

Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (April 2023)
Ketahui lebih lanjut

Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (Arab:


‫ ;المهدي‬al-Mahdī) ialah seorang Muslim
berusia muda yang akan dipilih oleh Allah
S.W.T. untuk menghancurkan semua
kezaliman dan menegakkan keadilan di
muka bumi sebelum datangnya hari
kiamat.
Eskatologi Islam

Tokoh

Zulkarnain (‫)ذي القرنين‬

Muhammad (‫)محمد‬
Imam Mahdī (‫)محمد المهدي‬
Isa (‫)عيسى‬
Dajjāl (‫)الّد ّج ال‬
Khawārij (‫)خوارج‬
Yā'jūj dan Mā'jūj (‫)يأجوج ومأجوج‬
Dzū as-Suwayqatayn (‫)ذوالسويقتين‬

Makhluk gaib

Al-Arham (‫)االرحام‬
Qarīn (‫)قرين‬
Dābbat al-Ard (‫)دابة األرض‬
Malak al-Mawt (‫)ملك الموت‬
Hamalat al-‘Arsy (‫)حملة العرش‬
Kirâman Kâtibîn (‫)كرامًا كاتبين‬
Mu’aqqibat (‫)معقبت‬
Munkar dan Nakīr (‫)منكر و نكير‬
Isrāfīl (‫)إسرافيل‬
Mâlik (‫)ملك‬
Malak al-`Adzāb (‫)ملك العذاب‬
Malak ar-Rahmah (‫)ملك الرحمة‬
Zabāniyah (‫)زبانيه‬

Lokasi

Kaabah (‫)الكعبة‬
Âkhirat (‫)اآلخرة‬
Barzakh (‫)برزخ‬
Mahsyar (‫)محشر‬
Sirāth (‫)الصراط‬
Qanthorah (‫)قنطرة‬
Firdaus (‫)فردوس‬
Jahannam (‫)جهنم‬
Jannah (‫)جّن ة‬
Arasy (‫)َع ْر ش‬

Peristiwa

Israk dan Mikraj (‫)اإلسراء والمعراج‬


Bulan terbelah (‫)انشقاق القمر‬
Yawm al-Qiyāmah (‫)يوم القيامة‬

Portal p b s (https://ms.wikipedia.org/w/ind
Islam

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam


sebuah hadis nabi yang di riwayatkan
oleh Thabrani.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,


“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh
kezaliman dan kesemena-menaan. Dan
apabila kezaliman serta kesemena-
menaan itu telah penuh, maka Allah
s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki
yang berasal dari umatku, namanya
seperti namaku, dan nama bapanya
seperti nama bapaku (Muhammad bin
Abdullah). Maka ia akan memenuhi
bumi dengan keadilan dan
kemakmuran, sebagaimana ia (bumi)
telah dipenuhi sebelum itu oleh
kezhaliman dan kesemena-menaan. Di
waktu itu langit tidak akan menahan
setitis pun dari titisan airnya, dan bumi
pun tidak akan menahan sedikit pun
dari tanaman-tanamannya. Maka ia
akan hidup bersama kamu selama 7
atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Hadis lain yang menerangkan tentang


kedatangan Imam Mahdi adalah :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada


akhir zaman akan muncul seorang
khalifah yang berasal dari umatku, yang
akan melimpahkan harta kekayaan
selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali
tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR.
Muslim dan Ahmad)

Nama Imam Mahdi


Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah
"nama gelaran" sebagaimana halnya
dengan gelaran khalifah, amirul mukminin
dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara
bebas bermakna "pemimpin yang telah
diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata
Imam = pemimpin, ataupun Mahdi =
orang yang mendapat petunjuk
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti
yang disebutkan dalam hadis di atas, ia
bernama Muhammad (seperti nama Nabi
Muhammad S.A.W, nama bapanya pun
sama seperti nama bapa Rasullullah
S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi
sama dengan Rasulullah S.A.W. iaitu
Muhammad bin Abdullah.

Ciri-ciri Imam Mahdi


Tidak ada seorang pun di muka bumi ini
yang mengetahui tentang Imam Mahdi
dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w.
kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu.
Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya
tempat untuk merujuk tentang perkara ini
adalah apa yang baginda Rasulullah
katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-


Mahdi berasal dari umatku, berkening
lebar, berhidung panjang dan mancung.
Ia akan memenuhi bumi ini dengan
keadilan dan kemakmuran,
sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu
dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-
menaan, dan ia (umur kekhalifahan)
berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud
dan al-Hakim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-


Mahdi berasal dari umatku, dari
keturunan anak cucuku.” (HR. Abu
Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)
Jika diteliti secara tersirat pada maksud
Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan
seribu satu rahsia yang disembunyikan
oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti
mana kitab Al-quran yang tersimpan
seribu satu macam rahsia dan ilmu.
Maka, begitu juga pada Imam Mahdi
sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak
memelihara agama-Nya dan hamba-Nya
yang taat.

Sesungguhnya Allah memelihara Agama-


Nya dan Hamba-hambaNya yang taat
kepadanya. Imam Mahdi adalah
golongan atau kelompok manusia yang
mendapat petunjuk dari Allah melalui
Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka
menyebarkan kebaikan atas muka bumi
ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari
Al-quran. Mereka juga mengajak dan
memimpin manusia ke arah
melaksanakan Titah Perintah Allah
seperti yang dilaksanakan oleh
Rasullullah. Seperti mana yang
terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat
1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami


turunkan kepadamu supaya kamu
mengeluarkan manusia dari gelap gelita
kepada cahaya terang benderang dengan
izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan
Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha
Terpuji
Golongan ini akan meneruskan usaha
yang diwariskan oleh Rasulullah dan
sehingga manusia telah ramai yang
mengikut mereka. Pada suatu masa akan
berlaku suatu perubahan di mana sistem
pemerintahan Islam yang pernah tegak
kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula
iaitu Khilafah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh


kelompok yahudi yang akhirnya mereka
berjaya memecahbelahkan umat Islam
semula dan kembali kepada keadaan di
masa sebelum Nabi Muhammad di
angkat menjadi Rasulullah. Pada masa
itu kaum arab berpuak-puak dan mereka
sangat bangga dengan puak mereka
sendiri. Mereka tidak pernah boleh
bersatu untuk menyelesaikan apajua
masalah.

Keadaan sekarang juga tidak kurangnya


seperti itu, manusia dipuak-
puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-
negara) kembali dan mereka sangat
bangga, angkuh dan ekstrim dengan
puak(bangsa/negara) mereka sendiri.
Maka, dengan terhasilnya kembali
keadaan berpuak ini. Amat mudah
musuh-musuh Allah memusnahkan
pengikut-pengikut ajarannya.

Malah Manusia juga telah jauh dari


memahami isi kandungan Al-quran. Maka
apabila golongan manusia yang
mendapat petunjuk dari Allah ini
berusaha mengajak seluruh manusia
bersama-sama melaksanakan tiap ayat
dalam Al-quran dan kelompok mereka
makin ramai. Sudah tentu mereka perlu
melantik pemimpin utama.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik


yang namanya telah ditakdirkan oleh
Allah S.W.T adalah sama seperti nama
Rasulullah dan nama ayahnya sama
seperti nama ayah Rasulullah. Maka
ketika itulah sistem pemerintahan
Islam(Khilafah) akan tegak semula.
Maka, semua manusia yang mengikutnya
menyedari siapa sebenarnya Imam
Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi


Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana
kemahuan Imam Mahdi itu sendiri
melainkan kerana takdir Allah yang pasti
berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri
tidak menyedari bahawa dirinya adalah
Imam Mahdi melainkan setelah Allah
s.w.t. meng islahkannya dalam suatu
malam, seperti yang dikatakan dalam
sebuah hadis berikut :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Al-


Mahdi berasal dari umatku, yang akan
diislahkan oleh Allah dalam satu
malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului


oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana
yang disebutkan dalam beberapa hadis
berikut :

Aisyah Ummul Mukminin RA telah


berkata, "Pada suatu hari tubuh
Rasulullah s.a.w. bergetar dalam
tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa
engkau melakukan sesuatu yang belum
pernah engkau lakukan wahai
Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab,
'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu
bahwa sekelompok orang dari umatku
akan berangkat menuju baitullah
(Kaabah) untuk memburu seorang laki-
laki Quraisy yang pergi mengungsi ke
Kaabah. Sehingga apabila orang-orang
tersebut telah sampai ke padang pasir,
maka mereka ditelan bumi.' Kemudian
kami bertanya, 'Bukankah di jalan
padang pasir itu terdapat bermacam-
macam orang?' Beliau menjawab,
'Benar, di antara mereka yang ditelan
bumi tersebut ada yang sengaja pergi
untuk berperang, dan ada pula yang
dipaksa untuk berperang, serta ada pula
orang yang sedang berada dalam suatu
perjalanan, akan tetapi mereka binasa
dalam satu waktu dan tempat yang
sama. Sedangkan mereka berasal dari
arah (niat) yang berbeda-beda.
Kemudian Allah s.w.t. akan
membangkitkan mereka pada hari
berbangkit, menurut niat mereka
masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Tidak akan muncul seorang pemimpin


(yang dikatakan Imam Mahdi) dikalangan
umat Nabi Muhammad di akhir zaman
sebelum kebanyakan orang yang beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di
bawah satu kitab(Al-Quran) memenuhi
bumi ini dengan kebaikan dan mereka
juga mengajak dan memimpin manusia
yang hendak beriman mengikut mereka
melaksanakan semua perintah di dalam
Al-Quran.
Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana
manusia atau kerana kepentingan diri
sendiri. Ini kerana mereka telah melihat
banyak sekali kerosakan yang berlaku
atas muka bumi hasil dari tangan-tangan
manusia sendiri. Terlalu banyak pecah
belah yang berlaku di kalangan manusia
seperti mana yang tertulis di dalam surah
Ar-Ruum ayat 32:

yaitu orang-orang yang memecah belas


agama mereka dan mereka menjadi
beberapa golongan. Tiap-tiap golongan
merasa bangga dengan apa yang ada
pada gologan mereka
Sebagaimana yang berlaku di dalam
setiap negara yang ada di muka bumi ini.
Selain umat Islam berjaya
dipecahbelahkan menjadi berbangsa-
bangsa (wujud negara-negara) mereka
juga berjaya dipecahbelahkan dengan
wujudnya berbeza-beza kepimpinan di
dalam sesebuah negara (wujud parti-
parti politik). Dengan adanya keadaan
begini semakin sukar umat Islam untuk
bersatu kerana perbezaan kepentingan di
dalam kelompok masing-masing.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,


"Seorang laki-laki akan datang ke
Baitullah (Kaabah), maka diutuslah
suatu utusan (oleh penguasa) untuk
mengejarnya. Dan ketika mereka telah
sampai di suatu gurun pasir, maka
mereka terbenam ditelan bumi." (HR.
Muslim)

Golongan pemimpin yang mendapat


petunjuk dari Allah (Imam Mahdi) sedang
berusaha menyatukan kembali
perpecahan ini. Akan tetapi mereka juga
tidak lari dari mendapat ujian dalam
menyatukan semua manusia untuk
kembali kepada Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,


"Suatu kaum yang mempunyai jumlah
dan kekuatan yang tidak berarti akan
kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah
(oleh penguasa) sekelompok tentara
untuk mengejar mereka, sehingga
apabila mereka telah sampai pada
suatu padang pasir, maka mereka
ditelan bumi." (HR. Muslim)

Umat Islam akhir zaman ini amat jauh


dari memahami kitabnya sendiri.
Kebanyakan mereka hanya menggunakan
Al-Quran sekadar baca-bacaan dan tidak
kurang yang menggunakan sebagai
azimat. Sedang fungsi sebenar kitab itu
tidak dilaksanakan sebenar-benarnya.

Telah bersabda Rasullah s.a.w,


"Sungguh, Baitullah ini akan diserang
oleh suatu pasukan, sehingga apabila
pasukan tersebut telah sampai pada
sebuah padang pasir, maka bagian
tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka
berteriaklah pasukan bagian depan
kepada pasukan bagian belakang,
dimana kemudian semua mereka
ditenggelamkan bumi dan tidak ada
yang tersisa, kecuali seseorang yang
selamat, yang akan mengabarkan
tentang kejadian yang menimpa
mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai,
dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan


dibaiat seorang laki-laki antara maqam
Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR.
Ahmad, Abu Dawud)
Difahami bahawa perlantikan Imam
Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam) akan
berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana
hadis di atas jelas menerangkan
peristiwa yang akan berlaku.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,


"Suatu pasukan dari umatku akan
datang dari arah negeri Syam ke
Baitullah (Kaabah) untuk mengejar
seorang laki-laki yang akan dijaga Allah
dari mereka." (HR. Ahmad)

Kepemimpinan Imam
Mahdi
Dalam hadis yang disebutkan di atas
Imam Mahdi akan memimpin selama 7
atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya
Imam Mahdi akan membawa kaum
muslimin untuk memerangi kezaliman,
hingga satu demi satu kezaliman akan
tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang


diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan
membuat murka raja kezaliman (Dajal)
sehingga membuat Dajal keluar dari
persembunyiannya dan berusaha
membunuh Imam Mahdi serta
pengikutnya.

Kekuasaan dan kehebatan Dajal


bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh
karena itu sesuai dengan takdir Allah,
maka Allah swt akan menurunkan Nabi
Isa dari langit yang bertugas membunuh
Dajal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-


sama memerangi Dajal dan pengikutnya,
hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa
di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

Nota

Rujukan
Buku : "Umur Umat Islam, Kedatangan
Imam Mahdi, dan Munculnya Dajjal”
karya Amin Muhammad Jamaluddin.
Penerbit Cendekia
Pautan luar
Siapa Imam Mahdi? (http://www.tayiba
h.com/eIslam/imam_mahdi.htm)
Diarkibkan (https://web.archive.org/we
b/20100327144003/http://www.tayiba
h.com/eIslam/imam_mahdi.htm)
2010-03-27 di Wayback Machine
Islamqa.info (https://islamqa.info/en/4
3840)

Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Imam_Mahdi&oldid=5825123"
Laman ini kali terakhir disunting pada 00:46, 24
April 2023. •
Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0
kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai