Anda di halaman 1dari 55

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (DDWG)

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SENGGARANG

Pusat Pembangunan Pertanian Bersepadu, Tanjung Labuh,


83200 Senggarang, Johor

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : NURUL NAZIRAH BINTI ABDUL AZIZ


NO.MATRIK : AF191WG010YPJ
PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI (DDWG)
PENYELIA ORGANISASI : MASFAHANI BINTI MD ZAIN
TEMPOH LATIHAN : 14 FEBRUARI 2022 - 3 JUN 2022
PENYELIA LAPORAN : PUAN SITI AISAH BINTI KHAIRUDIN
14 FEBRUARI 2022 - 3 JUN 2022
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SENGGARANG

NURUL NAZIRAH BINTI ABDUL AZIZ


010510-01-1172

DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI (DDWG)


KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR
2021/2022

i
PENGESAHAN PELAJAR

“ Saya dengan ini mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
mana-mana bahagian atau ringkasan yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

NAZIRAH

NAMA PELAJAR : NURUL NAZIRAH BINTI ABDUL AZIZ


NO KP : 010510 - 01 - 1172
TARIKH : 3.6.2022

ii
PENGESAHAN PENYELIA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

“ Saya dengan ini mengakui bahawa saya telah membaca penulisan ini dengan
berpendapat bahawa ianya adalah memandai skop dan kualiti untuk tujuan lulus
Latihan Industri”

NAMA PENYELIA : SITI AISAH BINTI KHAIRUDIN


JAWATAN : PENYELIA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (DDWG)
TARIKH :

ii
i
PENGHARGAAN

Alhamdullilah bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya, PUAN SITI AISAH BINTI KHAIRUDIN kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
yang banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih.

i
v
ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT


1 Laporan Latihan Industri
Info Tempoh Latihan Industri i
Pengesahan Pelajar ii
Pengesahan Penyelia Laporan iii
Penghargaan iv
Isi Kandungan v-vi
Senarai Kata Singkatan vii
Senarai Rajah Viii-ix
2 Pengenalan Latihan Industri 1-5
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif Latihan Industri 2
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 3
1.4 Kepentingan Latihan Industri 4
1.5 Penutup 5
3 Latar Belakang Organisasi Syarikat 7 - 15
2.1 Pengenalan Organisasi 7
2.2 Lokasi Organisasi 8 - 10
2.3 Maklumat Organisasi 11 - 12
2.4 Piagam pelanggan 13
2.5 Visi Syarikat 13
2.6 Misi Syarikat 13
2.7 Carta organisasi 14
2.8 Jenis produk yang dikeluarkan 15
4 Laporan Aktiviti Latihan Industri 16 - 37
3.1 Skop Kerja Latihan Industri 16- 17
3.2 Laporan Aktiviti Utama Ynag Dijalankan 18 - 24
3.3 Skop Kerja Sebenar Yang Dilakukan 25 - 31
3.4 Skop Kerja Sampingan 32 - 37

v
5 Masalah,Cadangan dan Penutup 38 - 41
4.1 Pengenalan 38
4.2 Masalah 39
4.3 Cadangan 40
4.4 Penutup 41
6 Kesimpulan 42
Rujukan 43
Lampiran 44 -46

v
i
SENARAI KATA SINGKATAN

PPK Pertubuhan Perladang Kawasan Senggarang

LPP Lembaga Pertubuhan Peladang

PPNJ Pertubuhan Perladang Negeri Johor

v
ii
SENARAI RAJAH

NO.RUJUKAN TAJUK MUKA SURAT


2.2.1 Lokasi Pertubuhan Peladang Kawasan
Senggarang 7

2.2.2 Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan


7
Senggarang
2.2.3 Peta Kawasan Pengendalian PPK
Senggarang Batu Pahat 8

2.2.4 Lokasi Pusat Operasi PPK Senggarang


9

2.7.1.1 Carta Keseluruhan Organisasi PPK 13


3.3.1.1 Surat Permohonan Menjadi Ahli 26
3.3.1.2 Borang Permohon yang telah diluluskan 26
3.3.2.1 Resit Bayaran 28
3.3.3.1 Fail Dokumen Yang Disemak 30
3.3.3.2 Catatan Rekod Nombor Fail dan Bilangan Yang 30
Ditulis
3.4.1.1 Mengedit Nama Fail Menggunakan Microsoft 32
Word
3.4.1.2 Fail-fail Yang Sudah Ditampal 32
3.4.2.1 Kedai Runcit PPK Senggarang 34
3.4.3.1 Buku Laporan Tahunan Berakhir 31 Disember 36

v
ii
BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri adalah satu kursus yang dilaksanakan melalui pendekatan


experiential learning dengan menempatkan pelajar dalam sesebuah organisasi untuk
menjalani latihan industri. Latihan Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar
Diploma Pengurusan Teknologi bagi memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tempoh latihan industri ini adalah
selama 4 bulan (16 minggu) dan dijalankan dalam satu semester lazim pengajian.Bagi
sesi 2021/2022, Latihan industri bermula pada 14 Februari 2022 hingga 3 Jun 2022.

Kursus ini memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi
teknologi,komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi, prosedur,
peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi.

Unit Perhubungan Laihan Industri Kolej Yayasan Pelajaran Johor, telah diberi
tanggunjawab untuk menempatkan para pelajar yang akan menjalani latihan industri
di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat swasta yang sudi
menempatkan para pelajar di tempat mereka.Oleh itu,para pelajar boleh
mempraktikan ilmu yang telah dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di alam
pekerjaan yang sebenar.

Kesimpulannya, Latihan Industri ini banyak memberi pengalaman dan sedikit


sebanyak dapat membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari
perspektif yang positif.

1
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Antara objektif latihan industri adalah untuk membina personaliti individu.Pelajar


dapat memberikan pandangan dan idea-idea yang bernas di samping melahirkan individu
yang berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran dalam apa jua keadaan.

Selain itu, latihan industri mendidik pelajar untuk berkomunikasi dengan


berkesan.Para pelajar didedahkan dengan persekitaran tempat kerja dan orang ramai.Pelajar
juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan kakitangan jabatan,pelanggan dan
sebagainya dengan lebih berkeyakinan serta berkesan.

Dengan pengetahuan yang sedia ada, sedikit sebanyak dapat membantu pelajar
melaksanakan tugasan dengan baik serta mengetahui objektif sebenar sesuatu tugasan yang
perlu dilaksanakan.Para pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan teori yang di pelajari di
kelas dengan melakukan kerja-kerja praktikal.

Latihan Industri juga menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang
baik sesama pekerja. Apabila sesuatu tugasan diberi dan memerlukan semangat kerja
berpasukan sekali gus mampu membentuk perhubungan yang baik antara pekerja-
pekerja.Seterusnya,menyemai amalan berhemah dan sikap bertanggunjawab dalam diri.Para
pelajar dapat menilai kebolehan diri dalam melaksanakan kerja yang telah diamanahkan.

2
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Laporan ini adalah untuk membuktikan secara bertulis apa yang telah saya pelajari
dan memahami sepanjang tempoh masa saya menjalani latihan industri ini.Hal ini boleh
menjadikan sebagai satu sumber rujukan dan pengalaman kepada diri sendiri.Laporan ini juga
sangat berguna untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan juga dapat digunakan untuk
penambahan teori dan praktikal dalam jurusan yang saya pelajari ini.Tambahan pula,
membuat laporan ini akan memberikan impak yang positif pada masa akan datang serta
meningkatkan kebolehan berfikir.Penyediaan Laporan Latihan Industri ini akan diberikan
gred dan mempunyai nilai empat(4) kredit.

Latihan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalankan oleh
pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh
pensyarah.Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab dalam
melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan kolej. Di
mana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik.

Antara objektif Laporan Latihan Industri adalah seperti berikut:

1.3.1 Menjadikan bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri
mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
1.3.2 Mencatatkan segala aktiviti semasa menjalani Latihan Industri
1.3.3 Menjadikan bahawa rujukan pada masa hadapan
1.3.4 Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan mendalami sesuatu kerja yang
dibuat semasa Latihan Industri.
1.3.5 Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas
tamat pengajian.

3
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Awam
atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma mengikut
jurusan yang diambil.Hal ini bukan sahaja memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberikan
kesedaran situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan adanya Latihan Industri, banyak
pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejaki kaki
ke alam pekerjaan yang sebenarnya.

Latihan Industri adalah penting kerana latihan sebegini dapat mendedahkan para
pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.Ia juga dapat menambah dan meluaskan
pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar,jika sebelum ini para pelajar memperolehi
pengetahuan secara terhad ,tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini,pelajar dapat
mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa suatu
pekerjaan.Selain itu juga, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran
terbaru dalam Latihan Industri.

Selain daripada itu,latihan ini juga memperkenal diri peajar itu sendiri dari segi
kebolehan,kesanggupan,dan sikap kepada majikan.Latihan ini dapat menonjolkan kebolehan
pelajar untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan penuh dedikasi serta menampilkan
sikap yang positif kepada majikan.

Kesimpulannya,melalui latihan ini,pelajar terebut dapat menangani sesuatu masalah


dengan bijaksana melalui pengalaman yang telah dilalui sebelum ini.Nilai hormat
menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar
tersebut menjalankan Latihan Industri dengan sepenuh hati dan ikhlas.

4
1.5 PENUTUP

Melalui pelaksanaan latihan industri,ia dapat memberikan pendedahan dan


pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi ,komunikasi yang berkesan,
amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan -peraturan, perspektif
profesional dan pelaporan.

Selain itu, Latihan Industri ini membantu para pelajar dalam menyiapkan mental dan
fizikal yang mana dalam Latihan Industri ini pelajar dapat melihat bagaimana tugas-tugas di
sesuatu tempat itu berlaku.Dan ini akan dapat digunakan semasa pelajar-pelajar bekerja
selepas menamatkan pengajian.

5
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI SYARIKAT

2.1 Pengenalan Organisasi

Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang atau lebih dikenali dengan PPK


Senggarang ditubuhkan pada 26 Jun 1973 dibawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.
Bertempat di Tanjung Labuh,Senggarang menjadikan PPK Senggarang tempat yang
strategik dalam menjalankan urusniaga pertanian seperti input pertanian, pembelian
BTS kelapa sawit, jualan IKS penduduk tempatan dan barangan runcit.

PPK Senggarang merupakan sebuah koperasi yang dianggotai seramai 2,663


orang ahli di bawah 23 unit peladang di sekitar Senggarang, menjadikan PPK
Senggarang sebuah organisasi yang aktif dan teguh dalam menjalankan urusniaga
kepada masyarakat tempatan.

6
2.2 LOKASI ORGANISASI

 Pusat Pembangunan Pertanian Bersepadu, Tanjung Labuh, 83200 Senggarang, Johor

Rajah 2.2.1: Lokasi Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang

Rajah 2.2.2 : Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang

7
Rajah 2.2.3 : Peta Kawasan Pengendalian PPK Senggarang Batu Pahat

8
Rajah 2.2.4. : Lokasi Pusat Operasi PPK Senggarang

9
2.3 LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.3.1 MAKLUMAT ORGANISASI

PERTUBUHAN PELADANG
KAWASAN SENGGARANG

Nama Organisasi : Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang


Alamat Organisasi : Pusat Pembangunan Pertanian Bersepadu, Tanjung Labuh, 83200
Senggarang,Johor.

Jenis Perkhidmatan : Perniagaan


Kod PBT : PPK 0185
Nombor Telefon : 07 – 429 1302
Nombor Faks : 07 – 429 4484
E-mel : ppkbpantai@yahoo.com.my
Laman Sesawang : ppksenggarang
Tarikh Ditubuhkan : 26 Jun 1979
Jumlah Pekerja 43
Pentadbir : MASFAHANI BINTI MD ZAIN

10
JADUAL WAKTU BEKERJA

HARI WAKTU BERKERJA WAKTU WAKTU BEKERJA


REHAT
AHAD-RABU
8:00 pagi – 1:00 petang 1:00petang-2:00petang 2:00petang-5:00petang

KHAMIS
8:00 pagi – 1:00 petang 1:00petang-2:00petang 2:00petang-2400petang

JUMAAT-
SABTU CUTI

ETIKA PEMAKAIAN

BIL JANTINA ETIKA PEMAKAIAN


 Dibenarkan berpakaian bebas dan
seharusnya menutup aurat.
1. PEREMPUAN  Seluar jeans dilarang
 Memakai kasut yang bertutup

 Dibenarkan berpakaian bebas dan


tidak ketat.
2. LELAKI  Seluar jeans dilarang
 Memakai sepahtu.

11
2.4 PIAGAM PELANGGAN

2.4.1 Pertubuhan Perladang Kawasan Senggarang


Kami beriktizam akan memberikan perkhidmatan yang professional dan berkualiti
kea rah menjadikan pergerakan pertubuhan perladang yang kuat dan sebagai badan
perniagaan yang kukuh dengan mengujudkan ahli peladang yang moden khususnya
menjadi pengeluaran utama makanan negara melalui :
2.4.1.1 Memberi maklumbalas ke atas permohonan menjadi ahli dan
kemudahan daripada ahli-ahli dalam tempoh 30 hari dari Tarikh
permohonan diterima.
2.4.1.2 Memberi keputusan permohonan kredit dan pinjaman ahli-ahli dalam
tempo 3 minggu dari tarikh permohonan diterima.
2.4.1.3 Mensasarkan keuntungan PPK tidak kurang RM100,000.00 setiap tahun.
2.4.1.4 Membekalkan input pertanian yang berkualiti dengan harga yang
berpatutan dan memastikan bekalan dibuat tepat pada masa yang
dijanjikan iaitu tidak melebihi 2 hari menyediakan penyata kewangan
sebelum 20 hari bulan setiap bulan.

2.5 VISI ORGANISASI

 Menjadi sebuah organisasi penggerak transformasi pertanian khususnya di


Kawasan Senggarang yang dinamik dan relevan sepanjang masa.

2.6 MISI ORGANISASI

2.5.1 Menyatupadu dan menggembleng ahli peladang yang berkualiti


2.5.2 Melaksanakan aktiviti sosial dan kemasyarakatan ahli peladang
2.5.3 Merancakkan aktiviti ekonomi ahli peladang melalui transformasi pertanian
dan industri asas tani
2.5.4 Menjamin kebajikan ahli peladang sepanjang masa

12
2.7 CARTA ORGANISASI
2.7.1 CARTA KESELURUHAN ORGANISASI PPK

MASFAHANI BINTI MD ZAIN


PENGURUS BESAR

NURAIN BINTI HAMZAH


TIMBALAN PENGURUS BESAR

NURDALILA NURDALILA MOHAMAD AMIRUL


BINTI IBRAHIM BINTI IBRAHIM BIN MOHD SOLIHDIN NURAIN BINTI HAMZAH
PENGURUS PENGURUS PENGURS SIMPANAN & PENGURUS
PPHP/KONTRAK/PROJEK PPHP/KONTRAK/PROJEK KREDIT/USAHAWAN/INPUT PEMASARAN/HEK/PENTADIRAN

MUHAMMAD ABD QAYYUM BIN


SAIFUDDIN BIN JUHARI
SAPAR SUHAILA BINTI
Pelajar Praktikal
KAMIS
Nurul Nazirah Binti HAMSAN BIN OSMAN
NORAZURA Abdul Aziz
BINTI
NORSHAFIKA BT
MOHD
JAILANI
YUNUS
DAING MOHD
MOHAMAD FAZULI BIN JALIL
FIRDAUS BIN
MUHARAM BIN
MOHAMED
ITHNIN
FARID

SHA’ARI BIN MEDON

SHA’ARI BIN
MEDON

NURUL SYAZWA
AMIRA BINTI
NORDIN
WAGIROPMAH BT
SEMADI
Rajah 2.7.1.1 : Carta Alir PPK Senggarang
NORSHAHEDAH
BINTI SAHARI

13
2.8 JENIS PRODUK YANG DIKELUARKAN

2.9.1 ROTI PARATHA

Produk Roti Paratha adalah salah satu produk koprat yang baru ditubuhkan pada
hujung tahun November 2019.Projek ini merupakan penghasilan produk Roti Pratha
Pastry jenama Peladang Senggarang yang dilaksanakan secara Original Equipment
Manufacturing (OEM) . Pasaran produk Roti Paratha Pastry ini telah diperluaskan di
semua Peladang Outlet PPK-PPK DI Negeri Johor selain agen-agen luar yang
dilantik.

14
BAB 3
LAPORAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 SKOP KERJA LATIHAN INDUSTRI


BIL SKOP KERJA
PENGETAHUAN ORGANISASI
1. Kakitangan dalam organisasi : memerhatikan kakitangan yang berpengalaman
untuk mempelajari kaedah atau prosedur.
2. Struktur dalam organisasi
3. Peraturan pejabat,tanggunjawab dan amanah
4. Perkhidmatan yang di tawar oleh organisasi
5. Sistem rekod kehadiran kakitangan
MEMBANTU/MELAKSANAKAN/MENAMATKAN
6. Mematuhi garis panduan program Latihan format bertulis
7. Pelaksanaan mana-mana dan semua inisiatif yang dikemukan oleh pengarah.
8. Bekerja dengan pengurus lain untuk merancang dan mengarahkan kerja
organisasi.
9. Membaca,mentafsir dan memahami dokumen dan spesifikasi.
10. Mahir dalam MICROSOFT WORD, EXCEL, POWERPOINT, SPREADSHEETS,
DATA BASE dan lain-lain aplikasi computer dan penyelidikan laman web.
11. Melengkapkan tugasan asas secara dokumentasi.
12. Mengekalkan catatan.
13. Pencetakan dan pemfailan.
14. Mengenal pasti bahagian yang perlu dipertingkatkan,mencadangkan
penyelesaian,dan menyerah catatan idea.
15. Tugasan lain dalam projek yang diberikan.
PENTADBIRAN/OPERASI
16. Mempelajari dan menjadi mahir dalam operasi syarikat.
17. Berinteraksi dalam pengurusan.
18. Mengekalkan taraf profesionalisme yang tinggi terhada pelanggan,pekerja dan
Pengurus.
19. Mengekalkan suasana kerja yang positif dengan berkelakuan dan komunikasi
dengan cara yang baik.
20. Melibatkan diri dalam kerja berkumpulan.

15
21. Penambahbaikan pengetahuan dan melakukan peningkatan.
22. Mematuhi keselamatan kerja.
REKOD BUKU LOG
23. Untuk merekod aktiviti harian.
24. Untuk mempunyai aktiviti yang dicatat dikemukan kepada penyelia di organisasi.

Jadual 3.1.1: Skop Kerja Latihan Industri

16
3.2. LAPORAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang menjalani Latihan industry untuk tempoh yang ditetapkan, semua pelajar
perlu membuat catatan ringkas tentang aktiviti harian dan mingguan di dalam Buku Log
Latihan industry. Ringkasan laporan mingguan ini disediakan bertujuan untuk melihat hasil
kerja yang telah dilakukan sepanjang menjalani Latihan industri.

MINGGU AKTIVITI YANG DILAKUKAN


 Sesi suai kenal bersama kakitangan Pertubuhan
Peladang Kawasan Senggarang (PPK) yang di
perkenalkan oleh Puan Norshahedah.
 Membantu pengawai pengurus akaun iaitu Puan
Nordiana membuat semakkan dan cop pada resit
Minggu 1 : pembayaran yang belum mempunyai cop
14 Februari 2022 semakkan.
-  Membantu kakitangan PPK Senggarang photostat
17 Februari 2022 dokumen-dokumen yang diberikan.
 Membantu pengawai pengurus pentadbiran iaitu
Puan NurAin membuat laporan tambahan saham
ahli untuk dimasukkan ke dalam buku catatan
saham.
 Membantu menyusun dokumen-dokumen kontrak
mengikut tarikh daripada tahun 2020 sehingga
2022.

17
MINGGU AKTIVITI YANG DILAKUKAN
 Membantu kakitangan PPK Senggarang menyusun
atur dewan yang akan digunakan untuk mesyuarat .
 Menyusun surat penarikan ahli yang diberikan oleh
Minggu 2 : pengawai kerani untuk digabungkan dengan surat-
20 Februari 2022 surat sebelumnya mengikut bilangan.
-  Membantu pengawai pengurus akaun membuat
24 Februari 2022 semakkan bayaran oleh ahli.Semakkan ini
dilakukan untuk melihat ahli yang telah membayar
lebih daripada jumlah yang sepatutnya.

 Membuat laporan tahunan prestasi PPK


Senggarang tahun 2021.
 Membantu pengawai pengurus pentadbiran
Minggu 3 : menyatukan dokumen-dokumen mesyuarat.
27 Februari 2022  Menjaga kedatangan ahli yang datang pada
- mesyuarat Unit Peladang 2022.
3 Mac 2022  Membuat laporan bilangan ahli dan saham ahli
mengikut unit berakhir 31/12/2021.
 Menghantar stok produk PPK Senggarang iaitu
Roti Paratha di Kluang dan juga di PPK Simpang
Lima
Peserai.

 Membuat borang permohonan ahli yang mana


borang ini perlu di isi oleh ahli dan mendapatkan
kelulusan oleh PPK

18
MINGGU AKTIVITI YANG DILAKUKAN
 Menulis Tarikh pada kupon bernilai RM10.00
 Membuat buku minit mesyuarat yang akan digunakan
Minggu 4 : semasa mesyuarat unit iaitu sebanyak 23 unit.
6 Mac 2022  Membuat senarai nama ahli untuk Mesyuarat Agung
- Unit menggunakan Excel.
10 Mac 2022  Mengikut Pengawai pengurus pentadbiran menghadiri
Mesyuarat Agung Unit di Unit Bukit Batu Senggarang,
Unit Parit Lapis Sungai Ayam, Unit Sungai Ayam.

 Menghadiri Mesyuarat Agung Unit Parit Permatang,


Unit Sungai Suloh Besar, Unit Tunas Hijau dan Unit
Orked Jaya.
 Membuat Lpaoran Minit Mesyuarat 2021 unit Parit
Kasih dan Unit Muhibbah Jaya menggunakan
Minggu 5 : Microsoft word.
13 Mac 2022  Membantu kakitangan PPK Senggarang photostat
- dokumen-dokumen yang diberikan.
17 Mac 2022  Menyusun Skim Perlindungan saham ahli.
 Membantu pengawai pentadbiran Puan Norshahedah
menyusun dokumen punch-card mengikut bulan dan
tahun.
 Membantu menuliskan nombor bilangan pada borang
laporan K-Skorkad anggota LPP.

19
MINGGU AKTIVITI YANG DILAKUKAN
 Menyusun dan mencatat nama pada borang PPK iaitu
Minggu 6 : borang bayaran balik sewa pajak tanpa faedah setiap
20 Mac 2022 bulan dan resit rasmi Pembayaran Lembaga Pertubuhan.
-  Menghadiri Mesyuarat Agung Unit Lapangan Terbang,
24 Mac 2022 Unit Tiara, Unit Cahaya Baru, Unit Muibbah Jaya dan
Unit Sungai Suloh.
 Menyediakan stok jualan produk PPK Senggarang yang
akan di bawa semasa Mesyuarat Agung Unit.
 Membuat laporan penyeliaan menggunakan Excel.
Minggu 7 :  Menghadiri Mesyuarat Agung Unit Parit Permatang,
27 Mac 2022 Unit Sungai Lurus, dan Unit Gate Air.
-  Membantu pengawai-pengawai PPK Senggarang
31 Mac 2022 membungkus Kurma yang akan diagihkan di setiap unit
di bawah PPK senggarang.
 Membuat senarai nama ahli untuk Mesyuarat Agung Unit
Parit Kaseh dan Unit Kores.
 Membuat laporan penyeliaan menggunakan Excel.
 Membuat semakkan surat permohonan ahli.
Minggu 8 :  Membuat Laporan Tambahan Saham ahli menggunakan
3 April 2022 Microsoft word.
-  Menyediakan stok jualan produk PPK Senggarang yang
7 April 2022 akan di bawa semasa Mesyuarat Agung Unit.
 Membuat borang permohonan ahli yang mana borang ini
perlu di isi oleh ahli dan mendapatkan kelulusan oleh
PPK

20
MINGGU AKTIVITI YANG DILAKUKAN
 Membuat laporan penyeliaan menggunakan Excel.
 Membuat Laporan maklumat data MAT UP 2022.
Minggu 9 :  Menghadiri Mesyuarat Agung Unit Sungai Suloh Kecil.
10 April 2022  Memabuat laporan kaedah penubuhan,pentadbiran,dan
- pengurusan kumpulan Peladang Muda Pertubuhan
14 April 2022 Peladang Kawasan Senggarang.
 Menyemak baucer bayaran dari Januari sehingga Ogos
2021.
 Membuat semakan permohonan ahli.
 Membantu pengawai pengurus akaun meletakkan cop
pada resit pengeluaran.
Minggu 10 :  Membantu kakitangan PPK Senggarang photostat
17 April 2022 dokumen kaedah penubuhan, pentadbiran,dan
- pengurusan kumpulan Peladang Muda Pertubuhan
21 April 2022 Peladang Kawasan Senggarang.
 Membuat semakkan pada dokumen yang belum
mempunyai cop rasmi PPK Senggarang.
 Membantu pengawai pentadbiran mencatat tambahan

21
MINGGU AKTIVITI YANG DILAKUKAN
 Membuat buku Minit Mesyuarat Agung Unit.
 Menambah stok jualan produk PPK Senggarang.
Minggu 11 :  Membantu kakitangan PPK Senggarang membungkus
24 April 2022 gift raya yang akan diberikan kepada pelanggan PPK
- Senggarang.
28 April 2022  Membuat laporan tambahan saham.
 Mengurus jual beli di Kedai Runcit PPK Senggarang
“BIZ CENTRE”.

Minggu 12 :
1 Mei 2022 PEJABAT TUTUP
-
5 Mei 2022

Minggu 13 :  Membuat laporan tambahan saham.


8 Mei 2022  Mengurus jual beli di Kedai Runcit PPK Senggarang
- “BIZ CENTRE”.
12 Mei 2022  Membuat semakkan surat permohonan ahli.
 Membuat semakkan pada dokumen yang belum
mempunyai cop rasmi PPK Senggarang.

 Menghadiri Mesyuarat Agung Unit Parit Jabar dan Unit


Seri Teriman.
Minggu 14:  Menyediakan isi kandungan untuk diletakkan di dalam
15 Mei 2022 website Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang.
-  Mendapatkan data ahli peladang yang masih belum
19 Mei 2022 memotong saham mereka dan menyediakan senarai akhir
sumbangan saham Pertubuhan Peladang bagi tahun
2021- 2022

22
MINGGU AKTIVITI YANG DILAKUKAN
 Menghantar dokumen minit mesyuarat di setiap rumah
AJP PPK Senggarang.
 Membuat buku Mesyuarat unit
Minggu 15:
 Mencatatkan nombor pada setiap dokumen pada kulit
22 Mei 2022
hadapan fail-fail di bawah pentadbiran.
-
 Menyediakan stok jualan yang akan di bawa ke
26 Mei 2022
Mesyuarat Unit.
 Menghadiri Mesyuarat Agung Unit Parit Jabar dan Unit
Tanjong Labuh.

 Membuat laporan penyeliaan menggunakan excel,dimana


laporan ini mengandungi nama unit,tarikh notis,tarikh
mesyuarat ,masa ,tempoh dan bilangan ahli.
 Diberikn tugas untuk mengisi data-data setiap unit
29 Mei 2022 menggunakan excel.
-  Kakitangan PPK memberikan saya beberapa dokumen
3 Jun 2022 yang hendak di photostat.
 Membuat laporan usul untuk Mesyuarat Agung Unit
Peladang dimana dalam laporan ini segala usul yang
diberikan oleh ahli peladang akan dimasukkan ke dalam
laporan tersebut.
 Membuat borang permohonan ahli yang mana borang ini
perlu di isi oleh ahli dan mendapatkan kelulusan oleh
PPK.
 Mengaktifkan dividen saham ahli yang telah meninggal
dunia menggunakan akaun SPP.Tujuan mengaktifkan
adalah untuk mengira semula dividen saham ahli yang
tinggal.
 Membantu kakitangan peladang menyusun atur dewan
bagi Mesyuarat Pengurusan.
 Ditugaskan untuk menjaga kedai runcit PPK Senggarang
atau dikenali sebagai BIZ CENTER.

23
3.3 SKOP KERJA SEBENAR YANG DILAKUKAN
Sepanjang menjalani Latihan industri di PPK SENGGARANG rutin harian saya adalah
menolong bahagian Hal Ehwal Korprat ( HEK ), Akaun dan juga Pentadbiran.

3.3.1 BAHAGIAN HAL EHWAL KORPRAT (HEK)


Membantu pengurus pentadbiran iaitu Puan NurAin membuat borang permohonan ahli bagi
ahli yang baru mendaftar untuk menjadi ahli PPK Senggarang.

MULA Permohon akan


Memberi borang mengisi borang Ahli perlu mendapatkan
kepada ahli tersebut Tanda Tangan ketua unit
tempat ia tinggal

Pemakluman kelulusan Borang tersebut akan di


permohon menjadi ahli bawa kedalam mesyuarat
SELESAI akan dihantar kepada Ahli Jemaah Pengarah
permohon (AJP)

Carta Alir Catatan Saham Ahli

24
Catatan Saham Ahli

Borang permohonan ahli adalah salah satu borang yang akan diberikan kepada ahli baru yang ingin
mendaftar untuk menjadi ahli peladang di PPK Senggarang.

Tugas ini selalu diberikan oleh pengurus pentadbiran iaitu Puan NurAin .Dimana borang ini ahli yang
baru mendaftar perlulah mengisi segala maklumat seperti nombor kad pengenalan permohon dan nama
waris atau pernama.Seterusnya,permohon perlulah mendapatkan tanda tangan daripada ketua unit
tempat permohon tinggal dan surat itu perlulah dikembalikan semula kepada pejabat dalam tempoh
seminggu surat itu diberi.

Selepas surat itu dihantar semula ke pejabat, Surat permohon tersebut akan dibawa ke dalam
Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP). Jika surat permohon telah mendapat kelulusan, pihak PPK
akan menghantar pemakluman kelulusan permohon menjadi ahli dan nama ahli akan dimasukkan ke
dalam sistem SPP dan buku daftar saham wang masuk dimana ahli perlu membayar minimum RM100
dan akan mendapat caruman khairat kematian.

25
Rajah 3.3.1.1 : Surat Permohonan Menjadi Ahli

Rajah 3.3.1.2 : Borang Permohonan Ahli Yang Telah Diluluskan

26
3.3.2 MENYEMAK RESIT,COP RESIT DAN JUMLAH BAYARAN

Semakkan resit-resit keluaran PPK Senggarang .Semakkan ini bertujuan agar tidak terlepas
pandang resit yang belum mempunyai cop atau jumlah bayaran yang lebih atau kurang.

MULA
Melihat nombor Cop resit yang
Mengumpulkan
rujukan dan total masih belum
fail-fail resit yang
pada resit bayaran mempunyai cop
akan di semak

SELESAI

Proses menyemak resit,cop resit dan jumla bayaran

Proses menyemak resit,cop resit dan jumlah bayaran adalah salah satu proses yang harus di
pandang series .Hal ini kerana, pihak PPK tidak 35ahua da kes pembayaran yang terkurang
atau terlebih pada masa akan datatang.

Resit-resit ini selalu akan diberikan oleh Pengurus Akaun iaitu Pn.Nurdalila binti
Ibrahim.Pn.Nurdalila akan meminta saya untuk menyemak setiap resit yang terdapat pada
fail- fail dokumen yang telah diberikan dan saya akan menyemak jumlah bayaran mengikut
slip nama dan kod resit.Selain itu,saya juga harus menyemak setiap helaian resit bayaran
yang belum mempunyai cop kelulusan rasmi dan tanda tangan daripada pengawai-pengawai
yang bertanggunjawab.

27
Rajah 3.3.2.1 : Resit Bayaran

28
3.3.2 Merekod nombor fail

Mencatat dokumen-dokumen yang telah diberikan oleh pegawai pentadbiran,seperti nombor


rujukan mengikut nombor yang telah tertera di surat-surat tersebut.

MULA Menutup fail


Mencatat nombor
Menerima fail yang dokumen yang telah
rujukan yang tertera
diberikan oleh pengawai pada surat-surat tersebut selesai di semak
pentadbiran

Memberikan semula
SELESAI kepada pengawai
pentadbiran

Proses merekod nombor fail dan mencatat tajuk besar.

Proses merekod nombor fail dan mencatat tajuk besar setiap surat yang telah selesai
diletakkan di dalam setiap fail adalah salah satu cara bagi memudahkan kakitangan PPK
untuk mencari semula dokumen tersebut mengikut catatan dan nombor yang telah ditulis
pada helaian hadapan fail.

Tugasan ini selalu diberikan oleh pegawai pentadbiran iaitu Pn.Norshaheda .Beliau akan
memberikan saya beberapa dokumen fail untuk saya membuat semakkan dan menyusun
dokumen itu mengikut nombor kod dan Tarikh yang tertera pada dokumen-dokumen tersebut.

Selepas selesai menyemak dan menyusun dokumen-dokumen tersebut.Fail itu akan saya
berikan semula kepada Pn.Norshaheda untuk pengulangan semakkan yang telah saya
lakukan.

29
Rajah 3.3.3.1 : Fail Dokumen yang disemak

Rajah 3.3.3.2 : Catatan rekod nombor dan bilangan yang ditulis

30
3.4 1SKOP KERJA SAMPINGAN
3.4.1 PROSES MEMBUAT LABEL

Mengedit Mencetak Menggunting Menampal

Rajah :3.4.1 Carta Alir Proses membuat label

3.4.1.1 Sebelum membuat label perlu kenal pasti fail yang tidak mempunyai label.
3.4.1.2 Mengedit label dengan menggunakan MICROSOFT WORD supaya nampak lebih
kemas.Di dalam label fail perlu disertakan dengan tahun,bulan dan bilangan
fail
3.4.1.3 Selepas siap mengedit, label tersebut perlu dicetak dengan menggunakan kertas
warna yang dipilih bagi disamakan untuk setiap bulan dalam tahun yang sama.
3.4.1.4 Label perlu digunting dengan kemas sebelum ditampal.
3.4.1.5 Label ditampal pada fail dengan mengikut saiz fail contohnya,resit bayaran setiap
bulan perlu diletakkan pada fail yang besar berukuran 3mm.Manakala bagi fail
borang penambah ahli atau pinjaman ianya hanya menggunakan fail yang
berukuran 2mm sahaja.

31
Rajah 3.4.1.1 : Mengedit nama fail menggunakan Microsoft Word

Rajah 3.4.1.2 : Fail-fail yang sudah siap di tampal

32
3.4.2 Menjaga kedai Runcit

Menyusun
stok Menjaga
barangan bahagian SELESAI
MULA
runcit yang kaunter
baru pembayaran
sampai

Rajah 3.4.2 : Carta Alir Proses Pengurusan

Proses Pengurusan Kedai Runcit PPK Senggarang

Kedai Runcit PPK Senggarang adalah salah satu kedai runcit yang menyediakan bekalan
runcit kepada masyarakat setempat. Semua produk yang dijual merupakan produk tempatan
dengan harga yang berpatutan.Selain itu,di Kedai Runcit Peladang ini atau dikenali sebagai
Biz Centre menjual produk-produk yang dihasilkan oleh setiap PPK yang berada di dalam
Negeri Johor. Contoh produk yang dihasilkan seperti kopi iaitu daripada PPK Rengit, produk
Roti Pratha dan sos cili daripada PPK Senggarang, produk kambing perap daripada PPK Seri
Medan, produk Satay Ayam frozen daripada PPK Pasir Gudang dan banyak lagi.

Tugas ini diberikan oleh Pn.Nur Dalila iaitu Pengurus PPHP/Kontrak/Projek.Beliau akan
meminta saya untuk menguruskan seketika Kedai Runcit Peladang atau Biz Center sementara
menunggu kakitangan peruncit menyelesaikan tugasnya.

33
Rajah 3.4.2.1 : Kedai Runcit PPK Senggarang

34
3.4.3 Membuat buku minit Mesyuarat.

Stapler
bahagian
Menyusun
tengah
helaian
MULA kertas
muka surat SELESAI
tersebut
mengikut
untuk
nombor
menjadi 1
buku

Rajah 3.4.3 : Carta Alir Proses Membuat Buku Minit Mesyuarat

Proses membuat buku minit mesyuarat agung unit

Buku minit mesyuarat adalah salah satu buku yang akan digunakan untuk mesyuarat agung
unit dimana mesyuarat ini terdiri daripada 23 unit yang berada dibawah PPK
Senggarang.Buku minit mesyuarat ini akan digunakan untuk pembentangan yang mana
didalam buku tersebut ada menunjukkan untung rugi hasil jualan pada tahun lepas seperti
kelapa sawit,roti paratha,sos cili ,santan dan sebagainya.Pada mesyuarat agung unit buku ini
akan dibentang oleh Pengerusi AJP iaitu Tn. Hj Abdul Latif bin Sahari .Beliau akan
membentangkan beberapa isu penting yang berada di dalam buku minit mesyuarat itu dan isu
yang sering dipandang adalah keuntungan atau kerugian jualan sawit.

Tugas ini akan diberikan oleh pengurus pentadbiran dimana Puan NurAin akan memberikan
beberapa helaian dokumen yang telah di cetak dan disusun mengikut nombor muka surat.Dan
saya perlu mengambung dan stapler bahagian tengah semua dokumen itu untuk menjadikan
sebuah buku minit mesyuarat.Seterusnya, buku yang sudah siap di buat akan diberikan
semula kepada pengawai pengurus pentadbiran untuk tindakan selanjutnya.

35
Rajah 3.4.3.1 : Buku Laporan Tahun Berakhir 31 Disember

36
BAB 4
MASALAH, CADANGAN DAN PENUTUP

4.1 PENGENALAN

Latihan Industri merupakan modul yang sangat bermanfaat dan memberikan


pengalaman yang berharga dalam alam pekerjaan. Ia adalah satu landasan yang
memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikan apa yang
dipelajari semasa sesi perkuliahan dalam suasana kerja yang sebenar. Banyak
kebaikan yang dapat diliat dan dipelajari sama ada secara fizikal atau mental
semasa menjalani Latihan industri.

Selain itu, kursus ini memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari
segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan,
polisi, prosedur, peraturan-peraturan serta perspektif dan etika professional
organisasi.Oleh itu,kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan
pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan unuk menjadi pelatih yang
cemerlang.

Akhir Sekali, Latihan Industri ini juga mengajar saya untuk berani mengambil risiko
di mana sepanjang saya menjalani latihan industri saya dibawa untuk mengahadiri
mesyuarat agung unit dan saya di arah untuk menjaga bahagian jualan yang mana
jualan ini terdiri daripada produk-produk PPK Senggarang. Dan disini dapat
mencabar saya untuk berani berhadapan dengan orang ramai dalam menarik mereka
membeli produk daripada PPK Senggarang.

37
4.2 MASALAH
4.2.1 Kekurangan tempat penyimpanan fail
Saya dapati bahawa tempat pinyimpanan fail tidak mencukupi. Hal ini kerana
rak-rak fail yang sedia ada telah dipenuhi oleh fail-fail dokumen yang lama
yang digunakan sebagai rujukan kakitangan.Oleh sebab demikian fail
dokumen yang baru tidak mempunyai ruang untuk disimpan.
4.2.2 Kedai Runcit PPK Senggarang tidak mempunyai tarikan
Saya dapati bahawa kedai runcit PPK Senggarang tidak mempunyai daya
tarikkan untuk menarik pelanggan untuk berbelanja di kedai runcit peladang
atau dikenali sebagai BIZ CENTRE. Hal ini kerana,kedai runcit peladang ini
tidak seperti kedai runcit yang berada di luar yang mana kedai runcit ini
banyak stok jualan yang tiada seperti stok bahan mentah,sayur-sayuran dan
sebagainya.Selain itu,suasana kedai yang agak tertutup tidak seperti kedai-
kedai runcit yang lain.
4.2.3 Waktu Operasi kedai runcit mengikut waktu operasi pejabat
Saya dapati bahawa waktu operasi kedai runcit PPK Senggarang beroperasi
hanya 9 jam iaitu mengikut waktu operasi Pejabat PPK Senggarang .Hal ini
membuatkan orang yang ingin berbelanja di Pelandang Biz Centre terpaksa
berbelanja ditempat lain.
4.2.4 Kesukaran Mencari Fail

Sepanjang saya di tempatkan di bilik HEK iaitu bilik di mana fail-fail disimpan, Saya
dapati sesetengah kakitangan PPK sukar untuk mencari fail atau doumen-dokumen yang
di perlukan.Hal ini kerana, fail-fail tersebut tidak di letakkan nama mengikut dokumen
yang tersimpan.

38
4.3 CADANGAN

4.3.1. Menyediakan tempat atau rak penyimpanan fail


Pihak organisasi perlu menyediakan ruang khas bagi fail-fail supaya kerja-kerja
menyusun DO di dalam fail tidak terganggu dan lebih mudah untuk dicari.Saya
mencadangkan pihak organisasi menyediakan rak yang lebih luas supaya fail lebih
kemas dan teraktur .
4.3.2. Menambah stok jualan
Saya mencadangkan agar pihak organisasi PPK Senggarang menambah stok jualan di
kedai runcit PPK Senggarang atau Biz Center. Hal ini kerana,jika pihak organisasi
membuat penambahan stok di kedai runcit PPK Senggarang seperti bahan
mentah,sayuran,bawang besar,bawang kecil ,lada dan sebagainya.Ia akan menarik
orang ramai yang berdekatan dengan kedai runcit tersebut untuk berbelanja di Kedai
Runcit Peladang.Selain itu,suasana kedai yang agak suram dapat diperbaharuhi
dengan penambahan lampu yang lebih terang yang akan menampakkan lagi
kewujudan kedai runcit peladang.
4.3.3. Menambahkan lagi waktu operasi
Waktu operasi di Kedai Runcit Peladang haruslah di perbaharuhi iaitu daripada 9 jam
ke 12 jam .Hal ini dapat membuatkan mereka yang bekerja dapat berbelanja di kedai
peladang selepas tamat waktu kerja.
4.3.4 Kakitangan harus lebih teliti pada setiap fail.
Cadangan saya di mana kakitangan PPK haruslah lebih teliti dalam setiap fail yang
disimpan dimana mereka haruslah mengambil tahu fail yang mana belum mempunyai
nama fail. Perkara ini supaya tidak berlaku kekecohan apabila ingin mencari fail yang
ingin digunakan.

39
4.4 PENUTUP

Secara tuntasnya, tentang permasalahan yang saya alami ialah ,saya berharap pihak
syarikat dan pihak yang bertanggunjawab dapat mempertimbangkan cadangan yang
saya berikan kepada jabatan ini untuk pelajar-pelajar yang bakal menjalani Latihan
industri di jabatan ini. Cadangan yang saya berikan adalah untuk kebaikan serta
memberikan banyak faedah kepada jabatan dan juga para pelajar yang bakal
menjalani latihan di jabatan ini.

40
BAB 5
KESIMPULAN

Setelah menjalani Latihan Industri selama satu semester (16 minggu ) ini, banyak yang
dapat saya pelajari dari segi aspek berkaitan dengan kerjaya terutama cara berkomunikasi
dengan pihak atasan dan pihak yang berkaitan.Selain itu, banyak juga pengalaman,
pengetahuan dan pendedahan yang berguna dapat saya perolehi.Juga melalui program
Latihan Industri ini,saya telah didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar.Oleh
yang demikian,ia secara tidak langsung telah mendisplinkan saya sebagai seorang pekerja dan
mendedahkan saya kepada struktur organisasi jabatan atau firma.

Sepanjang menjalani Latihan Industri, banyak perkara yang telah berubah antaranya
daripada sudut persekitaran ,pembelajaran, dan pergaulan sesame rakan sekerja.Ianya secara
langsung dapat mempertingkatkan sikap toleran si terhadap diri saya sendiri.
Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri saya yang boleh
diperbaiki pada masa hadapan.

Akhir sekali,harapan saya,semoga pihak UTM dapat mengekalkan program Latihan


Industri ini bagi membantu negara Malaysia melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja yang
berkemahiran dalam apa jua bidang yang telah mereka pelajari.Akhir kata,saya mewakili
pihak pelajar memohon maaf kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang dan juga
pihak UTM atas kesilapan yang berlaku semasa dalam tempoh 16 minggu saya menjalani
Latihan Industri.

41
RUJUKAN

1. Profil PPK Senggarang 2020, PPNJ

2. Lembaga Pertubuhan Peladang ,12 Mar 2018 from


https://www.lpp.gov.my/article/view/pengenalan-pertubuhan-peladang

42
LAMPIRAN

Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang

Majlis Khatam Al-Quran oleh kumpulan Peladang Nita PPK Senggarang

43
Menghantar Stok Roti Pratha dan Sos Cili di PPK Simpang Lima Pesarai ,Batu Pahat

Membanatu Kakitangan Peladang Nita Membuat Sos Cili Dan Meletakkan


Tarikh Luput Botol Sos Tersebut

44
Menghadiri Mesyuarat 23 Unit Yang Berada Di Bawah PPK Senggarang

45
Membungkus Goodies Raya Yang Akan Diberikan Kepada Pelanggan
PPK Senggarang

46

Anda mungkin juga menyukai