Anda di halaman 1dari 3

Tanda hari kiamat

Kiamat tidak akan terjadi sebelum tanda-tanda besar muncul selepas semua tanda-tanda kecil
diperlihatkan kepada manusia akhir zaman. Terdapat beberapa tanda besar kiamat yang dinyatakan
oleh Baginda Nabi SAW sebagai peringatan kepada umat Baginda.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Nabi SAW melihat ke arah kami ketika kami sedang berbincang.
Baginda bersabda: "Apa yang kamu semua bincangkan?" Mereka menjawab: "Kami sedang berbincang
tentang Hari Kiamat. Baginda bersabda: "Sesungguhnya Hari Kiamat itu tidak akan terjadi sehingga kamu
melihat 10 tanda. Kemudian Baginda menyebut; asap, dajjal, binatang melata, terbitnya matahari dari
tempat tengelamnya, turunnya Isa binti Maryam, Yakjuj dan Makjuj, gempa bumi yang melanda tiga
iaitu di timur, di barat dan di tanah Arab. Dan yang terakhir daripadanya adalah api keluar dari Yaman,
mengiringi sekalian manusia menuju ke tempat berkumpul mereka di padang Mahsyar." (Hadis Riwayat
Muslim)

Pada hadis ini Baginda Nabi SAW memulakan gambaran berlakunya kiamat menerusi asap, dajjal,
binatang melata, terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, turunnya Isa AS, keluarnya golongan
Yakjuj dan Makjuj, gempa yang melanda di kawasan timur, barat dan tanah Arab serta api yang keluar
dari Yaman.

Pada hadis berikutnya, Nabi SAW bersabda maksudnya: Nabi SAW sedang berada di bilik tidurnya
sedangkan kami berada di tempat yang paling rendah daripada Baginda. Kemudian Baginda
menghampiri kami kemudian bertanya, "Apa yang kamu sedang bincangkan? Kami menjawab, "Hari
Kiamat." Baginda bersabda: "Sesungguhnya Hari Kiamat itu tidak akan terjadi sehingga muncul 10 tanda:
Gempa bumi di timur, barat dan Jazirah Arab, asap, dajjal, binatang melata, Yakjuj dan Makjuj, terbitnya
matahari dari tempat tenggelamnya (barat) dan api yang keluar dari Jurang Aden membawa manusia
pergi." Syu'bah berkata: "Abdul Aziz bin Thufail, daripada Abu Sarihah, seperti itu, tanpa menyebut Nabi
SAW. Salah satu daripada keduanya berkata tentang tanda yang kesepuluh: Turunnya Nabi Isa bin
Maryam. Sedangkan yang lain berkata, Angin yang mencampakkan manusia ke lautan." (Hadis Riwayat
Muslim)

Pada hadis ini pula, Baginda Nabi SAW memulakan dengan gempa bumi di timur, barat dan Jazirah Arab
kemudian disusuli pula dengan asap, dajjal, binatang melata, Yakjuj dan Makjuj, terbitnya matahari dari
tempat terbenamnya, dan api yang keluar dari Jurang Aden.

Pada hadis berikutnya, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu
melihat sepuluh tanda: terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya (barat), Yakjuj dan Makjuj,
binatang, tiga gempa bumi iaitu di timur, di barat dan di Jazirah Arab, api yang keluar dari jurang Aden
yang mengiringi dan mengumpul manusia kemudian dia bermalam bersama mereka di mana mereka
bermalam, tidur siang bersama mereka di mana sahaja mereka tidur siang…Dia menambah: Dajjal dan
asap…yang kesepuluh angin yang akan melemparkan mereka ke lautan atau turunnya Isa bin
Maryam." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi ini pula, Baginda Nabi menjelaskan 10 tanda
tersebut bermula dengan terbitnya matahari dari barat, disusuli pula dengan Yakjuj dan Makjuj,
binatang melata, tiga gempa bumi yang melanda di tiga tempat, api yang keluar dari jurang Aden,
kemudian dajjal, asap dan turunnya Nabi Isa AS.

Berdasarkan tiga hadis di atas, terdapat perbezaan kemunculan tanda kiamat besar. Tanda-tanda kiamat
besar disebut secara menyeluruh dan bukan berdasar bukti urutan (kronologi). Buktinya adalah ada
tanda yang didahulukan pada satu hadis dan diakhirkan pada hadis yang lain.

Berdasarkan tanda-tanda kiamat besar tersebut, Syeikh Muhammad Ahmad al-Mubayad menyatakan
urutan tanda-tanda kiamat besar adalah seperti berikut:

1. Gempa bumi di timur

2. Gempa bumi di barat

3. Gempa bumi di Jazirah Arab yang terjadi menjelang kemunculan al-Mahdi

4. Dajjal

5. Turunnya Nabi Isa bin Maryam

6. Yakjuj dan Makjuj

7. Terbitnya matahari dari arah tenggelamnya.

8. Binatang yang melata berbicara kepada manusia

9. Api yang keluar dari Jurang Aden atau angin yang akan mencampakkan manusia ke lautan.

Urutan ini adalah berdasarkan pandangan yang diperoleh hasil penelitian dan pengkajian terhadap dalil
yang berkaitan. Walaubagaimanapun, terdapat satu tanda yang tidak dipastikan kedudukannya iaitu
asap (dhukan). Pandangan daripada Syeikh al-Mubayad menyatakan dhukan akan keluar lebih awal dan
mungkin menjadi tanda pertama kiamat besar. Mungkin juga akan keluar asap selepas berlaku gempa di
timur, barat dan Jazirah Arab.

Tanda-tanda besar kiamat ini akan muncul berturutan satu persatu seperti manik yang jatuh dari rantai
yang putus, jika yang pertama muncul iaitu kemunculan Imam Mahdi yang lain akan menyusul satu
persatu.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Keluarnya tanda-tanda Hari Kiamat itu adalah sebahagian demi
sebahagian berturutan seperti rangkaian marjan yang dirangkai dengan tali." (Sahih al-Jami' Ash-
Shaghir hadith)

Menurut pandangan Syeikh Yusuf al-Wabil urutan tanda kiamat besar ini akan bermula dengan setelah
munculnya Al-Mahdi, kemudian dajjal. Isa bin Maryam akan turun bagi membunuh dajjal kemudian
muncul pula Yakjuj dan Makjuj dan Nabi Isa berdoa kepada Allah SWT untuk membinasakan Yakjuj dan
Makjuj. Nabi Isa berkata: "Maka Rabbku SWT berjanji kepadaku bahawa apabila keadaan sudah
demikian, maka kiamat itu bagaikan wanita yang hamil tua yang telah sempurna kandungannya dan
keluarganya tidak mengetahui bilakah mereka akan dikejutkan oleh kelahiran anaknya, pada waktu
malam atau siang." (Hadis Riwayat Ahmad)
Perkara ini menunjukkan betapa dekatnya Hari Kiamat itu setelah keluarnya tanda-tanda tersebut.
Antara wafatnya Nabi Isa dan datangnya Hari Kiamat itu terdapat beberapa tanda yang besar seperti
terbitnya matahari dari barat, keluarnya binatang dari perut bumi, asap dan keluarnya api mengiringi
manusia. Semua tanda ini akan terjadi dalam waktu yang singkat sebelum terjadinya kiamat.

Kesimpulanya,tanda hari Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan Hari
Kiamat. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah
dan tiada satu makhluk pun yang mengetahui waktu sebenar bila berlakunya hari Kiamat. Walau
bagaimanapun, Nabi Muhammad memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-
tandanya akan muncul dan akan disaksikan oleh seluruh umat manusia. Turutan tanda-tanda tersebut
bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda yang besar. Oleh itu,
perkhabaran tersebut berupa peringatan besar buat umat akhir zaman agar tidak leka dengan
kesenangan berupa pangkat, harta dan keseronokan yang berpanjangan.

Anda mungkin juga menyukai