Anda di halaman 1dari 1

Dengan hormatnya menjemput perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa ILP Kota Kinabalu telah membuat penstrukturan


semula pengajar di bengkel/bahagian mengikut perubahan kursus transformasi dan
perpindahan pegawai. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dilantik sebagai pegawai
bertanggungjawab terhadap bilik/ruang dan keselamatan aset didalam bilik/ruang di
bengkel/bahagian seperti yang tercatat pada lampiran 2 (mohon rujuk pada lampiran yang
disertakan). Tuan/puan dipohon untuk membuat serahan tugas dan aset kepada pegawai
lantikan baru dan menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk melaporkan sebarang
kerosakan/kehilangan aset kepada Pegawai Aset ILPKK. Tuan/puan boleh merujuk pada
Pekelililing Perbendaharaan 1PP bagi Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang akan
diemailkan bersama memo ini.

3. Selain itu, tuan dipohon untuk mengemaskini semua makluman berikut dalam Sistem
Pengurusan Aset (SPA- Kata nama & Laluan akan dilampirkan bersama memo ini) dan rekod
seperti berikut:
i. Daftar Harta Modal (KEW.PA-2)
ii. Daftar Inventori/Aset bernilai rendah (KEW.PA-3)
iii Rekod Pinjaman dan pergerakan Aset Alih (KEW.PA-6)
iv. Senarai Aset Alih (KEW.PA-7)
v. Borang aduan kerosakan (KEW.PA-9)-telah diemail pada 2 Mac 2017.
vi. Label Kod bar (barcode label) - dapatkan daripada Peg. Aset ILPKK

4. Sebarang pertanyaan atau permasalahan bolehlah terus merujuk kepada Pegawai Aset
ILP Kota Kinabalu. Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini adalah amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai