Anda di halaman 1dari 6

HASIL

KAJIAN
(A)Konsep Perubahan Pandang Darat Fizikal

Pandang darat fizikal merujuk kepada ciri-ciri bentuk


muka bumi,saliran dan tumbuh-tumbuhan semula
jadi.Sebagai contoh,tanah tinggi,tanah pamah,tanah
beralun,hutan,lembangan sungai,paya dan pinggir
Pantai.

Penebangan hutan untuk Kawasan


pertaniain,perindustrian dan pelancongan telah
memusnahkan sumber hutan.Selain itu,pembinaan
infrastruktur,pengangkutan,telekomunikasi,bekalan air
dan bekalan elektrik telah menghasilkan satu landskap
baru meliputi struktur binaan,tiang,talian dan tasik
buatan.Seterusnya,pembinaan infrastruktur seperti
lebuh raya telah mewujudkan landskap Baharu seperti
terowong,tol plaza dan tempat rehat.

Di samping itu,Pembangunan di Kawasan bukit bagi


tujuan perlancongan seperti tanah tinggi Cameron
Highlands,Genting Highlands,Bukit Fraser telah
menghasilkan pandang darat baru seperti
bangunan,hotel,restoran,perumahan dn jalan raya.

3 Kesan Terhadap Alam Sekitar beserta bukti

1.Hakisan Tanah / Tanah Runtuh


Maksud: Hakisan tanah adalah penurunannya melalui tindakan pelbagai
faktor semula jadi seperti angin atau air. Tindakan manusia yang
mempercepat proses ini. Hakisan tanah boleh berlaku di seluruh dunia,
walaupun kawasan kering atau gersang mempunyai hakisan paling banyak.
Untuk mengelakkan hakisan tanah, diperlukan penutup tanaman yang
dapat melindungi tanah. Hakisan adalah salah satu pelaku utama dalam
membentuk dan mengubah bentuk tanah. Pelbagai pemandangan boleh
berubah dengan sangat ketara kerana tindakan hakisan.

Tempat:Kawasan berdekatan bukit seperti Batang Kali,Selangor

Contoh:Tanah runtuh di Batang Kali yang meragut 31 nyawa( 20 dewasa, 11


kanak-kanak )

2.Banjir Kilat/Banjir Lumpur


Maksud: Banjir kilat adalah jenis banjir yang berlaku dengan
cepat dan tiba-tiba dalam jangka masa yang pendek, sering
kali dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Fenomena ini biasanya disebabkan oleh curahan hujan yang


sangat lebat dan berpanjangan, yang tidak dapat diserap oleh
tanah atau dialirkan melalui sistem saliran dengan cukup
pantas.

Akibatnya, air yang melimpah segera mengalir ke sungai,


parit, dan kawasan rendah, menyebabkan banjir yang
membahayakan nyawa dan harta benda.

Tempat:Kawasan yang berdekatan Sungai atau air bertakung

Contoh:Banjir kilat di Johor Bahru yang menyebabkan


lebih 40 buah rumah dan banyak biji kereta rosak dan
dinaiki air

3.Peningkatan Suhu/Pemanasan Global


Maksud: Peningkatan suhu atmosfera bumi secara
berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang
melibatkan pertambahan gas karbon dioksida (CO),
klorofluorokarbon (CFC) dan bahan-bahan pencemar
yang lain, yang menyebabkan peningkatan suhu dunia.
Suhu bumi telah meningkat 1.2 °C darjah dan kadarnya
berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian
mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas
berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya
berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini
perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun
sahaja.

Tempat:Di seluruh dunia

Contoh:Pemanasan Global yang berlaku di Malaysia


kini menjejaskan aktiviti luar

(B)Hubungkait Perubahan Pandang Darat Fizikal


dengan Aktiviti Komuniti Setempat

Dalam konteks geografi, pandangan darat fizikal


merujuk kepada ciri-ciri fizikal yang terdapat di
kawasan tersebut seperti bentuk muka bumi, topografi,
dan sebagainya. Pandangan darat budaya pula merujuk
kepada ciri-ciri sosial dan budaya seperti aktiviti
ekonomi, kehidupan sosial, dan sebagainya
Perubahan pandangan darat fizikal boleh
mempengaruhi aktiviti komuniti setempat. Sebagai
contoh, pembinaan jalan raya baru yang melalui
kawasan pertanian boleh menyebabkan kehilangan
tanah pertanian dan mengurangkan pendapatan
petani. Pembinaan lapangan terbang baru pula boleh
membawa kesan positif seperti meningkatkan peluang
pekerjaan dan pelancongan di kawasan tersebut

2 Perubahan Pandang Darat yang paling ketara

1.Penebangan hutan di tapak Surau Muhammad Al-Fateh


yang dahulunya adalahn semak samun.
2.Penebangan hutan di belakang Surau Muhammad Al-Fateh.

2 Aktiviti Yang Wujud Akibat Perubahan Pandang Darat


Fizikal Dihubungkait dengan Pengubahsuaian Pandang
Darat Fizikal Setempat

1.Pembinaan surau iaitu Surau Muhammad Al-Fateh dapat


mewujudkan aktiviti seperti solat berjemaah dan ceramah
agama.

2.Penanaman semula di belakang atau berdekatan Surau


Muhammad Al-Fateh bagi tujuan menghijaukan pemandangan
sekolah

(C)Cadangan pengubahsuaian pandang darat fizikal yang


mesra alam
3 Cadangan pengubahsuaian pandang darat fizikal yang
mesra alam di SMK Gurun
1.Penebangan semak samun di tepi padang sekolah untuk
memperluaskan kawasan padang dan membuat tempat
beribadah seperti surau yang sedikit besar supaya cukup luas
untuk semua pelajar Islam SMK Gurun dapat menunaikan
ibadah dengan selesa berbanding surau – surau lain di dalam
sekolah ini.

2.Memperluaskan landskap di belakang sekolah atau taman


kelulut supaya dapat menanam lebih banyak pokok dan dapat
menghijaukan kawasan sekolah

3.Membuat penanaman di belakang koperasi dan blok


Antartika atau menambah baik penanaman seperti menambah
sistem penyiraman pokok automatic dan menambah pokok-
pokok seperti kangkng,pisang dan cili agar dapat
menghijaukan Kawasan sekolah

Anda mungkin juga menyukai