Anda di halaman 1dari 2

ً ُ ‫َّ ي‬

‫السيي يف َم يسلول‬ ‫ْه َع ين َت َع ي‬


َّ ‫اِط‬ َ َ َ ُ َ
‫باب ما جاء يِف انل ي‬
Bab Berhubung Larangan Menghulurkan Pedang Tidak Bersarung
َ َ َ ‫ي ُّ َ َ َ َّ َ َ َ َّ ُ ي ُ َ َ َ َ َ ي‬
َ ‫ُّ َ ي‬
:‫ ع ين َج ياب ٍر قال‬،‫ْي‬ ‫ب‬ ‫الز‬ ‫ِب‬ َ ُّ َ ُ َ َ ‫اَّلل يب ُن ُم َع‬ َّ ُ ‫َ َّ َ َ َ ي‬
‫ي‬ ‫ عن أ ي‬،‫ حدثنا َحاد بن سلمة‬:‫ْصي قال‬ ‫اوية اجلم يِح ابل ي‬ ‫ي‬ ‫حدثنا عبد ي‬
ً ُ ُ َّ َ ُ ‫َّ َ ي‬ َ ُ َّ َّ َ َّ ُ ُ َ َ َ
:»‫السييف َم يسلول‬ ‫اَّلل َعليي يه َو َسل َم أن ي َت َعاَط‬ ‫اَّلل صَّل‬
‫«نَه رسول ي‬

2163 – Abdullah bin Mu’awiyah al-Jumahi al-Basri menceritakan kepada kami


katanya Hammad bin Salamah menceritakan daripada Abu al-Zubair
daripada Jabir katanya Rasulullah ‫ ﷺ‬melarang daripada memberi dan
mengambil pedang dalam keadaan tidak bersarung.1
َ َ َ َ َ ُ ‫َ َّ ي َ َ َ َ َ َ َ ي‬ َ ‫َ ي َ َ ي َ َ َ َ ٌ َ َ ٌ َ ٌ ي‬
‫يعة هذا‬ ‫يث َحا يد ب ين سلمة وروى ابن ل يه‬ ‫اب عن أ يِب بك َرة َوهذا ح يديث حسن غ يريب يمن ح يد ي‬ َ
‫و يِف ابل ي‬
َ
َّ َ ‫يث‬
‫َحا يد بي ين‬
ُ َ َ َ َّ َ َ ‫َّ ِّ َ َّ َّ ُ َ َ ي‬
‫ وح يد‬،‫ َع ين انل يِب صَّل اَّلل علي يه وسلم‬،‫ِن‬ ُّ ‫ َع ين أَِب‬،‫يث‬
ِّ ‫ َع ين َب َّن َة اجل ُ َه‬،‫ َع ين َجابر‬،‫الزبَ يْي‬ َ َ
‫احل يد‬
‫ي‬ ٍ‫ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬
َ َ َ
‫َسل َمة يعني يدي أ َص ُّح‬

Dalam bab ini diriwayatkan daripada Abu Bakrah. Ini adalah hadis hasan
gharib melalui hadis Hammad bin Salamah. Ibn Lahi’ah meriwayatkan hadis
ini daripada Abu al-Zubair daripada Jabir daripada Bannah al-Juhani
daripada Rasulullah ‫ﷺ‬. Di sisi saya hadis Hammad bin Salamah lebih sahih.2
َّ َّ
‫اَّلل‬ َ ُ َ َ ‫اب َما َج َ َ ي َ َّ ُّ ي‬
ُ َ‫ب‬
‫اء من صَّل الصبح فهو يِف يذم ية ي‬

1
Pedang tanpa sarungnya boleh membawa kepada bahaya kerana sarungnya dapat
melindungi orang yang membawanya daripada terluka dan cedera. Ia dapat
menjaganya daripada rosak jika terjatuh. Dalam hadis ini terdapat petunjuk supaya
mengambil langkah berjaga-jaga dan kaedah pencegahan kerana bimbang berlaku
kemudaratan.
Termasuk dalam pengertian pedang ialah apa juga benda tajam yang boleh
menyebabkan kecederaan seperti pisau, gunting dan sebagainya. Ia diizinkan
dengan syarat tidak boleh diberikan dengan cara melempar dan tidak dihulurkan
mata kepada orang yang mengambilnya.
2
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu al-Zubair Muhammad bin Muslim bin
Tadrus oleh Hammad bin Salamah dan Abdullah bin Lahi’ah yang meriwayatkan
daripada Abu al-Zubair daripada Jabir dan Bannah. Bagaimanapun al-Tirmizi
mentarjih riwayat Hammad kerana Ibn Lahi’ah seorang yang lemah.
1
Bab Sesiapa Yang Sembahyang Subuh Bererti Dia Dalam Perjanjian
Allah3
َ َ
ِّ َّ‫ َعن انل‬،‫ َع ين أِب ُه َريي َر َة‬،‫ َع ين أ يبي يه‬،‫ج ََل َن‬
‫ِب‬
‫َ َّ َ َ ُ ي َ ٌ َ َ َ َّ َ َ َ ي ُّ ي ُ ُ َ ي َ َ َ َ َ َّ َ َ ي ُ َ ي‬
‫ حدثنا ابن ع‬:‫ حدثنا مع يدي بن سليمان قال‬:‫حدثنا بندار قال‬
‫ي ي‬ ‫ي‬
‫اَّلل ب َ ي‬ ُ َّ َ ‫َّ َّ َ َ ُ ي‬
ُ َّ ‫ك ُم‬ َ ُ َ َ ‫َ َّ َّ ُ َ َ ي َ َّ َ َ َ َ ي َ َّ ُّ ي‬
:»‫َش ٍء يم ين يذ َّم يت يه‬ ‫ي‬ ‫ «من صَّل الصبح فهو يِف يذم ية ي‬:‫صَّل اَّلل علي يه َوسلم قال‬
‫اَّلل فَل يت يبعن‬

2164 -Bundar menceritakan kepada kami katanya Ma’diy bin Sulaiman


menceritakan kepada kami katanya Ibn ‘Ajlan menceritakan kepada kami
daripada ayahnya daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
Sesiapa yang sembahyang Subuh4 bererti dia dalam perjanjian5 Allah maka
(dengan sebab kamu melanggar perjanjian) janganlah sampai Allah akan
mengejar kamu walaupun sedikit.6
‫َ ي ُ ََ ََ َ َ ٌ َ َ ٌ َ ٌ ي َ َ َ ي‬ َ
‫الوج يه‬ ‫ واب ين عمر وهذا ح يديث حسن غ يريب يمن هذا‬،‫اب ع ين ُجني َد ٍب‬ َ َ
‫و يِف ابل ي‬

Dalam bab ini ada diriwayatkan daripada Jundab7 dan Ibn Umar. Ini adalah
hadis hasan gharib melalui jalan ini.

3
Maksudnya seorang yang berada dalam perlindungan dan jaminan Allah adalah
seorang yang terpelihara diri dan hartanya maka tidak sesiapapun yang melanggar
kehormatannya.
4
Sesiapa yang mengerjakan Solat Subuh secara berjemaah, sebagaimana dalam
riwayat Imam Muslim daripada Jundub bin Abdullah bin Sufyan al-Bajali.
Disebutkan sembahyang Subuh kerana lebih sukar dan tentu sekali dia dapat
mengerjakan sembahyang lain. Tidak ada siapa yang berterusan mengerjakannya
kecuali seorang yang tulus ikhlas imannya. Perlindungan melainkan sembahyang
Subuh ini penting kerana manusia setelah menunaikan sembahyang Subuh
memerlukan kepadanya untuk menjalani kehidupan. Ada yang keluar pergi bekerja
di serata tempat dengan pelbagai keadaan. Kadang-kadang terjadi perkara yang
menggugat dirinya kerana pencampuran dan pergaulan dengan orang ramai.
5
Yakni jaminan perlindungan Allah dengan erti dia terjamin dari sebarang fitnah
yang boleh menggugat iman dan agamanya. Orang seperti itu akan mendapat
perlindungan Allah. Walau bagaimanapun, sesiapa yang tidak melakukan
sembahyang Subuh sebenarnya dia telah melanggar perjanjiannya dengan Allah
dan boleh dicela kerana itu. Hadis ini juga menjelaskan kelebihan sembahyang
Subuh.
6
Seorang itu pasti ditangkap oleh Allah dan dia tidak dapat melepaskan diri dari-
Nya walaupun sedikit. Dalam riwayat Muslim ada tambahan, kemudian Dia akan
menghumbankan dalam neraka Jahanam.
7
Muslim: Al-Tirmizi: 222.
2

Anda mungkin juga menyukai