Anda di halaman 1dari 2

ْ ‫اّلل َو ُه َو‬

َّ ْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ْ َ ْ َ َّ َ ُ ُ ْ ‫العز‬ َ ُ ْ َ َ َ َّ َ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ َّ َ
‫اب ُن‬ ِ ‫ عن عب ِد‬،‫ عن عم ِرو ب ِن أ ِِب عم ٍرو‬،‫يز بن ُمم ٍد‬ ِ ِ ‫ حدثنا عبد‬:‫حدثنا قتيبة قال‬
َ َ َّ َ ُ َّ َّ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ َ‫ َع ْن ُح َذ ْي َف َة بْن ايل‬،‫ِل‬ َ ُّ َ ْ َ
َ ‫األ ْش‬ َ ْ َّ ْ َ
:‫اّلل َعليْ ِه َو َسل َم قال‬ ‫اّلل صَّل‬ ِ ‫ول‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ، ‫ان‬
ِ ‫م‬ ِ ُّ
ِ ‫ه‬ ‫اري‬
ِ ‫عب ِد الرْح ِن األنص‬
ُ ُْ َ ُ َ َْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ َّ َ ُ َ َّ ُ ُ َ َ َ َْ َّ َ
‫ َويَ ِرث دنيَاك ْم‬،‫ َوَتتَ ِ ُِلوا ِبأ ْسيَا ِفك ْم‬،‫امك ْم‬ ‫اَّلي نف ِِس ِبي ِدهِ َل تقوم الساعة حَّت تقتلوا ِإم‬ ِ ‫«و‬
َ َ َ َ ْ ُ ُ ْ َ َ َّ ٌ َ َ ٌ َ َ َ ْ ُ ُ َ
‫يث ع ْم ِرو ب ْ ِن أ ِِب ع ْم ٍرو‬ ِ ‫ هذا ح ِديث حسن ِإنما نع ِرفه ِمن ح ِد‬:»‫ِشاركم‬ ِ

2170 - Qutaibah bin Sa’id menceritakan kepada kami katanya, Abdul al-
Aziz bin Muhammad1 menceritakan kepada kami daripada ‘Amr bin Abi
‘Amr2 daripada Abdullah al-Ansari al-Asyahali3 daripada Huzaifah bin al-
Yaman bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: Demi yang nyawaku di Tangan-
Nya, tidak akan berlaku Kiamat sehingga kamu membunuh pemimpin
kamu, kamu menyerang sesama kamu dengan pedang kamu dan dunia
kamu diwarisi oleh orang-orang jahat4 dari kalangan kamu.5

Ini adalah hadis hasan. Kami hanya mengenalinya melalui hadis ‘Amr bin
Abi ‘Amr.

1
al-Darawardi seorang yang saduq. Beliau menyampaikan hadis melalui kitab
orang lain lalu berlaku waham dan tersalah. Hadiz Ibn Hajar dalam Hady al-Sari
mengatakan, Ibn Ma’in dan Ibn al-Madini menyatakan beliau seorang thiqah.
Ahmad berkata, beliau terkenal sebagai penuntut hadis. Apabila beliau membaca
daripada kitabnya sendiri maka riwayatnya sahih. Apabila menyampaikan hadis
melalui kitab orang lain maka beliau waham dan melakukan kesalahan.
2
Hafiz Ibn Hajar menyatakan beliau seorang yang thiqah dan kadang-kadang
berlaku waham kepadanya. Al-Nasa`i mengatakan beliau bukanlah seorang yang
kuat dalam hadis meskipun Malik ada meriwayatkan daripada beliau.
3
Ibn Hajar mengatakan beliau seorang maqbul.
4
Orang-orang zalim menguasai kerajaan dan kekayaan negara.
5
Jika masyarakat gagal untuk melaksanakan prinsip menyuruh kebaikan dan
melarang kemungkaran, perselisihan dalaman akan berleluasa dan akan sampai
ke kemuncaknya, rakyat akan memberontak terhadap pemerintah mereka. Mereka
juga akan berperang antara satu sama lain, dan orang yang paling teruk akan
menguasai kekayaan negara. Umat ini hanya layak mendapat gelaran sebagai
ummat yang terbaik apabila mereka tegak di atas prinsip amar makruf dan nahi
mungkar di kalangan mereka.
Peringatan penting, kata Maulana Sa’id Palanpuri, hadis ini tidak boleh dikaitkan
pembunuhan Sayyidina Uthman kerana yang mewarisi beliau adalah Sayyidina
Ali bin Abi Talib, beliau adalah pemimpin yang soleh.
1
ٌ َ‫ب‬
‫اب‬

Bab6
ُ َ ْ َ ُ ْ َ ْ َ َ َ ُ ْ َّ َ ُ ْ َ ُ ْ ُ َ َ َّ َ َ َ ُ ْ َ‫َح َّد َثنَا ن‬
‫ ع ْن أ ِّم‬،‫ْي‬ َ
ٍ ‫ عن نافِ ِع ب ِن جب‬،‫ عن ُمم ِد ب ِن سوقة‬،‫ حدثنا سفيان‬:‫ِم قال‬ ُّ ِ ‫َع اجل َ ْه َض‬
ٍّ َ ‫ْص ْب ُن‬
ٍِ
َّ َ َ َ َ َ َ ُّ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ ُْ َّ َ ْ َ َ َ َ ُ َّ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ َّ َ َ َ َ َ
‫يه ُم‬ِ ‫ف‬
ِ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ل‬ : ‫ة‬‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫م‬ ‫أ‬ ‫ت‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫م‬‫ه‬ِِ ‫ب‬ ‫ف‬ ‫س‬ ‫ُي‬ ‫ي‬ ‫اَّل‬
ِ ‫ِب صَّل اّلل علي ِه وسلم أنه ذكر اجليش‬ ِّ ‫ عن انل‬،‫سلمة‬
ِ ِ
َ َ ُ ُ َّ َ َ ْ ُ
:»‫ « ِإن ُه ْم يبْ َعثون َلَع ِنيَّاتِ ِه ْم‬:‫المك َر ُه؟ قال‬

2171 – Nasr bin ‘Ali al-Jahdami menceritakan kepada kami katanya, Sufyan
menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin Suqah daripada
Nafi’bin Jubair daripada Ummu Salamah daripada Rasulullah ‫ ﷺ‬bahawa
baginda menyebut tentera yang ditelan bumi. Ummu Salamah berkata,
boleh jadi di kalangan mereka ada yang dipaksa?7 Baginda menjawab,
sesungguhnya mereka akan dibangkitkan mengikut niat masing-masing.8
َ َ َ َُْ ْ َ ْ َ ُ َ َ َ َ ُ ْ ََ ْ َ َ َ ْ ٌ َ ٌ َ َ ٌ َ َ َ
،‫ ع ْن ََعئِشة‬،‫ْي‬
ٍ ‫ وقد ر ِوي هذا احل ِديث عن نافِ ِع ب ِن جب‬،‫هذا ح ِديث حسن غ ِريب ِمن هذا الوج ِه‬
َّ َ ُ َّ َّ َ ِّ َّ َ
‫اّلل َعليْ ِه َو َسل َم‬ ‫أي ْ ًضا َع ِن انل ِِب صَّل‬

Ini adalah hadis hasan gharib melalui jalan ini. Hadis ini juga diriwayatkan
Nafi’bin Jubair daripada Ummu Salamah daripada Rasulullah ‫ﷺ‬.

6
Sesetengah nuskhah hadis ini masih dalam bab sebelumnya. Manakala dalam
nuskhah Ahmad Syakir terdapat bab tanpa tajuk. Jika diterima ia sebagai bab yang
tersendiri maka tajuk yang sesuai ialah amaran keras kerana meninggalkan amar
makruf dan nahi mungkar atau kebinasaan dalam bentuk ditelan bumi jika
meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar.
7
Dikerah supaya keluar berperang.
8
Hadis menjelaskan bahawa apabila orang jahat berada dalam majoriti dalam
masyarakat, dan sesetengah orang mendapati diri mereka terpaksa menyokong
mereka, kedua-dua jenis orang akan mengalami hukuman di dunia ini, tetapi pada
Hari Penghakiman, mereka akan dihukum mengikut apa yang mereka niatkan.
Jika seseorang berkemampuan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar
dalam perkara yang wajib dan kuat pada jangkaannya ia amat berguna maka ia
menjadi wajib. Jika ia dalam perkara yang sunnat maka hukumnya sunnat. Jika
berat pada sangkaannya ia tidak memberi faedah kepada orang yang disuruh atau
dilarang atau bimbang menyebabkan mudarat maka ia walaupun dalam perkara
yang wajib maka amar makruf dan nahi mungkar tidak menjadi wajib.
Bagaimanapun, jika seseorang itu bersungguh-sungguh untuk islah maka dia akan
mendapat ganjaran pahala yang besar. (Tuhfah al-Alma’i, jil. 5, hal. 538)
2

Anda mungkin juga menyukai