Anda di halaman 1dari 1

Si Katak Pekak

Tersebutlah kisah, pada zaman dahulu. Di hujung kampung Pasir Dua Butir. Ada sebuah perigi tua.
Perigi itu, dulunya adalah nadi penting buat penduduk kampung. Ia sumber utama penduduk
kampung mendapatkan bekalan air. Sangat besar jasa perigi itu pada penduduk kampung. Di situ lah
tempat ibu – ibu mengambil air untuk menanak nasi, disitu juga tempat anak- anak mandi dan disitu
jugalah tempat permainan anak – anak kecil.

Tapi kini khidmat perigi itu tidak diperlukan lagi kerana penduduk kampung telah mendapat bekalan
air paip ke setiap rumah. Setiap rumah sudah ada tangki. Tinggallah perigi itu tak terurus. Semak naik
tinggi. Orang sudah takut untuk pergi ke situ.

Katak bermaharajalela. Di dalam perigi yang semakin tohor dan mengering airnya itu menjadi rumah
mereka. Ia menjadi tempat bertelurnya katak- katak baru. Dipendekkan cerita, lahirlah katak- katak
generasi baru didalamnya.

Takdir Tuhan, kemarau menjelang. Belum sempat anak- anak katak keluar dari perigi, air sudah
semakin kering. Terperangkaplah berpuluh- puluh ekor anak katak di dalam perigi itu. Sumber
makanan semakin sedikit. Kulit semakin kering. Hanya satu cara untuk meneruskan hidup. Keluar
dari perigi kering itu.

Tapi sayangnya, tebing terlalu tinggi. Tak tercapai dengan kudrat katak- katak untuk melompat
keluar. Aduhai, kesian.

Hari ke hari, bila perigi semakin menyiksakan, si katak masing- masing mencuba untuk keluar. Ada
yang cuba melompat. Ada yang cuba memanjat. Tapi semuanya tidak berjaya.

Anda mungkin juga menyukai