Anda di halaman 1dari 1

SKRIP PENTOMEN

TAJUK : TITISAN DARAH PAHLAWAN

Babak 1:

Pada zaman penjajahan British, banyak tempat di Tanah Melayu telah menjadi naungan British. British sentiasa
berusaha untuk memperluaskan tanah jajahan sehingga seluruh Tanah Melayu menjadi hak milik mereka.

*( Beberapa orang berlakon sebagai pegawai British dan melakonkan prosesmemperluaskan tanah jajahan dan
meraikan kemenangan).

Babak 2 :
Dari hari ke hari tentera British semakin kejam. Orang Melayu sering ditindas, dipaksa dan diseksa dengan kejam
tanpa belas kasihan. Kaum Wanita ditangkap, kanak – kanak diculik dan dipaksa menjadi buruh kasar. Kaum
lelaki yang cuba melawan akan dibunuh dengan kejam
( Pelakon tentera British melakukan kekejaman terhadap orang melayu iaitu kanak – kanak, kaum Wanita dan
lelaki )

Babak 3 :
Namun, masih ada orang Melayu yang berani menentang kekejaman tentera British. Mereka
adalah orang Melayu berdarah pahlawan. Dalam masa tentera British rakus melakukan
penindasan dan kekejaman terhadap orang Melayu, muncul pahlawan yang gagah berani
menentang British. Dengan berpegang teguh pada ajaran Islam, mereka melawan musuh tanpa
rasa takut dan gentar. Pahlawan – pahlawan ini berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Skrip tokoh pahlawan.


( Pelakon pahlawan melakukan aksi berlawan dengan tentera British )
Tokoh 1 : Mat Kilau
Tokoh 2 : Dato’ Maharajalela
Tokoh 3 : Dato’ Bahaman
Tokoh 4 : Tok Gajah

Anda mungkin juga menyukai