Anda di halaman 1dari 19

PEMARKAHAN

KBD60204

KURIKULUM PENDIDIKAN BERMASALAH PENDENGARAN

M212 PCS

TUGASAN 1: INDIVIDU

ULASAN ARTIKEL

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM NO TELEFON

FARAH DIANA BINTI AHMAD


JAFFERY M20211002932PENDIDIKAN KHAS 011-29133944

1
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3-4

2.0 RINGKASAN ARTIKEL 3-17

4.0 KESIMPULAN 17

5.0 RUJUKAN 18-19

2
Pengenalan
Masalah pendengaran atau pekak diklafikasikan sebagai kekurangan fizikal pancaindera
yang menghalang seorang itu daripada menerima sebarang betuk ransangan bunyi dalam
semua keadaan atau sesetengah keadaan (Katz, Mathis dan Merrill, 1978). Murid
bermasalah pendengaran dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas (MBK) dan
dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas. Menurut Stephen P.Quigkley
& Robert E.Kreschmer ,(1982) “kanak kanak atau orang dewasa yang pekak iaitu
seseorang yang tahap pendengarannya teruk (19dB atau lebih) terutamanya saraf
sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. Secara ringkasnya, menurut Asiah
(2012) darjah tahap kehilangan kehilangan pendengaran terbahagi kepada lima tahap. Bagi
individu yang normal tahap pendengaran adalah dari 0-25 dB. Seterusnya tahap
kehilangan pendengaran dari 26-54 Db dikategorikan sebagai tahap ringan. Manakala
tahap sederhana pula adalah dari 55-69dB. Seterusnya, tahap teruk adalah 56-70dB. Dan
tahap terakhir yang dikategorikan sebagai tahap paling teruk adalah 71-90Db.
Namun begitu, dengan kekurangan yang ada pada murid bermasalah pendengaran
ini tidak menghalang mereka untuk mendapatkan hak yang sewajarnya di dalam
pendidikan. Seperti kebanyakan murid berkeperluan khas yang lain, murid bermasalah
pendengaran ini juga sebenarnya mengikuti sukatan kurikulum yang sama seperti murid
normal yang lain. Pendidikan adalah proses pembelajaran dan pengubahsuaian yang
diakibatkan oleh sistem sekolah dan pengalaman lain yang berkaitan manakala sistem
pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dalam pengajaran yang direka cipta
untuk murid yang mempunyai ciri-ciri keperluan pembelajaran yang unik.
Di dalam Falsafah Pendidikan Khas sendiri mempunyai matlamat yang sama
dengan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu menyediakan perkembangan optimum kanak-
kanak dengan keperluan keperluan pendidikan khas khususnya kanak-kanak bermasalah
pendengaran agar murid ini dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari,
berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri
dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat pendengaran. Justeru itu, pendidikan bagi
murid-murid dengan keperluan bermasalah pendengaran adalah sebahagian daripada
perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Menurut Jamila K.A. Mohamed
(2006) murid-murid ini diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan

3
murid-murid normal dan pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas
dan disokong dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid ini
mampu memperolehi pencapaian yang optimum. Murid pendidikan khas bagi masalah
pendengaran ini juga menjalankan aktiviti yang telah diubahsuai kandungan kurikulum di
mana, aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa lisan diubahsuai kepada
penggunaan komunikasi keseluruhan yang menggabungkan lisan, isyarat, gerak badan dan
mimik muka. Menyedari keadaan dan situasi murid bermasalah pendengaran yang semakin
mendapat perhatian ini, banyak kajian yang telah dilakukan bagi mengetahui lebih
mendalam mengenai kurikulum murid bermasalah pendengaran.

1.0 Ringkasan Artikel


1.1 Artikel 1: PELAKSANAAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
DAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU BAGI MURID
PRASEKOLAH BERMASALAH PENDENGARAN
Tidak dinafikan kemahiran membaca dan menulis adalah satu kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh semua murid sebelum ke peringkat pengajaran yang lebih tinggi. Bagi
mata pelajaran bahasa Melayu sendiri , mata pelajaran ini merupakan salah satu mata
pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid. Keupayaan membaca dan menulis yang
merupakan sebahagian daripada kemahiran berbahasa merupakan asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah
(Abdul Rasid 2011). Para penyelidik berpendapat jika kemahiran literasi membaca dan
menulis tidak diperoleh dan dikuasai dengan mahir, risiko kanak-kanak untuk gagal dalam
sistem persekolahan akan meningkat (Whitehurst & Lonigan 2001). Ini tidak terkecuali
untuk murid bermasalah pendengaran juga. Dengan keadaan mereka sudah tentu agak
menyukarkan mereka disebabkan kesukaran mendapatkan akses bahasa yang mempunyai
kaitan dengan literasi.
Menurut kajian yang banyak dilaksanakan sebelum ini, pencapaian murid
bermasalah pendengaran di dalam akademik masih berada di tahap yang sangat rendah.
Lembaga Peperiksaan juga telah melaporkan bahawa ramai murid bermasalah pendengaran
tidak berupaya memberi jawapan yang dikehendaki dalam soalan peperiksaan dan ini
memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka (LPM 2006). Masalah pencapaian
akademik yang rendah ini mempunyai kaitan rapat dengan penguasaan Bahasa Melayu
dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Disebabkan hal ini, satu langkah proaktif
perlu dilaksanakan bagi membantu dan sekaligus mengatasi masalah murid bermasalah

4
pendengaran ini dari akar umbi lagi, iaitu dengan memberi fokus khusus terhadap
kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu bagi murid bermasalah pendengaran itu
sendiri. Intervensi awal dalam aspek membaca dan menulis merupakan aspek yang sangat
penting bagi murid kategori ini. Dalam konteks pendidikan di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia, program prasekolah yang disediakan untuk murid bermasalah
pendengaran merupakan ruang dan peluang bagi memastikan murid mendapat pendedahan
awal dalam kemahiran membaca dan menulis.
Bagi mengetahui pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu bagi murid bermasalah pendengaran satu kajian telah dilaksanakan oleh
oleh tiga orang pengkaji iaitu Jamilah K.A.Mohamed Kutty, Mohd Hanafi Bin Mohd
Yassin, dan Rosadah Abd Majid dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang dijalankan
pada tahun 2012. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pengajaran kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu bagi murid bermasalah pendengaran.
Pelaksanaan pengajaran tersebut diteroka melalui: (i) tanggapan guru terhadap keupayaan
belajar murid, (ii) jangkaan guru terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membaca
dan menulis, dan (iii) aktiviti kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu yang
dilaksanakan bagi murid bermasalah pendengaran
Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kualitatif kajian kes dengan
melibatkan 12 orang guru prasekolah yang mengajar di 12 buah Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas di 8 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan
teknik temu bual dan pemerhatian pengajaran. Temu bual dijalankan sebelum dan selepas
pengajaran. Proses pengumpulan data mengambil masa selama 8 bulan. Data dianalisis
menggunakan kaedah perbandingan berterusan, dengan berbantukan perisian NVivo8 bagi
memudahkan pengkaji menyusun data. Bagi menentukan kebolehpercayaan data temu
bual, pengkaji menggunakan kaedah semakan rakan, semakan peserta kajian dan semakan
pakar. Semakan pakar dijalankan dengan menggunakan kaedah pengiraan Indeks
Kebolehpercayaan Cohen Kappa (Yin Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 117 Malay
Language Education Journal (MyLEJ) 2003).
Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tanggapan guru itu
sendiri memperlihatkan bahawa majoriti guru guru prasekolah berpendapat murid
prasekolah bermasalah pendengaran sukar untuk belajar kemahiran literasi khususnya bagi
kemahiran membaca. Keadaan ini dikaitkan dengan ciri-ciri murid bermasalah
pendengaran yang mereka nyatakan sebagai kesan daripada masalah pendengaran yang
memberi akibat kepada kesukaran untuk membaca. Antara ciri-ciri yang dinyatakan ialah

5
kurang pengetahuan sedia ada, mudah lupa, kurang tumpuan, tidak bertutur, tidak dapat
mendengar dan mempunyai ingatan jangka pendek. Malah terdapat juga peserta kajian
(PK) atau guru yang berpendapat murid memulakan persekolahan tanpa apa-apa
pengetahuan dan kemahiran. Hal ini sebenarnya memberikan kesan kepada tahap
pencapaian murid bermasalah pendengaran itu sendiri. Ketidakupayaan mereka akan
menambahkan keyakinan mereka bahawa mereka percaya yang mereka tidak mampu
untuk menguasai kemahiran literasi. Tanggapan seperti murid mudah lupa, tidak
memahami apa yang diterangkan oleh guru, dan tidak mempunyai asas langsung dalam
bahasa adalah antara tanggapan biasa yang selalu diperkatakan oleh guru. Disini peranan
seoarang guru untuk cuba mencari kaedah kaedah yang lebih menarik dalam mengajar
anak anak bermasalah pendengaran ini. Kaedah pengajaran guru perlu diperbagaikan agar
murid lebih tertarik dan sekaligus lebih cepat menangkap isi pengajaran yang disampaikan.
Kemahiran menggunakan bahan bantu seperti multimedia juga perlu dipertingkatkan oleh
guru guru agar pengajaran menjadi lebih menarik bagi murid murid bermasalah
pendengaran ini. Tanggapan terhadap diri sendiri sebagaimana yang telah dinyatakan oleh
orang biasa iaitu `tiada bahasa, tiada pertuturan, tidak mendengar, tiada budaya dan pelik.
Jelas sekali, apa yang disampaikan kepada murid berkenaan ciri ciri mereka menerusi
tingkah laku serta tutur kata guru, terbenam dalam diri dan menyebabkan mereka juga
mempunyai tanggapan yang sama terhadap diri sendiri. Fenomena ini adalah sesuatu yang
mesti dibendung kerana tanggapan yang negatif dapat mematahkan semangat serta
motivasi murid untuk belajar. Murid yang tidak bermotivasi untuk belajar tidak akan
mengambil peluang untuk bertanya guru bagi sebarang tujuan pembelajaran.
Selain itu. jangkaan pencapaian guru terhadap pencapaian murid bermasalah
pendengaran adalah ditahap yang rendah. Ini sebenarnya sangat mempengaruhi
terutamanya sewaktu sesi pengajaran dilaksanakan. Guru akan cenderung memberikan
pengajaran pada tahap kognitif yang lemah kerana menjangkakan bahawa murid tidak akan
mampu untuk menguasai isi pengajaran sama seperti murid biasa yang lain. Ini juga
sekaligus membuatkan murid murid bermasalah pendengaran tidak akan mampu
memperkembangkan kemahiran bahasa sedia ada mereka. Sebagai contoh, kemahiran
mengenal huruf yang berulang kali dilaksanakan membuatkan murid bermasalah
pendengaran tidak mempunyai peluang untuk berlatih dalam proses yang sepatutnya dalam
bidang bahasa seperti mempelajari perbendaharaan kata dalam konteks ayat. Kekurangan
peluang seperti ini juga yang menyebabkan murid bermasalah pendengaran gagal untuk
menguasai kemahiran literasi seperti membaca dan menulis. Pengajaran yang menekankan

6
pengetahuan abjad semata-mata dan perbendaharaan kata tunggal tidak dapat membantu
murid memahami penggunaan perkataan mengikut konteks. Ini juga mungkin berlaku
kerana tanggapan guru terhadap keupayaan belajar murid itu sendiri. Majoriti guru
menyatakan murid mudah lupa sekiranya diberi pengajaran dalam bentuk ayat. Kesannya
perbendaharaan kata murid adalah terhad, malah pengajaran tidak dilaksanakan dalam
konteks sebenar yang dapat membantu pemahaman murid.
Selain itu dapatan lain kajian ini juga menyatakan bahawa aktiviti aktiviti membaca
dan menulis bagi murid bermasalah pendengaran ini adalah berbentuk tradisonal. Aktiviti
pengajaran tradisonal ini sebenarnya mempengaruhi keupayaan murid bermasalah
pendengaran untuk memahami dengan lebih jelas isi pengajaran yang disampaikan oleh
guru. Sebagai contoh teknik mengingat huruf dan kod tanpa menggunakan strategi
berasaskan visual sudah tentu akan menyukarkan murid itu sendiri. Ini mungkin terjadi
kerana keadaan guru yang tidak mendapat pendedahan yang mencukupi dalam aspek
pengajaran bagi murid bermasalah pendengaran. Ini jelas menunjukkan bahawa guru
prasekolah yang mengajar murid bermasalah pendnegaran ini memerlukan latihan khusus
dalam aspek pengajaran kemahiran membaca dan menulis khusus bagi murid bermasalah
pendengaran. Pengajaran yang berbentuk hafalan, latih tubi dan terhad kepada perkataan
tertentu sahaja tanpa mengaitkan dengan situasi kehidupan sebenar murid bukan sahaja
mengurangkan minat untuk belajar, malah berkemungkinan besar merupakan faktor yang
menyebabkan murid mudah lupa. Strategi pengajaran yang bercorak tradisional juga tidak
sesuai dengan keperluan pembelajaran murid bermasalah pendengaran. Mereka
memerlukan pengajaran yang melibatkan penglibatan aktif bagi membantu mereka
memberi tumpuan dan mengukuhkan daya ingatan. Selain itu, penggunaan bahan bantu
yang bersesuaian adalah sangat penting. Kebanyakan guru yang mengajar murid
bermasalah pendengaran ini menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan buku cerita
sebagai medium untuk mengajar adalah disebabkan buku cerita yang terdapat di kelas
adalah tidak sesuai kerana mengandungi ayat yang panjang, murid tidak memahami kod,
murid tidak dapat memberi tumpuan ketika guru bercerita, guru tidak yakin murid
memahami apa yang diceritakan dan guru tidak mengetahui cara sebenar untuk mengajar
bercerita kepada murid.
Kesimpulannya, guru prasekolah yang mengajar murid bermasalah pendengaran ini
sewajarnya perlulah dibantu dari sudut pengukuhan pengetahuan dalam kaedah pengajaran.
sokongan dan latihan berterusan adalah sangat diperlukan agar tanggapan guru guru ini
terhadap murid bermasalah pendengaran dapat diubah dan sekaligus keyakinan dapat

7
dipupuk terhadap keupayaan murid itu sendiri. Kerjasama antara ibu bapa dan guru juga
perlu ditingkatkan agar kesinambungan pengajaran literasi ini seimbang dan bukan hanya
terjadi di sekolah saja. Kemahiran literasi ini sewajarnya perlu dikuasai seawal yang
mungkin kerana kemahiran literasi ini adalah tunjang utama dalam kesemua aspek seperti
sosial, emosi dan fizikal.

1.2 Artikel 1: KOMUNIKASI DALAM PEMAHAMAN KONSEP SENI VISUAL


SEMASA PROSES PEMBELAJARAN MURID MASALAH PENDENGARAN.
Komunikasi dalam pendidikan adalah satu perkara yang sangat penting. Ini kerana
ianya menjadi tunjang kepada keberkesanan penyampaian isi pengajaran itu sendiri.
Komunikasi di dalam pengajaran juga akan menjadikan isi pengajaran yang disampaikan
menjadi lebih menarik walaupun mungkin matapelajaran yang diajar itu agak sukar
kandungannya kerana mempunyai istilah istilah dan kod abstrak. Matapelajaran seni visual
adalah satu matapelajaran yang sepatutnya mampu menarik minat murid murid sewaktu
proses pengajaran disampaikan. Tidak terkecuali bagi murid bermasalah pendengaran.
Keperluan mereka terhadap seni tidak boleh dinafikan. Ini selari dengan Deklarasi Hak
Asasi Manusia Sejagat menyebut mengenai hak asasi manusia dan hak kanak-kanak di
dunia yang menggariskan dalam perkara 27, “…Setiap orang berhak secara bebas
mengambil bahagian dalam kehidupan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian
dan berkongsi dalam kemajuan sains dan faedahnya.” Office of the High Commissioner for
Human Rights (OHCHR) (1990) Merujuk perkara tersebut, semua manusia di dunia diberi
peluang untuk terlibat dalam kerja-kerja seni termasuk golongan kurang upaya sama ada
dewasa atau kanak-kanak. Ia juga dinyatakan dalam Sustainable Development Goals
(SDGs4) tentang kesamarataan dalam pendidikan, begitu juga dengan murid masalah
pendengaran yang layak mendapat pendidikan berkualiti. Di Malaysia, MMP
menggunakan kurikulum pembelajaran yang sama dengan murid normal bagi menghargai
kepelbagaian yang terdapat pada diri mereka.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa murid bermasalah pendengaran ini
mempunyai masalah dan kesukaran untuk memahami konsep seni visual dalam subjek
Pendidikan Seni Visual (PSV). Ini mungkin disebabkan penyampaian dan kefahaman
murid tidak selari disebabkan kekangan komunikasi itu sendiri. Ini dibuktikan oleh Andi
Husniati et al. (2020) dalam kajiannya yang menyatakan terdapat kesukaran bagi MMP
membezakan bentuk. Mereka menganggap semua bentuk adalah sama melalui pemerhatian
mereka. Tahap kemampuan mereka mengenal pasti bentuk tidak mencapai tingkat

8
penguasaan disebabkan kefahaman terhadap konsep tidak dibentuk. Perkara ini terjadi
kerana murid tidak menguasai konsep pembelajaran. Maka sudah tentu agak sukar bagi
guru untuk memberi kefahaman dan memberi penerangan konsep tentang unsur seni (unsur
warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan ruang) dalam subjek PSV kepada murid
bermasalah pendengaran ini. Kefahaman terhadap konsep seni adalah sangat penting
kepada murid agar mereka dapat menghasilkan tugasan seni yang berkualiti di akhir PdP.
Kreativiti murid juga sepatutnya akan berkembang selari dengan kefahamanan murid
terhadap konsep seni itu.
Bagi melihat keadaan ini dengan lebih jelas satu kajian telah dilaksanakan oleh
Norzuraina Mohd Nor dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertajuk Komunikasi
Dalam Pemahaman Konsep Seni Visual Semasa Proses Pembelajaran Murid Bermasalah
Pendengaran. melihat bagaimana komunikasi dalam subjek Pendidikan Seni Visual (PSV)
dapat meningkatkan kefahaman murid masalah pendengaran (MMP) terhadap konsep seni.
Fokus kajian ini untuk mengenal pasti komunikasi dalam pemahaman konsep seni pada
MMP pada akhir PdP. Pensampelan melibatkan enam orang MMP yang berumur antara 11
dan 12 tahun yang menghasilkan tugasan mengikut tema yang diberikan, dan empat orang
guru yang mengajar PSV. Reka bentuk kajian kes digunakan dengan pendekatan kualitatif
berdasarkan kaedah pemerhatian, temu bual dan tugasan. Temu bual dibuat terhadap empat
orang guru seni yang mengajar di sekolah tersebut. Instrumen temu bual dibina merujuk
kepada beberapa bahagian antaranya latar belakang guru dan kepakaran, MMP,
komunikasi dalam pendidikan MMP, keberhasilan dalam penghasilan tugasan dan juga
proses PdP. Data dianalisis melalui proses catatan dan akan dijalankan triangulasi
menggunakan Nvivo.
Antara isu yang dapat dilihat di dalam kajian ini ialah Masalah Komunikasi antara
Guru dan Murid (Pengetahuan atau kemahiran dalam Bahasa Isyarat) itu sendiri. Terdapat
jurang kefahaman semasa berkomunikasi antara guru dan murid disebabkan masalah
ketidak selarian kefahaman, kurang pengetahuan berkaitan BMKT, bahasa isyarat slanga,
dan juga penggunaan kod isyarat yang dual makna. BMKT merupakan bahasa standard
yang ditetapkan KPM namun, kadangkala terdapat kod-kod yang jarang digunakan oleh
murid dan guru dan mengakibatan kadangkala kecelaruan di dalam penyampaian dan
kefahaman dalam komunikasi antara murid dan guru. Kadangkala satu simbol atau kod
isyarat tangan mewakili beberapa makna apabila tidak digayakan dengan tepat.
Penggunaan kod isyarat juga bergantung kepada gerakan yang tepat, sesuai dengan
keadaan dan faktor lain. Akibatnya, murid sukar memahami sesuatu yang kompleks dan

9
abstrak. Guru perlu menggunakan keperbagaian kaedah pengajaran agar tahap kefahaman
murid dapat dicapai semaksimum mungkin. Sebagai contoh, penggunaan bahan maujud
atau lukisan akan menambahkan kafahaman murid bermasalah pendengaran. Ini kerana
kadangkala murid bermasalah pendengaran ini tidak dapat menggunakan bahasa dalam
skop yang betul. Dengan penggunaan bahan yang lebih bersifat konkrit akan
menambahkan kefahaman murid bermasalah pendengaran. Konsep Seni Visual ialah
sesuatu yang kompleks dan perlu divisualisasikan untuk membina kefahaman. Ia disokong
oleh Zainuddin (2018) yang menyatakan pendekatan visual diperlukan untuk pembelajaran
MMP bagi membina kefahaman. Maka, guru mengunakan kaedah demonstrasi untuk
menunjuk cara bagi memberi kefahaman kepada MMP untuk menghasilkan tugasan
menggunakan teknik dan bahan yang betul. Selain itu, guru cuba membina kefahaman dan
memberi idea kepada murid bermasalah pendengaran dalam menghasilkan tugasan seni
melalui sesi demonstrasi yang telah ditunjukkan. Berdasarkan demonstrasi itu, murid dapat
mengaplikasikan teknik yang betul. Tanpa bantuan demonstrasi, murid bermasalah
pendengaran kurang memahami konsep seni, cara aplikasi media, teknik dan proses
menghasilkan tugasan. Selain itu suasana pengajaran juga sepatunya tidak hanya terhad di
dalam kelas sahaja. Ini bagi memberikan peluang pengalaman kepada murid sendiri untuk
melihat dengan lebih nyata dan jelas keadaan dalam konteks seni.
Seterusnya, isu lain yang dibincangkan di dalam artikel ini ialah masalah akademik
dimana murid bermasalah pendengaran ini mempunyai ingatan yang singkat. Mohd Hanafi
et al. (2015), menyatakan murid bermasalah pendengaran ini mengalami permasalahan
akademik kerana kemahiran intelektual mereka berkembang lebih lambat. Dapatan data
menunjukkan bahawa murid bermasalah pendengaran memerlukan pengulangan dalam
pembelajaran untuk membina kefahaman. Kefahaman yang dibina akan memudahkan
murid mengaplikasikan konsep seni dalam tugasan yang diberikan. Dapatan ini disokong
oleh Nik Hassan et al. (2016) yang menyatakan murid bermasalah pendengaran
menghadapi masalah dari segi mengingati sesuatu yang dipelajari. Ingatan mereka kepada
isi kandungan mata pelajaran atau apa yang disampaikan tidak akan bertahan lama dan
mudah lupa. Maka guru perlu mengulang pembelajaran berulang kali serta
memperlihatkan demonstrasi. Semakin banyak komunikasi antara guru dan murid, maka
kefahaman murid terhadap konsep seni dalam pembelajaran semakin kukuh sekaligus
membina keyakinan diri murid menghasilkan tugasan. Abd Mutalib dan Kanreng (2017)
menyatakan kelemahan menghasilkan tugasan pembelajaran adalah berpunca daripada
kurangnya latihan yang bersesuaian dan dapat membantu perkembangan keupayaan

10
berfikir. Kelemahan dalam keupayaan berfikir aras tinggi menyebabkan murid kurang
mampu berfikir dari aspek kognitif dan meta kognitif secara berkesan. Maka, bagi murid
bermasalah pendengaran perlu membuat sesuatu tugasan berkali-kali bagi membina
kefahaman yang lebih kukuh.

Seterusnya isu lain dalam artikel ini ialah silibus yang agak sukar digunapakai sama
dengan murid perdana.( Kefahaman murid dalam menyelesaikan tugasan seni) Nik Hassan
et al. (2016), silibus yang diguna pakai oleh MMP adalah tidak sesuai. Hal ini adalah selari
dengan pendapat Hamdi dalam Norzuraina (2015). Disebabkan itu, guru disarankan untuk
memodifikasi kurikulum tersebut mengikut keupayaan murid bermasalah pendengaran
bagi memudahkan kefahaman dalam PdP. KSSR (2017) menyatakan Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013, 8.(1)(c) yang menyatakan bahawa seseorang guru boleh membuat
pengubahsuaian kepada kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa yang
diperuntukkan bagi setiap aktiviti, susunan aktiviti dan bahan bantu mengajar.
Pengubahsuaian yang dibuat hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas. Selain itu,
penyampaian guru dan kefahaman murid tidak selari mengakibatkan kesalahfahaman
terhadap konsep seni. Guru juga mengenalpasti terdapat kesukaran bagi murid bermasalah
pendengaran membezakan bentuk. Mereka menganggap semua bentuk adalah sama
melalui pemerhatian mereka. Tahap kemampuan mereka mengenal pasti bentuk tidak
mencapai tingkat penguasaan disebabkan kefahaman terhadap konsep tidak dibentuk
( Ahmad Taufik, 2020). Perkara ini terjadi kerana murid tidak menguasai konsep
pembelajaran.
Isu yang terakhir ialah Pendekatan Kiu Visual Untuk Mengatasi Masalah Dalam
Komunikasi Subjek Pendidikan Seni Pendekatan kiu visual yang memaparkan bahasa seni
visual iaitu konsep seni yang berkesan memberi kefahaman kepada murid bermasalah
pendengaran. Norzuraina (2015) menyatakan bahawa penggunaan bahasa dalam
komunikasi membantu kanak-kanak membentuk idea, alat kepada perkembangan kendiri
dan sosial murid, membentuk hubungan sosial murid dan penggunaan bahasa amat dekat
dengan pemikiran. Kebolehan menguasai bahasa dapat mengekspresikan fikiran dengan
mengkomunikasikan pemikiran bagi membina kreativiti semasa menghasilkan tugasan .
Pendekatan komunikasi menggunakan kiu visual membuatkan murid bermasalah
pendengaran lebih mudah membina kefahaman terhadap konsep seni. Murid dapat
mengembangkan idea dan mengaplikasikan konsep seni dalam tugasan untuk
meningkatkan kreativiti seterusnya kualiti tugasan tersebut. Di sini dilihat peranan guru

11
memainkan potensi yang besar dalam komunikasi semasa PdP bagi memastikan
peningkatan kreativiti dan penghasilan tugasan murid dalam subjek ini. Melalui
komunikasi menyeluruh yang diamalkan dalam PdP dapat memahami konsep seni
seterusnya membina motivasi dan keyakinan kepada murid untuk menghasilkan tugasan.

Kesimpulannya, kualiti pembelajaran murid bermasalah pendengaran ini


dipengaruhi oleh komunikasi yang terjadi semasa proses PdP berlangsung. Mereka
cenderung kurang yakin dengan diri sendiri, merasa rendah diri, kurang bermotivasi, lemah
dalam kognitif, dan sukar memberi perhatian di dalam bilik darjah. Ini adalah antara
persepsi biasa bagi murid bermasalah pendengaran ini. disebabkan ini pendekatan yang
berbeza dan sesuai adalah perlu bagi memastikan murid ini dapat menguasai konsep
pembelajaran. Pemahaman terhadap konsep pembelajaran (konsep seni visual) terjadi
melalui pembelajaran yang berfokus hasil gabungan komunikasi seluruh menggunakan
pelbagai kaedah iaitu BMKT, gerak badan, lisan, ejaan jari,

1.3 Artikel 2: CABARAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN


PENDIDIKAN ISLAM KEPADA MURID KURANG UPAYA PENDENGARAN.
Pendidikan Islam merupakan satu matapelajaran yang wajib kepada murid yang
beragama Islam. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) seksyen 50, telah menetapkan bahawa
jika sesebuah institusi pendidikan itu terdapat lima atau lebih yang menganut agama Islam,
maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang yang
diluluskan oleh Pihak berkuasa Negeri (Maklumat Pendidikan Khas, 2007). Berdasarkan
perkara tersebut, setiap murid yang beragama Islam termasuk Murid Berkeperluan Khas
(MBK) kurang upaya pendengaran juga tidak terkecuali daripada mempelajari mata
pelajaran Pendidikan Islam. Murid Berkeperluan Khas (MBK) kurang upaya pendengaran
adalah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau
ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan
kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan pendengaran (Warta
Kerajaan Persekutuan, 2013). Kebiasaannya murid berkeperluan khas kurang upaya
pendengaran turut mengalami ketidakupayaan yang lain seperti pertuturan, bahasa dan
komunikasi.
Kelemahan dalam berkomunikasi dengan murid kurang upaya pendengaran ini
akan memberi kesan dalam proses pembelajaran mereka (Safani et al. 2005). Julia& Siti
Suhaila (2007), menyatakan masalah pendengaran merupakan kehilangan seluruh atau

12
sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah telinga. Masalah
utama kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kesukaran dalam pertuturan, bahasa dan
berkomunikasi secara lisan. Oleh yang demikian, komunikasi yang sesuai perlu digunakan
oleh guru dalam pengajaran Pendidikan Islam bagi MBK kurang upaya pendengaran.
Memandangkan MBK kurang upaya pendengaran tidak dapat berkomunikasi dengan baik
dan mempunyai tahap kehilangan pendengaran yang pelbagai, persoalan mengenai kaedah
komunikasi yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran Pendidikan Islam adalah
suatu yang perlu dikaji.
Berdasarkan keadaan ini saya telih memilih artikel yang bertajuk Cabaran
Komunikasi Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Kepada Murid Kurang Upaya
Pendengaran. Artikel ini ditulis oleh Izuli Dzulkifli, Asmawati Suhid, Fathiyah Mohd
Fakhruddin dan Nor Aniza Ahmad pada tahun 2020. Reka bentuk kajian ini merupakan
kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Instrumen yang digunakan adalah
temu bual separa berstruktur dan bagi mendapatkan data kajian. Jadual 1 menunjukkan
seramai lapan (8) orang guru dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah
Pendidikan Khas (SPK) telah dipilih menjadi responden. Pemilihan responden berdasarkan
persampelan bertujuan (purposive sampling) dan kriteria responden yang terpilih adalah di
kalangan guru yang mengajar Pendidikan Islam bagi MBK kurang upaya pendengaran di
Selangor dan berpengalaman mengajar Pendidikan Islam bagi MBK kurang upaya
pendengaran sekurang-kurangnya tiga tahun. Nama sebenar guru-guru yang menjadi
responden adalah dirahsiakan dan digantikan dengan kod, seperti contoh Guru pertama
yang menjadi responden dikodkan dengan G1.
Antara isu utama yang dibincangkan dalam artikel ini ialah kebanyakan guru yang
mengajar subjek pendidikan Islam bagi murid bermasalah pendengaran ini kurang mahir
dalam menggunakan bahasa isyarat. Penggunaan Bahasa Isyarat melalui KTBM dan BIM
adalah penting, apatah lagi untuk mengajar Pendidikan Islam kepada MBK kurang upaya
pendengaran. KTBM sendiri merupakan kaedah komunikasi utama yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun begitu Komunikasi Seluruh, Bahasa
Isyarat Malaysia, Bahasa Isyarat Islam dan ejaan jari juga dibenarkan untuk memudahkan
penyampaian pengajaran Pendidikan Islam. Tanpa pengetahuan dan asas yang kukuh
dalam kemahiran bahasa isyarat sudah tentu guru akan mengalami kesukaran dalam proses
menyampaikan isi pengajaran subjek pendidikan Islam.
Selain itu, antara isu utama yang diperolehi dari dapatan kajian ini juga ialah
perbezaan kod tangan bahasa melayu (KTBM) dan bahasa isyarat Malaysia (BIM) juga

13
menjadi faktor kepada ketidak konsisten guru dalam menggunakan kaedah komunikasi
sewaktu proses pengajaran. sesetengah guru terpaksa mengajar mengikut kesesuaian dan
kebiasaan murid namun perkara ini kadangkala memberikan kefahaman yang tidak jelas
kepada murid sendiri kerana perbezaan makna antara KTBM dan BIM itu sendiri.

Isu lain di dalam artikel ini juga ialah kekurangan kod dan isyarat tangan yang tidak
bersesuaian dalam pengajaran subjek pendidikan Islam itu sendiri. Walaupun kaedah
komunikasi yang berbagai telah digunakan oleh guru semasa proses pengajaran namun
begitu terdapat beberapa istilah yang sukar dijelaskan akibat dari kekurangan kod. Sebagai
contoh, ketiadaan kod yang mudah dalam menerangkan istilah abstrak di dalam
pembelajaran asas fardu ain menjadikan murid bermasalah pendengaran sukar untuk
memahami isi kandungan pelajaran pendidikan Islam.
Selain itu, antara isu lain di dalam kajian ini ialah kekurangan penggunaan kaedah
alternatif sewaktu mengajar murid murid bermasalah pendengaran ini. Seperti mana murid
murid normal yang lain mempunyai tahap keupayaan yang berbeza begitu juga bagi murid
murid bermasalah pendengaran ini. mereka mempunyai tahap keupayaan pendengaran
yang berbeza. Disebebkan itu, guru tidak boleh terikat dengan satu jenis teknik pengajaran
sahaja. Ini penting agar setiap murid dapat dibantu dengan sebaiknya.
Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid MBK kurang upaya pendengaran
perlulah dibantu dari kemantapan menggunakan kemahiran menggunakan bahasa isyarat.
Ini sangat penting agar kualiti penyampaian isi pengajaran subjek Pendidikan Islam itu
sendiri dapat disampaikan kepada murid dengan lebih baik. Selain itu, guru juga perlulah
menggunakan pelbagai kaedah alternatif sewaktu proses mengajar dan tidak terikat dengan
satu kaedah semata agar setiap murid yang berbeza dapat memaksimumkan tahap
keupayaan kefahaman mereka dalam subjek Pendidikan Islam itu sendiri.

Artikel 3: PENCAPAIAN BAHASA MELAYU MURID-MURID BERMASALAH


PENDENGARAN YANG BERKOMUNIKASI MENGGUNAKAN
PERTUTURAN KIU
Kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami ketidakupayaan untuk bertutur
dan lemah dalam penguasaan bahasa adalah disebabkan oleh ketidakupayaan mereka untuk
mendengar (Hallahan&Kauffman 1997). Reed (1994) pula mengatakan bahawa kanak-
kanak bermasalah pendengaran menunjukkan prestasi yang lemah dalam mata
pelajaran yang melibatkan penggunaan bahasa yang berpunca daripada ketidakupayaan

14
mereka untuk mendengar dan bertutur. Kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas
memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada kanak-kanak
tipikal. Antara kanak-kanak istimewa ini ialah mereka yang mempunyai masalah
pendengaran. Bagi sebahagian besar kanak-kanak bermasalah pendengaran, kaedah
komunikasi yang utama ialah bahasa isyarat. Namun begitu, terdapat satu lagi alternatif
lain untuk berkomunikasi dengan orang pekak ini iaitu melalui pertuturan kiu.
Pertuturan kiu merupakan satu kaedah pergerakan tangan yang dapat
membezakan bunyi-bunyi dengan melihat pergerakan bibir. Sebagai contoh, bunyi
huruf /p/, /b/ dan /m/ yang merupakan bunyi fitur distingtif seperti bunyi vokal dan
bunyi sengauan. Tangan akan digerakkan hampir dengan muka penutur sebagai cara
untuk mengenal pasti bunyi-bunyi fonem distingtif. Ia melibatkan empat kedudukan
tangan bagi membezakan 11 vokal Inggeris dan 8 bentuk tangan untuk membezakan 25
konsonan dengan penambahan pergerakan bagi sesetengah diftong. Visi pertubuhan pusat
ini ialah untuk memastikan setiap pelajar cacat pendengaran mendapat peluang yang
sama untuk mencapai kejayaan dalam perkembangan minda, sosial, pendidikan dan
kerjaya (Pusat Pertuturan Kiu).
Berdasarkan keadaan ini saya telih memilih artikel yang bertajuk Pencapaian
Bahasa Melayu Murid-Murid Bermasalah Pendengaran Yang Berkomunikasi
Menggunakan Pertuturan Kiu. . Artikel ini ditulis oleh Mohd Hanafi Bin Mohd Yassin,
Safani Bari,dan Nur Ain Bte Mt Hassan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Reka
bentuk kajian ini penyelidikan ini adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan
instrumen pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian dilakukan bagi melihat sendiri
proses sepanjang kajian dijalankan. Temu bual pula dijalankan bagi mendapatkan data
atau hasil kajian yang berkualiti. Sampel kajian terdiri daripada 6 orang pelajar bermasalah
pendengaran yang menggunakan pertuturan kiu, 4 orang penjaga pelajar sama ada ibu atau
bapa, seorang guru Bahasa Melayu dan 2 guru dalam subjek selain Bahasa Melayu iaitu
Cikgu Matematik dan Pendidikan Muzik. Kemudian, Guru Besar sekolah tersebut
turut ditemu bual. Ketiga-tiga pelajar yang dijadikan sampel kajian ini merupakan pelajar
tahap dua iaitu 2 pelajar dari tahun 4, 2 pelajar dari tahun 5 dan 2 pelajar dari tahun 6.
Pemilihan pelajar dilakukan secara rawak dengan tujuan melihat secara keseluruhan
pencapaian sampel pelajar yang dipilih. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap
pencapaian bahasa pelajar bermasalah pendengaran yang menggunakan pertuturan kiu
Antara dapatan kajian utama yang diperolehi dari artikel ini ialah pencapaian
berbahasa murid bermasalah pendengaran ini bagi subjek teras seperti Matematik, Bahasa

15
Melayu, dan Bahasa Inggeis adalah lebih baik daripada pencapaian murid pekak yang
menggunakan bahasa isyarat. Ini kerana penggunaan pertuturan Kiu memudahkan murid
bermasalah pendengaran untuk lebih memahami sesuatu isi pengajaran. keadaan ini akan
sekaligus memberi impak dan perubahan positif bagi murid murid bermasalah pendengaran
itu sendiri. Selain itu, antara dapatan utama yang diperolehi dari dapatan kajian ini juga
ialah tahap keyakinan dan keupayaan berbahasa murid semakin bertambah. Selain dari
aspek kurikulum, murid bermasalah pendengaran yang menggunakan bahasa pertuturan
Kiu juga menjadi lebih aktif dalam menyertai aktivit lain seperti sukan mahupun komputer.
Murid kiu lebih ke hadapan berbanding pelajar pekak yang menggunakan bahasa
isyarat. Beliau menyatakan bahawa murid berbahasa isyarat merasa rendah diri
apabila berada dalam komuniti. Keadaan ini diakui oleh Michael S. Stinson,
YufangLiu (1999) yang mengatakan bahawa murid bermasalah pendengaran seakan-
akan takut untuk berinteraksi dengan murid tipikal disebabkan tidak tahu cara untuk
berkomunikasi. Kenyataan ini disokong oleh Abdullah (2001) yang menyatakan
bahawa penggunaan bahasa yang berbeza antara murid pekak dengan murid tipikal
menyebabkan mereka menghadapi kesukaran berkomunikasi sesama mereka dan juga
berkomunikasi dengan masyarakat.
Dapatan lain di dalam artikel ini juga ialah sosialisasi murid pekak juga bertambah
baik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar pekak yang menggunakan kiu mudah
berinteraksi dengan orang di sekeliling mereka.Menerusi soalan mengenai sosialisasi
responden dengan rakan-rakan mereka mendapati bahawa 4 daripada 6 responden
mempunyai kawan di rumah.Keadaan ini menunjukkan pelajar pekak yang
menggunakan kiu mampu bersosial dan berkawan dengan pelajar tipikal. Kenyataan ini
disokong oleh Ruijs&Peetsma (2009) yang menyatakan bahawa semua pelajar sama
ada pelajar khas mahupun pelajar normal mempunyai hasrat dan kehendak yang sama
terhadap rakan sebaya.
Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahasa memainkan peranan
penting dalam pendidikan bagi pelajar bermasalah pendengaran. Pencapaian mereka
dalam akademik juga merosot ekoran perkembangan bahasa mereka yang sedikit lambat
berbanding murid biasa yang lain. Penggunaan bahasa pertuturan Kiu dilihat sangat
memberikan manfaat yang positif buat murid murid bermasalah pendengaran ini.

16
KESIMPULAN
Murid bermasalah pendengaran ini sewajarnya diberi peluang dan pengalaman yang sama
rata sama seperti murid biasa yang lain. Walaupaun kehilangan pendengaran bagi kanak-
kanak memberikan kesan terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut dan juga terhadap
prestasi persekolahannya. Perkhidmatan intervensi awal semasa perlu sentiasa
dibangunkan agar dapat disesuaikan dengan kanak-kanak dan keluarganya untuk menerima
intervensi awal yang lebih bersesuaian. Penggunaan kaedah dan komunikasi yang betul
akan memudahkan kefahaman murid bermasalah pendengaran untuk lebih memahami isi
pengajaran. Kumpulan sokongan seperti Ibu bapa, guru guru, masyarakat sekolah
seharusnya bekerjasama dalam membantu murid bermasalah pendengaran agar golongan
ini juga dapat berdaya saing dan mempunya peluang yang sama rata sama seperti murid
biasa yang lain.

17
Senarai Rujukan

Abd Mutalib, S., & Kanreng, M. Z. (2017). Pelaksanaan KBAT dalam pentaksiran formatif
bagi slot Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia: Kajian kes. Jurnal Pendidikan
Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1), 18 - 33.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.1.2.2017.

Andi Husniati, I., Ketut, B., Dwi Juniati, & Carol, L. L. (2020). Analysis of deaf students
understanding math concepts in the topic of geometry (rectangle shape): A case
study. Journal for the Education of Gifted Young Scientists.

Che Aleha, L. (2015). Pentaksiran berasaskan sekolah pendidikan seni visual sekolah
menengah. Thesis yang belum diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dzulkifli, Izuli & Asmawati, Suhid & Mohd Fakhruddin, Fathiyah & Ahmad, Nor Aniza.
(2020). Cabaran Komunikasi dalam Pengajaran Pendidikan Islam kepada Murid
Kurang Upaya Pendengaran. International Journal of Islamic Thought. 12. 13-26.
10.24035/ijit.18.2020.177.

Hanafi, Mohd & Yasin, Mohd & Bari, Safani & Ain, Nur & Mat, Bte & Pendidikan, Hassan.
(2013). PENCAPAIAN BAHASA MELAYU MURID-MURID BERMASALAH
PENDENGARAN YANG BERKOMUNIKASI MENGGUNAKAN PERTUTURAN
KIU.

Jamila K.A. Mohamed Kutty, and Mohd Hanafi Mohd yasin, and Rosadah
Abd.Majid, (2012) Pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca dan menulis
dalam bahasa melayu bagi murid prasekolah bermasalah pendengaran. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 111-
127. ISSN 2180-4842

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan


Pendengaran) Pendidikan Seni Visual Tahun 5. Penulis.

18
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Isyarat Komunikasi. Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohd Hanafi, M. Y., Safani, B., & Rabaishahazirun. (2015). Kemahiran sosial dan
akademik murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran. Proceeding: 7th
International Seminar On Regional Education

Mohd Nor, N. (2021). Komunikasi dalam pemahaman konsep seni visual semasa proses
pembelajaran murid masalah pendengaran. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, 10(1), 66-76. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.1.6.2021

Muhammad Aidil, A.(2018) Komunikasi dalam pendidikan. Al-Hadi.


Jurnal.Pancabudi.Ac.Id/Index.Php/Alhadi/Article/View/356>

19

Anda mungkin juga menyukai