Anda di halaman 1dari 21

TUGASAN / ASSIGNMENT

JANUARI 2021 SEMESTER

SUBJECT CODE : ECE311

SUBJECT TITLE : KANAK – KANAK BERMASALAH


PEMBELAJARAN
PROGRAMME : BACHELOR DEGREE / IJAZAH SARJANA MUDA

STUDENT’S NAME : MOHD YUSUF BIN ABDULLAH

MATRIC NO. : A30105170078

ACADEMIC : MOHD IKHWAN BIN BUJANG


FACILITATOR

LEARNING CENTRE : MINDA SIBU

1
BIL TAJUK MUKASURAT

1 BAHAGIAN A 3
2 BAHAGIAB B 5
3 BAHAGIAN C 12
4 BAHAGIAN D 20
5 RUJUKAN 22

2
BAHAGIAN A

kajian yang dibuat ini berbentuk kajian kes yang menggunakan reka bentuk single-
subject yang berfokus untuk mengekal serta meningkatkan satu tingkah laku sasaran dalam
kalangan murid bermasalah pembelajaran. Tingkah laku sasaran yang dipilih dalam kajian ini
ialah tumpuan. Pemilihan tingkah laku ini adalah kerana kecenderungan murid yang mudah
terganggu terhadap pelbagai rangsangan di persekitaran ketika mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Data tumpuan murid diukur secara peratusan melalui
pemerhatian dalam dua keadaan iaitu keadaan baseline dan keadaan intervensi. keadaan
baseline dalam kajian Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam Pembelajaran Murid
Bermasalah Pembelajaran

ini disebabkan keadaan dimana daya tumpuan sampel diukur semasa mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran biasa seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mereka.

Dapatan kajian adalah bersumberkan persoalan kajian yang ditetapkan iaitu bagi
melihat sejauh manakah daya tumpuan baseline sampel semasa mengikuti pengajaran dan
pembelajaran biasa dan pengajaran dan pembelajaran menggunakan origami. Selain itu,
dapatan kajian memaparkan perbandingan peratusan daya tumpuan sampel semasa fasa
baseline dan fasa intervensi.

kajian ini mendapati terdapat beberapa kelebihan daripada pengajaran origami yang
dapat menyumbang kepada keberkesanannya dalam meningkatkan daya tumpuan sampel
semasa keadaan intervensi. Penggunaaan origami dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
mampu menimbulkan perasaan ingin tahu murid terhadap bentuk yang terhasil daripada
lipatan-lipatan yang dilakukan. kedua-dua sampel dalam kajian ini menunjukkan minat yang
mendalam terhadap beberapa contoh origami yang ditunjukkan dengan membelek-belek
beberapa hasil origami yang telah disiapkan. Perasaan ingin tahu yang timbul mencetuskan
pemikiran tentang cara-cara pembuatannya seterusnya menyemai motivasi untuk murid
mempelajari sesuatu dan menghasilkan sesuatu. keazaman dan motivasi yang wujud dalam
diri murid membawa kepada tumpuan yang penuh sewaktu sesi pengajaran dan pengajaran
guru malah keyakinannya meningkat apabila boleh melakukannya sendiri.

nilai tumpuan yang disumbangkan oleh murid bermasalah pembelajaran adalah sangat
bermakna bagi meningkatkan kefungsian dan pembelajaran mereka. Dapatan kajian secara
keseluruhannya menunjukkan penggunaan origami yang mengetengahkan pembelajaran
secara hands-onmampu meningkatkan penglibatan murid sama ada secara fizikal dan mental.

3
Pengajaran origami yang seakan-akan bersifat sebuah permainan berstruktur mampu
meningkatkan kemahiran imaginasi, logik dan spatial murid bermasalah pembelajaran.
kemahiran komunikasi dan sosial turut dapat diperkembangkan melalui interaksi dua hala
yang wujud semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran origami. Oleh yang demikian,
berdasarkan dapatan yang diperolehi, pengkaji ingin mencadangkan bahawa penggunaan
origami dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah pembelajaran perlu
diketengahkan kerana implikasinya bukan sahaja kepada golongan murid ini sahaja tetapi
turut melibatkan peranan guru dan ibu bapa serta kurikulum. Pihak sekolah harus memberi
perhatian terhadap penggunaan origami sebagai bahan atau medium pengajaran utama
khususnya untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Penggunaan origami yang fleksibel
dan boleh diserapkan untuk mengajar pelbagai matapelajaran seharusnya menjadi pilihan
kepada guru untuk mengaplikasinnya kepada anak-anak murid mereka. Malah, kepelbagaian
kaedah yang boleh diaplikasikan semasa pengajaran origami sepertidemonstrasi, permainan,
tayangan video dan simulasi sepatutnya diberikan perhatian wajar oleh guru dalam mengajar
murid-murid bermasalah pembelajaran

BAHAGIAN B

“Langkah-langkah yang diambil membantu kanak-kanak bermasalah


pembelajarandisekolah saya”. (LEMBAM)Jenis-jenis masalahPendidikan merupakan
keperluan yang sangat penting pada zaman kini bagi menjanake arah pembangunan generasi
yang berwibawa serta generasi yang berbentuk abad ke-21.Pendidikan juga tidak hanya
tertumpu pada pelajar yang normal malah pendidikan juga amatmenitik beratkan pelajar yang
bermasalah kerana ini tujuan sebenar pendidikan bagimemastikan setiap generasi mendapat
pendidikan yang sama walaupun mempunyai beberapamasalah yang tidak dapat dielakkan
lagi. Pendidikan khas amat diambil berat kerana merekayang mendapat pendidikan ini
memerlukan pemerhatian yang sangat teliti bagi memastikanpelajar ini menerima pendidikan
standing pelajar yang normal. Selain itu, dalam AktaPendidikan 1996 juga turut
menghuraikan akta-akta pendidikan dan garis panduan yangberkaitan dengan Pendidikan
Khas di Malaysia dan terdapat tiga elemen yang utama iaituelemen pengajaran pemulihan,
kaedah pengajaran dan juga bahan bantu mengajar. Terdapat juga masalah-masalah
pembelajaran yang perlu diambil tindakan supaya pendidikankhas ini dapat dijalankan
dengan lancar. Antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah,kanak-kanak cerdas yang

4
mempunyai bakat istimewa serta pintar dan juga kanak-kanak yangcacat fizikal atau lebih
dikenali sebagai psikomotor atau neurosisi. Bagi masalah jenis ini,pelajar atau kanak-kanak
yang sedemikian tidak mempunyai minat terhadap perkara lainmelainkan lebih tertumpu
kepada perkara yang diminati atau bakat yang dimiliki sahaja. Inimenunjukkan bahawa
kanak-kanak ini hanya tertumpu pada benda yang menarik perhatianmereka dan lebih
menghabiskan masa terhadap perkara tersebut tetapi kanak-kanak inimerupakan pelajar yang
pintar juga. Bagi jenis masalah yang mempunyai kecacatan fizikalpula, mereka ini minat
untuk belajar tetapi berasa rendah diri kerana kekurangan yangterdapat pada anggota badan
mereka yang menghadkan segala pergerakkan meraka.Selain daripada itu, terdapat juga
kanak-kanak yang menghadapi kecacatan penglihatan danjuga kanak-kanak yang cacat
pendengaran serta masalah berkomunikasi. Bagi kanak-kanakyang menghadapi masalah
cacat penglihatan ini berpunca daripada baka atau keturunan,komplikasi semasa hamil dan
semasa lahir, rubela, sifilis, kecederaan atau penyakit. Terdapatjuga beberapa tahap kecacatan
yang dikenal pasti bagi kanak-kanak ini iaitu bermula dengan

sederhana, teruk dan sangat teruk. Untuk tahap sederhana yang mana mereka masih
bolehmelihat cahaya serta menjalankan aktiviti dengan bantuan seperti kanta. Seterusnya
untuktahap teruk pula mereka akan mengambil masa yang lama bagi menjalankan aktiviti
danmereka turut dibantu oleh alatan yang khas. Manakala bagi tahap sangat teruk, ini
bolehmengakibatkan mereka hadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti berbentuk visual
sepertimembaca. Seterusnya, terdapat juga kanak-kanak yang menghadapi masalah
kecelaruan tingkah lakuatau behavioural disorders dan juga kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Untukpenerangan lanjut, masalah kecelaruan tingkahlaku ini berpunca
daripada aspek kekeluargaancontohnya ibu bapa bercerai, kemiskinana dan sebagainya, yang
kedua ialah aspek pergaulanatau suasana di sekolah di mana kanak-kanak tidak bergaul
sesama rakan-rakan atau seringdiejek kerana kekurangan yang terdapat pada diri mereka.
Manakala, kanak-kanak yangbermasalah pembelajaran pula terdapat banyak jenis antaranya
ialah, Acalculia, Diskalkulia,Disleksia dan juga Disgrafia. Mereka ini menghadapi masalah
terhadap cara membaca,menulis, mengeja dan juga membezakan antara huruf dan nombor.
Terakhir sekali dalam jenismasalah ialah, kanak-kanak yang menghadapi kerencatan akal
atau mentally disorder. Kanak-kanak ini, turut dikenal sebagai sindrom down di mana mereka
ini menghadapi masalahjantung yang mengehadkan tenaga mereka, kesulitan dalam bertutur
dan juga lambat dalammenguasai kemahiran bertutur.Lembam (Slow Learner)Masalah
Pembelajaran Khusus Kanak-kanak lembam didefinisikan sebagai satu atau lebihkecelaruan

5
pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman ataupenggunaan
bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran mendengar,berfikir,
bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun begitu, masalah inibukanlah
berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor ataumasalah
mental. Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan
sebagaibeberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak
sempurna,seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak
yang

didefinisikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan


dalammenguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira serta adakalanya
mempamerkanmasalah/kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial.
Mereka tidakmempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar
lain. Justeru,mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah.
Prestasi merekamenunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam
kerja-kerja sekolah.Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur
mereka. Jikadibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka
menunjukkankelemahan yang nyata dalam pelajaran. Pelajar ini dapat dikesan melalui dua
petunjuk iaituwalaupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan.
Inidisebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda.
Contohnya,tahun dua hanya permulaaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya
sendiri. Pelajarini gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan
bahasa,pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vakasioanal.
Contohnyakemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan
biasa.Maksudnya, pelajar kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding
pengiraaanmatematik.Ciri-ciri kanak-kanak lembamKajian yang dijalankan oleh pakar
pendidikan khas kanak-kanak di eropahmengklasifikasikan ciri-ciri yang terdapat pada
kanak-kanak masalah pembelajaran khususlembam kepada: a.Ciri-ciri Kognitif Kanak-kanak
lembam menunjukkan keupayaan intelektual mereka berada di tahapsederhana atau melebihi
tahap sederhana ini, iaitu IQ mereka pada tahap 85 atau lebihdalam skor ujian saringan
kecerdasan. Kanak-kanak lembam juga mengalamikepayahan memberi perhatian,
mengumpul atau memproses maklumat yang diterimadi dalam ingatan mereka. b.Ciri-ciri
Akademik

6
Di antara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketarayang
mengatasi masalah-masalah lain seperti masalah tingkah laku. Dalam kemahiranmatematik
pula, kanak-kanak lembam sukar mengingat makna simbol-simbol yangdigunakan atau
menyelesaikan permasalahan matematik yang panjang danmenggunakan beberapa konsep
seperti campur, tolak atau bahagi.c.Ciri-ciri Sosial-EmosiCiri-ciri yang sedia ada seperti
kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat,kecuaian, kepayahan melakukan beberapa
turutan tugas sudah tentunya menyebabkankanak-kanak ini lebih cenderung mengalami
masalah sosial-emosi.Langkah-langkah membantu kanak-kanak lembamDalam menghadapi
beberapa jenis masalah tersebut terdapat juga beberapa langkah-langkahyang dapat
membantu mereka untuk mendapatkan pendidikan. Langkah yang pertama perludiambil ialah
melakukan pendedahan terhadap kedua ibu bapa atau penjaga para pelajar ini.Ibu bapa atau
penjaga amat memainkan peranan yang utama kerana mereka ini yang palingrapat dengan
kanak-kanak ini dengan itu mereka seharusnya lebih mengenal pasti masalahyang terdapat
pada anak-anak mereka. Antara cara untuk mengenal pasti jika terdapat masalahterhadap
anak mereka ialah ibu bapa perlu tahu simptom-simptom kecacatan seawal mungkindan
menjalankan intervensi awal berdasarkan masalah yang dihadapi. Ini amat penting
keranakadar tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak berlaku dengan cepat sekalai di
peringkatusia bawah lima tahun yang turut disebut sebagai critical periods of growth and
development.Selain itu juga, ibu bapa atau penjaga juga boleh menyertai pelbagai kempen
bagi mengetahudengan lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
boleh merujukkepada pakar bagi memahami jenis-jenis yang mungkin anak mereka hadapi.

Menurut kajian di eropah dalam pengubahsuaian kurikulum, menggariskan beberapa


strategipengajaran untuk kanak-kanak lembam iaitu: a)Mengubah yang Abstrak kepada
KonkritMengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak
lembamdapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu
maklumat.Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan
sebagainya. b)Elakan daripada Membuat GeneralisasiKanak-kanak lembam sukar untuk
membuat generalisasi seperti mengaplikasikankonsep yang telah diajar kepada situasi yang
baru kerana kurang upaya dari segimemproses maklumat, mengingat kembali dan kurang
berkemahiran membuatpenaakulan. Mereka biasanya memahami arahan yang
khusus.c)Membolehkan Kemahiran Asas Membentuk ‘Sub-Skill’ LainDengan kebolehan
menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatihmembentuk ‘sub-skill’ lain
melalui apa yang dipelajari. Contohnya apabila merekatelah menguasai kemahiran membaca

7
secara kuat ‘reading aloud’, mereka akan dilatihuntuk membaca secara senyap.Terdapat juga
program pemulihan khas yang dijalankan dengan melalui ujian diagnostikuntuk membantu
para guru pemulihan khas untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dankekuatan yang
dihadapi oleh murid lembam. Ujian ini juga bukan ingin melihat tahappencapaian murid
tersebut tetapi adalah untuk mengesan masalah yang dialami sertamengetahui punca-punca
yang menyebabkan kegagalam murid tersebut untuk menguasaisesuatu kemahiran. Selain itu,
melalui ujian ini juga guru dapat membantu murid merekadengan merangka program yang
bersesuaian serta lebih sistematik. Antara langkahpenyediaan pengajaran yang boleh
disediakan oleh para guru untuk program ini ialah sepertimenggunakan waktu persekolahan
yang sesuai contohnya dari hari isnin hingga jumaatbermula dari jam 8.00 pagi sehingga
12.00 tengahari. Selain daripada itu, kanak-kanak initurut digalakkan menyertai aktiviti
kokurikulum sama seperti pelajar yang normal dan nisbah

guru bagi setiap kelas ialah1-5 orang guru mengikut kesesuaian. Terdapat juga aktiviti
yangdijalankan bagi menarik minat murid ini contohnya aktiviti jurupulih anggota, jurupulih
carakerja, jurupulih pertuturan, latihan renang dan juga kaunseling bersama ibu bapa
ataupunpenjaga. Walaupun mereka ini mempunyai masalah dalam pembelajaran tetapi
mereka juga tidakterlepas peluang dalam melibatkan diri untuk aktiviti kokurikulum yang
bersesuaian dengandiri mereka. Aktiviti kokurikulum ini juga tidak terlalu berat kerana ianya
merupakan satubentuk aktiviti yang tidak terikat yang boleh dibentuk mengikut keperluaan
dan tahapkeupayaan kea rah kehidupan yang bermakna. Kokurikulum ini juga merupakan
satu aktivitiyang sangat fleksibel yang tidak membebankan murid ini dengan aktiviti yang
memberikanbanyak faedah terhadap meraka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti
mengenaipengurusan tentang kehidupan, akademik yang berfungsi, kerohanian dan nilai-nilai
murniserta sosial, riadah dan kreativiti. Selain daripada itu, melalui aktiviti yang dijalankan
ituterdapat juga perisaian yang penting yang juga merupakan kompenan terhadap bidang
itu.bagi bidang pengurusan diri, terdapat perisian seperti komponen pengurusan diri,
komponenpengurusan tingkah laku, dan juga komponen kemahiran hidup. Bidang kerohanian
pulaterdapat komponen pendidikan agama Islam serta kemponen pendidikan moral manakala
bagibidang akademik berfungsi pula terdapat komponen bahasa melayu, matematik,
bahasainggeris dan juga multimedia. Yang terakhir merupakan bidang sosial, riadah dan
jugakreativiti yang merangkumi komponen pendidikan jasmani, pendidikan seni,
pendidikanmuzik, gerakan serta drama dan juga sains, sosial serta alam sekitar. Ini turut
membuktikanbahawa guru-guru juga memainkan peranan kerana mereka yang memberikan

8
pendidikanterhadap kanak-kanak ini. Guru-guru ini juga perlu peka apabila kanak-kanak
kurangmemberikan perhatian atau kurang cekap dalam pelajaran, guru juga perlu sedar
terdapat dikalangan kanak-kanak normal yang mempunyai masalah pembelajaran dan
janganmeletakkan label ‘malas’ ataupun ‘bodoh’ terhadap murid dan guru juga boleh
merujuk kesyang disyaki kepada guru yang mempunyai latihan dalam pendidikan khas
kerana guru inidapat mengenal pasti secara kasar masalah yang dihadapi oleh murid. Guru
juga merupakanindividu yang kedua paling rapat dengan kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran ini danguru juga merupakan harapan bagi mereka dalam mendapatkan
pendidikan yang setarafdengan murid yang normal. Selain daripada itu, guru juga merupakan
penghubung antaramurid dan juga ibu bapa atau penjaga mereka, ini kerana guru yang lebih
tahu tahap prestasi

atau pencapaian yang digapai oleh setiap murid mereka. Para pendidikan ini juga, tahu
caraatau kaedah yang bersesuaian dalam mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai
masalahpembelajaran ini yang boleh membantu mereka meningkatkan taraf pendidikan
mereka.Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan untuk kanak-kanak lembamSelain
daripada peranan yang dijalankan oleh pihak ibu bapa atau penjaga dan jugaguru-guru, pihak
sekolah juga perlu mengambil bahagian dalam menghulurkan tangan bagimembantu murid
yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Antara langkah yang efektifyang boleh diambil
oleh pihak sekolah ialah, mereka boleh membantu dalam menyediakankelengkapan dan juga
kemudahan yang bersesuaian dengan keadaaan. Dengan adanya bahan-bahan ini, murid akan
berasa lebih berminat serta bersemangat tinggi dalam mengikuti matapelajaran yang diajar
oleh guru mereka. Seiring dengan kemajuan pembangunan teknologi diMalaysia, penggunaan
ICT juga amat berguna disetiap sekolah kerana jelas menunjukkanbahawa murid pada zaman
kini lebih tertarik dengan pembelajaran yang menggunakan ICTkerana ianya senang
digunakan, terdapat juga kepelbagaian contohnya penambahan muzikyang menarik, video,
demonstrasi, tambahan pemahaman mereka akan menjadi lebih jelasdan berkesan kerana
lebih dapat memberikan penumpuan yang sepenuhnya. Melalui ICTjuga, murid dapat
menambah ilmu mereka dengan mencari bahan yang berkaitan denganpembelajaran mereka
dan mereka juga tidak akan berasa ketinggalan dalam menggunakanICT ini seperti murid
yang normal.Walaupun demikian, bahan-bahan yang lain juga boleh membantu murid ini dan
antaranyaialah bahan keperluan asas seperti kelas, apron, bahan kerja yang boleh dikitar
semula danlain-lain lagi yang bersesuaian. Bahan-bahan yang terdiri daripada pendidikan
muzik jugaboleh membantu murid, ini kerana ianya lebih ringan, ringkas dan mempunyai

9
daya tarikanyang boleh menarik minat mereka contohnya radio, VCD, kaset-kaset, tamborin,
gitar danyang seagkatannya. Tidak dilupa juga bahan-bahan yang terdiri daripada agama
Islam jugaperlu dititikberatkan kerana ini merupakan asas kepada pendidikan kehidupan
sehariandisamping dapat membantu dari segi emosi dan minda mereka dalam mencorak
pemikiranmereka sendiri dan contoh bahan-bahan ini ialah sejadah, al-quran, telekong, kaset
nasyid danbacaan ayat-ayat al-quran, buku cerita mengenai nabi dan pengajaran umat yang
terdahuludan sebagainya. Selain daripada itu, peralatan seperti pendidikan jasmani juga boleh

memainkan peranan kerana ini dapat memberikan murid ini keseimbangan


diantarapembelajaran dan juga kokurikulum mereka. Antara barang yang diperlukan untuk
pendidikanjasmani ini ialah bola sepak, bola tampar, raket, dan lain-lain lagi. Tambahan
terdapat jugabahan-bahan latihan yang diperlukan mengikut keupayaan murid itu seperti
peralatanpengawalan pernafasan, bahan-bahan terapi untuk pertuturan, bahan-bahan latihan
untukmurid palsy selebral yang ringa dan juga bahan latihan untuk pergerakan yang
difikirkan perluuntuk mereka. Dengan adanya peralatan yang sedemikian, maka murid yang
bermasalahpembelajaran ini dapat meningkatkan keupayaan mereka serta dapat melakukan
pelbagaiaktiviti dengan bantuan peralatan ini dan juga dapat meningkatkan lagi tahap
keyakinan dirisetiap individu ini.Natijahnya, walaupun kanak-kanak lembam ini tergolong
dalam golongan yang mempunyaimasalah pembelajaran tetapi pendidikan tidak seharusnya
meninggalkan mereka kebelakangkerana mereka juga mempunyai hak mereka dalam
menerima pendidikan ini. NegaraMalaysia pada ketika ini telah berkembang pesat dengan
mempunyai sistem pendidikan yangboleh dijadikan kebanggaan bagi setiap lapisan
masyarakat kerana sistem ini tidakmengetepikan sesetengah golongan seperti golongan
kanak-kanak bermasalah pembelajaranlembam malahan mereka turut diberikan kesempatan
dalam mendapatkan pendidikan tetapidengan cara atau kaedah yang bersesuaian dengan
tahap keupayaan mereka. KementerianPendidikan Malaysia turut telah menghuraikan akta-
akta pendidikan dan juga garis panduanyang bersesuai dengan Pendidikan Khas di Malaysia.
Ini bagi menarik minat guru dalampenyediaan kelas untuk membantu kanak-kanak ini selain
daripada ibu bapa taupun penjagamereka sendiri. Akhir sekali, dengan langkah-langkah yang
telah disenaraikan diharap iniakan lebih membantu lagi para ibu bapa, guru-guru serta pihak
sekolah dalam memberikanpendidikan khas yang bermutu tinggi dalam mendidik kanak-
kanak yang istimewa ini kearahinsan yang boleh disanjungi dan dikagumi pada suatu hari
nanti.

10
BAHAGIAN C

PENGENALAN

Zaman remaja adalah merupakan suatu tempoh masa peralihan yang penuh dengan
perubahan dan cabaran yang ada kalanya memberikan pelbagai perasaan yang negatif.
Dikalangan Ahli psikologi menyatakan bahawa ‘no man is an island’ yang membawa maksud
remaja sentiasa dikelilingi keluarga dan masyarakat untuk membimbingnya ke arah hidup
yang sejahtera. walaupun begitu, di zaman abad yang ke-21 ini ketika kanak-kanak dan
remaja melalui pengalaman zaman persekolahan sudah terlalu banyak masalah yang telah
dihadapi oleh mereka terutamanya dari segi kelakuan tingkah laku. Budaya – budaya negatif
yang terkesan dalam diri kanak-kanak dan remaja ini sebenarnya berpunca daripada pelbagai
faktor seperti faktor pemakanan, persekitaran, keluarga dan lain -lain lagi.perkara ini dapat
dilihat dengan nyata dan ketara pada institusi kekeluargaan apabila ibu bapa yang bekerja
hanya menberikan perhatian pada kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Era
globalisasi ini menunjukkan institusi keibubapaan dan masyarakat amnya mengambil sikap
sambil lewa dan leka daripada melakukan tanggungjawab terhadap keluarga sehinggakan ia
menjadi salah satu penyebab kepada masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) bagi
kanak-kanak. Kanak-kanak dan remaja dikelilingi keluarga, guru dan rakan sebaya yang
sejak kecil dididik bermula dari perkembangan mereka melalui cabaran-cabaran dalam
kehidupan. Jika dilihat dengan lebih mendalam, kanak kanak yang mengalami masalah
hiperaktif ini tidak dapat memberikan tumpuan dan sering diganggu oleh keadaan
persekitaran. Kanak-kanak yang menpunyai hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan
dan tingkah laku mereka (Scrib, 2010). Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai dalam
mengaitkan isu pelajar yang hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan pendekatan
konstruktivisme sosial. Faktor pelajar bermasalah hiperaktif dapat dikenalpasti seperti faktor
neurologik, faktor genetik, faktor keluarga dan sebagainya. Sudah tentu, pelajar ini memberi
masalah kepada murid murid lain, guru-guru bahkan dirinya sendiri.

KONSEP DAN DEFINISI HIPERAKTIF

Secara umumnya, permasalahan kanak-kanak yang hiperaktif tidak selalu ditemui di


klinik-klinik seluruh negara termasuklah negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.
Namun begitu, ia telah dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang sangat kerap berlaku
di kalangan kanak-kanak. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat

11
kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut
sukar dikawal. Kanak-kanak mengalami suatu masa perkembangan yang memerlukan proses
keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-
kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti manakala
pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut.
Keseimbangan pula merujuk kepada kemahiran kanak-kanak berhubung dengan obejk
persekiatarannya (Scrib, 2010). Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai
suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam
rencananya mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak
dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif.
Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri, sukar
untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak mengikut kehendak dirinya
sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders). Hiperaktif
juga merupakan suatu kepayahan dalam mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan
perkara yang diluar kemampuan. Sebagai contoh, mereka tidak pernah memikirkan sesuatu
perkara dari sudut positif dan negatif sebaliknya hanya melakukan sesuatu perkara
berdasarkan kehendak sendiri.

CIRI-CIRI PELAJAR HIPERAKTIF

Kanak – kanak yang mengalami masalah hiperaktif boleh dikategorikan dalam tiga
kategori. Seorang guru yang mengajar anak muridnya dapat mengenal pasti tentang masalah
yang dihadapi anak muridnya dan masalah hiperaktif seorang murid juga dapat dikenal pasti
melalui tingkah lakunya.Pertama ialah masalah hiperaktif. Kanak-kanak yang mengalami
masalah hiperaktif ini tidakakan dapat berduduk diam. Mereka akan kelihatan gelisah tampak
pada tangan dan kaki sertaakan mengeliat dalam tempat duduk. .Kanak-kanak ini tidak akan
duduk di kerusi merekasewaktu di kelas walaupun mereka sepatutnya duduk di situ dan ada
guru yang sedang mengajarketika itu. Selain itu,mereka juga akan berlari-lari dan memanjat-
manjat dengan berlebihan daripadakanak-kanak biasa dan juga banyak bercakap. Malahan
masalah ini menyebabkan kanak-kanakhiperaktif menjadi lebih cergas dalam bidang sukan
dan permainan berbanding murid yang lain.Hal ini adalah kerana, mereka akan mengalami
satu masalah jika hanya duduk belajarsecara diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang
hiperaktif ini lebih gemar bergerakcergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan Aspek
kedua dalam masalah hiperaktif ini ialah kanak-kanak yang mengalami masalah iniakan
mempunyai masalah kurang tumpuan. Sewaktu di dalam kelas mereka tidak akan

12
memberiperhatian kepada orang yang sedang bercakap dengan mereka walaupun itu
merupakan gurumereka. Kanak-kanak ini akan melakukan banyak kesilapan di dalam kerja
sekolah mereka danakan mengalami kesukaran untuk mengatur aktiviti seharian mereka.
Tambahan lagi, menurutpara penyelidik dan para guru, murid ini mudah hilang perhatian dan
tergolong sebagai pelupa. Di samping itu, aspek terakhir yang akan dibincangkan ialah aspek
menurut kata hati(Impulsivit). Kanak-kanak ini akan menjawab sebuah soalan itu dengan
spontan sebelum soalanyang diajukan belum habis. Mereka juga akan tidak sabar menunggu
giliran serta seringmenggangu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain. Gejala
hiperaktif ini boleh dikesansebelum kanak-kanak berumur 7 tahun. Perubahan yang berlaku
pada kanak-kanak ini berlakudari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah atau
tempat awam. Walaubagaimanapun,perubahan perlakuan ini memberikan masalah kepada
kanak-kanak itu di sekolah dengan rakan-rakan dan kehidupan sehariannya. 3

TEORI DAN PENDEKATAN YANG SESUAI

Pendekatan Konstruktivisme Sosial Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan


satu pendekatan yang tertumpudalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan
pelbagai inovasi yangdapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru
dengan murid danantara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk
membinahubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu
ilmudalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan
mempunyaipeluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka
berbandingpembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini
akanmewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat
mengurangkankadar kurang tumpuan mereka dalam kelas. Antara pendekatan yang
digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialahseperti pembelajaran berkumpulan,
sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yangmemberi fokus kepada tugasan yang
melibatkan interaksi dan dapat meng ukuhkanmemori pembelajaran kanak-kanak melalui
permainan dalam pembelajaran. Selain itujuga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu
berkembang melalui penerokaanidea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga
mampu memaksimumkankemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan
pelbagai lagi yang dapatmengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar
yang hiperaktif ini. Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para
pelajardalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung.
Olehsebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar

13
secaralangsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat
mereka untuk belajar. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut
dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang
efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut. 4

Teori Kognitif Piaget Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli
psikologi telah berpendapat bahawa kanak- kanak memerlukan masa yang agak panjang
untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan
orang dewasa,oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang
bermakna untukmemberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain itu.
Piaget turutmenjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan
bermotivasi.Pelajar juga mampu membina pengetahuan daripada pengalaman mereka dan
merekabelajar melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu asimilasi dan
akomodasi.Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif
jugamengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain. Para pelajar
hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melaluipengalaman dan
persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitarmereka untuk mengetahui apa
yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpamemikirkan akibatnya. Menurut
Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang merekaperolehi ini penting untuk
perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piag etmenekankan mengenai pentingnya interaksi
antara pelajar dengan persekitaran fizikalmereka. Melalui interaksi tersebut mereka dapat
menambah kefahaman merekamengenai perkaitan sebab dan kesannya. Piaget telah
menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi danakomodasi iaitu proses
mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yangselaras dengan skema yang
sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suaipengetahuan mereka hasil peristiwa dan
kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu,pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu
kepuasan dalam penerokaan yangmereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana
pengalaman dan mendapatpengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu
perkembangan kognitifyang seimbang dalam kehidupan mereka.

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR HIPERAKTIF

Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di


kalangan kanak-kanak sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling. Faktor genetik
adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang amat pentingg dalam

14
terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Jika kita lihat pada faktor genetik, sudah tentu ia
mempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun
saudaramara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif
pada usia kecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat
sesetengah hiperaktif adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa boleh
mewariskan sindrom inikepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah
menjadikan kanak-kanak lelaki lebihcenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali
ganda berbanding kanak-kanak perempuan(Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu,
kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif.

Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu
semasa hamil.Dalam hal ini, ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah seperti gangguan
otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak
langsung turutmenganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak
yang lahir apabilamencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah
hiperaktif yang tinggibesar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-
masalah prenatal sepertilamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya
dibandingkan dengan kehamilan danpersalinan yang normal. Hal ini berlaku ekoran daripada
masalah-masalah seperti berat bayiyang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang
terlalu muda, ibu yang merokok danmeminum alkohol yang seterusnya mempengaruhi anak-
anak untuk berpotensi mengalamimasalah hiperaktif (Norman Supadma, 2009).

Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibusemasa
hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada
risikohiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah
mahupun dipejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung akan
terdedahdengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian
suami danterlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko
hiperaktif.Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang
dihadapi oleh ibusemasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.

Faktor Kultural dan PsikologiTerdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di
bawah faktor kulturul dan faktor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan
dan orientasi kesenangan. a) Faktor pemanjaanMenurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007),
pemanjaan adalah merupakan perilaku yangmemperlakukan anak terlalu manis, memujuk-

15
mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya.Menurutnya lagi, anak yang sering
diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orangtua mereka untuk memperoleh apa
yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalammendidik anak-anak dengan terlalu
memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak seringmelakukan sesuatu dengan kehendak
hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlaludimanjakan oleh ibu bapa akan
menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supayasegala yang mereka inginkan
dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak
menjadi seorang yang hiperaktif denganbertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku
kanak-kanak seperti itu akan menjadikebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau
perilaku seperti itu terbawa-bawa olehmereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu,
jelaslah disini bahawa faktor pemanjaanmerupakan salah satu faktor yang menjadikan anak
hiperaktif di dalam kelas kerana telahterbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam
rumah yang tidak mendapat larangan olehibu bapa. 7

b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasanFaktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga
antara faktor yang mampu mewujudkan masalahhiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya,
faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan
pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu,
kesan daipada kedua-dua faktor ini telahmenyebabkan kanak-kanak mengalami masalah
hiperaktif. Keadaan seperti ini akanmenyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan
sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpadijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak
diberikan kebebasan yang tidak terbatas didalam rumah dengan membuat perkara-perkara
mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jikamereka akan mempraktikkan perbuatan itu
di tempat lain khususnya di dalam sekolah. Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan
pihak lain yang tidak biasa dengansikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada
hakikatnya, kanak-kanak yang mempunyaisifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal
dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapayang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-
kanak menyebabkan mereka menjadi anak yangtidak mendangar kata, asyik dengan
aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diamhampir di semua situasi samada di
sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya serta tidakboleh menumpukan perhatian
kepada pembelajaran (Hamid BinArshat, 2010). c) Orientasikan kesenanganAnak yang
memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki ciri-
cirihiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu mendengarkan
danmenyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan

16
seringmenginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya,
kanak-kanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak
akanmempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan diterima sekiranya bersikap
diluarkawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka.

Pengaruh dari Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami
masalah hiperaktif di dalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah
persekitaran, masalah pembelajaran, bosandi dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan
mereka melakukan perkara-perkara mengikutkehendak hati mereka. Mereka akan
menimbulkan pelbagai masalah seperti menganggu rakanbelajar, membuat bising, tidak dapat
duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran didalam kelas, mereka merasa sulit
untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkanperhatian itu singkat sekali, sehingga
mereka menjadi nakal dan menganggu teman-temannya dikelas waktu guru sedang belajar.
Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan didalam kelas, namun mereka
sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkarayang tidak dapat dikawal
oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007)

KESAN PELAJAR YANG MENGALAMI GANGGUAN HIPERAKTIF DAN

PENDEKATAN BAGI MENGATASI MASALAH PELAJAR HIPERAKTIF

Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih dari
pihak ibubapa dan guru agar masalah yang dihadapi oleh mereka ini dapat diatasi dengan
sebaiknya.Masalah dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan
satu bentuk kelemahan yang perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang
hendak disampaikan oleh para guru dapat disampai dan diterima oleh semua pelajar lain yang
berada didalam bilik darjah tersebut. Pendekatan pertama yang boleh diambil adalah
menggunakan pendekatan yang dipanggilsebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis
memerlukan seseorang guru itumengenalpasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke
semasa dengan membuat pemerhatianserta mendapatkan laporan tingkah laku pelajar sama
ada di rumah iaitu melalui pihak ibu bapadan juga di sekolah iaitu melalui guru sekolah
seperti guru kelas. Dalam membuat diagnosisyang lengkap, ia memerlukan penilaian
daripada seorang pakar kerana terdapat punca lain yangmenyebabkan seseorang pelajar
hiperaktif itu mengalami keresahan sehingga tidak dapatmenumpukan perhatian semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam pendekatandiagnosis, terdapat tiga pecahan

17
lain yang boleh dijalankan oleh guru dalam mengenalpastitingkah laku pelajar yang
mengalami masalah hiperaktif. Antaranya adalah guru haruslah memberikan perhatian yang
lebih terhadap pelajarhiperaktif. Pelajar tersebut haruslah sentiasa dalam perhatian guru
semasa di dalam bilik darjah.Caranya adalah dengan meletakkan tempat duduk pelajar ini
berdekatan dengan meja guru iaitusebaiknya di barisan hadapan kelas serta di kalangan
rakan-rakan lain yang tenang. Kaedah ini membolehkan guru untuk memerhati dan
mengawasi pelajar berkenaan walaupun pada masayang sama guru tersebut sedang mengajar
pelajar yang lain. Melalui pemerhatian danpengawasan ini membolehkan guru tersebut
melihat pelajar hiperaktif ini dengan lebih jelas dandapat mengurangkan pengawalan yang
menyeluruh ke atas pelajar itu dan membolehkanpengajaran dan pembelajaran dijalankan
dengan lancar di dalam bilik darjah.

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah pelajar hiperaktif adalah ibu
bapaperlu menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan perkembangan yang
optimum. Dimasa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi
keperluanpemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak
dalambanyak cara seperti mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan
penyakit(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah laku
hiperaktif ini, ibubapa perlu perlu membekalkan segala keperluan pemakanan yang seimbang
dalam hidangananak-anak mereka. Namun walaupun demikian, vitamin B membantu
membuka tenaga dalamglukos. Kekurangan vitamin B boleh mengganggu pembelajaran
dengan menyebabkanperubahan perwatakan termasuk bersifat agresif, permusuhan dan
kemurungan. Tiada sumbermakanan yang membekalkan kesemua vitamin B perlukan, oleh
itu, kepalbagaian adalah penting(Kementerian Kesihatan Malaysia,2008). Langkah
seterusnya yang boleh diambil adalah melalui rawatan. Berdasarkan kepadacadangan
daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat-ubatan boleh menurunkan
kadarhiperaktiviti dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk
mengawalmasalah ini digunakan untuk jangka masa panjang dan selamat untuk digunakan. Ia
disarankanuntuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat yang biasa
digunakan adalahjenis Methylphenidate (Ritalin). Namun, ubat ini mempunyai kesan
sampingan yang biasaberlaku iaitu hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan
tidur. Sebelum mengambilubat ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor dan kesan
sampingannya perlu sentiasa dipantau.

18
KESIMPULAN

Hiperaktif ialah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk diam dan
memberiperhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar,
tidak mudahmengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu
berinteraksidengan pelajar ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh
lingkungan bagianak hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya
apabila kanak-kanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara
teman-temanyang lain. Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan
pergaulan.Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya.
Duniakehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita
dapatmemberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu
gurusupaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan
masyarakat.Ahli sosiologi dan psikologi berpendapatbahawa kanak-kanak hiperaktif
memerlukanbimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling

BAHAGIAN D

Misi NCLD adalah untuk memperbaiki kehidupan 1 dari 5 kanak-kanak dan orang
dewasa di seluruh negara dengan masalah pembelajaran dan perhatian — dengan memberi
kuasa kepada ibu bapa dan orang dewasa muda, mengubah sekolah dan mengadvokasi hak
dan peluang yang sama. mereka berusaha untuk mewujudkan masyarakat di mana setiap
individu memiliki kemahiran akademik, sosial, dan emosi yang diperlukan untuk berjaya di
sekolah, di tempat kerja, dan dalam kehidupan.

NCLD ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Carrie dan Pete Rozelle sebagai Yayasan untuk
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran. Misinya adalah untuk memberi kepemimpinan,
kesedaran masyarakat dan pemberian dana untuk menyokong penyelidikan dan amalan
inovatif dalam masalah pembelajaran.

Pada tahun 1989, organisasi ini berkembang dari yayasan menjadi organisasi nirlaba,
memperluas misi dan ruang lingkup kerjanya, dan mengubah namanya menjadi Pusat
Nasional untuk Pembelajaran Kurang Upaya. Anne Ford menjawat jawatan ketua dewan dan
mengetuai organisasi selama 12 tahun.

19
Pada tahun 2001, John G. Gantz, Jr, presiden Syarikat Argonaut Insurance yang lalu,
menggantikan Puan Ford. Pada tahun 2004, kepemimpinan NCLD diserahkan kepada Fred
Poses, ketua pegawai eksekutif Ascend Performance Materials LLC yang lalu. Pada tahun
2018, penyokong lama Margi Booth dan Joe Zimmel memegang peranan sebagai ketua
pengerusi Lembaga Pengarah.

Lebih dari 40 tahun kemudian, NCLD terus memimpin bidang inovasi, penyelidikan, dan
advokasi di peringkat nasional.

NCLD meningkatkan kehidupan 1 dalam 5 dengan masalah pembelajaran dan


perhatian dengan memberi kuasa kepada ibu bapa dan orang dewasa muda, mengubah
sekolah, dan mengadvokasi hak dan peluang yang sama.

Selama lebih dari 40 tahun, NCLD telah berusaha untuk mewujudkan masyarakat di mana
setiap individu memiliki kemahiran akademik, sosial, dan emosi yang diperlukan untuk
berjaya di sekolah, di tempat kerja, dan dalam kehidupan.

Satu daripada lima orang mempunyai masalah pembelajaran dan perhatian, termasuk masalah
pembelajaran tertentu seperti disleksia dan / atau masalah perhatian seperti ADHD. Individu
ini sama mampu dengan rakan sebaya mereka, tetapi banyak berjuang di sekolah dan
seterusnya kerana mereka gagal mendapat sokongan yang mereka perlukan. mereka tahu
bahawa dengan sokongan yang tepat, mereka dapat berkembang maju. NCLD berfungsi
setiap hari untuk membuat perubahan yang bermakna bagi individu yang mempunyai
masalah pembelajaran dan perhatianNCLD berjuang untuk meningkatkan hasil bagi orang
yang mempunyai masalah pembelajaran dan perhatian dengan secara aktif membentuk dasar
tempatan dan nasional untuk mengurangkan halangan dan memastikan peluang dan akses
untuk semua.

Walaupun berkebolehan seperti rakan sebaya, pelajar yang mempunyai masalah


pembelajaran dan masalah perhatian sering bergelut di sekolah dan seterusnya kerana mereka
gagal mendapat sokongan yang mereka perlukan. Lebih daripada 90 peratus tidak mahir
dalam penilaian kebangsaan dalam membaca dan matematik. Pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran dan perhatian berhenti sekolah tinggi hampir tiga kali ganda daripada
yang lain dan dua kali lebih mungkin menjadi penganggur ketika mereka dewasa. NCLD
bekerja setiap hari untuk meningkatkan hasil ini dan memastikan bahawa individu yang
mempunyai masalah pembelajaran dan perhatian mempunyai sokongan, perlindungan, dan
peluang yang mereka perlukan untuk berjaya.

20
Dengan kepakaran Lembaga Penasihat Profesional terkenal kami, NCLD menganjurkan dasar
persekutuan yang kuat, memanggil pakar untuk membincangkan isu-isu mendesak yang
dihadapi di lapangan, dan menerbitkan penyelidikan dan sumber untuk meningkatkan amalan
di sekolah. Melalui karya ini, ini bertujuan untuk mengurangkan stigma; memperkasakan
pelajar, ibu bapa, dan pendidik; dan menggerakkan penyokong untuk membuat perubahan
yang nyata. NCLD menawarkan biasiswa dan anugerah tahunan yang meraikan kerja dan
pencapaian para pelajar dan pemimpin yang berusaha untuk memperbaiki kehidupan 1 dalam
5 dengan masalah pembelajaran dan perhatian.

RUJUKAN

- MODUL AEUECE311
- Intervensi meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran ...
http://journalarticle.ukm.my › ...
12 Jun 2017 — Manisah Mohd Ali, and Norizza Sahal, (2016) Intervensi
meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Jurnal
- Menghadapai Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran ...
https://pts.com.my › berita › menghadapai-kanak-kana...
- National Center for Learning Disabilities: NCLD

21

Anda mungkin juga menyukai