Anda di halaman 1dari 29

Kad Kredit

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019 BNM/RH/PD 036-1


Isi kandungan

BAHAGIAN A TINJAUAN KESELURUHAN........................................................... 1


1 Pengenalan ......................................................................................... 1
2 Penggunaan dan skop ........................................................................ 1
3 Peruntukan perundangan.................................................................... 1
4 Tarikh kuat kuasa................................................................................ 2
5 Tafsiran ............................................................................................... 2
6 Instrumen perundangan dan dokumen dasar yang berkaitan ............. 3
7 Dokumen dasar yang digantikan......................................................... 3

BAHAGIAN B AMALAN PERNIAGAAN ................................................................ 4


8 Keperluan umur dan pendapatan minimum ........................................ 4
9 Simpanan deposit tetap ...................................................................... 4
10 Pembayaran balik bulanan minimum .................................................. 4
11 Penukaran baki secara automatik ....................................................... 5
12 Prinsip panduan bagi fi dan caj ........................................................... 6
13 Struktur harga mengikut kumpulan ..................................................... 7
14 Liabiliti pemegang kad tambahan ....................................................... 8
15 Liabiliti transaksi tanpa kebenaran ...................................................... 8
16 Peringkat sebelum kontrak................................................................ 10
17 Pada peringkat membuat kontrak ..................................................... 11
18 Sepanjang tempoh kontrak ............................................................... 13
19 Iklan .................................................................................................. 16
20 Amalan pemasaran ........................................................................... 17
21 Kad/pendahuluan kredit/kenaikan had kredit yang tidak diminta ...... 19
22 Kutipan hutang .................................................................................. 20
23 Maklumat pemegang kad .................................................................. 20
24 Pengurusan aduan............................................................................ 20
25 Penggunaan kad kredit untuk kegiatan yang menyalahi undang-
undang ............................................................................................ 21

Lampiran 1 Pernyataan amaran bagi bayaran minimum ..................................... 22


Lampiran 2 Contoh ilustrasi standard mengenai tempoh membayar baki hutang
yang belum dijelaskan....................................................................... 22
Lampiran 3 Penzahiran minimum dalam penyata bulanan .................................. 23
Lampiran 4 Penyata bayaran balik bulanan minimum ......................................... 24
Lampiran 5 Lembaran Penzahiran Produk – Kad Kredit ...................................... 25

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 1 daripada 27

BAHAGIAN A TINJAUAN KESELURUHAN

1 Pengenalan

1.1 Kad kredit merupakan kad bayaran yang paling meluas digunakan di Malaysia.
Secara purata, 349 juta transaksi dilaksanakan menggunakan kad kredit setiap
tahun sejak sedekad yang lalu.

1.2 Memandangkan pentingnya kad kredit sebagai instrumen pembayaran,


dokumen dasar ini telah ditambah baik untuk menggalakkan pemberian
pinjaman kad kredit yang bertanggungjawab di samping menggalakkan disiplin
kewangan yang lebih kukuh dalam kalangan pengguna kewangan selain
menyediakan saluran kepada pengguna yang mudah terjejas untuk
mempercepat penyelesaian hutang kad kredit mereka.

2 Penggunaan dan skop

2.1 Dokumen dasar ini terpakai bagi semua pengeluar kad kredit.

2.2 Keperluan dalam dokumen dasar ini terpakai bagi produk kad kredit yang
ditawarkan kepada:
(a) individu;
(b) perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS); dan
(c) pemegang kad korporat,
kecuali perenggan 8, 9 dan 11 yang tidak terpakai bagi produk kad kredit yang
dikeluarkan kepada PKS dan pemegang kad korporat.

2.3 Keperluan dalam perenggan 12 dan perenggan 14 hingga 22 hanya terpakai


bagi produk kad kredit yang ditawarkan kepada individu, dan perusahaan mikro
dan kecil. Walau bagaimanapun, pengeluar kad digalakkan supaya menerima
pakai piawaian yang sama seperti di bawah perenggan-perenggan ini bagi kad
kredit yang ditawarkan kepada perusahaan sederhana dan besar.

3 Peruntukan perundangan

3.1 Keperluan dalam dokumen dasar ini ditetapkan menurut:


(a) Seksyen 18(2), 25(2), 33(1), 47(1), 49, 67(3) dan 123(1) Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA); dan
(b) Seksyen 41 dan 42(C)(1) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
(Development Financial Institutions Act 2002, DFIA).

3.2 Panduan dalam dokumen dasar ini dikeluarkan menurut Seksyen 266 FSA dan
Seksyen 126 DFIA.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 2 daripada 27

4 Tarikh kuat kuasa

4.1 Dokumen dasar ini berkuat kuasa pada 2 Julai 2019, kecuali keperluan di
bawah:
(a) perenggan 10.1 hingga 10.3 yang berkuat kuasa pada 2 Oktober 2019;
dan
(b) perenggan 11.1 hingga 11.4 yang berkuat kuasa pada 2 Januari 2020.

5 Tafsiran

5.1 Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam dokumen dasar ini hendaklah
mempunyai makna yang sama dengan yang diberikan kepadanya dalam FSA
atau DFIA, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan dinyatakan
sebaliknya dalam dokumen dasar ini.

5.2 Bagi tujuan dokumen dasar ini-

“S” menandakan suatu piawaian, kewajipan, keperluan, spesifikasi, arahan,


syarat dan sebarang peruntukan tafsiran, tambahan dan peralihan yang mesti
dipatuhi. Ketidakpatuhan boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan;

“G’’ menandakan panduan yang mungkin mengandungi pernyataan atau


maklumat yang bertujuan menggalakkan pemahaman umum dan nasihat atau
saranan yang digalakkan untuk diterima pakai;

“pemeroleh” merujuk mana-mana orang yang telah didaftarkan oleh Bank


Negara Malaysia (Bank) di bawah seksyen 18(1) FSA untuk menyediakan
perkhidmatan pemerolehan dagang;

“pelan pindahan baki” merujuk pelan yang membenarkan pemegang kad


untuk memindahkan baki hutang kad kredit daripada akaun kad kredit sedia ada
dengan pengeluar kad lain kepada akaun kad kredit pengeluar kad yang
menawarkan pelan pindahan baki itu, dan pemegang kad hendaklah membayar
pengeluar kad secara ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan;

“kad kredit” merujuk instrumen pembayaran yang ditetapkan yang


menunjukkan kemudahan kredit atau pembiayaan yang diberikan oleh
pengeluar kad kepada pemegang kad dan apabila apa-apa jumlah kredit yang
digunakan oleh pemegang kad masih belum diselesaikan sepenuhnya pada
atau sebelum tarikh yang ditetapkan, jumlah yang belum diselesaikan akan
dikenakan faedah, keuntungan atau caj lain;

“pelan bayaran mudah” bermaksud kemudahan yang ditawarkan kepada


pemegang kad untuk membayar pengeluar kad secara ansuran bulanan dalam
tempoh yang ditetapkan untuk: (i) pembelian barangan atau perkhidmatan
daripada peniaga yang mempunyai hubungan perniagaan dengan pengeluar
kad; (ii) pembayaran balik baki hutang kad kredit yang belum dijelaskan; atau
(iii) pinjaman tunai yang diambil daripada kemudahan kredit dalam kad kredit;

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 3 daripada 27

“institusi kewangan” merujuk mana-mana orang yang diberi lesen di bawah


FSA atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services
Act 2013, IFSA) atau institusi yang ditetapkan di bawah DFIA;

“pengeluar kad” merujuk pihak yang telah mendapatkan kelulusan daripada


Bank di bawah seksyen 11 FSA untuk mengeluarkan kad kredit;

“perusahaan mikro, kecil dan sederhana” mempunyai maksud yang sama


seperti yang diberikan dalam pemberitahuan Definition of Small and Medium
Enterprises (SMEs) yang dikeluarkan oleh Bank (BNM/RH/NT 028-51); dan

“wakil” dan “ejen” merujuk mana-mana individu atau syarikat yang bertindak
bagi pihak pengeluar atau pemeroleh kad.

6 Instrumen perundangan dan dokumen dasar yang berkaitan

6.1 Dokumen dasar ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan mana-mana


instrumen perundangan dan dokumen dasar yang dikeluarkan oleh Bank,
khususnya-
(a) Notification on Definition of Small and Medium Enterprises (SMEs) yang
diterbitkan pada 27 Disember 2017 (BNM/RH/NT 028-51);
(b) Policy Document on Responsible Financing yang diterbitkan pada 6 Mei
2019 (BNM/RH/PD 028-79);
(c) Guidelines on Imposition of Fees and Charges on Financial Products and
Services yang diterbitkan pada 10 Mei 2012 (BNM/RH/GL 016-2);
(d) Guidelines on Product Transparency and Disclosure yang diterbitkan
pada 31 Mei 2013 (BNM/RH/GL 000-3);
(e) Circular on Fair Debt Collection Practices yang diterbitkan pada 10
September 2007 (BNM/RH/CIR 013-1);
(f) Policy Document on Management of Customer Information and Permitted
Disclosures yang diterbitkan pada 17 Oktober 2017 (BNM/RH/PD 028-
65);
(g) Guidelines on Complaints Handling yang diterbitkan pada 1 Februari 2010
(BNM/RH/GL 000-4);
(h) Circular on Managing Risks of Electronic Banking, Direct Debit and Risks
Associated with Payment Instruments yang diterbitkan pada 24 Disember
2014 (BNM/RH/CIR 028-6); dan
(i) Policy Document on Outsourcing yang diterbitkan pada 28 Disember 2018
(BNM/RH/PD 028-93).

7 Dokumen dasar yang digantikan

7.1 Dokumen dasar ini menggantikan Policy Document on Credit Card yang
diterbitkan pada 2 Disember 20161.

1
Policy Document on Credit Card yang diterbitkan pada 2 Disember 2016 menggantikan garis panduan dan
dokumen dasar yang disenaraikan di bawah:
(i) Guidelines on Credit Card yang diterbitkan pada 18 Mac 2011; dan
(ii) Policy Document on Credit Card yang diterbitkan pada 28 Februari 2014.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 4 daripada 27

BAHAGIAN B AMALAN PERNIAGAAN

A. KEPERLUAN KELAYAKAN, PEMBAYARAN BALIK BULANAN MINIMUM


DAN PENUKARAN BAKI SECARA AUTOMATIK

8 Keperluan umur dan pendapatan minimum

S 8.1 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa pemegang kad utama berumur
sekurang-kurangnya 21 tahun dan mempunyai pendapatan minimum sekurang-
kurangnya RM24,000 setahun.

S 8.2 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa sekatan berikut terpakai bagi
pemegang kad utama yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang:
(a) pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar
kad2 sahaja; dan
(b) had kredit maksimum yang diberikan oleh setiap pengeluar kad kepada
pemegang kad hendaklah dua kali pendapatan bulanannya. Perkara ini
terpakai bagi pemegang kad sedia ada dan pemegang kad baharu.

S 8.3 Keperluan pendapatan di bawah perenggan 8.1 dan sekatan di bawah


perenggan 8.2 tidak terpakai bagi pesara. Pengeluar kad hendaklah menilai
kelayakan kredit pesara berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pengeluar
kad, yang termasuk penilaian kemampuan seperti yang ditetapkan dalam
dokumen dasar Responsible Financing.

9 Simpanan deposit tetap

S 9.1 Pengeluar kad yang ingin mengeluarkan kad kredit kepada seseorang yang tidak
boleh membuktikan pendapatan tahunannya, tetapi memenuhi keperluan umur
minimum, hendaklah meminta pemohon menyimpan deposit tetap yang
jumlahnya bersamaan dengan had kredit yang diberikan kepadanya.

S 9.2 Deposit tetap itu hendaklah disimpan dengan pengeluar kad. Bagi pengeluar kad
yang bukan institusi kewangan, deposit tetap itu hendaklah disimpan dengan
institusi kewangan yang memberikan kemudahan kredit kepada pemegang kad.

S 9.3 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa deposit tetap itu dikekalkan
sepanjang tempoh kemudahan kad kredit itu sedia ada.

10 Pembayaran balik bulanan minimum

S 10.1 Pengeluar kad perlu menghendaki pemegang kad kredit supaya membuat
pembayaran balik bulanan minimum yang merangkumi:
(a) sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah baki hutang yang belum
dijelaskan;

2
Merujuk kedua-dua pengeluar kad kredit konvensional dan kad kredit-i.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 5 daripada 27

(b) jumlah ansuran bulanan mengikut apa-apa kontrak pelan bayaran mudah
(easy payment plan, EPP) dan pelan pindahan baki (balance transfer plan,
BTP); dan
(c) ansuran bulanan bagi pinjaman bertempoh mengikut apa-apa kontrak
pelan penukaran baki secara automatik (automatic balance conversion,
ABC) seperti dalam perenggan 11.1.

S 10.2 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa keperluan dalam perenggan


10.1(b) terpakai bagi EPP dan BTP yang didaftar oleh pemegang kad mulai 2
Oktober 2019.

S 10.3 Untuk memastikan keperluan dalam perenggan 10.1 dilaksanakan dengan


lancar, pengeluar kad hendaklah:
(a) mewujudkan kesedaran mengenai keperluan tersebut di laman
sesawangnya dan menghantar pemberitahuan kepada setiap pemegang
kad sedia ada (sama ada secara bertulis atau melalui saluran elektronik)
mengenai keperluan tersebut sekurang-kurangnya dua bulan sebelum
tarikh kuat kuasa seperti yang ditetapkan dalam perenggan 4.1;
(b) menyatakan dengan jelas keperluan itu, serta terma dan syaratnya dalam
Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet, PDS);
(c) melatih kakitangan barisan hadapannya untuk menerangkan dengan jelas
kepada pemegang kad mengenai keperluan itu dan implikasinya; dan
(d) memberikan peringatan kepada peniaga EPP supaya memaklumkan
kepada pemegang kad semasa mereka mendaftar untuk EPP.

S 10.4 Pengeluar kad hendaklah memperuntukkan bayaran yang diterima daripada


pemegang kad untuk menyelesaikan baki (item yang tertera dalam penyata)
mengikut kadar faedahnya, dengan item yang mempunyai kadar faedah tertinggi
dibayar dahulu.

G 10.5 Apabila kadar faedah yang dikenakan ke atas pendahuluan tunai ialah 18%
setahun, dan transaksi runcit pada kadar kurang daripada 18% setahun,
bayaran yang diterima daripada pemegang kad hendaklah digunakan dahulu
untuk menyelesaikan baki hutang mengikut turutan yang berikut:
(a) pendahuluan tunai;
(b) transaksi runcit, termasuk ansuran bulanan bagi pelan bayaran mudah dan
pelan pindahan baki; dan
(c) fi dan caj lain, contohnya fi tahunan dan caj bayaran lewat.

S 10.6 Pengeluar kad hendaklah memberi pemegang kad tempoh tangguh sekurang-
kurangnya 4 hari kalendar selepas tarikh akhir perlu dibayar. Hal ini adalah untuk
mencakupi tarikh akhir perlu dibayar yang jatuh pada hujung minggu atau cuti
umum.

11 Penukaran baki secara automatik

S 11.1 Pengeluar kad hendaklah menerima pakai penukaran baki secara automatik
(Automatic Balance Conversion, ABC) bagi pemegang kad yang mudah terjejas
(vulnerable) seperti yang ditetapkan dalam perenggan 11.2 dengan menukarkan
baki hutang kad kreditnya kepada pembiayaan bertempoh 3 tahun, pada kadar

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 6 daripada 27

faedah efektif yang tidak melebihi 13% setahun.

S 11.2 Bagi tujuan perenggan 11.1, pengeluar kad perlu menerima pakai keterangan
yang berikut bagi pemegang kad yang mudah terjejas, iaitu pemegang kad yang:
(a) mempunyai pendapatan bulanan sehingga RM5,000;
(b) menunjukkan trend pembayaran berulang (consistent revolver) sepanjang
12 bulan yang lalu; dan
(c) telah membuat purata pembayaran balik baki hutang sebanyak 10% atau
kurang sejak 12 bulan yang lalu.

S 11.3 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa keperluan ABC yang berikut
dipatuhi:
(a) pemegang kad diberi tempoh bertenang selama 30 hari untuk keluar
daripada tawaran penukaran pertama ABC tanpa perlu menanggung apa-
apa penalti;
(b) untuk tawaran penukaran seterusnya, pemegang kad diberi pilihan untuk
menolak tawaran sebelum penukaran bermula;
(c) baki hutang yang ditukarkan kepada pembiayaan bertempoh dikira sebagai
sebahagian daripada had kredit bagi kad kredit tersebut. Had kredit ini akan
kembali semula ke jumlah asalnya hanya setelah pembiayaan bertempoh
itu dibayar balik sepenuhnya;
(d) ansuran bulanan pembiayaan bertempoh mesti dibayar sepenuhnya,
sebagai sebahagian daripada bayaran balik bulanan minimum yang perlu
dibuat; dan
(e) pemegang kad dibenarkan membuat penyelesaian awal pinjaman
bertempoh tanpa dikenakan apa-apa penalti.

S 11.4 Bagi tujuan memastikan perenggan 11.1 hingga 11.3 dilaksanakan dengan
lancar, pengeluar kad hendaklah:
(a) memaklumkan kepada pemegang kad yang mudah terjejas (secara
bertulis atau melalui saluran elektronik) mengenai ABC sekurang-
kurangnya dua bulan sebelum penukaran pertama. Perkara ini termasuk
menyediakan pautan di laman sesawang pengeluar kad kepada laman
sesawang umum yang mengandungi maklumat lanjut mengenai program
ABC;
(b) memaklumkan kepada pemegang kad yang mudah terjejas yang telah
didaftarkan dalam program ABC sekurang-kurangnya 30 hari sebelum
setiap penukaran. Bagi penukaran pertama, pengeluar kad hendaklah
memaklumkan dengan jelas kepada pemegang kad mengenai tempoh
bertenang selama 30 hari; dan
(c) memberikan semua maklumat penting mengenai ABC dalam PDS yang
berkaitan dan juga semua terma dan syaratnya.

B. FI DAN CAJ

12 Prinsip panduan bagi fi dan caj

S 12.1 Bagi transaksi melebihi had, pengeluar kad hendaklah mendapatkan


persetujuan yang nyata daripada semua pemegang baharu kad kredit semasa
permohonan dibuat, dengan penzahiran yang jelas mengenai caj yang

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 7 daripada 27

berkaitan. Bagi semua pemegang kad sedia ada, persetujuan yang nyata
hendaklah diperoleh daripada saluran yang sesuai, seperti surat, secara
elektronik, telefon atau daripada pemegang kad itu sendiri, dengan penzahiran
yang jelas mengenai caj yang berkaitan.

G 12.2 Perenggan 12.1 tidak terpakai bagi transaksi yang berikut:


(a) transaksi yang menggunakan proses stand-in;
(b) faedah atau fi yang dikenakan oleh pengeluar kad; dan
(c) transaksi auto-debit.

S 12.3 Pengeluar kad tidak boleh mengenakan fi melebihi had apabila akaun
pemegang kad melebihi had kredit disebabkan oleh perkara (a) dan (b) dalam
perenggan 12.2 atau jika had kredit yang berlebihan itu adalah akibat daripada
penangguhan pengesahan sementara yang ditetapkan oleh peniaga.

13 Struktur harga mengikut kumpulan

S 13.1 Pengeluar kad hendaklah melaksanakan struktur harga mengikut kumpulan bagi
semua kad kredit berdasarkan kategori risiko yang berbeza.

Kategori risiko

S 13.2 Di bawah struktur harga mengikut kumpulan, pengeluar kad hendaklah


mengkategorikan pemegang kad kredit ke dalam kumpulan yang berikut:
(a) Kumpulan I: Pemegang kad yang menyelesaikan bayaran minimum tepat
pada masanya selama 12 bulan berturut-turut;
(b) Kumpulan II: Pemegang kad yang membuat bayaran minimum tepat pada
masanya untuk 10 bulan atau lebih dalam kitaran 12 bulan; dan
(c) Kumpulan III: Pemegang kad yang tidak termasuk dalam mana-mana
kategori di atas.

G 13.3 Dengan merujuk perenggan 13.2, pengeluar kad, semasa membuat penilaian
risiko pemegang kad, boleh menetapkan keperluan yang lebih fleksibel,
contohnya, kurang daripada 12 bulan berturut-turut atau kurang daripada 10
bulan masing-masing untuk Kumpulan I dan Kumpulan II.

Caj kewangan

S 13.4 Pengeluar kad tidak boleh mengenakan caj kewangan ke atas bahagian baki
yang merangkumi caj kewangan yang dibawa ke hadapan daripada penyata kad
kredit bulan sebelumnya melainkan pengeluar kad telah melaksanakan
keperluan di bawah perenggan 11.1 hingga 11.4. Pengeluar kad hendaklah
memastikan bahawa caj kewangan bagi transaksi runcit dan pendahuluan tunai
adalah seperti yang berikut:
(a) Caj kewangan bagi transaksi runcit hendaklah tidak melebihi kadar yang
berikut:
(i) Kumpulan I: Maksimum 1.25% sebulan, iaitu bersamaan dengan
15% setahun, daripada jumlah baki hutang;
(ii) Kumpulan II: Maksimum 1.42% sebulan, iaitu bersamaan dengan
17% setahun, daripada jumlah baki hutang; dan

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 8 daripada 27

(iii)
Kumpulan III: Maksimum 1.5% sebulan, iaitu bersamaan dengan
18% setahun, daripada jumlah baki hutang.
(b) Caj kewangan bagi pendahuluan tunai tidak boleh melebihi kadar
maksimum 1.5% sebulan, iaitu bersamaan dengan 18% setahun.

S 13.5 Jika pemegang kad tidak mempunyai apa-apa baki yang dibawa ke hadapan
dalam akaun kad kreditnya, pengeluar kad hendaklah memberikan tempoh
bebas faedah sekurang-kurangnya 20 hari kalendar dari tarikh penyata semua
transaksi runcit yang dibayar dengan kad kredit itu.

G 13.6 Pengeluar kad boleh turut memberikan manfaat yang tertera dalam perenggan
13.5 kepada semua pemegang kad tanpa mengira kedudukan akaun mereka.

Caj bayaran lewat

G 13.7 Pengeluar kad boleh mengenakan caj bayaran lewat untuk bayaran yang tidak
diterima selepas tarikh akhir perlu dibayar seperti yang dinyatakan dalam
perenggan 10.6.

S 13.8 Caj bayaran lewat hanya terpakai bagi transaksi runcit dan pendahuluan tunai.
Caj bayaran lewat hendaklah pada kadar 1% daripada baki hutang atau RM100,
yang mana lebih rendah. Jika pengeluar kad ingin menetapkan caj bayaran lewat
minimum, caj itu tidak boleh melebihi RM10.

S 13.9 Caj bayaran lewat tidak boleh ditambah kepada jumlah hutang dalam pengiraan
faedah.

C. LIABILITI

14 Liabiliti pemegang kad tambahan

S 14.1 Pengeluar kad tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas pemegang kad
tambahan, sama ada bersama-sama atau secara berasingan, bagi pembayaran
hutang pemegang kad utama atau pemegang kad tambahan yang lain.

15 Liabiliti transaksi tanpa kebenaran

S 15.1 Pengeluar kad hendaklah menyediakan kaedah yang berkesan dan mudah
termasuklah mempunyai nombor telefon khusus yang boleh dirujuk oleh
pemegang kad untuk memaklumkan kepada pengeluar kad mengenai apa-apa
kehilangan, kecurian atau penggunaan kad kredit tanpa kebenaran. Pengeluar
kad juga hendaklah melaksanakan prosedur untuk mengakui penerimaan dan
pengesahan pemberitahuan kehilangan, kecurian atau penggunaan kad kredit
tanpa kebenaran.

S 15.2 Pengeluar kad tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas pemegang kad
bagi transaksi menggunakan kad yang dibuat tanpa kebenaran (card-present
unauthorised transactions) yang memerlukan pengesahan nombor pengenalan

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 9 daripada 27

diri (personal identification number, PIN), melainkan pengeluar kad boleh


membuktikan bahawa pemegang kad telah:
(a) melakukan penipuan;
(b) lewat memaklumkan kepada pengeluar kad sebaik sahaja menyedari kad
kredit telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran;
(c) secara sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain; atau
(d) mencatatkan PIN pada kad kredit, atau pada apa-apa barang yang
disimpan berdekatan dengan kad kredit yang boleh hilang atau dicuri
bersama-sama dengan kad.

S 15.3 Pengeluar kad tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas pemegang kad
bagi transaksi menggunakan kad yang dibuat tanpa kebenaran yang
memerlukan pengesahan tandatangan atau penggunaan kad tanpa sentuhan,
melainkan pengeluar kad boleh membuktikan bahawa pemegang kad telah:
(a) melakukan penipuan;
(b) lewat memaklumkan kepada pengeluar kad sebaik sahaja menyedari kad
kredit telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran;
(c) meninggalkan kad kredit atau apa-apa barang yang mengandungi kad
tanpa pengawasan, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang
lain, melainkan di tempat kediaman pemegang kad sendiri. Walau
bagaimanapun, pemegang kad dikehendaki untuk memelihara kad kredit
mereka dengan sewajarnya walaupun berada di tempat kediaman sendiri;
atau
(d) secara sukarela membenarkan orang lain untuk menggunakan kad kredit.

S 15.4 Pengeluar kad mesti memastikan bahawa siasatan yang sewajarnya dijalankan
ke atas semua transaksi tanpa kebenaran. Apa-apa keputusan untuk
memindahkan liabiliti transaksi tanpa kebenaran mestilah disokong oleh bukti
yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa salah satu daripada syarat yang
ditetapkan dalam perenggan 15.2 atau 15.3 telah dipenuhi.

S 15.5 Pengeluar kad hendaklah mempunyai proses yang jelas untuk merekodkan
apa-apa pemberitahuan mengenai kad kredit yang hilang, dicuri atau digunakan
tanpa kebenaran dan mengambil tindakan dengan serta-merta selepas
menerima pemberitahuan daripada pemegang kad, bagi mengelakkan kad
kredit itu daripada digunakan. Pemegang kad tidak boleh
dipertanggungjawabkan atas apa-apa transaksi tanpa kebenaran yang dibuat
dengan kad kredit itu setelah pemegang kad memaklumkan kepada pengeluar
kad secara lisan atau bertulis mengenai kad kredit yang hilang, dicuri atau
digunakan tanpa kebenaran.

S 15.6 Pengeluar kad tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas pemegang kad
atas kerugian yang dialami jika punca kerugian itu disebabkan oleh mana-mana
perkara yang berikut:
(a) kegagalan pengeluar kad untuk menghantar peringatan kepada pemegang
kad seperti keperluan dalam perenggan 17.10 dan 18.7(a);
(b) kegagalan pengeluar kad untuk menyediakan talian khidmat pelanggan
yang beroperasi sepanjang masa untuk pemegang kad memaklumkan
pengeluar kad mengenai apa-apa kehilangan, kecurian atau penggunaan
kad tanpa kebenaran;

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 10 daripada 27

(c) kerosakan teknikal atau apa-apa kelemahan lain dalam sistem atau
peralatan pengeluar kad;
(d) kelemahan dalam ciri keselamatan dan kawalan yang digunakan oleh
pengeluar kad;
(e) transaksi yang melibatkan penggunaan kad kredit palsu;
(f) bagi transaksi yang memerlukan pengesahan PIN, transaksi yang berlaku
sebelum pemegang kad menerima PIN atau mengubah PIN tetapan asal
(default) buat kali pertama;
(g) penipuan atau kecuaian oleh kakitangan atau ejen pengeluar kad atau
peniaga; atau
(h) transaksi, tidak termasuk transaksi berulang, yang berlaku setelah
pemegang kad memaklumkan kepada pengeluar kad mengenai
kehilangan, kecurian atau penggunaan kad kredit tanpa kebenaran.

D KEPERLUAN PENZAHIRAN DAN KETELUSAN

16 Peringkat sebelum kontrak

S 16.1 Pengeluar kad hendaklah menyediakan PDS (mengikut format yang disediakan
dalam Lampiran 5) yang mengandungi maklumat penting untuk pemegang kad
membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi. PDS hendaklah
disediakan sebelum pemegang kad mendaftar untuk kad kredit, dan pada
peringkat membuat kontrak jika terdapat perubahan ketara dalam maklumat.
Pengeluar kad juga hendaklah memastikan bahawa PDS disediakan dalam
Bahasa Malaysia, jika diminta.

S 16.2 Ciri-ciri asas


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad mengenai
ciri-ciri utama kad kredit itu.

S 16.3 Caj kewangan, fi dan caj lain


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad bahawa
caj kewangan terpakai ke atas apa-apa jumlah baki hutang kad kredit yang
tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh akhir perlu dibayar; dan
(b) Pengeluar kad juga hendaklah menzahirkan kepada pemegang kad
dalam PDS mengenai semua fi dan caj yang dikenakan berkaitan dengan
kad kredit, serta jumlah dan kekerapan bayaran. Perkara ini termasuk fi
tahunan bagi pemegang kad utama serta pemegang kad tambahan dan fi
transaksi bagi pendahuluan tunai.

S 16.4 Simpanan kolateral


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad yang
boleh memenuhi keperluan kelayakan minimum tetapi tidak boleh
memberikan dokumen sebagai bukti pendapatan, mengenai keperluan
simpanan tetap yang jumlahnya perlu bersamaan dengan had kredit,
sebagai kolateral; dan
(b) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad bahawa
deposit tetap itu hendaklah disimpan sepanjang kemudahan kad kredit itu
disediakan.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 11 daripada 27

S 16.5 Barangan promosi


(a) Pemegang kad hendaklah dimaklumkan mengenai syarat-syarat yang
dikenakan untuk apa-apa barangan promosi dan kesannya apabila tidak
mematuhi syarat tersebut, sekiranya ada.

S 16.6 Penzahiran oleh pengantara


(a) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa wakil jualan dan
pemasaran menerangkan dengan jelas mengenai terma dan syarat utama
produk kad kredit yang ditawarkan, terutama sekali produk yang
mengenakan liabiliti atau kewajipan ke atas pemegang kad serta fi dan caj
yang dikenakan.

17 Pada peringkat membuat kontrak

S 17.1 Terma dan syarat


(a) Pengeluar kad hendaklah sentiasa menyediakan terma dan syarat bertulis
mengenai penggunaan kad kredit untuk pemegang kad. Dokumen itu
hendaklah mengandungi keterangan yang jelas dan ringkas mengenai
terma dan syarat utama yang meletakkan tanggungjawab atau kewajipan
ke atas pemegang kad (pemegang kad utama dan tambahan). Terma
tersebut hendaklah diterangkan dalam bahasa yang mudah dan senang
difahami oleh pemegang kad;
(b) Pengeluar kad hendaklah menasihati pemegang kad supaya membaca
dan memahami terma dan syarat sebelum menandatangani perjanjian dan
menggunakan kad kredit. Pengeluar kad hendaklah mengambil langkah
yang sewajarnya untuk menarik perhatian pemegang kad terhadap terma
yang mempunyai implikasi terhadap liabiliti; dan
(c) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa kakitangan perkhidmatan
pelanggan serta wakil jualan dan pemasaran boleh menjawab soalan
mengenai terma dan syarat kad kredit. Nombor talian khidmat pelanggan
hendaklah dipaparkan dalam brosur, penyata bil bulanan, laman
sesawang dan di belakang kad kredit.

S 17.2 Terma pembayaran balik


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad
mengenai bayaran bulanan minimum dan memastikan pemegang kad
mengambil perhatian terhadap kesan daripada pembayaran balik
sebahagian daripada hutang atau hanya membuat bayaran bulanan
minimum.

S 17.3 Caj bayaran lewat


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad
mengenai caj bayaran lewat yang dikenakan jika pemegang kad gagal
membayar sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum atau
pada tarikh akhir perlu dibayar; dan
(b) Pengeluar kad hendaklah menzahirkan bila caj bayaran lewat akan
dikenakan, caj bayaran lewat minimum dan maksimum yang boleh
dikenakan serta cara pengiraannya.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 12 daripada 27

S 17.4 Kemungkiran
(a) Pemegang kad hendaklah diberitahu mengenai tindakan yang boleh
diambil oleh pengeluar kad jika berlaku kemungkiran oleh pemegang kad,
contohnya, tindakan undang-undang.

S 17.5 Hak untuk tolak selesai (set-off)


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad jika
pengeluar kad berhak untuk menolak selesai apa-apa baki kredit dalam
akaun deposit pemegang kad dengan apa-apa baki debit dalam akaun kad
kreditnya.

S 17.6 Hak untuk menggunakan khidmat luar bagi mengutip hutang dan menjual
pinjaman terjejas
(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad
mengenai haknya untuk menggunakan khidmat agensi luar bagi mengutip
hutang dan hak untuk menjual pinjaman terjejas kepada pihak ketiga.

S 17.7 Liabiliti pemegang kad utama dan pemegang kad tambahan


(a) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa pemegang kad utama
sedar akan liabilitinya terhadap semua hutang yang dibuat oleh pemegang
kad tambahan.

S 17.8 Pendahuluan tunai


(a) Jika kemudahan pendahuluan tunai disediakan kepada pemegang kad,
pengeluar kad hendaklah menzahirkan had pengeluaran harian, dan fi
yang berkaitan, termasuk jumlah caj minimum.

S 17.9 Penggunaan kad kredit di luar negara


(a) Pemegang kad hendaklah dimaklumkan mengenai caj yang berkaitan
dengan transaksi runcit yang dibuat di luar negara; dan
(b) Pemegang kad juga hendaklah dimaklumkan mengenai fi transaksi dan fi
penukaran mata wang yang terpakai bagi penggunaan kad kredit untuk
pengeluaran tunai di luar negara.

S 17.10 Tanggungjawab pemegang kad kredit


Pengeluar kad hendaklah memaparkan notis yang jelas untuk pemegang kad
semasa kontrak dibuat, mengenai tanggungjawab pemegang kad untuk:
(a) mematuhi terma dan syarat penggunaan kad kredit;
(b) mengambil langkah yang munasabah untuk memelihara kad kredit dan PIN
dengan baik pada setiap masa, termasuk di tempat kediaman pemegang
kad sendiri. Langkah ini termasuklah tidak:
(i) menzahirkan butiran kad kredit atau PIN kepada orang lain;
(ii) menulis PIN pada kad kredit, atau pada apa-apa barang yang
disimpan berdekatan dengan kad;
(iii) menggunakan PIN yang dipilih daripada tarikh lahir, kad pengenalan,
pasport, lesen memandu atau nombor telefon pemegang kad; dan
(iv) membenarkan orang lain untuk menggunakan kad kredit dan PIN.
(c) memaklumkan kepada pengeluar kad dengan secepat mungkin sebaik
sahaja menyedari bahawa kad kredit telah hilang, dicuri, berlaku transaksi
tanpa kebenaran atau PIN mungkin telah diubah;

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 13 daripada 27

(d) memaklumkan kepada pengeluar kad dengan serta-merta setelah


menerima pemberitahuan transaksi melalui khidmat pesanan ringkas
(short message service, SMS) jika transaksi itu dilakukan tanpa
kebenaran;
(e) memaklumkan kepada pengeluar kad dengan serta-merta mengenai apa-
apa perubahan nombor telefon pemegang kad;
(f) menggunakan kad kredit secara bertanggungjawab, termasuklah tidak
menggunakan kad kredit untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang;
dan
(g) menyemak penyata akaun dan melaporkan apa-apa percanggahan
maklumat dengan segera.

S 17.11 Liabiliti bagi transaksi tanpa kebenaran


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad melalui
notis yang jelas dan mudah dilihat bahawa pemegang kad tidak akan
dipertanggungjawabkan untuk transaksi menggunakan kad yang dibuat
tanpa kebenaran yang memerlukan pengesahan PIN, dengan syarat
pemegang kad tidak:
(i) melakukan penipuan;
(ii) lewat untuk memaklumkan kepada pengeluar kad secepat mungkin
sebaik sahaja menyedari kad kredit telah hilang atau digunakan
tanpa kebenaran;
(iii) secara sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain; atau
(iv) mencatatkan PIN pada kad kredit atau pada apa-apa barang yang
disimpan berdekatan dengan kad kredit.

(b) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad melalui


notis yang jelas bahawa ia tidak akan dipertanggungjawabkan untuk
transaksi menggunakan kad yang dibuat tanpa kebenaran yang
memerlukan pengesahan tandatangan atau penggunaan kad tanpa
sentuhan, dengan syarat pemegang kad tidak:
(i) melakukan penipuan;
(ii) lewat untuk memaklumkan kepada pengeluar kad secepat mungkin
sebaik sahaja menyedari kad kredit telah hilang atau digunakan
tanpa kebenaran;
(iii) meninggalkan kad kredit atau apa-apa barang yang mengandungi
kad itu tanpa pengawasan, di tempat yang boleh dilihat dan diakses
oleh orang lain; atau
(iv) secara sukarela membenarkan orang lain untuk menggunakan kad
kreditnya.

18 Sepanjang tempoh kontrak

S 18.1 Penyata
(a) Pengeluar kad hendaklah menyediakan penyata bulanan untuk pemegang
kad yang menunjukkan baki hutang, pembayaran balik hutang minimum,
jumlah yang dikreditkan dan dikenakan caj, termasuklah faedah dan caj
yang lain; dan tarikh jumlah tersebut dimasukkan ke dalam akaun;
(b) Pengeluar kad hendaklah menyediakan penyata peringatan pembayaran
balik hutang minimum (dalam bentuk jadual, saiz font 12 dalam huruf

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 14 daripada 27

tebal) pada halaman pertama penyata bulanan (rujuk contoh dalam


Lampiran 1). Pengeluar kad hendaklah menasihati pemegang kad supaya
menggunakan kalkulator yang disediakan di laman sesawang pengeluar
kad untuk mengira tempoh masa yang diperlukan bagi menyelesaikan
sepenuhnya baki hutang berdasarkan jumlah pembayaran balik yang
berbeza. Pada halaman belakang penyata bulanan itu, pengeluar kad
hendaklah menyediakan contoh ilustrasi seperti format yang disediakan
dalam Lampiran 2;
(c) Halaman belakang penyata bulanan juga hendaklah, sekurang-kurangnya,
menzahirkan maklumat itu dalam bentuk jadual standard seperti yang
disediakan dalam Lampiran 3. Maklumat ini hendaklah boleh dilihat
dengan jelas (iaitu tidak boleh dalam warna yang kelam dan saiz font yang
kurang daripada 8);
(d) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad pada
halaman pertama penyata terakhir bagi tahun itu, mengenai tempoh masa
yang diperlukan untuk membayar sepenuhnya baki hutang sebenar dan
jumlah faedahnya, dengan andaian tiada transaksi baharu dibuat
menggunakan kad kredit itu (rujuk contoh dalam Lampiran 4);
(e) Selain perkara yang dinyatakan di atas, penyata terakhir bagi tahun itu
hendaklah menyediakan maklumat jumlah kredit yang telah digunakan,
jumlah kos faedah, dan jumlah caj yang dikenakan untuk menggalakkan
penggunaan kad kredit yang berhemah; dan
(f) Bagi pemegang kad yang memilih untuk menerima e-penyata, pengeluar
kad hendaklah memastikan supaya maklumat dalam e-penyata adalah
sama seperti maklumat dalam penyata bercetak.

S 18.2 Penutupan akaun


(a) Pengeluar kad hendaklah membenarkan pemegang kad untuk menutup
akaun kad kreditnya pada bila-bila masa tanpa dikenakan apa-apa fi dan
caj atau prosedur penutupan akaun yang membebankan; dan
(a) Sekiranya terdapat baki kredit dalam akaun kad kredit itu, pengeluar kad
hendaklah membayar balik baki itu kepada pemegang kad dalam masa
30 hari dari tarikh penerimaan permohonan untuk menutup akaun.

S 18.3 Perubahan had kredit


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad
mengenai apa-apa pengurangan had kredit; dan
(a) Apa-apa kenaikan had kredit hendaklah tertakluk kepada penilaian
kemampuan berdasarkan dokumen dasar Responsible Financing dan
mematuhi perenggan 21.4 dan 21.5 dokumen dasar ini.

S 18.4 Perubahan pada terma dan syarat


(a) Jika terdapat apa-apa perubahan pada terma dan syarat, selain perubahan
had kredit, pengeluar kad hendaklah memberikan sekurang-kurangnya
notis 21 hari kalendar kepada pemegang kad sebelum terma dan syarat
baharu berkuat kuasa;
(b) Apa-apa perubahan dalam fi dan caj yang terpakai bagi akaun kad kredit
hendaklah dimaklumkan oleh pengeluar kad kepada pemegang kad
sekurang-kurangnya 21 hari kalendar sebelum tarikh perubahan berkuat
kuasa; dan

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 15 daripada 27

(c) Komunikasi dengan pemegang kad hendaklah secara bertulis atau melalui
saluran elektronik.

18.5 Niat untuk tolak selesai


S (a) Jika pengeluar kad mempunyai hak untuk menolak selesai apa-apa baki
kredit dalam akaun deposit pemegang kad untuk mengurangkan baki
hutang dalam akaun kad kredit, pengeluar kad hendaklah memaklumkan
kepada pemegang kad sekurang-kurangnya 7 hari kalendar lebih awal
mengenai niat pengeluar kad untuk menolak baki dalam akaun deposit
pemegang kad bagi mengurangkan baki debit dalam akaun kad kredit.
G (b) Pengeluar kad boleh memperuntukkan dana dalam akaun deposit
pemegang kad dengan serentak untuk menyelesaikan baki hutang dalam
akaun kad kredit setelah mengeluarkan notis kepada pemegang kad.

S 18.6 Akaun delinkuen


(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad dengan
jelas bahawa pengeluar kad berhak untuk membatalkan kad kredit
pemegang kad apabila berlaku beberapa kali kemungkiran yang berturut-
turut dalam pembayaran balik bulanan minimum;
(b) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa pemegang kad delinkuen
diberi peringatan yang mencukupi berhubung dengan jumlah hutang dan
faedah yang dikenakan bagi akaun kad kredit delinkuen dan amaran
tentang tindakan kutipan hutang yang akan diambil jika peringatan untuk
menyelesaikan baki hutang diabaikan;
(c) Pemegang kad hendaklah dimaklumkan oleh pengeluar kad sekurang-
kurangnya 7 hari kalendar lebih awal jika kutipan baki hutang akaun
delinkuen akan diserahkan kepada agensi kutipan hutang pihak ketiga.
Jangka masa pemberitahuan ini hendaklah terpakai juga bagi pemegang
kad yang akaun kad kreditnya diklasifikasikan sebagai akaun terjejas dan
dijual kepada pihak ketiga. Dalam hal ini, pengeluar kad hendaklah
memaklumkan kepada pemegang kad berkenaan mengenai penjualan
akaun kad kredit dalam tempoh 7 hari kalendar setelah mendapat perintah
letak hak daripada Mahkamah;
(d) Dalam notis ini, pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada
pemegang kad mengenai kesan terhadap hak dan kewajipan pemegang
kad setelah akaun dipindahkan kepada agensi kutipan hutang pihak ketiga
atau dijual kepada pihak ketiga;
(e) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa pemegang kad
dimaklumkan dan memahami bahawa dalam keadaan tertentu apabila
pemegang kad tidak dapat dihubungi, pengeluar kad dianggap telah
memenuhi kewajipannya jika notis telah dihantar ke alamat terakhir
pemegang kad yang diketahui sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal;
(f) Pengeluar kad hendaklah memberi pemegang kad nama dan maklumat
untuk menghubungi agensi kutipan hutang pihak ketiga yang telah dilantik
atau pihak ketiga yang telah membeli pinjaman terjejas itu; dan
(g) Pengeluar kad juga hendaklah memaklumkan pemegang kad mengenai
perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dengan
memasukkan nota di bawah ke dalam semua peringatan yang dihantar
kepada pemegang kad (penzahiran dalam saiz font kurang daripada 8
tidak dibenarkan);

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 16 daripada 27

Versi Bahasa Inggeris


“Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit has been established by Bank
Negara Malaysia to provide free services on money management, credit
counselling, financial education and debt restructuring for individuals. For
enquiries, please call 03-2616 7766”.

Versi Bahasa Malaysia


“Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit telah ditubuhkan oleh Bank
Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan
kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan
semula pinjaman secara percuma kepada individu. Untuk pertanyaan, sila
hubungi talian 03-2616 7766”.

S 18.7 Tanggungjawab dan kesedaran pemegang kad mengenai langkah-langkah


pencegahan penipuan
(a) Pengeluar kad hendaklah menghantar notis kepada pemegang kad
sekurang-kurangnya sekali setiap tahun kalendar setelah kad kredit
dikeluarkan untuk mengingatkan pemegang kad mengenai tanggungjawab
pemegang kad seperti yang dinyatakan dalam perenggan 17.10;
(b) Pengeluar kad hendaklah kekal meneruskan usaha untuk meningkatkan
kesedaran pemegang kad mengenai potensi liabiliti bagi transaksi
menggunakan kad tanpa kebenaran disebabkan syarat yang ditetapkan
dalam perenggan 15.2 dan 15.3, dan langkah untuk mencegah penipuan
kad kredit, termasuklah keperluan memelihara kad kredit dan PIN dengan
baik; dan
(c) Peringatan dan maklumat mengenai langkah pencegahan penipuan
hendaklah disampaikan kepada pemegang kad melalui saluran yang
berkesan.

E. KEPERLUAN PEMASARAN

19 Iklan

S 19.1 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa iklan dan bahan promosi
mengenai produk kad kredit adalah jelas dan tidak mengelirukan.

S 19.2 Pengeluar kad hendaklah menetapkan proses penilaian yang bebas bagi iklan
dan bahan promosi mengenai produk kad kredit, contohnya oleh Unit Pematuhan
atau Unit Undang-undang, untuk memastikan bahawa bahan promosi adalah
jelas dan tidak mengelirukan.

S 19.3 Bagi iklan di media cetak, iklan berkenaan hendaklah menzahirkan dengan jelas
maklumat penting mengenai apa-apa kad kredit yang ditawarkan yang akan
mempengaruhi keputusan pemegang kad. Saiz font yang mudah dibaca
hendaklah digunakan untuk menarik perhatian pemegang kad kepada apa-apa
maklumat penting, seperti kadar faedah efektif, fi dan caj berkaitan dan kriteria
kelayakan untuk menikmati manfaat yang ditawarkan.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 17 daripada 27

S 19.4 Bahan promosi hendaklah memberikan maklumat yang mencukupi mengenai


terma dan syarat utama produk kad kredit itu. Bahan promosi itu juga hendaklah
mengandungi maklumat kadar faedah efektif tahunan di samping fi tahunan dan
apa-apa caj lain yang dikenakan untuk memudahkan pemegang kad membuat
perbandingan. Maklumat ini hendaklah disampaikan dalam bahasa yang mudah
difahami dan menggunakan saiz font yang mudah dibaca.

S 19.5 Apabila mengiklankan kadar promosi, contohnya untuk pindahan baki daripada
kad kredit lain, pengeluar kad hendaklah menzahirkan dengan jelas syarat utama
mengenai kebolehgunaan kadar itu, contohnya keadaan yang boleh
memendekkan tempoh kadar promosi atau menyebabkan kadar promosi
meningkat. Kos lain yang terlibat dalam pindahan baki juga hendaklah dizahirkan
dengan jelas kepada pemegang kad.

S 19.6 Pengeluar kad hendaklah menyatakan dengan jelas terma dan syarat penting
yang berkaitan dengan tawaran hadiah percuma, hadiah, diskaun atau baucar
untuk promosi kad kredit dalam iklan di media cetak, atau dalam bahan
pemasaran untuk pemegang kad baharu, atau bersama-sama dengan penyata
bulanan untuk pemegang kad sedia ada.

S 19.7 Apabila mengiklankan ciri istimewa atau promosi di media cetak atau elektronik,
kriteria kelayakan yang terpakai untuk menikmati keistimewaan itu hendaklah
dizahirkan semasa pengumuman dibuat. “Kriteria kelayakan yang terpakai”
adalah kriteria yang sangat mustahak bagi ciri/promosi yang diiklankan selain
terma dan syarat asas untuk memiliki kad. Pengeluar kad tidak boleh sekadar
menunjukkan dalam nota kaki bahawa “terma dan syarat terpakai”.

S 19.8 Iklan atau bahan promosi lain tidak boleh menggambarkan apa-apa ciri kad kredit
sebagai “percuma” atau “tanpa kos” jika terdapat syarat yang dikenakan atau caj
dalam bentuk lain yang akan dikenakan ke atas pemegang kad.

20 Amalan pemasaran

S 20.1 Pemegang kad hendaklah memastikan bahawa wakil jualan dan pemasaran
(termasuk telepemasaran) dilatih secukupnya dan berpengetahuan mengenai ciri
utama, manfaat dan risiko produk kad kredit.

S 20.2 Pengeluar kad hendaklah cermat dan memberikan usaha yang sewajarnya
apabila menyediakan maklumat untuk digunakan oleh wakil jualan dan
pemasaran supaya maklumat itu mencukupi, tepat, sesuai dan lengkap dari segi
kandungan dan bentuk. Perkara ini adalah untuk memastikan bahawa pemegang
kad mendapat maklumat yang mencukupi daripada wakil jualan dan pemasaran
mengenai terma, manfaat dan syarat penting untuk produk atau perkhidmatan
kad kredit yang ditawarkan.

S 20.3 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa wakil jualan dan pemasaran
memperkenalkan diri mereka dan pengeluar kad yang diwakili mereka, serta
berkelakuan profesional apabila menghubungi atau bertemu dengan bakal
pemegang kad untuk memasarkan produk kad kredit. Khususnya, wakil jualan
dan pemasaran tidak boleh menggunakan taktik agresif untuk mendesak,

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 18 daripada 27

mengelirukan atau memaksa bakal pemegang kad supaya mendaftar untuk kad
kredit dan hendaklah mengelakkan daripada mengganggu bakal pemegang kad
yang tidak berminat. Wakil jualan dan pemasaran tidak boleh mengelirukan bakal
pemegang kad mengenai apa-apa produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
atau memberikan apa-apa komitmen palsu bagi pihak pengeluar kad mengenai
apa-apa kemudahan atau perkhidmatan. Bakal pemegang kad juga hendaklah
diberi masa yang mencukupi untuk mempertimbangkan dan melengkapkan
borang permohonan tanpa menerima tekanan yang tidak wajar.

S 20.4 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa wakil jualan dan pemasaran
menyediakan lembaran penzahiran dan memaklumkan kepada bakal pemegang
kad sekurang-kurangnya perkara yang berikut, untuk memastikan mereka diberi
maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan:
(a) Caj kewangan yang akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit jika
jumlah itu tidak dibayar sepenuhnya sebelum atau pada tarikh akhir perlu
dibayar serta asas untuk tempoh bebas faedah bagi transaksi runcit;
(b) Fi dan caj, seperti fi tahunan, caj bayaran lewat bagi kegagalan untuk
membayar sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum pada tarikh
perlu dibayar, fi transaksi bagi pendahuluan tunai dan fi melebihi had apabila
transaksi melebihi had kredit yang diberikan;
(c) Kriteria kelayakan untuk menikmati keistimewaan yang sedang
dipromosikan, seperti rebat, hadiah percuma, pengecualian fi; dan
(d) Tanggungjawab pemegang kad.

S 20.5 Pengeluar kad hendaklah menetapkan prosedur dan mengambil langkah yang
munasabah untuk memastikan pilihan yang dinyatakan oleh pemegang kad
(contohnya, tidak perlu dihubungi apabila terdapat tawaran produk baharu)
dihormati.

S 20.6 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa wakil tele-pemasaran tidak


menghubungi pemegang kad pada waktu yang tidak sesuai (kebiasaannya,
antara pukul 9 malam hingga 9 pagi).

S 20.7 Apabila membayar imbuhan atau memberikan ganjaran kepada wakil jualan dan
pemasaran, pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa sistem ganjaran tidak
menggalakkan atau mendorong kelakuan yang tidak wajar seperti amalan jualan
dan pemasaran yang tidak beretika yang mendedahkan pengeluar kad kepada
risiko reputasi. Pengeluar kad hendaklah mengelakkan sistem ganjaran yang
lemah yang mendorong kelakuan yang tertumpu pada usaha mendapatkan
jualan maksimum tanpa mengambil kira minat bakal pemegang kad yang
mungkin ditawarkan produk yang tidak sesuai dengan keperluan atau keadaan
kewangannya.

S 20.8 Sistem ganjaran bagi wakil jualan dan pemasaran hendaklah mencerminkan
tanggungjawab untuk melayan bakal pemegang kad dengan adil. Pengeluar kad
hendaklah menggabungkan faktor kuantitatif dan kualitatif (contohnya,
perkhidmatan dan aduan pelanggan) untuk menilai prestasi wakil jualan dan
pemasaran.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 19 daripada 27

S 20.9 Pengeluar kad hendaklah mewujudkan prosedur pengesahan yang mencukupi


untuk mengesahkan identiti pemohon kad kredit bagi mencegah penggunaan
maklumat yang dicuri (contohnya, pencurian identiti) untuk permohonan kad
kredit. Perkara ini hendaklah meliputi usaha menghubungi pemohon secara
rawak bagi mengesahkan permohonan kad kredit dan memastikan pemohon
sedar akan terma dan syarat penting. Proses ini juga berperanan untuk menilai
prestasi dan kenyataan yang dibuat oleh wakil jualan dan pemasaran.

S 20.10 Pemegang kad hendaklah diberi peluang untuk menarik balik permohonan kad
kreditnya walaupun setelah menerima kad kredit tanpa dikenakan apa-apa caj
atau kesulitan yang tidak munasabah, jika terbukti bahawa wakil jualan dan
pemasaran telah memaksa pemegang kad untuk membuat permohonan
dan/atau pemegang kad tidak diberi masa yang cukup untuk mempertimbangkan
permohonannya.

21 Kad/pendahuluan kredit/kenaikan had kredit yang tidak diminta

S 21.1 Sebelum menghantar kad kredit, atau apa-apa produk yang tidak diminta kepada
pemegang kad sedia ada atau bakal pemegang kad, pengeluar kad hendaklah
menjalankan penilaian kredit yang lengkap dan berpuas hati berasaskan
penilaian kemampuan membayar hutang lebih mantap yang dijalankan, bahawa
kemudahan kredit tidak akan mendedahkan pemegang kad sedia ada dan bakal
pemegang kad kepada beban hutang yang berlebihan.

S 21.2 Jika pengeluar kad menghantar kad kredit yang tidak diminta kepada pemegang
kad sedia ada atau bakal pemegang kad, pengeluar kad tidak boleh mengaktifkan
kad kredit itu sehingga pemegang kad telah memaklumkan kepada pengeluar
kad sama ada secara lisan atau bertulis mengenai persetujuannya untuk
menerima kad kredit itu. Sebelum pengesahan ini diterima, pemegang kad tidak
boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa bentuk caj, fi, pembayaran dan
pembelian yang berkaitan dengan kad kredit itu. Pemegang kad tidak perlu
melalui prosedur pembatalan jika dia tidak mahu menerima dan mengaktifkan kad
kredit itu.

S 21.3 Pengeluar kad tidak boleh menawarkan pendahuluan kredit (contohnya, dalam
bentuk cek berbayar kepada pemegang kad) melainkan pemegang kad sendiri
telah memintanya. Semua caj yang berkaitan dengan pendahuluan kredit
hendaklah dizahirkan dengan jelas kepada pemegang kad.

S 21.4 Bagi tawaran kenaikan had kredit yang tidak diminta, pengeluar kad hendaklah
mendapatkan persetujuan menerima tawaran itu daripada pemegang kad secara
bertulis atau lisan sebelum mengaktifkan kenaikan had kredit. Pengeluar kad juga
hendaklah memberikan maklumat kepada pemegang kad tentang cara untuk
mengurangkan had kreditnya.

S 21.5 Pengeluar kad tidak boleh menaikkan had kredit jika pemegang kad mempunyai
sejarah prestasi kredit yang lemah atau kesulitan untuk membayar balik hutang
atau kebiasaannya membuat pembayaran balik bulanan minimum yang
menunjukkan bahawa pemegang kad menghadapi kesulitan untuk membayar
hutang.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 20 daripada 27

F. KEPERLUAN LAIN

22 Kutipan hutang

S 22.1 Pengeluar kad hendaklah mematuhi keperluan kutipan hutang seperti yang
ditetapkan dalam “Circular on Fair Debt Collection Practices” yang dikeluarkan
oleh Bank.

23 Maklumat pemegang kad

S 23.1 Apabila maklumat peribadi diberikan kepada ejen atau wakil pengeluar kad,
pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa maklumat tersebut hanya
digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan bagi melaksanakan fungsi mereka.
Pengeluar kad hendaklah memastikan maklumat itu dirahsiakan dan dipelihara
dengan baik oleh ejen atau wakil. Oleh yang demikian, pengeluar kad hendaklah
memastikan ejen atau wakil menandatangani persetujuan kerahsiaan atau aku
janji, supaya peruntukan kerahsiaan di bawah perundangan yang relevan
dipatuhi.

S 23.2 Pengeluar kad hendaklah sentiasa bertanggungjawab kepada pemegang kad


bagi apa-apa aduan akibat daripada salah pengendalian atau penyalahgunaan
maklumat pemegang kad oleh ejen atau wakil dan hendaklah mengambil langkah
yang munasabah bagi menyelesaikan apa-apa kesulitan atau kerugian yang
dialami oleh pemegang kad akibat daripada salah pengendalian atau
penyalahgunaan itu. Tindakan tegas hendaklah diambil terhadap ejen yang
bersalah, termasuk menamatkan kontrak dengan agensi berkenaan jika berlaku
perlanggaran kerahsiaan.

S 23.3 Pengeluar kad hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menghapuskan
borang permohonan yang tidak berjaya dan memastikan kerahsiaan maklumat
pemegang kad dipelihara dengan baik.

24 Pengurusan aduan

S 24.1 Pengeluar kad hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap pemegang kad


berhubung dengan apa-apa aduan terhadap kakitangan atau wakilnya, termasuk
ejen luar, dan tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya terhadap apa-apa
salah laku ejen atau wakilnya.

S 24.2 Jika timbul pertikaian mengenai apa-apa jumlah transaksi, pengeluar kad tidak
boleh meminta pemegang kad untuk membayar jumlah yang dipertikaikan itu
atau mengenakan caj kewangan atau caj lain terhadap jumlah itu selagi siasatan
masih dijalankan.

S 24.3 Pengeluar kad hendaklah memberi pemegang kad maklumat mengenai cara
membuat aduan, termasuklah aduan terhadap ejen dan maklumat untuk
menghubungi unit aduan pengeluar kad. Selain itu, maklumat untuk
menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK hendaklah diberikan dalam penyata
bulanan kad kredit.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 21 daripada 27

G 24.4 Jika terdapat aduan yang benar terhadap pengeluar kad dan aduan itu tidak
diselesaikan, Bank boleh mengambil tindakan yang sesuai, termasuk
mengharamkan pengeluar kad berkenaan daripada mengeluarkan produk kad
kredit baharu.

25 Penggunaan kad kredit untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang

S 25.1 Pengeluar kad hendaklah memasukkan dalam terma dan syarat satu fasal yang
menyatakan bahawa kad kredit tidak boleh digunakan untuk apa-apa kegiatan
yang menyalahi undang-undang3. Pengeluar kad hendaklah dengan serta-merta
menamatkan kemudahan kad kredit jika pemegang kad didapati telah
menggunakan kad kredit untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang.

3
Kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian haram secara dalam talian.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 22 daripada 27

Lampiran 1 Pernyataan amaran bagi bayaran minimum

AMARAN MENGENAI PEMBAYARAN BALIK BULANAN MINIMUM SAHAJA

Jika anda hanya membuat pembayaran balik minimum pada setiap bulan,
anda akan membayar faedah yang lebih dan mengambil masa yang lebih
panjang untuk menyelesaikan baki hutang. Sila rujuk halaman di belakang
penyata ini untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh merujuk kalkulator kad
kredit yang disediakan di laman sesawang kami.

Lampiran 2 Contoh ilustrasi standard mengenai tempoh membayar baki hutang


yang belum dijelaskan

Contoh di bawah senario jumlah baki hutang yang berbeza

Baki hutang (RM) 3,000 5,000 10,000

Bayar Bayar Bayar Bayar Bayar Bayar


jumlah RM250 jumlah RM350 jumlah RM600
minimum pada minimum pada minimum setiap
sahaja* setiap sahaja * setiap sahaja* bulan
Bayaran balik
(RM150 bulan (RM250 bulan (RM500
pada pada pada
bulan bulan bulan
pertama) pertama) pertama)

Tempoh bayaran 4 tahun 7 1 tahun 2 5 tahun 9 1 tahun 5 7 tahun 4 1 tahun 8


balik bulan bulan bulan bulan bulan bulan

Jumlah faedah
yang dikenakan RM1,055 RM333 RM1,912 RM670 RM4,055 RM1,594
(RM)

Jumlah yang
perlu diselesaikan RM4,055 RM3,333 RM6,912 RM5,670 RM14,055 RM11,594
(RM)

Nota:
 Jumlah bayaran minimum ialah 5% daripada baki hutang bulanan yang belum dijelaskan
atau RM50, yang mana lebih tinggi.

Andaian:
 Kadar faedah - 18% setahun
 Tiada transaksi baharu yang dibuat menggunakan kad
 30 hari sebulan

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 23 daripada 27

Lampiran 3 Penzahiran minimum dalam penyata bulanan

Tempoh bebas faedah Contoh, tiada tempoh bebas faedah bagi pendahuluan
tunai

Maklumat mengenai caj Menunjukkan kaedah pengiraan dan tempoh yang


faedah dikenakan faedah bagi:
 Pembelian
 Pendahuluan tunai
 Pindahan baki

Fi dan caj  Fi pendahuluan tunai


 Penggantian kad
 Transaksi di luar negara
 Caj lain

Caj kemungkiran  Caj bayaran lewat dan pengiraannya


(default)  Caj terlebih had

Penyata pengagihan bayaran

Kenyataan mengenai liabiliti bagi transaksi tanpa kebenaran

Maklumat untuk menghubungi khidmat pelanggan dan BNMTELELINK

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 24 daripada 27

Lampiran 4 Penyata bayaran balik bulanan minimum

Baki sedia ada RM 3,000.00

Bayaran minimum yang perlu dibuat RM150.00

Tarikh perlu dibayar 15 Jan 2019

Amaran Bagi Bayaran Minimum: Jika anda hanya membuat bayaran minimum setiap
bulan, anda perlu membayar kadar faedah yang lebih dan mengambil masa yang lebih
panjang untuk menyelesaikan baki hutang anda. Contoh:

Jika anda tidak membuat Anda akan menyelesaikan Dan akhirnya anda akan
transaksi tambahan baki yang tertera pada membayar jumlah faedah
menggunakan kad ini dan penyata ini dalam anggaran yang dianggarkan
pada setiap bulan anda... masa... sebanyak...

Senario 1:
Bayar jumlah minimum
4 tahun dan 7 bulan RM1,055
bulanan sahaja*
(contohnya, RM150 pada
bulan pertama)

Senario 2: 1 tahun dan 5 bulan RM424


Bayar RM200 setiap bulan (Penjimatan = RM631)

Nota:
 Jumlah bayaran minimum ialah 5% daripada baki hutang bulanan yang belum
dijelaskan atau RM50, yang mana lebih tinggi.

Andaian:
 Kadar faedah - 18% setahun
 Tiada transaksi baharu menggunakan kad
 30 hari sebulan

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 25 daripada 27

Lampiran 5 Lembaran Penzahiran Produk – Kad Kredit

LEMBARAN PENZAHIRAN <Nama Penyedia Perkhidmatan Kewangan >

PRODUK
<Nama Produk>

Baca Lembaran Penzahiran Produk ini sebelum


anda membuat keputusan untuk mengambil <Tarikh>
<Nama Produk>. Pastikan anda juga membaca
terma dan syarat umum.

1. Apakah produk ini?

Produk ini ialah kad kredit Gold Visa, yang digunakan terutamanya untuk membeli barangan dan
perkhidmatan. Apabila jumlah kredit yang anda gunakan belum dijelaskan sepenuhnya pada atau sebelum
tarikh akhir perlu dibayar, jumlah yang belum diselesaikan akan dikenakan caj kewangan.

2. Apakah yang boleh saya dapat daripada produk ini?

 Had kredit: RM xxx

Kadar tahunan
Caj Pembelian x% Menjelaskan bayaran tepat pada masanya untuk
kewangan tempoh 12 bulan berturut-turut
y% Membuat bayaran tepat pada masanya 10/11 kali
sejak 12 bulan yang lalu
z% Membuat bayaran tepat pada masanya sebanyak 9
kali atau kurang dalam tempoh 12 bulan yang lalu
Pendahuluan tunai m%
Pindahan baki n%

Untuk menikmati caj kewangan yang lebih rendah bagi transaksi runcit, anda hendaklah membuat sekurang-
kurangnya 10 bayaran tepat pada masanya dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

3. Apakah tanggungjawab saya?

Bayaran balik bulanan  5% daripada baki hutang atau minimum RMxx;


minimum  Ansuran bulanan bagi pelan bayaran mudah dan pelan
pindahan baki, jika ada; dan
 Ansuran bulanan mengikut kontrak bagi pinjaman
bertempoh untuk apa-apa penukaran baki secara
automatik (automatic balance conversion, ABC).

Tempoh bebas faedah  Bagi transaksi runcit - 20 hari dari tarikh penyata, jika anda
membayar baki hutang sepenuhnya dan tepat pada
masanya.
 Jika anda tidak membuat bayaran penuh dan tepat pada
masanya, caj kewangan untuk transaksi runcit akan dikira
mulai dari tarikh transaksi itu dimasukkan dalam penyata
anda.
 Tempoh bebas faedah tidak terpakai bagi pindahan baki
atau pendahuluan tunai.

 Sebagai pemegang kad utama, anda bertanggungjawab terhadap semua transaksi yang dibuat oleh
pemegang kad tambahan.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 26 daripada 27

4. Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar?

Fi tahunan

Fi pendahuluan tunai
Fi penggantian kad

Fi pengambilan draf jualan

Fi permohonan untuk penyata tambahan

Fi penukaran transaksi di luar negara

Fi terlebih had

Fi dan caj lain

5. Apakah yang akan berlaku jika saya gagal menunaikan tanggungjawab saya?

 Caj bayaran lewat: Maksimum sebanyak 1% daripada baki hutang atau minimum RM10.
 Hak untuk set-off: Kami mempunyai/tidak mempunyai hak untuk set-off apa-apa baki kredit dalam akaun
deposit anda dengan kami dengan apa-apa baki hutang yang belum dijelaskan dalam akaun kad kredit ini.
 Anda akan dipertanggungjawabkan terhadap transaksi tanpa kebenaran yang menggunakan PIN jika anda
telah:
 melakukan penipuan; atau
 lewat untuk memaklumkan kepada kami secepat mungkin sebaik sahaja anda menyedari kad kredit
anda telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran, atau
 secara sukarela mendedahkan PIN anda kepada orang lain, atau
 mencatatkan PIN pada kad kredit, atau pada apa-apa barang yang disimpan berdekatan dengan kad
kredit anda.

 Anda akan dipertanggungjawabkan terhadap transaksi tanpa kebenaran yang memerlukan pengesahan
tandatangan atau dengan kad tanpa sentuhan, jika anda telah:
 melakukan penipuan, atau
 lewat untuk memaklumkan kepada kami secepat mungkin sebaik sahaja anda menyedari kad kredit
anda telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran, atau
 meninggalkan kad kredit anda atau apa-apa barang yang mengandungi kad kredit anda tanpa
pengawasan di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain; atau
 secara sukarela membenarkan orang lain menggunakan kad kredit anda.

 Jika anda gagal mematuhi terma dan syarat kredit kad ini, kami mempunyai hak untuk membatalkan kad
kredit anda.

(Terma dan syarat lain yang perlu diberikan perhatian)

6. Apakah kesannya jika saya menyelesaikan hutang sepenuhnya sebelum tempoh matang? (Bagi
pelan pindahan baki atau pelan bayaran mudah)

 Tempoh sekatan (Lock-in period): y bulan


 Penalti penyelesaian awal: x% daripada jumlah yang dipindahkan.

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019


Kad Kredit 27 daripada 27

7. Apakah risiko utamanya?

 Jika anda hanya membayar jumlah minimum yang perlu dijelaskan, anda akan mengambil masa yang
lebih panjang dan menanggung jumlah bayaran yang lebih tinggi untuk menyelesaikan baki hutang anda.
Anda perlu memikirkan kemampuan anda untuk membayar balik apabila menggunakan kad kredit.
 Jika anda menggunakan kad kredit untuk membuat bayaran bagi pembiayaan lain, jumlah yang perlu
dibayar akan menjadi lebih tinggi.
 Jika anda menghadapi masalah untuk membayar balik baki hutang kad kredit anda, hubungi kami segera
untuk membincangkan cara pembayaran lain yang sedia ada.
 Anda hendaklah memaklumkan kepada kami dengan serta-merta sebaik sahaja anda menyedari kad
kredit anda telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran.

8. Apakah yang perlu saya lakukan jika maklumat untuk menghubungi saya berubah?

Anda hendaklah memaklumkan kepada kami mengenai apa-apa perubahan dalam maklumat peribadi anda
bagi memastikan semua pemberitahuan transaksi dan surat-menyurat akan sampai kepada anda tepat pada
masanya.

9. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami di:

ABC Bank Berhad


51, Jalan Sultan Ismail
50122 Kuala Lumpur
Tel:
Faks:
Emel:

10. Produk kad kredit lain yang disediakan

 Abc
 Xyz

PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIAMBIL TERHADAP


ANDA JIKA ANDA TIDAK MENERUSKAN PEMBAYARAN BALIK HUTANG KAD
KREDIT ANDA

Maklumat yang disediakan dalam lembaran penzahiran ini adalah sah mulai hari/bulan/tahun

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

Anda mungkin juga menyukai