Anda di halaman 1dari 3

Menurunkan Jenazah Ke Dalam Kubur

1. Orang yang aula menurunkan jenazah dan yang menerimanya di dalam kubur ialah
mereka yang aula mengimamkan sembahyang ke atasnya. Jika yang aula tidak
mampu maka hendaklah yang hadir turun ke dalam kubur seramai tiga atau lima
orang lelaki.

2. Angkat jenazah perlahan-lahan dengan lemah lembut, dahulukan kepala dari


kakinya, sambil mengangkat jenazah sunat membaca:

Ertinya: “Dengan nama Allah dan atas agama Muhammad”.


(Riwayat at-Tarmizi).

Setelah sempurna jenazah disambut oleh orang yang di dalam kubur, barulah
mereka sama-sama merendahkan badan dan memasukkan kepala jenazah ke
dalam lubang liang lahad, diikuti pinggangnya kemudian barulah kakinya. Dalam
satu riwayat disebutkan:

Ertinya: Bahawasannya Abdullah bin Yazid, telah menyembahyangkan jenazah al-


Harits kemudiannya memasukkannya ke dalam kubur hingga ke dasar kubur dan
katanya: “Cara seperti ini (memasukkan mayat) adalah dari sunnah Nabi s.a.w.”
(Riwayat Abu Daud).

3. Semasa jenazah dikebumikan wajiblah dihadapkan mukanya kea rah kiblat.


Disunatkan rusuk kanannya di bawah. Kepalanya sunat diangkat dan dibantalkan
dengan tanah. Eloklah kain pada pipinya yang kanan dibukakan supaya bertemu
dengan tanah. Di belakangnya hendaklah disendalkan dengan tanah kuat-kuat
supaya tidak terbalik atau terlentang kemudian diletakkan papan lalu ditimbus.

4. Jika mayat perempuan, ketika memasukkan ke dalam kubur hendaklah ditutup di


atas kain atau sebagainya agar tidak menjadi tontonan umum.

5. Sunat dibukakan tali pengikat kafan mayat itu semuanya sambil bembacakan doa:

Ertinya: “Dengan nama Allah dan atas nama Rasulullah”.

6. Sunat orang yang di tepi kubur meletakkan tiga kepalan tanah dari sebelah kepala
mayat ketika dikebumikan:
Kepalan yang pertama dibaca:

Ertinya: “Daripada tanah Kami jadikan kamu!”.

Kepalan tanah yang pertama itu diletakkan dekat kepala jenazah.

Pada kepalan kedua dibaca:

Ertinya: “Dan kepadanya Kami kembalikan kamu”.

Kepalan tanah yang kedua ini diletakkan di pinggang jenazah.

Pada kepalan ketiga:

Ertinya: “Dan dari tanah juga akan dikeluarkan kamu sekali lagi”.

Kepalan ketiga diletakkan di kaki jenazah.

Orang yang mengepalkan tanah ialah orang yang berada di atas kubur, manakala
orang yang membacanya ialah orang yang menerima kepal tanah yang berada di
dalam kubur tetapi yang lebih aula orang yang mengepalkan tanah itulah yang
membacanya.

7. Setelah sempurna meletakkan tanah kepal pada tempatnya sunat dibacakan:

8. Setelah membacakan doa tersebut 3 kali maka barulah liang lahad itu ditutup
dengan papan yang bersih lagi kuat.

9. Masukkan tanah sedikit demi sedikit dengan perlahan sehingga kubur tersebut
menjadi sama dengan tanah asal.

Orang yang di dalam kubur, ia tidak harus naik (keluar dar dalam kubur) dan
hendaklah berada di dalam kubur semasa tanah dijatuhkan. Mereka dikehendaki
mengemaskan dan meratakan tanah yang dijatuhkan dengan tapak kaki mereka
dengan cara terhormat hingga betul-betul tanah menjadi kemas/mantap.

Apabila tanah kubur telah sama dengan tanah asal maka barulah mereka boleh
meninggalkan kubur.

10. Sunat kubur itu ditinggikan kadar sejengkal dan diratakan, kemudian barulah
ditanamkan nisannya.

Sunat juga diletakkan di atas kubur itu daun-daun yang hijau dan dijirus air di
atasnya. Dari Jaafar bin Muhammad, dari bapanya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w.
telah menyiramkan kubur anak beliau Ibrahim”
(Riwayat as-Syafie).

Haram membina kubur dengan batu yang diukir dengan belanja yang besar di atas
tanah perkuburan awam, hanya sunat meletakkan nisan yang besar sedikit di
bahagian kepala dan manakala yang kecil diletakkan di bahagian kakinya.

11. Bentangkan tikar atau daun-daun hidup di bahagian belakang (duduk menghadap ke
kiblat) dan bolehlah dibacakan talkin.

12. Sesudah mayat dikuburkan sunat bagi yang menghantarkannya berhenti sebentar
untuk mendoakannya (memintakan ampun dan mina supaya ia mempunyai
keteguhan dalam jawapan-jawapannya).

Riwayat dari Usman bin Affan, katanya bahawa Nabi s.a.w. apabila selesai
menguburkan mayat berdiri di perkuburan seraya berkata: “Mohonkanlah ampun
untuk saudara kamu dan mintalah keteguhan, kerana dia sekarang sedang ditanyai”.

Ruzain menceritakan, katanya, Ali apabila selesai menguburkan jenazah


membacakan doa yang maksudnya: “Ya Allah, ini adalah hambaMu, datang dia ke
dunia ini kerana Engkau dan Engkaulah sebaik-baik yang menurunkan, ampunilah
dosanya dan luaskanlah tempatnya.”

Bagi menyempurnakan apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah, telah diadakan
satu cara yang sistematik yang meliputi doa, ingatan, pengajaran dan nasihat untuk
orang yang mati dan terutama juga untuk orang yang masih hidup.

Justeru itu dianjurkan agar dibacakan talqin bukan sahaja dalam bahasa arab
bahkan dianjurkan juga dibaca di dalam bahasa melayu atau apa-apa bahasa yang
difahami oleh orang ramai supaya mereka dapat memahaminya.

Anda mungkin juga menyukai