Anda di halaman 1dari 18

1.0.

PENGENALAN

Sejak penularan pandemik COVID-19,Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)


berusaha memastikan penularan ini dapat ditangani dengan baik di
Malaysia.Pandemik COVID-19 ini telah mengubah norma masyarakat di seluruh
dunia termasuk Malaysia.Jangkitan COVID-19 ini dapat dielakkan dengan
mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa termasuk kerap
membasuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer,mengamalkan
penjarakan sosial dan menggunakan pelitup muka.Amalan baik ini akan membantu
mengekang jangkitan COVID-19 daripada terus menular di Malaysia.

Kes pertama dikesan pada 24 Januari 2020 pada pelancong China yang tiba di
Malaysia melalui Singapura (kes import). COVID-19 adalah sukar untuk dijejaki atau
dikesan kerana ia mengambil masa antara 1 hingga 14 hari untuk seseorang itu
mula merasa sakit, atau menunjukkan gejala.Gejala adalah apa yang dialami oleh
seseorang apabila mereka sakit. Gejala-gejala COVID-19 mungkin termasuk
demam, batuk kering, keletihan, sakit badan, dan sesak nafas atau kesukaran untuk
bernafas. Sesetengah orang mungkin juga boleh kehilangan deria bau atau deria
rasa mereka. Hidung tersumbat atau sakit tekak jarang berlaku di kalangan mereka.
Sesetengah orang yang dijangkiti COVID-19 boleh jatuh sakit teruk dan mengalami
kesukaran untuk bernafas. Warga emas dan mereka yang mempunyai masalah
kesihatan yang lain adalah lebih cenderung untuk jatuh sakit teruk, walaupun ini
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.Orang yang mempunyai virus ini dalam badan
mereka tidak akan menunjukkan sebarang gejala ataupun kelihatan sakit. Tetapi
mereka masih boleh menyebarkan penyakit ini kepada orang lain. Keadaan ini
digelar sebagai asimptomatik. Virus ini menjejaskan kesihatan penduduk di seluruh
dunia. Ia juga mengubah bagaimana orang ramai berinteraksi antara satu sama lain,
bagaimana mereka menjalankan perniagaan, kesan perbuatan mereka terhadap
Bumi, dan tanggapan mereka tentang apa yang betul dan salah.

Pandemik COVID-19 ini memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan,


pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain sehingga mengakibatkan beberapa
negara termasuk Malaysia mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Rakyat dinasihatkan untuk terus kekal di rumah, bekerja dari
rumah (Work From Home), pergerakan di luar rumah dihadkan, memakai pelitup
hidung dan mulut, kerap cuci tangan, menjaga penjarakan sosial dan sebagainya
sebagai langkah-langkah pencegahan pandemik ini.

2.0.OBJEKTIF KAJIAN
Matlamat kajian ini adalah untuk melihat kesan terhadap ekonomi semasa COVID-
19. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terhadap pelajar-pelajar
universiti Malaysia.Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18
Mac 2020 akibat penularan virus SARS-CoV-2 di negara dan luar negara.Segala
sektor perniagaan,universiti-universiti telah diarahkan untuk ditutup dan melakukan
kerja-kerja dari rumah dan pembelajaran di atas talian.Kelonggaran PKP melalui
pelaksanaan PKPB pula membenarkan pembukaan separa perniagaan dan
universiti di Malaysia, dengan syarat penjarakan fizikal. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti perubahan melihat kesan terhadap ekonomi semasa COVID-
19 sewaktu PKPB, serta masalah dihadapi semasa wabakCOVID-19 dari segi fizikal,
mental dan sosial. Kajian telah dilakukan melalui soal selidik Google Forms di atas
talian, dengan seramai 31 responden sukarela menjawab, untuk mendapatkan data
yang diperlukan dari jawapan-jawapan mereka mengenai melihat kesan terhadap
ekonomi semasa COVID-19 semasa wabak virus.

.2.1.Objektif kajian ini adalah untuk:

Berkenaan dengan latar belakang di atas, objektif-objektif kajian ini adalah untuk:

i.Mengkaji kesan terhadap ekonomi semasa COVID-19 terhadap rakyat dari segi
fizikal, mental dan sosial.

ii.Mengenal pasti masalah yang dihadapi akibat daripada Perintah Kawalan


Pergerakan(PKP)

iii.Mengenalpasti perkara-perkara yang diutamakan oleh rakyat dalam perbelanjaan


mereka.

2.2.Persoalan kajian

Berikut dikemukakan persoalan-persoalan dalam kajian ini:

1. Banyak sektor pekerjaan dan perniagaan terkesan dengan dugaan covid-19?


2. Kedudukan kewangan yang masih dalam keadaan tidak stabil akan menjadi lebih
sukar.

3. Dengan adanya perintah kawalan pergerakan,adakah covid-19 dapat dikawal?

4. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas bagi menangani wabak covid-19.

5. Keperluan perlu membayar hutang pembekal dan sewa premis serta memenuhi
tanggungjawab mengekalkan pekerja.

6. Adakah wabak covid-19 memberi kemudaratan kepada seseorang?

7. Rakyat seharusnya mengikuti SOP yang telah ditetapkan bagi mengurangkan


penyebaran wabak.

8. Adakah wabak covid-19 dapat menjana pendapatan ?

9. Adakah dasar kerajaan dalam mengawal pergerakan melalui PKP memburukkan


keadaan ekonomi.?

10. Adakah tindakan kerajaan melonggarkan kawalan pergerakan dijangka dapat


memacu semula aktiviti ekonomi domestik tetapi dengan kelaziman baharu?

3.0.PERNYATAAN MASALAH

Kajian daripada soal selidik di google form, menyatakan seramai 41.9% yang tidak
setuju dengan keadaan wabak covid-19 dapat menjana pendapatan. Jadi, usaha
yang lebih proaktif perlulah diambil oleh pihak berkenaan untuk membendung situasi
ini sebelum menjadi lebih parah .Selain itu, timbul juga isu kedudukan kewangan
yang masih dalam keadaan tidak stabil akan menjadi lebih sukar.Masalah kewangan
sanggup berlapar untuk mengurangkan perbelanjaan.Hal ini menunjukkan,
kemahiran pengurusan kewangan yang betul adalah satu kemahiran yang sangat
penting dan baik untuk diketahui dan dipelajari oleh semua orang, terutamanya
dengan keadaan ekonomi yang terjejas akibat covid sekarang.Berikutan pelbagai
masalah kewangan yang dialami oleh mereka seperti terpaksa berlapar dan
melakukan pelbagai kerja sambilan.Menurut Alecia Puyu dan Anuar (2017),
pengurusan kewangan dan corak perbelanjaan adalah amat penting bagi
memastikan wang dibelanjakan dengan bijak supaya kita tidak menghadapi masalah
kesempitan wang berikutan hal inilah yang sering dihadapi oleh rakyat ,golongan
mahasiswa, tidak kiralah mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Tambahan lagi, menurut Nor Afizah (2008),
terdapat segelintir mahasiswa gagal untuk menguruskan kewangan mereka secara
bijak kerana kurang pengetahuan terhadap pengurusan kewangan. Oleh itu,
tuntutan mengurus kewangan mestilah lebih bijak dan berhemah ketika berbelanja
untuk mengelakkan daripada melakukan pembaziran wang. Jika perancangan dan
pengurusan dibuat secara sistematik dan efisien, kedudukan kewangan akan
mencukupi malah mungkin akan mempunyai lebihan dan boleh dijadikan sebagai
tabungan.Pengurusan kewangan yang lemah boleh membawa kepada pelbagai
kesan negatif pada emosi dan psikologi seseorang. Malah, ketakutan dan
kebimbangan terhadap COVID-19 boleh berpotensi menjadi keterlaluan dan dapat
meningkatkan tekanan mental terhadap diri sendiri dan masyarakat. Tidak dapat
dinafikan, penjarakkan sosial meminimumkan hubungan social disamping membantu
melambatkan penyebaran COVID-19 dalam kalangan masyarakat. Walau
bagaimanapun, sosial jarak jauh merupakan salah satu punca yang menyumbang
kepada kesihatan mental seseorang individu. Ain Khamis yang menyatakan salah
satu faktor penting yang dikenalpasti mampu mempengaruhi pembuatan keputusan
kewangan seseorang individu ialah pengetahuan atau literasi kewangan atau celik
wang. Maka, kajian ini adalah bertujuan untuk kesan terhadap ekonomi Malaysia
semasa COVID-19 supaya tidak mendatangkan kesan yang buruk kepada pelajar,
keluarga, institusi dan negara.

4.0.METODOLOGI KAJIAN

4.1.PEMILIHAN SAMPEL

Cara pemilihan sampel adalah secara rawak mudah.Borang soal selidik diedarkan
melalui google forms aplikasi media sosial atas talian seperti WhatsApp. Hal ini
kerana penutupan kampus oleh kebanyakan universiti akibat PKPP, yang memaksa
pelajar universiti melakukan pembelajaran di rumah dan tidak berkelompok di satu
kawasan.Oleh itu, kaedah ini digunakan bagi memudahkan pengedaran borang soal
selidik, di samping menjimatkan masa dan kos dalam penyelidikan
Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai
kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian.
Olehitu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek
atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta
prosedurpenganalisisan data.Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji kesan terhadap
ekonomi di Malaysia akibat COVID-19 dalam kalangan orang luar dan mahasiswa
dalam kalangan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah.Kajian ini telah dilaksanakan di
google form sebanyak 41.9% lelaki dan 58.1% perempuan.Pengkaji menggunakan
instrumen borang soal selidik ini sebagai satu langkah pengumpulan maklumat
dalam kajian ini. Respondan yang dipilih adalah seramai 31 orang yang telah
menjawab boring soal selidik . Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian A (demografi responden) dan B (responden) yang
menggunakan 4 skala likert. Bagi kaedah analisis data, pengkaji menggunakan
google form untuk mendapatkan hasil kajian dengan lebih cepat dan tepat. Dapatan
analisis dipaparkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan peratusan.

Jadual 4.1.

Nilai skor min


Setuju
Tidak setuju

5.0.ANALISIS KAJIAN
Analisis kajian dimulakan dengan membuat analisis kebolehpercayaan terhadap
data-data yang telah diperoleh untuk mengukur kesan terhadap ekonomi di Malaysia
akibat COVID-19.Untuk analisis ini, kajian akan menggunakan jadual seperti
dibawah:

Jadual 5.1.Demografi responden

DEMOGRAFI PEMBOLEHUBAH PERATUS


Umur 18-20 30%
21-25 60%
26-30 10%
Jantina Lelaki 41.9%
Perempuan 58.1%

Jadual 5.1 menunjukkan responden kajian ini analisis umur terdiri daripada berumur
21-25 tahun sebanyak 60% ,18-20 tahun sebanyak 30% dan 26-30 tahun sebanyak
10%. Kajian ini majoriti terdiri daripada 41.9% lelaki dan 58.1%
perempuan.Jawapan soal selidik akan dikaji dan dipersembahkan melalui
persembahan frekuensimod dan min pilihan-pilihan jawapan, menggunakan carta
pai mengikut kesesuaian, Analisis data akan dibuat melalui kaedah tabulasi silang,
di mana data dari soalan atau topik berlainan diletak untuk mencari hubungan
antara frekuensi jawapan. Analisis juga akan dibuat dengan menggunakan data
sekunder, seperti artikel dan risalah, untuk mencari sebab kepada frekuensi jawapan
bagi soalan-soalan.

Jadual 5.2 Kesan terhadap ekonomi di Malaysia akibat COVID-19

ITEM PENYATAAN PERATUS TAHAP


1. Banyak sektor pekerjaan dan perniagaan 90% Setuju
terkesan dengan dugaan covid-19?
2. Kedudukan kewangan yang masih dalam 83.9% Setuju
keadaan tidak stabil akan menjadi lebih
sukar.
3. Dengan adanya perintah kawalan 96.8% Setuju
pergerakan, adakah covid-19 dapat
dikawal?
4. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang 93.5% Setuju
tegas bagi menangani wabak covid-19.
5. Keperluan perlu membayar hutang 93.5% Setuju
pembekal dan sewa premis serta
memenuhi tanggungjawab mengekalkan
pekerja.
6. Adakah wabak covid-19 memberi 93.5% Setuju
kemudaratan kepada seseorang?
7. Rakyat seharusnya mengikuti SOP yang 90.3% Setuju
telah ditetapkan bagi mengurangkan
penyebaran wabak.
8. Adakah wabak covid-19 dapat menjana 58.1% Setuju
pendapatan ?
9. Adakah dasar kerajaan dalam mengawal 87.1% Setuju
pergerakan melalui PKP memburukkan
keadaan ekonomi.?
10. Adakah tindakan kerajaan melonggarkan 87.1% Setuju
kawalan pergerakan dijangka dapat
memacu semula aktiviti ekonomi
domestik tetapi dengan kelaziman
baharu?

Jadual 3 menunjukkan responden pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah. Dapatan


menunjukkan item bagi peratus tertinggi ialah 96.8%% yang menunjukkan pelajar
juga bersetuju dengan adanya perintah kawalan pergerakan, adakah covid-19 dapat
dikawal.Manakala item yang menunjukkan peratus sederhana adalah 87.1 adakah
dasar kerajaan dalam mengawal pergerakan melalui PKP memburukkan keadaan
ekonomi.Seterusnya,item yang menunjukkan peratus rendah adalah 58.1% adakah
wabak covid-19 dapat menjana pendapatan.
Dapatan ini bersesuaian dengan kajian Rubayah Yakob, Hawati Janor dan Nur Ain
Khamis (2015) yang menyatakan mahasiswa kini perlu mempersiapkan diri dengan
literasi kewangan yang baik dan mempunyai sedikit simpanan untuk berhadapan
dengan kemelut kewangan di alam pekerjaan pekerjaan yang lebih mencabar seiring
dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.Oleh itu, pengetahuan yang
baik dalam dalam pengurusan kewangan boleh membantu kita dengan ekonomi
yang terjejas akibat COVID-19.

Jadual 5.2: Tahap masalah terhadap ekonomi di Malaysia akibat COVID-19

ITEM PENYATAAN PERATUS TAHAP


1. Banyak sektor pekerjaan dan perniagaan 10% Tidak setuju
terkesan dengan dugaan covid-19?
2. Kedudukan kewangan yang masih dalam 16.1% Tidak setuju
keadaan tidak stabil akan menjadi lebih
sukar.
3. Dengan adanya perintah kawalan 0% Tidak setuju
pergerakan, adakah covid-19 dapat
dikawal?
4. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang 6.5% Tidak setuju
tegas bagi menangani wabak covid-19.
5. Keperluan perlu membayar hutang 6.5% Tidak setuju
pembekal dan sewa premis serta
memenuhi tanggungjawab mengekalkan
pekerja.
6. Adakah wabak covid-19 memberi 6.5% Tidak setuju
kemudaratan kepada seseorang?
7. Rakyat seharusnya mengikuti SOP yang 9.7% Tidak setuju
telah ditetapkan bagi mengurangkan
penyebaran wabak
8. Adakah wabak covid-19 dapat menjana 41.9% Tidak setuju
pendapatan ?
9. Adakah dasar kerajaan dalam mengawal 12.9% Tidak setuju
pergerakan melalui PKP memburukkan
keadaan ekonomi.?
10. Adakah tindakan kerajaan melonggarkan 12.9% Tidak setuju
kawalan pergerakan dijangka dapat
memacu semula aktiviti ekonomi domestik
tetapi dengan kelaziman baharu?

Jadual 5.2 menunjukkan dapatan sesetengah pelajar terhadap kesan-kesan


terhadap ekonomi di Malaysia akibat COVID-19 yang tidak baik kepada mereka.
Dapatan menunjukkan item peratus yang tertinggi 41.9%% ialah adakah wabak
covid-19 dapat menjana pendapatan. Selain itu,item peratus sederhana adalah
16.1% kedudukan kewangan yang masih dalam keadaan tidak stabil akan menjadi
lebih sukar.Manakala item peratus terendah adalah 6.5% kerajaan perlu mengambil
tindakan yang tegas bagi menangani wabak covid-19. Keperluan perlu membayar
hutang pembekal dan sewa premis serta memenuhi tanggungjawab mengekalkan
pekerja dan juga adakah wabak covid-19 memberi kemudaratan kepada seseorang.

Dapatan ini disokong oleh Alecia Puyu dan Anuar (2017) yang menyatakan bahawa
pelajar perlu jelas tentang perbezaan di antara barangan keperluan dan kehendak.
Tambahan mereka lagi, setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza mengikut
situasi, tempat mereka berada dan mahasiswa adalah individu yang sedang
menuntut ilmu maka wajarlah, barangan keperluan untuk pembelajaran menjadi
salah satu keperluan mereka di samping makanan,tempat tinggal dan pengangkutan
yang digunakan untuk ke kampus. Sehubungan itu, pengetahuan berkaitan
pengurusan kewangan yang baik boleh membantu seseorang pelajar untuk
menentukan keutamaan dalam perbelanjaan mereka supaya tidak menganggu
fungsi dan kehidupan mereka sebagai pelajar.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya,semua lapisan masyarakat digalakkan untuk berada di
rumah dan mengelakkanvkawasan awam kecuali pekerja dalam bidang medikal dan
pekerja-pekerja bagi sector kerajaan. Aktiviti rombongan dan kajian lapangan boleh
meningkatkan risiko pendedahan kepada gejala COVID–19 memandangkan
kawasan yang mempunyai risiko tinggi terhadap penyakit tersebut. Oleh itu, ia
adalah tidak digalakkan untuk menjalankan aktiviti tersebut sepanjang PKPP
dijalankan. Oleh itu, ia adalah wajar, majoriti besar orang awam dan pelajar
menjawab ‘sangat memberi kesan ‘ bagi soalan tersebut.

Pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada


seluruh rakyat Malaysia kerana mereka terpaksa membiasakan diri mereka
melakukan aktiviti yang di luar norma kebiasaan mereka. Kita semua tidak tahu
bilakah COVID-19 akan hilang, tetapi adalah menjadi tanggungjawab semua pihak
untuk memastikan virus ini tidak terus tersebar. Para pelajar terutamanya, perlu bijak
menguruskan masa agar pembelajaran mereka tidak terganggu dan memanfaatkan
teknologi yang ada untuk peningkatan akademik mereka.

Selain itu yang saya dapat membuat kesimpulan disini ialah PANDEMIC COVID-19
ini adalah satu kejadian yang mengejutkan dan sangat membahayakan terhadap
semua manusia diluarsana kerana serangan penyakit itu memberikan kesan
kepada anggota badan kita dari segi saluran penfasan dan bahagian anggota badan
yang lain.dengan ini kita sebagai manusia yang prihatin perlulah mngikut (SOP)yang
telah ditetepkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).agar kita lebih
berwaspada dengan seranagan viruscorona ini.masyarakat jugak perlulah
bertanggungjawab dan berkerjasama mengikut aturan (SOP) dan memikirkan cara
menangani gejala ini serta agar ekonomi kita tidak terjejas pada masa akan datang.

LINK GOOGLE FORM


https://docs.google.com/forms/d/e/
1FAIpQLSeMwQg0nZhgiIHU7iMQrn5m5PfptAIAej9pHwyc9anjPOG92w/viewform?
vc=0&c=0&w=1&flr=0

RUJUKAN

https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/Umum/e-
Magazine_Jun_1.2020_.pdf

https://ssec.si.edu/sites/default/files/other/globalgoals/COVID19/COVID-
19_Malay.pdf

https://www.researchgate.net/publication/345033712_Kesan-Kesan_Wabak_COVID-
19_Terhadap_Kehidupan_Seharian_Pelajar-Pelajar_Universiti_diploma_work

https://madeinuitm.com/apa-itu-penyataan-masalah-dalam-penyelidikan/

http://journalarticle.ukm.my/10861/1/Rubayah-Yakob.pdf

Anda mungkin juga menyukai