Anda di halaman 1dari 2

PTM IPGKBM BIL 1/2021

D6 - 14 - NUR SYAMIMI BINTI ROS AZLAN


990410-02-5952

TAJUK : HALA TUJU NEGARA

Sejak hujung 2019, dunia berdepan dengan wabak pemusnah Virus Covid 19.
Sehingga ke hari ini, virus Covid 19 masih wujud dan menjangkiti umat manusia dan
manusia perlu akur bahawa kita perlu hidup bersama dengan virus Covid 19 ini kerana
masih belum ada vaksin yang paling mujarab dalam melenyapkan virus ini. Malah CEO
syarikat yang membekalkan vaksin Moderna, Stephane Bancel, turut menjelaskan
bahawa virus ini akan hidup bersama dengan manusia selamanya dan pakar kesihatan
dunia juga mengakui bahawa virus ini akan menjadi endemik seperti penyakit denggi
dan SARS-CoV-2

Maka, melihatkan kepada perkara ini, kerajaan telah merangka pelbagai inisiatif
demi kestabilan negara dalam menentukan hala tuju negara yang lebih baik. 3 aspek
penting yang dibincangkan. Pertama, aspek pendidikan. Kedua aspek kesihatan dan
ketiga aspek ekonomi.

Pertama, aspek pendidikan. Sejak pandemik melanda, murid-murid sekolah mula


belajar secara atas talian di rumah. Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh komuniti
kerana risaukan pretasi murid. Namun begitu, segala perancangan yang dibuat oleh
Kementerian Pendidikan telah mengikut garis panduan serta nasihat Majlis
Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia demi menjaga keselamatan
murid-murid. Hala tuju negara dalam sektor pendidikan kini lebih terarah apabila
menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin
pada sidang media rasmi. Sekolah kini mula dibuka secara berperingkat dan tertakluk
kepada negeri fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober. Ini merupakan
satu perancangan yang sistematik memandangkan kita tidak mahu murid-murid
terdedah dengan ancaman virus. Tambahan pula, kesungguhan guru-guru dan
pentadbir sekolah dalam memastikan tiada murid yang tercicir dan sentiasa mengikuti
kelas secara atas talian. Jelaskan, masa depan dan hala tuju negara dalam sektor
pendidikan tidak dibiar sepi namun pelbagai solusi terhadap isu yang dikemukan
berjaya diatasi dengan baik demi melahirkan generasi yang berpendidikan.

Seterusnya, hala tuju negara dalam sektor kesihatan. Sektor ini dilihat kritikal
apabila lonjakan kes covid semakin meningkat. Barisan hadapan berdepan dengan
masalah tidak cukup rehat dan bilangan pesakit yang kian bertambah menyebabkan
kekurang kelengkapan fasiliti di hospital-hospital. Namun, ini dapat diatasi apabila
menerusi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) yang dibentangkan
1
oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri bahawa dalam aspek kesihatan,
kerajaan akan memperkenalkan Pelan Rangka Tindakan Pembaharuan Sistem
Penjagaan Kesihatan Malaysia sebagai hala tuju baharu untuk mentransformasi sistem
penjagaan kesihatan negara. Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)
yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU),, bagi mencapai maksud tersebut,
kerajaan akan menjalankan kajian bagi memantapkan landskap sektor kesihatan.
Malah, melalui pelan tersebut, pelbagai dasar telah dirangka yang menyasarkan
keperluan kesihatan khusus seperti penjagaan kesihatan oral, kesihatan mental dan
imunisasi. Tambahan pula, pemberian vaksin telah mencapai sasaran 90 peratus.
Untuk mengatasi masalah fasiliti di hospital, melalui RMK-12 telah diperkenalkan Kualiti
dan Akses kepada Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan yang mana sumber manusia
dan fasiliti akan terus diperkukuhkan dan ditambahbaik bagi meningkatkan penjagaan
kesihatan. Reka bentuk
fasiliti penjagaan kesihatan baharu akan diteliti semula bagi memenuhi keperluan pasca
COVID-19. Konklusinya, hala tuju negara dalam sektor kesihatan telah menunjukkan
peningkatan yang baik apabila perancangan demi perancangan diatur untuk
mewujudkan penjagaan kesihatan yang lebih mantap.

Akhir sekali, hala tuju negara dalam aspek ekonomi. Ekonomi negara jelas
kritikal apabila pandemik melanda negara. Ramai yang hilang sumber pendapatan dan
menjejaskan kualiti kehidupan mereka. Maka, dalam RMK-12, kerajaan telah
memfokuskan 9 perkara dalam ekonomi antaranya merangkumi fokus Merancakkan
Pertumbuhan Ekonomi dan Merapatkan Jurang Pendapatan. Pelbagai bantuan telah
diberikan kepada mereka yang terkesan dengan situasi endemik ini. Jelaslah strategi ini
adalah bertujuan untuk membantu memulihkan ekonomi negara dan memastikan rakyat
Malaysia tidak dibebani dengan masakah kesempitan wang untuk meneruskan hidup
serta mewujukan ekonomi yang lebih mampan.

Kesimpulannya, hala tuju negara pada masa ini dilihatkan positif dan
menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila pelbagai inisiatif dan dasar
yang dirangka demi meningkatkan kemajuan dan prestasi dalam sektor pendidikan,
kesihatan dan ekonomi. Sebagai rakyat Malaysia, usaha kerajaan ini perlulah disambut
baik dan kita juga memainkan peranan penting dengan memberikan kerjasama bagi
memastikan segala perancangan rapi yang diusahkan membuahkan hasil demi masa
depan negara yang baik.

Anda mungkin juga menyukai